Khamis, 28 Februari 2013

Ismi Laila Hijjera ;)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Hari ini, setelah sekian lamanya tidak memakai tag nama...sebabnya, tak nak kena compound. Rm50. Actually, di Uia ni bukan suatu perkara yang lumrah bagi seseorang pelajar untuk memakai tag nama. Selalu tengok pelajar-pelajar Edu dan cfs saja rajin pakai. Baju kemeja pun, agak jarang, tapi ada juga yang pakai. Sejujurnya, agak biasa kalau memakai jubah,t-shirt berkolar (tak berkolar pun ada) banding yang pakai kemeja siap pakai tali leher. Kalau pakai kopiah sekali...dua tiga kali saya belek. hehehe. Ada sorang, sekelas Islamic Aqidah semester lalu. Even saya suka kaitkan tag nama dengan sistem pendidikan di Barat, tapi tidak salah rasanya sebab ia cuma 'hal-hal yang kecil'.

Bicara pasal tag nama ni, ismi Laila Hijjera binti Mustamin. Asalnya, Laila Hijrah tetapi bunyi-bunyi Bugis telah melekat. Kisahnya, seorang pakcik yang mendaftarkan nama saya di pendaftaran dahulu, penutur Bugis yang tegar dan huruf 'H' dihilangkan. Walaupun agak payah untuk sesetengah orang menyebutnya, tapi dengan ejaan yang sebegitu, adakalanya ia mengundang 'klasik' dan 'nostalgia'...

Bukan hendak promote diri, sekadar hendak berkongsi sejarah. Ramai yang menyangka bahawa nama saya diambil sempena kelahiran saya pada malam Hijrah. Sebenarnya tidak. Saya lahir pada subuh 22 Jamadil Awal 1412.  Kata bonda, nama saya di ambil sempena 'perpindahan' saya dari Indonesia ke Malaysia. huhuhu. Saya dikandungkan di tanah Sulawesi, pada awal tahun 1991. Kemudiannya, bonda mengikut bapa saya ke Sabah pada pertengahan 1991 dan saya dilahirkan pada akhir tahun tersebut.

Ada juga sumber menyatakan, nama saya di ambil sempena nama dua orang adik beradik yang menetap di Sandakan, Sabah. Ketika itu, keluarga saya menetap di Lahad Datu. Dua beradik tersebut bernama Laila Hijrah dan Mohd Badrul Ilmi. Arwah adik saya bernama Mohd Badrul Ilmi. (al-Fatiha)

Apa pun asalnya, sedikit sebanyak nama 'Hijrah' sinonim dengan perpindahan sekolah yang kerap ketika saya berada di sekolah menengah. Justeru itu, tidak hairan kalau-kalau saya sememangnya tidak dikenali dalam kalangan guru-guru.

Rasanya, insan yang memiliki dua patah atau lebih nama,pasti mengalami nasib yang sama. Orang keliling saya lebih mengenali saya sebagai Laila berbanding Hijjera. Kadang-kadang saya tidak kenal Hijjera. Tapi dalam ramai-ramai ada seorang teman yang sentiasa memanggil saya dengan nama itu, Faezah (eja)...dia panggil saya Ejera. Seorang guru makroekonomi juga pernah memanggil saya dengan nama Hijrah. Nama yang amat saya senangi setakat ini adalah kak Lai semasa saya berada di tingkatan 4 dan 5. Ditakdirkan, dalam dorm saya (mawar9) terdapat dua orang aspuri bernama Laila, seorang junior, dan saya. Rakan dorm saya, Nana, merupakan perintis kepada nama ini dan akhirnya panggilan kak Lai bukan sahaja dalam kalangan adik-adik asrama, malah turut digunakan oleh adik-adik di sekolah, rakan-rakan sekelas mahupun segelintir guru.

