Jumaat, 30 November 2012

short-cut

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Minggu lalu, dalam kelas Revelation as Source of Knowledge (RASOK) da ada point nak cakap tentang hari ni, nyatanya sekarang pelajaran itu sudah hilang daripada ingatan saya.(jelas sangat di situ saya tidak pernah lupa kelahiran saya). Tidak dapat tidak, saya tetap ingin menarikan jemari mengukir penghargaan dan terima kasih buat semuanya.

Sebenarnya, saya tidak seberapa mengambil tahu keadaan hari ini, memandangkan kehidupan yang selalu cuma diri sendiri. Tapi, saya tidak dapat lari daripada perkataan terharu kerana dalam 'ketidakkisahan', ada yang peduli. Mereka mengajar saya untuk menghargai setiap insan yang hadir dalam hidup. Tanpa memikirkan dan mempersoalkan silam . Tanpa perlu saya menceritakan semuanya kerana apa yang utama hari ini,  di mana mereka berada di sisi saya sebagai teman dan guru. Hari ini saya belajar untuk sedar akan kehadiran 'insan' di hadapan saya yang selama ini saya buta hati untuk tidak melihatnya.

Hari-hari usia bertambah, tapi tempoh masa setahun umpama tamparan hebat untuk menyedari hakikatnya masa terus berlalu meskipun kita sedia maklum akannya. Lantaran itu, menyedari peredaran masa yang tak tertunda walau sesaat, banyak perkara yang hendak kita selesaikan dan dicapai dalam masa yang singkat. Ya, kalau boleh semua perkara kita nak 'short-cut'. Malah, titik persoalan penting, 'yang mana lagi harus dicapai?' banding 'cara apa yang harus ku guna?'. Meaning to say, kita terlalu pentingkan 'penamat' berbanding 'perjalanan' sebuah kehidupan itu sendiri. Padahal, yang menjadi indikator mutlak 'kejayaan abadi' adalah bagaimana kehidupan ini kita jalani.

Tapi tiada siapa yang mahu di'short-cut'kan usianya...kenapa? Penentu kita kelak bukan berapa banyak kita selesaikan dalam satu masa, tapi apa yang kita selesaikan dalam tempoh masa tersebut.
Kualiti 'kerja' kita tidak pernah mencukupi selagi terlalu mengejar kuantiti; kita sedar akan hal itu.

(munculnya cuma sekejap dalam tempoh setahun pertemuan, tapi pedulinya luar biasa, awal sehari sudah terima 'si kecil berbulu coklat pekat', dia. Walaupun zahirku malu, aku duduk tersenyum melihat 'kejutan' mereka, terlalu jelas semuanya di mataku membuat aku terfikir taktik keanakan masih terserlah dalam diri sahabat-sahabatku ini, Noreen Noor, Lotus Huda a.k.a CikNang dan Glory Morning a.k.a Zahra. Peliknya,semakin ku makan keknya, semakin tebal rasa maluku, mungkin kecomelan mereka melepasi diriku. *wink*)

Minggu lalu, tanpa sempat 'menghadirkan' diri, kedua-dua sepupuku selamat diijab kabulkan. Ini baru permulaan perjuangan, perlu pengorbanan kalau hendak ke penamatnya. Perlu memilih 'cinta' mana yang diperjuangkan- sudah pasti yang terbaik itu adalah yang HALAL. :)
cr: i just grab this photo from kak ros's fb.

cr:kak dudung
 Barakallahu fiikuma. :)

Ahad, 11 November 2012

baju melayu

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Beberapa hari yang lalu, sebelum ke kelas tilawah saya, Ayu dan cik Nang duduk semeja di cafe HS. Suddenly, ada seorang senior lalu (saya lupa nama brother ni),dulu saya pernah sekelas dengan dia, kelas BM Lanjutan. Dia lengkap berbaju Melayu dan bertanjak. Selama saya sekelas dengan dia, (walaupun tak kenal rapat) tapi dia sememangnya pelajar yang sangat memartabatkan bahasa Melayu. Susah nak jumpa pelajar sebegini. Lebih-lebih lagi di tengah kampus 'International'.

Selepas sem 1, saya tidak pernah terserempak apatah lagi mendengar khabar mengenainya,inilah kali pertama melihat figuranya dengan mata kepala saya sendiri. Kata kawan saya dia selalu tampil dengan baju Melayu dan tanjaknya. Seriously? Setahu saya, walaupun dia amat memartabatkan bahasa Melayu tetapi tidak pernah sekalipun dia datang kelas bahasa Melayu dengan 'identiti Melayu' itu. Meaning to say, dia memijak daripada satu tangga ke tangga yang lain dalam usaha memartabatkan jati diri seorang Melayu. Sungguh saya kagum dengan istiqamahnya!

