Selasa, 28 Februari 2012

Kelekatu dan Ikan ;)

Assalamualaikum w.b.t

Community Service.
Semalam cari point mengenai community service. Teringat kisah 3 tahun lalu semasa menyertai National Service/ PLKN.

Menyingkap kembali lembaran 2009, saya amat berterima kasih kerana sesungguhnya banyak yang telah saya pelajari setelah menjalani kehidupan di dalam kem selama hampir 3 bulan.

Perubahan atau penghijrahan bukan bermakna kita hendaklah bertukar secara 100% dalam satu masa. Bagi saya biar sikit-sikit asal dilakukan secara istiqamah.

Seandainya dulu, semasa di kem saya telah menghabiskan wang hampir mencecah Rm 1000, tidak termasuk elaun Rm150 sebulan... Kini, baru saya sedari apa makna 'kewangan'. Duit menjadi salah satu benda yang sering berlegar-legar di minda saya tiap malam. Memikirkan bagaimana nak save bajet....

Seandainya dulu, saya gagal untuk menjadi teman yang baik, kini saya mencuba untuk memahami tiap insan yang hadir dalam hidup saya. Saya bukan teman yang baik. Ya. Bukan.  Sejauh manakah potensi saya sebagai seorang kawan yang baik pada kalian? Saya pernah mengenal kata 'kawan' dulu, tetapi kata itu lenyap kini. Kerana itu saya percaya, sesiapa sahaja boleh jadi 'kawan'... tetapi untuk kekal sebagai 'kawan' itu amat payah. Ada insan yang selama ini hanya memandang kita dari jauh tetapi setianya berpanjangan..ada yang terlalu dekat tetapi setianya cuma sesaat.

Mungkin, kita alpa, persahabatan tanpa dasar kasih kerana ALLAH.

Pertemuan dan perpisahan... saya ditakdirkan mengenali seorang teman yang berlainan bangsa dan agama. Alhamdulillah, saya tahu di mana tahap 'keimanan' saya. Cuma senipis kulit bawang. Istikharah ketika itu menunjukkan saya jalan perpisahan. Saya yakin pasti ada yang terbaik menunggu di hadapan. Datang dan perginya, saya umpamakan sekeping kertas putih. Seumpama tiada apa yang pernah terjadi. Noktah.

Mengambil ikhtibar daripada kisah kelekatu dan ikan.

Kelekatu.. berapa ramai bilangannya yang tamat riwayatnya akibat melanggar 'lampu' kalimantang, tetap juga kelekatu lain melakukan perkara yang sama. Bukankah sudah tertera di depan mata akibatnya?

Ikan..  pengakhiran hidup ikan selalu dikaitkan dengan mata kail. Seekor ikan menasihatkan teman-temannya yang lain  agar jangan terpedaya dengan umpan mata kail. Tetapi nasihat itu tak diendahkan. Tetap juga tergoda dek umpan yang memancing. Sayangnya, tiap yang terpedaya tidak akan pulang kembali ke dasar sungai untuk menyatakan kebenaran nasihat itu.

Begitulah kehidupan kita di dunia ini. Kisah umat terdahulu sepatutnya kita jadikan ikhtibar. Dunia ini tidak akan ada yang mampu milikinya walaupun sering diburu oleh manusia sejak dulu lagi. Hanya DIA pemilik Abadi. Terkadang kita juga lupa dan tidak sedar, banyak peluang yang telah diberiNya untuk kita mengubah kesilapan lalu. Cuma kita saja yang penuh khilaf hanya tahu meminta peluang kedua sedangkan peluang itu sudah berulang kali diberiNya.

Sesungguhnya, saya bukanlah orang yang baik-baik tetapi sudah semestinya keinginan untuk menjadi baik itu sentiasa ada. Setiap insan punya masa silam sendiri. Setelah tamat PLKN, saya sedar terlalu banyak perkara yang saya tinggalkan, terlalu banyak perkara yang saya abaikan... terlalu banyak yang perlu diperbaiki, terlalu banyak yang perlu ditambah dan terlalu banyak untuk dikurangkan..

Tiada istilah terlambat untuk berubah... selagi pintu 'kasihNya' masih terbuka untuk kita rebutlah peluang itu. Salam istiqamah!

