Ahad, 29 April 2012

the moon that embrance the sun

Assalamualaikum w.b.t.
Pertama sekali saya mohon apologi seandainya ada yang tersasar kemari kerana tajuk drama di atas. Saya hanya ingin memetik beberapa 'dialog' dalam drama ini yang berjaya menarik perhatian saya. Secara terus-terang, saya tertarik untuk melihat drama ini kerana parody yang dibuat oleh kumpulan 2PM. Melihat 'kenakalan' mereka saya terpanggil untuk melihat sendiri jalan cerita ini. Keduanya, saya amat meminati cerita historikal, meskipun sedikit kecewa kerana drama ini hanya memainkan waktu Joseon, tanpa fakta sejarah, hanya sekadar cerita rekaan.

Seperti yang saya nyatakan tadi, saya tidak akan menceritakan sinopsis dari A sampai Z, saya hanya akan memetik beberapa 'petikan'. Bahagian yang paling saya minati dalam drama ini adalah semasa Prince Crown, Lee Hwon (15)  mendapat tutor baru, Heo Yeom (17). Lee Hwon berpendapat bahawa Heo Yeom terlalu muda untuk menjadi tutornya. Atas nasihat adiknya, Heo Yeom membuat deal dengan memberikan riddle kepada Lee Hwon dengan taruhan seandainya Lee Hwon gagal menjawab dengan tepat, Lee Hwon harus menerimanya sebagai tutor. Riddle tersebut berbunyi begini:

"It is something that can light up the darkness in a moment. It is something that can bring the light into darkness in a moment."

Ketika Lee Hwon berusaha mencari jawapan tersebut, adiknya datang mencela dan bertanyakan hal yang sedang berlaku.(adiknya agak hairan kerana abangnya bersungguh membaca buku (banyak buku) ) Apabila mendengar riddle tersebut, adiknya lantas menjawab jawapannya :EYELIDS.

Mendengar sahaja jawapan tersebut, Lee Hwon mencebik kerana memikirkan pemikiran adiknya yang kebudak-budakan. Keesokannya, Lee Hwon pun menjawab soalan tersebut dengan jawapan : Monarch's Politics. Ternyata jawapan yang diberikan adalah SALAH. Jawapan yang sebenar adalah EYELIDS.

Lee Hwon berasa diperbodohkan kerana soalan tersebut mempunyai jawapan yang agak kebudak-budakan dan unsur gurauan, seperti pemikiran adiknya. Lantas Heo Yeom berkata:
"When you look at it from the eyes of a child, the entire world can become a problem, and the entire world can become the answer. The are two important things learning. One is you have to lose the arrogance that you know the answer to everything. And the other is answering the questions from you pride and bias. That pride and bias is making Your Highness eyes,heart, and everything dark."

"You said Monarch's politics.That is absolutely correct.But having your eyelids crossed tightly, how are you going to observe the citizens' well-being? How are you going to become king? "

Pendekkan cerita, akhirnya Lee Hwon mengalah dan mengakui kesalahannya. Dia juga berjanji akan belajar bersungguh-sungguh.

Rasanya, tak perlu saya sertakan pengajaran disebalik 'petikan' ini, anda di luar sana tentu dapat mengagak apa yang cuba saya sampaikan.

-saya tulis dialog tersebut dalam terjemahan English, kerana saya jamin, kalau saya tulis dalam Korean tentu anda tidak memahaminya, dan saya tidak menulisnya dalam bahasa Melayu kerana saya tidak ingin maksud yang disampaikan tersasar. Tambah lagi, keterbatasan 'bahasa' saya.

Isnin, 16 April 2012

Lif rosak...

Assalamualaikum w.b.t.

Tepat 8:30 pagi, saya masih berlegar di koridar level 1, memandang betapa ramainya sedang menanti di hadapan lif.

Seperti biasa, tangga merupakan laluan utama saya pada setiap pagi. Tiba di tingkat 4, mata saya terus tertumpu ke arah lif yang terbuka luas.. Lif rosak lagi! Saya memandang ke bawah, hajat di hati hendak memberi informasi tersebut, tetapi nampaknya mereka telah beredar, naik tangga kali ya. (pastilah)

Tapi uniknya lif ini, ia masih berfungsi, asalkan ada orang yang menggunakannya untuk ke bawah. Oleh itu, orang yang menanti kat bawah, boleh naik ke atas. ehmmm.. anda faham apa yang saya maksudkan? Saya terangkan lebih lanjut, lif tersebut rosak kat tingkat 4 di mana apabila tak ada orang yang turun ke bawah, ia tak boleh turun dengan sendiri. Jadi,  orang kat bawah, kalau nak naik ke atas, kena tengok ke atas dulu, ada orang ke tak nak turun. Nasib juga lif ni kat kawasan terbuka, bolehlah jenguk-jenguk kat atas.

