Isnin, 18 Disember 2017

Playlist #yondermusic

Assalamualaikum dan selamat pagi

Senarai main kali ini, terdiri daripada lagu-lagu lama, yang kemungkinan penyanyinya sudah tiada atau pun band mereka susah disband. Sesetengah lagu hanya versi dinyanyikan semula oleh artis lain.

Artificial Satellite
Kumpulan acappella ini informasinya terlalu limit gara-gara namanya yang automatik bila ditaip di laman sesawang akan muncul berkenaan "artificial satellite" yang benar. Ada dua album yang available, tapi aku belum cek satu-satu lagunya. Cuma #Don't be  sad dan #Beautiful Night in Jeju Island yang terusku muat turun memandangkan dua itu lagu kesukaanku. Terus-terang, aku selamanya suka versi original tapi cover oleh mereka ini sangat hampir kerana vibe lagu lama masih wujud.

Bock Hee Yoon
Ramai yang cover lagu #Everyone, tapi aku tetap dengan penyanyi asalnya ini, Bock Hee Yoon. Mula-mula dulu aku kecewa juga sebab yonder upload versi nyanyian semula (2015). Tapi lama-lama aku selesa dengan versi ini kerana this is the current voice olehnya dan emosinya juga sangat matang.

Choi Sung Soo
Aku nda sure statusnya, tapi aku suka dua lagu yang dia cover. #Making Memory tu nyanyian asal oleh Kim Hyun Shik dan #A Letter pula oleh Kim Kwak Jin. Bila aku ada masa lebih, aku akan cek lagi albumnya yang lain. Sekali lagi, oleh sebab dia cover lagu ni semasa tahun 90 an jadi vibenya tu masih 'hidup'.

Panic
Duo ini secara tidak rasminya telah disband. Walaupun aku bukanlah penggemar genre mereka, tetapi lagu #딜팽이 Dalpaeng-I /Snail tu legend. Aku agak terkejut yonder ada lagu ni.

YB
Aku mengenali Yoon Do Hyun sebelum kumpulan ini. Kalau dibaca balik postku yang lepas, hahaha rupa-rupanya some of the songs yang aku recommend merupakan lagu lamanya. Kumpulan ini banyak lagunya yang aku gemari terutamanya #Blue Whale, #Letter, #A Flying Butterfly, dan pastinya #Autumn Outside the Post Office.

Ok, sampai sini saja dulu. Sebagai penutup, check la album Cho Yong Pil. Dia punya genre sangat luas.

Jumaat, 8 Disember 2017

OK

Assalamu'alaikum dan selamat malam

Sebelum itu, oleh kerana aku sudah kurang membaca... cara penulisanku agak lain dari sebelum ini. Haha mana-mana sandar.

OK.

Sejak kecil, kita diajar untuk berimpian, mengejar cita-cita demi masa depan yang cerah. Tiba-tiba, dipertengahan jalan menujunya, kita tersentak dengan desiran daun yang melambai malu. Hey, pandanglah sekelilingmu. Oleh kerana semua orang berpusu-pusu fokus ke depan, kenapa itu menjadi kewajipan yang sama untuk dirimu? Siapa pula yang akan menyapa pemandangan ini, menikmati keindahan ciptaanNya?

Punca utama orang maju ke depan adalah kerana di situ menjajikan destinasi yang indah, to another level. Manusia sejak mula lagi sudah obses evolusi. Nomad yang mulanya mungkin faktor alam tapi dibaliknya tersimpan satu kata azam, "perfection".

Walaupun hakikatnya kita sudah maklum bahawa kita selamanya jauh dari kesempurnaan.

Jalan yang kita lalui adalah sama dengan jalan yang dilalui oleh orang lain. Ada yang baru mulai perjalanan tapi lebih dulu ke depan meninggalkan kita yang sudah memakan masa lampau. Ada yang mula serentak dengan kita tapi dia sudah jauh mara kerana kita menggunakan kenderaan yang berbeza. Kadang-kadang, aku berfikir mungkin kerana aku selalu menyumpah serana alam, bila siang aku dibakar panas mentari dan kalau hujan dinginnya adalah beku. Alangkah bagusnya kalau aku juga punya kenderaan seperti mereka, tidak perlu menempatkan salah pada yang lain. Cuma perlu fokus ke depan dan menikmati alam.

Ada masanya, aku berfikir, manusia diciptakan untuk dua tujuan. Pertama, jalannya lurus ke destinasi. Kedua, jalannya terkandas. Fondasinya adalah perjalanannya. Iaitu, berjaya atau gagalnya seseorang itu diindikat berdasarkan nilai hidupnya. Sejauh mana sabarnya dan sekuat apa jeritan syukurnya.

Tapi, aku selalu kandas. Memerah keringat dengan cemburu melihat lalu orang yang terus-terus ke depan. Why it is too hard for me? Why me?

Sejujurnya, memujuk hati sendiri tidaklah susah. Kita sudah mulai mengenal hikmah disebalik tiap yang berlaku tapi temboknya selalu ditebuk rasa bersalah. Bersalah pada orang-orang yang menjadi tanggunggjawab kita. Beban mereka yang harus kita pikul sama, yang harus kita tanggung dan nama kita simbol kebanggaan mereka. Sepatutnya, yang terbaiklah yang mahu kita beri tapi malu selalu kita bagi. Atau tiada.

Ok? Is it ok to be ok or I need to be ok?

Teringin aku katakan pada orang lain yang memandang bahawa 'it's ok, you can lie to me' atau kalau terdesak betul, 'please tell a lie'. Biarlah, katakan saja bahawa apa yang aku lalui sekarang ini ok saja. 'Take it easy'. Oleh itu, ada juga malam yang bisa aku tidur bermimpi. Sometimes, when things getting hard, I lost all dreams that I pursue since 20 years ago.

Tapi, is it really ok to be ok? Realitinya pastilah tidak. We need to be ok. The real ok. Apapun yang kau punya, sebeza apa pun dengan orang lain, itu bukan alasan untuk bersahaja. You need to show your passion. Kata klise bahawa hidup sesederhana yang mungkin kadang-kadang mengandung makna yang terlalu universal. Kerana hidup sederhana bukan bermakna berhenti untuk bermimpi. Bilamana kita meremehkan orang lain yang terlalu mengejar masa depannya, kita alpa kalau kita menuju hujung hayat kerana impian/dreams (apa saja yang kamu panggilnya) itu adalah ibarat oksigen dalam hidup kita. Tiap satu sedut oksigen, ada helaan karbon dioksida, itulah tanggungjawab kita terhadap mereka yang sedang menanti kejayaan kita.

Khamis, 30 November 2017

A silent voice

Assalamu'alaikum dan selamat malam

Kerana sudah lama tidak menulis hal-hal tentang sehari-hari, aku seperti menjauh dari laluan ini.

Semakin lama, kata yang hendak diluah semakin sedikit. Keyakinan yang dipaksa pergi kini sudah benar-benar dingin.

Beberapa hari ini, aku cuba untuk menghabiskan filem anime, A silent voice. Sejak ia mulai diuar-uarkan, kutunggu selalu sampai satu ketika aku memutuskan untuk membiarkan waktu berlalu tanpa rasa keterujaan.

Aku mengambil masa untuk menghabisi ceritanya. Sebenarnya tontonan kali pertama tidak langsung kuingat. Tiada jalan cerita yang aku faham, tapi peliknya aku merasakan sesuatu perasaan yang asing, sebolehnya aku tidak mahu menontonnya lagi. Memikirkan anime ini pernah mengisi ruang wish listku, maka aku cuba juga buat kedua kalinya.

Apa yang aku dapat dari tontonan yang memakan masa 12 jam (aku berehat di pertengahan cerita kerana agak beban) ia tidak membuang pergi perasaan asing yang ku rasai sejak kali pertama menontonnya. Sampai sekarang sebenarnya.

Ceritanya tidaklah berkait dengan sejarah hidupku tetapi wujud telepati feeling, emosi... jauh di sudut hati, kewujudan yang ada tapi dianggap mati. Aku rasa, setiap orang akan menghadapi situasi yang sama, punyai perasaan/kisah yang dibiar, sebolehnya hendak dipadam dari hidup kita tapi dalam usaha/tidak, terima/ignore, kita tidak akan pernah mampu membuangnya. Pengaruhnya bergantung kepada empunya diri, ia boleh jadi satu alternatif atau pembunuh hidup.

Regret. Perkara yang paling aku sedar tentang cerita ini adalah sesal. Kita semua tahu bahawa di usia yang muda, ada perkara yang kita belajar melalui kesilapan. Kata orang, tidak apa, yang penting selepas itu belajarlah untuk berubah. Kesilapan kali pertama boleh dimaafkan tetapi tidak buat kedua kalinya. Aku faham dan aku pun setuju tentang itu. Semakin dewasa, aku sedar bahawa aku mungkin faham dan setuju tentang hal itu tetapi tidak untuk menerimanya.

That's the thing. Sebelum melakukan sesuatu sila fikir betul-betul kesudahannya, atau paling mudah, dalam proses tersebut apakah perkara yang bakal dilakukan tidak akan menyinggung sensitif orang yang terlibat?

Tiap-tiap orang lain-lain cara penerimaannya. Seseorang bisa meneruskan hidup selepas satu-satu peristiwa tapi mungkin kita yang tersalah sangka, faktor utama dia terus kuat bukan kerana dia memaafkan.

Ada orang, hal kecil di masa lampau menjadikan hal tersebut hal besar di masa depannya. We never knew.

Perkara kedua yang ingin kubicarakan adalah melalui watak Ishida yang tidak bisa melihat ke wajah orang sekelilingnya (nota:kawan sekolah). Ini juga sering terjadi dalam sehari-hari. Sepanjang tempoh menjadi dewasa, kita bergaul dengan ramai orang dan dalam proses tersebut,kawan merupakan perkara yang paling banyak kita peroleh. Hakikatnya, perkara mudah yang kita belajar melalui persahabatan, waktu dan jarak bukan titik persoalannya tetapi sekuat apa keinginanmu untuk tetap terus berkawan.

Ada kawan yang kita bisa ketawa dan berjenaka padahal baru kenal setahun dua, ada yang kita rasakan seperti ada tembok pemisah walaupun kita sudah mengenal hati budinya bertahun-tahun. That's the thing! Expectation. Ada dua hal, we never want to reveal the truth, or there's no truth (we failed to fulfil the expectation). Jarak yang menjauhkan bisa menjadikan komunikasi bisu kerana kita tidak punya upaya untuk mengucapkan kebenaran. Kebenaran yang bila mana diluahkan adalah kesilapan lampau dan kata maaf saja tidak akan pernah cukup untuk membalutinya.

Hey,

Ahad, 26 November 2017

Playlist #yondermusic

Assalamu'alaikum dan Selamat malam, kalian.

Tanpa jemu, suka untuk aku ulangi, lagu-lagu yang aku kongsi ini terdiri daripada lagu-lagu yang agak rare atau jauh dari mainstream muzik Korea. Mungkin bukan saja lagunya baru pertama kali kalian dengar,entah-entah nama penyanyi/bandnya pun kalian tidak kenal.

Vidan | Album: Opening New Age
Salah satu sebab aku mula menulis tentang senarai main lagu di Yonder kerana mahu orang mengenali artis yang underrated (aku spesifikkan ke Yonder sebab aku guna Yonder). Sama seperti Vidan ini, jarang dapat jumpa crossover band. Yang buat aku jatuh cinta dengan muzik mereka adalah gabungan modern dan traditional instruments. Masa try cari di Yonder aku punya kecewa sebab nda pandai jumpa. Jadi buat yang entah ke berapa kali, aku try taip nama album tu, maka dapatlah. Walaupun belum sepenuhnya berpuas hati, at least dapat juga dengar lagu-lagu mereka satu album. Yang latest tidak di update sama Yonder, kena buka youtube. Ikut preferenceku, satu album ni best. Kalau korang sama jenis macam aku yang enjoy muzik band pakai traditional instruments, let's get it!