Bukan hendak membesarkan cerita, pada ketika itu, terdapat segelintir pelajar yang memandang dengan sinis. Takut hendak berprasangka buruk, tapi realitinya memang ada sahaja yang memandang 'serong' ke atas golongan yang berusaha mengekalkan imej Melayu. Ikut tradisi Melayu dikatakan 'ketinggalan' zaman, lebih-lebih lagi dalam aspek berpakaian.Tapi pada pandangan saya tidak salah untuk mengekalkan identiti Melayu selagi ia tidak menyalahi syariat Islam. Terlalu mengejar erti moden maka cara pemakaian pun ditukar mengikut 'bangsa' yang dikira sebagai lebih moden. Hilang identiti sendiri. Jadilah kita bangsa yang hanya tahu mengekor dari belakang, tanpa prejudis.

Analoginya, mesej yang ingin disampaikan oleh PSY dalam lagunya, Gangnam Style adalah baik, namun cara penyampaiannya agak terpesong daripada nilai-nilai dan moral kita sebagai seorang muslim. Pertembungan antara budaya sememangnya sudah berlaku semenjak zaman berzaman. Semua sedia maklum akan hal itu. Tapi sedarkah kita,  pertembungan budaya mana yang telah membawa kepada zaman kegemilangan Sultan Melaka?  Kegemilangan Kerajaan Johor? Kegemilangan Acheh? Bagaimana pula halnya dengan keruntuhan sistem Khilafah di Turki? Budaya mana yang telah menjahanamkannya?

Ok, cakap banyak tidak ada gunanya tanpa point, apa yang saya cuba saya sampaikan di sini, apabila pemikiran belia sekarang sudah diresapi dengan unsur-unsur moderen. Islam tidak melarang sebarang bentuk moden asalkan ia diletak sesuai dengan tempatnya. Hakikatnya, Islam tidak perlukan kemoderen,sebaliknya kemoderen itulah sendiri yang perlu diIslamkan. 

Secara peribadi, saya amat khuatir andai golongan belia yang sukakan 'moden' ini berada di tempat atasan, a.k.a pemimpin suatu hari nanti dalam segenap ruang institusi,rumah tangga, politik,ekonomi, pendidikan, dan banyak lagi.

(ibu seorang sahabatku sedang sakit di Hospital, syafakillah..)

Ahad, 4 November 2012

pelajaran semalam

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.

Ye, saya datang lg! Semalam pukul 8pagi ke kelas halaqah, rasa lebih bersemangat kerana bergabung dengan section lain, bila ramai kita rasa lebih 'kuat'. Setelah dibahagikan kepada 4 kumpulan, akak naqibah bagi tugasan untuk menemu duga sesiapa sahaja dalam kawasan UIA,diberi masa 25 minit. Setiap kumpulan memiliki tajuk yang berbeza: Da'ei, dakwah, tarbiyyah dan istiqamah. Tapi tengok pun da tau, ada kesinambungannya kan?

Saya lanjutkan cerita, kumpulan saya memasang strategi dengan membahagikan kumpulan kepada 2kumpulan kecil. Ada tujuh orang,maka ratio 3:4 digunakan. Saya dan tiga teman lain, rasanya antara yang terjauh sekali pergi meneroka bumi uia ni semalam. Mana taknya, kami amatlah memilih. huhuhu. Ringkasnya, nak cari yang Melayu,perempuan,student.

Saya lanjutkan lagi...kelas kami berakhir dengan pembentangan hasil daripada temuduga tersebut. Da'ie..siapakah da'ie? Saya adalah da'ie dan anda-anda di luar sana adalah da'ie. Maksudnya, kita sebagai umat Islam bertanggungjawab untuk menyampaikan dakwah. Tidak mengira umur,jantina, latar belakang pendidikan, bangsa dan status. Meskipun seringkali kita tafsirkan dakwah itu sebagai mengajak ke arah kebaikan,meaning to say, apa-apa sahaja yang baik itu adalah dakwah tetapi dalam konteks yang lebih tepat, mengajak kepada Islam. Apa yang cuba saya sampaikan di sini,apabila kita sebut dakwah itu adalah mengajak kepada kebaikan, maka di situlah level da'ie tertuju kepada sesiapa sahaja hatta anak kecil. Sebagai contoh, adik kecil kita mengajak kita makan,itu juga boleh dikira dia berdakwh kepada kita (dalam konteks dakwah kepada kebaikan) kerana makan juga adalah salah satu daripada kebaikan. Kita makan untuk mendapatkan tenaga dan dengan tenaga itulah kita melakukan ibadah.

