Sabtu, 26 Mei 2012

undang-undang buatan manusia


Assalamualaikum w.b.t.
Nampaknya, bulan ini saya kurang menulis. Ada rasa kelainan kerana kebiasaan mengeluarkan idea (meskipun idea itu masih lemah) tidak lagi menjadi habit. Tiba-tiba rindu pada diri yang tidak gentar untuk mengeluarkan buah fikiran, pandangan terhadap ‘fenomena’ hari ini dan perkongsian perjalanan hidup. Terkadang diri ini malu, malu hanya tahu berkata tanpa pembuktian akhlak yang bisa kalian contohi. Saya sedar siapa diri saya.

Kali ini, izinkan saya untuk berkongsi pengalaman sebulan lalu, pengalaman kecil tetapi besar maknanya dalam hidup saya. Bergelar pelajar Universiti Islam Antarabangsa(UIA), terkadang mengundang ‘ketidakselesaan’ kerana ada yang menganggap kami ‘sempurna’. Hakikatnya kami juga insan biasa yang masih dalam penghijrahan. Saya lebih suka ‘ditegur’ sebagai seorang pelajar seperti mahasiswa/i  di universiti yang lain. Kisahnya bermula dengan situasi di dalam teksi dalam perjalanan balik ke Mahallah (hostel).
“ Da tahun berapa?”soal pakcik driver.

“Pertama” jawab kak Rin mewakili kami berdua. (Rin bukan nama sebenar :P)


“Ohh.. patutlah tak tahu Undang-undang Teksi. Kalau ikut Undang-undang, dalam teksi tak boleh minum. Anak-anak pakcik pun pakcik tak bagi minum kat dalam teksi ni. Pakcik pun sendiri tak minum dalam teksi. Kalau nak minum, pakcik keluar dari teksi.”

Mendengar kata-katanya, saya terpinga. Sampai begitu sekali? Atas dasar undang-undang?

“Kamu ni pelajar UIA, pelajar UIA penuh adab. Teksi ni umpama rumah, kalau kamu pergi rumah orang, mana boleh minum sesuka hati. Ada adabnya.” Syarah pakcik tu.

“Maaflah pakcik, kami tak tahu tak boleh minum kat dalam teksi. Err.. lain kali pakcik lekatlah list undang-undang tu supaya kami boleh tahu.” Jawab kak Rin.

“Semua orang tahu undang-undang tu, kamu je yang tak tahu. Balik nanti cuba tanya kat kawan-kawan.”

Begitulah serba sedikit suasananya. Sebenarnya ada lagi tapi saya pendekkan cerita, pakcik tu sedaya upaya nak tegakkan Undang-undang Teksi. Terkadang pelik juga, kita hari ni banyak yang takut dan patuh pada undang-undang ‘buatan manusia’ berbanding suruhanNya. Contohnya, pakai pakaian uniform bagi kakitangan kerajaan, tetapi masih tengok bentuk badan bagi yang perempuan. Atas arahan pihak atasan kita patuh tapi arahan yang Maha Agung tak takut nak langgar. Pelikkan?
Bukan pula saya nak mengenakan balik pakcik tu, tapi saya pelik sebab dia sampai tahap tak minum dalam teksi kerana itu termaktub dalam undang-undang. Tapi yang lebih pelik, dia tak pakai pakaian uniform putih bagi pemandu teksi. Bukankah itu lagi ditekankan? Cakap tak serupa bikin? Kad pemandu kat bahagian depan pun tidak dilekat...malah seperti yang kak Rin nyatakan, list undang-undang teksi juga tiada. Kesimpulannya???

Inilah kondisi masyarakat kita hari ini. Sesiapa sahaja boleh bercakap itu ini selagi dia punya ‘kuasa’ untuk menegakkan haknya. Tapi apabila dia sendiri melakukan salah, didiamkan sahaja. Di mana keadilan? Kalau keadaan ini berterusan, semakin bermaharajalela lah “pengampu-pengampu kuasa”.Bukan pula saya hendak menyatakan bahawa pakcik tu kena sempurna 100% baru boleh nak tegur, alhamdulillah, kami boleh terima tegurannya tapi bukan dari aspek seorang pemandu teksi tetapi nasihat daripada seorang yang lebih tua kepada golongan muda. Inilah masalahnya, kami memandang dia sebagai ‘senior’ tetapi dia pandang kami sebagai mahasiswi UIA.

Tujuan saya menulis kisah ni bukan untuk memburuk-burukkan pakcik tu atau sesiapa sahaja yang berkenaan, cuba ambil dari sudut positif. Terkadang kita sedar kesilapan orang lain tapi kesilapan diri tak nampak. Saya amat berterima kasih pada pakcik tersebut kerana dalam masa perjalanan setengah jam tersebut membuat saya berfikir selama hampir sebulan mencari hikmah disebaliknya. Sesungguhnya penulisan saya ini tidak lain untuk kita sama-sama bermuhasah, mungkin cerita ini sedikit sebanyak terkait dengan kehidupan anda selama ini, mana tahu? Selamat berhijrah dan istiqamah... ^^

Sabtu, 19 Mei 2012

masa oh masa!

