Ahad, 23 April 2017

Another notes

Assalamu'alaikum dan selamat malam.

Kali ini aku cuma mau berkongsi hal yang ringkas-ringkas. Bahasanya pun biasa.

Haha.

Sebenarnya sudah lama aku tidak menyentuh perihal lagu, movie atau artis di blog ini. Pernah seorang rakan berkata bahawa dia tidak minat hal-hal begitu maka aku pun tawar hati untuk menulis tentangnya walaupun adakalanya benda ni menarik perhatianku. Yang paling ku ingat, blog ini dulunya sering dikunjungi kerana postku mengenai Mason Moon, manakala kalau bab lagu, Dengan kuasaMu nyanyian Nur One. Kalau pasal movie, bukan mendapat kunjungan paling banyak, tetapi post yang paling aku suka dan puas hati pernah aku tulis tentang Grave of the fireflies.

Selepas tu, seteruja apa pun aku apabila penyanyi yang aku suka meriliskan album baru, aku tahan diri dari menulis. Padahal, kawan aku tu bukannya selalu berkunjung di sini. Sekali itu sajalah aku minta dia buat. Tapi itulah yang membuat aku berfikir banyak kali hendak tulis apa di blog ni. Haha. Itupun atas nasihat seorang murabbi, menulislah walaupun tiada siapa yang membacanya dan apa pun butir tulisanmu. Suatu saat nanti akan kau ketemu juga 'genre'mu. Kalau kau tunggu masa yang sesuai, bila agaknya? Hah. Maka menulislah aku dengan hati dan cinta. Walaupun tiada mendapat komen. Sekali ada komen, berbulan baru dibalas. Ya ampun.

Ok, mari kita ke titik bicara malam ini. Apa aplikasi muzik yang kalian pakai? Aku paling standard samsung punya aplikasi, play music. Sampai penuh sd card dengan lagu-lagu yang didownload. Pernah ketika mengikuti kelas Comm Law, kelas Dr. Nerawi itu la. (Eceh sekarang baru berani taip nama dosen. Dulu pakai huruf N saja. Punya kecut). Aku terjentik, isu legal/illegal. Tapi sekejap sajalah, lepas tu aku download saja filem aku hendak. Bila rasa bersalah menerpa, aku padamlah. Bila masa terasa terlalu luang sampai kerajinan mahu download balik maka aku download balik. Perasaannya macam belum pernah nonton. Lepas tu padam balik bila rasa bersalah. Haha. Bikin habis data saja kan. Itulah dulu d uia ndak pula beringat pakai wifi uia.  Padam download padam download.... kepenatan sudah, jadi aku pun lupakan keinginan untuk menonton movie, maka aku pun ambik buku-buku yang bersusun di rak. Baru puas hati. Tiada rasa bersalah, beli pun secara sah, halal dan legal. InshaAllah.

Tapi sejauh mana aku mampu pergi bab lagu pula? Hah. Ini pun sama macam movie tadi tu lah. Sekejap di download. Sekejap di padam. Adalah juga alternatif membeli dvd tapi lagu itupun dorang Feelhoney, nasyid indie, Fitri Haris dan Hafiz Hamidun punya. Eh, ini tahun bila last beli, Laila? Entah yang pasti bukan tahun akhir di uia. Sudahlah terjebak dengan kpop tu alahai. Eh itu generasi ke-2-2.5 sajalah. Selepas tu, mohon taubat punya banyak group yang debut.