Ya, teman... lif rosak ni dianalogikan seumpama kehidupan kita. Kalau kita nak berada di atas, kita kena belajar 'turun' ke bawah dahulu. Maksud saya, kita takkan mengenal erti kejayaan seandainya kita tak mengenal kegagalan itu sendiri. Dalam kita menanti untuk naik ke atas, bukannya mudah. Adakalanya terpaksa menunggu lama. Malahan, ada yang terpaksa berusaha keras dengan 'memanjat tangga'. Berdasarkan lif ini juga,  dapat saya lihat betapa senangya hendak 'turun' tetapi untuk 'naik' amat payah. Ramai yang bercita-cita tinggi tapi takut untuk jatuh. Sedangkan 'jatuh' itulah yang mengajar kita untuk naik ke atas. Ucapkanlah terima kasih pada kegagalan kerana ia dapat membina anda untuk menjadi seorang yang bercita-cita. Ramai yang beranggapan bahawa mereka tidak ingin jatuh lagi kerana ia amat menyakitkan tetapi sedarkah kita masa kini, berapa ramai yang dapat melepasi ujian 'kesusahan' berbanding mereka yang berada di atas? Oleh itu, seandainya kita diuji, janganlah mudah berputus asa. Sesungguhnya ALLAH takkan menguji hambaNya diluar kemampuan mereka.

Bukan saya menyamakan lif dengan kehidupan kita, kerana sesungguhnya amat jelaslah bezanya pencipta keduanya.. cuma mengambil sedikit ikhtibar. Mudah-mudahan hati yang remuk ini bisa terubati, pandanglah sekeliling, banyak benda yang dapat kita pelajari. ^_^

Sabtu, 14 April 2012

misi

Assalamualakum warahmatullahi wabarakatuh...

Pertama sekali, saya ingin memohon maaf andai penulisan saya kali ini agak keterlaluan dan mungkin juga agak 'keduniaan'. Izinkan saya untuk 'melepaskan' perasaan 'tidak senang hati' yang sekian lama bertapak di lubuk hati saya. Kenal apa itu k-pop? Jika tidak, saya merayu pada anda untuk meninggalkan entri ini tanpa perlu menghabiskan bacaan anda. Bukan beerti anda tak mengenalnya lantas saya 'mengusir' anda daripada entri ini, tetapi saya hanya ingin menjaga 'pengetahuan' dan 'deria' anda daripada perihalnya. Sungguh saya amat 'mengagumi' pendirian anda untuk tidak 'mengambil tahu akannya'. Anda hero dan heroin era moderen ini!

Kepada anda, mungkin kategori 'peminat mereka', seandainya tidak ingin mendengar khabar yang tidak elok mengenai 'artis korang', juga tolong tinggalkan blog saya ini. Saya hanya ingin berbicara kepada mereka yang dapat menerima sesuatu pendapat dan fikirkanlah betul salahnya. Saya tampil di sini bukan untuk menjatuhkan reputasi sesuatu pihak, cuma ingin membawa minda anda yang mungkin tidak sedar akan 'cerita' disebalik semua ini.

Tidak perlu saya nyatakan terang-terang mana kumpulan yang terlibat tetapi saya juga merasakan anda di luar sana juga sedar akan situasi 'boneka' dalam industri k-pop kini. Terbaru, mereka mencuba untuk memasuki 'pasaran negara yang mempunyai populasi tertinggi'. Bayangkan andai misi ini berjaya,  mereka dapat memecahkan pasaran yang paling sukar untuk ditembusi dan sekaligus mengaut keuntungan yang berlipat-ganda. Malah, misi pendukung kuat mereka juga dapat disebar. Ramai yang membalas, ini merupakan kenyataan yang 'tidak siuman'. Tanpa memikir panjang, sesiapa yang menjadi pengikut merekalah sebenarnya yang menjadi 'tidak siuman' angkara menerima sahaja tiap yang 'dihidangkan' di telinga, asal sedap dek di pendengaran.

