Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

Selamat menempuh tahun 2018

Assalamu'alaikum dan selamat petang Aku melalui episod getir di penghujung 2017. Boleh dibilang aku menghabisi setahun dengan berehat. Aku kira ia merupakan plan ku sejak mulai dari awal lagi tapi tidak ku akui secara formal. Jauh di sudut hati aku benar-benar memerlukan satu tahun itu untuk memuhasabah diri dan merencana semula jalan hidupku. Emotional suicide. I've attempted several times of emotional suicides. It's better than commiting a real one. Sepanjang tempoh ini, aku masih seperti selalu, meminta nasihat kepada yang benar-benar percaya. Aku bukanlah orang yang bisa menyimpan ramai kenalan dalam satu-satu masa. Aku akan pilih yang benar-benar bisa persuade dan convice aku bila mana aku perlukan nasihat mereka. Aku fikir, egoku tinggi. Setidaknya, aku sedar bahawa aku seorang yang ego dan bukan semua view orang bisa aku angguk dan hadam. Biasanya aku angguk kerana hormat. Aku hadam bila aku jujur bermaksudkannya. So.... aku rasa inilah post terakhirku untuk tah

Episod Jalan berbatu merah dan tanah

Kelmarin sewaktu dalam perjalanan menjemput mak di rumah orang kenduri, aku ternampak dua orang kanak-kanak lelaki sehala denganku ditemani seekor anjing (harus kuingatkan kami tinggal di kawasan kebun sawit). Seorang mengayuh basikal, seorang lagi dan si Anjing berjalan kaki. Jalan ini merupakan jalan yang aku lalui sejak tahun 1999 ketika keluargaku memutuskan untuk berpindah ke kebun selepas kami melalui kehilangan besar, ahli termuda kami iaitu Ilmi. Hari-hari sekolah rendah sesi petang (darjah tiga dan empat) aku harus berjalan kaki sejauh tiga batu ke tempat kami berkumpul kemudiannya kami menaiki van ke sekolah. Sepanjang dua tahun itu, kakiku menginjak jalan berbatu merah dan tanah ini tiap-tiap pagi (9-11 pagi). Waktunya tidak menentu. Kerna kadang-kadang kami berkejar waktu menonton ceritanya Warkop yang mana saat mulai kami nonton, harus menahan kencing sampai cerita habis kerana bila bergerak sedikit CD player, maka berpinar-pinarlah kaca televisyen itu. Almaklum rumah ka

Kesimpulan 2017

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Aku seorang yang suka terperap di dalam bilik ditemani buku dan kucing. Tetapi selepas melalui episod 'depression' yang melampau, aku tutup buku-buku ku dan mulai merawat dan meluangkan masa dengan diri sendiri. Meskipun hanya sekadar baring dan celik mata. Sudah berapa bulan aku tidak menyentuh buku. Tidak perlu bersusah-payah. Take your time. Walaupun belum sepenuhnya pulih, tapi aku berharap ia merupakan perubahan yang baik. Hopefully. There is no solid reason. Or there was. But I denied its existence. Dunno. Some people think that I am an introverted person. True but not fully true.  Aku merupakan seorang yang sukakan komunikasi, bergabung dan berbagi dengan society. Mungkin sepanjang 2017 hampir seluruhnya aku habiskan di dalam bilik. Berbaring di atas katil dan tidak berbuat apa-apa. Mulanya membaca buku tapi melewati akhir tahun, aku berhenti membaca. Things getting hard. Sebab bagi aku, itu adalah kebahagiaan. Tiada yang perlu

Playlist #yondermusic

Assalamualaikum dan selamat pagi Senarai main kali ini, terdiri daripada lagu-lagu lama, yang kemungkinan penyanyinya sudah tiada atau pun band mereka susah disband. Sesetengah lagu hanya versi dinyanyikan semula oleh artis lain. Artificial Satellite Kumpulan acappella ini informasinya terlalu limit gara-gara namanya yang automatik bila ditaip di laman sesawang akan muncul berkenaan "artificial satellite" yang benar. Ada dua album yang available, tapi aku belum cek satu-satu lagunya. Cuma #Don't be   sad dan #Beautiful Night in Jeju Island yang terusku muat turun memandangkan dua itu lagu kesukaanku. Terus-terang, aku selamanya suka versi original tapi cover oleh mereka ini sangat hampir kerana vibe lagu lama masih wujud. Bock Hee Yoon Ramai yang cover lagu #Everyone , tapi aku tetap dengan penyanyi asalnya ini, Bock Hee Yoon. Mula-mula dulu aku kecewa juga sebab yonder upload versi nyanyian semula (2015). Tapi lama-lama aku selesa dengan versi ini kerana t