We Are The Night
Aku baru belajar untuk meminati band ini. Semoga Yonder akan konsisten update lagu mereka. Setakat ini, tiga single mereka boleh didapati (supposedly the latest). Secara peribadi aku suka #Our Young Days. Aku bukanlah peminat techno-rock dan synth pop, tapi kadang-kadang kalau ngam, terlebih suka pula. Seperti nama mereka, lagu mereka dinikmati teruntuk ketika malam. *feeling*

Noff | Album: 진접 Jinjeop
| Single: Decalcomanie
Aku masih tertanya-tanya status penyanyi ini, apa benar dia wujud atau macam mana. Yang wujud hanyalah lagunya terdapat di Yonder in Korean. No picture no trace left on youtube. Malah muziknya aku jumpa di google di salah satu app Hindi. Aku tidak seberapa arif tentang rap, pada pendengaranku dia rap, moderate tempo, no swearing, good music instrument, pastilah nda faham liriknya tapi berdasarkan satu-satu vocab yang aku boleh detect maksudnya, at least dia jaga rhyme. Aku banyak mendengar Korean rapper tapi aku nda dapat menyamakannya dengan satu pun. I can tell that he actually telling us his story(s). Thank you and sorry, hope to know you a little bit more. (Wah kadang-kadang Yonder do something that is beyond my expectations).

Sunwoo Jung-A | Single: Propose
Aku harap Yonder akan update lagu-lagunya Sunwoo Jung-A. Hmmm secara jujurnya genre sebegini bukan makananku tapi suara Sunwoo Jung-A in another level. Strangely, kerana tajuknya propose mungkin sebab itu aku nda dapat feel. Bila baca translasinya baru rasa, aduh orang belajar feeling melalui baca/buku/kata memang begini.

Sugardonut | Album: Double Minus
Banyak rock band yang punya pembawaan muzik sama seperti Sugardonut tapi tidak bagi vokalnya. Aku enjoy dengar muzik mereka kerana itu merasa kecewa bila mendapati cuma satu album (yang lama pula tu) available di Yonder. Common, Yonder! Jangan risau kalau kalian bukan peminat rock, muzik mereka mudah untuk dihadam. Supposedly, #Beautiful Life tu pilihan ramai tapi aku individually memilih #Missing You.

Spotlight | Album: A Placid Dream
Senarai main mesti didengari oleh peminat rock. Totally genuine rock. Kalau ada benda yang aku hendak komplen, selain satu album sahaja yang available di Yonder, pagenya dihuni oleh another Spotlight. Serius, ikutkan hati mau juga aku adu sama servis Yonder tapi the latest request pun belum ada solusi... macam terhegeh-hegeh pula rasanya diri. Band ini sangat underrated, dan Yonder pun tidak endah mahu update album lain mereka. Again, nda minta lebih, tolong buat page Spotlight (Korean band) ni sendiri tanpa perlu berkongsi dengan artis lain. Aku suka semua lagu dalam album A placid Dream ni.

SARAM12SARAM | Album: Raindrop, Cloud, Typhoon & The Sun (Remixes) | Album: feels too letter
Pertama sekali, alangkah bagusnya kalau album Raindrop, Typhoon & The Sun tu bukan versi remixes. Masa mula-mula dengar, aku langsung nda dapat kenal pasti kata yang dia keluarkan even lagu tersebut in English. Aku nda tahu pun dia nyanyi (certain lagu) in English sampailah aku cek liriknya. Genre dream pop dan electronic merupakan muzik baru kepadaku, kadang-kadang aku langsung tidak mahu dengar pun (terlalu rumit untuk keluar dari genre kebiasaan). Band ini popular dengan lagu #Raindrop, Cloud, Typhoon & The Sun, try la dengar.

Phonebooth
Aku sangat menyukai lagu-lagu mereka terutamanya yang terdapat di dalam album 'Prank'. Secara ringkasnya, lagu yang terkandung dalam album tersebut menyentuh perihal isu semasa ketika itu (ex: Sewol Ferry), "...they would like to talk about the scene of life handling like a PRANK, and suddenly be forgotten", (Sumber Youtube). Berbicara mengenai muzik mereka, genrenya pure rock yang fokus kepada instrumen gitar dan drum tanpa pengaruh trend terkini, electronic dance music. Bagi yang tidak menyukai muzik rock, jangan khuatir, muzik mereka walaupun rock ia bukanlah heavy metal/ hardcore rock. Dalam kamus muzikku, aku kategorikan mereka sebagai 'light rock'.

Jannabi
Hanya ada satu lagu available di Yonder, #Rocket. Dalam ramai-ramai band, aku paling berharap Yonder akan update single mereka #She pula nanti. Please! *buat muka comel* Mereka juga membawa genre rock tapi lebih kepada old (50-80's) school dance vibe. Pembawaan muzik mereka buat aku jadi peminat mereka walaupun aku tahu di luar ada lebih ramai lagi band yang bawa genre yang sama, just say, bahawa aku minat kerana mereka adalah Jannabi. (hahahahaha)

OKDAL
Selepas rentetan rock muzik, mari kita santai dengan folk song. Aku sudah lama mencari OKDAL di Yonder. Nasib baik, single terbaru mereka #Coming of Age sudah berjaya tembus Yonder. Kalau ada masa luang, cek la mv mereka di Youtube berserta subtitle. Lokasi music videonya sangat cantik.

Sebagai penutup, aku habitkan untuk berkongsi satu rekomen lagu, kali ini dengarlah pula lagunya Lee Sun Hee, #Turn a Page of Memory.

Ahad, 19 November 2017

Bunga: Dahlia Early Bird

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera

Agak lama aku tidak berbicara mengenai projek tanam bunga. Wujud lagi cuma melankolik ceritanya kerana sebahagian daripada benih yang aku semai, boleh dibilang berapa yang survive.

Selepas siri petunia, aster, gypsophila dan summer impatiens, benih yang aku tanam tidaklah rumit cuma kali ini alam malu-malu mahu berkawan.

Dahlia Early Bird merupakan salah satu daripada benih yang sempat berjuang sampai tumbuh bunga. Sekarang ini, sudah tiga pokok yang berbunga dan masing-masing dengan warna sendiri. Berbanding dengan siri pertama, kali ini aku menanam dengan kadar biasa-biasa saja walaupun sebenarnya hari-hari juga pasu-pasu bunga tu ditelek-telek. Mungkin, aku fikir dalam semalaman, kuncup bunga akan muncul.

Halangan nombor satu siri kali ini adalah alam. Cuaca yang tidak menentu ditambah pula hujan yang selalu lebat menyebabkan pokok bunga yang baru belajar adaptasi alam menjadi culture shock. Satu dua hari bertahan lagi, lama-lama batang yang masih lembut itu pun buruk kerana sudah terlalu kerap tanahnya lecak 'dibah' air hujan.

Nombor dua, ulat daun dan juga siput babi. Kadang-kadang aku dilema,apa mungkin haiwan ini jelmaan kambing kerana dalam satu malam saja satu baris pokok bunga sudah licin yang tinggal cuma ranting-ranting hijau.

Menanam dahlia tidak rumit. Cuma aku pun nda pasti kalau sememangnya batang dahlia lembut sebab pokok yang aku tanam semakin hari semakin meliuk-lentuk. Serupa sotong sudah aku tengok. 
Kasihan juga tengok pokok bunganya sebab bila jam memasuki angka sebelas pagi, daun-daunnya akan kelayuan dan bila matahari sudah puas membakar, turun pula hujan di petang hari sampai basah kuyup badannya. Moga-moga dengan itu, dia belajar menjadi dewasa.

Nah, tiada koleksi foto waktu kecilnya, aku terlalu takut untuk berharap selepas satu demi satu saudaranya tewas sebelum sempat mencapai usia sebulan.

Bunga yang mekar akan layu tapi semoga dengan itu harumnya akan terus mewangi diingatan kita. Terima kasih kerana membesar dan berbunga.

 

Isnin, 13 November 2017

Playlist #yondermusic

Untuk sekian kalinya, berikut merupakan antara lagu Korean (selepas digging Yonder Muzik) yang kadang bukan terkini dan seupaya tidak menyentuh lagu kumpulan idol. Mungkin ada di antara lagu tersebut yang belum dan tidak pernah kalian dengar. Aku tidak spesifikkan genre tertentu kerana boleh jadi sesuatu itu kesukaanku tetapi tidak bagi orang lain dan sebaliknya. Selamat mendengar!

Eastern Sidekick
Aku punya senarai panjang Korean rock band oleh sebab itu mungkin, aku mulai tidak berminat. Waktu yang tidak kena barangkali. Padahal lagu-lagu mereka bagus-bagus. Aku mengambil masa yang agak lama untuk hadam muzik mereka. Seperti yang aku jangka, aku memilih track yang sedikit slow sebagai rekomenku, #Total Reflection, #88 (aku suka vokalnya di sini), #Sea and Room, #Natural Wind, #At Home on Holiday, #In Front of Your House, dan #Seoul. Peminat rock pasti suka muzik mereka.

Hot Potato
Aku kepayahan membuat pilihan, lagu mana hendak disimpan lagu mana hendak dibuang. Kenapa tidak disimpan saja semua? Sepatutnya begitulah tetapi aku khuatir andai satu masa nanti aku hilang rasa untuk memilih. Genre Hot Potato hampir kepada citarasaku, mungkin sebab aku suka kepada old school type. Kali pertama aku dengar lagu mereka ketika Kim C menjadi member 2days & 1night, iaitu melalui #Rain Tears. Sebenarnya aku baru sahaja tahu kalau Kim C merupakan ahli Hot Potato sehingga aku dengar lagu tersebut semula di Yonder ini. Aku secara tidak sengaja terjumpa Hot Potato dan kemudiannya memilih untuk mendengar semua lagu yang ada di Yonder. Aku paling suka lagu #Seesaw dan #An Enterprising Girl (sebab vocal Kim C menyerlah di sini).

Joo Hyo
Cuma satu lagu ini yang kutemui olehnya #There Must Be yang sememangnya sengaja kucari. Lagu ini feat. HA:TFELT merupakan lagu tribute to Sewol tragedy. Dengarlah, aku jadikannya as a healing song.

Rad Museum | Album: Scene
Another great discovery! clap clap clap* Mulanya aku biasa-biasa saja dengar intro album. Bila #Dancing In The Rain main, perhatianku terus dicuri dan tiada masalah untuk lanjutkan lagu sampai akhir album. Aku akan menanti dengan sabarnya album/solo Rad Museum seterusnya. Serius, #Dancing In The Rain tu best.

자우림/Jaurim | 음모론
Aku suka suara group ini terutamanya bila membawa lagu yang slow. Mostly lagu mereka di album ini bukanlah genreku. #피터의 노래, #꿈에 dan #Snowdrop antara lagu yang aku suka.

Sunflower
Another kumpulan lama. Sekali lagi, aku mengalami kesulitan untuk memilih lagu mana hendakku simpan. Seperti yang kunyatakan sebelum ini, genre sebegini sangat hampir dengan citarasaku. Aku memutuskan untuk menyimpan satu album 2012 Sunflower a Flower bagi versi akaustik. Bila dengar lagu genre begini, kita selalu bermain dengan emosi. Kadang-kadang, perlu sediakan tisu. (Bila mak tanya, 'apa maksud lagu tu', aku *menggeleng*)

MONNI
Aku suka band ini, dari vokal ke muziknya. #Don't Forget Me dan #Remember my Voice merupakan kesukaanku.

MY Q
Aku sudah lama mendengar lagu MY Q tapi tiada satu pun kumasukkan ke senarai mainku. Apabila MY Q meriliskan single terbarunya, #Flow On aku terus menjadi peminatnya. Bagi aku, suaranya sesuai dengan genre sebegini. Akan terus menunggu lagu selanjutnya.

Aku tamatkan entri ini dengan lagu #Family Potrait oleh Kim JinHo (SG Wannabe). Lagu yang mengandung seribu makna. Kalau rajin boleh check dia punya stage di KBS World, under program Immortal Song. Cari translasi sekali ya. Sediakan tisu.
Sekian, salam.

