Selasa, 27 Disember 2011

antara memori terindah sem1...

Assalamualaikum w.b.t.
Seriously...aku da pernah sediakan post mengenai perjalanan ku sehari ke Putrajaya jumaat lalu. Tetapi, da hampir setengah jam aku taip teks, cerita masih kat muqaddimah... how can? Terus-terang,kalau nak dikisahkan,takkan cukup sehari untuk aku taip kronologi sehari itu.
Atas pendapat seorang teman,, dia berkata:"memori terindah itu, tak perlu dicerita satu2...orang lain boleh membaca kegembiraanmu hari ini hanya dengan melihat riak wajah yang  tergambar di wajahmu itu."
Maka tercetuslah idea ini...sebelum tu nak minta halal kat both of my friend, Rafi'ah and Masnah (bkn nama sebenar..) hehehe..



 thats all... can u see..how much i love u guys..? akhirulkalam, syukran atas jalinan persahabatan ini. sahabat selamanya...insyaALLAH.

Isnin, 26 Disember 2011

pertemuan & perpisahan

Assalamualaikum w.b.t.

PERTEMUAN... terkadang aku mulakan tiap pertemuan itu dengan ukiran senyuman. Pengalaman mengajarku untuk mencuba 'mengikhlaskan' hati,menerima seadanya tiap insan yang pernah kutemui. Ingat lagi pesan seorang guruku, "setiap pertemuan kita dengan seseorang pasti ada hikmahnya. Mereka adalah insan yang DIA hadirkan untuk melengkapkan hidup kita.Agar hidup ini lebih bermakna." Katanya lagi, "tiap pertemuan dengan seseorang adalah sejarah di mana hanya kita dan dia(orang tersebut) sahaja yang mengalami sejarah itu."

Begitu lumrah hidup. Pertemuan pasti berakhir dengan perpisahan. Permulaan pasti ada penamatnya. Aku... setelah berusaha untuk memperbaiki 'sifat' pada tiap pertemuan, cuba menghargai tiap insan yang hadir dalam hidupku, kini berhadapan dengan pengakhiran.

Bagaimana hendak aku lepaskan seandainya dalam diri sudah ku tetapkan mereka adalah keluarga. Bagaimana hendak kulupa tiap senyum yang menyapa, suara yang tiap hari ku dengar... Mereka adalah insan-insan yang telah menceriakan hidupku selama hampir 4bulan berada di menara gading.

Terkadang aku bertanya pada diri sendiri, menyesalkah aku kerana selama ini menanam mereka sebagai sebahagian dalam hidup aku? Selalu memikirkan apa keadaan mereka, sihat, sakit... duka mereka seperti dukaku...ketawa mereka ketawaku...

Aku keliru sendiri. Antara ego dan ikatan persaudaraan. Lantas aku memutuskan, harus menjarakkan diri saat-saat terakhir ini. Tiba masa untuk aku mengucapkan selamat jalan. Biar semua kenangan dulu tinggal menjadi panduan persahabatan. Harus terima kenyataan, pertemuan ini sememangnya akan berakhir.

Mereka merupakan hadiah terindah yang dikurniakanNya buatku. Hadiah yang harus kupulangkan. Pinjaman sementara. Kini, kuikhlaskan... mereka untuk keluar daripada 'kotak hatiku' . Doaku, semoga mereka selalu dalam rahmatNya...

PERPISAHAN...maaf,mungkin selama ini aku nampak seperti orang yang tak menghiraukan kalian. Tetapi di sudut hatiku, ada ruang yang sering memikirkan kalian. Kerana kalian merupakan "keluarga" bagiku. Maaf juga, kerana tak pernah mengucapkan terima kasih atas pertemuan dan penerimaan kalian  sebagai temanku. Maaf lagi, mungkin selama ini aku pernah melakukan silap... maaf ...maaf.. maaf... kerana aku seperti banyak menerima daripada memberi... maaf...

-level3sec1-

Selasa, 20 Disember 2011

siapa?

Assalamualaikum w.b.t.
Sudah lama tidak berbicara lewat laman blog ini. Bukan tiada cerita,ada . Tapi adakalanya, aku berfikir sekali,dua kali, tiga kali...haruskahku kisahkan? Risau di hati melanda andai laman ini menjadi tempat pertama pengaduan sedangkan DIA kan ada?

