Isnin, 30 Disember 2013

diam

Assalamualaikum w.b.t

Tatkala jiwa diketuk, dan ku kenali siapa dia, aku menangis. Antara gembira dan duka. Diam bukanlah bermakna tidak suka tetapi memelihara ikatan. Sebab itu, sekian lama sepi yang memenuhi ruangan kita aku bahagia. Tanpa perlu, tidur tidak lena, makan tidak kenyang dan mandi tidak basah.

Mungkin, aku sudah cukup mengerti apa yang diertikan dengan ikatan ini tetapi ternyata selama bertahun dididik dengan didikan bisu itu, aku takut. Aku pun manusia biasa. Segalanya boleh jadi nol dalam sesaat. Padahal membina tembok maruah itu bertahun-tahun setelah akal sihat ini bisa membezakan antara cinta monyet dan cinta ke jannah.

Kerana itu, jatuhku ke lubuk mana, biarkan aku belajar berdiri sendiri. Aku tidak pinta untuk kamu membantuku berdiri semula. Kamu, umat lebih perlukan kamu. Aku biar dengan urusanku sendiri. Mengejar mu dari belakang agar kelak aku bisa seiring dengan mu.

Aku tidak suka dipandang lemah, nanti aku mudah mengalah. Aku mahu jadi wanita kuat yang hadirnya bukan membuang satu demi satu khidmat untuk umat, tetapi menyemangati kamu untuk terus mencari berkat.

Lupakan saja pergi ke daerah sana kalau ujian sebegini kita sudah mengalah. Dunia ini indahnya cuma seketika. Kamu, diamlah di sana. Aku diam di sini.

Diam. Cuma itu pintaku. Sampai saatnya nanti dipermudahkan penyatuan kita tanpa perlu saling berbalasan kata.

Ahad, 29 Disember 2013

roman

Assalamualaikum w.b.t

Sudah banyak kali ku bicarakan perihal keluargaku yang kecil bilangannya. Selepas pemergian adik, keluarga nuklear kami cuma bertiga. Aku bersyukur aku ada sebanyak itu. Sebagaimana bahagia dalam ramai, kami masih mampu untuk sebahagia begitu.

Mewah bukan destinasi kami, semenjak kecil aku diajari menuntut ilmu. Aku anak biasa yang bisa sampai ke garisan ini setelah berulangkali dilatih rajin membaca dan menelaah. Dengan izin Allah. Kalau aku dikatakan rajin, itu berkat tekunnya mak mendidik dan ajariku sedari usia kanak-kanak ku. Mak yang dulunya tidak berkesempatan mendapat apa yang aku kecapi hari ini. Ni'mat menuntut ilmu.

Dulunya aku sering memberontak tatkala bahan bacaanku ditapis. Tetapi tidak pernah sekali mereka membakar buku-buku komikku. Mereka kata, itu duit. Aku lebih tahu apa yang ku baca itu bermanfaat atau tidak. Aku masih nol. Sampai satu ketika, aku sedar bahawa tiap ingatan dan teguran perihal bacaan itu tidak ekstrem kerana sayang. Mereka percaya suatu hari nanti aku akan tahu menilai, jalan mana yang harus dipilih.

Akhirnya aku tukar laluan bacaanku. Sekali lagi, jiwa remajaku memberontak tatkala novel-novel ku sering dipersoalkan. Masih, mereka tidak membakarnya. Sampailah satu saat, aku bosan sendiri lalu memilih majalah ilmiah. Mereka tidak lagi bersuara. Menginjak usia 17 tahun dan alam mahasiswi, aku kini selaku sumber bahan bacaan di rumah. Majalah Islamik yang ku baca dibaca bersama oleh bapa dan mak. Bapa yang ku kira sudah sekian lama tidak membaca bahan bercetak rumi, lantas menyarung kaca mata, sehelai demi sehelai diselak.

Ya, buku-buku yang tersusun rapi di atas meja ini, sebahagian daripada kehidupanku. Dukungan hidupku setelah melalui kronologi panjang. Pengisian hidup sebelum kembali padaNya.

Tapinya, aku sedih, kenapa ia masih tersusun rapi. Aku amat berharap kalau buku ini bisa disentuh dan diroman dari satu tangan ke tangan-tangan yang lain. Biar di situ bercambah amalku memilikinya. Biar kelak bertambah azamku mengumpulnya. Agar apa yang dikoleksikan adalah yang berpahala sahaja.

Nota hujung: roman itu ku rujuki sebagai membaca, baca huruf roman. Bukan romantik. Sumber perkataan, Kak Rin. 

15 minit

Assalamualaikum w.b.t
Berikan aku 15 minit yang melepasi 12 malam ini untuk berbicara. Sedang menempek cecairan liat hitam itu ke muka, akal lantas menyinggah pada kata 'moderen'. Mungkin dalam kata ringkasnya, maju.
Akal ku berbicara, "mungkin kerana kurangnya ingatkan Tuhan, seakan laku manusia memakan dirinya sendiri." Aku percaya bahawa kalau masyarakat sebelum kita itu juga moderen dan maju seperti majunya dan moderennya kita kini. Malah kalau mahu dibandingkan, tampaknya neraca maju mereka itu lebih berat banding zaman kita.
Tanpa perlu merosakkan alam, tanpa perlu mengorbankan indahnya bumi ciptaan Tuhan, dan tanpa perlu menindas makhluk lain.
Mereka juga beragama. Bukankah hakikatnya tiap insan yang bernyawa itu ada fitrahnya? Manusia sering dan sememangnya serta akan terus mencari 'sesuatu' untuk disembah. Fitrah jiwa seorang hamba!
Meskipun apa yang disembahnya itu, kuno yang amat pada penglihatan kita, setidaknya mereka taat pada apa yang mereka katakan tuhan itu. Pada aku, firasat ku, sebagaimana mereka percayakan adanya Tuhan, seperti itulah juga mereka menjaga perihal keadaan dunia. Tanpa kerosakan, hatta pencemaran!
Disaat jiwa manusia menentang akan kewujudan Tuhannya memiliki kuasa, maka bermulalah episod dunia dalam kehancuran. Mereka dengan keinginan untuk lari daripada hidup berTuhan, Satu demi satu direkanya kemajuan mengikut firasat akalnya yang limit. Apa yang tinggal?
Lihatlah sekeliling kalian. Sungguh padaku, kalau inilah diertikan moderen dan kemajuan, maka kita ini sudah kebelakang. Manusia sebelum kita menikmati maju dengan kesannya masih terlihat mata kasar kita. Malah ada yang tidak tercapai pengetahuan. Kita?
Apa yang bakal kita tinggalkan untuk generasi kemudian kita? Teknologi? Lifestyle? Bangunan besi? Hiburan? Komunikasi? Mereka akan lebih kehadapan daripada kita, mewarisi kelalaian kita, amanah Tuhan yang dikhianati.
Kita tidak sedar, satu demi satu yang berada digenggaman menjadi sia-sia tatkala aturan Tuhan kita ingkari.
Ya,Allah. PetunjukMu kami dambakan. Mengharap kami dalam kalangan hamba yang tahu bersyukur atas ni'matMu. Biar pandai kami dalam pengawasanMu. Amin ya rabbal alamin.

Jumaat, 20 Disember 2013

akhir semester ini

Assalamualaikum w.b.t

Semalam, berakhirlah kelas-kelas kuliah, maka bermulalah minggu belajar. Alhamdulillah, performance semester ini lebih baik daripada sebelumnya. Kesempatan, peluang dan dimanfaatkan itulah azam saya semester lalu.

Pernah tidak datang ke kelas semasa demam + selesema yang agak 'sakit' sepanjang berada di perantauan. Cuma sekali itu. Lainnya, pernah sekali clash dengan kelas Mandarin sebab kelas ganti dibuat sebelah malam, dan ia sememangnya kelas Mandarin saya. Maka
yang milik yang hak.

Duduk di baris hadapan, pertama atau yang kedua. Datang seawal yang mungkin. Alhamdulillah, walaupun kononnya berhadapan lectures yang strict, tapi ternyata tidak pernah sekali terasa tidak ingin ke kelas. Malah saya selalu menantikan waktunya. Kalau-kalau malas menyapa, saya lantas bersiap-siap, dan terpacak di hadapan kelas. Ada dua sebab datang awal, memang teruja dan kedua mengelak daripada ponteng. Ya. Begitulah.

Saya pasti akan merindukan semester ini. Murabbi dan sahabat. Kalian insan istimewa kurniaanNya buat saya. Semoga Allah merahmati kalian.

Terharu. Beberapa lectures ingat nama saya. Sebelum ini, cuma satu. Sir Ibrahim, lec SoQu. Dijadikan pengajaran, semester lalu, saya selalu datang tepat waktu atau 10-5 minit lewat, kali ini, 10-5 minit awal atau mungkin ada yang setengah jam-sejam awal ke kelas. Saya baru belajar berdisiplin. Terima kasih Dr Saodah, caranya tick attendance awal itu berkesan untuk saya. Dan saya aplikasikan untuk semua kelas. (Pernah datang lewat ke kelas soca..itulah yang paling lewat).

Hadiah. Saya katakan ia hadiah istimewa, buat yang pertama kalinya, menerima buku daripada seorang lecture. Buku yang tidak pernah saya terfikir untuk membacanya apatah lagi membelinya. Perihal bidangku sendiri, komunikasi. Mungkin ini langkah awal untuk memikirkan hal-hal serius.

Tiada yang menjadi impian melainkan melaksanakan tanggunggjawab sebagaimana diamanahkan, kita ini anak, pelajar, pemuda/i dan rakyat. Semoga rekod amanah ini juga meningkat prestasinya, begitu juga rekod akhlak. Bukan sekadar mengaut informasi tetapi ilmu yang kemudiannya reflek pada laku.

Biar A itu terpampang di sini, Qolbu baru bermimpi dapat dean list mujahid. Mujahid di medan ilmu.

Isnin, 16 Disember 2013

#icc-culture shock.

Assalamualaikum w.b.t

Meskipun kesihatan tidak mengizinkan, (pagi ni diserang sakit perut dan selesema yang tidak kebah lagi) sempat lagi meluangkan  masa selama sejam di kelas icc mendengar dan melihat pembentangan assignment daripada kumpulan lain. Mencari ilmu dan informasi baru untuk dijadikan idea menulis di blog.

Kenapa saya menulis? Malah semakin kerap sejak akhir-akhir ni. Saya sendiri tidak tahu, tapi bagi saya setidaknya kebiasaan membaca yang tidak laku semester ini bisa digantikan dengan menulis. Habit. Saya tengah membajanya. Moga subur kelak. Amin.

Tajuk yang menarik perhatian saya hari ini adalah "Culture adaptations of international students in IIUM". Seperti yang saya nyatakan tadi, kesihatan saya tidak seberapa baik, jadi saya akan terus straight to the point saja ya.

Berdasarkan temuramah yang dijalankan kumpulan tersebut, seorang responden asal Turki, mengatakan bahawa pelajar tempatan suka mengatakan "sorry" walaupun dalam situasi yang tidak memerlukan kata tersebut. Err..anda fahamkan maksud saya? Tak perlu "sorry" pun, kita ucap "sorry". Haha. Iya, ini saya mengaku. Kadang-kadang. Jangan tanya kenapa.

