Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

A silent voice

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kerana sudah lama tidak menulis hal-hal tentang sehari-hari, aku seperti menjauh dari laluan ini. Semakin lama, kata yang hendak diluah semakin sedikit. Keyakinan yang dipaksa pergi kini sudah benar-benar dingin. Beberapa hari ini, aku cuba untuk menghabiskan filem anime, A silent voice. Sejak ia mulai diuar-uarkan, kutunggu selalu sampai satu ketika aku memutuskan untuk membiarkan waktu berlalu tanpa rasa keterujaan. Aku mengambil masa untuk menghabisi ceritanya. Sebenarnya tontonan kali pertama tidak langsung kuingat. Tiada jalan cerita yang aku faham, tapi peliknya aku merasakan sesuatu perasaan yang asing, sebolehnya aku tidak mahu menontonnya lagi. Memikirkan anime ini pernah mengisi ruang wish listku, maka aku cuba juga buat kedua kalinya. Apa yang aku dapat dari tontonan yang memakan masa 12 jam (aku berehat di pertengahan cerita kerana agak beban) ia tidak membuang pergi perasaan asing yang ku rasai sejak kali pertama menontonnya. Sam

Playlist #yondermusic

Assalamu'alaikum dan Selamat malam, kalian. Tanpa jemu, suka untuk aku ulangi, lagu-lagu yang aku kongsi ini terdiri daripada lagu-lagu yang agak rare atau jauh dari mainstream muzik Korea. Mungkin bukan saja lagunya baru pertama kali kalian dengar,entah-entah nama penyanyi/bandnya pun kalian tidak kenal. Vidan | Album : Opening New Age Salah satu sebab aku mula menulis tentang senarai main lagu di Yonder kerana mahu orang mengenali artis yang underrated (aku spesifikkan ke Yonder sebab aku guna Yonder). Sama seperti Vidan ini, jarang dapat jumpa crossover band. Yang buat aku jatuh cinta dengan muzik mereka adalah gabungan modern dan traditional instruments. Masa try cari di Yonder aku punya kecewa sebab nda pandai jumpa. Jadi buat yang entah ke berapa kali, aku try taip nama album tu, maka dapatlah. Walaupun belum sepenuhnya berpuas hati, at least dapat juga dengar lagu-lagu mereka satu album. Yang latest tidak di update sama Yonder, kena buka youtube. Ikut preferenceku, sat

Bunga: Dahlia Early Bird

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera Agak lama aku tidak berbicara mengenai projek tanam bunga. Wujud lagi cuma melankolik ceritanya kerana sebahagian daripada benih yang aku semai, boleh dibilang berapa yang survive. Selepas siri petunia, aster, gypsophila dan summer impatiens, benih yang aku tanam tidaklah rumit cuma kali ini alam malu-malu mahu berkawan. Dahlia Early Bird merupakan salah satu daripada benih yang sempat berjuang sampai tumbuh bunga. Sekarang ini, sudah tiga pokok yang berbunga dan masing-masing dengan warna sendiri. Berbanding dengan siri pertama, kali ini aku menanam dengan kadar biasa-biasa saja walaupun sebenarnya hari-hari juga pasu-pasu bunga tu ditelek-telek. Mungkin, aku fikir dalam semalaman, kuncup bunga akan muncul. Halangan nombor satu siri kali ini adalah alam. Cuaca yang tidak menentu ditambah pula hujan yang selalu lebat menyebabkan pokok bunga yang baru belajar adaptasi alam menjadi culture shock. Satu dua hari bertahan lagi, lama-lama batang

Playlist #yondermusic

Untuk sekian kalinya, berikut merupakan antara lagu Korean (selepas digging Yonder Muzik) yang kadang bukan terkini dan seupaya tidak menyentuh lagu kumpulan idol. Mungkin ada di antara lagu tersebut yang belum dan tidak pernah kalian dengar. Aku tidak spesifikkan genre tertentu kerana boleh jadi sesuatu itu kesukaanku tetapi tidak bagi orang lain dan sebaliknya. Selamat mendengar! Eastern Sidekick Aku punya senarai panjang Korean rock band oleh sebab itu mungkin, aku mulai tidak berminat. Waktu yang tidak kena barangkali. Padahal lagu-lagu mereka bagus-bagus. Aku mengambil masa yang agak lama untuk hadam muzik mereka. Seperti yang aku jangka, aku memilih track yang sedikit slow sebagai rekomenku, #Total Reflection , #88 (aku suka vokalnya di sini), #Sea and Room , #Natural Wind , #At Home on Holiday , #In Front of Your House , dan #Seoul . Peminat rock pasti suka muzik mereka. Hot Potato Aku kepayahan membuat pilihan, lagu mana hendak disimpan lagu mana hendak dib

Playlist #yondermusic

Assalamualaikum dan selamat malam Kita lanjutkan senarai lagu yang aku temui dan rekomen di yonder muzik. Kim Geon Min | Album : 19 20 21 Aku tidak mengenali Kim Geon Min yang secara tidak sengaja menemui lagunya di yonder. Aku kategorikan lagunya sebagai folk song. Aku belum punya masa untuk cari translasi, tetapi ketika mendengar liriknya, pada pendengaranku dia menggunakan ayat yang simple. #Unrequited Love merupakan antara lagu yang aku suka dalam albumnya ini. Maktub Cuma dua lagu Maktub tersenarai di yonder. # Sweet Dream dan # I Got U (feat Leeraon & Jasmine Clarke). Rumble Fish Bila sebut Rumble Fish, lagu yang paling aku sinonimkan adalah # Smile Again . Walaupun sesetengah lagunya bukanlah citarasaku, # Men Are All the Same , #Fly , #In the End , #Goodbye , dan terutamanya #Spring Comes, Flower Blooms merupakan kegemaranku. Selain itu, di album Memory for You seperti lagu #Rain and You dan #Be Dust (dua lagu versi siapa pun selalu aku