Sejak akhir-akhir ini,sering menerima panggilan yang tidak diketahui daripada orang yang tidak dikenali. Dari seberang! Lantas ku khabarkan terlebih dahulu kepada bonda. Ternyata itu bukan nombor handphone yang dikenali.Siapa?

Bonda menasihatiku supaya tidak mengendahkan panggilan itu. Terus-terang,aku bukan insan yang boleh bergayut di handphone berjam-jam lamanya.Seminit juga payah..huhuhu Hendak jawab panggilan? Aku paling tidak suka...bukan secara azali tetapi ada sebabnya..satu peristiwa yang menyebabkan aku da set kat mind aku. Kecuali untuk ayahbonda dan beberapa rakan terpilih.(mungkin fatma,as,man,suhi,epy,naini...)

Berbalik pada cerita asal, bonda kata, dia pun selalu dapat panggilan yang tak dikenali. Terutama dari seberang! Bonda kata lagi, berjaga-jaga..mungkin tu satu perangkap. Sekarang ni,'guna-guna' pun boleh 'dikirim' melalui telefon..facebook..huhuhu aku terkedu seketika.

Terus-terang, aku tak suka sebut perkara-perkara seperti ni. Zaman melenium ni, ada lagi orang yang 'mengamalkan' benda-benda macam tu.Huh,almaklum,manusia akhir zaman lagi 'rosak' akidahnya.. sanggup buat apa sahaja yang penting dapat apa yang dihajati. Kadang-kadang bab-bab nak balas dendam...huhuhu..no more explanation.

Keluargaku...salah satu sasaran orang-orang yang tak berhati perut ini...aku terkadang tak boleh terima kenyataan,kenapa harus ada perkara seperti sedemikian? Mungkin semalam bonda yang jadi sasaran..mungkin hari ini aku pula? Ya ALLAH,sesungguhnya hanya tempatMu lah aku meminta perlindungan...

Aku risau, aku yang selalu lalai..dapatkah lagi ku pertahankan pendinding diri?

Khamis, 15 Disember 2011

Berhenti !

Assalamualaikum w.b.t.
Sedikit perkongsian hari ini,BERHENTI!
Tolonglah,berhenti menyalahkan orang lain. Siapa kita untuk mempersoalkan kebolehan orang lain? Kalau ia pun kita boleh buat semua benda tapi layakkah kita untuk memperkecilkan orang lain? Kuat sangatkah kita? siapa kita berbandingNya?
Sedarilah teman, kami..aku..dia..dan kamu.. hanyalah makhluk yang kerdil. Kita hanya meminjam nikmat yang diberiNya,bukan bermakna boleh bermuka-muka.Mungkin hari ini dia tak mampu mungkin hari esok hari anda?
Kita..aku ..kamu.. dan dia, seumpama keluarga. Seandainya dia,sebagai ketua terlupa,maka ingatkan. Jika aku tak mampu maka bimbinglah. Sesungguhnya aku merasakan kenikmatan ikatan kekeluargaan itu bukan pada kekuatan,kekuasaan,kebolehan atau keupayaan..aku datang dari keluarga yang kecil. Ayah,mak dan aku. Itu saja. Tapi kemanisan itu tidak pernah kering kerana kami bertiga saling memberi. Memberi kerjasama dalam kekeluargaan. Suka bukan untuk seorang duka bukan untuk sendiri.
Kembali pada tajuk utama,aku tahu, kami, aku , dia dan kamu..berbeza tapi kita tetap sama di sisiNya. Berbeza manapun,asal,kembali kita adalah sama...

Sabtu, 10 Disember 2011

True love ...

Assalamualaikum w.b.t..
This weekend....alone again and again...:'(
My roomates have joined the Persada's activities again and again...(lol seems like 2pm's song)

but,never mind,hopely they in good condition.amiin..
Today,wanna share a 'love story' to u all,my brothers and sisters...^_^


It was a busy morning, about 8:30, when an elderly
gentleman in his 80′s arrived to have stitches removed from his thumb.
He said he was in a hurry as he had an appointment at 9:00 am.


I took his vital signs and had him take a seat,
knowing it would be over an hour
before someone would to able to see him.
I saw him looking at his watch and
decided, since I was not busy with another patient,
I would evaluate his wound.

On examining,I saw that it was well healed, so I talked to one of the
doctors, got the needed supplies to remove his stitches and redress his wound.
While taking care of his wound, I asked him if he
had another doctor’s appointment
this morning, as he was in such a hurry.

The gentleman told me no, that he
needed to go to the nursing home to eat breakfast
with his wife. I inquired as to her health.