Seterusnya kita lihat persepsi orang yang didakwah, apakah mereka boleh menerima dakwah sesiapa sahaja? Contoh si A(tak solat) menyuruh temannya si B (solat) untuk menyegerakan solat apabila sudah masuk waktu. Memang kalau difikir secara logik, kita hendaklah melihat kepada apa yang disampaikan bukan penyampainya. Tetapi manusia tidak lepas daripada sifat 'ego'. Meruntuhkan ego itu mudah apabila kita berhadapan dengan orang yang lebih 'hebat' daripada kita. Di sinilah timbul perlunya kita mendekati masyarakat. Inilah kesilapan saya dan teman-teman saya lakukan. Sepatutnya kami tidak memilih semasa proses temu duga. Apa yang berada di fikiran kami ketika itu, 'tak payahlah tanya mak cik cleaner, nanti dia tanya kita balik. Tak payahlah tanya international student,nnti dia tak faham apa yang kita cakap, atau kita yang tak faham apa dia cakap'. Padahal title 'khalifah' yang kita pegang ini adalah milik masyarakat.

Menyelidiki tahap pengetahuan dan pemahaman masyarakat amatlah perlu. Di sinilah timbulnya kepentingan ilmu dalam diri seorang da'ie. Perlunya tarbiyyah. Proses tarbiyyah adalah sepanjang hayat, maka untuk mencapai kesempurnaan itu pastilah mustahil.Kalau kita jadi sempurna baru hendak  berdakwah, betapa sombongnya kita. Tarbiyyah dan dakwah perlu untuk memantainkan iman kita, kerana melalui keduanya kita saling memperingati kearah kebaikan. Kedua-duanya memerlukan istiqamah. Istiqamah dalam menuntut ilmu dan istiqamah dalam berdakwah.

Konklusinya, menjadi seorang murabbi dan da'ie memerlukan ilmu pengetahuan. Seperti yang saya katakan tadi, proses belajar itu tidak pernah berhenti. Istiqamah dalam menuntut ilmu. Ilmu yang kita ada merupakan bahan dakwah kita, meskipun kecil bilangannya. Perlunya dakwah tanpa menunggu diri menjadi sempurna kerana kita perlu saling mengejutkan daripada lena dunia. Dakwah juga perlu Istiqamah. Apabila kesedaran perlunya menuntut ilmu ada, maka kesedaran untuk berdakwah pun wujud dan apabila kita sedar perlunya berdakwah maka kesedaran untuk menuntut ilmu itu perlu. Lahirlah istilah istiqamah dalam kedua-duanya.

-we cannot be good believer in one day. we have to get close in entire our life-

cr:halaqah 2, saturday,lr2,edu.

Sabtu, 3 November 2012

temui jawapan...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.

Sudah sekian lamanya tidak singgah berkata-kata di sini. Rindu. Teramat rindu. Saya cuba beralih 'muka', tapi nampaknya kurang berjaya kerana cuma dijamu hitam putih. Ternyata qalbu ini masih punya rona komuniti, meskipun sering bersendiri. Tiada 'ole-ole' yang luar biasa daripada saya meskipun lama menghilang, sebetulnya sibuk memperbaiki,memperlengkapkan, menambah dan segala macam adjektif berimbuhan positif lagi....dan beginilah tiada pengakhiran kerana proses menuntut ilmu itu sentiasa,selalu.


Kata orang, tak kenal maka tak cinta, maka saya telah mencuba sedaya upaya memaksa diri untuk mengenalinya…(tetiba ayat ni keluar) terus terang tiada yang mencurigakan saat taaruf. Tidak tahu di mana silapnya, setiap kali ingin melangkah untuk lebih mengenalinya, kekuatan saya hilang. Kini yang tinggal cuma persoalan yang kian bercambah. Ketika proses pembelajaran di dalam kelas, asyik terbayang je kerana butir kata murabbi ada keserasian dengan cirinya. Aigoo..Hijjera kata apa ni?  Inilah saya, masih takut untuk mengeluarkan kata sendiri.. berkias-kias lagi..aiseehh..

