Isnin, 6 Ogos 2012

CN Blue :Wake Up

Saya bukanlah peminat tegar CN Blue, tetapi ada yang menarik tentang kumpulan ini. Lagu-lagu dan muzik yang dihasilkan merupakan karya ahli kumpulan tersebut sendiri. Saya juga bukanlah jenis yang meminati muzik yang mereka bawakan berbanding B.A.P tetapi mereka (CN Blue) punya keistimewaan yang sangat sukar  didapati pada mana-mana group kpop. Itulah realitinya. Lagu dan muzik adalah di bawah kelolaan mereka sendiri tidak seperti kumpulan lain yang tunduk di bawah arahan pihak agensi. Mereka ada imej sendiri secara semula jadi tanpa bayang-bayang pihak luar . Tak perlu jadi puppet sesiapa pun. Memang, tidak kelihatan gempak jika dibandingkan dengan kumpulan lain. Asal bisa berdiri di atas kaki sendiri, itu sudah cukup berjaya bagi saya. Lagu Wake Up ini...menceritakan segala apa yang cuba saya sampaikan..


Music: Jung Yonghwa, RYO
Lyrics: Jung Yonghwa
* * *
You need to be yourself
You can’t be no one else
You need to find out
You can’t be “Oasis”
You can’t be “BON JOVI”
You need to be yourself.
I wanna go, I wanna try
“Why not?” The answer’s just the same
I wanna go, I wanna try
Yes, I stand firm on my views.
* Hey baby, wake up wake up
   You’re a copycat
   Wake up, wake up
   Listen up!
   Wake up wake up!
   Hey, can you hear?
   Wake up wake up!
   You’re a coward.
Get away
Now I don’t care about you
Now I don’t care what you say, yeah?
Get away
Yes, it is none of your business.
What do you want to be?
You can’t be no one else
You need to find out
Hey baby, don’t show off
You can’t be no one else
You need to find out.
I wanna go, I wanna try
“Why not?” The answer’s just the same
I wanna go, I wanna try
Yes, I stand firm on my views.
Repeat *

credit to:cnbluestorm (fizzy@cnbluestorm)

Saya tidak merendahkan 'nilai' yang ada pada kumpulan lain, cuma menginginkan sesuatu tanpa perlu 'meniru' sesiapa. Pandangan saya ini lahir daripada seorang insan kerdil,meskipun berteriak tak akan ada sesiapa yang akan mengambil peduli. Oleh itu, jangan 'berteriak' di sini, saya akan peduli kerana ini laman saya. :)

Sabtu, 4 Ogos 2012

Salina

Assalamu'alaikum w.b.t.

Inilah kali pertama saya menulis blog berwasilahkan komputer di ITD.
                                                                   *******
Salina. Tajuk novel karya Sasterawan Negara, A.Samad Said itu ku usung ke hulu  ke hilir. Tengok tajuknya, aku mengagak ia berkisahkan kehidupan seorang insan yang berpendidikan. Betul. Setelah ku baca ceritanya jauh meleset daripada jangkaan awalku. Tapi bukan itu yang membuat aku menulis di saat ini, bukan. Cuma nama Salina itu. Nama yang suatu ketika dulu pernah ku kenali.

Salina. Anak orang asli,tempat tinggalnya di salah sebuah daerah di Selangor. Tidak seperti anak-anak Malaysia lainnya, layanan yang diterimanya berbeza. Ya, itu yang ku lihat. Setiap pagi, kami akan berbaris bertiga-tiga dalam kompeni (kompeni Charlie) menuju ke kelas masing-masing. Kami bukan sahaja sekompeni malah  sebilik. Ada 13 semuanya dalam bilik itu. Chalie 1. Setiap pagi itu jugalah dia menjadi bahan ketawa dan ejekan. Berikutan tingginya merupakan di antara yang terendah dalam kalangan kami, maka tempatnya selalu di hadapan. Aku juga tidak pasti kenapa jalannya tidak betul, mungkin faktor kasut high heel (yang tak seberapa high heel itu), bayangkan saja kasut kelas pelatih PLKN. Dia tidak biasa barangkali dengan 'ketinggian' begitu. Ah, aku sendiri tidak betah memakainya. Atau mungkin juga dia sudah terbiasa menyentuh bumi secara semula jadi. Tapi itu bukan salahnya. Itu tradisinya juga tradisi kita dulu-dulu.

Tapi apabila ada yang membuat aksinya itu sebagai bahan ketawa, maka aku tidak dapat lari daripada turut tersengih. Sengihan nakal. Sekejap cuma kerana aku faham situasinya. Lama-kelamaan aku cuba bereaksi neutral. Fatihah, teman sekompeni dan sekelasku itulah yang  tidak puas hati mula-mula sekali. Di dalam kelas, kami diberi peluang untuk meluahkan apa juga yang terpendam, rindukan keluarga, tidak suka PLKN, pokoknya apa saja. Fatihah duduk di tengah kelas bersama tangisannya, dia kasihan pada nasib Salina. Ramai yang jatuh kasihan. Aku pun sama. Tapi dalam diam, aku turut malu kerana aib Charlie sudah tersebar. Memang benar nilaian sebuah kompeni itu tidak beerti seandainya tidak menjaga keahliannya, tetapi ada cara yang lebih profersional.