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.

9:00 a.m. suasana CAC  riuh dek suara pelajar-pelajar Fardhu Ain dan Halaqah. Alhamdulillah, senang saja untuk ku temui tempat dudukku. Angka 452. ^^
Sebenarnya, masa yang diperuntukkan setengah jam untuk menghitamkan kertas jawapan tersebut. Hehehe...ada 20 soalan sahaja, tetapi 'berbisa' juga coz semua dalam English. Time menjawab tu terfikir juga, Fardhu Ain ni (aku pelajar Fardhu Ain) Ibadah yang kita lakukan setiap hari, wajib kan, tapi still bila berhadapan dengan kertas soalan, pening juga! Padahal soalan-soalannya sudah tercatat dalam silibus.. Terdiam sejenak, kat akhirat kelak.. lagi payah 'Ujian'. Allahuakhbar!

Meskipun ada rasa kaget, sebab tak yakin dengan jawapan, sempat juga masa menjawab tu aku lihat sekeliling... hehehe.. tak fokus. Ramai yang datang lambat,  malah ada juga yang 'tersalah tempat duduk'. Aku ikuti babak2 tu dengan minat .. hehe.. da berlaku kat depan, belakang dan tepi aku. Pelik juga sebab yang selalu terlibat selalunya 'international student', mungkin sistem pendidikan kat negara mereka berbeza. Ada juga yang jawab guna pen, padahal aku rasa bukan aku tapi anda-anda di luar sana juga, sejak di bangku sekolah lagi kita diarahkan untuk menggunakan pensel 2B. kan?  Pelik sekali lagi, kat negara mereka sistem pendidikannya tak sama dengan Malaysiakah? Tapi aku tengok kat drama Korea, mereka jawab guna pensel, yelah nanti jawapan tu di'cek' menggunakan mesin. Oopps, pelajar tu bukan dari Korea la..

Alhamdulillah, duduk kat bumi 'UIA' ni memang selalu terima nasihat. ^^
Penghujung exam tadi, kami diingatkan sekali lagi mengenai peranan kami dalam penguruskan masa. Memang benar, 90% disebabkan tidur lewat..kalau belajar tidak mengapa, tapi kalau kertas Fardhu Ain dan Halaqah ni, ada ragu di hati saya kalau 'belajar' menjadi punca pelajar tidur lewat semalam. hehehe. Kami terutamanya pelajar UIA, sepatutnya tidak punya masalah dalam pengurusan masa. Mungkin markah yang kami score boleh mencapai A, tapi sayangnya kami gagal mempraktikkannya dalam konsep " Pengurusan masa". ALLAH berfirman, maksudnya : "Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."AL-ASR.

Semoga detik tadi menjadi titik penghijrahan buat diri saya dan menjadi ikhtibar buat anda di luar sana. Biarlah markah yang terbaik itu menjadi milik kita bukan sekadar tercatat di kepingan kertas. Salam imtihan dari bumi UIAM. ^____^

Khamis, 17 Mei 2012

memori sem2_2012

Assalamualaikum w.b.t.

Akhirnya, sampai ke penghujung semester 2. Berbeza dengan semester lalu, kali ini saya merasa berat untuk 'meninggalkan' kelas arab.. terima kasih atas segalanya...kelu tak tau nak cakap apa. Ingat lagi, semasa di semester 1 saya tekad untuk memilih 'ustazah' sebagai guru Arabic sem 2 saya dan ternyata pilihan tersebut tidak sia-sia. Jazakillahu khairan ya ustazah, banyak ilmu yang saya timba. Akan saya manfaatkan ilmu ini, insyaALLAH.

Teman-teman kelas Arab, terutamanya Aida&kak Rin, saya tak tahu lagi seandainya dapat ketemu teman sebaik kalian. Sepertinya dalam persahabatan ini, saya  berhutang atas budi baik kalian, terlalu banyak kali saya menerima daripada memberi.. maaf saya bukan kawan yang baik. Kalau diputar balik saat mula-mula kita bertemu dulu, tidak terlalu payah untuk saya wujudkan kata 'mereka temanku, mereka saudariku, mereka sahabatku' dalam hati ini. Dark chocolate dan gula-gula mentos, semua itu adalah kenakalan saya, permulaan kepada perjalanan kita bersama.

Selalu, mudah saja ayat berbunga saya susun, tapi kali ini, saya tak tahu bagaimana untuk mengungkapnya, mungkin beberapa foto kenangan di bawah dapat menguraikannya. *smiling*








Tidak lupa juga kepada 'buah-buah hati English' saya.. :P
Lotus Huda tengah tidur.. zzzz.. hehehe peace!



Terkadang, manisnya persahabatan menyebabkan kita terleka bahawa sejak dari awal lagi, saat kita bertemu, perpisahan sedang menanti di hadapan. Memang benar, kita masih bisa bertemu, tiada yang mustahil tetapi mungkin laluan yang kita harungi selepas ini berbeza. Tiada lagi kelaziman bersama. Apa jua laluan kalian, doaku sentiasa mengiringi. Terima kasih atas segalanya... sekali bersahabat, bersahabat selamanya... insyaALLAH..

