Ahad, 30 Disember 2012

nota-nota kehidupan 1

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah, baru sahaja selesai jogging, (cehh..org da jogging bersihkan badan, aku sibuk pulak nak 'blogging'). Owh ya, aku da mula malas hendak share blog kt facebook selepas post entri, jadi kepada sesiapa (kalau ada la..) yang sudi berkunjung ke mari tanpa perlu aku promosi di laman muka buku tu, terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi...hihihi

Rasanya, sudah memasuki bulan ke-3 aku  mengambil supply makanan herbalife. Mahal? yup! memang tak dapat nak nafikan, mahal. Inipun hasil sokongan kewangan daripada ayahbonda tercinta. Kalau nak harap duit 'ptptn' yang ku pinjam tu memang tidak cukuplah. Semester ni saja, da hampir RM 2k ayahbonda bagi. Tapi, insyaALLAH, lepas ni, aku akan guna duit sendiri. Ada rezeki, boleh guna duit JPA. Rezeki,memang hadirnya tak disangka-sangka, agak melampau pula kalau nak kata tak diundang, sebab tanyalah kat sesiapa pun, siapa tak nak duit JPA? 

Meskipun, sedikit gementar ni, sebab dapat tawaran tu masa final exam da, padahal masa midterm test, aku buat ala kadar saja. Bukan nak kata aku tak belajar sungguh-sungguh, kiranya aku tak tertekan sangatlah, belajar tu belajar tapi aku tak letak untuk dapat high marks, yang penting, aku belajar sesuatu tu, fahamkan, kemudian aplikasikan dalam kehidupan seharian. Asal tidak kurang 2.0 kira ok la. Tu azam mula-mula masuk kuliah. Aku bukan yang jenis terus lompat, naik pelan-pelanlah, nanti gila pointer pula aku. huhuhu. Tapi sekarang, semua benda dalam kepala, target pointer da naik kepada 2.6. Pehh.. nasib baik 'jpa' bagi masa dua sem, kalau tidak, takut juga kalau-kalau baru dapat satu sem duit, terus kena tarik balik. Tak ke susah, 'ptptn' da cancel, 'jpa' kena tarik... (tak terbayang....)

Berbalik cerita pasal herbalife, selalu orang tanya, kenapa nak makan herbalife? nak slim? jaga kesihatan? yang agak melampau sikit, nak cantik? Ceh... Kalau aku, selalu kat mulut kata nak jaga kesihatan, tapi kata hati, semua tu ya. Kalau semua kemungkinan tu boleh jadi penyebabnya, betul lah kot. Sebab aku pun manusia,ada desire. Tapi mengimbau detik yang menarik aku ke dunia yang sekarang ni, ketika mengikuti kelas Islamic Aqidah. Satu perkara yang mungkin agak sukar nak jumpa kat institusi lain, kat uia aku belajar sambil muhasabah diri. Walaupun madam jenis yang strict, tapi aku sangat-sangat berterima kasih sebab banyak benda kot yang aku dapat belajar dalam kelasnya. Kadang nak nangis time belajar tu. Terharu.

Aku tak tahu pasal orang lain,  tapi berdasarkan pengalamanku, kalau dulu orang sebut bab-bab diet, aku menyampah. Buat apa nak cantik luaran...cantik dalaman sudah. Tapi dalam kelas Islamic Aqidah tu la, buat aku terfikir, aku terlalu lalai dalam menjaga perihal fizikal yang Allah kurniakan, bagaimana aku terlepas pandang dalam etika pemakanan dalam Islam, dan banyak lagi. Satu persoalan yang selalu bermain dalam fikiranku, bagaimana agaknya perasaan seandainya aku jalani hidup yang macam ni..macam tu.. dan macam begini begitu..akhirnya point utama, bagaimana aku boleh tunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya dan sebagai seorang khalifah di muka bumi. Tidak dapat tidak, semuanya akan berkaitan juga dengan aspek kesihatan fizikal kerana rohani dan jasmani saling melengkapi dan berkaitan.

Senang cerita, apabila sudah berada di zon ini, aku agak selesa walaupun banyak benda yang menjadi permasalahan, tapi masalah kan ada dimana- mana. Lebih baik pilih benda yang positif kan? Sekadar nak kongsi, 2 minggu lepas,aku timbang da turun 8 kilo 200 gram.Target aku sebelum balik kampung sekurang-kurangnya dapatlah 10 kilo. Sebaiknya peratus lemak tu yang kena tumpukan, tapi tu secara pelanlah kan, ini nak bagi turun berat badan sebab rasa da selesa bila jalan rasa ringan, ceh 8kilo kot da hilang, memang terasa la. Sebenarnya boleh saja kalau nak turunkan berat tanpa herbalife tapi aku nak 'cepat' jadi kena ada alternatif lain selain jogging dan jaga pemakanan.

