Khamis, 30 Jun 2011

~::*Kisah Masyitah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan selamat malam....
Kali ini,saya ingin berkongsikan mengenai  kisah Masyitah yang dipaparkan dalam perjalanan Rasulullah s.a.w. ketika peristiwa Israk dan Mikraj.
Rasulullah s.a.w. melewati satu daerah yang mana baunya sangat harum seperti bau kasturi.Baginda bertanya kepada Jibril,daerah apakah yang sedang mereka lewati.
Jibril menjawab:"Itulah makam Masyitah,seorang wanita penghulu syurga."Dia adalah pengasuh anak firaun,pemerintah yang kejam di Mesir yang mengaku dirinya Tuhan.
Masyitah memiliki semangat dan jiwa keIslaman yang kuat hingga mampu mengenepikan keangkuhan Firaun.Kerana kekejaman Firaun,dia dan lainnya terpaksa menyembunyikan keimanan mereka.
Pada suatu hari,ketika Masyitah menyisir rambut puteri Firaun,tiba-tiba sikat itu terjatuh.Dengan tidak sengaja,dia menyebut nama Allah.
Ketika sang puteri mendengarnya,bertanya kepada Masyitah, siapakah Allah itu?Masyitah awalnya enggan menjawab,tetapi setelah didesak berkali-kali,dia akhirnya memberitahu bahawa Allah adalah Tuhan Yang  Esa dan Tuhan Sekelian Alam.
Puteri itu mengadu hingga menyebabkan Firaun sangat marah mengetahui Masyitah menyembah tuhan selain dirinya.Masyitah dipaksa Firaun agar mengakui dirinya(Firaun) sebagai Tuhan.
Tetapi dengan keberanian dia berkata :"Tuhan aku dan Tuhan kamu adalah Allah."Kata-kata tersebut menimbulkan kemarahan Firaun.Lalu dia memerintahkan menterinya,Hammam,agar membuat patung sapi dari tembaga dan diisi minyak untuk merebus Masyitah dan keluarganya.
Ketika giliran bayinya dimasukkan ke patung sapi,Masyitah hampir mengaku kalah dan menyerah kepada keinginan Firaun kerana sangat sayang kepada anaknya.
Tetapi dengan kehendak Allah terjadinya kejadian luar biasa.Secara tiba-tiba bayi itu dengan fasih berkata:"Wahai ibuku!Teruskanlah dan jangan menyerah kalah,sesungguhnya engkau di jalan yang benar."
Masyitah dan keluarganya mempertahankan keimanan mereka dengan mengatakan "Allah Tuhan Yang Esa dan Firaun hanya manusia biasa."Lalu semuanya syahid dibunuh Firaun.
Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini diperingati setiap tahun oleh seluruh manusia melalui peristiwa Israk dan Mikraj.
Sekian saja perkongsian saya kali ini.Semoga bermanfaat...inshaALLAH.

Rabu, 29 Jun 2011

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^
Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini."
Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikannya juga.." Lantas Allah berpesan kepada Jibril untuk menyampaikan salam buat Saidatina Khadijah,wanita yang banyak menyumbangkan hartanya untuk menegakkan syiar Islam.
Jibril turun dan memberitahu Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut.Lalu Rasulullah s.a.w. menyampaikan salam tersebut kepada isterinya yang tercinta.Sebaik menerima salam tersebut,maka Saidatina Khadijah lalu menjawab ,sambil melafazkan bacaan yang begitu masyhur yang sering dibaca selepas solat yang berbunyi ,"Allahumma antas salaam - waminkas salaam,Wa ilaika ya 'uudus salaam, fahayyina rabbana bissalam,Wa adkhilnal jannata daaras salaam,Tabaa rakta rabbana wa ta 'aalaita yaa dzal jalaali wal ikraam.(Ya Allah,Engkaulah kesejahteraan,dariMulah asal kesejahteraan dan kepadaMu pula kembali kesejahteraan,maka hidupkanlah aku dengan kesejahteraan dan masukkanlah aku ke dalam syurga negeri kesejahteraan.Maha Mulia Engkau Ya ALLAH  yang memiliki kemegahan dan kemuliaan.)
Sekian...setakat ini saja post saya..inshaALLAH,mudah-mudahan kita dapat mencontohi peribadi Saidatina Khadijah dalam membantu menyebarkan syiar Islam.