OK

Assalamu'alaikum dan selamat malam Sebelum itu, oleh kerana aku sudah kurang membaca... cara penulisanku agak lain dari sebelum ini. Haha mana-mana sandar. OK. Sejak kecil, kita diajar untuk berimpian, mengejar cita-cita demi masa depan yang cerah. Tiba-tiba, dipertengahan jalan menujunya, kita tersentak dengan desiran daun yang melambai malu. Hey, pandanglah sekelilingmu. Oleh kerana semua orang berpusu-pusu fokus ke depan, kenapa itu menjadi kewajipan yang sama untuk dirimu? Siapa pula yang akan menyapa pemandangan ini, menikmati keindahan ciptaanNya? Punca utama orang maju ke depan adalah kerana di situ menjajikan destinasi yang indah, to another level. Manusia sejak mula lagi sudah obses evolusi. Nomad yang mulanya mungkin faktor alam tapi dibaliknya tersimpan satu kata azam, "perfection". Walaupun hakikatnya kita sudah maklum bahawa kita selamanya jauh dari kesempurnaan. Jalan yang kita lalui adalah sama dengan jalan yang dilalui oleh orang lain. Ada yang baru

A silent voice

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kerana sudah lama tidak menulis hal-hal tentang sehari-hari, aku seperti menjauh dari laluan ini. Semakin lama, kata yang hendak diluah semakin sedikit. Keyakinan yang dipaksa pergi kini sudah benar-benar dingin. Beberapa hari ini, aku cuba untuk menghabiskan filem anime, A silent voice. Sejak ia mulai diuar-uarkan, kutunggu selalu sampai satu ketika aku memutuskan untuk membiarkan waktu berlalu tanpa rasa keterujaan. Aku mengambil masa untuk menghabisi ceritanya. Sebenarnya tontonan kali pertama tidak langsung kuingat. Tiada jalan cerita yang aku faham, tapi peliknya aku merasakan sesuatu perasaan yang asing, sebolehnya aku tidak mahu menontonnya lagi. Memikirkan anime ini pernah mengisi ruang wish listku, maka aku cuba juga buat kedua kalinya. Apa yang aku dapat dari tontonan yang memakan masa 12 jam (aku berehat di pertengahan cerita kerana agak beban) ia tidak membuang pergi perasaan asing yang ku rasai sejak kali pertama menontonnya. Sam

Playlist #yondermusic

Assalamu'alaikum dan Selamat malam, kalian. Tanpa jemu, suka untuk aku ulangi, lagu-lagu yang aku kongsi ini terdiri daripada lagu-lagu yang agak rare atau jauh dari mainstream muzik Korea. Mungkin bukan saja lagunya baru pertama kali kalian dengar,entah-entah nama penyanyi/bandnya pun kalian tidak kenal. Vidan | Album : Opening New Age Salah satu sebab aku mula menulis tentang senarai main lagu di Yonder kerana mahu orang mengenali artis yang underrated (aku spesifikkan ke Yonder sebab aku guna Yonder). Sama seperti Vidan ini, jarang dapat jumpa crossover band. Yang buat aku jatuh cinta dengan muzik mereka adalah gabungan modern dan traditional instruments. Masa try cari di Yonder aku punya kecewa sebab nda pandai jumpa. Jadi buat yang entah ke berapa kali, aku try taip nama album tu, maka dapatlah. Walaupun belum sepenuhnya berpuas hati, at least dapat juga dengar lagu-lagu mereka satu album. Yang latest tidak di update sama Yonder, kena buka youtube. Ikut preferenceku, sat