Kedua, berkenaan culture shock. Responden Chinese kata first time sampai Uia, dia terkejut tengok orang Malay makan pakai tangan. Bagi dia guna tangan tu agak.... okey, kita faham, dia punya culture lain. But, at least dia perlu tahu, as a Muslim makan guna tangan tu salah satu daripada sunnah Nabi (pbuh). Bukan se...yang dia fikir. Then, responden Saudi Arabia pula kata dia terkejut budaya pemakaian pelajar sini. Sebab di tempatnya cuma jubah, abaya dan selendang yang berwarna hitam. Rasanya memang patut pun dia culture shock, even saya yang tempatan ni pun culture shock juga tengok dress code yang variasi.

Seterusnya, responden Saudi Arabia yang kedua, mengatakan dia terkejut tengok budaya bungkus air (ke air bungkus?) yang ada kat Malaysia, khususnya di IIUM sendiri. Haha ni Malaysia je kot ada. Semasa balik Sulawesi hari tu, tak perasan benda-benda macam ni. Air tin kot yang peniaga jaja, paling tidak pun botol mineral yang diisi semula dengan air putih. Mereka akan sejuk bekukan air tersebut. Memang jimatlah, kitar semula botol, tapi dari sudut kebersihan tu kita tidak yakin. Ingat lagi seorang paman tu muntahkan balik air tu sebab katanya masin. Saya rasa itu air laut kot. Tapi ini mungkin terjadi di sesetengah tempat sahaja. Contohnya di pelabuhan kapal. Seriously,  populasi tinggi, taraf pendidikan rendah, korupsi tinggi, susah nak dapatkan pekerjaan. Apapun boleh jadi sumber pendapatan.

Eh..jauhnya menyimpang. Putar balik kenangan. Rindu pula mahu belayar di lautan. Mungkin perlu peruntukkan sedikit masa nanti untuk belayar.

So, in short, we need to learn about other cultures. Lebih-lebih lagi apabila kita berada di tempat orang lain. Ia bukan sesuatu yang perlu ditiru, cukup untuk diketahui dan difahami. Difahami tidak bererti dipercayai. RESPECT.

#rindu mak

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, rezeki hari ini mendapat bungkusan makanan daripada Umi Pinaz dan Ibu Pura. Terubat sedikit kempunan mahu makan masakan rumah. Ya, rindu masakan mak. Eh, not, semua tentangnya!

Setiap kali balik dari Sabah ke Semenanjung, mak mesti bungkuskan makanan, especially buras, tumbu dan ayam likku. Walaupun kadang saya mengadu berat, tidak sampai hati pula mahu tolak tawaran mak. Dia selalu kata, 'selagi mak mampu, mak akan masakkan anak mak.' Actually, mak memang begini.

I mean, apabila ada saudara atau kenalan yang akan balik ke Indonesia, dia dengan rela akan masak bekal untuk mereka. So, takkan untuk anak sendiri dia tidak buatkan? Then, I just angguk-angguk, berat tu belakang kira!

Mak, bogoshippo! Uddane kak ko diko. Allah... saya rindukan semua tentangnya.

Tahun ni, genap usia mak 37 tahun. 37 tahun? Ya, mak kahwin usia 15 tahun dan saya lahir ketika dia di usia itu.

Mak selalu kata anaknya da besar, dia tak sedar saya da sebesar ini. Dalam hati, saya kata,mak pun da dimamah usia. Mak matang seiring membesarkan saya. Bayangkan di usia saya ini, 22 tahun dia telah punya sepasang anak seorang 7 tahun dan seorang lagi 6 tahun. Saya? Beza sangat. Sebab tu, apabila mak risau yang adakalanya tidak tercapai dek akal saya, saya akan ingatkan diri, memang pantas mak nak risau, sewaktu dia di umur
saya, dia sudah mampu yakinkah ibubapanya bahawa dia sudah bisa mandiri.

mak.

mak.

mak.

haha. Pernah dulu, sewaktu saya di awal remaja, mak adalah teman sepermainan saya. Terima kasih mak temankan saya bermain tatkala saat selalu berdua, tinggal saya sendirian. Meskipun saya lupa banyak kenangan bersama arwah adik (al-fatihah) dahulu, tapi ada satu  bahagian yang tidak pernah padam. Saat mak menangis kehilangan adik. Ya Allah, hamba mohon itulah saat akhir mak berduka sedemikian. Allah...

Mak.

mak.

mak.

dahulu, saya hanya akan berbicara yang baik-baik sahaja tentang pengajian. Hilang mykad, sakit apa sekalipun akan saya rahsiakan. Tetapi, seiring peredaran zaman, banyak perkara yang tidak dapat dikongsi even dengan kawan baik. Mak lah tempat mengadu. Kadang, kita cuma menangis, menangis dan menangis lewat telefon. Tak kata satu patah pun. Mak faham. Terima kasih mak kerana tidak turut menangis, walaupun saya sendiri yakin sebaik talian diputuskan dia akan menangis sendirian.

Doa mak. Restu mak.

Mak, saya bukan adik Emmi, saya bukan Ilmi. Tapi saya akan cuba menjadi sepertinya. Masa singkatnya, guru terbaik saya menjadi anak solehah. Allahumma amin. Ingat lagi dahulu, tiap kali menyebut namanya, kita nangis. Kini, namanya jadi bahan cerita kami umpama penulis mengarang novel. Ilmi, kami rindu kamu!

Selamat malam mak. malam sudah larut. Ela rindu mak. Rindu sangat, cuma mampu menangis. 

Ahad, 15 Disember 2013

memori#bogoshipo#rindu

Assalamualaikum w.b.t

Saya tidak mampu untuk menafikannya lagi. Saya rindukan dia. Dia dan memori lalu. Ada teman berkata, adakalanya yang dirindukan itu bukanlah seseorang,  tetapi memori tersebut. Tapi bagi saya, keduanya. Meskipun dia berubah, tetap saya rindukannya.

Terlalu ingin saya hampirinya, dengan apa jua sekalipun kondisinya. Tidak perlu jiwa keanakan, aksi nakal dan bicara manis. Cukup dia. Ya, cukup dia ada di sisi dan saya ada di sisinya.

Sewaktu bersama melalui hari-hari awal remaja, saya selalu bertanya apa agaknya pengakhiran kisah kami. Sampailah waktu dan jarak melenyapkan semuanya. Tiada yang tinggal melainkan dia. Bukan kenangan bersama. Apa lagi memori indah. Ya, saya hanya bisa mengingat kembali andai membaca bait-bait berukir jawi dan roman di buku lama. Mungkin, dakwat itu juga akan pudar seiring masa yang berlalu. Apa yang tinggal nanti hanya memori tanpa pembuktian. Jadi, selagi saya masih mampu mengingat dengan siapa saya pernah mencipta kenangan maka selagi itulah saya akan merindukannya. Mungkin bukan setiap masa, tapi ada masanya.

Dia yang tertuju buat kamu. Tanpa perlu bersusah payah menjejak, kamu hadir di depan saya lagi. Walau bukan secara langsung, dari jauh pun cukup. Alhamdulillah, kamu baik-baik sahaja. Dahulu, saya runsing bagaimana lagi harus saya lakukan untuk kamu dan masa depan kamu. Ternyata kamu telah mencari dan menemui jalan itu. kita ada Dia, Dia yang menjaga kamu. Alhamdulillah.

Setelah sekian lama, ahh padahal baru setahun dua tahun, terasa lama ya. Saya tertanya apa mungkin wajar untuk saya hadirkan diri saat ini? Atau mungkin biar rindu ini menyiksakan? Atau biarkan masa menentukan saat pertemuan semula kita? Tidak di sini, di sana nanti? InshaAllah.

Kamu, andai ada peluang buat kita mencipta kenangan lagi, ayuh kita realisasikan impian yang tidak tertunai dahulu. Memikirkannya saja saya hilang kata. -tarik nafas panjang- hembus perlahan- kesat air mata. Terlalu ingin saya berada di waktu itu, tapi saya tidak tahu apa mungkin ada lagi helaian tertinggal untuk kita berdua. Lembaran kita, rahsiaNya. Situasi beginilah yang membuat saya teringin sekali muncul di hadapan kamu.

Rindu sekali mendengar suara kamu, seruan menuju kejayaan.

(Aku akur, sebagaimana perginya dia,begitulah dirimu, setidaknya diberi pinjam sementara. Allah tahu, dahulu perlukan kamu di sisi, sekarang, aku begini, berada di sini. alhamdulillah. Kamu, yang tertuju buat dia, moga baik-baik selalu-kak Lai)

Sabtu, 14 Disember 2013

#icc# 2

Assalamualaikum w.b.t

Nampaknya sejak akhir-akhir ni, kesihatan saya terganggu. Mungkin saya kurang hargai ni'mat sihat, Asal sihat lupa akan sakit. Allahumma,  ampuni hambaMu ini.

Sedikit masa yang ada, ingin saya kongsikan perkongsian pensyarah subjek icc saya, Dr Nerawi berkenaan sebuah pertubuhan (gabungan 54 pertubuhan sebenarnya) yang telah menyediakan laporan mengenai isu2 hak asasi manusia di Malaysia. Waktu itu, Dr menyentuh isu religious freedom, di mana pertubuhan ini meminta agar mana-mana rakyat diberi kebebasan untuk menganut mana-mana agama. Ibu bapa tidak berhak untuk menentukan atau menetapkan agama yang patut dianuti anak mereka. Meaning to say, there is no more istilah 'Islam' state in our mykad! Can u imagine that?  Saya jadi 'seram' mendengar kata-kata Dr...ye la, beberapa tahun akan datang cabaran yang dihadapi oleh para ibu bapa bukan sedikit. I am one of them, maybe, inshaAllah.

Di dalam satu hadith tercatat, 'setiap anak dilahirkan di atas fitrah, maka kedua ibu bapanya yang menjadikannya yahudi / nasrani / majusi'.

Fitrah di sini merujuk kepada Islam, iaitu setiap anak dilahirkan adalah Muslim. Oleh itu, ibu bapalah yang bertanggungjawab beri ajaran agama yang sempurna supaya anak tersebut kekal di atas fitrah Islamnya. Tetapi kini, kita tidak punya hak untuk menentukan (memilih) agama untuk anak kita?

Isu-isu lain yang turut dituntut adalah isu perkauman, iktiraf SOGI, penyebaran syiah dan Christianity,  isu agama persekutuan dan larangan berdakwah kepada penduduk 'orang asli'. Pertubuhan ini dinamakan COMANGO (The Coalition of Malaysian NGOs in the UPR Process) di mana pada 24 oktober 2013 lalu telah pun menyerahkan laporan bagi  sesi kajian dan penelitian  di Human Rights council, Geneva, Switzerland.

Pendapat peribadi saya, why should saya bertolak ansur isu macam ni apabila ia berkaitan my religion? Saya percaya pada keesaan Tuhan, yakni Allah. Saya percaya bahawa Islam adalah ajaran agama yang sempurna. Suddenly people come and said I can't force my children to be Muslim like me? Allahuakbar!

Why don't we take lessons from the story kejatuhan Khalifah Uthmaniyyah di Turki? Sekularisme bawaan Barat dan pembelotan Mustafa Kamal Ataturk itulah yang jadi penyebabnya.

As sayyid Qutub said "agama yang dimahukan Amerika dan musuhnya adalah agama yang
tidak bincang pasal politik, agama yang dimahukan mereka adalah agama yang bincang pasal batal wudhu' sahaja".