Tetapi suasananya agak berbeza apabila saya telah berpindah ke asrama baru, saya dikenali dengan panggilan kak Laila mungkin juga kak Lela. Akhirnya, nama Laila saya bawa sampai ke alam kampus. Lain daripada yang lain, tentunya daripada seorang sahabat, Cik Nang a.k.a. Lotus Huda a.k.a. Masnah Maikul, hehehe even mula-mula saya tak biasa dengar panggilannya, Lola, tapi sekarang ia merupakan satu yang unik. Tidak mudah sebenarnya hendak menerima sesuatu yang baru daripada orang lain lebih-lebih lagi melibatkan panggilan.

Okey, selesai sudah sesi sejarah saya.

( tapi aku selalu perasan 1 hijrah tu hari jadi aku. detik bersejarah dalam Islam.)

Rabu, 27 Februari 2013

cita-citaku...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

First of all, syukran atasan kunjungan kalian. Cakap sendiri tidak mengapa tapi kalau ada yang mendengar, sesaat dua saat pun, lebih baik rasanya.

Alhamdulillah, buku Propagandis Zaman sudah habis dibaca. Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya belum punya mimpi untuk berada dalam bidang kewartawanan. Namun, APABILA saya berada di bidang itu KELAK, insyaAllah, akan saya manfaatkan. InsyaAllah. Sejujurnya, saya teruja untuk membongkar aktiviti licik politikus, orang berpengaruh, selebriti, atau sesiapa sahaja yang menjadi tumpuan masyarakat. Senang kata, orang awam berhak untuk mendapat 'berita' yang sahih. Bukan berita yang di'cover'2.

Saya 'merindukan' suasana media yang tidak berat sebelah. Diluar pengamatan saya, masih ada lagikah media yang memaparkan 'berita' tanpa memilih bulu? Mungkin. Tidak.

Kebetulan, baru-baru ini, saya dan rakan-rakan se'subjek' Foundation of Communication in the Quran and Sunnah telah ditugaskan untuk menganalisis isi kandungan surat khabar tempatan berkaitan isu Islam dalam konteks masyarakat Malaysia. Apa yang dapat saya simpulkan ya? hmmm... tunggu 2bulan lagi la,ya? sebab final report pada bulan April. Lagipun, saya memerlukan pandangan rakan-rakan kumpulan lain juga. Mana tahu saya yang ter'over', ini tidak betul, ini salah.. padahal orang  media tersebut sudah bertahun-tahun dalam dunia pekerjaannya. (Cehh, framing theory pun aku tak tahu apa benda...)

Satu ILMU yang tak ternilai bagi saya ketika membaca buku Propagandis Zaman ni, bagaimana penulis mengungkapkan alam kerjaya dan atmosfera kewartawanan dengan para perawi hadis tersohor seperti Imam Bukhari, Imam Muslim dan lain-lain. Meskipun, mereka bukanlah wartawan, namun 'pekerjaan' yang mereka lakukan merupakan 'pekerjaan' yang ditangani oleh sekalian wartawan. Memetik petikan dalam buku ini,

"Dengan hanya berbekalkan catitan dan persuratan yang terhad di zamannya, Imam Bukhari melakukan penyiasatan daripada orang ke orang. Menemui orang dekat dan jauh, meletakkan disiplin yang tinggi iaitu hanya memakai keterangan orang yang kuat ingatan, yang beramal soleh,yang adil dan yang jujur. Semua keterangan daripada orang yang diragui daya ingatan, keadilan dan kejujurannya diketepikan, sekalipun mereka pada hakikatnya orang yang benar."

Nah, bukankah ini yang sepatutnya dijadikan 'contoh' bagi mereka yang bergelar wartawan di luar sana? Khidmat yang disumbangkan oleh Imam Bukhari adalah Ibadah.  Hari ini? Media merupakan sarang memecahbelahkan Ummah, promote diri, berlebih-lebihan dalam menyampaikan sesuatu, menyembunyikan kebenaran...sekiranya ada yang tidak begitu, alhamdulillah, yang saya bicarakan di sini, media yang buta,tuli dan bisu.