Bunga: Dahlia Early Bird

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera Agak lama aku tidak berbicara mengenai projek tanam bunga. Wujud lagi cuma melankolik ceritanya kerana sebahagian daripada benih yang aku semai, boleh dibilang berapa yang survive. Selepas siri petunia, aster, gypsophila dan summer impatiens, benih yang aku tanam tidaklah rumit cuma kali ini alam malu-malu mahu berkawan. Dahlia Early Bird merupakan salah satu daripada benih yang sempat berjuang sampai tumbuh bunga. Sekarang ini, sudah tiga pokok yang berbunga dan masing-masing dengan warna sendiri. Berbanding dengan siri pertama, kali ini aku menanam dengan kadar biasa-biasa saja walaupun sebenarnya hari-hari juga pasu-pasu bunga tu ditelek-telek. Mungkin, aku fikir dalam semalaman, kuncup bunga akan muncul. Halangan nombor satu siri kali ini adalah alam. Cuaca yang tidak menentu ditambah pula hujan yang selalu lebat menyebabkan pokok bunga yang baru belajar adaptasi alam menjadi culture shock. Satu dua hari bertahan lagi, lama-lama batang

Playlist #yondermusic

Untuk sekian kalinya, berikut merupakan antara lagu Korean (selepas digging Yonder Muzik) yang kadang bukan terkini dan seupaya tidak menyentuh lagu kumpulan idol. Mungkin ada di antara lagu tersebut yang belum dan tidak pernah kalian dengar. Aku tidak spesifikkan genre tertentu kerana boleh jadi sesuatu itu kesukaanku tetapi tidak bagi orang lain dan sebaliknya. Selamat mendengar! Eastern Sidekick Aku punya senarai panjang Korean rock band oleh sebab itu mungkin, aku mulai tidak berminat. Waktu yang tidak kena barangkali. Padahal lagu-lagu mereka bagus-bagus. Aku mengambil masa yang agak lama untuk hadam muzik mereka. Seperti yang aku jangka, aku memilih track yang sedikit slow sebagai rekomenku, #Total Reflection , #88 (aku suka vokalnya di sini), #Sea and Room , #Natural Wind , #At Home on Holiday , #In Front of Your House , dan #Seoul . Peminat rock pasti suka muzik mereka. Hot Potato Aku kepayahan membuat pilihan, lagu mana hendak disimpan lagu mana hendak dib

Playlist #yondermusic

Assalamualaikum dan selamat malam Kita lanjutkan senarai lagu yang aku temui dan rekomen di yonder muzik. Kim Geon Min | Album : 19 20 21 Aku tidak mengenali Kim Geon Min yang secara tidak sengaja menemui lagunya di yonder. Aku kategorikan lagunya sebagai folk song. Aku belum punya masa untuk cari translasi, tetapi ketika mendengar liriknya, pada pendengaranku dia menggunakan ayat yang simple. #Unrequited Love merupakan antara lagu yang aku suka dalam albumnya ini. Maktub Cuma dua lagu Maktub tersenarai di yonder. # Sweet Dream dan # I Got U (feat Leeraon & Jasmine Clarke). Rumble Fish Bila sebut Rumble Fish, lagu yang paling aku sinonimkan adalah # Smile Again . Walaupun sesetengah lagunya bukanlah citarasaku, # Men Are All the Same , #Fly , #In the End , #Goodbye , dan terutamanya #Spring Comes, Flower Blooms merupakan kegemaranku. Selain itu, di album Memory for You seperti lagu #Rain and You dan #Be Dust (dua lagu versi siapa pun selalu aku

Playlist #yondermusic

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Aku sebenarnya tidaklah meluangkan masa yang banyak untuk mendengar muzik. Tetapi bila masanya aku hendak membersihkan senarai main yang aku ada, kadang-kadang bilangannya ditambah lagi kerana discover another song pula. Berikut merupakan antara lagu yang masuk pustakaku dan pastilah bukan yang terkini. Ada yang sudah lama menghuni tapi aku baru berkesempatan untuk mencatatnya di sini. Lagunya in Korean tapi bukan dari kalangan idol band/team. Dengarlah mana tahu berkenan. Annyeongbada Lagunya #별 빛이 내린다 digunakan secara meluas sebagai muzik latar dalam program televisyen. "Shalalalalalalala... " tapi dengarlah seluruh lagu. Aku suka suara vokalnya. Lagu lain mereka yang aku suka adalah #My Mind Talks / 내 맘이 말을 해 . Personally, aku suka almost the whole album mereka bagi album I Cross the Sea with You. Cogason Mendengar tanpa mengetahui makna lirik dan mengenal penyanyinya, dua perkara yang sering membuat aku dilema. Tapi, Cog