Selasa, 28 Jun 2011

~::*Diperlihat 10 Seksaan Wanita*::~

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..dan selamat malam...^^
Baru-baru ini,saya telah menjalani facial...huhuhu...sakit tak tertahan semasa proses 'mengeluarkan jerawat'...meskipun telah berkali-kali menjalaninya,ternyata saya masih tidak dapat menganggapnya sebagai satu 'kelaziman'.Sakit sehingga meleleh air mata saya kat tepi mata.Ikutkan hati nak saja saya menjerit kat room kecil itu.Saat tu,hati saya terdetik,ini baru sakit di dunia..di akhirat kelak lagi berganda-ganda sakitnya,seksaan di neraka.Astaghfirullah al-adzim...
Memandangkan telah masuk 27rejab 1432 pada malam ini,maka saya ingin membawakan sedikit perkongsian yang berkaitan peristiwa Israk & Mikraj.Dalam perjalanan Israk & Mikraj tersebut Rasulullah s.a.w. diperlihatkan 10 jenis seksaan yang menimpa wanita hingga Baginda menangis apabila mengenangkannya.
Antaranya,Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih.Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya dari pandangan lelaki lain.
Perempuan yang digantung dengan lidah, tangannya dikeluarkan dari punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suaminya dengan perkataan.
Perempuan yang digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pohon zakum dituangkan ke dalam kerongkongnya.Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa izin dari suaminya.
Perempuan yang diikat kedua kakinya serta kedua tangannya sampai ke ubun-ubun, dililit oleh beberapa ekor ular dan kala jengking.Itu adalah balasan kepada perempuan yang mampu solat dan berpuasa,tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak wuduk dan tidak mahu mandi junub.Mereka sering keluar rumah tanpa izin suaminya dan tidak mandi bersuci selepas haid dan nifas.
Perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri sedangkan di bawahnya ada api yang menyala. Golongan itu  adalah perempuan yang berhias agar dilihat oleh lelaki lain dan suka menceritakan  keburukan orang lain.
Baginda turut melihat perempuan yang memotong bedannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka membanggakan diri sendiri agar orang melihat perhiasannya..
Selain itu,beginda turut menyaksikan seksaan terhadap perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keldai.Mereka suka mengadu domba dan sangat suka berdusta.
Terdapat juga perempuan yang wajahnya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya lalu keluar melalui duburnya.Ia adalah akibat daripada perempuan yang suka marah kepada suaminya dan menfitnah orang lain...

Naudzubillahi min dzalik...semoga saya..serta sahabat-sahabat muslimah sekalian tidak tergolong dalam kalangan golongan wanita yang mendapat seksaan ini di neraka kelak.Post ini saya paparkan agar menjadi peringatan buat diri saya sendiri terutamanya dan buat yang lain juga.

Ahad, 26 Jun 2011

Bagaimana agaknya nasib bangsaku?