Sabtu, 25 Februari 2012

Lip Service!

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.

Minggu lalu, seorang pensyarah bertanyakan matlamat saya selepas graduate kelak... lantas saya menjawab dengan yakin bahawa saya akan kembali ke kampung halaman.

Lip service!

Tersenyum saya mendengar komen itu. Ya, tunggu dan lihat saja 4 tahun dari sekarang. Begitulah dan beginilah harapan saya. Kembali ke tempat asal. Hujan emas di tempat orang, hujan batu di tempat sendiri, bagus lagi tempat sendiri.(betulkah penggunaan peribahasa saya tu?)

Saya berasal daripada keluarga yang kecil. Saya dibesarkan di kawasan luar bandar. Jauh daripada kesibukan kota dan kemodenan. Saya mengejar cita-cita dengan menjadikan 'orang-orang' kebanyakn seperti saya sebagai contoh. Mereka yang telah membuktikan 'orang-orang' seperti kami juga bisa untuk berjaya.

Impian untuk sampai ke puncak bukanlah bertujuan jawatan, kereta mewah, melancong, nama, rumah besar dan keselesaan semata. Tujuan saya tidak lain hanya ingin membuktikan saya juga mampu untuk berjaya. Saya nak menjadi salah satu daripada insan yang memberikan inspirasi kepada adik-adik di kampung halaman saya. Meskipun hakikatnya saya masih belum mampu untuk menjadi contoh terbaik buat mereka.

Saya tidak ingin melihat ada dalam kalangan mereka yang berputus harapan. Kalau boleh biarlah mereka pergi lebih jauh daripada saya. Ingat lagi 3tahun lalu semasa mula-mula saya menginjakkan kaki ke alam Pra-Universiti atau lebih dikenali sebagai tingkatan 6. Ada yang meragui kemampuan saya. Ada yang tidak menyetujui jalan yang saya pilih ketika itu.

Low standard ka? Atau 'kepayahan' form 6 itu yang memeritkan?

Akhirnya, dapat juga saya lepasi meskipun bukanlah dalam kalangan terbaik mahupun cemerlang. Saya mahu adik-adik atau generasi di kampung saya membuka mata, hati dan minda mereka, kejayaan ada di mana-mana. Kalau mereka mahu, telusuri sahaja jalan yang pernah saya lalui. Kalau saya boleh, kenapa mereka tidak?

Akhirnya, saya mampu tersenyum apabila mengetahui bilangan mereka yang melanjutkan pelanjaran lebih ramai daripada generasi sezaman saya. Alhamdulillah.

Saya bukan tidak punya impian yang lebih ke hadapan. Saya nak sangat melanjutkan pelajaran dan menikmati hidup di luar sana. Saya nak lihat kembangnya sakura. Saya nak merasai hidup di negara 4musim. Bertutur hanguk, memakai hanbok...

Impian itu samalah seperti bermimpi untuk menceburi bidang seni, melukis apa sahaja yang terlakar di minda, menyusun kata menjadi puitis dan mencipta melodi yang bisa menyentuh hati siapa sahaja yang mendengarnya. Saya tahu saya boleh tetapi saya memilih untuk memilih yang cukup untuk keperluan saya.

Ada insan yang lebih memerlukan saya disisinya. Ada insan yang setia ketika saya kesusahan. Jadi apalagi yang ingin saya kejarkan?
10 tahun akan datang, ibu saya akan menjadi seperti ibu-ibu lain... melewati usia emasnya.

ALLAH telah mengamanahkan saya untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang anak seorang diri. Tanpa adik-beradik lain. Terkadang saya menangis kesedihan + ketakutan, mampukah saya penuhi amanah itu? Istiqamahkah saya? Jujurkah saya?
Tetapi ALLAH itu Maha Tahu, Perancang dan Penentu yang terbaik.

Hidup dalam kesederhanaan lebih baik daripada hidup dalam kemewahan selagi kita berada disamping insan yang kita sayang. Meskipun satu hari nanti kita akan pergi sendiri seperti mana datangnya kita sendiri di bumi ini.