So, sebab utamanya jelas di situ!

cc: Dr Zainur Rashid (informasi mengenai Comango)

Khamis, 12 Disember 2013

kawan# ep batu caves Uia

Assalamualaikum w.b.t

Aku tinggal di Mahallah Sumayyah. Mahallah tu merujuk kepada asrama. Sebelum ni, aku pernah tinggal sementara di Mahallah Maryam, sebulan. Kemudian, bermulalah kehidupanku menuruni dan mendaki tangga yang bilangannya lebih seratus anak tangga tu. Mahallah Sumayyah belakang Mahallah Nusaibah. Mula-mula dulu, dalam surat tawaran, aku mahallah Nusaibah tetapi bertukar ke Mahallah Maryam beberapa minggu sebelum berangkat ke UIA.

Penat. Itulah yang selalu ku rungutkan. Tapi sebaik melepasi tangga tu, blok kami tidaklah jauh sangat. Berbaloi juga daripada lalu dekat kuliyyah undang2 (aikol) atau kuliyyah ekonomi (kenms). Walaupun tiada tangga gah seperti tangga batu caves tu, tapi still, banyak tangga juga. Dan, aku tak pernah kira berapa banyak.

Di sini, aku nak kongsikan beberapa (padahal 2 saja pun) episod yang ku kira menyentuh hati. Ehhhh. Ntah, bukan, ada lagi istilah lain. Anyway...

Sebulan lalu, sekembali dari kelas ipc, aku balik sendirian sebab Noreen masa tu tidak hadir. Walaupun jam baru menunjukkan pukul 3:30 p.m, kereta berderet-deret, macam pukul 5 p.m. Aku rasa masa tu UIA ada event. Tapi aku lupa apa. Nasib baik ada seorang sister, tahan guna tangannya dan aku pun tumpang lalu sekali. Kami bertukar senyum. Aku
bukanlah jenis pembuka bicara, tapi petang tu, mungkin rasa terhutang budi aku jadi pemula.

'Terima kasih. Nasib awak tahan, (tunjuk tangannya). Saya tak reti.'

'Ooo. Kalau tak nanti mereka tak bagi lalu.'

Aku angguk setuju. Cuma segelintir yang tahu memberi laluan. Selalunya international professor. Aku kalau diberi laluan, macam nak angguk sepanjang jalan sambil pandang ke arah cermin kereta pemandu tu. Mereka tengok atau endah tak endah belakang kira. Bukan selalu dapat peluang.

Berbalik cerita kami berdua. Dia Singaporean. Seriously, dulu aku tidak pernah berniat untuk bercakap dengan mereka. Entah. Aku Malaysia, dia Singapore. So, what? Tapi petang tu, aku insaf, tersedar, kenapalah susah sangat nak tegur-tegur saudari seMuslim, tak dosa pun. Namanya Munirah, pelajar Quran & Sunnah. Kamu tahu, kemelayuannya tidak pernah aku temui di dalam diri mana2 kawan Melayu lain.

Episod ke-2, babaknya 2 hari lalu ketika aku dalam perjalanan ke kelas History. Dari jauh ku lihat sister Singaporean berhenti, dan gelagatnya seolah menungguku di tepi pagar menuruni tangga seratus tu. Aku pandang sekali, pelik~

Kemudian, dia follow dari tepi. Aku pandang gelagatnya bersilih ganti dengan seekor kucing yang duduk di tengah laluan, menjadi pemisah antara kami berdua. Oooo.
Aku selalu tengok babak ni. Dua orang teman bilikku pun sama...takut kucing. Aku pun memberikan senyuman dan memulakan bicara, 'dua orang roommates saya pun takut kucing.' Senyum.

Dia senyum. 'Takut', ulangnya. Sambil menuruni tangga batu caves tu, ada sahaja soalanku ajukan. Sampai saat membawa haluan masing-masing, baru ku tanya namanya, Suhaila.

'Laila'. Balasku saat soalan sama tertuju.

ahhh.. tiada kata yang dapat ku gambarkan saat itu. Ya. Aku sudah robohkan tembok ego ku. Walaupun tidak sepenuhnya tapi paling tidak usaha ke arah itu sudah nampak. Semester ini, kelas icc dan soca banyak mengajarku teori bersosial dan memahami budaya yang lain. Sikit-sikit ethnocentric tu boleh dibuang jauh-jauh.

Nota hujung nota: ethnocentrism, the practice of judging another culture by the standard of one's own culture.

Isnin, 9 Disember 2013

icc# kesantunan berbahasa

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, selesai sudah pembentangan kertas kerja icc @ intercultural communication. Topik kajian atas pilihan kami sendiri iaitu kesantunan berbahasa dalam kalangan pelajar tempatan dan antarabangsa di Universiti Islam Antarabangsa. Kami kecilkan skop kami dalam aspek penolakan.

Sebelum tu, saya ingin mohon maaf atas kekurangan diri, di mana saya tidak dapat berkongsikan hasil kajian kami kepada umum-kertas kerja maksud saya.

Namun begitu tetap juga ingin saya kongsikan serba sedikit hasil yang kami peroleh. Berbanding dengan rakan-rakan lain di luar sana, kalian berpeluang untuk hidup dalam suasana masyarakat non-Malay dan Malay. Saya di sini, saya lebih terdedah dalam komuniti Islam tempatan dan antarabangsa. Perbandingan budaya yang sering kami hadapi adalah antara budaya Malaysia dan juga selain Malaysia.

Dalam kata yang mudah, apabila kita berbicara soal budaya kesantunan berbahasa, secara automatik, apa yang akan terpancul di minda, orang Malaysia adalah sopan. Kontra dengan pelajar antarabangsa, kita akan cepat membuat persepsi bahawa mereka tidak sesopan orang Malaysia.

Jadi, bagi mengukuhkan lagi persepsi ini , apa kata kita telurusi beberapa definisi yang diberikan oleh Western scholars. Menurut Ide (1989) kesantunan adalah bahasa yang berkait kelancaran berkomunikasi. Manakala Robin Lakoff (1975), kesantunan berbahasa dibina oleh masyarakat bagi mengurangkan halangan dalam komunikasi. Secara umumnya kesantunan berbahasa adalah perlakuan atau percakapan yang tidak menyakitkan hati orang lain.

Untuk lebih terperinci lagi, kesantunan berbahasa boleh dibahagikan kepada dua cara iaitu secara langsung atau secara tidak langsung. Secara langsung merujuk kepada pernyataan terus seperti kata 'Tidak' manakala secara tidak langsung pula dengan menyertakan alasan atau dalam bahasa Melayu disebut bahasa berlapik, dalam aspek penolakan.

Seterusnya, kita lanjutkan dengan kajian yang dilakukan oleh Diggley (2013) semasa beliau menyertai salah sebuah program pertukaran pelajar di luar negara. Dia mendapati bahawa pelajar antarabangsa akan berkelakuan lebih sopan dalam percakapan sebagai contoh dalam aspek penolakan, mereka akan berkata, "sorry, I already full".
Berbanding pelajar tempatan, mereka akan berkata "Tidak" secara langsung kepada rakan mereka.

Apa yang ingin saya tekankan di sini, budaya atau kenegaraan atau tempat tidak boleh dijadikan indikator kesopanan. Pertama sekali, budaya sopan dalam sesuatu bangsa tidak semestinya sama seperti yang dimaksudkan bagi bangsa lain. Jadi, mungkin orang Malaysia beranggapan dengan berdiam diri lebih sopan daripada bercakap banyak, manakala budaya lain pula beranggapan berdiam diri itulah yang kelihatan lebih tidak sopan. Jadi di sini, kita tidak boleh mengukur tahap kesopanan sesuatu bangsa berdasarkan perspektif masyarakat kita. Kita perlu mengambil kira semua aspek dalam memahami kenapa sesuatu bangsa berkenaan bertindak sedemikian.

Keduanya, perbandingan antara pelajar tempatan dan antarabangsa dalam aspek kesopanan banyak dipengaruhi oleh faktor kondisi. Maksud saya, apabila kita berada di tempat asing, kita akan bertindak lebih sopan berbanding apabila kita berada di tempat sendiri. Begitula ironinya berdasarkan pemerhatian kami.

Ketiganya, sehubungan dengan itu, agak kurang elok untuk kita terus membuat andaian bahawa kita lebih sopan, (Malaysian dikenali dengan kesopanan) padahal budaya lain juga
memiliki elemen tersebut. Saya tertarik dengan kata-kata daripada seorang rakan, yang juga merupakan salah seorang responden kami. Dia berkata, tidak kiralah budaya manapun, as long as ia berlandaskan ajaran Islam (Islamic perspective) maka itulah yang terbaik. Kerana asasnya ia datang daripada satu sumber yang sama, cuma caranya berbeza mengikut kesesuaian budaya tersebut.

Bagi mengakhiri paparan kali ini, saya ingin menyatakan tujuan utama pemilihan topik ini adalah untuk membuat penilaian sama ada perspektif yang sering kita guna pakai selama ini relevan atau tidak. Kerana ia amat perlu bagi memastikan tiada simptom - simptom pemisah ataupun jarak hubungan sesama kita, pelajar Muslim khususnya. Tidak dapat tidak, apabila hati berkata kita berada di tahap yang lebih 'baik' banding yang lain, ego dan riak boleh jadi batu pemisah antara kita. Maka, lubang yang kecil adakah masih mampu menampung air yang banyak? Tidak meski setitik. Itulah analogi perhubungan kita sesama Muslim. Lama-lama tiada yang tinggal untuk dijadikan penyatu. Kosong.

Sabtu, 7 Disember 2013

aku, dia dan kiosk.

Assalamualaikum w.b.t

Sekadar perkongsian...

Selepas menunaikan solat Zohor, laju kaki ku melangkah ke cafe Sumayyah. Meskipun hujung minggu, lauk-pauk masih tidak luak. Usai membuat bayaran di kaunter, aku pun menghala ke kiosk.

Close.

Tertera di balik cermin pintu dan pagar besi kiosk. Senyum. Sejak dua bulan lalu, beginilah situasinya. Dengar-dengar, cukup bulan ni, gulung tikar, tukar tender baru katanya.

Ahh..kiosk Nusaibah kan ada!

Santai aku menuruni tangga satu persatu ke Mahallah Nusaibah, aku bertembung dengan seorang sister. Di tanggannya, plastik merah berisikan tapau putih (sepertiku, cuma aku datang dari arah cafe Sumayyah). 'Beli makanan di Nusaibah, ni'. Monologku. Konklusinya mudah, sister ni hendak ke kiosk Sumayyah. Tatkala mata kami menyapa, mulutku cuma menghadiahkan senyum bermesejkan 'kiosk sini tak buka'. Sinis? Entahlah.

Tidak lama kemudian, dia menyertaiku menuruni tangga dan kami berpisah saat aku menuju ke Mahallah Nusaibah dan dia menuju ke kediaman pelajar Sumayyah. Aku membelok. Sepi.

Menghampiri bangunan cafe dan kiosk Nusaibah itu, dari jauh sudah kelihatan, pagar besi kiosk Nusaibah yang tertutup rapat. Gelap.

Sambil berjalan, formula ini bermain di minda. Aku + cafe sumayyah + kiosk = dia + cafe nusaibah + kiosk. Kemudian, aku - kiosk nusaibah = dia - kiosk sumayyah. Jawapannya, ego.