Bermula tahun lalu, aku pun download la aplikasi yonder muzik. Alang-alang subscribe data celcom baik gunakan khidmat free yonder muzik tu. Aku baca dekat google play punya banyak negatif feedback. Mulanya aku pun tawar hati hendak download. Tapi memikirkan cara sah yang murah untuk aku store muzik adalah ini, maka aku pun download sajalah. Masa tu, designnya nampak berat. Buka jak pun ambik masa lama. (aku tak reti pakai istilah teknologi, ui bagai tu). Kalau hendak download, time mula-mula subscribe data saja laju. Sudahlah aku tinggal di pedalaman. Line celcom macam hidup segan mati tak mahu saja. Lepas tu aku belajar teknik hendak download lagu dengan jayanya iaitu download lah time tengah malam atau subuh. Punya laju. Kalau kau buka time office hours memang ndak kesampaian hajatmu. Lepas tu kalau balik-balik naik offline, kau keluar dulu dari aplikasi tu. Bukan pula kau pegi sign out. Ambik masa nanti. Lepas tu, berjayalah download satu lagu sebelum dia pi teroffline lagi. Hahaha ni kalau download selepas matahari terbit sampai bulan menampakkan diri. 😂😛😛 Masa tu ada lagi problem lain yonder ni, dia suka auto download lagu di background. Hah, abis lagu english masuk tempat libraryku. Ini aku tiada cara melainkan cek satu-satu kemudian padam. Paling senang ko cek saja di kolum artis tu, delete terus dari situ lagi jimat masa. Hah itu dulu semasa yonder berwajah lama.

Sekarang dah tukar design, download punya laju dan nampak style serta ringan. Cuma satu saja aku hendak pesan, janganlah kalian pandai-pandai sign out kalau tiada hal urgent. Aku buat sign out dua kali selepas update hari tu, dua kali jugalah aku download balik lagu-lagu dalam libraryku. Selepas tu dalam satu-satu playlist yang dibuat, tidak boleh banyak lagu melebihi 50 kot. Aku pun tak sure tapi aku ada terbaca orang komplain dekat google play tu. Aku berani letak setakat 31 maksimum.

Lagu apa yang kalian suka dengar? Haha aku ada dua jenis saja. Korean dengan Nasyid. Puih puih la kamu tapi inilah hakikatnya. Nasyid tu biasalah sebab memang dari bangku sekolah lagi dilayan. Ada juga sebahagian lagu Melayu dan Indonesia dan mostly lagu yang rilis sebelum aku menjejakkan kaki ke u. Ketika di uia dulu aku belajar smbil dengar lagu korea. 😂😂😂😂😂 Sampai sekarang da biasa dengar jadi apabila baca buku memang aku buka lagu korea. Sebenarnya tahu tak kalian kalau korea tu bukan semuanya tentang kpop. 😂😂😂 Kalau zaman aku dulu, aku layan Beast, Ft Island, Infinite, B.A.P dan seangkatan dengannya. Generasi ke-2/2.5 begitu. Paling pun layankan Btob dan B1A4. Idol sekarang? Hahahahahahahahahahaha. Aku rasa aku sudah pencen dari dunia idol.

Jadi, berbalik isu yonder muzik, punya sedih, lists lagunya memang tidak banyak, dulu banyak saja lagu Beast sekarang sudah broken linknya. Ft Island langsung tiada lagunya. Infinite, B.A.P lebih banyak ver. Japanese banding Korean. Kalau kau peminat Big bang, Bts ke exo ke banyaklah senang hati. Bayangkan sajalah hendak feeling feeling spring pun ndak kesampaian. Roy Kim? Busker Busker? 10cm? Tiada. Hah, Malaysia cuma ada kemarau dan tengkujuh, guys.

Nasib jugalah.... ada beberapa lagu yang aku suka ada dalam library yonder. Kalau kalian sama taste macam aku boleh lah cek penyanyi berikut, Kim Kyung Ho, Jambinai, Band Jace, Royal Pirates, Hanhae, Jinho Kim, Galaxy Express, One Ok Rock, Jeong Eun Ji, Jung Joon Young, Lucia, M.C the Max (tapi latest album xda 😂), serta tidak ketinggalan San E yg lagu dia selalu update di Yonder (aku pun pelik,hmmm). Lists yang paling ditunggu? Pastilah daripada Highlight. Tapi aku pasti betul ia tiada kesampaian.
Btw, kalau kalian peminat lagu Melayu, Indonesia dan English, berlambak pilihan yang ada. Hah aku ada beberapa lagu Nike Ardilla (hah gelaklah kalian ni pun nasib aku tidak simpan lagunya Rhoma Irama).