Jumaat, 10 November 2017

Playlist #yondermusic

Assalamualaikum dan selamat malam

Kita lanjutkan senarai lagu yang aku temui dan rekomen di yonder muzik.

Kim Geon Min | Album: 19 20 21
Aku tidak mengenali Kim Geon Min yang secara tidak sengaja menemui lagunya di yonder. Aku kategorikan lagunya sebagai folk song. Aku belum punya masa untuk cari translasi, tetapi ketika mendengar liriknya, pada pendengaranku dia menggunakan ayat yang simple. #Unrequited Love merupakan antara lagu yang aku suka dalam albumnya ini.

Maktub
Cuma dua lagu Maktub tersenarai di yonder. #Sweet Dream dan #I Got U (feat Leeraon & Jasmine Clarke).

Rumble Fish
Bila sebut Rumble Fish, lagu yang paling aku sinonimkan adalah #Smile Again. Walaupun sesetengah lagunya bukanlah citarasaku, #Men Are All the Same, #Fly, #In the End, #Goodbye, dan terutamanya #Spring Comes, Flower Blooms merupakan kegemaranku. Selain itu, di album Memory for You seperti lagu #Rain and You dan #Be Dust (dua lagu versi siapa pun selalu aku suka)  juga termasuk dalam senarai mainku.

Saevom
Bukanlah genreku. Tapi sekali-sekala apa salahnya. Vocabku tentang muzik terlalu limit, dan bagiku Saevom tergolong dalam kategori acoustic. Mungkim mostly yang aku dengar melalui lagunya adalah ekspresi yang sama menjadikan pendengar seperti aku menjadi cepat bosan. Kalau disuruh pilih lagu mana hendak kurekomen, aku pilih #Flower You (feat. Jeon So Hyun). Btw, semua lagunya ver. feat.

SALTNPAPER | Album: Spin
Kali pertama aku dengar Saltnpaper melalui ost mereka, #Satellite. Setelah beberapa lama kemudian, aku decide untuk dengar lagu dari albumnya, Spin. Album ini mengandungi lagu in Korean dan terdapat juga in English (full). Secara peribadi, aku sangat suka #What A Place (a.e.i.o.u) dan #Mine.

E Z Hyoung | 환기
Sudah banyak kali aku cari di Yonder sampai satu ketika aku abaikan habit itu. Kemudian, tanpa sengaja terjumpa pun E Z Hyoung. Seperti Daybreak, genrenya sangat berbeza dengan The Koxx. Aku kagum dengan agensi mereka kerana menghasilkan lagu yang pelbagai genre, bersesuaian dengan kecenderungan masing-masing artis. Di #환기 aku lebih prefer muziknya (to be honest, aku punya expectation yang tinggi ketika mendengar intronya). Mujur #무슨 일일까, #Love Again dan #단풍놀이 dapat memenuhi citarasaku. (Mungkin bagi aku suaranya lebih sesuai dengan ballad/slow song)

Haze Moon
Sesiapa pun akan enjoy lagu-lagunya Haze Moon. Faktor utamanya, dia nyanyi genrenya. Jadi susah kalau ndak suka lagunya, dan kita tidak akan bosan. The whole album ("special album"- aku pun nda sure kalau ni lagu cover atau lagunya sendiri) pendengar akan rasa puas dan nda mustahil untuk ulang dengar lagi. Setakat ini, semua lagu yang dia ada di Yonder aku simpan. Belum berniat untuk memadam satu pun. #Desire tu lagunya mula-mula aku dengar. Nota: dia nyanyi in English, dan liriknya pun membawa makna positif. Selamat mendengar, highly recommended!

Millic | Album: Vida
Oleh kerana dia satu label dengan The Black Skirts dan Hyukoh, aku punya expectation yang tinggi. Hakikatnya, aku sukar hendak fokus sebab genrenya bukanlah makananku. Peminat Dean kena dengar lagu-lagu Millic.

Paul Kim
Akhirnya Yonder team update Korean artist, Paul Kim walaupun terpaksa berkongsi page dengan another Paul Kim. Pada aku, muziknya paling ngam didengar semasa hujan... tapi manusia jenis aku lebih memilih tidur dari menikmati melodi ketika ini. Aku suka slow muzik tapi bukan R&B/Soul lebih kepada ballad atau paling tepat rock ballad song. Btw, aku suka #비.

Aku masih punya banyak lagu hendak kukongsi di sini. Untuk mengakhiri entri kali ini, suka untuk aku maklumkan bahawa album terbaru Epik High, We've Done Something Wonderful sudah berjaya tembus Yonder dan seperti selalu aku memang akan simpan lagu mereka (#Lost One & #Home Is Far Away paling aku suka) dan terdapat juga Nu'est W, W, Here. Hopefully Yonder akan selalu update lagu-lagunya Nu'est pada masa akan datang (masih lagi ingat lagu debut mereka #Face, antara lagu KPop terbaik pernah kudengar).

Lastly, aku ndak pernah update lagu OST di sini, tapi kali ini aku rekomen (highly) lagunya NiiHWA, #What I Want (Mad Dog Series punya OST). Muziknya totally tasteku.

Sekian.

Rabu, 25 Oktober 2017

Playlist #yondermusic

Assalamu'alaikum dan selamat pagi

Aku sebenarnya tidaklah meluangkan masa yang banyak untuk mendengar muzik. Tetapi bila masanya aku hendak membersihkan senarai main yang aku ada, kadang-kadang bilangannya ditambah lagi kerana discover another song pula.

Berikut merupakan antara lagu yang masuk pustakaku dan pastilah bukan yang terkini. Ada yang sudah lama menghuni tapi aku baru berkesempatan untuk mencatatnya di sini.

Lagunya in Korean tapi bukan dari kalangan idol band/team. Dengarlah mana tahu berkenan.

Annyeongbada
Lagunya #별 빛이 내린다 digunakan secara meluas sebagai muzik latar dalam program televisyen. "Shalalalalalalala... " tapi dengarlah seluruh lagu. Aku suka suara vokalnya. Lagu lain mereka yang aku suka adalah #My Mind Talks/ 맘이 말을 . Personally, aku suka almost the whole album mereka bagi album I Cross the Sea with You.

Cogason
Mendengar tanpa mengetahui makna lirik dan mengenal penyanyinya, dua perkara yang sering membuat aku dilema. Tapi, Cogason punya lagu dan muzik sudah mencuri ruang di hatiku. Hahahaha. Semoga Yonder team terus update lagu-lagu mereka. Sedih tengok bilangan view mereka di youtube. Here, I'm your fan. #Things to do Today 👍

Jun Bum Sun & The Yangbans | Album: Love Songs
Aku sudah pernah menulis album Revolution Songs mereka sebelum ini, dan kali ini melalui album yang lain pula, album lama mereka, Love Songs. Sejak kali pertama discover band ini, aku telah menjadi peminat mereka. Dan aku tidak kisah kalau aku jumpa Love Songs terlebih duhulu daripada Revolution Songs. Cuma, album Revolution Songs sudah menjadi mark band ini dalam senarai laguku. Aku suka semua mereka di album ini terutamanya #The Seven Year Itch.

Kim Sarang
One man band Kim Sarang! Walaupun agak terlambat aku discover dia, yang pasti lagu-lagunya selepas ini akan aku perhatikan sebab dia seorang artist. Seorang musician. Dengarlah semua lagunya yang ada di yonder tu.

Royal Pirates | Album: Hasta la Vista
Agak tidak adil kalau aku katakan, dahulu aku lagi prefer Royal Pirates over CN Blue padahal aku mengklaim aku seorang Boice. Sekarang aku masih mendengar muzik mereka (Royal Pirates) dan sudah pencen menjadi Boice (no hard feelings, guys. I'm too old to stan any idol group rn). Agak lama juga Yonder team update lagu mereka, #Where U At pilihanku.

Sechskies | Album: Another Light
Mohon apologi kerana menyenarai masuk Sechskies yang terang-terang generasi pertama idol group. Cuma, belum boleh tinggalkan muzik mereka. Dari mula lagi, semenjak mengenal kumpulan mereka melalui Eun Jiwon (ketika itu mereka sudah disband) aku memang minat dengan lagu-lagu mereka. Bila mereka kembali ke arena muzik kali ini, ditambah pula Tablo sebagai produser mereka....biarlah aku terus menyokong mereka. Fighting! #Smile dan #Something Special, ah kalau aku semuanya best!

SsingSsing
Terus-terang semasa aku dengar lagu mereka, aku tergelak sambil tutup muka. Aku gelak bukan sebab genre muzik mereka tetapi kepada diri sendiri yang enjoy muzik jenis begini. Another crossover? Thank you Yonder team telah memuat naik lagu mereka. Aku rekomen semua lagunya yang ada. Btw, lagu #Cheongchunga merupakan lagu mereka yang mula-mula aku dengar dan terus muat turun semua lagu yang ada.

Letters of Private
Bagi mengakhiri entry kali ini, dengarlah lagu #Letters of Private/ 이등병의편지 nyanyian asal oleh Kim Kwang Seok. Sudah pastilah suara Kim Kwang Seok tiada di Yonder. Lagu ini dinyanyikan oleh June Seung Jin, aku pun ndak pasti dia seorang penyanyi atau bukan tapi memadai untuk aku simpan lagu ini. (Personally aku rasa suaranya agak bagus juga). Kalau punya luang cari la di youtube lagu ni berserta translasi.

Sekian, terima kasih. Mungkin akan menulis tentang senarai lagu lagi dalam masa terdekat sebab proses mmbersihkan pustaka belum berakhir.

Khamis, 19 Oktober 2017

Jalan berbatu merah dan tanah

Jalan berbatu merah dan tanah
Buku lukis tanpa warna
Meski becak kita ketawa riang

3 batu kaki kita melangkah kecil
Mengejar masa hadapan
Dan apabila kita dibubut masa
Aku hairan kenapa susah betul kau saksikan matahari terbit?

Remaja memberi makna berbeza kepada kita
Aku dengan jelas menara gading di mata
Tanpa pamit tanpa tanda
Dihantar oleh jalan berbatu merah dan tanah
Kita menjadi asing

Hey,
Dewasa sudah mewarnai usia kita
Buku lukis yang
Ertinya tidak sama kepada yang punya dan yang melihat.

Tapi jalan ini masih serupa
Apa pun yang ada digenggammu
Apa pun yang terlakar di buku lukismu
Marilah senyum
Pasti terlalu canggung
Tetaplah sapa jalan ini;
Jalan berbatu merah dan tanah.

Nota: bubut = kejar

Rabu, 18 Oktober 2017

Pernahkah kau terfikir
Waktu terburuk dalam hidupmu?
Kita berada di sini berdiri
Bermula dengan langkah kecil
Dan untuk membilang kita tidak punya apa, kita menjadi orang tidak bersyukur.

Sepanjang jalan kita belajar
Bahawa tidak semua bisa kita punya,
Ada yang dibawa dan ada ditinggal.
Kita seringkali bermain dengan kata dilema, memilih dan redha.

Tapi, di pertengahan ini,
Kita berdiri kaku
Bukan kerana sulitnya bermain perasaan ternyata setelah semuanya kita pertimbangkan
Yang tinggal hanyalah sebuah harga diri, bernafas selagi diberi nyawa.

Baru kita sedar, memilih itu perkara mudah
Menghadap dunia dengan kata tidak kenal putus asa adalah pemberani
Imaginasi handal melawan arus realiti
Dan kita sedang menuju realiti.

Kabus di hadapan tidak punya cahaya
Ia putih tapi sepi
Tapi kita yakin dihadapan ada destinasi
Biar sedikit asal ada.

Wujud lagikah destinasiku?
Atau sebenarnya ini penamat sebuah perjalanan?
Menuju sebuah kehidupan selepas pelbagai kehidupan.

Selasa, 17 Oktober 2017

Assalamu'alaikum dan selamat malam

Ada masanya, melihat keluarga kucing tidur pun aku hendak catat di sini. Ketika karakter di buku mulai memasuki ruang hatiku dan ketika aku tidak pernah lupa menyaksikan hari bertukar wajah.