Jalan berbatu merah dan tanah

Jalan berbatu merah dan tanah Buku lukis tanpa warna Meski becak kita ketawa riang 3 batu kaki kita melangkah kecil Mengejar masa hadapan Dan apabila kita dibubut masa Aku hairan kenapa susah betul kau saksikan matahari terbit? Remaja memberi makna berbeza kepada kita Aku dengan jelas menara gading di mata Tanpa pamit tanpa tanda Dihantar oleh jalan berbatu merah dan tanah Kita menjadi asing Hey, Dewasa sudah mewarnai usia kita Buku lukis yang Ertinya tidak sama kepada yang punya dan yang melihat. Tapi jalan ini masih serupa Apa pun yang ada digenggammu Apa pun yang terlakar di buku lukismu Marilah senyum Pasti terlalu canggung Tetaplah sapa jalan ini; Jalan berbatu merah dan tanah. Nota: bubut = kejar
Pernahkah kau terfikir Waktu terburuk dalam hidupmu? Kita berada di sini berdiri Bermula dengan langkah kecil Dan untuk membilang kita tidak punya apa, kita menjadi orang tidak bersyukur. Sepanjang jalan kita belajar Bahawa tidak semua bisa kita punya, Ada yang dibawa dan ada ditinggal. Kita seringkali bermain dengan kata dilema, memilih dan redha. Tapi, di pertengahan ini, Kita berdiri kaku Bukan kerana sulitnya bermain perasaan ternyata setelah semuanya kita pertimbangkan Yang tinggal hanyalah sebuah harga diri, bernafas selagi diberi nyawa. Baru kita sedar, memilih itu perkara mudah Menghadap dunia dengan kata tidak kenal putus asa adalah pemberani Imaginasi handal melawan arus realiti Dan kita sedang menuju realiti. Kabus di hadapan tidak punya cahaya Ia putih tapi sepi Tapi kita yakin dihadapan ada destinasi Biar sedikit asal ada. Wujud lagikah destinasiku? Atau sebenarnya ini penamat sebuah perjalanan? Menuju sebuah kehidupan selepas pelbagai kehidupan.
Assalamu'alaikum dan selamat malam Ada masanya, melihat keluarga kucing tidur pun aku hendak catat di sini. Ketika karakter di buku mulai memasuki ruang hatiku dan ketika aku tidak pernah lupa menyaksikan hari bertukar wajah. Ah, satu hari lagi berlalu. Dibalik dinding flywood, televisyen yang sepatutnya ku lihat dengan mataku menjadi audio seperti radio, ku pasang telinga. Walaupun sebenarnya aku tidak terniat mahu mendengar. Dan cicak mencelah memecahkan ruang kembali ke realiti. Kamar kosong. Gelap. Sepi. Di satu sudut lain, pada masa ini, aku tahu aku bukan sendiri begini. Ada ramai lagi di luar sana yang juga punya ruang kosong, gelap dan sepi. Yang lucunya, aku sempat berfikir kalau di hati orang-orang tersebut ada apa. Mungkin sebab aku sendiri pun sudah buntu mencari solusi. Di tepi tingkap bilikku ketika ini, ada satu keluarga burung yang menghuni di pohon jambu batu. Ciapnya makin galak. Meski malam semakin tua. Itu bukan masalahku. Satu masa nanti aku akan rindu

Catatan

Bangkit dari tidur matahari sudah di tempatnya Cahaya pagi dan suara unggas Cuma aku segan menyapa dunia Semakin hari semakin resah Langkah kaki ke depan Tidak pernah menyalahkan Kerna pegun saja juga tidak boleh Demi masa yang tidak menoleh Tapi melangkahlah dengan jasad dan hati Sampai masanya jasad akan dimamah bumi Aku mendengar kokokan ayam jantan Ia jerit kesyukuran menyambut pagi Ia jerit keriangan kerana sebiji telur Ia jerit ketakutan kerana seekor anjing Meski hari-hari kais pagi makan pagi Kais petang makan petang Oh, masaku sudah dicuri Pada mimpi yang fantasi Dan nyaring kokokan ayam