Overall, viewku terhadap servis yonder masih tinggi, aku bagi 4☆☆☆☆. Kalau dia bubuh lagu daripada Highlight (former Beast) baru aku bagi 5☆☆☆☆☆. Hari tu aku contact/e-mail aduan tentang album Eunji, Dream tu di mana satu album lagunya sama saja, Hopefully Sky ver piano. Entah berapa lama dia ambik, tapi bila aku cek balik, ternyata dia sudah perbetulkan dan aku punya senang hati sampai buat aduan kedua bersama beberapa lists termasuklah, Guardian's ost nyanyian Ailee serta Urban Zakapa (yang cuma ada instrument). Tidak dilupa aduan tentang 'kenapa lagu Beast, Infinite dan Btob banyak disappear dari library?'

Aku plan, kalau lah dia betul-betul update lists tu, aku mahu buat aduan ketiga, 'tolonglah bubuh lagu-lagu Highlight dengan album terbaru B.a.p, wake up'. 😂😂😂😂😂. Harapnya ndak la diblok sama yonder servis team lepas ni.

Eheh. Panjang juga ya entry kali ni. Hal dunia pastilah sedap dibicarakan. Haha. Hah, yang kamu masih download lagu illegal tu, bila mahu ubah?

"The man who has a conscience suffers whilst acknowledging his sin. That is his punishment" (Fyodor, Crime & Punishment).

Selamat malam. Mohon apologi di atas bahasa yang tidak teratur dan bahan yang agak keduniaan.

P/s: trend di playlists ku sekarang lagunya ONE OK ROCK, Last Dance yang sebelum ini dinobati oleh Kim Kyung Ho, Heartless. Kalian? (Eheh nda update sama lagu baru)

Rabu, 12 April 2017

Catatan kelmarin

Assalamualaikum dan selamat pagi

Kelmarin, aku ada test jpj. Alhamdulillah, dalam blur blur pun aku lepas juga. Aku bakal merindui tempat belajar memandu.

Matlamat utamaku pastilah untuk mendapatkan lesen. Aku kira lepas aku dapat lesen, aku bahagia. Aku cuma bersyukur.

Melewati hari-hari belajar, aku menyedari satu hal yang pasti. Proses pembelajaran masih berjalan dan aku hampir-hampir membuang merata impian dan angan kosong. Cerita pelepas waktu. Selepas tamat belajar, akademi belajar memandu inilah tempat pertamaku belajar dan terexposed kepada masyarakat. Mulanya aku anggap another thing, kemudian mencambah obstacle dan akhirnya menjadi wadah. Impian besarku supaya dapat menabur bakti kepada masyarakat tetapi baru satu kelompok ini aku sudah tidak betah.

Do you know how much I hate this school everytime I stand on it's ground? Sangat.

I wish I could finish early.

Tetapi sampai di akhir-akhir fasa, aku jadi 'sayang' untuk keluar kerana betapa banyak perkara yang hendak aku pelajari lagi. Tentang masyarakat. Hidupnya dan perasaannya.

You see many faces there. Faces that carry different type of stories. I wish I could know them.

Sebenarnya, kita membawa cerita yang hampir sama. Apabila kita gagal, kita seupaya berkata sekian sekian penyebabnya. Tanpa sempat belajar bahawa setiap yang berlaku adalah refleksi hidup kita. Setiap insan adalah tanggungjawab dirinya. Hidupmu, kamulah saja pengendalinya kenapa harus dibabitkan orang lain. Orang lain itu hanya jalannya. Hasilnya kamu yang dapat. Kejayaan dan kegagalan tidak memberimu apa-apa tetapi ia membentukmu menjadi siapa kau hari ini.