He told me that she had been there for a while and that she
was a victim of Alzheimer’s Disease.
As we talked, I asked if she would be
upset if he was a bit late.
He replied that she no longer knew
who he was, that she had not
recognized him in five years now.
I was surprised, and asked him,
‘And you still go every morning, even though she
doesn’t know who you are?’
He smiled as he patted my hand and said,

‘She doesn’t know me, but I still know who she is.’
I had to hold back tears as he left, I had goose bumps
on my arm, and thought,
‘That is the kind of love I want in my life.’

Moral:

True love is neither physical, nor romantic.
True love is an acceptance of all that is,
has been, will be, and will not be.


*I got this story from Millatfacebook network...dunno who's post it.*

Khamis, 8 Disember 2011

Hati Menangis...

Assalamualaikum w.b.t.
Sudah hampir seminggu saya mencuba untuk menahan diri dan hati daripada menangis. Itulah kenyataannya. Sepanjang perjalanan ke Putrajaya,bermacam perkara yang mengusik hati saya sehinggakan terpaksa menahan tangis di dalam bas.

 Situasi 1
Meskipun berita kehilangan wallet belum sampai ke pengetahuan mak,saya tetap tak selesa memulakan perjalanan tanpa meminta 'restu' dan 'doa' daripadanya. Walaupun terpaksa menahan sebak,saya kuatkan juga hati,'mak,doakan saya ya,hari ni ada urusan penting,mudah-mudahan dipermudahkanNya'.
Jawapan mak dalam tenang membuat hati saya sedikit lega. 'Terima kasih,mak'.
(Seriously,selesai jak panggilan tu, aku nangis.Ni la first time aku rahsiakan sesuatu daripada pengetahuan mak.Maafkan Ela,mak)

Situasi 2
Ketika perjalanan ke Putrajaya(dalam bas),saya duduk belah dua beradik. Sungguh sekali lagi airmata saya nak tumpah.Terimbau kembali kenangan bersama arwah adik Ilmi. Umur dua beradik tu sama dengan lingkungan saya dan adik suatu ketika dulu. Rindu pada waktu itu.....CRYING................
Hanya ALLAH yang tahu betapa rindu saya pada adik.Al-Fatihah.
Tiba-tiba hati saya berbisik,seandainya dia(adik) ada ketika ini,pasti terlerai sedikit beban di bahu. Bukan semua benda boleh dikongsi bersama teman.Bukan tidak percaya teman.Bukan taknak cakap dengan mak dan bapa. Tapi perlukan insan yang benar2 diperlukan.Bukan bermakna tiada yang diperlukan.Tapi hanya satu.Sayangnya satu itu telah pergi.Bukan menyalahkan takdir,tapi inilah naluri. Mana mungkin akan ada pengganti.Hanya dia yang satu.

Situasi 3
Sama seperti situasi 2,tetapi dari persepsi berbeza, saya membayangkan mak berada di tempat si ibu. Membayangkan mak,mendidik saya...betapa sukar mendidik anak,walaupun seorang. Cuba mendalami naluri seorang ibu di mana dunianya disempitkan hanya untuk anak-anak. Katalah apapun, anak yang nakal tetap disayangi. Tunjuklah intan permata, dimatanya hanya dibutakan buat keinginan anak-anak. Yang utama,anak tak menderita seperti mana diwaktu kecilnya.Yang utama, anak dapat didikan agama, tak jahil sepertinya.

Situasi 4
Hidup tanpa rakan perjuangan memang payah. Syukur alhamdulillah,ALLAH hadirkan teman untuk saya susuri Ujian ini.Tanpa mereka,mungkin saya duduk terjelopok di tepian,menangisi apa yang terjadi. Resah gelisah...
Terima kasih Noreen,teman pergi buat Kad Matrik...Terima kasih Masnah,teman pergi Putrajaya.
Hari ni,pertama kali dalam hidup,membuat urusan rasmi tanpa mak dan bapa. Rasa terharu sangat,Masnah sudi temankan. Malah segala ketakutan yang terbayang di minda(almaklum aku ni suka berimaginasi yang thriller-cth urusan buat mykad ni aku boleh bayangkan masuk jail-hampeh) semuanya lenyap.
Hanya ALLAH sahajalah yang dapat membalas jasa kalian...