Ya, inilah kondisi yang tidak sihat. Bisu padahal punya suara. Komunikasi bukan terhad pada suara, non-verbal seperti gelengan pun cukup. Bukan salahkan sesiapa melainkan teguran kepada diri sendiri. Universiti ini bukan sahaja menyediakan silibus yang berlandaskan Islam, malahan ia juga memudahkan interaksi dalam kalangan pelajar yang didominasikan Muslim. Dari sinilah kelak lahirnya generasi yang punyai persefahaman tinggi, saling bertukar pendapat, saling menghormati dan prihatin. Tetapi, semua itu hanya sekadar mimpi kosong seandainya satu dua kata sapaan tidak terucap. Analoginya mudah, aku dan kamu tidak kenal. Sedangkan di sinilah praktikal bagi teori yang diajarkan bermula. Pandanglah sekelilingmu, boleh jadi ia merupakan buku latihanmu.

-selalu menerima ucapan salam daripada sisters dr Somali, kebanyakkannya kakak-kakak master. Insaf.-

Jumaat, 6 Disember 2013

interpersonal communication# drama

Assalamualaikum w.b.t

Tugasan kedua kami bagi subjek Interpersonal Communication (IPC) adalah mempersembahkan sebuah drama yang bertemakan cerita dongeng. Selepas melalui proses undi dan pertukaran...akhirnya kami diamanahkan dengan tajuk 'snow white'. Dr Riza minta kami twist sedikit, tetapi kumpulan kami membuat rombakan besar-besaran sehingga kelihatan drama yang dipersembakan adalah hak milik kami, produksi kami. Okey, melalut.

Pada 26 Oktober 2013, bertempat di Adm Lt5, kami merupakan kumpulan terakhir yang membuat persembahan. Maaf sekali, tidak dapat berkongsikan gambar daripada kumpulan lain yang turut beraksi, bahkan gambar kumpulan kami sendiri tidak ter'tangkap', mujur juga ada yang tolong rakam persembahan, jika tidak, kami tiada memoir bersama dikemudian hari. Maklum, selepas ini mungkin sebulan, setahun, atau selepas graduasi, kami lupa. Bukan sengaja tapi itulah had memori manusia.

Kami bertujuh sahaja, berlapan termasuk senior se'human Science (hs), kak Rin. Sejak awal tugasan tersebut diumumkan di dalam kelas, insan pertama yang bermain di minda adalah kak Rin. Alhamdulillah, kami bersyukur atas kehadiran kak Rin yang banyak membantu sejak dari awal pembikinan skrip lagi. 

Maaf sekali lagi, cuma beberapa foto yang dapat saya kongsikan, itupun semalaman berjuang sendirian di kamar sepi, sungguh tidak betah hamba kerja edit-edit ini!

Watak utama kami, Opie sebagai Sufi White dan Atul sebagai Tok Said yang juga memegang watak Tok Hitam. Antagonis dan protagonis.

Atikah selaku pencerita yang memegang watak a little girl.

Hari pertama praktis bersama kak Rin. Berikutan tempat yang had, kami pun mengembara ke kuliah pendidikan. 

Hari kedua praktis bersama kak Rin di kuliah kami sendiri, sains kemanusiaan @ HS. 

Pagi hari sebelum persembahan di malam harinya. Sekali lagi, kami berkampung di kuliah pendidikan. Buat sekian kalinya, kak Rin bersama kami.

okey, ini satu-satunya gambar yang ada muka saya. Hahaha itupun dalam simpanan kak Rin. Gambar yang kami ambil di malam hari selepas persembahan. Di cafe HS. Terima kasih daun keladi kepada Opie, mee bandung yang dibelanja memang sedap. Buat kak Rin, we love you sis! Haha                        

Sampai sini dulu bahagian perkongsian foto yang sedikit tapi bermakna. Inilah kerja berkumpulan yang ramai dan tugasan berdrama di alam kuliah  buat pertama kalinya dalam hidup saya. Pertemuan yang indah, banyak yang saya belajar daripada kalian. Ada umur yang panjang kita pasti akan berkolaberasi lagi pada masa akan datang. InshaAllah.

Bahagian 2 nanti, saya akan kongsikan hasil kertas kerja kami. Tiada hak cipta terpelihara. (Agaknya, adakah yang nak tiru?) 

-we are rafflesian-sufi white & 3 fairies-

Rabu, 4 Disember 2013

aku dan note 8

Assalamualaikum w.b.t

Tajuk tu... saya tidaklah sekreatif mana, jadi baca pun sudah tahu apa point utama post kali ini. Semester ini, alhamdulillah berpeluang memiliki note 8, hak milik yang sederhana hemat saya.

Saya juga pelajar biasa, ada kemahuan. Tetapi keterbatasan antara keperluan dan pembaziran atau mungkin juga keinginan dan nafsu. Maka dari situlah lahir ilham untuk memanfaatkan duit biasiswa hasil cukai rakyat marhaen dengan membeli note 8 ini.

Apabila dalam kalangan rakan lama dan baru mendapat tahu saya merupakan pelajar biasiswa, ada dalam kalangan mereka yang cepat meneka, note 8 ini hasilnya. Ya, saya tidak pernah menidakkan. Untuk mendapatkannya, saya harus menabung, menyimpan dan berjimat cermat selama satu sem, atau mungkin semenjak 2 sem yang lalu lagi.

Note 8 ini menyimpan nota-nota saya semester ini, semenjak hari pertama khidmatnya. Kekok? Riak? Kekok mungkin untuk pertama kalinya, kerana jemari saya sendiri mulanya dingin menyentuh pen tersebut. Riak, terus-terang...tidak terfikir pun sehinggalah seorang teman menegur apabila melihat nota-nota yang tersimpan dalam note ini. Bagi saya yang suka menconteng macam-macam dalam buku, apatah lagi saat genting mata terpejam pejam, maka note ini alternatifnya.  Saya akan mengingatkan diri, ruang yang ada terhad, jadi tulis pasal ilmu saja. Jadi sem ini tiada lagi figura yang pelik2 dalam nota. Hohoho tambah -tambah lagi, saya bukan jenis yang teliti, setidaknya di note ini, bole dikategorikan mengikut subjek dan topik.

Menggunakan note 8 atau note 10 ka, atau apa juga sekalipun bahan moden lain bukan titik persoalan utama, kerana tujuannya cuma satu-menulis nota. Kalau kita berteka-teki, sama ada mahu tulis atau tidak, apa pandangan orang yang memandang, sampai ke hujung semester mind set kita tersekat. Saya, ini ragam saya, jalan saya pilih adalah memanfaatkan apa yang saya ada. Kerana tujuan saya satu-tulis nota. Budaya yang ada pada diri kita bakal mencipta persepsi orang di sekeliling kita. Lama-kelamaan apa yang kita budayakan bukan suatu yang asing. Satu bulan, dua bulan, tiga bulan...setahun atau bertahun-tahun...saya juga tidak pasti. Tapi inilah perjuangan saya. Bukan semua bahan elektronik melaghakan. Individu itu sendiri yang mencoraknya. Memanfaatkan atau tidak.

Kita rugi kalau tidak memanipulasikan keuntungan orang lain, dalam kata mudahnya, orang lain cipta sesuatu cuma satu tujuan, untung. Kita, juga boleh untung dengan cara kita.

Berbalik kepada tradisi~
Saya tidak pernah tinggalkan nota dalam buku, iaitu membuat salinan semula kedalam buku tulis. Alhamdulillah, saya masih berpeluang untuk itu. Saya juga tidak pernah ketinggalan untuk print slide yang available dalam simpanan saya, juga sesetengah buku yang diusahakan. Yang baru tidak bermaksud meninggalkan yang lama. Cuma memanfaatkan saat diperlukan. Mencari peluang di balik ruang.

Kemudahan ini paling tidak pun, tunjukkanlah manfaatnya. K, bye!

Selasa, 3 Disember 2013

bapa sakit # tangis

Assalamualaikum w.b.t

Ujian ini bukan pertama kalinya dalam keluarga kecil kami. Bermula dengan pemergian adik Ilmi yang cuma tidak sampai 7 tahun penuh bersama kami, disusuli dengan kanker mak dan kini bapa pula menghidap kanker.

Rentetannya, kematangan berevolusi. Maka, tangis yang dulunya beku kini mengalir laju daripada tiada kepada ada, segan jadinya biasa. Itulah aku.

Sewaktu mak dahulu, aku belum mengerti, bagiku, Allah Tahu, usia kecilku tidak betah mandiri.Yakin sahaja selalu begitu. Kini, saatku terisi degup kencang, apa khabar yang bakal menyapa pendengaranku? Sebelum menyambut panggilan mak, aku akan menarik nafas, menenangkan diri dan menjawab setenang yang mungkin. Walhal, suaraku sering bergetaran. Adakalanya aku gagal mengawal emosi, maka ku biarkan sahaja pecah suara tangis itu. Takut akan kehilangan. Ya, aku takut.

Selepas pemergian arwah adik, aku cuma memiliki mak dan bapa. Tanpa mereka, aku tidak tahu...ya aku tidak tahu...(menarik nafas dalam-dalam).

Sungguh berat Ujian ini, sungguh... tangis bukan lagi rahsia hati, saat harus tabah di pendengaran juga tidak mampu. Tiap kali itu jugalah, aku harus mengingatkan diri, tabahlah, sesudah tangis duka ini pasti ada bahagianya. Sesungguhnya, Allah tidak akan menarik sesuatu melainkan digantikan dengan sesutu yang baru, yang lebih baik. Begitulah harapanku.

Aku percaya sekali.

Ujian ini, ada sesuatu yang menanti di hadapan. Ujian kanker buat bapa, juga ujian kesabaran mak berserta ujian dilema antara bapa dan pengajianku. Kronologinya cantik, aturannya tersusun kerna disebaliknya tersimpan seribu hikmah yang tidak tercapai kami bertiga suatu ketika dulu. Ya, Allah, andai ini jalan buat kami bertiga maka apalagi yang harus kami rungutkan. CintaMu membawa kami mencari erti bahagia yang abadi. InshaAllah.

~seakan ku dengari sahutan doa-doa semalam, terpampang jelas pertolonganNya satu demi satu. Selagi menujuMu tetaplah hati kami.~

Rabu, 13 November 2013

Bapa sakit#masa

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.

Semakin berat kaki terasa melangkah. Mencari apa mungkin esok masih ada sinar? Apa mungkin masih bisa mengukir kenangan bersama?

Sebenarnya, siapa pun akan pergi saat panggilanNya menyapa, cumanya hati manusia, apabila di uji begini baru mengerti. Menghitung, berapa banyak lagi masa tersisa untuk gemilang dunia dan akhirat.

Hari ini, suaranya sudah lemah. Tangis kita bersambut. 'Pak, tabahlah'. Aku, berat hati, sayu hati... saat harus gagahkan diri di pendengarannya juga tidak mampu! Hati kata jangan menangis, tapi air mata tetap mengalir. Harus bagaimana lagi...

Masa yang diberikan kami bersama belum separuh pun dipenuhi kisah duka ini, aku sudah bertanya, 'sampai bila harus begini?' Masa ini saat jauh daripadanya aku bertanya 'kenapa saat ini?'. Masa aku perlu di sisinya berkongsi sakit secara zahirnya, setidak-tidaknya ada aku di situ, anak tunggalnya.