Semenjak semester ni, aku perasan banyak benda yang berubah dan berlaku kat aku. Sangat banyak. Ni pun hasil pencerahan dalam kelas aqidah hari tu. Memang betullah,manusia tidak boleh statik. Sebab tu kita tak boleh terlalu ekstrem sangat dengan apa-apa hal. Indahkan Islam, bersederhana. ok, la nak study, khamis dan jumaat ada exam RASOK dan Islamic Aqidah. Doakan ya. Peace no war!
wasalam warahmatullahi wabarakatuh.

Jumaat, 28 Disember 2012

exam: mereka dan aku.

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah, hari ini genap tiga exam yang sudah saya tempuhi maka ada tiga lagi exam lain yang harus diselesaikan. InsyaALLAH, doakan ya.

Sedikit perkongsian dan tidak terdetik sedikit pun untuk membuka pekung di dada, baik buruknya bumi taman budi dan ilmu ini adalah tempat saya menuntut ilmu dunia dan akhirat. Kata orang, kita belajar daripada pengalaman. Kadang-kadang apabila hendak 'membongkar sesuatu perkara' banyak yang berbunyi berkata kita tidak seharusnya kecoh, kerana nanti boleh mendatangkan malu buat nama baik Universiti. Di sini kita tersalah anggap, setiap institusi mendokong visi dan misi yang baik-baik belaka lebih-lebih lagi segah nama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Subjek yang bertindak sebagai 'penghidup' dan 'penjaya' misi dan visi itu adalah kita yang terdiri daripada pendidik, pelajar, dan yang seangkatan dengannya dalam kata umumnya, manusia.

Jadi, kalau difikir secara logik,tidak timbul istilah malu pada nama institusi setelah kita sedia maklum yang menjadi subjek di situ adalah manusia, makhluk yang punya kehendak, kelebihan dan kelemahan. Dan kita sedia maklum,di mana-mana pun, ada yang memegang watak baik dan jahat. Istilah mudahnya, situasi ini adalah suatu yang normal dan nature.

Berbalik kepada topik yang ingin saya kongsikan, semalam merupakan exam tilawah 1 dan 2 bagi student UIA. Saya merupakan antaranya, tilawah 2. Masa yang tercatat dalam slip exam saya adalah 11:18 a.m dan saya berserta 2 rakan yang lain (Noreen dan Pinaz) bergerak ke tempat peperiksaan pada 10:30 a.m. Berbeza situasi semasa saya mengambil exam tilawah 1, keadaan conference room (tempat exam) agak lengang memandangkan ketika itu merupakan short semester/ semester pendek. Ketibaan kami 'disapa pandangan' dengan puluhan pelajar yang menunggu giliran.

Aksi tolak menolak ada di setiap penjuru pintu masuk, dan inilah yang memenatkan saya kerana terpaksa menanti hingga ke jam terakhir semalam. Setelah hampir 7 jam menjadi penunggu setia di hadapan pintu, barulah saya berpeluang untuk masuk ke ruang exam. Pada awalnya,saya agak 'malu' untuk turut sama bersesak-sesak dalam ramai, rimas kot! Tetapi saya runtuhkan 'keegoaan' saya dan menyertai 'kumpulan yang bersesak-sesak', saling tolak-menolak...memandangkan waktu telah bertukar daripada pagi ke petang, sedangkan banyak perkara yang perlu saya selesaikan sebelum hari menjelang malam.

Namun, boleh dikatakan sia-sia usaha saya kerana meskipun  telah berjaya mendekati pintu kayu berwarna coklat tu, examiner saya terlalu 'lambat' operasinya, maka pelajar yang sama examiner dengan saya berlambak bilangannya. Ya, persoalannya, kenapa perlu bertolak-tolak? Beratur kan senang? Kalaupun lambat sampai giliran (macam yang saya cakap tadi, examiner saya lambat operasinya)  tetapi sekurang-kurangnya dapat save tenaga daripada bertolak-tolak dan mengumpul keringat yang entah  berapa banyak 'tumpah' semalam. Siapa pun boleh berkata dan mencadangkan benda yang sama, tetapi tidak seorang pun yang bertindak.