Ah, satu hari lagi berlalu.

Dibalik dinding flywood, televisyen yang sepatutnya ku lihat dengan mataku menjadi audio seperti radio, ku pasang telinga. Walaupun sebenarnya aku tidak terniat mahu mendengar.

Dan cicak mencelah memecahkan ruang kembali ke realiti.

Kamar kosong. Gelap. Sepi.

Di satu sudut lain, pada masa ini, aku tahu aku bukan sendiri begini. Ada ramai lagi di luar sana yang juga punya ruang kosong, gelap dan sepi.

Yang lucunya, aku sempat berfikir kalau di hati orang-orang tersebut ada apa. Mungkin sebab aku sendiri pun sudah buntu mencari solusi.

Di tepi tingkap bilikku ketika ini, ada satu keluarga burung yang menghuni di pohon jambu batu. Ciapnya makin galak. Meski malam semakin tua. Itu bukan masalahku. Satu masa nanti aku akan rindu pada ciapnya, ketika anak burung itu sudah pandai terbang tinggi.

Plain.

Wahai hati. Aku memang tiada apa-apa sekarang tetapi itu bukan bermakna aku menulis kosong. Aku sedang mencatat sejarahku. Minit yang berlalu dan terus melakar draf hidup yang garisnya entah tinggal berapa.

Ahad, 1 Oktober 2017

Catatan

Bangkit dari tidur matahari sudah di tempatnya
Cahaya pagi dan suara unggas
Cuma aku segan menyapa dunia
Semakin hari semakin resah

Langkah kaki ke depan
Tidak pernah menyalahkan
Kerna pegun saja juga tidak boleh
Demi masa yang tidak menoleh
Tapi melangkahlah dengan jasad dan hati
Sampai masanya jasad akan dimamah bumi

Aku mendengar kokokan ayam jantan
Ia jerit kesyukuran menyambut pagi
Ia jerit keriangan kerana sebiji telur
Ia jerit ketakutan kerana seekor anjing
Meski hari-hari
kais pagi makan pagi
Kais petang makan petang

Oh, masaku sudah dicuri
Pada mimpi yang fantasi
Dan nyaring kokokan ayam

Khamis, 21 September 2017

Playlist #yondermusic

Assalamu'alaikum dan selamat malam

Oleh sebab senarai sebelum-sebelum ini majoriti artis lelaki/ kumpulan lelaki, maka aku buat senarai yang terdiri daripada artis perempuan pula.

Appetizer
Lagu-lagunya genre love & heartbroken song. No rap, no English words. Banding dengan liriknya, aku lebih memilih muzik dan emosi yang disampaikan melalui lagu-lagunya. Aku nda tau mana satu mau rekomen sebab bila aku dengar satu lagunya aku decide itu the best eh sekali dengar lagi lagu lainnya, pun best juga. Laila is dilema, kalian. Jadi aku decide dengarlah lagu yang aku dengar time discover Appetizer ni, #You Are the Universe (feat. Morning Coffee)

Ji Young Baek
Single yang berjudul #Your Mind. Aku jarang dengar lagu-lagunya. Tapi terdetik mau dengar suaranya yang terkini.

Neon Bunny
Aku bukan peminat electro-pop, tapi oleh sebab dia pernah menjadi session keyboard board untuk kumpulan The Black Skirts, maka aku mahu juga dengar lagu-lagunya. Aku rekomen #Romance in Seoul.

Neuru
Aku juga bukan peminat jazz music. Belum pernah lagi ada lagu jazz yang masuk senarai mainku. Mungkin kalian boleh cuba dengar #Stay With Me (Feat. Woosung Choi).

SBGB/Dawngongbang
Walaupun folk merupakan antara genre yang aku sukai, tapi untuk setakat ini, belum ada lagi lagu mereka yang aku kira bisa buat aku menjadi salah seorang peminat mereka. Masih menanti... tapi #CARD CAPTOR SAKURA tu comel betul 😂 sayangnya aku pernah dengar Eunji nyanyi jadi aku termelekat sama versinya.

Stella Jang & Kisum
Aku sudah lama mengintai Stella Jang di Yonder tapi kerap kali kecewa. Kerana mahu juga dengar suaranya jadi aku muat turun lagu #About to Cry. Akhirnya aku muat turun satu album, #Story About: Some, One Month. 😂 Btw, mungkin agak keluar tajuk, tapi aku personally prefer Stella Jang over Heize. (No hard feeling, kalian).

Ok. Sampai sini sajalah. Aku cuma hairan kenapa Yonder lama sudah ndak update lagunya IU.

Khamis, 14 September 2017

Catatan


Sewaktu kecil dulu, tiap subuh bapa selalu temankan ke sumur di belakang rumah untuk mandi. Jarak dari rumah ke sumur sejumlah dua bukit. Bermaksud pergi mandi aku harus menuruni bukit dan sesudah mandi aku harus mendakinya.

Aku tidak pernah perasan kalau di waktu itu dada langit dihiasi bintang. Kadang-kadang, ia umpama padang sepak bola. Bintang itu silih berganti marathon cahaya. Berbalas-balas. Sampailah satu hari, ketika kami menjenguk ke atas, baru kami tahu kalau selain dingin subuh dan kokokan ayam menjemput pagi, ada komuniti besar sedang berinteraksi.

Waktu itu, aku tidak pernah berkira korbannya bapa. Kerana yang aku tahu, sesudah dari sumur, azan dan takbirnya kedengaran. Tiada lagi tidur sesudah itu. Ketika aku berlari-lari ke sekolah, dia pula mengangkat kaki ke dunia tani, satu-satunya kerjayanya sepanjang hidup. Menjadi petani.

Di sepanjang masa yang berlalu pergi, terlalu banyak yang telah berubah. Meski statik apa pun yang diklaim, kita sebenarnya sudah bergerak di zon sendiri. Kita sudah berubah. Yang ada cumalah kewujudan kita di muka bumi yang kapan pun akan tamat tali hayatnya.

Aku fikir, semakin kita bergerak kehadapan, tiada yang mampu menghalang diri dari terus mengenang kenangan. Kenanglah kenangan yang terbaik sahaja. Kenangan ini adakalanya pastilah sukar untuk dicipta semula tetapi, usahalah untuk mengulangnya. Setidaknya, rasa bahagia yang dahulunya dikecapi bisa dirasa hangatnya.

Meski cuma 1%.

Kerana dunia hari ini tidak bakal memberi 1%  itu dengan segala hidup kau tumpahkan untuknya.

Sumur itu sudah lama kontang. Kata bapa, airnya yang dahulu bisa dikongsikan dengan jiran untuk keperluan sehari-hari sudah ditelan serabut akar sawit yang menghuni lantai bumi. Tiada lagi deretan keladi. Rata sudah lekuk parit kecil yang dulunya membawa arus air sumur. Kalau saja orang baru melimpasi kawasan sumur itu, dia pasti tidak terfikir kalau di situ dulu pernah terpancul air mata air.

Sumur yang dahulunya berbakti kepada makhluk Tuhan lainnya kini sepi. Kini, digali sedalam mana pun belum tentu bisa melimpahkan air. Setitis pun. Tanpa izinnya Tuhan yang Maha Esa.

Begitulah perumpaan bahagia yang ku rasa dahulu. Sumur itu sudah lama tamat hayatnya. Yang tinggal adalah kenangan. Kenangan yang akan bersemadi selama diingat. Tapi usahalah mengulang kenangan itu kerana hidup di waktu itu mengandung erti untuk hidup. Bahagia hari ini yang besoknya kita sendiri sulit memutuskan bahagia seperti apa dikejarkan.

Ingatlah dengan jelas rasa diwaktu itu. Bukan bermakna berputus asa pada hari ini tetapi pengingat kepada diri yang asal yang dahulunya masih bersih menatap dunia.

Apabila melangkah di subuh hari, rentaknya sudah tidak serancak dahulu. Bapa pun sudah pamit dulu. Sumur pun begitu. Tinggallah sendiri menghadap hari baru.

Playlists #yondermusic

Assalamu'alaikum dan selamat petang

Jangan mengeluh dulu. Aku sedang menyiapkan cerita pendek yang kelima. Sementara itu, aku tulis pasal senarai mainku di yonder sebab aku memang akan sentiasa mencari muzik sebagai halwa telinga. Seperti biasa aku akan cuba untuk elak update lagunya kPop/idol.

DAYBREAK | Single: 왜안돼?
Sebab ia labelmate dengan The Koxx, The Solutions dan lalasweet, maka aku pun cuba cari dan akhirnya ada pun walaupun cuma satu lagu ini sahaja (ini lagu terkini mereka) available di yonder. Ini bukanlah genreku tapi masih diterima masuk ke dalam pustakaku. Aku sebut lagunya sebagai unik. Sama macam ketika dengar lagu #summer rain oleh lalasweet tu, aku fikir ia biasa-biasa tapi ndak, ada kelainannya.

The Monotones | Album: Into the Night
Pertamanya, kenapa yonder team kasi gabung page The Monotones dengan kumpulan lain walaupun sama nama? Album Into the Night kalau aku ndak silap merupakan full album pertama mereka dan agak popular juga (dapat Korea Music Awards). Peminat rock kena dengar ni. (Lists sebelum ni pun banyak genre rock 🙆. Universal type memang begini). Aku rekomen lagu #Into the Night.

South Club | Single: NO
Aku sudah pernah bilang bahawa aku peminat suara Nam Taehyun walaupun ia selepas Mino. 🙊 btw, aku cuma mahu tengok corak "artistic" band ini terutamanya Nam Taehyun. Pelikkah? Aku suka single mereka ini. Kerana aku prefer suaranya maka aku pilih yang edit versi tu. ~Annyeong!

Trampauline | Album: MARGINAL
Sudah lama ndak 'puas hati' dengan koleksi penyanyi/group perempuan yang aku ada di pustaka. Selalu juga aku cari Oohyo tapi ternyata albumnya ndak diupdate oleh Yonder team. Jadi, bila aku cuba dengar kumpulan ini, automatik aku ingat sama Oohyo (punya rindu tu). Mereka nyanyi in English cuma terkebil-kebil aku baca judul-judul lagunya. Hahaha. Aku bukan peminat electronik muzik tapi upbeats tu kadang-kadang buat addicted. Ia boleh jadi love/leave it. Aku selalunya ber-meh pada dengar kali pertama untuk mana-mana crossover genre, termasuklah album Marginal ini. Tapi kekuatan Trampauline sebenarnya pada vokalnya. Untuk album ini, aku suka #Black Star.

Album: This is Why We are Falling for Each Other
Setakat ini, aku paling suka lagu yang ada dalam album mereka yang ini. #Love Me Like Nothing's Happened Before antara yang paling aku rekomen.

Selasa, 12 September 2017

Playlists #yondermusic

Assalamu'alaikum dan selamat pagi

Menyambung episod senarai lagu di pustaka yonder muzik. Sebenarnya, aku sudah berniat untuk mengakhiri episod ini (dan dalam pencarian membuka tema baru) tetapi tiba-tiba bersemangat semula untuk teruskan kerana yonder team seperti tahu memasang umpan.

The Solutions
Aku pernah mencari dua album (full album) terawal, #The Solutions & #Movements tapi gagal. Kemudian, aku temui latest album mereka, #Thumbs Up sekali gus single mereka #Love Again. Aku ndak pasti kenapa ada dua page THE SOLUTIONS di yonder: satu untuk album lama mereka dan satu page lagi album terbaru mereka (2017). Anyway, lagu-lagu mereka mostly kedengaran mix muzik beberapa group (termasuklah labelmate, The Koxx)...ia bukan kritik ya more to compliment sebab muziknya memang jenis yang aku suka. Lagu yang aku rekomen? Dengarlah semua lagunya (dua album terawal tu in english). Btw, lagu #thumbs up dan #lines tu aku keep playing for awhile.