Kalian, mereka yang megah di atas pentas... juga manusia biasa seperti kita. Bezanya, mereka ada kuasa di pentas. Ada diantara mereka yang terpaksa melaksanakan misi tersebut (bukan saya hendak memadang rendah) mungkin disebabkan faktor ekonomi, ingin hidup mewah ,populariti atau apa sahaja. Malah mungkin tidak keterlaluan untuk saya katakan di sini, mungkin juga mereka sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang mereka lakukan, segala aspek: koreografi, solekan, pakaian, simbol dan latar belakang. Kesemuanya dibawah kuasa pihak agensi. Agensi yang hanya tahu mengaut keuntungan!

Sayangnya, tidak ramai yang mahu terima kenyataan ini kerana amat 'mengagumi' mereka. Kalian, siapa mereka? Idola? Ya, benar mereka adalah 'idola' anda. (Sila semak makna sebenar idola). Hakikatnya, tiada siapa boleh menjadi idola kita,sama sekali tidak ada!.Sekali lagi, anda benar menginginkan seorang 'idola' dalam hidup anda? (maaf andai bahasa ini agak kasar)

Kehadiran saya di sini bukanlah untuk membuka lembaran 'ini tidak boleh', 'ini tidak boleh'.. 'ini tidak boleh'.. kerana itu saya ingin anda bersama untuk memikirkan bersama sejauh mana 'boleh' kita telusuri arena muzik k-pop. Saya amat dikenali dalam kalangan rakan-rakan sebagai 'pendengar k-pop'. Dalam hati saya ada seribu macam pergolakan. Ya, saya mendengar muzik-muzik mereka. Tidak, saya menolak misi yang mereka jalankan. Kesimpulannya, mudah. Saya melarikan diri daripada muzik barat setelah mendapati terlalu kurang siuman muzik yang dibawakan. Saya memasuki muzik k-pop, kurang siuman itu juga telah bertapak. Alangkah kasihan, sebenarnya barat dan Korea itu ada bezanya, baik dari segi masyarakatnya, budaya dan identitinya. Namun, nyatanya kini, ia serupa. Siapa tiru siapa? Siapa boneka?

Banyak yang berkata, 'rileks la..', 'chill arh', mana mungkin hanya sekadar muzik menyesatkan kita. Alahai, kasihan ya... terlalu butakah kita? Bukankah tiap kata itu adalah doa?

Mungkin, hari ini 'misi' tersebut tidak berjaya memperdaya kita, tapi bagaimana dengan generasi  akan datang?  Sekebal kitakah pendiriannya? Secerdik kitakah akalnya? Tolong, tolong beritakan 'misi' ini agar nanti tiada siapa yang menjadi 'katak dibawah tempurung'. Tolong, tolong beritakan 'berjaga-jaga' agar nanti tiada siapa menjadi 'boneka'.

(maaf, mungkin bahasa saya terlalu sukar untuk difahami)
sekadar gambar hiasan...
 Kalian, aku menulis berdasarkan apa yang aku lihat, dengar dan fikirkan, ini pendapatku.Terlalu kurang informasi dan keterbatasan ilmuku menyebabkan aku hanya bisa mengeluarkan kata-kata ini.

Jumaat, 13 April 2012

Terbang tinggi

Assalamualaikum w.b.t.
Usai sudah satu test, bakal menyusul 2 lagi test pada minggu akan datang. Semalam, mood untuk ulangkaji diganggu oleh mood untuk melukis. Selalu begitu. Mungkin acapkali saya melepaskan stress dengan melukis akhirnya menjadi satu habit.

maaf, watak figura ini agak 'seksi' pemakaiannya..



Ini merupakan kali pertama saya menyempurnakan fizikal lukisan saya. Sebelum ni hanya kepala dan setengah badan sahaja.. Sejujurnya, saya teringin sangat melukis watak aksi seperti dalam kartun Conan, Naruto, Bleach, Fullmetal alchemist dan One piece. Belum rezeki saya agaknya, ya?

Atas saranan seorang sahabat, maka kali ini ingin saya bawakan anda bersama kisah saya pada hari ini. Cerita yang hanya memakan masa hampir setengah jam. Selesai urusan mengeluarkan wang dengan Encik Mesin ATM, ringan saja langkahan kaki kami ( saya dan seorang rakan, Lotus Huda) ke satu sudut bangunan Kuliyyah Ekonomi. Tika itulah, mata kami tertumpu pada satu jasad kecil. Kelihatannya, 'ia' menahan sakit yang amat. Kasihan! Tanpa mempedulikan pandangan insan yang lalu lalang, kami mencuba untuk mendekati jasad itu.