Ramai yang datang, perginya juga tidak kita sedari. Kadang-kadang ia datang dan pergi tanpa sempat kita maklumi. Tapi, sekejap atau lama, acknowledge atau ignore, kenal atau stranger, yang paling berharga adalah yang menyimpan memori untuk dikenang lama. Berpengaruh. Memberi kesan dalam hidup kita. Dia bisa siapa saja. Kau akan ingat selama yang kau ada dan nantinya kau temui lagi orang yang 'berpengaruh' lebih besar dalam hidupmu. Maka, kau pun akan lupa. Begitu juga halnya dengan diri kita, kita bakal menjadi 'memori' orang lain dan sebesar apa impakmu? You never know.

Tidak banyak yang ingin aku kongsikan dari proses belajar memandu ini, tetapi ada beberapa babak yang ingin aku ceritakan. Sewaktu ujian komputer, aku datang antara yang terawal tetapi namaku dipanggil di antara giliran yang terakhir, aku marah tapi nasib aku dapat full mark, aku ambik masa singkat, 12 minit kerana aku sudah cukup panas untuk terus duduk di bilik itu.

Ketika pra ujian, nombor giliranku 10, tapi cikgu penjaga messed up borangku dengan pelajar lain, pelajar itu pula lulus. Masa giliranku, aku messed up sendiri. Aku gagal bersama seribu alasan. Borangku ditandai dua, lulus seumpama anganku dan gagal itu realitinya. Bercelaru betul.

Ketika pra ujian ulangan, nombor giliranku baik saja tetapi aku masih bercelaru. Tapi aku pun tidak tahu kenapa borangku baik-baik. Realiti aku lulus tetapi jiwaku gagal. Sungguh, I'm screwed up!

Ketika test jpj, aku nombor 12, beberapa orang pelajar nombor di hadapanku lambat datang, they're messed up. Aku katanya si ketua jpj dapat set B. Aku pun duduk di pondok dengan otak set B. Tetapi kenapa nombor giliran bagi set B sudah mencecah 20+ tetapi nomborku belum dipanggil. I'm messed up, again? Lama kemudian, bayang penjaga set A sudah kelihatan. Aku pun mengagak borangku di pondok A, and when I'm trying to reset my mind from set B to set A, he called my number. I'm screwed up. Tapi, borangku baik-baik saja. Lulus tetapi cuma bersyukur, bahagiaku terbantut tatkala melihat kawan-kawan sebangku ku tadi pagi duduk sebangku denganku tengah hari itu dengan bermacam kecewa. Kalau aku gagal, mungkin aku bisa ketawa tatkala dia berjenaka dalam kecewa. I'm too afraid if my smile become a blade to their hearts.

Jadi, what do you expect from others? Nothing. Just, believe in yourself. Allah akan hadirkan sesiapa saja untuk menjadi wadah. Put your hope in Him. Have faith in Allah so that you will never go wrong. Wrong expectation, feeling and hope.

Khamis, 6 April 2017

Tidak punya

Assalamu'alaikum dan selamat pagi

Bangkit dari tidur, apa saja yang kau ingin capai hari ini? Atau dalam sehari, berapa banyak kali kau menambah nombor di wishlist mu?

Pernahkah kau terfikir untuk mengurangi apa yang telah kau miliki?

Paling tidak pun, kau hanya memangkah huruf-huruf wishlist mu setelah kau cuba dengan sedaya upaya yang kau mampu. Never give up. Itulah yang kita diajarkan sedari kecil, jangan mengalah in Pursuit of your happiness. Padahal kita sendiri sulit memutuskan apa erti bahagia dalam hidup kita sehinggakan apa yang dikejari sudah tidak jelas dan kita menjadi diri yang kita sendiri tidak kenal.

Seperti kisah dalam cerpen Tolstoy, 'How much Land does a Man Need', seorang petani kaya yang tidak puas dengan tanah pertanian yang dimilikinya. Suatu hari, dia ditawarkan seluas apa pun tanah yang dia mahu  dengan syarat dia harus berjalan mulai mentari terbit dan harus kembali sebelum matahari terbenam. Setiap tanah yang dia jalani menjadi miliknya kemudian. Namun begitu, disebabkan ketamakan petani tadi, dia  terus berjalan dan berjalan meskipun tenaganya semakin berkurang dan akhirnya ketika dalam perjalanan untuk kembali ke tempat mulai tadi dia jatuh dan akhirnya mati. Maka, usahanya sudah menjadi sia-sia.