3tahun yang lalu, saya telah menziarahi keluarga saya yang berada di Negara garuda. Buat yang ketiga kalinya. Ibu saya berasal dari Desa Ajampulu Kecamatan Cina Kabupaten Bone,terletak di Sulawesi Selatan. Pada ketika itu, saya masih ‘berjiwa’ kecil dan sememangnya saya berasal daripada keluarga yang ‘biasa-biasa’.  Saya membesar dengan persekitaran yang dikelilingi masyarakat sebangsa. Sehinggalah satu detik,saya memutuskan untuk keluar daripada kelompok itu dan berkomuniti dengan yang lain. Maka bermulalah episod memahami ketidaksamaan dan kesalahfahaman: pemikiran ,budaya, pegangan dan bermacam aspek lagi. Berbalik cerita mengenai perjalanan saya ke Sulawesi, semasa berada di balai pelepasan Imigresen Tawau, terdapat barisan panjang yang terdiri daripada rakyat Indonesia yang ingin berangkat ke negara mereka tidak kiralah sama ada balik ‘terus’mahupun balik ‘sekejap’. Ramai bilangannya, memang lama jugalah kalau ikut sama berbaris lagi-lagi kalau kita sampai lambat. Saya ketika itu memegang passport antarabangsa Malaysia, warna merah dari jauh sudah boleh tengok, telah disapa oleh seorang pegawai yang bertugas untuk masuk ke dalam balai pelepasan tanpa perlu berbaris seperti yang lain. Mungkin memang begitulah sistemnya, tapi saya kurang setuju. Walaupun  ketika itu saya bertepuk tangan dalam hati. Rasa bangga kerana mendapat layanan ‘baik’ banding yang lain. 

Realitinya, mana-mana  negara  pun memberi layanan yang istimewa kepada rakyatnya terlebih dahulukan? Saya lanjutkan lagi, apabila terjadi situasi seperti ini, maka akan wujud istilah ‘balas dendam’ dalam komuniti. Saya tidak dapat sertakan bukti yang kukuh kerana Alhamdulillah setakat ni belum pernah lagi dianak tirikan semasa berada di Indonesia. Tetapi dalam konteks komuniti masih wujud perasaan tidak puas hati di antara kedua-dua Negara.  Tidak salah kalau saya katakan sampai sekarang. Bukan hendak membuka gelanggang ‘kebencian’ dan melaga-lagakan sesiapa,  cuma saya hendak membawa anda berfikir faktor yang membawa kepada semangat perbezaan di antara kita semua. Bukan cuma melibatkan dua Negara ini, SEANTERO DUNIA. 

Inilah kesan sistem sekular yang telah meruntuhkan zaman kegemilangan Islam. Diwujudkan rasa perbezaan di antara masyarakat Islam dengan rasa kenegaraan.  Wujud perkataan aku Malaysia, kau Indonesia, aku Korea, kau Filipina,aku Amerika,kau Afghanistan padahal asalnya Cuma ada satu,Islam. Peliknya, kita menyedari semua hal ini tetapi kenapa masih belum bergabung? Bukannya tidak ada yang bertindak, sudah ada ‘gerakan seluruh dunia’ yang berjuang atas satu kalimah suci. Padahal kita sibuk dengan sedaya upaya untuk mendapat tempat di sistem ciptaan manusia,sekular.  Nah, di dalam negara sudah cukup banyak ‘perpecahan’. Kalau dikali lagi dengan perpecahan di luar negara?  Inilah yang diidam-idamkan musuh Islam, Islam yang wujud dalam kumpulan-kumpulan kecil. Semakin mudahlah kerja-kerja mereka untuk menjahanamkan kita. Analoginya, apabila kita bergerak dalam bilangan kumpulan yang kecil, mahu tidak mahu kita pasti akan tunduk di bawah sistem yang mereka cipta. Kita bermimpi untuk mencipta sejarah di gelanggang lawan di mana peraturan dan termanya di bawah kelolaan mereka. Apabila keajaiban berlaku apa mungkin kita bisa menghalalkan jalan yang kita pilih sebelum ini?

Ringkasnya, tiada istilah sekular dalam Islam.
 
Apa yang amat  menyedihkan, diri ini hanya tahu berbicara.  Ramai saudara saudariku yang bertindak malah ada yang mengajak ku secara lembut mahupun tegas. Aku masih di sini. Aku masih dibayangi ‘bodoh sombongku’.  Kemenangan Islam suatu yang pasti dengan usahaku atau tanpa apa pun. Maka, bersama kesedaran dan kemampuan yang terbatas,inilah sahaja yang mampuku laksanakan.

“Kemudian akan kembali Khilafah di atas manhaj kenabian...” (Hadis Riwayat Ahmad)

Baru sahaja menyiapkan tugasan yang bertajuk sekular...aku yang berasa malu pada kejahilanku semalam.