Ahad, 13 Mei 2012

pedagang kasih

Assalamualaikum w.b.t.

Bakal menjengah ke pertengahan May, tapi tidak secalit bait ku ukir, ada rasa sepi. Habitku menulis kian jauh, mungkin menyedari banyaknya aduku bukan padaNya, tapi, sebagai insan biasa aku tidak lari daripada rasa untuk berkongsi. Ya, biar madah ini menjadi kamus hidupku dan mungkin juga segelintir anda di luar sana. Aku menulis rona hidupku sendiri, kerana ini originalnya, ideaku. Tanpa ciplak, manakan mampu untuk berkongsi ilmu sedang diri masih dalam kembara.

12.May... kata orang Hari Ibu. Sejak pagi tadi, ada risau di hatiku. Bimbang hati ibu terguris, tanpa sepatah daripada satu-satunya anaknya. Hari-hari pun adalah hari ibu, tapi ketika majoriti insan menyebut kalimah penghargaan buat sang ratu mereka, pasti ibuku juga berkehendakkannya. Maaf, bu, telefonku rosak di hari begini, hanya doa dapat ku kirimkan..semoga  kebahagian di dunia dan di akhirat menjadi milik ibu...dan kita sekeluarga. InsyaALLAH. amin.

Sedikit terlari tumpuanku hari ini, kembali ke layar 90-an, zaman kanak-kanak. Masih jelas ingatanku pada arwah nenek, emak kepada ayahku. Nenek pedagang kecilan dari Sulawesi Selatan, hidupnya banyak dihabiskan di perjalanan antara Malaysia dan Indonesia. Dulu, aku beranggapan perjalanannya mudah, kerana setiap bulan pasti nenek akan berada di kedua-dua negara ini. Sehinggalah aku berpeluang merasai sendiri perjalanan itu pada tahun 2005 dan 2009, ternyata dia penuh sifat ketabahan. Kalau aku ditanya samada kini masih ingin ke Indonesia menaiki kapal laut, tentu saja jawapanku tidak. Aku memilih untuk menaiki kapal terbang. Tetapi ketika itu (2005&2009) keluargaku masih berperang dengan faktor kewangan, lagipun waktu itu, aku kanak-kanak/remaja yang penuh sifat kesabaran. Berhadapan situasi bangsaku ketika di usia muda banyak mengajar dan memotivasikan diri untuk terus bangkit dari tempat ini.

Nenek hanya tahu berbahasa bugis, dia hanya memahami tanpa menuturkan bahasa Indonesia dan Malaysia. Kasihan. Pernah sekali, mungkin juga berkali-kali di luar pengetahuan kami sekeluarga, nenek ditipu pengurus yang bertanggungjawab menguruskan perjalanannya dari Indonesia. Ketika itu, aku berasa sakit hati, kerana pengurus tersebut mengambil kesempatan terhadap nenek disebabkan nenek tidak tahu membaca. Sungguh, insan yang tidak punya ilmu diperbodohkan begitu sahaja... mulai saat itu, aku berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh biar nanti tidak menjadi mangsa sang penipu.. sang pemuja dunia.. yang hanya tahu erti keuntungan.. Malah aku pernah bercita-cita untuk menjadi pegawai Imigresen di pelabuhan agar kelak mudah sedikit perjalanan nenek. Itulah cita-citaku dulu. Sayangnya, hasratku tak kesampaian apabila nenek telah pergi buat selama-lamanya pada tahun aku mengambil peperiksaan SPM.

Beberapa bulan sebelum pemergiannya, nenek tidak berkunjung ke Malaysia, malah aku lupa memori terakhirku bersamanya. Mengingati semua kisah lalu membuat aku menyesal kerana belum pernah aku ucapkan kata 'saya sayang nenek', 'saya rindu nenek', 'saya cintakan nenek'... kini tinggal kata yang tak terucap. Apa yang bisa aku lakukan kini, hanyalah mendoakan kesejahteraannya di sana dan al-fatihah. Tiap bulan, rumahku sepi daripada kunjungan nenek, tiada lagi jualan pakaian dari Indonesia, tiada lagi kiriman surat daripada kerabat, tiada lagi bau ikan 'kering' , dan tiada lagi bauan bedak sejuk yang selalu dipakainya.

 Bukan kami tidak pernah mencegahnya untuk berulang-alik, tetapi dirinya sudah terbiasa begitu. Apabila berada di Indon teringat anak di Malaysia, ketika di Malaysia teringat harta yang ditinggalkan di Indon. Kasih ibu, apa saja sanggup dilakukan, demi anaknya.

Pada pandangan orang lain, nenek merupakan pedagang kain dari Indonesia tetapi bagiku, nenek merupakan pedagang kasih seorang ibu kepada anaknya. Semoga damailah nenek di sana, al-Fatihah.