Masyarakat tidak 'jahil' dalam dunia yang serba canggih ni. Dikhuatiri, akibat banyak sangat 'tipu' nanti masyarakat naik muak. Anyway, saya tidak memihak kepada mana-mana pihak, usia yang sebegini mungkin bukan penghalang untuk menghadam ilmu politik, tapi saya sedang cuba ke arah itu. Semasa membaca dan memutar kembali detik sebelum dan ketika kemerdekaan Tanah Melayu, tidak dapat tidak, saya membayangkan bentuk 'satu nasionalisme rumpun Melayu'.

Mengakhiri pertemuan kali ini, tidak menjatuhkan sesiapa, memandang rendah atau menyombong diri, cuma meminta sedikit perhatian, seandainya kerja yang dilakukan hanya sekadar kerja, dimanakah letaknya keistimewaan dan kelebihan kita sebagai umat terpilih?

(dunia baruku bisnes rumpai laut. nanti post ada bunyi-bunyi ekonomi pula. pelbagai, macam pelangi.)
kerana mutunya mengundang pengkaji, akalku teruji. merangkak-rangkak...ooo perempuan nan bercinta berikan aku ruang dan kesempatan 'bernafas'
 

Ahad, 24 Februari 2013

nationality

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Pencerahan thinking process saya lewatkan dalam masa terdekat ini. Akan datang, inshaAllah! Sekarang ralat membaca karya Subky Abdul Latif, Memoir Kewartawanan-2 ANAK APAK, Propagandis Zaman. Seorang teman bertanya kenapa saya tertarik membeli buku tersebut padahal sebelum ini saya lebih tertarik membeli karya-karya sejarah Islam seperti hasil tangan Abdul Latip Talib dan juga karya Ustaz Felix Siauw (Beyond the Inspiration & Muhammad Al-Fatih 1453). Meskipun tidak sampai sebulan, 2 minggu yang lalu lebih tepat, saya sudah lupa jawapan yang saya berikan.

Ramai yang tahu dalam kalangan teman rapat, saya berada di bidang yang bukan saya mahir mahupun minat, komunikasi. Tetapi, saya putuskan untuk tidak menjadi pelarian lagi. Ini bidang baru yang saya perlu terokai, mungkin ada sesuatu yang menarik di dalamnya. Harapnya begitulah. Pembelian buku ini merupakan langkah awal saya melembutkan hati, memberi ruang dan peluang, daripada 'tidak peduli' kepada 'peduli'. Doakan ya!

Pukul 2 petang merupakan waktu yang paling penat melayan karenah mata, pinta dipejam meskipun cuma 5 minit. OOOOHHHH.. diturutkan hati mahu saja buku Intro to political science tu dijadikan benteng untuk beradu..hohoho  tapi hamba ini sudahlah jahil, nanti berkah pun tiada. Tapi petang tadi, bicara mengenai state dan pembentukkannya. Bukan hendak melanjutkan lagi, (terus-terang, i have no idea about political science ni, sebab tu macam nak 'mampus' memaksa otak untuk menghadam satu-satu informasi) cuma saya tertarik pada statement murabbi, 'people like to identify someone by their nationality'.

Analoginya, pergi luar negara, selepas perkenalkan nama, mesti sebut nama negara,kita asal mana dan orang lain pun lebih tertarik kepada identiti negara kita banding pekerjaan (misal kata bekerja). Lebih menarik lagi, ada orang tu semasa berada di Malaysia jangankan nak makan, nak bau petai pun tidak sudi tetapi apabila berada di luar negara, terasa bangga apabila ia berjual di sana, langsung jadi favorite. ceehhh, balik cuti sebulan, minta mak masak, mak pelik, 22tahun tinggal dengan mak tak makan benda tu, tetiba ngada-ngada nak. angin juga. (nampak merapu je aku, copy paste ayat murabbi ni, tapi ini realiti  sebab aku pernah alami benda yang sama-apa dia rahsia la, malu loohh) Padahal, baru dalam negara, dari Sabah ke Selangor.