Wahai hati...
"Sabarlah seperti matahari yang mana naiknya perlahan-lahan namun akhirnya sampai jua di langit tinggi, dan turunnya juga perlahan-lahan sehingga bulan menggantikannya."

Selasa, 21 Februari 2012

'ke daerah sana'

Assalamualaikum w.b.t.

Menjalani kehidupan kini bukanlah suatu perkara yang saya impikan suatu ketika dulu. Bukan. Maksud saya, saya pernah mengimpikan kehidupan ini tetapi bukan begini.

Mendengar perkhabaran rakan-rakan di universiti lain yang telah menjalani kehidupan kuliah, mengundang rasa iri, cemburu...dan banyak macam lagi perasaan yang bercampur baur.

Padahal, di akhir perjuangan dahulu, saya telah memutuskan untuk tidak berharap berada di tempat ini. Ini adalah impian seorang rakan saya yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Psikologi.

Di akhir perjuangan itu, saya mengimpikan suatu  yang baru. Sudah pastilah bukan seperti yang saya jalani sekarang ini.

ALLAH Maha Mengetahui. Ini bukan kehendak saya tetapi yang terbaik buat diri ini.

Dalam keterpaksaan, saya seringkali mengundang persoalan, apakah perjalanan ini harus diteruskan? Apa mungkin saya harus memulai langkah baru? Apakah masih ada sisa di ruang hati saya untuk mendalami bidang lain selain daripada 'impian dahulu' ?

Terkadang, saya cuba untuk 'mengikhlaskan' hati untuk terima sahaja kenyataan di mana saya berada sekarang. Mungkin rezeki untuk 'ke daerah sana' belum tiba, pujuk hati saya. Mungkin ini jalan yang akan menghala ke laluan itu. Itulah hemat saya. Husnuzon.

Tetapi, sampai bila agaknya istiqamah ini? Apabila tiap hari, saya ditemani impian untuk 'ke daerah sana'. Tiada yang dapat menghalangi selainNya. Menyesalkah saya kerana mencipta angan-angan untuk 'ke daerah sana'? Bagaimana untuk dilupakan andai mengimpikannya sahaja sudah cukup membuat hati saya melonjak-lonjak dan  excited? Bibir juga bisa automatik tersenyum.

Tetapi, dalam 'kecemburuan' saya pada rakan lain, tidak saya sedari, ada hati yang 'mencumburui' saya. Bukan kerana saya, tetapi 'tempat' dan 'situasi' yang saya alami sekarang. Teringat kata seorang rakan suatu ketika dulu, 'awak beruntung berada di sana. Berapa ramai yang nak ke sana, tetapi tak dapat.'

Tidak bersyukurkah?  Tamak?

Benarlah, kita selalu mencumburui kelebihan yang ada pada orang lain tetapi tahukah kita 'berapa' dan 'apa' kesusahan yang terpaksa orang tersebut lalui? Tiap insan punyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kerana terlalu mengejar 'keindahan' kita sering terlalai hanya melihat diatas sahaja. Terlupa bila- bila masa sahaja kita bisa tersadung.

Lihatlah mereka yang tidak memiliki 'kelebihan' seperti yang kita ada kerana dengan itu kita akan merasa bersyukur.

Beberapa hari yang lalu, saya mengenal erti 'jujur'. Meskipun adakalanya pahit, tetapi saya yakin di akhirnya nanti pasti ada kemanisan. Paling tidak pun, pahit itulah nanti yang mengajar saya mengenal erti kemanisan.

-kusimpan impian semalam bukan bermakna ku lupakan. Masih berharap, suatu hari yang kunanti pasti tiba.
 

Ahad, 19 Februari 2012

Cerita seminggu lalu

Assalamualaikum w.b.t.

Menghampiri minggu ke-3 berada di alam kampus... masih 'terumbang-ambing' dek jadual yang tak menentu. Bukan jadual subjek tapi jadual diri.

Susah giler nak mendisiplinkan diri!

chinchayo!

Selepas masalah broad band selesai, masalah pencil box hilang pula timbul. Selain alatan tulis yang saya simpan sejak berkurun lamanya, terdapat room key kat pencil box tersebut.