Hemat kami, dia kehausan (dahaga). Membasahkan paruhnya dengan air ternyata tidak memberikan apa-apa respon. Tetapi setelah beberapa detik, setelah tangan kasar  Ini 'mengacau-ngacau' badannya yang comel itu, akhirnya dia bergerak sikit demi sikit. Ya, dia memberi respon. Mulanya, Lotus Huda mencadangkan untuk menghantarnya ke klinik Universiti yang agak jauh juga daripada tempat kami berada ketika itu. Jujur, saya dalam keadaan 50-50. Tetapi memikirkan nasib 'makhluk' kerdil itu, mahu tak mahu, kena 'angkut' juga la...

Ketika itu, kami sendiri tidak pasti sama ada pihak klinik nak tolong ke tak. Macam tak pernah dibuat oleh orang lain bah pula...kan bagus kalau UIA ni ada  klinik Haiwan sekali, tak la rasa janggal. Satu, dua.. tiga kali saya mencuba untuk mendekatinya lagi..ternyata ia lebih pantas daripada saya. Sudah aktif rupanya! Alhamdulillah. Lompat,lompat,lompat dan lompat... akhirnya kami mengalah ia pasti telah pulih meskipun kelihatan tidak mampu lagi untuk terbang.
 

 Merenung kembali situasi tadi, burung tersebut boleh dianalogikan sebagai diri kita yang adakalanya putus harapan, kekecewaan, kesedihan dan kemurungan. Sedarilah, kita tak bersendirian. Meskipun, ada mata yang memandang tapi tak mempeduli, yakinlah di lain waktu pasti ada yang bersedia untuk membantu kita. Mungkin, kehadirannya  tidak kita senangi. Ya, mungkin saja kehadiran saya dan rakan saya tadi di hadapan burung tersebut tidak disenanginya, tetapi kerana 'tekanan' tersebutlah ia mampu untuk bergerak aktif semula. Usah ditanya kenapa sering kali saja kita didatangangi insan-insan yang menyakitkan hati atau tidak dikehendaki, mungkin disebalik itu mereka membantu kita. Berterima kasihlah atas kehadiran itu. Apa gunanya mengharapkan kehadiran mereka yang tidak mungkin  muncul dalam kamus hidup kita, sedangkan ada yang berada di hadapan walaupun tidak dipinta. Teman, cukuplah ALLAH hadirkan mereka yang dapat membantu kita 'meneruskan' perjalanan hidup, bukan bermakna 'meneruskan' itu dengan cara yang manis sahaja, asalkan kita tidak berhenti dipertengahan sudah memadai.

Saya amat berterima kasih pada anda... ya anda yang mungkin banyak melukakan hati saya... kerana mengenali anda saya belajar untuk keluar daripada 'kawasan' ini. Biarlah hari ini menjadi sejarah pertemuan kita, sejarah bermakna tiada lagi yang kedua kali pertemuan. Seandainya ada, maka biarlah saat itu saya telah mulai menyenangi kehadiran anda. ^_^

Wahai sang sayap, teruslah terbang ke dada langit. Tebarkan pelepah kecilmu itu, buktikan pada dunia, tiada yang menjadi mustahil. Mungkin hujan melecunkan kebolehanmu, terntaya itulah hikmahnya kejadian mentari. Wahai teman, yakinlah kita juga punya sayap dan mentari.

(credit: Sahabatku, Lotus Huda,unggas mata merah& aku, si penulis cerita)

Rabu, 11 April 2012

buat sang hati..

Assalamualaikum w.b.t.

Mata saya asyik menjamah informasi berkenaan gempa bumi di laman muka buku sejak petang tadi. Sambil- sambil itu, saya bertegur sapa dengan seorang 'dongsaeng' dari Vietnam. Dia menyatakan negaranya juga berlaku hal yang sama. Ikutkan kata hati, hendak saja saya meneruskan perbualan, tetapi saya hanya sempat meninggalkan pesan untuk test yang bakal di dudukinya esok. Fighting,naa! Saya jadi tidak keruan tiap kali mendengar dentuman yang kuat di dada langit. Seakan-akan bila-bila masa saja ia akan hancur menjadi kepingan.La hawla wa la quwwata illa billah.