Tapi, kitalah petani itu. Kita berjalan dan berjalan dengan pantas untuk mencapai impian kita. Selesai satu, ada lagi satu. Satu dan satu lagi. Sampai saatnya kita kembali kita kandas di pertengahan. Kosong. Sifar.

Impian yang tiada berkesudahan. Orang kata, hidup biar bermatlamat tetapi saat kita memulai perjalanan kita dulu, apakah matlamatnya sama seperti sekarang? Kalau iya, kenapa tatkala kita capai apa yang kita hajati, kita tidak sebahagia yang kita sangka? Atau kita bahagia tetapi kenapa kita terus lagi mengejar kebahagiaan lain? Apa kebahagiaan itu tidak boleh cukup hanya dengan satu? Soalnya bahagia kita itu apa, di mana?

Aku selalu menyangka bahawa orang yang punyai dan miliki banyak atau lebih adalah orang yang bahagia. Tetapi setelah menginjaki usia ini, ternyata orang yang paling bahagia ialah orang yang sedikit miliknya tetapi tetap merasa bahagia. Sedikit saja dia sudah bahagia. Berbanding dengan kita yang perlu dibeli dengan wang dan material baru merasa bahagia.

Lihatlah Moken tribe dan orang bajau laut... hidup mereka tidak bergantung dengan materialistik meskipun sedikit atau mungkin tiada yang peduli dengan erti hidup mereka. Paling tidak pun, sekiranya mereka itu hidupnya susah kerna wang itu kerna majoriti masyarakat dunia yang mendefinisikan mereka. Mungkin, sedikit masa lagi mereka juga kita palitkan dengan virus materialistik dan keduniaan. Kerna dunia sudah terjajah oleh orang-orang yang mendefinisi bahagia berdasarkan kuantiti. Bebas merdekalah bagi mereka yang mengangkat panji kualiti hidup yang tahu bahagianya terletak di mana.

Aku pernah menghadiri satu talk yang isinya lebih kurang point ku ini. Kemudiannya, seorang pelajar menulis, apakah harus semua pelajar yang berasal dari kampung pulang ke lubuk masing-masing dan menjalani hidup sebagai biasa-biasa. Bercucuk tanam, menternak dan hidup kampungan. Aku pun tidak pasti. Kerna dunia yang kita pijak sekarang telah diserahkan kepada kita tatkala dunia sudah tidak mendefinisi bahagia seperti maksud asalnya. Dunia yang kita punya sekarang mendefinisi bahagia sebagai wang, pangkat, kuasa dan harta. Kiranya, di mana pun kau berada sekarang, telusuri bahagiamu. Kalau kau rasa kau sudah sampai, berhentilah jangan terlajak dan terbabas. Kerna jalan kembali boleh jadi kabut memenuhi.

When we look back at old times, we definitely can find our true happiness but why we tend to walk away from it now?

Rabu, 5 April 2017

Sorotan pembacaan: Indonesia Timur Tempo Doeloe 1544-1992

Assalamu'alaikum dan selamat tengah hari

Hari ini saja aku mengepost dua entry perihal buku ini. Setelah agak lama menangguhnya, aku berfikir ada baiknya kuhabisi sekaligus. Lagipun, agak kurang baik buku dikeluarkan terlalu lama dari raknya. Sudah tiba masanya aku simpan buku ini dan memulai tajuk baru.

Setelah ku belek-belek halaman buku, ternyata tinggal satu topik yang ingin kukongsikan. Haha. Agak sulit sebenarnya kerna habitku melipat buku. Selalunya seorang bibliophile mengklaim bahawa orang yang melipat helaian buku sebagai seorang monster. Ya, akulah monster itu. Mungkin aku sudah biasa memberi respon maka aku lanjutkan di helaian buku juga. Bagi aku, melipat buku  tanda mesej sampai. Faktor lain, kerna aku ingin mengingat kata-kata buku itu. Ibarat seorang teman, kita ketawa, menangis dan bergosip bersama. Ini lambang komunikasiku dengan buku. Kerna aku tidak lazim tanpa melipat helaian melainkan dia hak orangnya, maka aku tidak faham kenapa tidak boleh melipat helaian buku.