Mak nasihat analoginya, seorang rakan mereka kembali ke pangkuan Ilahi kelmarin pukul sebelas pagi, tanpa anak tunggalnya di sisi, al-Fatihah. Dia,si anak sedang bertugas mencurahkan ilmu yang jaraknya tidak sampai satu jam perjalanan dari rumah, si ayah pergi buat selamanya. Jadi, jarak itu bukan penjamin ada atau tiadanya kita di sisi saat perpisahan. Aku, Ela (kata mak),di sini, fokuskan belajar.

Ya, jangan jadikan alasan, fikiran tidak fokus teringatkan bapa yang sakit di rumah. Alasan tu tidak membuahkan hasil, banding fokus belajar, pahala milik kita. Amin.

Kataku, berjaya dalam kekurangan itu ni'mat, tanda kita syukur.

Kataku lagi, apabila kita sedar masa bukan milik kita, yang tertera di depan mata cuma yang perlu dikejari. 

Isnin, 11 November 2013

untitled

Assalamualaikum w.b.t.

Pernahkah kalian berhadapan dengan situasi di mana kalian tidak yakin untuk melaluinya? Tidak sedikit pun ruang keyakinan menyelinap melainkan getaran tangan yang kesejukan? Atau dengan merendahkan ego ini untuk mengatakan, kalian gementar,,, ketakutan?

Aku...aku berada di situasi itu. Tatkala aku beranggapan aku cerdik, kebodohan terpancar. Hendak kata kurang cerdik, agak sopan pula padahal aku benar2 tidak ingat.

Ego...ya, egoku menggunung tinggi. Sebab itulah jatuh sekali, baru dicuit sedikit dengan ujianNya, aku sudah melatah...meroyan...menangis bah...

Hijjera, get up! Dulu, aku pernah jatuh jauh ke bawah sana. Tapi tetap juga memanjat ke atas. Kenapa sekarang, kenapa sekarang, aku tidak betah di bawah? Padahal bawah itulah titik permulaaan ku. Aku berasal dari bawah. Aku pejuang orang-orang bawahan.

Ya, aku sudah bongkak. Baru naik sikit sudah lupa usul. Tidak tahu bersyukur. Usaha yang sedikit di ulung, agung...lupa..

terlupa...

suatu masa dulu, jasad ini berjiwa. Dahagakan ilmu. Membilang usaha? Arghh jauh sekali. Malahan aku fikir imbalan ku terlalu banyak banding usaha... ya, ini saat membayar hutang.

hutang usaha itu belum berbayar....dan di hadapan masih jauh perjalanan.

Ehhh..., matahari bakal berlabuh, usah lagi selubung...ayuh kayuh doamu laju-laju...!

ya Allah, beriku peluang untuk menuntut ilmu..lapangkan dadaku, berkati perjuanganku. Amin.

Jumaat, 8 November 2013

Bapa sakit

Assalamualaikum w.b.t.
Suatu yang menyedihkan tatkala insan yang kita sayang ditimpa ujian. Ujian untuk kita juga. Tatkala kita harus fokus pada pengajian, hati kadang tidak bisa tidak untuk terbahagi. Fokus. Tidak mungkin.

Kadang jadi insan tamak, "ya Allah, berikan masa yang sesuai. Tunggu sampai saatnya aku benar-benar sedia." Soalnya sampai bila?

Ujian itu tarbiah. Kami bertiga saling mentarbiah. Saat ibu harus ditenangkan, diberikan kekuatan, kerana dialah sumber inspirasi kami. Saat harus menggantikan tugas bapa, mentadbir perihal keluarga. Bapa, tegasnya sebelum ini bertukar kulit jiwa keanakan, saat harus berperang dengan kekuatan mental dan fizikalnya. Terpancar ketidakinginannya, ketakutan dan kelemahan.

Baru aku faham. Aku bukan anak-anak kecil lagi. Terima kasih mak dan bapa atas kepercayaan ini. Saat adu, sakit dan  penat mereka bukan lagi rahsia. Ya, didikan mandiri kata mak.

Kami saling mentarbiah. Sesaat aku bisa bertukar daripada seorang teman kepada seorang guru kepada seorang anak. Saat harus menyembunyikan tangisan dan saat mengalirkan tangisan. Semuanya terjadi dalam sesaat.

Kita harus kuat. Bertiga bukan indikator kelemahan dan kekuatan. Dengan saya di sisi atau tidak mereka tetap utuh. Kerana ujian ini, khusus buat insan-insan yang tabah, selayaknya mampu lalui. Itulah harapan kami, insan-insan terpilih maka layak diraih, Ujian tanda sayangNya dan peduliNya akan kami.

(Sekali ke lubuk, menyembunyikan tangisan. Terima kasih sahabat, datangku mungkin lebih kerap selepas ini. Jangan pernah jemu akan kedatanganku. Pintaku.)

Rabu, 6 November 2013

tiada air

Assalamualaikum w.b.t

Dua hari yang lalu, bumi Uia dikhabarkan bakal mengalami keputusan air sementara waktu untuk kerja-kerja pembersihan. Dinyatakan cuma di antara pukul 9malam sehingga 5 pagi (pada malam 4 November-subuh 5 November). Hakikatnya, masalah ini berlarutan hingga ke detik ini.

Tetapi, alhamdulillah, blok saya yang terletak di Mahallah Sumayyah merupakan antara yang terendah kedudukannya, maka ketiadaan air cuma beberapa jam semalam. SEMALAM MALAM. 5 November malam. Dikatakan ia berikutan tekanan air yang rendah. Maka, sebelum menjelang subuh, warga blok H Sumayyah sudah mendapat ni'mat air tersebut. Walaubagaimana pun, masih ada blok yang masih kering. Ada yang merantau ke tempat kami. Mandi dan menjalankan bisnes lain-lain.

Teringat kisah sewaktu tinggal di asrama dulu. Ada ketikanya kami terpaksa mengangkat air yang agak jauh juga jaraknya dengan kediaman kami. Ada ketikanya kami akan menyimpan air pada waktu malam kerana risau kalau-kalau paginya tidak berair tangki asrama. Atau ada kalanya kami bersubuh-subuh mengangkat air. Atau di kala mentari segan berundur, kami riuh  bertolong-tolongan mengangkat air sambil tuala di leher.

Pernah juga, saat mula-mula sampai asrama baru, sewaktu selesai kem PLKn, saya disambut dengan ketiadaan air. Ada senior mengusik, kalau ada orang baru masuk, memang selalu begitu kejadiannya. Saya muda innoncent lagi masa tu, saya rasa berdosa masuk asrama time waktu persekolahan. Saya patut pilih hari cuti, hari enam(sabtu) atau tujuh(ahad)..

Bagi aspuri, tiada saat yang paling malu melainkan mengangkat air terpaksa melepasi kediaman aspura. Padahal, tiada apa yang dilihat atau melihat. Tapi begitulah, kami malu. Kami juga penat. Waktu sebegini kadang banyak miracles yang diimpikan, boyfriend tolong
angkat air, adik angkat, abang angkat, adik/abang kandung satu asrama...waktu ni baru terfikir nak semua tu! Bukan memperguna,,, keinginan untuk ditolong.

Realitinya, kami mungkin yang kakak-kakak atau fizikalnya kakak, akan membantu yang lain. Bukan semua, at least yang rapat dengan kami.

Sekarang? Entahlah, banding dengan zaman saya di asrama, ada cerita yang lebih best untuk dikenang. yang lebih dulu masuk asrama banding saya. Jadi, tentulah adik-adik sekarang, ada yang tidak rasa semua pahit manis angkat air. Mungkin. Perkhidmatan asrama pun berevolusi.

Ok, bye! Kelas Mandarin loh, 8 malam.

Khamis, 31 Oktober 2013

History#1

"...how shameful it would be if a man claims to have knowledge and wisdom but on being asked about those prophets of Allah,... he should simply repeat their names without knowing details of their lives and personalities."-al-Maqrizi

But, when we are being asked about selebrities, idols, or what so ever we called them, as long as their are famous, its look like we know them better. Some much about them!

During our childhood, our parents told us about sirah, but now, the new generation does not get the beautiful of story. Is it true we can not do something for them? Are they will drive safely to found the correct story? Are they even concern about it?

We can not tell everybody, but make sure our child get it later. At least! InshaAllah.

Rabu, 30 Oktober 2013

hijrah diri sesi 1

Assalamualaikum w.b.t.
Macam mana ya mahu mulakan...hmmm... hijrah memang payah. Bukan, saya tidak maksudkan diri saya, Hijjera, tetapi penghijrahan saya. Walaupun hakikatnya saya sedikit 'payah'.
Setelah berusia di sini, saya sedar banyak benda yang saya perlu hijrahkan. Alhamdulillah, saya lakukan, sikit demi sedikit.  Tetapi, saya mungkin terlalu muda di arena ini membuatkan Iman yang seciput di usik.
Saya suka tengok drama, semasa peperiksaan dulu, saya lebih memilih drama berbanding buku, walaupun dalam hati saya sayangkan buku-buku saya. Saya pernah sanggup membelanjakan duit untuk membeli cd drama yang berepisod panjang, atau berjaga untuk memuatturun drama yang juga ratusan episod.
Dan saya sedar, semua itu melaghakan.

Sekarang? Saya cuba yang tebaik untuk mengelaknya, malah seminggu, mungkin berminggu-minggu, saya tidak mengikuti perkembangan drama terbaru. Sungguh, jiwa saya untuk itu sudah pudar. Tapinya, nyata, yang terpampang di depan mata kaku, beku. Saya tidak pernah berganjak? Aduhh, saya merasakan sudah banyak yang saya lakukan, korbankan demi membuang sifat yang lalai lagi melalaikan ini.

Dahulu, datang ke kelas tidak pernah seteruja kini, malah semua tempat duduk saya adalah di bahagian hadapan. Mahu ponteng kelas? Tidak sekali-sekali dan sudah semestinya tiada berkali-kali. Biarlah tidak sempat baca untuk ujian, ponteng kelas tidak mungkin dilakukan. Semasa sesi pengajaran, saya sedaya upaya tidak berada di dunia sendiri, paling tidak pun baliknya nanti, saya tulis semula nota-nota tersebut. Pendek kata, saya tidak pernah serajin ini, malah sekolah menengah dahulu pun tidak serajin ini.

Jadi, apa yang saya cuba sampaikan di sini, masa yang saya luangkan dengan benda-benda lagha dahulu, tidak sampai separuh masa rajin saya seumur hidup, tetapi impaknya sungguh dahsyat. Sungguh. Benarlah, kata seorang rakan, apabila diri sudah dihabitkan dengan benda-benda lagha, membasuhnya perlu berkali-kali. Mungkin seratus, seribu, sejuta? Teringat saat mula berazam dulu, masa sejam yang dulu diperuntukkan tengok drama (sudah semestinya tidak belajar), banding sekarang, tidak tengok drama, juga tidak belajar. Dua-dua tidak dilakukan. Tapi, at least, kurang 'lagha'.

Ya, jiwa saya shock! Terkejut! Juga terlalu berharap. Sedikit perubahan, tetapi banyak berkhayal. Saya salah, saya fikir dengan apa yang saya usahakan sebagai pengorbanan ini sudah cukup untuk menjadi orang berjaya. Saya lihat sesuatu dengan indikator nilaian. Apalah sangat usaha saya ini untuk meminta ganjaran sebagai insan berjaya? Disebabkan kelalaiam saya sebelum ini, usaha yang sedikit sudah terasa banyak.