Playlist #yondermusic

Assalamu'alaikum dan selamat malam Oleh sebab senarai sebelum-sebelum ini majoriti artis lelaki/ kumpulan lelaki, maka aku buat senarai yang terdiri daripada artis perempuan pula. Appetizer Lagu-lagunya genre love & heartbroken song. No rap, no English words. Banding dengan liriknya, aku lebih memilih muzik dan emosi yang disampaikan melalui lagu-lagunya. Aku nda tau mana satu mau rekomen sebab bila aku dengar satu lagunya aku decide itu the best eh sekali dengar lagi lagu lainnya, pun best juga. Laila is dilema, kalian. Jadi aku decide dengarlah lagu yang aku dengar time discover Appetizer ni, # You Are the Universe (feat. Morning Coffee) Ji Young Baek Single yang berjudul # Your Mind . Aku jarang dengar lagu-lagunya. Tapi terdetik mau dengar suaranya yang terkini. Neon Bunny Aku bukan peminat electro-pop, tapi oleh sebab dia pernah menjadi session keyboard board untuk kumpulan The Black Skirts, maka aku mahu juga dengar lagu-lagunya. Aku rekomen #Romance in S

Catatan

Sewaktu kecil dulu, tiap subuh bapa selalu temankan ke sumur di belakang rumah untuk mandi. Jarak dari rumah ke sumur sejumlah dua bukit. Bermaksud pergi mandi aku harus menuruni bukit dan sesudah mandi aku harus mendakinya. Aku tidak pernah perasan kalau di waktu itu dada langit dihiasi bintang. Kadang-kadang, ia umpama padang sepak bola. Bintang itu silih berganti marathon cahaya. Berbalas-balas. Sampailah satu hari, ketika kami menjenguk ke atas, baru kami tahu kalau selain dingin subuh dan kokokan ayam menjemput pagi, ada komuniti besar sedang berinteraksi. Waktu itu, aku tidak pernah berkira korbannya bapa. Kerana yang aku tahu, sesudah dari sumur, azan dan takbirnya kedengaran. Tiada lagi tidur sesudah itu. Ketika aku berlari-lari ke sekolah, dia pula mengangkat kaki ke dunia tani, satu-satunya kerjayanya sepanjang hidup. Menjadi petani. Di sepanjang masa yang berlalu pergi, terlalu banyak yang telah berubah. Meski statik apa pun yang diklaim, kita sebenarnya sudah bergerak d

Playlists #yondermusic

Assalamu'alaikum dan selamat petang Jangan mengeluh dulu. Aku sedang menyiapkan cerita pendek yang kelima. Sementara itu, aku tulis pasal senarai mainku di yonder sebab aku memang akan sentiasa mencari muzik sebagai halwa telinga. Seperti biasa aku akan cuba untuk elak update lagunya kPop/idol. DAYBREAK | Single : 왜안돼 ? Sebab ia labelmate dengan The Koxx, The Solutions dan lalasweet, maka aku pun cuba cari dan akhirnya ada pun walaupun cuma satu lagu ini sahaja (ini lagu terkini mereka) available di yonder. Ini bukanlah genreku tapi masih diterima masuk ke dalam pustakaku. Aku sebut lagunya sebagai unik. Sama macam ketika dengar lagu #summer rain oleh lalasweet tu, aku fikir ia biasa-biasa tapi ndak, ada kelainannya. The Monotones | Album : Into the Night Pertamanya, kenapa yonder team kasi gabung page The Monotones dengan kumpulan lain walaupun sama nama? Album Into the Night kalau aku ndak silap merupakan full album pertama mereka dan agak popular juga (dapat Korea Mu

Playlists #yondermusic

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Menyambung episod senarai lagu di pustaka yonder muzik. Sebenarnya, aku sudah berniat untuk mengakhiri episod ini (dan dalam pencarian membuka tema baru) tetapi tiba-tiba bersemangat semula untuk teruskan kerana yonder team seperti tahu memasang umpan. The Solutions Aku pernah mencari dua album (full album) terawal, #The Solutions & #Movements tapi gagal. Kemudian, aku temui latest album mereka, # Thumbs Up sekali gus single mereka #Love Again . Aku ndak pasti kenapa ada dua page THE SOLUTIONS di yonder: satu untuk album lama mereka dan satu page lagi album terbaru mereka (2017). Anyway , lagu-lagu mereka mostly kedengaran mix muzik beberapa group (termasuklah labelmate , The Koxx)...ia bukan kritik ya more to compliment sebab muziknya memang jenis yang aku suka. Lagu yang aku rekomen? Dengarlah semua lagunya (dua album terawal tu in english ). Btw, lagu #thumbs up dan #lines tu aku keep playing for awhile . Nell | Al