Semalam saya mendengar ada tangisan sayu di satu sudut hati saya. Bagaimana hendak saya tenangkannya? Gusar andai tangisan itu tidak mampu untuk saya hapuskan. Menangislah wahai kasih andai itu yang mampu menenangkanmu. Sayup kedengaran suaranya, merintih melalui lorong-lorong perit ini. Katanya lagi, bimbang andai tidak ketemu penghujung lorong ini. Saya memandang diri saya sejenak. Jujur, luruh keberanian saya. Sebelum ini, baru beberapa hari yang lalu, dia bisikkan kata-kata yang dapat membina keyakinan saya agar jauh daripada berputus asa. Tapi kini... ujian apa ini, kasih?

Terus-terang, semenjak saya memijakkan kaki di daerah ini, hati saya sering tertanya-tanya, kenapa saya berada di sini? Apabila saya melihat satu-satu bekas langkahan saya, ternyata saya berada di sini atas permintaan saya suatu ketika dulu. Masih jelas bekas tapak kaki itu meski sudah hampir 7 tahun saya lalui. Saya meminta untuk ditempatkan di sini. Saya melihat figura seorang pelajar yang tekun menelaah pelajaran sehingga lewat malam. Menghafal tiap kata meskipun adakalanya dia sendiri tidak pasti apa yang dihafalnya, asalkan ia dapat digunakan ketika menjawap soalan kelak. Tiba suatu saat dia jatuh, dia terluka, tetapi digagahkan juga kaki untuk terus melangkah. Apa yang dia tahu, dihadapan ada cita-cita yang menanti. Sayangnya, setelah keluar dari lorong itu kini dia berhadapan dengan lorong baru pula. Lorong itu, tempat saya berada sekarang, kerana figura itu adalah saya!

Berbalik mengenang diari lalu, saya bukan pelajar dalam kategori pandai. Saya cuma ada impian. Impian itulah yang membuatkan saya rajin untuk berusaha. Setelah sampai ke tahap ini, sekali lagi saya diuji. Saya sendiri tidak tahu adakah saya mampu untuk hadapinya, amanah yang dipertanggungjawabkan. Lebih-lebih lagi hati saya yang satu itu dilanda kesedihan.

"Ya ALLAH, berikan ketenangan buat hati itu...hamba bimbang andai sudah tidak mampu lagi untuk terus bertahan.  Sesungguhnya, bersamanya mengingatkanku akan Kasih dan sayangMu. Betapa aku beruntung punya sahabat sepertinya..alhamdulillah..."

Tabahlah wahai kasih, jalan di hadapan masih jauh, mana mungkin kita berhenti di trek permulaan ini. Bagaimana bunga-bunga impian kita? Biarkan ia layu ? Tegakah kita menghancurkan sepohon pokok andai kita adalah akar? Ayuh bersama kita suburkan pohon ini dengan dedaun yang kehijauan, buah yang lebat dan bunga yang mekar. Selagi kita mencengkam tanahNya, nutrien yang dibekalkan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan yang ABADI.

kembalilah seperti mana dirimu yang ku kenali dulu, sahabatku .. ^^ ..


Selasa, 10 April 2012

hitam putih, putih hitam

Assalamualaikum w.b.t.

Sudah lama tidak singgah berbicara di sini. Inilah diri saya. Adakalanya, terlalu banyak cerita hendak dikisahkan tetapi adakalanya juga terpaksa disembunyikan. Saya mencuba untuk mengehadkan 'keluhan' dan 'luahan' di alam maya ini. Kerana niat sebenar saya berada di sini  hanyalah untuk berkongsi kisah di mana mungkin suatu ketika nanti dapat anda di luar sana aplikasikan.

Hendak saya terangkan tapi tiada cara yang terbaik... maka hanya inilah otak saya dapat 'muntahkan'. Kepada anda di luar sana... andai benar ia hitam, katalah hitam. Andai ia adalah putih, katalah ia putih. Jangan yang hitam dikata putih, dan jangan pula putih anda kata merah. Berkata benarlah walaupun ia pahit. Saya juga tidak tahu mengapa, tetapi adakalanya kita terpaksa berkata putih apabila ia adalah hitam. Menjaga hati? Itu bukan menjaga hati,menyakitkan hati adalah! Maaf andai bahasa ini kasar.