Aku andaikan mungkin bagi mereka buku itu terlalu sayang untuk dilipat (lambang keganasan) . Tetapi dalam perhubungan bukankah kita melalui ups & hills bersama? Kalau kita mahu semuanya baik saja, (ibarat membaca buku tanpa meninggalkan satu jejak pun) maka apakah ia bisa dipanggil sebagai satu perjalanan sedangkan destinasi kita dinilai berdasarkan perjalanannya? Ups & hills.

Mungkin, bagi orang-orang ini, terluka sekali tiada mungkin mengembalikan ke keadaan asalnya. Lebih baik mencegah daripada merawat. Sedangkan aku menilai suatu berdasarkan luka. Semakin banyak ku terima semakin menjadikan aku manusia.

Haha.

Lanjut mengenai topik kita kali ini. Tulisannya Maslyn Williams berjudul Pertualangan Menegangkan di Masa "Orde Lama". Di dalam artikelnya, Williams menceritakan mengenai keadaan hotel di Makassar ketika itu. Melalui catatannya, ketika orang Belanda balik ke negara mereka, hotel-hotel sudah tidak mendapat keuntungan kerana kebiasaan masyarakat lokal sering berpergian tetapi sudah budaya mereka menetap di rumah saudara atau kenalan.

Masih ingatkah kalian? Mesti dalam kalangan kalian paling tidak pun sekali,  pernah rumahnya didatangi tetamu boleh jadi saudara atau kenalan keluarga yang bermalam satu dua malam. Kadang-kadang disebabkan ada keluarga yang kahwin, ada kenduri besar, ada urusan di tempat berdekatan atau dalam perjalanan tetapi singgah bermalam sebelum melanjutkan perjalanan.

Atau paling lazim dahulu, anak-anak numpang rumah saudara untuk lanjut sekolah kerana perkhidmatan bas sedia dan dekat dengan kawasan persekolahan. Atau bujangan yang numpang rumah supaya ada yang tolong uruskan hal sehariannya seperti mencuci baju, dan makan minumnya.

Sekarang ini, masyarakat bergerak ke arah individualism. Kita sudah berasa berat hati untuk menumpang-nunpang rumah saudara apalagi rumah kenalan atau kenalannya saudara kita/ kenalan kepada kenalan kita. Masyarakat mengajarkan anak-anak mandiri sejak di bangku sekolah lagi, maka belajar berdisiplin sendiri tanpa pantauan yang tua menyebabkan golongan muda kita tersasar arahnya. Golongan muda yang bekerja terumbang-ambing masanya tanpa sempat bertanya pengalaman yang tua.

Kita belajar hidup sendiri sedari muda lagi sekarang.

Kadang-kadang, ada hal yang tidak dapat dibeli dengan wang dan teknologi. Salah satunya itulah tadi yang aku utarakan. Kerna adanya kenderaan , perjalanan sudah semakin singkat. Kerna adanya wang orang malah memilih untuk menginap di hotel berbanding bermalam di rumah saudara.

Dan aku berada di kedua-dua zon.

Waktu kecil aku temui ramai orang, tetapi belum pandai menghargai hidup dan menulis kehidupan maka tidak sempat aku pelajari ceritanya orang-orang itu tadi. Waktu besar, aku temui semakin kurang orang, tetapi terlalu ingin aku mengenal dan menulis cerita hidup mereka, mempelajari liku hidup dari bekas kehidupan orang lain.

Sekarang ini, aku tertanya-tanya di mana sudah keberadaan orang-orang yang ku temui suatu ketika dahulu dan aku juga tertanya-tanya di manakah dia orang-orang yang bakal aku temui hari esok.