Playlists #yondermusic

Assalamu'alaikum dan selamat malam Semalam aku ndak sempat mau cover banyak artis sebab sudah kepenatan menulis 🙆. Coffee Boy | Because of Summer Night Aku sudah lama mengintai lagunya di Yonder muzik tetapi seringkali bertemu kata hampa. Malah, foto profilnya dipakaikan foto Lee Min Ho. Sejujurnya perkara yang membuat aku bertambah eager mahu dengar lagunya kerana cover albumnya yang agak memancing minatku. Belum pernah lagi aku dapati covernya yang aku ndak suka. Aku sebut ia sebagai "artistic". Suaranya bukan citarasaku, tapi bila sampai di part narration tu (#Because of summer night)... diikuti dengan lagu #What If This Is Not Love dan #You Are Special ... Coffee Boy cuma perlu suaranya dan simple instrumen sudah memadai (meskipun, susunan muzik di #You are special tu definitely not simple as it is). Hongwoon | Still I Am Aku cuba google namanya tapi tiada informasi berkenaan. Mungkin even Korean pun nda tau kewujudan lagu # Still I Am ini, malah gerangan H

Playlists #yondermusic

Assalamu'alaikum dan selamat malam Sudah lama nda update dan hari ni tiba-tiba mahu tulis pasal senarai lagu di pustaka yonder muzikku. Sebetulnya lama sudah aku tidak jengah-jengah sana. Jadi, macam biasa senarai lagu boleh jadi bukan yang terkini ya. Walaupun dalam pustaka ku bukan terdiri daripada lagu Korea sahaja, tapi aku memilih untuk menulis tentang senarai itu sahaja. Sebolehnya aku akan senaraikan lagu yang bukan dari kumpulan idol. The Black Skirts | Album: Team Baby Kali pertama aku dengar lagunya The Black Skirts adalah #Hollywood (sekarang sudah tiada dalam pustakanya Yonder, I wonder why). Itu boleh dikira cinta dengar pertama! Jadi bila tahun ni ada album barunya, aku teruja sebab aku cuma dengar lagu melalui yonder app. Tapi sayangnya, yonder tidak update. Sampai la tadi (ya sebentar tadi baru diperiksa) aku dapat tahu kalau yonder sudah punya. Walaupun belum ada yang menggantikan detik cinta dengar pertamaku, sesungguhnya aku syukur sudah bisa dengar suaranya

Dunia

Dunia adalah tempat persinggahan yang tidak pernah adil. Tempat yang mempertaruh maruah, moral malah agama. Indahnya dunia tidak akan memperdaya insan yang tidak memandangnya. Tapi ibarat melalui jalan sepi, sepi itu sendiri dibunuh bingit bisikan meski halus. Kita sangka kita sudah jauh dari dipengaruh dan terpengaruh. Rupanya kita sedang memakan umpan dunia. Hendak mencari destinasi akhir itu terlalu sulit tatkala kita menoleh ke tepi jalan, ada saja yang menarik. Sebab itu, bila kita tidak terkawal lagi, kita kemalangan.  Betapa susahnya hendak fokus ke hadapan. Apa yang kau kejar di dunia? Bila akhirnya yang kau bawa adalah bekal untuk akhirat. Tapi dunia selalu mengugut dengan kata putus, hitam atau putih, tinggallah aku abu-abu.