Sejujurnya, jujurkanlah atau ikhlaskanlah hati andai anda sudah tekad untuk berkata putih itu adalah hitam. Lenyapkanlah segala keluhan dan ketidakpuasaan kerana sesungguhnya, itu yang terluncur daripada mulut anda! Saya amat hairan dan pelik, masih ada yang mempersoalkan perihal warna itu sedangkan sudah dikatakan bahawa tidak ada apa-apa. 'No hal lah!', 'No problem lah!'

Sudah menjadi kebiasaan, kita menyoal sebanyak tiga kali! Anda yang lain pasti setuju dengan saya, bukan? Kerana kita inginkan jawapan yang sahih. Malah berulang-ulang kali! Kita mahukan kepastian! Setiap kali itu jugalah, jawapannya, putih adalah hitam....!

Persoalannya, sekarang...kenapa masih diungkit lagi? Hendak membalas dendam? Mencari posisi untuk mengenakan balik? Untuk apa? *ketawa dalam keadaan senyum sinis* Andai itu tujuan anda, takde kerja lain ke,hah? Saya dan dia juga punya perasaan, kami penuh dengan perasaan serba salah. Kami akui kekhilafan kami. Tetapi inikah balasan bagi tiap kebenaran itu? Kami bukanlah insan-insan yang tidak tahu bertanggungjawab, kami juga mampu untuk mengembalikan keadaan seperti yang asal. Putih adalah putih!

Kepada awak, ya awak yang mungkin tersinggah di blog saya ini... sedarilah, baru sedikit perjalanan, awak telah mula keliru. Keliru dalam ketidakmatangan. Hatta kanak-kanak sendiri tahu, melupakan mereka yang berbuat jahat  dan terus berbaik. Anda kategori mana?

Mungkin, bagi awak, benda dunia ini adalah aset untuk melukakan atau mencalarkan hati orang lain, tetapi bagi kami, kejujuran dan keikhlasan awaklah menjadi taruhan. Bandingan benda dunia tu dengan kejujuran awak adalah seumpama planet Pluto yang jauh daripada cahaya matahari. Sedikit pun tidak menyentuh permukaannya.

Anologi yang saya gunakan mungkin tak dapat dihadam satu-satu oleh si pelaku (mungkin awak) tetapi andai ada yang merasakan seperti pernah melalui kisah yang sama, anda hanya ada 2 pilihan. Sama ada berkata jujur bahawa  putih adalah putih, ataupun ikhlaskan hati setelah memilih putih adalah hitam. Mungkin, pada awal-awalnya, saya atau pun orang yang berkenaan sakit hati, kecewa, kecil hati...tetapi setidak-tidaknya, kami tidak terbelenggu dengan perasaan 'serba salah' sepanjang hidup. Kerana kami tidak mahu bergelar insan yang 'berhutang' walaupun sedikit,bukankah hari pembalasan itu, perhitungannya tiada yang tersembunyi?

Sabtu, 7 April 2012

Risau

Assalamualaikum w.b.t.

April, mengapa cepat benar waktu berlalu? Sedangkan aku masih di sini, tidak kemana. Semakin ku fikir, semakin ku keliru. Inikah laluan yang bakal ku lalui sekali lagi? Sekali lagi?
Aku takut untuk merancang kronologi hidup, biar ia tergaris sendiri. Di situ aku telusuri. Kasihan! Tapi inilah diriku kini. Penuh kekecewaan, kehampaan, dan putus asa. Berlarutankah nanti?
Demi mereka yang menyayangiku, aku masih berdiri di sni, tetapi aku masih perlukan lebih lagi untuk membuat aku gagah berjalan ke hadapan. Itu 'angan kosong'.

Pernah sekali aku luahkan dalam keadaan hati menangis, meski tangisannya tak didengari. Ya, benar katamu kawan. Apa matlamat kita hidup? Terima kasih, akhirnya bibirku tersenyum mendengar nasihatmu walaupun hatiku tidak.

Apabila ku renung seketika, membuka helaian kehidupan semalam, jauh kaki melangkah, semudah inikah aku ingin mengalah?

Apabila ku buka helaian baru, pena ditangan kaku, apa agaknya ingin ku tulis? Misteri. Kosong. Aku takut. Rupanya, perjalanan masih panjang, perjuangan baru bermula.

Andai kau fahami, tiap detik ber'tik'-'tok', 'tik-'tok'... ingin saja ku pejamkan mata, melupakan waktu yang berlalu sedetik demi sedetik. Sungguh kesunyian ini membunuhku.

but,

everything happens for a reason... i will be okey. InsyaALLAH. 