Nell | Album: Beautiful Stranger
Album ini terdiri daripada lagu-lagu dari album mereka yang sebelumnya (mostly dari album #C). Masih ingat lagi kali pertama mendengar muziknya Nell dengan lagu #Ocean of Light,  waktu itu aku tengah cuti semester undergraduate dan lagu itu masih menjadi kegemaran nyanyian mereka sehingga detik ini. Sayangnya ia tidak dimuatkan dalam album #Beautiful Stranger ini. Hopefully, yonder muzik semakin rajin muatnaik lagu mereka pada masa akan datang. Aku rekomen lagu #Home dan #Time Walking On Memories. Better dengar satu album la. Album ini umpama a healing album bagiku.

Rubber Soul | Single: Beautiful Women
Kali ini, nampaknya lists sekali lagi didominasi oleh penyanyi/band lelaki. Semenjak discover Rubber Soul melalui album #Love is mereka, aku berharap dapat menambah bilangan artis perempuan dalam pustakaku. Tapi single kali ini aku merasakan seperti mereka kurang beraksi kerana aku pasti kalau vokalnya boleh pergi jauh lagi. Cuma tanpa melihat translasi pun aku bisa klaim kalau lagu ini bermesej positif dan itu sudah memadai asalkan dapat melihat perkembangan Rubber Soul.

Sanchez | Album: Colour EP
Ini merupakan langkah pertama mengenali Sanchez meskipun telah lama mengenal Hanhae dan Kiggen (kalau ikuti listsku yang sebelum ini, aku agak bias ke Hanhae). Genre solo mereka slightly different dan to be honest, kalau aku discover Sanchez dulu mungkin aku lebih memilihnya berbanding Hanhae. Soft voice Sanchez memang lebih worth dengan r&b genre tapi bila dia rap pun handsome juga (jenis ayat apa ni?). #Between Calm and Passion tu lagu kesukaanku di album #Colour nya.

| Single: Sunny Day Rainy Day (feat Kassy)
Hahaha. Kenapa comel betul ni. Bukan citarasaku tapi tersengih-sengih & tutup-tutup muka juga aku dengarnya.

| Single: Claustrophobia (feat KillaGramz)
Genre dark sebegini memang 'makanan'ku. Tapi belum cukup kuat & dark untuk ku ulang main. Mungkin selepas dirujuk translasi akan lebih feel.

Jun Bumsun and the Yangbans | Album: Revolution Songs
Aku masih menunggu single terbarunya memandangkan Jun Bum Sun dalam iv berkata bahawa penat buat full album jadi kemungkinan besar akan meriliskan beberapa single selepas album ini. Aku telah menjadi peminat mereka selepas mendengar #The Cloud Dream of the Nine. Agak pelik juga kerana mereka tidak nyanyi in english padahal mereka berkemampuan untuk menghasilkan dan menyanyikannya (the fact that JBS tu study abroad dan History holder though). Untuk yang baru berjinak-jinak dengan muzik mereka, boleh cuba dengar #Moondance.

Deepshower | Album: How I Met You
Aku muatnaik lagu #Found U sebab featuring G.Soul.

The Geeks
Aku tidak seberapa berkenan dengan genre hardcore tapi The Geeks sinonim dengan positif hardcore. Ada tiga album yang terdapat di yonder muzik. Cuba dengar
#Staring to the Sun dan #Everytime We Fall.

MoonMoon | Single: Museum (feat Moeun)
MoonMoon sudah meriliskan beberapa single tapi masih belum berjaya tembus yonder muzik memandangkan cuma ada dua lagu dimuatnaik (satu lagi lagu yang dimuatkan dalam kompilasi album). Bukanlah genreku tapi sekali-sekali mahu juga ubah citarasa.

**************

Semoga entry akan datang diisi dengan beberapa penyanyi/artis perempuan.

Ahad, 10 September 2017

Playlists #yondermusic

Assalamu'alaikum dan selamat malam

Semalam aku ndak sempat mau cover banyak artis sebab sudah kepenatan menulis 🙆.

Coffee Boy | Because of Summer Night
Aku sudah lama mengintai lagunya di Yonder muzik tetapi seringkali bertemu kata hampa. Malah, foto profilnya dipakaikan foto Lee Min Ho. Sejujurnya perkara yang membuat aku bertambah eager mahu dengar lagunya kerana cover albumnya yang agak memancing minatku. Belum pernah lagi aku dapati covernya yang aku ndak suka. Aku sebut ia sebagai "artistic". Suaranya bukan citarasaku, tapi bila sampai di part narration tu (#Because of summer night)... diikuti dengan lagu #What If This Is Not Love dan #You Are Special... Coffee Boy cuma perlu suaranya dan simple instrumen sudah memadai (meskipun, susunan muzik di #You are special tu definitely not simple as it is).

Hongwoon | Still I Am
Aku cuba google namanya tapi tiada informasi berkenaan. Mungkin even Korean pun nda tau kewujudan lagu #Still I Am ini, malah gerangan Hongwoon pun mungkin tidak dikenali.

iamnot | Album: Hope
Lagu pertama mereka yang aku dengar, #fly di mana featuring Yi Sung Yol. Suara Yi Sung Yol ndak pernah menghampakan. First impressionku terhadap iamnot adalah tinggi dan setakat ini lagu-lagu di album #Hope memenuhi expectation. Mendengar muzik mereka memberi positive energy. #Hope merupakan antara album yang terbaik aku dengar tahun ini, vokal dan muziknya dan mungkin juga liriknya seandainya aku bisa translate.

The Koxx | Album: RED
Kumpulan Indie yang membawakan muzik rock ini juga sudah lama aku intai. (Wah, Yonder team semakin rajin, *clap clap clap ). Semoga mereka bisa kembali ke arena muzik lagi selepas melalui fasa hiatus beberapa tahun. Suprisingly, #Blister jadi pilihanku di album ini dan bakal masuk senarai main *driving-ku.

offonoff | Album: boy.
Peminat Dean pasti meminati duo offonoff ini. Sebaliknya, bagi aku ia boleh jadi love it/ leave it. Ada masanya aku mendengar R&B ulangkali tetapi masa lain aku tinggalkan. Untuk genre ini, it's all about lyrics. Masih usaha google cari translasi.

Jumaat, 8 September 2017

Playlists #yondermusic

Assalamu'alaikum dan selamat malam

Sudah lama nda update dan hari ni tiba-tiba mahu tulis pasal senarai lagu di pustaka yonder muzikku. Sebetulnya lama sudah aku tidak jengah-jengah sana. Jadi, macam biasa senarai lagu boleh jadi bukan yang terkini ya. Walaupun dalam pustaka ku bukan terdiri daripada lagu Korea sahaja, tapi aku memilih untuk menulis tentang senarai itu sahaja. Sebolehnya aku akan senaraikan lagu yang bukan dari kumpulan idol.

The Black Skirts | Album: Team Baby
Kali pertama aku dengar lagunya The Black Skirts adalah #Hollywood (sekarang sudah tiada dalam pustakanya Yonder, I wonder why). Itu boleh dikira cinta dengar pertama! Jadi bila tahun ni ada album barunya, aku teruja sebab aku cuma dengar lagu melalui yonder app. Tapi sayangnya, yonder tidak update. Sampai la tadi (ya sebentar tadi baru diperiksa) aku dapat tahu kalau yonder sudah punya. Walaupun belum ada yang menggantikan detik cinta dengar pertamaku, sesungguhnya aku syukur sudah bisa dengar suaranya TBS lagi. Setakat ini, aku merekomen #EVERYTHING.

Sechskies
Mahu menangis terharu bila dua album Sechskies ( The 20th Anniversary & 2016 Re-ALBUM) sudah tembus yonder muzik. Nampak keterlaluan pula kalau sujud syukur kan? 🙆 Lagu Sechskies bukanlah lagu kegemaran tetapi satu-satu kumpulan yang aku boleh main albumnya the whole day adalah Sechskies! Serius, muat turun la lagu mereka, aku paling rekomen lagu-lagu mereka. Haha. Ingat lagi bila mereka buat comeback, satu-satunya kumpulan yang buat aku tengok tv show, Weekly Idol tu. (Jarang ya dengar lagu terus ingat koreografinya). ULANG: Sila dengar semua lagu. Thank you.

TURBO | Album: TURBO SPLASH
Bukanlah peminat mereka tapi lagu-lagu Turbo seingat aku tidak pernah menghampakan. Yonder muzik sekali lagi do their job 👍. Peliknya bila dengar lagu mereka macam familiar. Aku suka lagu #As a man tu.

FTISLAND | 10th Anniversary Album OVER 10 YEARS
Bila dapat tahu yonder sudah update latest album mereka, 😭😭😭. Aku bukan Primadona tetapi seorang peminat kepada suaranya Hongki. #Love Sick pernah menjadi halwa telinga di Blog ini suatu ketika dahulu. Kalau la boleh mereka buat like original version.... tapi versi ini pun jadilah. As long as Hongki's voice ada! Ya, aku muat turun semua lagu satu album. Btw, baru aku check there is a new album, Paradise. Sebentar lagi aku dengar la. Mungkin akan kubicarakan di post selanjutnya. Oh, aku nda tau mau suruh dengar yang mana satu. There is Hongki's voice in every song.... aku mahu rekomen pastilah satu album. 😂😂😂

Wah, baru senaraikan empat kumpulan ini tapi aku rasa sudah penat kerana keterujaan. Hahaha. Aku patutnya tulis tajuk sebagai "special list".

Ahad, 3 September 2017

Dunia

Dunia adalah tempat persinggahan yang tidak pernah adil. Tempat yang mempertaruh maruah, moral malah agama.

Indahnya dunia tidak akan memperdaya insan yang tidak memandangnya. Tapi ibarat melalui jalan sepi, sepi itu sendiri dibunuh bingit bisikan meski halus. Kita sangka kita sudah jauh dari dipengaruh dan terpengaruh. Rupanya kita sedang memakan umpan dunia.

Hendak mencari destinasi akhir itu terlalu sulit tatkala kita menoleh ke tepi jalan, ada saja yang menarik. Sebab itu, bila kita tidak terkawal lagi, kita kemalangan.  Betapa susahnya hendak fokus ke hadapan.

Apa yang kau kejar di dunia? Bila akhirnya yang kau bawa adalah bekal untuk akhirat. Tapi dunia selalu mengugut dengan kata putus, hitam atau putih, tinggallah aku abu-abu.

Selasa, 29 Ogos 2017

Mengejar bahagia

Assalamu'alaikum dan selamat malam

Aku fikir perjalanan liku ini akan berakhir pada masa terdekat. Rupanya ia selekoh panjang yang jalan lurusnya tidak kelihatan. Destinasi yang tidak kunjung tiba.

Aku cuba untuk tidak membicara dan mempersoal walaupun kadang-kadang emosiku terumbang-ambing. Kerana kata yang bakal terluah bukanlah sebetulnya lahir dari hati cuma pelepas lelah. Dan aku tidak suka bila orang berteka lelahku puncaknya di mana. Itu rahsia.

Ketika menulis catatan hidup sendiri, yang terlihat di mata seringkali kehidupan dan bahagia orang lain. Meskipun, kita sibuk membilang angka bahagia kita dan kemudian dijajah ke muka dunia, kita sebenarnya sedang tewas.

Kita kata kita bersyukur tetapi sejauh mana syukur tanpa mengukur dan membanding dengan hidupnya orang lain?

Laku bahagia itu bisa sedetik dan sekecil tanpa sempat kita klaim, "ah, aku bahagia!" Dimana dan kapan pun.

Dalam duka pasti terselit suka, cuma kerna kita sibuk mencari solusi, kita lalai kalau sebenarnya bahagia itu bisa dipetik bila-bila saja. Kerna bahagia yang kita cari kadang-kadang berbeza dengan yang kita perlu. We fail to recognize it. Our way does not match.

Aku selalu arif kalau rentakku tidak seirama dengan yang lain. Kerana itu aku selalu memilih untuk menjaga hati sendiri. Menjaga mata, mulut dan telinga. Untuk sementara ini, aku berhenti membaca. Pengaruhnya semakin menekan.

Pernah ku baca tentang seorang tua yang menghabiskan sisa hidupnya menanam beribu pokok. Aku fikir akulah orang tua itu sehinggakan kini aku berabis masa menanam pokok, meskipun sekadar pokok bunga.