Mengejar bahagia

Assalamu'alaikum dan selamat malam Aku fikir perjalanan liku ini akan berakhir pada masa terdekat. Rupanya ia selekoh panjang yang jalan lurusnya tidak kelihatan. Destinasi yang tidak kunjung tiba. Aku cuba untuk tidak membicara dan mempersoal walaupun kadang-kadang emosiku terumbang-ambing. Kerana kata yang bakal terluah bukanlah sebetulnya lahir dari hati cuma pelepas lelah. Dan aku tidak suka bila orang berteka lelahku puncaknya di mana. Itu rahsia. Ketika menulis catatan hidup sendiri, yang terlihat di mata seringkali kehidupan dan bahagia orang lain. Meskipun, kita sibuk membilang angka bahagia kita dan kemudian dijajah ke muka dunia, kita sebenarnya sedang tewas. Kita kata kita bersyukur tetapi sejauh mana syukur tanpa mengukur dan membanding dengan hidupnya orang lain? Laku bahagia itu bisa sedetik dan sekecil tanpa sempat kita klaim, "ah, aku bahagia!" Dimana dan kapan pun. Dalam duka pasti terselit suka, cuma kerna kita sibuk mencari solusi, kita lalai kala

Catatan dan menanam

Assalamu'alaikum dan selamat malam Sudah lama ndak menulis di sini. Sedikit sibuk dengan projek tanaman bunga. Mulanya aku berfikir bahawa aku menanam kerana keluangan masa. Sebetulnya memang begitu cuma lama-lama aku rasa ia merupakan 'naluri'ku. Aku membesar dengan melihat bapa menanam pelbagai jenis sayuran. Ketika dia tiada, aku rasa lain bila tanah yang dulu berisi menjadi kontang. Meskipun ruang sayur bapa belum boleh dibilang berpenghuni, tapi nampak jugalah dijaga. Tidak terbiar. Aku bukannya tidak mencuba, tetapi seringkali menemui kata gagal dan belum punya cukup motivasi untuk istiqamah menanam sayur. Aku belum menjiwai dan communication antara aku dan sayuran belum terjalin. Berbanding dengan menanam bunga, sikit demi sikit aku sudah rasa rentaknya. Walaupun belum bisa dikatakan expert, tapi interaksi antara aku dan tanaman bunga itu sudah terikat. Ada linknya. Hahaha. Bunyi macam desperate kan aku menanam. Kerana aku bukan sekadar menanam, aku sedang mel

Catatan

Batang kecil dan hijau. Daun dua lembar. Itulah permulaan hidup tumbuhan. Di pasu kecil itu, ada beberapa batang anak pokok bunga usaha membesar. Pagi dan petang tubuhnya disiram. Siangnya dihangat mentari, malam pula diselimuti embun. Waktu ini, mereka tumbuh dengan wajah dan ekspresi yang sama. Semangat menjelajah alam. Semangat tumbuh besar dan bersama. Bila angin dan hujan menduga, basah dan dingin diterima. Kadang-kadang ada yang tumpas. Satu demi satu jumlah batang di pasu tadi kurang. Pun begitu, selagi hidup dikandung badan, liku pun dilalui. Sampai beberapa waktu usia dewasa menyapa. Kalau dulu daun dua lembar sekarang daun sudah rimbun. Bunga dan buah pun ada. Dulu batang hijau dan lembut, sekali dicubit patah la ia. Sekarang, coklat yang keras, selepas menghitung hari berhadapan dunia dan seisinya. Kawan yang sama-sama sempat bolos ujian hidup, juga serupa. Punya tanggungjawab dan cerita sendiri. Meski pohon sudah tumbuh cantik dan gah, ekspresi sudah berubah wajah: hi

Aster telah pun berbunga!

Assalamualaikum dan selamat pagi Beberapa hari ni busy dengan bunga. Tapi tidak juga busy betul cuma sentuh-sentuh manja sebab bunga boleh jak just diletak di bawah matahari dan jaga siramannya pagi dan petang. Tapi, it's better to give a touch. Akhirnya batch pertama tanaman bungaku dari benih (terdiri daripada: aster, impatiens, gypsophila & petunia) sudah pun berbunga semuanya. Yeay! Alhamdulillah! Aster kini makin ligat menghasilkan bunga walaupun pokoknya agak.... kecil? Pokok pertama berbunga pink. Pokok kedua belum lagi kembang bunganya tapi sudah nampak kuntumnya berwarna ungu. Mostly, tiap jnis cuma berwarna dua warna ini. (Petunia: pink & ungu gelap, gypsophila:pink, aster: pink & ungu, impatiens: pink gelap & pink pudar). Aku beli yang mix jadi warnanya sepatutnya random. Aku sudah mulai batch kedua dengan jenis cosmos, dahlia, zinnia dan marigold. Semuanya terkenal dengan tahan panas dan mudah tumbuh. Jadi batch kali ni kita santai2 saja. 😉 Oh, ber
Terlalu banyak perkara yang dikejar, Riuh dan asing. Berapa jauh harus melangkah dan pulang Atau berdiri diam? Hidup sedang berbicara tentang jiwa Cerita kita yang sudah sekian lama ditinggal. Tertinggal tanpa sedar. Berlari jauh dan berhenti. Berjalan pulang sambil menangis. Ya Rabb, hati siapa yang aku bawa ini?