Khamis, 5 April 2012

Maaf

Assalamualaikum w.b.t

Bertemu lagi di ruang maya ini. Saudara/i pembaca, apa khabar agaknya iman kita hari ini? Mudah-mudahan 'sihat walafiat' ya,InsyaALLAH. Berbeza situasi dengan blogger lain, saya bukan tidak punya waktu lapang  tetapi tidak punya idea yang bernas. Almaklum, segala kata yang tercatat di blog ini adalah tanggungjawab saya pada hari pengadilan. Kerana itu, anda di luar sana, bukan sahaja sekadar membaca tetapi berhak untuk menegur salah,silap dan terlanjur kata saya.

Cuti pertengahan semester sudah berlalu. Saya hanya menghabiskan waktu seminggu itu di ruang kecil bilik ini. Motifnya, mencari erti hidup. Tapi nyatanya belum ketemu jawapan. (tersenyum) Sedikit waktu pula saya luangkan bersama 2 orang sahabat, Suhi dan Man. Terima kasih kerana kehadiran kalian disaat itu mengingatkan saya akan laman sekolah 2 tahun lalu. Sungguh, ada tangisan kerinduan di tabir mata ini.

Jazakumullahhu khair kepada sahabatku dari UM, As & Miza (asif andai salah eja) kerana sudi bertandang ke mari. Maaf, tidak dapat melayani kalian seperti yang sepatutnya, minggu ini saya benar-benar masyghul. InsyaALLAH akan datang, kita pasti bertemu lagi.

Ya, kawan... kali ini saya ingin berbicara mengenai 'adik angkat'. Adik angkat saya. Sebetulnya, zaman sekolah menengah saya (form4-5) penuh dengan duri-duri remaja. Kegilaan 'berangkat-angkat' suatu kelaziman tika ini. Hadir ke sekolah kadang-kadang semata nak tengok adik angkat, tulis surat, dan bertukar-tukar hadiah. Arghhh.. seandainya dapat saya kembali ke detik itu, akan saya pastikan 'dia' mungkin juga 'mereka' berada di belakang saya saat ini. Maaf, saya bukanlah 'kakak angkat' yang baik. Malah tidak punya saudara kandung untuk dijadikan landasan tauladan yang baik pada 'dia' atau 'mereka'. Terima kasih, kalian telah mewarnai zaman sekolah menengah saya dengan suatu yang tak dapat saya capai hari ini. Terima kasih, sekurang-kurangnya dalam hidup ini, saya sempat mendengar dari mulut mungil kalian kata itu, "Kak Lai". Alhamdulillah.

Mungkin, peredaran masa telah menelan satu demi satu memori saya terhadap kalian. Saya kaku. Beku. Segan. Andai dapat jemari ini melakarkan senyuman kalian biar penuh kanvas ini dengan kemanisannya. Andai dapat kalam ini menulis satu demi satu butir bicara kalian biar penuh helaian pulpa ini dengan keindahannya. Tapi, bukan pelukis juga bukan penulis, saya hanyalah Kak Lai.

Semenjak pertemuan itu, saya sedari terlalu banyak perkara yang saya janjikan. Apabila mengenangnya, sungguh, kenapa mudah benar 'dia' atau 'mereka' iyakan? Percaya benarkah kalian? Kini, saya hanya bisa menyesali lembaran-lembaran janji itu, hanya bisa untuk terus menjauh. Bagaimana andai ada lagi janji telusuri usia ini? Sungguh mungkin kematangan diri telah sampai, kalian bukan lagi sebutir pasir dulu .. kalian permata.

Seorang adik pernah hadir menemani hidup ini. Masa bersama cuma dua tiga putar bumi pada orbitnya mengelilingi suria. Kehadirannya mengingatkan saya pada insan kecil dulu, seawal kehidupan. Hakikatnya mereka adalah insan yang berbeza.

(entri ini kutujukan buat mereka-mereka yang pernah kutemui dan kutaburi janji. Maaf, aku tidak bisa meneruskan hidup seperti yang dijanjikan ketika dulu. Ternyata benarlah, semakin lama semakin lusuh memori ini tentang kita. Maaf sekali lagi, aku cuma tidak sanggup untuk nyatakannya satu-satu kepadamu. Semoga kalian dibawah perlindungan ALLAH S.W.T.)