Ahakss.. apa yang Laila Hijjera cuba sampaikan?  Actually, saya da pernah sentuh perihal ni kat post yang lalu, tahun lalu. Bagaimana semangat 'nationality' berpengaruh dalam diri seseorang, organisasi dan masyarakat. Lebih tepat, 'nationality' masih membatasi kita untuk kembali bersatu. Jangankan dalam kalangan negara-negara Islam, bahkan di dalam negara itu sendiri, berlaku perpecahan. Mengingati kata murabbi saya semester lalu, kesedaran untuk kembali kepada sistem Khalifah itu sudah ada sejak sekian lama tetapi belum berjaya kerana faktor internal dan external. Malah masyarakat sedia maklumi adanya anasir-anasir yang cuba menggagalkan percubaan untuk Islam bangkit kembali. Harus diingat, semakin kita beranjak kehadapan, semakin beranjak juga 'taktik' mereka. Generasi hari ini harus lebih kuat daripada generasi terdahulu! Allahuakhbar!

(usai baca buku Subky, aku masih berharap adanya suara media yang bebas. Tidak tuli,buta dan bisu)

Rabu, 20 Februari 2013

thinking

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum w.b.t.
 Semalam,tanpa disengajakan, saya melewati satu laman di muka buku. Walaupun, saya bukanlah tidak sependapat dengan ‘hujah’ yang mereka nyatakan, namun, mencapai kewarasan dan mungkin ‘profesional’. Maaf kalau hendak kata berbangga tidak sama sekali kerana saya ini cuma insan kerdil yang tidak punya luas pengetahuan. Tapi, ‘kejahilan’itu ada batasnya.

Manusia dikurniakan akal dan itulah yang membezakannya dengan haiwan. Meskipun manusia bukanlah ‘merdeka’ dalam segala hal, namun kita merdeka dalam satu hal yang pasti, PILIHAN. Kita bebas untuk memilih sama ada mahu mengikut jalan yang lurus ataupun bengkok, sama ada baik atau buruk, sama ada betul atau salah. Berbanding dengan haiwan yang cuma punya one-way iaitu patuh pada penciptaannya (follow instinct).

Kata seorang pensyarah saya, “understanding depending on the context of your mind”. Meaning to say, dalam sesuatu perkara, setiap insan punya persepsi,pendapat dan pemahaman sendiri. Ia bergantung dalam banyak perkara,latar belakang: geografi, budaya,agama,ilmu dan banyak lagi. Oleh itu, dalam menyampaikan sesuatu kepada seseorang hendaklah berdasarkan tahap pengetahuannya. Jika tidak, sama ada kita dicop sebagai ‘penipu’ mungkin juga ‘gila’. Mungkin.

Tapi dalam konteks masyarakat hari ini, amat advance, dalam sesaat setiap informasi sudah dalam genggaman. Sekejap saja sudah tersebar luas. Istilah ‘jakun’ tidak sinonim untuk masyarakat Malaysia khususnya. (pengaruh media & internet). Di sudut lain, ia baik untuk membendung istilah ‘sembunyi informasi’ atau ‘tutup cela’ dalam kamus pemerintahan. Tapi masalahnya, berapa ramai yang tahu berfikir secara kritikal,kreatif, ethical dan spiritual?

Kritikal dan kreatif dalam berfikir tidak mampu atau tidak cukup untuk mengawal dan mengurus emosi seseorang. Kita perlukan ethical thinking. Namun, punya ketiga-tiganya juga belum mencukupi kerana terdapat ruang kosong dalam jiwa, iaitu di tingkat teratas , wisdom. Ia memerlukan spiritual thinking process. (perlu pencerahan lagi, tapi sudah penat mahu taip. Sambung di episode akan datang mengenai proses ‘thinking’ni,ya.)

In short, apabila terdapat sesuatu masalah, ramai orang ‘cemerlang’ dalam mengkritik, menghukum dan menghakimi. Tapi sedikit yang mahu menyelesaikan. Mungkin sifar. Ramai yang berfikir mereka sudah kritikal dalam berfikir padahal kritikal itu bukan kritik, melainkan mahu percaya atau tidak percaya dalam sesuatu perkara. Padahal untuk menyelesaikan sesuatu perkara itu bermula pada kreatif, kemudian ethical dan seterusnya spiritual thinking process.