Jadi, masih berharap meminta imbalan? Malu lah Laila Hijjera...tanya diri, apa yang kau telah korbankan? 10$, 5$, atau negatif infiniti?

Pandang apa yang sudah dimiliki, banding yang terkurang, kita sebenarnya tidak kurang apa-apa. Apabila kita mampu tangani yang terkurang, itu adalah bonus kita. Kan?

Selasa, 15 Oktober 2013

Eid ul-adha

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh
Ini merupakan kali ke-3 saya ber"eidul adha" di perantauan. Mungkin agak keterlaluan, tetapi hakikatnya inilah raya terbaik sepanjang perantauan. Alhamdulillah.
Apabila ujian dipandang dari sudut positif, di situ kan kita temui kebahagiaan.

Melalui detik yang sama merupakan guru terbaik untuk mengajarkan kesabaran. Ia dipanggil pengalaman. Tanpa sedih itu mati jiwa, terlalu sedih itu berputus asa. Kedua-duanya kita lalui. Tidak mungkin cuma satu. Kerana kita perlukan keduanya untuk terus HIDUP.

Cuma, kitalah pengendalinya. Mungkin jadikannya hari dalam sejarah, coret di diari, lapor di laman muka buku, tulis dalam blog, atau mungkin kita pendam di qalbu. 

Saat kita berhadapan dengan sesuatu, sama ada terduga atau tanpa diduga, semuanya ada hikmahnya. Mungkin kita tidak nampak HASILNYA hari ini, esok siapa yang tahu? 
Yakinlah ada sesuatu yang manis menanti setelah kepahitan ini.

 

Semoga raya ini kita belajar untuk lebih menyintai, cinta secinta cintanya cinta. Kerana cinta itu menuntut pengorbanan. Mengutip ikhtibar daripada kisah Nabi Ibrahim a.s.dan anaknya Nabi Ismail a.s. dalam pembuktian cinta antara cinta kepada Tuhan, cinta kepada isteri dan cinta kepada anaknya, berakhir dengan penggantian qibas. Nah, untuk itu, lihat ke dalam diri kita, ayuh korbankan binatangnya kita, lembu ka, unta, kerbau, atau mungkin kambingya kita. (inspirasi daripada seorang doktor di Sulawesi...kini saya jadi silent reader statusnya)

Cinta secinta cintanya cinta apalagi yang tidak kita syukuri? memangnya apa yang kita kejari?

Teman se"eidul adha" : Kak Tikah, Nora, Shuhada, Fitri... & saudara semuslim internasional.Ya Allah, tabahkan hati-hati muda kami saat terlihat rakan seperjuangan berbahagia bersama pasangan mereka meskipun sedang perantauan. Kami yakin saatnya nanti pasti akan kami lalui juga, cuma rezeki kami bukan sekarang. Aamiin. ;)

Sabtu, 12 Oktober 2013

puisi tanpa tajuk

Jiwa ini tersakiti
saat pedulimu sedikit.
Di mana hangat kasih
yang dulunya dicemburui.

Semakin lama, tiada apa yang menggembirakan kita

masa yang ada singkat
tetapi kita biarkan ia dekat

aku salah, kamu juga salah
kita terlalu mengejar dunia mewah
mewah itu cinta.

padahal, cinta itu cukup
Walau kita tiga cuma

Saat kita diuji dengan kehilangan,
Ternyata kita punya kesabaran,
tidak pada keinginan berbeza
yang membuat kita saling menjauh.

Sakit itu perit
Saat harus mengekormu dan aku dihadapanmu tanpa emosi

Aku masih menutur sayang
dan kamu pasti dengan rasa azali
tidak akan pernah pudar.
kenapa tidak kita runtuhkan tembok pemisah ini?

cinta kurnia Ilahi teruntuk kita tiada siapa boleh nafikan.

Khamis, 10 Oktober 2013

Balik kampung

Assalamualaikum w.b.t.

Sudah siap packing barang? Bah, selamat bercuti saya ucapkan. Seperti 2 tahun lepas, saya tidak pernah pulang berhari raya Haji di kampung. Agak sulit untuk dinyatakan. Sebab?

"Eh, dia balik. Awak tak balik?"
"Seminggu, kot..."
"Ala, tak belajar pun..."

Ya, kalian fikir saya tidak fikirkan semua tu sebelum ni? Semua pernyataan, persoalan, dan sebagainya, sudah lama bersarang di aqal waras saya. Sekiranya kalian rasa sedih, saya pun sedih. Saya tidak mengatakan saya ini betul, kalian salah. Cara ini saja yang betul, cara kalian salah. Tidak.

Jauh sekali meminta kalian untuk berada di tempat saya. Kerana setiap insan ada cara dan jalan penyelesaiannya sendiri. Sekali lagi, tiada siapa yang salah atau betul, cuma cara kita berbeza.

Satu hal yang terkesan, kondisi begini telah saya capai tempoh matangnya, tetapi tidak bagi orang sekeliling saya. Saya dimatangkan dengan soalan begini dan ternyata jiwa saya tidak berevolusi. Cuma zahirnya.

Sekiranya ada yang kata saya tidak berjiwa dan tidak punya kasih dalam diri, itu salah. Cuma saya yang berhak memutuskan sama ada menzahirkan atau tidak. Itulah yang lebih menyedihkan kerana sampai sekarang, saya tidak betah menepis tanggapan orang. Kerana hadirnya silih berganti.

Pengalaman membuatkan saya setabah begini di hadapan kalian, mungkin kalian boleh menjadi individu yang cuba berlagak matang ketika bertanya. Cuba fahami saya. Saya tidak pinta untuk ke rumah kalian atau bawakan bekalan untuk saya. Cuma sedikit pemahaman, tanpa persoalan. Terima kasih.

Saya cintakan negeri asal saya, saya nak beraya di Sabah. Saya nak kucup tangan mak dan bapa saya. Saya nak makan makanan tradisi bangsa saya. Semua keinginan seorang anak, pelajar dan perantau. Itu semua saya ada.

-setiap kali orang kata kasihan, automatik bibir saya tersenyum. Saya bukan robot. Bukan.-

Selasa, 8 Oktober 2013

Dunia semester 1 2013/2014

Assalamu'alaikum w.b.t.

Tidak seperti yang lalu, semester ini agak menyiksakan apabila terpaksa berdampingan selalu dengan tugasan. Asalkan ada waktu terluang, perhatian tertumpu pada kertas2 yang tergendala atau research yang tidak bertajuk.

Terlalu cepat masa berlalu sampaikan untuk berkasih-sayang dengan buku-buku nota tidak pernah berkesempatan. Mungkin ada ruang tetapi dipenuhi dengan berkasih-sayang dengan kawan sebilik, kawan-kawan,..oh ya ada seorang sahabat lagi yang belum saya temui semester ini. Jangan kata akan tercipta sejarah satu sem tidak jumpa. Padahal satu kuliah je pun....cik Nang, I miss U. Hahahq muntah Masnah baca.

Minggu ni berpenghujung dengan cuti semester pertengahan.  Seperti selalu,  saya akan beraya di perantauan. Banyak tugasan yang perlu disiapkan.  Mudah-mudahan terlaksana tanpa tangguh-tangguh.

Sambil menunggu jadual seterusnya, sempat lagi saya taip-taip di laman ini.  Anyway, mungkin, jika berkesempatan dan mendapat persetujuan ramai, saya akan kongsikan tugasan pertama yang saya kira sudah berjaya, drama bertemakan fairy tale. Skripnya akan saya paparkan di sini. Sekadar perkongsian.

Special thanks for my group, Raflesia... selamat beraksi!

Ahad, 6 Oktober 2013

Salah faham

Assalamu'alaikum w.b.t

Salah faham? Setiap individu pasti punya pengalaman sebegini. Sama ada kita sebagai objek mahupun subjek kepada situasi tersebut.

Paling saya tidak lupakan semasa berada di tingkatan 4, tidak silap saya. Selaku yang tertuju mungkin tertuduh. Ah, pasti. Malah perkara yang dipertikaikan sampai kepada saya. Marah? Berkecil hati? Haruslah.

Setidaknya saya masih punya rasional untuk tidak menyerang. Setidaknya saya tidak menumpahkan air mata petanda simpati. Saya cuma pelik. Akibat kata seorang murabbi yang serba boleh, status seseorang pelajar boleh berubah. Itulah maruah.

Maruah saya tidak terletak di tangan murabbi. Tapi, Allah yang Maha Tahu. Meskipun satu sekolah bergosip, atau mungkin kisahnya menjadi story telling temurun, seumpama cerita horror asrama, saya tidak endah. Dia yang Maha Melihat.

Persepsi, tanggapan, tekaan, rekaan? Apa sahajalah, mungkin lebih baik disimpan dalam fail yang unhidden, biar kita saja yang tahu. Rantaiannya kelak infiniti. Sampai satu tahap kedua-dua pihak nol komunikasi,  interaksi apatah lagi integrasi. 

Apa yang tersisa, salah faham yang tidak berpenghujung. Tatkala waktu berbisik maaf, maaf bukan lagi maaf melainkan keterpaksaan. Refleksi diri, ruang kita yang tinggal biar hidup berbudi.

Seumpama rama-rama yang cantik, ramai mencemburui kecantikannya. Padahal, itu hasil daripada cacian ramai ketikanya kepompong.

Sabtu, 5 Oktober 2013

Lawatan ke Kg Orang Asli Gombak

       Pada 5 Oktober yang lalu, saya dan dua orang lagi sahabat, Noreen dan Aida, berkesempatan untuk melawat perkampungan orang asli di kawasan Gombak. Actually, bukanlah "melawat" dalam erti yang sebenar kerana kami cuma meluangkan masa dalam sejam dua sahaja. Walaupun dua kali berulang-alik kerana menghulurkan sedikit buah tangan sebelum pulang ke kampus.
       Tujuan lawatan kami ini adalah mengumpulkan data untuk tugasan sociology sambil-sambil mengintai peluang kalau-kalau dapat dijadikan bahan kajian subjek Interculture Comm pula. Tetapi rezeki kami terhad untuk sociology sahaja kerana menurut Tok Batin di perkampungan tersebut, Tok Hussin (maaf kalau tersalah nama, sudah beberapa minggu berlalu,anyway, nanti saya confirmkan dengan Noreen yang sedang bercuti) bahawa budaya tradisional khususnya aspek permainan kaum orang asli ini sudah lama tidak diaplikasikan. Maksudnya, di perkampungan tersebut, bukan sahaja dalam kalangan anak-anak muda, malahan warga tuanya juga sudah lama meninggalkan budaya tradisional mereka itu. Ia termasuklah dari segi aspek alat muzik. 
       Menyentuh perihal budaya menbuat kraf tangan pula, Tok Hussin menyatakan bahawa terdapat segelintir kaum hawa yang masih mengamalkannya tetapi tidak untuk komersil. Mungkin sekadar untuk mengisi masa lapang atau kegunaan seharian. Berikutan ingin mengetahui lebih lanjut lagi mengenai seni kraf tangan ini, saya dan sahabat-sahabat saya pun menziarahi sebuah rumah yang mana tuan rumahnya masih mengayam kraf tangan, iaitu keluarga makcik Halimah. Setibanya kami di rumah batu mak cik Halimah, kami disambut dengan mesra oleh keluarganya, yang terdiri daripada anak, menantunya dan cucunya. Satu perkara yang saya kesan semasa berkunjung, mereka ini masih lagi mengekalkan adab Melayu, sopan, pemalu dan menghormati tetamu. Thumbs up untuk adik-adik comel (senyum) nampak tak sifat pemalu mereka ini, bergambar pun tidak dengan saya, satu pun tiada berfotografi dengan mereka. Apatah lagi untuk menarik gadget saya, tentu tidak (selalu pergi mana-mana, adik-adik kecil akan automatik tarik gadget saya..huhu jadi mangsa)
       Kami juga berkesempatan untuk melawat Muzium Orang Asli Gombak yang terletak tidak jauh daripada perkampungan tersebut. Nasib kami kurang baik kerana ketika itu adalah hari cuti, maka tiada pegawai bertugas yang memberi penerangan lebih terperinci. Tidak apa, boleh baca sendiri kan. ^_^ 
Di sini saya ingin beri pencerahan, cuma di kawasan ini sahaja yang sudah tidak nampak tradisi orang aslinya sebab sudah hidup ala 'kota'. Di perkampungan lain, yang jauh daripada kota, masih lagi mengekalkan tradisi mereka. Bayangkan alat permainan tradisional mereka tidak ada di perkampungan tersebut melainkan yang tersimpan di Muzium. Hidup mereka sudah moden. Menurut Tok Hussin, perkampungan orang asli Gombak bukanlah penduduk asal Gombak melainkan mereka ini diambil daripada beberapa perkampungan daripada seluruh semenanjung dan dikumpulkan di situ. Dalam bahasa mudahnya, mereka dikumpulkan dan dimodenkan.