Ku mengira besok akan kembali bersinar hidupku, berakhirnya penantian, tetapi yang selalu menjadi teka-teki, bagaimana agaknya pengakhiranku? Lamakah lagi atau sekejap saja lagi? Bahagiakah?

Jumaat, 25 Ogos 2017

Catatan dan menanam

Assalamu'alaikum dan selamat malam

Sudah lama ndak menulis di sini. Sedikit sibuk dengan projek tanaman bunga.

Mulanya aku berfikir bahawa aku menanam kerana keluangan masa. Sebetulnya memang begitu cuma lama-lama aku rasa ia merupakan 'naluri'ku. Aku membesar dengan melihat bapa menanam pelbagai jenis sayuran. Ketika dia tiada, aku rasa lain bila tanah yang dulu berisi menjadi kontang.

Meskipun ruang sayur bapa belum boleh dibilang berpenghuni, tapi nampak jugalah dijaga. Tidak terbiar.

Aku bukannya tidak mencuba, tetapi seringkali menemui kata gagal dan belum punya cukup motivasi untuk istiqamah menanam sayur. Aku belum menjiwai dan communication antara aku dan sayuran belum terjalin.

Berbanding dengan menanam bunga, sikit demi sikit aku sudah rasa rentaknya. Walaupun belum bisa dikatakan expert, tapi interaksi antara aku dan tanaman bunga itu sudah terikat. Ada linknya.

Hahaha.

Bunyi macam desperate kan aku menanam. Kerana aku bukan sekadar menanam, aku sedang melalui fasa belajar mengenai kehidupan melalui menanam. Klise.

I mean, everything will become my lesson material. Anything.

Aku nda tau sampai bila aku boleh bertahan untuk menanam, tapi so far, aku bertindak mengikut naluri. Seolah ada dorongan yang membuat aku merajinkan kerja tangan (buat pasu botol, cari kompos, cangkul tanah...) dan aku bukannya selalu rajin tapi kerana ada biji benih yang sedang menunggu untuk ditanam, aku pun buat. Dan bila membesar sikit, aku pernah malas sekali hendak memindahkan anak pokok, tapi bila dari hari ke hari fizikalnya tidak anjak,maka aku pun buat juga.

Azam tahun ini? Menanam 10 jenis bunga yang berlainan. Dan aku cuba untuk tidak mengabaikan tanaman yang tidak mencapai level yang mahukan kerana jangka hayat singkat, cerewet, malas tumbuh, contohnya.

Minggu lepas, rimbun gypsophila jenis garden bride ku mati. Sedih. Aku ada satu pasu lagi jenis yang sama dan aku cuba untuk kasi maintain dan masih dalam eksperimen bab penjagaannya. Ada tiga kemungkinan, terlebih/terkurang air/matahari, terkena baja atau aku lalai untuk buat dead heading (meskipun aku sendiri tidak pasti sama ada tumbuhan ini perlu dead heading atau tidak).

Keduanya, 2 pokok aster ku, satu warna pink, satu lagi warna purple sedang layu. Tapi tadi petang sudah kelihatan segar sedikit. Assumption yang sama, terkurang air.... dan aku tidak buat dead heading. Mudah-mudahan besok ia bagi feedback positif. Allahumma aameeen.

Dalam masa terdekat, aku akan cuba menulis beberapa *post seperti selalunya; menyambung cerita pendek, update senarai yonder muzik dan berkaitan hari2 yang aku lalui.

Sebagai penutup, there is an analogy: ketika pokok bunga berbunga, kita punya dua pilihan sama ada hendak memetik bunganya atau dibiar di pokok. Kalau dipetik, pokok bunga akan nampak janggal sebab pokok bunga tu dipanggil pokok bunga sebab bunganya tapi kalau bunganya tiada? Ia tetap dipanggil dengan nama pokok bunga tapi apa kata mata memandang? Kita pun hendak bunganya dipuji. Well, bunga yang dipotong boleh diletak dipasu bunga (cutting/freah flowers) dan dijadikan perhiasan meja tapi bukankah prioriti bunga potong lebih memihak kepada bunga plastik? Tapi kalau tidak dipetik, jangka hayat bunga akan menjadi singkat.

Konklusinya, untuk terus mengeluarkan bunga, pokok bunga perlu melalui fasa dead heading. Selepas ia hilang separuh hidupnya, ia terima sejumlah cabang baru. Begitulah berterusan, sampai masanya mati, ia akan mati.

Khamis, 17 Ogos 2017

Catatan

Batang kecil dan hijau. Daun dua lembar. Itulah permulaan hidup tumbuhan.

Di pasu kecil itu, ada beberapa batang anak pokok bunga usaha membesar. Pagi dan petang tubuhnya disiram. Siangnya dihangat mentari, malam pula diselimuti embun.

Waktu ini, mereka tumbuh dengan wajah dan ekspresi yang sama. Semangat menjelajah alam. Semangat tumbuh besar dan bersama.

Bila angin dan hujan menduga, basah dan dingin diterima. Kadang-kadang ada yang tumpas. Satu demi satu jumlah batang di pasu tadi kurang.

Pun begitu, selagi hidup dikandung badan, liku pun dilalui. Sampai beberapa waktu usia dewasa menyapa.

Kalau dulu daun dua lembar sekarang daun sudah rimbun. Bunga dan buah pun ada. Dulu batang hijau dan lembut, sekali dicubit patah la ia. Sekarang, coklat yang keras, selepas menghitung hari berhadapan dunia dan seisinya.

Kawan yang sama-sama sempat bolos ujian hidup, juga serupa. Punya tanggungjawab dan cerita sendiri. Meski pohon sudah tumbuh cantik dan gah, ekspresi sudah berubah wajah: hidup yang dilapisi lelah, kecewa dan sesal.

Kata yang tertulis,

Menimbang kenangan waktu kecil dan dewasa.

Sabtu, 12 Ogos 2017

Aster telah pun berbunga!

Assalamualaikum dan selamat pagi

Beberapa hari ni busy dengan bunga. Tapi tidak juga busy betul cuma sentuh-sentuh manja sebab bunga boleh jak just diletak di bawah matahari dan jaga siramannya pagi dan petang. Tapi, it's better to give a touch.

Akhirnya batch pertama tanaman bungaku dari benih (terdiri daripada: aster, impatiens, gypsophila & petunia) sudah pun berbunga semuanya. Yeay! Alhamdulillah!

Aster kini makin ligat menghasilkan bunga walaupun pokoknya agak.... kecil? Pokok pertama berbunga pink. Pokok kedua belum lagi kembang bunganya tapi sudah nampak kuntumnya berwarna ungu. Mostly, tiap jnis cuma berwarna dua warna ini. (Petunia: pink & ungu gelap, gypsophila:pink, aster: pink & ungu, impatiens: pink gelap & pink pudar). Aku beli yang mix jadi warnanya sepatutnya random.

Aku sudah mulai batch kedua dengan jenis cosmos, dahlia, zinnia dan marigold. Semuanya terkenal dengan tahan panas dan mudah tumbuh. Jadi batch kali ni kita santai2 saja. 😉

Oh, berkenaan aster, dia mudah saja dijaga. Just make sure yang benih tu ok, dia mudah tumbuh dan membesar. Air biasa2 saja dan pasal cahaya matahari dia tiada masalah meskipun terik macam mana pun.

Berikut foto yang sudah ku compilekan untuk insta hari tu. Better la kan daripada diupload satu-satu.

Sabtu, 5 Ogos 2017

Terlalu banyak perkara yang dikejar,
Riuh dan asing.

Berapa jauh harus melangkah dan pulang
Atau berdiri diam?

Hidup sedang berbicara tentang jiwa
Cerita kita yang sudah sekian lama ditinggal. Tertinggal tanpa sedar.

Berlari jauh dan berhenti.
Berjalan pulang sambil menangis.
Ya Rabb, hati siapa yang aku bawa ini?

Khamis, 20 Julai 2017

Surat buat akasia

Kerna kita kenalan lama, maka aku berusaha menulis buatmu. Walaupun kita tidak pernah rapat dan aku tidak biasa.

Masa kecik dahulu, aku dan adikku, Ilmi memanggilmu hutan. Tiada yang pamit, tiada yang peduli. Kau mungkin lebih tinggi dari tubuh kecil kami tapi kami berhenti mendongak.

Ketika aku memerlukan Ilmi, aku berdiri di depanmu. Menatap kau yang tinggi ke langit, membayang hari esok yang belum pasti. Mengukur impian dan harapan.

Tanpa aku sedar, sejauh mana pun aku melangkah, tidak mungkin ku samai puncakmu. Dan menangislah aku sendirian kerna lelah dan juga kecewa.

Tapi, apa yang lebih menyedihkan adalah setiap kali aku menghadapmu bersama impianku, aku berasa kerdil. Padahal dahulu, sewaktu kecil, kau itu umpama pulau bagi aku. Kelihatan namun jauh.

Aku fikir, mungkin kerna aku selalu hadir dan membanding hidupmu dengan hidupku, maka aku terpengaruh dengan ideologimu. Kenapa kau curi hidupku?

Pergilah kau bersama kekesalanku. Pergi membawa kenangan seorang anak kecil yang tumbuh menyemai angan untuk mencapai langit sepertimu. Pergi membawa suara hiba yang cemburukan sepohon akasia.

Setelah semua itu, berdiri aku membayangkan kau dihadapanku dan aku menggamit tangan Ilmi pergi. Aku tidak peduli setinggi apa pun kau, aku cuma mahu seorang Ilmi.

(Julai, 2017- pohon akasia itu ditumbang)

Selasa, 18 Julai 2017

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam
Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar.

Fizikal
Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih.

Usia
Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih.

Cara tanam
Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi)

Penjagaan
Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun ia meliuk letuk. Walaupun ia bunga musim panas, kalau cuaca agak tinggi sebaiknya beri cahaya matahari pada waktu pagi sahaja. Airnya pula tidak boleh kurang dan tidak perlu lebih. Sebaiknya pasu digantung.

Salah faham
Ada yang mengatakan gypsophila boleh hidup di negara seperti Malaysia cuma di kawasan tanah tinggi seperti di Genting Highland dan Kundasang, Sabah kerana meskipun cuaca panas tetapi suhu sedikit rendah berbanding kawasan lain. Tapi sebenarnya dia boleh saja tumbuh dalam cuaca Malaysia di mana kawasan sekalipun cuma seperti yang sudah ku nyatakan di perenggan di atas dengan mengawasi konsumi cahaya matahari dan airnya.

Foto
Aku akan update lagi dari semasa ke semasa pertumbuhan gypsophila ini. Terdapat variasi tempat aku mengambil foto sebab aku letak ia merata. Nanti sudah dewasa, aku cadang mahu gantung.








Isnin, 17 Julai 2017

Playlists #yondermusic

Assalamu'alaikum dan selamat malam

Hari ini aku sudah menulis tiga entri tapi ndak disiarkan kerna gangguan network. Aku sepatutnya lebih hati-hati, simpan dulu baru dipublish.

Berikut merupakan senarai baru lagu yang masuk pustakaku di yonder muzik. Ada lagu baru dan ada lagu yang sudah bertahun wujud. Tapi, bukan latest sangat pun ya. Aku sibuk mahu cek satu-satu. Yang mana tercari tu la aku dapat.

Apink | Album: Pink Up
First time aku muat turun semua lagu dalam album mereka. #Five give a positive energy tapi aku paling suka #Evergreen, a refreshing ballad.

Blackpink
So far, lagu mereka yang aku paling suka adalah lagu terbaru mereka, #As if it's your last. Aku cuba untuk kurangkan frequensi memainkan lagu ini.

Hwang Chi Yeul | Album: Be Ordinary
Aku suka semua lagunya. Ballad dan husky merupakan kombinasi citarasaku. Tidak tahu mahu pilih mana satu. Sila dengar satu album.

Crush | Album: Outside
Bila aku dengar nama Crush, lagu #Beautiful selalu membayangi. At least dengan rilisnya album ini, ia akan menyedarkan orang seperti aku, bahawa Crush ada genrenya sendiri. Aku rekomen dengar lagu #Outside.

