Selasa, 21 Januari 2014

Rindu

Assalamualaikum w.b.t
Aku fikir, apabila bapa pergi, hatiku mati separuh. Rupanya tidak.
Rindu.
Ya, rindu merupakan bukti solid kalau hatiku masih bernyawa. Ternyata manusia jadi waras setelah kehilangan. Aku jadi sedar kalau betapa banyak perkara tidak perlu terlaku. Allah... aku lalai.
Kehilangan merupakan madrasah pedih yang mengajar manusia erti hidup. Pengingat kepada kita yang memburu dunia.
Cinta, kasih, sayang, rindu...
Kali ini maha hebat hambatannya.
Sungguh, kalau menanti saat hilang baru timbul kesedaran, aku tersepit antara duanya, kerana aku rela memilih tanpa perlu kehilangan.
Ya, kehilangan itu prosesnya panjang.
Sewaras manapun, setabah apa pun, kehilangan itu pedihnya amat. Ia umpama hati separuh mati tapi masih bernyawa kerana rindu.
Bapa, ela rindu bapa.
Apabila rindu menyapa, cuma kalamNya dan sekalung doa pengubatnya. Unik. Kerana rindu akan di usung sampai mati. Sampai ketemu di negeri abadi.
Penghujungnya pasti bertemu jua.

Perginya bapa

Assalamualaikum w.b.t.
Apabila kami duduk diam di beranda, adakalanya akal sihat kami hilang warasnya.
Bapa benar-benar sudah pergi!
Kun fayakun...
Sekali Allah ambil balik milikNya, tidak sesaat cepat atau lambat tertunda.
Dan, saat untuk kita juga pasti tiba.
Keluarga kecil kami kini tinggal dua. Cuma dua. Dua hero kami sudah dipanggil kembali. Tinggallah kami meneruskan kehidupan. Meski susah, harus teruskan.
Sepi. Layak lagikah bibir ini menyebut sepi? Andai hati sendiri sudah mati separuh rasanya? Sepi.
Tangis. Air hangat tidak pernah berenti membasahi ruang hati sampaikan bengkak permukaanya. Patut sakit dirasa.
Kami biarkan saja tangis itu mengalir. Fitrah. Kami insan lemah. Dan ditiap tangis itu berharap kami sentiasa dibawah pemerhatianNya.
Bapa benar-benar sudah pergi!

Sabtu, 18 Januari 2014

Pergi

Telat tulisanku, kerana rasa tidak pernah singkat. Mungkin akan ku bawa sampai mati.
3 Januari, sebelum azan zohor berkumandang, bapaku pergi.
Benarlah kata murabbiku, tiada kata yang dapat menenangkan ku saat itu,malah ke saat ini.
Adakalanya aku lebih suka andai dibiar rasaku sendiri. Jangan dipeduli. Kerana aku sudah diajari berterima kasih atas tiap ucap selamat, tapi detik begini, terima kasih seakan bukan milikku.
Diam. Aku pilih begitu, setelah perginya bapa ku sedari. Sebenarnya, di sekeliling kita, ada 1 yang bisa buat kita punya semua.
Setelah mati separuh jiwaku, separuh lagi cuma tertumpu untuk terus hidup. Boleh jadi aku akan buta. Tidak ku lihat cantiknya dunia ini melainkan masa ku di bawa pergi.
Bapa, pergi dan aku redha. Sungguh, hilangnya tiada pengganti meski mengajar cinta baru.