Tetapi,  kalau tak dapat balik pun tak apalah.. bukan rezeki saya. Pasti ada hikmahnya. Selepas ini kena selalu allert la ya! Tadi, saya ada menonton sebuah movie Korea bertajuk 'A moment to remember'. Watak utama tersebut mengidap penyakit lupa...disebabkan stress. Pehhh..tersentap sebentar, apa mungkin saya juga akan menghadapi masalah yang sama? Na'uzu billahi min dzalik.

Alhamdulillah, setakat ni masih ingat lagi jalan nak ke kelas, nak ke cafe... lirik korea..ehem.. citer korea.. ehem.. so, tak la kan...? hehehe

Mungkin ini teguran daripadaNya. Betapa mudahnya hendak mengingat benda-benda duniawi sedangkan bukan itu yang dapat membantu kita di akhirat kelak. Khilafnya saya. Astaghfirullah al-adzim.

Sebut pasal broad band, melayang duit RM120 bulan ni. Akibat membalas mesej daripada sebuah pihak yang tak bertanggungjawab, maka charge broad band saya mencapai limit yang telah ditetapkan. Mak dan ayah jugalah insan yang selalu mengambil berat. Tiba-tiba hendak membayar bil broad band guna duit sendiri mengundang kerisauan di hati mereka.Maafkan anakmu ini kerana merahsiakan hal yang sebenar. Sekali ini saja mak, sekali ini saja pak...

Esok, hari permulaan bagi minggu ketiga! Sesukar manapun jalan di hadapan harus hadapi dengan hati yang tenang. Yakinlah, pasti ada hikmahnya. ALLAH takkan menguji diluar keupayaan hambaNya.

Laila, fighting!

Nampaknya, selepas ini kena limitkan masa untuk menonton drama korea. Kalau sebut nak lupakan memang taklah! Never! Tapi, sememangnya, akibat menonton drama korea yang amat, lidah juga jadi kaku kalau nak speaking. Aigoo...

Baru nak berjinak-jinak dengan New Straits Times, The Best Poems of the English Language dan Voice of America. Semoga berjaya! ^___^

(maaflah entri sya sejak akhir-akhir ni lebih kepada peribadi...tetapi inilah jalan hidup saya. Doakan semoga 'penghijrahan saya dibawah pemeliharaanNya.)

Jaljayo! *wink,wink*

Isnin, 13 Februari 2012

maafkan aku...

Assalamualaikum w.b.t.
Rasa rindu membuatkan hati saya terdetik untuk singgah sebentar menyapa di laman ini. Seminggu berada di alam kampus...oooh...hanya ALLAH yang tahu keadaan hati ini.

Kamu,saudaraku...
Maafkan kekasaranku tempoh hari. Sejujurnya, aku tidak ada niat untuk menyinggung atau memarahimu. Aku juga tidak sama sekali menafsirkan kehadiran sebagai 'mengganggu' kehidupanku. Sekali lagi, maafkan aku kerana lewat membalas 'sapaan'mu . Sebetulnya, aku tidak punya waktu yang luang ketika itu. Maaf sekali,saudara.

Tetapi,aku juga tidak mahu dianggap sebagai 'sombong' olehmu. Seperti yang kunyatakan tadi, aku tidak PUNYA WAKTU LUANG ketika itu. Mungkin, disebabkan sedikit tekanan , aku menegurmu agak keterlaluan. Oleh itu, ku harap dikesempatan ini, dapat kuperjelaskan keadaan sebenar.

Mungkin, suasana yang telah berbeza, maka pemahaman kita juga telah berbeza. Aku di sini, tengah berjuang untuk lepas daripada zon kegelapan. Kesibukanku bukanlah mencapai 24/7 tetapi aku juga punya kelimitan untuk membalas secepat mungkin 'chatting' itu.

Mungkin, aku terlalu mengambil serius keadaan tersebut ketika itu. Mungkin juga kau tengah bergurau, tetapi seperti yang ku nyatakan tadi, aku sedikit tertekan/stress tempoh hari. Tolong, saudara.. aku saudarimu ini, tidak pernah ingin digelar sebagai 'sombong'. Kerana kau adalah saudaraku.