Surat buat akasia

Kerna kita kenalan lama, maka aku berusaha menulis buatmu. Walaupun kita tidak pernah rapat dan aku tidak biasa. Masa kecik dahulu, aku dan adikku, Ilmi memanggilmu hutan. Tiada yang pamit, tiada yang peduli. Kau mungkin lebih tinggi dari tubuh kecil kami tapi kami berhenti mendongak. Ketika aku memerlukan Ilmi, aku berdiri di depanmu. Menatap kau yang tinggi ke langit, membayang hari esok yang belum pasti. Mengukur impian dan harapan. Tanpa aku sedar, sejauh mana pun aku melangkah, tidak mungkin ku samai puncakmu. Dan menangislah aku sendirian kerna lelah dan juga kecewa. Tapi, apa yang lebih menyedihkan adalah setiap kali aku menghadapmu bersama impianku, aku berasa kerdil. Padahal dahulu, sewaktu kecil, kau itu umpama pulau bagi aku. Kelihatan namun jauh. Aku fikir, mungkin kerna aku selalu hadir dan membanding hidupmu dengan hidupku, maka aku terpengaruh dengan ideologimu. Kenapa kau curi hidupku? Pergilah kau bersama kekesalanku. Pergi membawa kenangan seorang anak kecil yan

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Playlists #yondermusic

Assalamu'alaikum dan selamat malam Hari ini aku sudah menulis tiga entri tapi ndak disiarkan kerna gangguan network. Aku sepatutnya lebih hati-hati, simpan dulu baru dipublish. Berikut merupakan senarai baru lagu yang masuk pustakaku di yonder muzik. Ada lagu baru dan ada lagu yang sudah bertahun wujud. Tapi, bukan latest sangat pun ya. Aku sibuk mahu cek satu-satu. Yang mana tercari tu la aku dapat. Apink | Album: Pink Up First time aku muat turun semua lagu dalam album mereka. #Five give a positive energy tapi aku paling suka #Evergreen , a refreshing ballad. Blackpink So far, lagu mereka yang aku paling suka adalah lagu terbaru mereka, #As if it's your last . Aku cuba untuk kurangkan frequensi memainkan lagu ini. Hwang Chi Yeul | Album: Be Ordinary Aku suka semua lagunya. Ballad dan husky merupakan kombinasi citarasaku. Tidak tahu mahu pilih mana satu. Sila dengar satu album. Crush | Album: Outside Bila aku dengar nama Crush, lagu #Beautiful selalu membayangi. At

Cerita pendek: bahagian empat

Semalam aku tidur tanpa perlu mendengar penjelasan Biccu. Salahku sendiri menyuruhnya bercerita. Biccu punya banyak koleksi cerita yang dikutipnya daripada warga kebun. Tapi kalau ada yang berkualiti mungkin satu dalam seribu. Memikirkan cerita ikan tilapia semalam, aku terasa bodoh untuk mempercayainya. Memangnya pada pendapatmu bagaimana? Masuk akal? Tidakkan? Entah dari siapalah dia ambil cerita itu. "Si Kojo yang ceritakan aku". "Selepas kau bubuh 'msg'?" (*cerita yang ditokok tambah seperti makanan ditambah perasa supaya menjadi sedap) "Tidak satu kukurangi dan tiada kutambah. Persis diceritakan Kojo". "Sudahlah" malas aku hendak lanjutkan. Matahari sudah menampakkan diri di ufuk timur. Dada langit bertompok-tompok putih. "Kenapa kau?" Terdengar suara anak tuan bertanya. Tiada balasan. "Kenapa kau?" Soalan diulangi. Masih tiada jawapan. "Aku dengar kau selalu dikejar sama bapamu. Dikejar lagi kau?&q