 
Okey la, saya sudah penat menaip...lagi mahu ingat perkara yang dibincangkan beberapa minggu yang lalu. InshaAllah, dalam proses penyiapan tugasan kami nanti, ada perkara baru akan saya tambah di sini. 

 (subjek yang saya ambil semester ini banyak berkaitan budaya...kadang-kadang saya pun pening macam sudah ulangkaji tapi belum rupanya.)

Tanggungjawab

Assalamualaikum w.b.t.

Beberapa minggu ni, saya sibuk dengan tugasan, lebih sibuk duga saya berbanding yang lalu-lalu.

Mungkin, bukannya tugasan yang bertambah, tetapi rasa tanggungjawab yang ada. Bagi saya, tahun pertama boleh lagi merengek-rengek, mengeluh, dan bersambil lewa, itu waktu untuk mengenal, berjinak-jinak dan belajar dengan dunia seorang mahasiswi. Boleh dimaafkan. Sekarang ini, sudah menjadi mahasitua di universiti, sudah masanya untuk 'enjoy'. Tidak sabar buat kajian dan tidak sabar untuk berkongsi hasilnya.

Adakalanya, saat emosi gagal dibendung, saya menyalahkan diri sendiri. Kenapa perlu saya menyalahkan orang lain? Ini bukan salah sesiapa melainkan saya tidak mendidik diri saya untuk bersabar dengan kerenah ahli kumpulan. Itu tanggungjawab saya untuk memahami. Mungkin, saban semester berhadapan dengan benda yang sama, jiwa saya sudah muak. Saya bukanlah best student tspi impian untuk menjadi di antara mereka itu ada. Bukankah mencuba untuk menjadi yang terbaik itu lebih baik, banding tidak mencuba langsung?

Ahhh..semua orang berimpian seumpama itu. Cuma saya yang terLEBIH emosi agaknya. Macam tadi saya cakap, saya gagal didik diri saya untuk bersabar. Sebab itu cuma saya yang rasa terbeban, nangis sorang-sorang, dan pendam emosi. Hahaha ini buat saya kelihatan terOVERDOSE impian,

Tapi, betullah, apabila disebut kerja kumpulan, sama-samalah punya rasa tanggungjawab terhadap tugasan dan ahli kumpulan. Kata orang, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Kasihan ya kalau dalam kumpulan tu ada sorang dua yang terOVERDOSE kerja. Bukan niat nak tunjuk rajin atau nak buat semua benda, tapi setidak-tidaknya tanya mana bahagian anda untuk sumbangkan dalam kumpulan. Itu adab kitalah untuk bertanya. Kalau kita sendiri punya waktu yang sikit, ada masalah itu ini, ia perkara yang sama terjadi pada orang lain.

Baru saya faham kenapa dalam kumpulan ada berlaku perselisihan faham, dan pergaduhan.  Itu lumrah.  Jadi, untuk tidak sesiapa pun pendam perasaan dan tercetus pergaduhan,  kenapa tidak kita selesaikan dengan tahu tanggungjawab kita. Sedar posisi dan situasi.

Ok, bye. Zaijian!

Ahad, 22 September 2013

#Aktiviti 1- IWFF

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t.

Akhirnya dapat juga pegang laptop. Alhamdulillah. Bermula jumaat lalu, saya memenuhi hari-hari saya dengan menghadiri program bersempena IWFF yang terdiri daripada workshop, forum, wathching, dan award ceremony. Terus-terang, saya hadir kerana attendance. Tetapi,persepsi itu berakhir tatkala masuk ke 'dunia yang asing itu dalam hidup saya'.

How to make short film? 
Suatu ketika dahulu, di awal belasan tahun, saya berjinak-jinak dengan dunia penulisan.  Sebentar sahaja. Kemudian story itu tidak berpenghujung. Mungkin, cuma di dorong pengaruh novelis, atau mungkin sahaja usikan keremajaan. Alhamdulillah, syarahan daripada Syed Zulkifli telah menyedarkan saya kenapa saat itu story saya tiada ending. Walaupun masih dalam usia yang muda, setidak-tidaknya story itu punya penamat. 

STORY= Protogonis + antagonis + dramatic core + dramatic action

Cuma point ini sahaja, saya sudah tengok kegelapan dunia penulisan saya yang lalu, dan harapan baru saya akan datang. 

3 Act Structures = act 1/starting/establish + act 2/middle/consultation + act 3/end/resolution

Saya sedikit tidak berminat untuk mengetahui pembikinan filem pendek, tetapi 3 act structures ni banyak membantu dalam penyiapan skrip. Apabila STORY sudah siap, struktur ini membantu kita untuk tidak LARI daripada tujuan asal kita menulis. Dalam bahasa yang mudah, biar mesej kita sampai kepada penonton.

Maaf kerana ketidakpandaian saya menghuraikan dan menjelaskan satu-satu elemen di atas, maka begini sahajalah hasil perkongsian saya. Mungkin, seandaianya ada peluang lagi mengikuti bengkel seumpama ini, saya pasti memberikan yang lebih terbaik. InshaAllah.

Hari yang tidak sampai sehari bersama mereka, membuatkan saya bangkit daripada dunia sambil lewa. Dunia pelajar itu sebenarnya bagaimana, usahanya di mana, minatnya di mana, lakunya apa, dan akalnya ke mana. Kerana saya yakin, setiap orang punya kelebihan tersendiri, bermakna saya juga punya. Syukran jazilan to my group... kalian adalah masyarakat pertama yang ku depani tanpa ragu. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian. Amin.

(ke mana-mana pergi, selalu dibilang : "muka kamu sama kawan saya". )

Khamis, 19 September 2013

#ujian & positif

Assalamu'alaikum w.b.t
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan. Sejak kita dilahirkan kita tidak punya banyak masa untuk saling mencintai. Jadi, Kenapa mesti yang buruk-buruk belaka dikejari?

Enjoy your life!

Kita diciptakan dengan cinta Pencipta yang Agung. Dimana kita punya matlamat, destinasi akhir.
Ujian di dunia adalah suatu 'teguran dan cuitan' manja daripada Tuhan. Setiap orang ada masalah. Tidak ada yang tidak punya masalah. Apabila ditujukan ujian itu ke arah kita, bermakna kita mampu. Allah yang ciptakan kita, Dia Maha Tahu semuanya.

Setiap yang berlaku ke atas kita, ada hikmahnya. Jadi, perlukah kita siakan masa yang ada dengan mengeluh? Jadi kita cuma dapat separuh cinta!

Sayangnya.

Kerana tidak kenal diri kita siapa, tidak yakin pada diri, kerja kita cuma mengeluh. Jadi berhenti mengeluh, Hijjera.

Kerana kita tidak tahu berapa panjang tali hidup yang kita ada.
Hanya yang tahu menghargai hidup di dunia bisa mendapatkan kebahagiaan di Akhirat.

"Saya mahu beri dan terima cinta daripada orang di sekeliling."

Selasa, 17 September 2013

InshaAllah 'versi Melayu'

بسم الله الرحمن الرحيم

It's been a long time. Saya rindu pada laman ini. Pada kamu. Ya, baik secara kebetulan atau sengaja keberadaannya di sini. Saya rindu untuk berkongsi sesuatu. InshaAllah, hal yang berguna hendaknya.

Semester baru sudah berlalu seminggu lalu. Namun, bahang kemalasan dan cuti masih menyengat. Saya ringkaskan, saya cuma mengambil 18.5 credit hours (sudah banyak tu, bagi saya) untuk semester ini. Ada harapan dan angan yang terselit. Moga termakbul. Untuk kamu juga. Harapan dan angan kamu. Amin.

Meskipun semester baru bermula, bermacam-macam tugas sudah diamanahkan. Bila disebut satu-satu, pening kepala hendak mengurusnya. Tapi, beginilah. Still, duduk-duduk sambung angan-angan. Atau mungkin, membasahkan muka dengan drama melankolik korea. Tak pun gelak guling-guling dek running man. Pejam celik, pejam celik, tarikh submit tugas pun tiba. Maka timbullah trend 'mata panda'. lol

Seorang teman saya, meminta tolong untuk dihantarkan pesanan rinkas setiap kali aktiviti yang wajib dihadiri (berkaitan IWFF) padanya.  Sudah menjadi suatu kemestian, saya balasi, InshaAllah. Dia berulangkali mengingatkan saya hal yang sama. Mula-mula, rasa dipercayai sebab diamanahkan untuk menghantar pesanan, lama-lama rasa tidak dipercayai pula.

Kemudian, dia pun memberitahu saya bahawa, SELALUNYA, 'InshaAllah Melayu' berbeza dengan maksud sebenar InshaAllah itu sendiri. Really? (Dia angguk laju!) ehhhh... tak perasan pula. Mungkin. Kebetulan, kawan saya ini telah berjanji (minggu lalu) untuk memberikan ole-ole dari negaranya kepada saya dan seorang lagi teman saya. Hendak dijadikan cerita, ketika itu, dia belum melunaskan janji tersebut. Minggu lepas, sungguh-sungguh dia cakap 'InshaAllah' nak bagi ole-ole tapi hari ni tak sentuh sikit pun hal tu.

Nak kata dia Melayu, tak juga. Sungguh.

Akhirnya, selepas kelas, dia memanggil saya dan menyerahkan ole-ole tersebut dan minta dititipkan untuk teman yang satu pula. Dia memohon maaf sebab tidak sentuh sikit pun hal ole-ole tersebut semasa di dalam kelas. Even, teman sempat lagi bertanya, "ole-ole mana?" Katanya,dia tak nak classmate lain kecik hati. MashaAllah. Terharu.

Dia sungguh bukan Melayu.

(InshaAllah 'versi Melayu', "I'll see if I have time or not".)