Nam Taehyun-South Club | Album: 90
Aku masih berpendapat bahawa first single mereka, #Hug Me merupakan antara genreku. Sebenarnya aku suka dengar suara Nam Taehyun. Bagi aku album ini merupakan pengenalan kepada genre muzik yang ingin mereka bawa (walaupun #hug me tu sudah memadai untuk mengisi fasa intro).

Seen Root | Album: Seen Root
Album ini diriliskan pada tahun 2015. Terus-terang aku tidak minat dengan genre mereka. TETAPI, bila part lagu #Sweet Heart tu, aku rasa suaranya match perfectly. Walau ramai yang try buat, aku still prefer original version. OPPAYYA! 😉

#Untitled, 2014 oleh GD.
Aku rasa antara lagu best yang dihasilkan pada tahun ini. Tapi selepas Hyukoh-Tomboy la (apa kaitan eh).

#3AM, Kiggen feat. Suran & Hanhae.
Kerana aku minat Hanhae. 😂

Jessi
Dalam banyak-banyak lagu Jessi, aku paling suka #I Want to be Me. Lagu tu menonjolkan vokal Jessi tanpa perlu kedengaran 'tough' sangat.

Heize | Album: /// (You, Clouds, Rain)
Setelah sekian lama, akhirnya yonder team update juga lagu daripada Heize. Secara terus-terang aku masih tertanya-tanya kenapa Heize agak popular. Tidak bermaksud apa-apa, just wondering. Mungkin, jenis lagunya merupakan citarasa publik dan dia banyak buat featuring dengan artis lain. Btw, aku suka dengar suaranya. Aku rekomen, #You, Clouds, Rain

Yi Sung Yol | Album: 요새드림요새 Yosedreamyose
Aku berdebar-debar  kalau yonder ndak akan update album barunya ni. So far, album-album Yi Sung Yol sentiasa diupdate. Sebenarnya aku bukanlah peminat Yi Sung Yol malah genrenya sekalipun rock tapi traditional, blues dan eksperimen. Tapi yang buat aku sentiasa cek lagu-lagunya kerana dia seorang ARTIS. Untuk album ini aku rekomen #jinaganda, #cupblues, #dosie, #I saw you dan #vulture.

#Never Sent, Kang Min Hee feat Han Dong Geun.
Mungkin agak tipikal duet ballad. Bukan hendak bias tapi aku sentiasa suka suara Han Dong Geun dan mungkin kerana aku tidak mengenali Kang Min Hee, aku agak terkejut juga bila tahu dia sebenarya ahli trio hip hop.

#Summer Rain oleh lalasweet.
Aku translate judulnya dengan mendengar lagunya time hujan panas. Kerana aku tinggal di Malaysia.

1415 | Album: Dear : X
Aku ndak kenal pun duo ini. Kalau ndak silap a debut album. Try dengar #Draw the line (walaupun lagunya macam ndak habis)

Nota tambahan: kadang-kadang ada yang pandang serong, 'yew, dengar kpop', 'peminat kpop'. Sebenarnya ia disebut korean song (macam lagu di Malaysia yang pelbagai genre, cuma ia dalam bahasa Korea). Kpop lebih kepada lagu oleh group idol. Lagu indie mereka disebut k-indie, bukan kpop. Diketawakan ya kalau lagu hip hop korea dipanggil kpop. Jadi don't judge. Sama macam orang yang dengar lagu English, Chinese, Japanese, Taiwanese...  globalisasi.

Ahad, 16 Julai 2017

Cerita pendek: bahagian empat

Semalam aku tidur tanpa perlu mendengar penjelasan Biccu. Salahku sendiri menyuruhnya bercerita. Biccu punya banyak koleksi cerita yang dikutipnya daripada warga kebun. Tapi kalau ada yang berkualiti mungkin satu dalam seribu. Memikirkan cerita ikan tilapia semalam, aku terasa bodoh untuk mempercayainya. Memangnya pada pendapatmu bagaimana? Masuk akal? Tidakkan? Entah dari siapalah dia ambil cerita itu.

"Si Kojo yang ceritakan aku".

"Selepas kau bubuh 'msg'?" (*cerita yang ditokok tambah seperti makanan ditambah perasa supaya menjadi sedap)

"Tidak satu kukurangi dan tiada kutambah. Persis diceritakan Kojo".

"Sudahlah" malas aku hendak lanjutkan.

Matahari sudah menampakkan diri di ufuk timur. Dada langit bertompok-tompok putih.

"Kenapa kau?"

Terdengar suara anak tuan bertanya. Tiada balasan.

"Kenapa kau?"

Soalan diulangi. Masih tiada jawapan.

"Aku dengar kau selalu dikejar sama bapamu. Dikejar lagi kau?"

Tiada jawapan.

"Pagi-pagi lagi kau dikejar. Apa pula salah yang kau lakukan hari ini sampai dikejar kau bapamu".

"Mamakku  yang kejar" akhirnya terdengar kata balasan. Ada gumam dibelakang ayatnya tapi tidak jelas butirnya.

"Pastilah ada sebabnya kenapa kau dikejar. Selalu pula itu". Potong anak tuan kami.

"Terlalu nakal kata mak bapanya". Tuan kami mencela sambil menuruni satu demi satu anak tangga.

"Kelmarin pagi-pagi begini kau berlegar-legar di jalan aku tengok. Dikejar, kau?"

Kelibat seorang kanak-kanak lelaki dalam lingkungan lapan tahun kelihatan berjalan canggung ke laman rumah.

Dia mengangguk,mengiyakan.

"Tidak penat kau selalu dikejar? Janganlah terlalu nakal, kasihan mamakmu." Nasihat anak tuan.

"Pernah bilang mamaknya dia tolak adiknya dari atas rumah. Bukankah itu ertinya nakal?" tuan kami beremosi.

Suasana renggang tadi menjadi sunyi. Cuma bunyi penyapu lidi tuan bergeser dengan tanah kedengaran.

"Ambil air susu satu kotak. Kau bagi sama dia" arah tuan kepada anaknya.

Anak tuan hilang dibalik pintu rumah sebentar. Kemudian, seperti yang disuruh, dia muncul bersama sekotak susu. Sambil duduk di anak tangga, ditatapnya kanak-kanak tadi yang sedang duduk di atas batu tepi rumah.

"Siapa namamu?" tanyanya.

"Isam".

Tapi anak tuan minta diulangi lagi kerna dia kurang jelas.

"ISAM" ulang anak itu dengan sekuat yang dia mampu.

"Nah, sini kau Isam, ambil ini" dihulurkan susu kotak.

Isam pun meluru masih lagi canggung seperti mula-mula tadi.

"Sesudah ini kau balik terus ke rumah. Jangan singgah di mana-mana. Memanglah kalau nakal akan dipukul sebagai pengajaran supaya kau tidak ulang lagi kesalahanmu. Faham kau?" tuan mencela.

Isam angguk cepat. Berlalu dia bersama susu kotak di tangan menuju ke rumahnya.

Jarang pemandangan itu disaksikan di kampung ini. Seorang anak dikejar ibubapanya kerana nakal atau sudah berbuat salah. Tapi tuan dan anaknya sudah biasa dengan pemandangan itu. Dahulu anaknya juga sering dikejar oleh arwah suaminya kerana begitu nakal.

Lain-lain orang lain cara mengajar anak. Tapi bagi orang-orang tua lama, mereka berpendapat bahawa tiap sesuatu harus dipukul/dihukum supaya bisa mendengar kata. Cuma bila dunia sudah mengenal erti human right dan psikologi, ibu bapa muda menggunakan cara lebih santai untuk mendidik anak mereka.

Sebaliknya tuan dan anaknya berpendapat lain. Hasil daripada didikan santai ini, sepertinya anak-anak lambat faham erti adab dan sopan. Kerana pendekatan ibu bapa yang lebih menjaga emosi anak-anaknya, ditegur sedikit sudah sensitif jiwa anak itu. Kalau  berkunjung ke rumah orang, mereka tidak mampu untuk mengawal tingkah anaknya kerana anak-anak sudah terbiasa dengan didikan santai. Itupun cuma sesekali mereka bersuara melarang. Selebihnya dibebaskan anaknya menjelajah rumah orang dikunjungi.

Zaman kanak-kanak anak tuan? Sebelum keluar rumah kalau hendak menuju ke mana-mana, sudah dihafal apa yang boleh dibuat apa yang tidak boleh dibuat. Apa yang kurang sopan apa yang kurang baik. Semasa di rumah orang, cubalah buat onar, mula-mula mata yang bertentang dengan mata mak akan berkelip-kelip takut. Pandangan tajam mak mengandungi seribu makna tersirat dan itu semua sudah dibacai dan dikhatam oleh anaknya. Kemudian dapatlah cubitan percuma yang tidak kurang pedisnya. Apabila pulang sampai dirumah, dipanggil lagi menghabisi sisa hukuman. Maka panjanglah penjelasannya. Dan seperti yang selalu dihighlihhtkan, 'jaga air muka ibubapamu'.

Kata Kojo, mungkin sudah adatnya orang-orang timur, terutamanya orang-orang di Sulawesi dan pulau-pulau sekitarnya, menghukum dengan tujuan memperbetul. Dahulu, masa mula-mula punya televisyen, kalau tuan mahu menonton selalu dia ada sediakan pemukul di tepinya. Apabila tv berkelip-kelip tidak mendapat siaran, mula-mula tv itu dipukul dengan tangan kosong. Kalau masih tidak mahu betul, diangkatnya pemukulnya, eh sekali tau takut tv itu, belum sampai pemukul sudah pulih siarannya.

Aku masa mula-mula mendengar cerita itu, aku fikir mereka (Kojo dan Biccu) bubuh 'msg'. Nasihatku, janganlah kamu percaya bulat-bulat. Tapi, kadang-kadang aku perasan juga kalau anak tuan itu masih punya sisa darah orang timur, kalau ada warga kebun yang berbuat salah, pasti diangkat tangannya. Baru-baru ini, aku sering mendengar kalau malam-malam anak-anak kucing dibawa masuk ke biliknya. Aku dengar, anak-anak kucing itu ditidurkan di bilik supaya tidak digigit nyamuk. Takut nanti dijangkiti penyakit bawaan nyamuk kalau dibiarkan tidur di luar rumah. Setiap malam itu jugalah aku dengar dia menggertak anak-anak kucing itu tidur. Yang ajaibnya, beberapa minit kemudian, anak kucing yang kacau itu semuanya senyap dan tidur sampailah dikejut pada jam 4:30 subuh supaya turun membuang air.
 
Tapi gunalah hukuman apa pun, ada satu komuniti yang tidak pandai bertamadun di kebun ini. Itulah komuniti kami, warga ayam. Kami ini seperti sudah buntu otak mahu belajar. Mahu berak merata, diusir sesaat kemudian datang lagi, dikejar hari ini, besok masih lagi dikejar. Tidak pernah habis kerja kalau kami yang mahu diawasi.

Boleh dibilang ayam yang masih ikut tradisi. Tidur di reban. Pagi-pagi keluar mencari rezeki sendiri dan petang nanti pulang semula ke reban. Ayam yang wujud sekarang, tidur mungkin di reban tapi bila siang dia menjaga gerak-geri tuannya. Sebab itu banyak yang berlegar-legar di halaman rumah dan bawah kolong. Tujuannya satu, menunggu 'disuapkan' makanan oleh tuan. Padahal dulu, kalaupun menunggu makanan pagi dari tuan, setelah diberi, bertebaranlah semua mengais rezeki. Tapi sekarang ini lain, sudah dibagi makan, tinggal santai di bawah kolong menunggu lagi makanan. Sambil menunggu berak. Jalan sikit berak. Penuh tahi ayam kolong tuan. Paling dahsyat ada yang sampai mengintai dapur tuan, mencari peluang mencuri makanannya keluarga si Kojo.

Kadang-kadang hasil buruan si Kojo seperti tikus pun mahu dirampasnya. Nasib juga anak-anak kucing sudah makin besar, digertaknya balik ayam-ayam itu yang terdiri daripada ibu dan bapa ayam.