 Kesimpulan
Kehidupan ini,banyak liku-likunya. Terkadang kita terlupa bahawa walaupun zahirnya tampak keseorangan tapi hakikatnya kita berteman. ALLAH takkan biarkan kita keseorangan menempuh UJIAN. Buktinya,dia kirimkan teman yang sudi membantu, adik yang prihatin dan perkhabaran baik mengenai mak dan bapa(sihat walafiat). Meskipun ada masalah lain lagi yang timbul,masih ada lagi yang lebih baik untuk disyukuri.

(post ni la paling banyak aku nangis...sebenarnya semenjak kat dalam bas lagi aku nak nangis teresak-esak,tapi malu kat Masnah..hehehe)

Selasa, 6 Disember 2011

Who You are to Me

Assalamualaikum w.b.t...
Sememangnya sejak akhir-akhir ini,aku mengambil berat akan hal seseorang. Belum pernah ada insan lain yang aku risaukan sepertinya. Disatu sudut,tersedia buatnya.Mungkin ini hanya ujian buatku. ALLAH,tetapkan hatiku. Yakinkanlah aku,ada yang terbaik sedang menantiku. Tetapi tetap juga aku berfikir,bolehkah ku buang jauh rasa itu?Atau simpan saja menjadi dendangan hati dalam diam-diam.

Terkadang seakan ingin menangis kerana kelalaian ini. Who You are to Me?
eolmana deo apaya ne mami boilkka
malhaebeorigo sipeotjiman nunmuri chaolla
geureon naega nege haneun mal neomaneul gidaryeo
Because I love you


jabeul sudo eobseosseo meomchul sudo eobseosseo 
neoui heunjeokdeuri neomu manha
naegen neonikka jugeul mankeum ganjeolhi wonhae
ojik neonikka eotteokedeun gidaryeoya dwae
han georeumssik deo gakkai wajullae

aljanha naegen neoppuningeol
jebal nal honja duji ma

seulpeume chan nuneuro neoreul bol ttaemada
amu mareobsi barabogo useumyeo malhaetji
geureon naega nege haneun mal neomaneul saranghae
Because I love you
meorissoge gadeukhae gieokdeuri gadeukhae
neoui heunjeokdeuri neomu manha
naegen neonikka jugeul mankeum ganjeolhi wonhae
ojik neonikka eotteokedeun gidaryeoya dwae
 han georeumssik deo gakkai wajullae 
aljanha naegen neoppuningeol
jebal nal honja duji ma
boyeojugo sipeunde deullyeojugo sipeunde
nega nae gyeote eobseo geuraeseo deouk apeungeol
naegen neonikka jugeul mankeum ganjeolhi wonhae 
ojik neonikka eotteokedeun gidaryeoya dwae 
han georeumssik deo gakkai wajullae
aljanha naegen neoppuningeol
jebal nal honja duji ma

Because I love you
How much more do I have to hurt to see your heart
I wanted to tell you but tears are welling up
This is what I'm telling you - I only wait for you
Because I love you

Because I couldn't hold on to you
Because I couldn't stop
There are so many traces of you

Because to me, it's you
I want you desperately to death
Because it's only you
Whatever it takes, I need to wait
So will you please take a step closer to me ?
You know that I only have you
Please don't leave me alone

Every time I see you with my sad eyes
Without a word, I looked and you and smiled
This is what I'm telling you - I only love you
Because I love you

You are filled in my head
It is filled with memories
There are so many traces of you
I want to show you
I want to make you listen
But you aren't by my side
So it hurts even more
Because I love you


 Entah sejak bila aku mula tertarik pada suara Hyorin,mungkin semenjak permulaan bicara kita mengenainya. Jika kau masih ingat lagi dan membaca post ini,suatu bonus kerana aku takkan menyatakan apa yang ku rasa kini secara langsung. 
Islam dan adab timur mangajarku untuk sabar menanti...

(tag:katanya demam...seharian tak online...ada risau singgah di hati)

Sabtu, 3 Disember 2011

langit, kembalikan birumu.

langit itu biru,kata orang
tapi ada noda pada lirik mataku
kenapa harus yang  cantik itu terselindung?
aku mahu lihat biru
susur panah yang menikam langit
sudah lenyap tapi kesannya mendalam
siapa mampu kembalikan biru?
sekali aku mendongak ke atas,air mata deras mengalir
berdosakah aku jika dulu tidak mengenal biru?
tiada yang mendengar rintih hati
tapi aku yakin  DIA pasti kirimkan
busur panah yang mampu lenyapkan noda.