(aku baca kemudian marah. Isu kaum. Komen,tidak. Marah jadi kasihan, mereka ‘jahil’. Cuma doa. Itu termampu.) – nikmatIslam-

cr: mdm M, subjek cct. 

Sabtu, 16 Februari 2013

kelas arab: first day

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Hari ni, saya hendak berkongsikan sedikit ilmu yang saya peroleh daripada kelas Arabic minggu lalu. Untuk pengetahuan anda di luar sana, walaupun nampak leceh, tapi ia sesuatu yang amat berguna. Pelajar taman budi dan ilmu ini, khususnya bagi sesiapa yang mengikuti kuliah IRKHS, (kalau student IRK, sudah pastilah belajar arab) tapi HS pun sama. Kami wajib menghabiskan 6level arabic language tetapi kini sudah disingkatkan kepada 5 level. Kuliah (ECONS,KAED...etc) lain cuma perlu menghabiskan 2 level sahaja. Pelajar HS perlu mengambil 8 subjek elektif IRK daripada 10 subjek yang ditawarkan, antaranya, Islamic Aqidah, Revelation as source of Knowledge, Islamic Ethics, Prophetic, Menthod of Da'wah,Creative Thinking and Problem Solving, Introduction to fiqh, Usul Fiqh, Science of Hadith dan Science of Quran. Sekiranya menghabiskan kesemuanya, maka kami boleh bergelar student minor IRK.

Walaupun jadual kelas arab sebenarnya banyak mengganggu waktu subjek lain, sebab ada yang setiap hari kuliah ada kelas, dan kalau macam saya ni, level 4, 3hari berturut-turut. Tapi ia memudahkan kita untuk lebih memahami makna dan mengingati ayat al-Quran dan Hadith.

Saya lanjutkan, hari ni nak berbicara mengenai huruf hamzah dan 'perumahnya'. Sebelum tu, nak maklumkanlah kan, saya akan terangkan mengikut kefahaman saya sebagai seorang yang baru belajar bahasa arab, maka mungkin ada istilah tertentu yang lebih tepat kepada pernyataan di atas dan perkataan selanjutnya nanti yang saya gunakan dalam bahasa 'mudah' difahami. Seperti kita sedia maklum, baris/harakat dalam arabic ni terdiri daripada Kasrah (baris bawah), Dhommah (baris depan), Fathah (baris atas) dan Sukun (tanda mati). Untuk menentukan perumah Hamzah, kita bandingkan nilai 'kekuatan' bagi tiap baris tersebut. Dimulai dengan 1-Kasrah, 2-Dhommah, 3-Fathah dan 4-sukun.

  Contoh perkataan " بِئْرٌ" yang bererti telaga;perigi;sumur. Perkara yang menjadi bandingan adalah baris hamzah dan baris huruf sebelumnya. Huruf  ب  yang berbaris kasrah lebih 'kuat' berbanding sukun hamzah. Maka perumah yang digunakan pada hamzah adalah  ى .

Contoh lain, سُؤَال   yang beerti soalan. Macam saya katakan tadi, kita hendaklah membandingkan baris hamzah dan baris huruf sebelumnya. Dalam perkataan di atas, perbandingan antara huruf  س yang berbaris Dhommah dengan huruf  ء  yang berbaris Fathah, antara Dhommah dan Fathah, Dhommah lebih kuat, maka kita gunakan perumah  و  bagi Hamzah.

Contoh seterusnya, فَأْرٌ  yang beerti tikus. Diantara huruf  ف  yang berbaris Fathah dan huruf ء yang sukun, sudah pastilah baris Fathah yang lebih 'kuat' maka perumah yang digunakan bagi huruf  ء adalah  ا .

Ini basic arabic, takda dalam sukatan matapelajaran pun, tapi Ustaz Abdul Rahman ajar je sebab masa hari pertama kelasnya, kitorang tak reti letak perumah hamzah. hehehe Walaupun sedikit 'susah' kelas semester ni, ustaz yang ajar ustaz internasional, so kitorang berhadapan dengan masalah komunikasi. Walaupun dua-dua pihak boleh cakap English, tetap juga berlaku 'kesalahfahaman' dan 'lost' dalam sesi pembelajaran. InsyaAllah kelak dipermudahkanNya. Amiin. 