Assalamualaikum dan selamat malam..
Baru jak buka 'event Bersih' kat fb..seriously,saya naik pening membaca post dan komen-komen kat page tu.Macam biasalah,ada yang pro ada yang kontra.owh ya..harap takda yang tetiba komen kat blog saya ni.Terutama kalau nak melemparkan kata-kata yang kurang elok..huhuhu....
Saya bukanlah memihak kepada mana-mana pihak.Sebetulnya masih buta politik lagi.Padahal tahun depan,da boleh mendaftar jadi pengundi.Ya,ALLAH...betapa sukar nak memilih mana satu pemimpin yang sebenar-benarnya layak?
Kadang-kadang,niat asal kita baik,tapi lama kelamaan jadi macam berputar-putar sudah..kadang sukar kita nak bezakan mana yang betul mana yang salah.
Alangkah baiknya apabila dapat mengkaji semuanya ni.Semoga lepasni saya dapat melanjutkan pelajaran yang bersangkut paut pasal politik ni.InshaALLAH.
Saya tak tahu sebenarnya apa yang ingin dipaparkan di hadapan belia seperti saya ni.Kalau negeri yang diperintah oleh pihak pembangkang,mestilah mereka lebih tahu bagaimana pemerintah mereka mentadbir..sama juga macam negeri yang diperintah oleh kerajaan.
Saya?Tempat saya ni,okey jak..dekat pilihan raya,jalan-jalan kampung dibaiki..elektrik pun dah ada walaupun baru setahun lalu dibekalkan.Sekarang ni pula,paip air sedang disalurkan.hmmm... actually,tak banyak mana pun nak bergantung pada kerajaan.Alhamdulillah.Hidup cukup jak. Dah habis study pun tak pernah  dapat biasiswa.Mak bapa kerja kampung jak,tapi itulah yang terbaik.Mereka dapat memberikan saya pembelajaran yang baik tanpa duit kerajaan. Duit hasil cucuk tanam mereka...air tangan mereka di bawah panas hujan.Alhamdulillah.ALLAH murahkan rezeki  kami sekeluarga.
hmmm...tapi baru saya ingat..saya stay kat hostel 4tahun..free makan minum..:p
tapi tu semua duit rakyat jugakan?
Apapun...tahun ni saya belum memutuskan untuk mengikuti mana-mana pihak.Harap.apabila da perselisihan pendapat janganlah keluarkan bahasa-bahasa yang kurang menyenangkan..panggil orang bodoh la..tak cukup mengajilah..'anjing suruhan' lah...siapa kita untuk mengutuk orang?? sempurna sangatkah?Sedangkan bukan penampilan yang mencerminkan status 'iman' kita.
Lucu melihat situasi sekarang ni,orang sanggup buat apa saja untuk dapatkan jawatan.Sedangkan para sahabat Rasulullah s.a.w.  dahulu,sangat takut untuk memegang jawatan.
Entahlah,semuanya ni penuh rahsia..tiap matlamat dan impian sebenar seseorang hanya  terlihat secara zahir..kadang itu hanya palsu semata-mata...rahsia itu hanya akan terbongkar apabila kita berada di hari pembalasan dan perhitungan kelak.Masa tu,tiada satu pun yang tersembunyi....
Yang pasti,saya kecewa melihat situasi politik hari ini...teringat tradegi 15mei..apakah kali ini kami ingin diperlihatkan 'tradegi' itu pula???

Jumaat, 24 Jun 2011

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah


Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan...
Setiap manusia akan di uji  
Sabarlah menghadapi
Dugaan yang datang dan juga pergi
 tanda kasih suci
Perjalanan ini penuh duri
Sabarlah menghadapi
Seringkali  jatuh jangan  henti
Tabah mengharungi
Bila kau resah remember ALLAH
Bila kau sedih  remember ALLAH
Bila kau diuji  say Alhamdulillah
Mogakan diredhai...(3x)
Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version)
Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari)
Song/lyric:Irwan Hisham
Music Arranger:Jamizal
Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook)
Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share

:::Selembar Bulu Mata:::



Salam.Ingin saya berkongsikan sebuah kisah yang saya petik daripada internet.Terutama kepada teman-teman yang belum pernah membacanya.
Pada hari akhirat kelak, ada seorang manusia yang hanya dengan pertolongan selembar bulu mata..Dia dituduh bersalah , menyia2kan umurnya di dunia dengan berbuat maksiat ..Tetapi dia berkeras membantah, "Tidak..Demi Allah yang menciptakan langit dan bumi.."