Sorotan pembacaan: Indonesia Timur Tempo Doeloe 1544-1992

Assalamu'alaikum dan selamat pagi

Menyambung topik yang agak lama ditangguh penulisannya. Kali ini aku ingin berkongsikan artikel tulisan D.H. Kolff yang bertajuk Kepulauan Aru 1825: Pusat Perdagangan di Laut Arafura.

Draf pertamaku, perenggannya dimulai dengan pengenalan geografi tetapi kali ini aku langsung saja ke pokok persoalan yang ingin aku utarakan. Asal kalian tahu kalau Kepulauan Aru itu terletak di Indonesia Timur sudah memadai.

(Perhatian: entry ini sifatnya non-academic hanya sekadar perkongsian berdasarkan pembacaanku dan adakalanya main point yang ingin aku sampaikan tidak berkaitan dengan topik)

Konsumi minuman beralkohol atau memabukkan merupakan isi pertama yang ingin aku olah. Tetapi istilah yang aku ingin gunakan di sini adalah minuman memabukkan kerana beralkohol terlalu asing digunakan dalam masyarakatku.

Di dalam artikelnya Kolff, dia menyentuh perihal penduduk lokal yang gemarkan meminum minuman beralkohol yang menjadi komoditi menguntungkan bagi pedagang bukan sahaja di Pulau Aru bahkan sekitar pulau-pulau lainnya juga. Minuman beralkohol paling lazim dalam masyarakat lokal (mahupun nusantara) adalah tuak. Tuak ini terhasil dari fermentasi, sama ada beras atau nira pohon enau/ nipah dan juga dari legen pohon siwalan/tal.

Bagi masyarakatku, suku bugis, aku lazim dengan tuak dari pohon enau yang kami panggil sebagai pokok inru'. Fermentasi dari beras amnya dibuat tapai, sejenis makanan yang biasanya dibuat ketika menjelang lebaran saja itupun aku dapat lihat pembuatannya ketika beraya di kampung mak. Jadi yang selalu aku lihat orang buat tuak itu daripada pokok inru'. Di kebun ni ada beberapa pokok inru' yang ditanam oleh bapa. Dia dulu seorang pessari (orang yang mengerjakan pokok inru') .

Pokok inru' tidak hanya menghasilkan tuak. Kerna tuak sendiri bisa menjadi bahan lain. Contohnya, tuak segar yang baru diambil dari pohon rasanya manis-manis jambu (masyarakat mempercayai kalau ia minuman yang menyihatkan) dan ia tidak mengandungi alkohol. Tetapi setelah dibiarkan selama beberapa hari, air tuak tadi akan bertukar menjadi pahit yang selalu dikonsumi sebagai minuman beralkohol oleh masyarakat lokal. (Setelah ku google, tuak pahit mengandungi 4% alkohol). Setelah air tuak tadi dibiarkan leeebiiiiih lama, maka menjadilah ia cuka tanpa ditaruk apa-apa. Cuka semula jadi.

Tuak manis tadi, apabila dipanaskan, ia boleh menghasilkan gula merah. Inilah kerjaan bapaku dulu kerana air tuaknya terlalu banyak maka dibuatnya gula merah. Acuannya dia perbuat daripada buluh/bambu. Tetapi proses penghasilan gula merah ini agak rumit kerna perlu air tuak yang berkualiti, dan memasakknya juga perlu alert kerna boleh jadi nanti gula yang terhasil menjadi liat (gula yang bagus jika mebessi/ keras) atau warnanya coklat kehitaman (sepatutnya perang/merah coklat) atau rasanya pahit (sepatutnya manis). Atau paling tidak pun, gula tidak dapat dibentuk (kerna air gula tidak mahu mengeras)

Oh... agak panjang huraiannya di situ. Jadi apa yang cuba aku sampaikan, sesetengah masyarakat di Indonesia Timur, meminum minuman memabukkan bukanlah adat. Cuma sebilangan yang boleh dikatakan adat sebagai contoh kaum toraja di sulawesi kerna ini bisa terlihat melalui upacara mereka. Tetapi bagi masyarakat bugis yang majoriti adalah Muslim, ia lebih kepada gaya hidup atau dianggap sebagai kebiasaan paling buruk yang dipraktikkan sejak turun-temurun.