Jumaat, 14 Jun 2013

Sabah#cuti 1

Assalamualaikum.
Alhamdulillah pada 11 Jun 2013, saya selamat tiba di lapangan terbang Sandakan. Agak penat setelah semalaman berjaga dan duduk di kerusi balai ketibaan LCCT.
Bersendirian...tanpa lambaian sesiapa pun. Itupun mujur saat mahu check-in terlihat kelibat seorang teman dari Sarawak, Nora. Sempat jugalah bertanyakan tempat scan barang di mana. Almaklum sebelum ini sahabatku Suhi yang tolong tunjukkan dan buatkan. Hendak dijadikan pengajaran, saya telah didenda sebanyak Rm 140 (wang yang saya bajetkan untuk bayar b.band sebenarnya). Ini adalah kali pertama saya bawa balik barang terlebih limit. Mungkin botol-botol herbalife tu mengambil peranan.
Lagi satu, sebelum masuk boarding gate...errr betul ka juga tu, belilah siap2 air dan makanan. Air mineral yang berharga rm 0.80 di Uia, di sini berharga rm 2.00 dan ke atas. Kalau di Sabah rm 0.60. Nampak di situ bezanya. Disebabkan semalaman saya tidak minum dan menjamah apa pun, maka saya lebih berkeinginan untuk minum air mineral sejuk di pagi hari. Nampak kehausan yang bermaharajalela. Kononnya malas dan takut mahu ke tandas. Tiada siapa yang boleh jaga barang. Bajet barang mahal yang dibawa. Padahal, cuma bagasi berjenama 'DELSEY' tapi dalamnya keropok keping. Huhuhu
Setibanya di Sandakan, pakcik yang selalu jemput saya tiada, khabarnya dia jatuh sakit, syafahullah. Kami singgah sebentar di salah satu tempat makan, maaf saya tidak tahu apa nama tempatnya. Memang malas mahu check. Tapi di belakang kedai makan ni ada taman. Boleh tengok beberapa gambar yang saya sempat ambil walaupun bateri telefon saya sudah minta dicas.

Jumaat, 7 Jun 2013

After Exam

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah, semua kertas peperiksaan untuk semester ini sudah abis. Tiba masa untuk mengatur rencana cuti yang tiga bulan itu!

Perkara yang perlu difokuskan terlebih dahulu saat ini adalah mengemas. Ya, mengemas barang yang tidak terkemas selama hampir sebulan,barangkali? Harapan untuk kemas FINAL kataku.

Ruang masa ada beberapa hari lagi sebelum terbang ke Sabah, pastinya, sudah ku kira-kirakan dengan melawat-lawat kedai mobile phone untuk dilangsaikan perkara baucer. Sambil-sambil membeli cendera hati untuk orang tercinta. Arghhh...rindu. Ndak dapat dibilang. Menjadi satu-satunya permata keluarga, ada yang tidak termiliki oleh orang lain. Menjadi satu-satunya yang selalu dinanti! Padahal dulu aku selalu mengeluh, satu-satunya dimarahi!

Teman. Pulangku nanti bersendiri. Mungkin. Masih mencari dan mungkin akan merayu pada sahabatku Suharti, biar keberangkatanku nanti tidak sayu. Tiada yang melambai. Meskipun menjadi yang ditinggalkan itu lebih perit daripada yang meninggalkan. Seperti situasi ku sekarang. Ketiadaan sahabatku Noreen a.k.a Ayu, menjadikan separuh hidupku kosong. Padahal tanpa ke Kuliah kami punya dunia masing-masing. Dia blok G, aku blok C. Situasi semester ini membuat aku menjadi ditinggalkan. Aku yang tertinggal.

Sudah lama zaman persekolahan ku tinggalkan. Adakalanya ia pergi membawa kenangan. Melayang persahabatan. Patutlah dinginnya semakin mencucuk. Perlu ku habakan cuti ini. InshaAllah. Ramai yang telah menemuiku di laman muka buku. Terus terang ada ruang terpisah antara kami. Atau akukah yang hilang humor bersosial? Entah. Ada yang telah berumah tangga, punya mujahid dan mujahidah. Ya Allah, moga bahagianya mereka sampai ke Jannah.

Perlu ku bajai diriku. Semuanya tentangku. Azamku, Jannah kian pudar dek suluhan cinta duniawi. Teramat. Cuba sedaya upaya untuk tidak mencemburui mereka, bersama kebendaan sementara mereka itu. Aku tahu rasa yang mencekik diriku ini adalah ni'mat cinta dan kasihNya. Peringatan senyap yang bertandakan rindu akan tangisanku. Bertuahnya aku!

.aku yang lemah dihadapanMu.mendambakan cintaMu.

Khamis, 30 Mei 2013

sabar menanti

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Sekian lama sabar menanti, akhirnya backpack yang diberi nama backpack 'park shin hye' ini sudah selamat sampai ke tangan saya. Alhamdulillah. Agak lama jugalah menunggu. Sebelum mid-term lagi.
simple..itu yg saya cari. nampak 'ketahanannya'.
Saya beli bukan sebab pengaruh drama 'heartstrings' ya, tapi masa mencari backpack tu, warna biru yang ada stail begini saja. Ada juga warna lain backpack Lee Hyun Woo dalam drama To the beautiful you. Agak simple. Tetapi, suka saya tegaskan, tiada pengaruh drama ya.

Kita beralih kepada cerita imtihan...saya ada tiga lagi kertas yang bakal berakhir pada 7 Jun nanti. InshaAllah. Dugaan peperiksaan yang paling berat sepanjang 5 semester. Duga saya. Orang selalu mencari peluang kemudahan, kesenangan atau apa saja, tetapi bagi yang memilikinya, itu adalah dugaan, Ujian.

Saya ada tengok sekali imbas, sambil-sambil download, cerita 2011 kalau saya tidak silap, A thousand days promise, mula-mula tidak seberapa menarik tetapi lama-lama saya ikut sedih. Baru beberapa hari lalu, saya bercerita dengan bonda mengenai seorang teman bapa yang sedang sakit. Sedih apabila mendengar khabar (ini khabar sahih ya) bahawa sakitnya tidak ditemani anak di sisi. Ada pun datangnya sekali sekala. Ada pun datangnya berbicara soal wang.

Antara belajar, kerjaya dan ibubapa, saya akan pilih ibubapa. Belajar, kerjaya... rezeki Allah yang tentukan. Tidak dapat kita, boleh wariskan kepada anak-anak,inshaAllah. 'Ibubapa boleh jaga sepuluh orang anak, tetapi sepuluh orang anak belum tentu mampu jaga ibubapa, atau ibu atau bapa sahaja'.

Lemahnya kita.

Bonda selalu ungkapkan kata-kata arwah nenda, 'semoga perginya tidak kerana alzheimer, nanti anak yang susah bertambah susah'.. Cerita yang sekadar drama tadi memberi gambaran kasar kondisi itu. Setabah itukah aku kelak berhadapan dengan situasi sedemikian?

Menjadi satu-satunya permata keluarga adakalanya mengundang kerisauan andai tawa dan senyumku tidak cukup untuk mereka. Sabar menanti detiknya kembali kepangkuan mereka. Membajai bunga-bunga kasih. 

Selasa, 28 Mei 2013

#rindu termiliki#

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

rindu yang sudah lama terkubur
bangkit diseru lagu

senyummu,
lakumu,
semuanya adamu,
aku jatuh.

rindu ini hebat 
aku bisa lupa apa yang ku ingat

bukan salahmu
dan bukan salah siapa pun
aku yang mudah jatuh
untuk sekian satu

hidup sehari seumpama seumur hidup
terpenjara dalam bayang palsumu
dapatkah lagi ku kembali
pada hidup yang ku usahakan berulang kali?
 
senyummu,
lakumu,
semuanya adamu,
aku sudah tidak mampu
semakin disimpan semakin menjauh

pada dirimu yang tidak tercapai
pada bulan yang ku curangi.
akhirnya, tiada satu ku miliki.

senyummu...lakumu...semuanya adamu...

rindu ini cukup sampai di sini.
kerana asing.

diriku tak kumiliki
rindu ini dimiliki
pemilikmu, pemilikku, Dia maha Pemilik.

  (lagu,figura dan semua tentangmu, cuma aku yang igau.mungkin)#KangJun#1994#

Rabu, 22 Mei 2013

#rock rock rock

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Drama pendek ini sudah lama disiarkan di KBS iaitu pada tahun 2010. Saya baru berkesempatan untuk mendownloadnya...dan belum habis lagi tengok keseluruhan cerita. Ketika tengok sekali imbas, saya terhenti di satu part...tercengang...pehhh....saya suka ini lagu!

Lagu ini oleh Boohwal bertajuk Resurrection. Music dan liriknya oleh Kim Taewon sendiri. Terharu dengar part 'nananana...' tu, isteri Kim Taewon yang nyanyi... T_T

Lagu yang kedua, bertajuk Rain and your story. Walaupun asalnya niat mahu tengok cerita ni sebab dilakonkan oleh No Min Woo, jadinya google lagu Boohwal. huhu Gua bukan peminat muzik rock, tapi lagu Boohwal ni gua suka..:P Cadangan lagu Boohwal lain, Heeya, Never Ending Story dan Sonagi.

Kondisi 'rock' sering menimbulkan rasa yang kurang 'enak', tengok cerita ni pun saya rasa terpaksa (mula-mula). Tetapi, sudah maklum setiap kondisi itu berbeza-beza, jadi 'kelainan' itu bukan penghalang untuk mengetahui atau mungkin memahami. Watak yang dibawakan oleh No Min Woo memang menjadi, bagi 'pemerhati' seperti saya yang sudah biasa melihat watak 'flower boy' yang dibawakannya, semacam tidak 'ingin' tengok cerita sebegini dilakonkannya.

Saya teringat suatu ketika dulu, semasa dalam dunia 'penanam anggur',setiap sabtu, pukul 5 petang saya akan menguasai tV untuk menonton rancangan Immortal Song di KBS. Pernah lagu-lagu Boohwal dibawakan dan antara versi yang menjadi 'ke'wah'an' saya adalah Hyorin. Jempol 5 saya bagi. :)

#nampak sangat minggu study ini adalah study drama# saya juga insan biasa#

Ahad, 19 Mei 2013

TEN2 ost season 2

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Saya tidak tahu TEN2 season 1 tetapi season 2 saya follow sirinya. ^^
Sedikit 'tercengang' masa mula2 tonton episode (season2) sbb tidak tengok s.1. *sekarang buat-buat tahu*

Siri ini masih dalam penyiaran. Jalan ceritanya okey, tapi vampire prosecutor masih di carta teratas. Kita tunggu sampai habis dulu la ya. Cuma, mahu kongsi lagu yang agak 'addictive' bagi saya. Ada dua, jom dengar yang pertama dulu, nyanyian Mad Soul Child, bertajuk Breath.
Sekadar tambahan, lagu Mad Soul Child, Dear dalam "The Man from Nowhere" pun agak 'addictive'.
Untuk lagu Breath's translation, boleh rujuk (SINI) manakala untuk hangul dan romanization pula rujuk (SINI).

Lagu yang kedua bertajuk Chase oleh Nan Ah Jin. Saya tidak jumpa english translation, cuma jumpa lyrics in romanization,,,pun boleh kan? Boleh rujuk (SINI)

okey la, mahu ULANGKAJI... 27may ada kerta Arab. Sangat berharap, seperti selalu. annyeong!