"Tetapi saksi2 mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat ...Orang itu menoleh kiri dan kanan dan ke segenap penjuru . Anehnya dia tidak nampak sesiapun sebagai saksi..

Di situ hanya ada dia sendirian..Maka diapun menyanggah, "Manakah saksi2 yang kau maksudkan? Di sini tiada siapa pun kecuali aku dan suaramu.."

"Inilah saksi2 itu," ujar malaikat..

Tiba tiba mata angkat bicara, "Saya yang melihat ,"...

Di usul dengan telinga, "Saya yang mendengar,"...

Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium ."...

Bibir mengaku, "saya yang merayu,"....

Lidah menambah, "Saya yang menghisap ."..

Tangan pula meneruskan, "saya yang meraba .."..

Kaki menyusul, "Saya yang berjalan kearah maksiat itu,"...

"Nah .. kalau aku biarkan , seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu," ucap malaikat..

Perasaan gerun menyelinap segenap ruang tubuh orang itu..Dia bagaikan berputus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dilemparkan ke dalam jahannam . Padahal , rasa rasanya dia telah terbebas dari tuduhan dosa..

Tatkala dia sedang dilanda kesedihan itu..sekonyong konyong terdengar suara yang amat lembut dari selembar bulu matanya, "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi,"... 
"Silakan." kata malaikat. "Terus terang saja , menjelang ajalnya , pada suatu tengah malam yang bening, aku pernah dibasahinya dengan airmata ketika dia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya."

"Bukankah Nabinya pernah berjanji, dua mata yang tidak disentuh api neraka; mata yang berjaga pada jalan Allah dan juga mata yang menangis kerana takutkan Allah ."

" Maka saya ,selembar bulu matanya , berani tampil sebagai saksi bahawa dia telah bertaubat sehingga membasahi saya dengan air mata penyesalan ." Dengan kesaksian selembar bulu mata itu ,orang itu dibebaskan dari neraka dan dihantar ke syurga.

Sebaik menjengah ke pintu syurga , kedengaran suara penghuninya :
"Lihatlah ,Hamba Tuhan ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu matanya.."


Belajar Untuk Melupakan?