Tak kenal maka tak cinta. Begitulah perumpamaan pertemuan kami dengan Salina. Lama-kelamaan, kami jatuh sayang sama dia. Walaupun masih ada usik-usik nakal, tapi kami sudah anggap dia sebahagian daripada keluarga Charlie, Charlie 1 terutamanya. Ada kisah yang lebih 'merapatkan' aku dengan Salina. Semasa kami melakukan aktiviti di Tasik yang terdapat dalam Kem Jugra itu, aku jadi lemas. Aku tidak tahu berenang. Salina lah yang memimpin ku ke aras yang boleh jejak kaki dengan senyumnya. Bukan senyum mengejek, senyum anak orang asli yang sukakan air sungai. Katanya sudah lama dia tidak mandi air sungai walaupun sebetulnya ketika itu kami di dalam tasik buatan.

Begitulah kisahku dan Salina. Dia merupakan anak orang asli pertama yang menjadi temanku. Semasa kami tamat latihan, dia ada mengirim mesej. Antara yang masih setia pada ikatan persahabatn. Jujur kukatakan, ada malu yang tersimpan dalam diri kerana kejahilan dulu, tapi itulah  yang dikatakan kita belajar daripada kesilapan. Aku ini, kalau boleh, mahu berjumpa dua mata dengannya.

Kuharap, Salina bukan Salina yang ku baca dalam novel. Besar hajatku mahu memimpinnya.
************tamat******************

Jumaat, 3 Ogos 2012

coretan menghampiri penghujung sem3

بسم الله الرحمن الريم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Hampir seminggu tidak menulis di laman ini. Keliru nak post mana satu. Aigoo... Sejak akhir-akhir ni, banyak masa saya terluang dengan membaca buku, termasuklah  membeli buku .
Benar, " القراءة مفتاح العلم" maka banyak benda yang saya ucapkan kerana sering berlegar di ruang minda. Sering. Selalu. Seorang sahabat berkata, saya meminati bidang politik. Mungkin waktu itu minda saya dipenuhi 'isu polotik' tapi ia tidak lahir atas nama 'politik' tetapi hanya sekadar minda yang selalu cenderung ke arah itu dan saya sendiri tidak tahu apa pengkhususannya. Buktinya, sekarang saya ralit dengan menelaah buku sejarah (Islam dan dunia), perihal bugis, sastera (puisi sepanjang zaman,cerpen,drama) dan politik (perihal Sukarno). Penegasannya, saya tidak tumpukan pada satu subjek sahaja.

Ada yang meminta saya untuk menceritakan pengalaman ketika berada di kem PLKN, tiada balasan bukan bermakna tidak ingin tetapi saya kurang pasti. Kurang pasti sama ada perlu atau tidak perlu untuk memaparkan cerita-cerita itu. Kewajarannya, tidak salah untuk berkongsi kisah, tapi saya ini jenis yang sangat kisah kerana itu kisah saya. :) Bermakna, kisah saya akan dibaca, dan setiap kali ada yang membacanya kisah itu akan terputar menjadi sejarah. Tidak melupakan cuma tidak ingin mengingati, analoginya bagai membuka pekung di dada. >_<
Mustahil pula kalau hendak cerita yang baik-baik sahaja  sedangkan PLKN itu bukanlah perihal yang indah belaka.

Selepas membaca beberapa karya sasterawan terdahulu, maka tercetuslah idea untuk menulisnya. Jalan hidup kita ini masing-masing lalui dengan cara tersendiri. Maka, strategik 'hijrah' yang sering saya lakukan membuat saya bertambah yakin untuk menulis. Cuma waktunya bukan sekarang juga mungkin bukan esok. Tapi pastilah akan ditulis, terima kasih pada yang mencadangkan. Jangan terlalu 'berharap' kerana PLKN bukanlah memori indah selepas 3tahun melainkan sebuah kisah yang patut diambil pengajaran. Sesuailah dicop sebagai'pengalaman' itulah yang lebih berharga daripada sebuah 'peringatan' yang ada kalanya merunsingkan hati. Kita ini manusia yang punya masa silam.

Saya juga mulai sedar kalau hala penulisan saya tidak bersifat keilmuan (mencari kenyataan) semata melainkan saya lebih tertarik kepada rausyafikir. Saya ingin melibatkan diri pada ideologi bukan sekadar bersifat neutral.

(oh, ya! Semalam dan beberapa hari yang lalu, aku lewati waktu genting kerana aku ini bukan seorang yang boleh buat kerja sendiri, selalu saja minta dibantu (Allah hadirkan aku insan-insan yang sanggup membantuku meskipun hal kecil, tapi nampak besar bagiku). Sahabatku yang tidak pernah putus hormat dan kagumku pada dunia bahasa,penulisan, ideologi dan keyakinannya, Siti Asdiah Masran, sahabat-sahabat sekumpulanku, Akak Norhayati, Dharlina, Adilah, dan Zahra mujur kita ini sekumpulan, aku bersyukur.Alhamdulillah-selesai lagi satu tugas.)



gambar akan diupload dari semasa ke semasa. Semua yang berkenaan dengan subjek BM Kerjaya.