Aku dan saudaraku boleh dibilang ayam kampung yang liar. Kami mencari rezeki sendiri tetapi tidak tidur di reban. Bukan kami sahaja, ada beberapa ayam lagi yang juga tidak menghuni reban.  Selalunya mereka juga mencari rezeki sendiri. Ada yang hinggap di dahan jambu, di dahan pohon sawit malah berlindung di bawah daun sawit kering seperti kami pun ada. Dari segi aspek keselamatan, aku pun tidak tahu mana yang lebih selamat. Sebetulnya tinggal di reban itulah yang lebih selamat tetapi kes akhir-akhir ini menunjukkan tahap keselamatan di reban semakin terancam. Ada sahaja pemangsa yang menyerang.

Mungkin reban akan aman kalau ia punya penjaga, sang anjing. Tapi tuan sudah lama tidak memelihara anjing. Kami akan terpaksa pindah kalau reban itu berpenjaga. Pastilah akan didesak untuk tinggal satu kawasan sahaja supaya mudah dikawal.

"Dekat saja kalian mengais hari ni?" Putih nombor satu menyapa.

Kami tidak mempeduli soalannya. Masih tekun mengais.

"Kelmarin ada anjing liar berkeliaran. Baru pertama kali aku lihat anjing itu, warna hitam" tambahnya lagi.

"Lebih baik kamu tidak pergi jauh selagi belum dibunuh anjing tersebut" Putih nombor dua menyampuk.

"Apa kau masih marah aku gonggong tempoh hari?"

Aku berhenti mengais. Aku pandang dua ekor anjing di depan mata kemudian berpaling ke Biccu.

"Malam-malam apa saja yang kamu gonggongkan? Kami mahu tidur pun susah" akhirnya Biccu bersuara tidak puas hati.

"Kamu tahukan, kalau kamu menyalak, satu kampung mendengar. Yang tidur akan bangkit berjaga. Kalau kau menyalak tiada henti bila pula kami dapat tidur?" sambungnya lagi.

"Oh, aku baru hendak khabarkan kau pasal itu" kata Putih satu mengejar kami yang beralih tempat mengais.

"Aku..."

Belum sempat dia menyambung kata, sebiji batu hampir mengenai badannya.

"Cis! Ada hati kau mahu makan anak ayamku? Sana kau. Shhhuh! Shuhhh!" pekik anak tuan kami.

Putih, dua-dua berlari terkejut dan duduk tidak jauh dari tempat kami berada. Satu lagi batu dilempar. Dilempar lagi. Dan lagi. Akhirnya mereka tidak punya pilihan melainkan berlari jauh sampai puas anak tuan kami tidak nampak bayang mereka.

Jumaat, 14 Julai 2017

Cerita pendek: bahagian tiga

Bila malam, tidur kami selayaknya dipanggil tidur-tidur ayam. Kalau siang kami sentiasa diburu anjing dan kadang-kadang biawak. Kalau malam kami menjadi buruan sang musang pula.

Musang adalah pemangsa licik. Bukan kami tidak hati-hati tapi sesaat kami melupakan kewujudannya, maka masa itu jugalah dia muncul. Ada seekor ibu ayam coklat yang sering jadi sasarannya.  Kali pertama diserang, ibu ayam itu terpaksa mengorbankan sayap kirinya demi menyelamatkan nyawanya. Ternyata bukan sahaja mangsa yang sentiasa ingat kepada pemangsa. Dendam pemangsa mana mungkin pernah terlupakan, egonya tercabar. Kalau saja sang musang punya peluang, ibu ayam itu juga yang dikejarnya. Belum sembuh luka ibu ayam, tambah lagi luka baru. Aku fikir sang musang mensasarkan sayap kanannya pula. Sengaja dia mahu menyiksa ibu ayam itu.

Setelah kian lama sesi kejar-buru itu, akhirnya ibu ayam pun mati mengejut pada suatu subuh. Berdasarkan buah mulut warga reban, aku dengar ibu ayam tadi tidak dapat lagi menahan luka yang tidak pernah sembuh malah bertambah dari hari ke hari. Badannya sudah berulat besar-besar.

Apa mungkin perasaan musang itu sekarang? Adakah dia sudah puas hati kerna ibu ayam itu sudah mati atau adakah dia sedar kerjaannya menjadi sia-sia. Semenjak peristiwa dia terlepas buruannya hidup-hidup tersebar ke warga kampung, kerjaannya cuma memburu dan menyiksa ibu ayam itu. Aku fikir, dia pun sudah kekurangan tenaga akibat tiada masa untuk berburu makanan. Akhirnya, tidak juga dia dapat merasa daging ibu ayam itu, bangkai saja yang tersisa.

"Malulah dia dapat" kata Biccu suatu petang tatkala kami bercerita perihal musang itu.

"Kasihan" kataku ikhlas.

"Janganlah kau risaukan si musang. Kalau dia punya keluarga, dia move on juga tu".

"Sudah lama dia tidak mengunjungi reban, mati mungkin dia tiada makanan".

Biccu senyap saja. Dia pandang mukaku lalu beralih ke sayap kiriku.

"Gila kau, Biccu!"

"Kalau kau kasihan sama si musang, pigilah sana sedekahkan sayapmu".

Mengingatkan dialog itu, aku mendengus marah. Aku bercadang hendak keluar rumah menghirup udara malam. Baru sahaja aku mengangkat kaki, Biccu mencela.

"Hati-hati bersemuka musang" pesannya memerli.

"Nanti ku tunjukkan rumah ini. Ada sayap lebih besar dari aku punya" kataku meloloskan diri dalam pekat malam.

Sunyi sepi kampung ini saat malam menjelma. Rumahnya jarang-jarang, satu kebun satu buah. Kalau masuk waktu maghrib, penduduk cepat-cepat tutup pintu dan duduk diam di dalam rumah. Sekitar lapan malam atau selepas isyak, ramai yang sudah lena dibuai mimpi.

Kamilah, warga haiwan bersahut-sahutan yang kedengaran di tengah hutan sawit ini. Sang anjing yang paling galak. Ada sahaja yang hendak dionarkan. Pernah suatu malam, Dandi dan Bagong berkunjung ke rumah tuan. Anjing mereka, si Putih dua saudara pun ada ikut sama. Waktu itu aku keluar menghirup udara malam sama seperti keadaan aku sekarang ini. Ketika berjalan dalam gelap, aku terpijak daun kering, eh sekali aku digonggongnya juga. Sebab itu warga haiwan selalu mengatakan bahawa haiwan paling setia adalah anjing tapi dia juga yang paling banyak curiganya. Kita sama-sama penduduk, sudah kenal lama pun digonggongnya.

Cit..cit..cit...

Cit....cit.....cit......

Suara berdecit itu semakin jauh dari pendengaran. Aku pun bersegera mengangkat kaki pulang ke rumah.

"Pucat kau. Dikejar musang?" Aju Biccu sambil matanya melilau di sekitarku.

"Bukan".

"Buat salah apa kau?"

"Bukan".

"Sudahlah. Tidur lagi bagus".

"Sang tedung menyerang keluarga tikus itu lagi. Baru saja aku mendengar suara decitannya" beritahuku.

"Sudah lama si Kojo memberi amaran ke keluarga tikus tepi kelapa sawit itu. Tapi mereka berkeras mahu tetap tinggal di situ. Sepatutnya sudah lama dia menjadi makanan anak-anak si Kojo tapi si Kojo ingat lagi pesan ibunya bahawa, 'berburulah jauh dari rumah. Jaga muafakatmu dengan komuniti terdekat'. Mereka fikir sang tedung itu peduli ertinya kejiranan?" kata Biccu.

"Bukan sang tedung saja, si Bolong pun sudah lama mengintai peluang. Dua hari lepas, seekor tikus dewasa ditangkapnya kerana kedapatan mencuri di rumah tuan. Kata si Bolong, kalau bukan kata-kata si Kojo didengar sudah lama dia menyerang keluarga tikus itu" aku menambah.

Akibat mengejar untung, mereka mengorbankan diri sendiri. Keluarga tikus itu baru sahaja berpindah rumah ke pokok sawit tepi rumah tuan. Lumayan kata mereka sebab bisa ulang-alik ke rumah tuan mencuri barang. Padahal dahulu datuk neneknya juga tinggal di situ tetapi berpindah setelah diberi amaran oleh ibu si Kojo. Mereka mengambil mudah amaran yang diberi. Sekarang menunggu masa keluarga itu pupus angkara ketamakan sendiri.

Dari jauh aku lihat anak-anak kucing sedang rancak berlari-lari di bawah kolong rumah. Si Kojo dan si Bolong duduk di tangga belakang rumah sedang memerhati. Aku jadi rindu pada ibu dan saudaraku yang lain. Kami tidak pernah merasai saat manis itu kerana hidup kami lain ceritanya. Saudaraku yang ramai hilang satu persatu. Ada yang tewas dengan penyakit dan tidak kurang juga menjadi mangsa buruan anjing dan musang. Bilangan kami tinggal tiga, aku, Biccu dan ibu. Tapi tempohnya tidak lama apabila ibu pula pergi secara tiba-tiba pada suatu hari. Kami ada menyaksikan sampai nafas terakhirnya. Kami tidak tahu hendak berbuat apa cuma tahu berciap menangis. Jasad ibu dikubur oleh tuan dan kami kembali ke rumah ini. Tempat ibu terkujur, kami berehat. Bekas hangat ibu sudah dingin dan kami semakin rindu.

"Biccu".

"Apa?".

"Berceritalah kau".

"Suatu ketika dahulu, tuan ada memelihara berpuluh ekor ikan tilapia. Tetapi semuanya habis dimakan ikan keli kecuali satu. Ia kemudiannya dipindahkan ke kolam kecil di bilik air yang di rumah. Tuan sudah merancang hendak memindahkannya ke kolam yang baru dikorek di tengah kebun sawit itu. Tetapi belum sempat berbuat demikian ikan tilapia hilang dari kolam di atas rumah".

"Dimakan oleh kucing maksud kau?"

Biccu menggeleng.

"Digoreng oleh tuan?"

Biccu menggeleng.

"Rupa-rupanya dia melompat ke mangkuk tandas yang berhadapan dengan kolam tersebut".

"Yakin kau?".

"Iya. Tuan pun berfikir bagaimana caranya untuk menangkap ikan tersebut. Setelah puas bermundar-mandir, dia pun memutuskan untuk menangkap bulat-bulat pakai tangan. Tapi..."

"Tapi, kenapa? Si Mok tangkap?" dugaku.

Menggeleng.

"Ditelannya sudah?" asakku.

Menggeleng.

"Tiada siapa yang tahu ke mana ikan itu pergi. Tapi besar kemungkinan dia berenang di sepanjang paip" jawab Biccu dengan nada yakin.

"Maksudmu dia ke lubang kumbahan?"

"Iya."

"Bodoh. Dua-dua bodoh. Ceritamu dan ikan itu" kritikku.

"Cuba kau bayangkan kalau kau adalah ikan itu. Kau bernasib baik selamat daripada menjadi makanan ikan keli yang rakus. Kemudian kau mendapat rumah baru tetapi tidak dapat makan kerana kolam itu rupanya untuk kegunaan seharian. Kadang-kadang air sabun, ubat gigi malah bekas minyak yang melekat di gayung pula memenuhi permukaan air. Kau dengar ada kolam baru lebih besar sudah dikorek. Kau adalah residen pertama. Tapi kau tidak mahu tertipu lagi jadi kau malah memilih untuk mencari erti hidup sendiri. Kau pun melompat tinggi dan terlihat kolam kecil berwarna putih. Kau pun melompat terjun. Tapi tuan melihat kau di situ lalu kau pun mencari jalan untuk boloskan diri. Kau lihat ada saliran paip berair di bawah kolam kecil itu. Kau pun lantas berenang. Rupa-rupanya kau tertipu dengan angan-angan sendiri. Ketemu sama taik!"

"Cis, tidur kau Kecik!"