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum ...selamat malam...
Melihat kepada tajuk di atas,sebenarnya ini lebih kepada satu pengalaman dan perasaan yang pernah saya alami.Saya melalui jalan hidup yang pelbagai.Berhijrah dari satu destinasi ke satu destinasi.Walau kelihatan sangat 'kecil' di mata orang lain,tapi bagi saya yang melaluinya,besar pengertiannya.
Hidup dikelilingi variasi pembawaan budaya rakan,ternyata semuanya mematangkan diri ini. Alhamdulillah.
Melupakan?Ya....
Semasa berada di kondisi yang baik...bertemu teman-teman seperjuangan yang lebih 'sempurna' dari sebelum ini,saya jadi seperti 'kacang lupakan kulit'.Mungkin,faktor masa lalu yang 'jelek' atau lebih menjengkelkan...sangat perit sebenarnya.
Saya rasa bersalah kepada insan-insan yang pernah hadir dalam hidup saya.Jadi mengambil keputusan untuk melupakan saja masa lalu itu.
Tapi kini,baru saya sedari 'keterlaluan' yang saya lakukan...apabila 'perkara' itu pula berlaku ke atas saya.Sakit sebenarnya apabila dilupakan oleh rakan sendiri.Apatah lagi,jika mereka pernah duduk dan jalan seiringan bersama kita.Ketawa dan menangis.
Saya jadi bertambah risau sekiranya selama ini ada yang saya terlepas pandang terhadap rakan-rakan. Ya,ALLAH!lalainya hambaMu ini...Astaghfirullah al-adzim..
Kepada rakan-rakan di luar sana,belajarlah untuk menghargai insan yang ada di sekeliling anda.Jangan pernah mengambil mudah mengenai kehadiran mereka dalam hidup kita.Seorang guru pernah berkata, "Saya ingat kesemua 'sejarah' pertemuan dengan setiap orang.Kerana walaupun mereka hadir dalam keadaan yang berbeza,tapi saya yakin,bahawa mereka membawa pengertian yang sama iaitu menjadi pelengkap hidup.Lama atau sekejap,sedikit atau banyak,setidak-tidaknya,mereka merupakan insan yang pernah hadir dalam hidup saya.Mereka pernah mencipta sejarah dengan saya.Dimana sejarah itu,hanya saya dan dia sahaja yang lalui."
Saya terpana mendengar kata-kata itu.Walaupun merupakan pelajar yang sangat meminati matapelajaran sejarah,tetapi gagal untuk menghayati sejarah perjalanan hidup sendiri.Kasihan.
Belajarlah untuk menghargai..bukan melupakan.Seperti mana saya sendiri, sangat berterima kasih kerana walaupun sikap masa lalu saya boleh dikatakan 'kurang menyenangkan' tetapi masih ada teman yang sudi menghampiri.Mereka inilah yang pernah ingin saya padamkan daripada memori.
Alhamdulillah,saya masih diberi peluang untuk menarik semula 'keinginan' itu.
Kepada teman-teman yang pernah hadir dalam hidupku...Laila Hijjera yang dahulu tidak pernah meminggirkan kalian...Masih menyimpan kenangan bersama dulu.
Terima kasih,teman.
Dedikasi buatmu:::Dwi Apriyanti,Susisusanti,Mardiana,Lencey,Gustina
 ~inni uhubbuki fillah~
 "Orang yg menghilangkan kesedihan saudaranya di dunia,maka Allah akan menghilangkan kesedihan dirinya pada hari kiamat. Orang yg memudahkan kesulitan saudaranya di dunia,maka Allah akan memudahkan urusannya di dunia mahupun akhirat. Orang yg menutup aib saudaranya,maka Allah akan menutup aibnya di dunia maupun akhirat. Allah akan selalu menolong hambaNya selama dia menolong saudaranya."(HR.Muslim)

Khamis, 23 Jun 2011

Semakan UPU

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam...
Dikesempatan ini saya ingin berkongsikan tarikh bagi semakan result UPU bagi lepasan STPM. Saya kerap kali menerima soalan bertanyakan perihal UPU ini.Buat pengetahuan rakan-rakan sekalian,UPU boleh disemak pada minggu ke-2 Julai.Di sini turut saya sertakan link bagi semakan tersebut http://upu.mohe.gov.my/
Jadi,sama-samalah kita bersabar menantinya ya???Apa jua keputusan yang bakal diterima,semoga ia merupakan jalan,tempat dan bidang yang terbaik buat kita.
Selamat berjaya...!!!

:::Jalan pulangku:::

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..dan selamat pagi teman...
Baru semalam aku melakar,'Langkah Tercipta' kini menyusur 'Jalan Pulangku' pula.Kerana kelalaian semalam,langkah tercipta dulu ku atur semula.
Teman,apa yang dapat ku ambil ikhtibar daripada lorong-lorong semalam,jangan pernah mencuba sesuatu yang belum kau tahu hujung pangkalnya...kepada teman-teman bloggerku,maaf atas kesulitan ini.Apa yang pasti Laila Hijjera yang mengatur 'Langkah Tercipta' semalam adalah insan yang sama mengemudi  'Jalan Pulangku'.
Kembalinya aku,dengan harapan dan impian yang sama,ingin menghijrahkan diri:::menimba ilmu duniawi dan ukhrawi;sambil berkongsi perjalanan hidupku sebagai hambaNya..

(Kali ini penulisan yang agak serius..wakakaka..tak tahan aku nak tahan gelak.Seriously,aku sayang sangat-sangat blog aku yang sebelum ni.Tapi disebabkan hal tertentu,terpaksa menutup akaun google yg lama.)