Aku adalah aku. Aku adalah Laila Hijjera yang kau kenal dahulu.

Seperti mana ikatan persaudaran kita dahulu, maka begitulah juga yang terjalin disanubariku kini. Aku sedar, terlalu banyak waktu yang menjarakkan kita. Tetapi, hanya satu saudara yang ku kenali sepertimu, iaitu, dirimu!

Sejauh manapun aku berlari, kau adalah sahabat yang ku kenal dulu. Insan yang bersamaku mencapai impian ketika di bangku sekolah. Sebanyak manapun, sehebat manapun rakan seperjuangan yang bakal aku temui nanti...atau yang telah ku temui beberapa episod lalu, tetapi kau tetap saudaraku.

Ya ALLAH, peliharalah sahabatku itu... semoga dia bahagia di dunia dan di akhirat. Jangan sekali hatinya terpaut pada keindahan yang sementara...tetapkanlah hatinya di jalanMu. Amin.

Sekali lagi, maafkan aku.


Selasa, 7 Februari 2012

perjalanan & pengalaman


Assalamualaikum w.b.t.
Alhamdulillah,akhirnya sampai sudah destinasi yang dituju. Perjalanan yang agak panjang ini, meskipun sendiri, dapat juga saya ‘berdikari’.

SENDIRI.

PERJALANAN.

Saya tidak tahu seandainya anda di luar sana merasakan seperti apa yang saya rasakan. Tiap kali memulakan perjalanan, saya merasa gerun. Mungkin kerana sebelum ini terlalu banyak bergantung pada orang lain. Sepanjang di dalam pesawat, saya asyik memikirkan ‘perasaan’ fobia saya tiap kali memulakan perjalanan. Tertanya-tanya, tentu lebih gerun bagi mereka yang akan berjalan ‘buat selama-lamanya’. Mungkin, inilah salah satu hikmah mengapa ‘tarikh kematian’ itu dirahsiakan. Lihat saja ketika hendak memulakan perjalanan, sudah hendak ‘pitam’ apatah lagi perjalanan buat selamanya. ALLAH..sya terlalu khilaf selama ini.

Hendak dijadikan cerita, ketika di dalam pesawat, terdapat titisan air yang tumpah dari atas kabinet penumpang. Air itu tumpah mengenai sedikit kain saya. Sedikit pun tidak terdetik rasa marah pada pemilik air tesebut.Tetapi setelah mengetahui air itu merupakan ‘arak’ .... (keluhan) ... saya menjadi sebal... tentu sepanjang perjalanan saya terpaksa ‘bergelumang’ dengan bau yang kurang enak ini. Di dalam hati, cepatlah sampai....

TUMPANG BILIK.

Ini merupakan kali pertama saya tumpang bermalam di bilik orang lain. Pengalaman. Lebih-lebih lagi kawan saya ini merupakan foreigner . Iranian. Makan nasi yang telah dicampur serbuk sayuran berserta kerak. Ya, sesuatu yang tak dapat saya lupakan. Mereka suka makan kerak, malah sengaja menanak nasi sehingga terdapat kerak. Ini bukan pengalaman kali pertama tapi kedua. (Dulu makan bersama Pinaz.)

Saya tak pernah menduga bahawa Iran juga mempunyai kalendar sendiri. Kata teman saya itu, 45 hari dari sekarang, iaitu 30 Mac. Tahun baru akan di sambut oleh Iranian pada tiap permulaan musim Spring. Hari  tahun baru akan diadakan acara menyediakan 7 jenis makanan yang bermula dengan huruf ‘S’. Sebuah cermin, dan ukiran nama ALLAH.. dan selebihnya, saya lupa.. hehehe maaf, ingatan saya tak seberapa bagus. Tetapi apa yang lebih menarik adalah pada tanggal 13 tahun baru tersebut. Semua Iranian akan meninggalkan rumah mereka pada waktu siang. Mereka akan pergi ke Park, jungle/forest...atau mana-mana saja asalkan bukan di rumah. Bagi mereka, tarikh tersebut adalah unluck dan untuk mendapatkan luck, mereka kena keluar daripada rumah. Pelik. Selalu nombor 13 itu bagi anggapan ‘Barat’ sahaja ‘tidak baik’ tetapi nampaknya Iran juga sedemikian. Kata teman saya lagi, kemungkinan, tanggal 13 itu dianggap keramat mungkin suatu ketika dulu, pada tarikh yang sama, Iranian telah dibunuh secara beramai-ramai di rumah mereka sendiri. Wallahua’lam.