(tiada istilah malu walaupun adik umur 7 tahun reti bahasa arab banding diri yang da tua ni baru nak belajar. Tiada istilah terlambat selagi peluang terbuka luas.)

Jumaat, 15 Februari 2013

sedetik di Floating,Semporna

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Kaifa halukum? Agak lama juga saya tidak muncul di sini. Alhamdulillah, sekarang sudah memulakan kuliah bagi semester dua, ohohoho usah dijadikan persoalan mengapa angka semester saya ini agak kecil bilangannya banding teman seangkatan yang lain. Jawapan saya, kerana diri ini terlalu berharga. (senyum). Hanya pelajar yang pernah dan sedang bergelar 'student CELPAD' mengerti akan perihal ini.

Cuti tiga minggu terlalu singkat untuk disiakan dan terlalu indah untuk ditinggalkan. Tidak tahu hendak mulai di mana dan yang mana satu hendak diceritakan, semuanya bagai lembaran baru, padahal sudah hampir 22 tahun saya bersama mereka, ayahbondaku. Sedikit memori untuk dicoretkan di sini, saya sempat berkunjung ke tempat di mana 16 tahun yang lalu saya kunjungi. Sekali dalam seumur hidup, dan kini 'dunia baru' saya datang lagi.Dulu, jiwa anak-anak yang 'suci' tanpa 'desire' yang melalaikan, saya berdiri menatap lautan tanpa memikirkan apa yang bakal saya hadapi hari ini. Kini, tempat yang sama, imbasan lautan di hadapan menggambarkan pelbagai andaian bercampur 'desire' yang tiada berpenghujung.







gambar-gambar di atas saya ambil ketika berkunjung ke Semporna, Sabah. tag: bapa Taming,bonda Bida, puang Hj Jide, puang Hjh Dia dan kemanakannya, Puang Hjh Nurmin, sepupu jauhku Juhuri, dan adik jiran Riswan. 
Meskipun cuma kami bertiga dalam keluarga, kami tidak pernah berasa kecil kerana kehadiran taulan lain pelengkap kekurangan itu. Jazakumullah hu khairan khatir. Saat bayu menampar lembut pipi, ada rindu berlagu pada bayu Sulawesi, entah bila lagi berkesempatan meredah lautan ke seberang sana. Kerinduan zaman kecil ini sarat, lantas berkongsi sedikit rasa yang mungkin dilalui saudariku, Lotus Huda, pada tanah tumpah kelahirannya ini. Ya, Allah, kabulkan doa saudariku itu. Amiin.

Sekarang beralih kepada dunia kuliah, insyaALLAH saya akan mengambil subjek Introduction to Political Science, Science of Hadith, Creative Thinking and Problem Solving, Foundation of Communication in the Quran and Sunnah, dan arabic level 4. Sikit saja bha kan..heehehe slow..slow dulu.Walaupun masih dalam bahang 'cuti' (bermalas-malasan), kelak saya akan kongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi. InsyaALLAH.

Semester baru, teman baru, tetapi tidak siapa pun menjangka tempoh perkenalan dan pertemuan bakal diuji dengan perpisahan, perpisahan kecil. Seorang yang saya temui saat hari pertama melangkahkan kaki ke bumi taman budi dan ilmu ini. Seorang pula, satu-satunya teman internasional yang saya kira rapat sejak mulai kenal kerana berkongsi 'minat' yang sama. Hati saya berat melepaskan mereka pergi kerana terlalu banyak perkara dan terlalu banyak kata yang belum terluah untuk mereka. Belum puas rasanya untuk mencipta kenangan bersama mereka. Ya, Allah, apa pun jalan yang mereka pilih selepas ini, semoga di dalam rahmatMu. Amiin.

(semakinku jauh, semakin Kau dekat, ada doa ku pohon, menyusur jalan pulang---Ku kira bicaraku sudah tidak bercahaya rupanya refleksi dari hati.)