Datuk sebelah makku seorang pessari, pakcik iaitu abang sulung  makku seorang pessari malahan bapaku juga pernah menjadi pessari tetapi tiada satu pun yang konsumi tuak pahit sebagai suatu kebiasaan. Kiranya tuak itu hasil pendapatan mereka.

Setelah ku amati, masyarakat meminum kerana gaya hidup atau mengisi waktu. Sebagai contoh, masyarakat terdiri daripada petani. Setelah padi ditanam, kerjaan sudah semakin kurang atau mungkin kerjanya cuma gembala sapi, maka waktu yang ada diisi dengan minum. Bagaimana? Ketika malam, saat jumpa-jumpa kawan, kumpul-kumpul, sambil makan-makan bakar ikan, mereka minum. (Ini cara mereka bersosial-selalunya dalam kalangan pertengahan umur yang tidak mengira sudah berkahwin atau belum)

Kerna sudah tidak banyak kerjaan besok hari maka mereka bisa lewat bangun.

Sebab itu aku panggil ia sebagai gaya hidup. Ia atas pilihan orang itu sendiri. Dan kemungkinan kenapa pessari jarang yang minum tuak pahitnya sendiri kerana tuak tu kena tuai pagi-pagi lagi, kalau terlewat kualiti air bisa turun jadi gula merah bakal tidak menjadi. Ada masa mahu mabuk-mabuk?

Berdasarkan pemerhatian, setiap orang melalui masa mudanya dan ada masanya dia melepasi waktu itu dengan kesedaran. Masyarakat tempat aku membesar ini terdiri daripada golongan yang bertindak mengikut usia kerana gaya hidup orang muda sudah lama mereka tinggalkan ketika anak sudah besar dan setelah menjadi tetamu Allah ke kaabah. Tetapi lain halnya di tempat kelahiran makku, jika muda pemabuk, sampai ke tua masih pemabuk. Mungkin kerna mereka masih punya masa yang luang sedangkan di sini, masyarakat berhempas tulang dan fikiran di mana lagi wang harus dicari, anak-anak lanjut sekolah tinggi, dan sosial mobiliti juga sudah beranjak.

Nah, sekarang kita ke isi yang kedua iaitu perihal perdagangan budak. Di dalam penulisannya Kolff, dia ada menyentuh perihal perdagangan budak yang aktif ketika itu di Pulau Aru. Kali ini,aku tidak dapat hendak kaitkan dengan masyarakatku kerna aku tidak lazim dan arif tentangnya. Kolff menyatakan bahawa perdagangan budak ketika itu suatu yang menguntungkan bagi budak itu sendiri dari sudut pandang orang lokal. Ini kerana mereka dapat memenuhi kebutuhan mereka sehari-hari di mana dapat mengelakkan jenayah lain dari berlaku seperti mencuri dan merompak. Terjadinya perdagangan budak ini pelbagai, keluarga yang menampung terlalu ramai ahli, keluarga miskin dan anak yatim.

Kemudian aku berfikir, apakah apabila masyarakat punya ekonomi yang baik maka jenayah dapat dikurangkan? Atau adakah dengan punya pendidikan yang baik jenayah dapat dikurangkan? Aku pun keliru. Kerna kesempatan ekonomi dan pendidikan yang kita punya, kita pun menjadi perompak dan pencuri bertauliah.

Analoginya, seorang perompak kedapatan di sebuah kampung, dibelasah teruk oleh orang-orang kampung sebelum sampai di tangan pihak berkuasa. Kemudian si perompak memutuskan untuk ke bandar kerana dia lihat di tv perompak di sana hidup bebas. Setelah dia merompak di bandar, ternyata dia masih ditangkap dan dihukum. Kemudian baru dia sedar, rupanya dia harus masuk menara gading dulu, punya status dan kuasa, barulah dia akan mendapat layanan yang setaraf seperti perompak di tv tadi.