KEMBALI.

Ya, ketika kaki saya menginjak bumi hosltel saya ini, teringat kembali memori semester lalu. Seakan baru semalam saya mendaftar sebagai pelajar UIAM.

TEMAN BARU.

Alhamdulillah, bilik kosong semester lalu telah berpenghuni. Ahlan wasahlan ya ukhty.

~aku sendiri meredah laluan ini, gentar tak dapat ku lindung. Ku adu. Dan seorang teman berkata, ALLAH bersama hambaNya. Benar... Hanya DIA lah Maha Pemberi Pertolongan.~

Tag:  semalam aku duduk sebelah ‘angel’... alangkah indah andai ‘keangelannya’ itu dipelihara sejajar dengan ajaran agama.  Ya ALLAH, berikan dia cahayaMu...

Khamis, 2 Februari 2012

Celpad oh Celpad!


Assalamualaikum w.b.t.
Hari ini, banyak insan yang tersenyum lebar. Aku? Alhamdulillah,sekurang-kurangnya mampu lagi untuk membuat insan lain tersenyum. Andai kalian gembira, maka aku turut bahagia bersama.
Ya,sebetulnya main point aku, berkaitan result yang da keluar. Alhamdulillah, dapat la juga pass level 3,naik level 6. Arabic A- manakala Bahasa Melayu Lanjutan B+.
Celpad lagi?
Ya begitulah.
Kecewa?
Tak, aku excited.
Meski berada di bawah tempurung lagi?
Pastinya! Di sini aku belajar.
English,English,English...English,English...English...1000x?
Amboi! Tu dia... English melulu! Hahaha aku tak kisah!
Sampai bila?
Apabila bersedia memegang amanah yang lebih besar.
So,sekarang tak sedia lagilah?
Mungkin ya. Mungkin tidak...
Kau ragu-ragu!
Kerana itu aku masih di sini?
Kau keliru,teman!
Tak...aku tahu ini yang terbaik buatku. Aku pinta sekuntum mawar. DIA berikan kaktus berduri. Ketika aku berteleku menangisi  Ujian, kaktus itu berbunga!
Engkau bermadah?
Engkau terlalu banyak menyoal. Sekiranya kau ingin membuktikan aku ini kecewa, maka aku akui aku kecewa. Tapi aku suka begini. Aku bersyukur. Terlalu banyak yang ingin ku pelajari. Terlalu banyak yang ingin ku tahu.
Terlalu berlagak ‘tabah’. Tentu perit...aku kasihan padamu.
Kalau begitu, berhenti daripada terus mendesakku. Aku tidak mahu jadi insan yang tak tahu bersyukur.
Aku akan membantumu.
Chincha? (tiba-tiba keluar perkataan Korea=really,betul?)
Apa kau merepek ni?
Ok,ok..Back to the point...asif,pok..(hehehe)
Kau dan aku harus sepakat. Jatuh dan bangun biar bersama.
Eh, bukan begitu.
Kau menolak?
Bukan. Aku akan pastikan kita takkan jatuh lagi seperti yang lalu.
Kau terlalu yakin,teman.
Kerana kita harus bangkit daripada tempat ini. Aku tidak mahu di asyik di bawah tempurung saja.
Kau mahu jadi katak yang bebas! Tahniah pok! Azam baru.
*pounting*
{begitula dialog hati dan akalku hari ini penuh ngan keletah nakal ! kkakeo! }


Anyway, hanya ALLAH saja yang dapat membalas segala jasa baik semua insan yang membantuku untuk sampai ke tempat ini. Takkan ku lupa...teman-teman yang menemani ketika membuat kajian, sama-sama study group, ajarkan arabic...dan guru-guru yang tak henti-henti mencurahkan ilmu.
Tag: aku janji akan tulis English dalam blog kalau ‘dia’ nak baca!