Pada awalnya(selepas lunch hour) pelajar perempuan yang sampai dulu di tempat exam dan ada yang tidak berganjak daripada ruangan tersebut, menanti waktu kedua exam telah membuat barisan panjang mengikut angka examiner masing-masing. Tetapi, sebaik mana pun aturannya, kalau tiada yang bertindak sebagai ketua, strategi yang diguna tidak menjadi. Terbukanya sahaja pintu, semua meluru masuk. Ya, tidak dapat tidak, harus gunakan sistem giliran meskipun terpaksa berbaris panjang macam waktu sekolah menengah dulu. Lagi-lagi di dalam asrama, kalau boleh semua benda nak beratur, makan, mandi, seterika baju, tapi itulah yang terbaik.

Ramai yang mengeluh sistem tak sitematik. Tapi tidak tahu berapa ramai yang mengambil ikhtibar daripada situasi semalam. Semalam, ramai yang mampu berkata dan bersetuju untuk beratur tetapi masih tidak mampu bertindak kerana siapa pun takut untuk meninggalkan 'tempat' sendiri yang dipertahankan hasil daripada tolak-menolak. Esok-esok, kita menjadi pihak atasan, jadilah pihak atasan yang menyediakan 'situasi' yang selesa dan sistem yang sistematik . Bukan di sini saya kata pihak atasan 'tak baik' kerana saya sendiri tidak tahu punca munculnya 'situasi ribut' tolak menolak, senang kata sistem tak sistematik je la. Tapi sebenarnya boleh je kalau semua ada kesedaran tersendiri, baris tanpa perlu diarah.

Ada je suara sumbang, 'kata UIA.. baris pun tak reti diam-diam,nak juga tolak-tolak,rebut-rebut' kami ini, terutama yang wanita masih perlukan tarbiah, emosi masih menguasai diri. Banding student lelaki, mereka reti je baris takda tolak-tolak. tapi itupun pintu yang sebelah kitorang je sebab mereka semua majoriti lelaki, ada persetujuan dalam kepala masing-masing kot... tak payahsusah-susah nak bertolak-tolak. Masing-masing ada ego yang dijaga.


Kesimpulannya, proses belajar itu bukan setakat di dalam kelas sahaja, semalam merupakan pengajaran yang sangat-sangat berharga buat saya dan juga yang lain. Kami, mungkin antara penyebab dan kekangan untuk membentuk baris tanpa diarah sebab ego masing-masing, tetapi esok-esok ada situasi yang sama, saya mungkin akan berfikir dua kali untuk melakukan perkara yang sama. Lagi-lagi kalau sudah bergelar pihak atasan, kalau kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita. InsyaAllah. Peace no war!


Rabu, 26 Disember 2012

bersama mereka

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Akhirnya ketemu sudah ke penghujung semester 1 bagi tahun kedua saya di Universiti 'Taman Budi dan Ilmu' ini. Walaupun sudah selayaknya memegang title 'senior' kepada 'junior' yang baru masuk, namun saya juga tidak ada bezanya dengan mereka. Ya, ini merupakan semester pertama saya di alam 'kuliah' setelah dua semester bergelumang dengan kelas-kelas bahasa (lebih tepat kelas English sebenarnya). Seandainya hendak dibandingkan di antara 4 semester ini (satu lagi semester pendek, pada bulan ramadan yang lalu) semester pendek itulah yang paling saya 'cintai'.

Tanpa permulaan mana mungkin ada rantaian selanjutnya seperti ini, tanpa tarbiah pada bulan ramadan lalu, tidak ada palitan warna warni di kanvas hidup saya sekarang. Tidak keterlaluan untuk saya perkatakan bahawa saya berbangga dengan penghijrahan diri saya meskipun terlalu awal untuk bersenang hati. Perjuangan masih panjang.

Dahulu, saya cuma tahu melakar menggunakan dua warna, hitam atau putih. Setelah belajar mengenal warna-warna lain, baru saya sedar kita diciptakan pelbagai warna untuk saling melengkapi. Mana mungkin saya membuang warna-warna itu setelah sebahagiannya menetap di sini (qalbu).

Terlalu sukar untuk melangkah ke hadapan kerana variasi kemungkinan bakal bermula dan berakhir. Masih segar tatkala diri terlalu malu untuk berhadapan dengan ramai di hadapan kelas, terbayang figura diri yang sedaya upaya menyatakan satu-satu butir ilmu meskipun tidak punya kemahiran, kalimah 'ya latif' tersemat tatkala berhadapan dengan murabbi, 'keputusasaan' apabila kerja yang dihantar ditolak, kelu tak terkata meskipun tiap kali nama ini disebut, dan kehampaan melihat kertas yang tercatat bunga-bunga fikiran berbuah dengan bilangan yang kecil.

Teman atau tidak,mengajar saya untuk terus melangkah kerana tanpa atau dengannya, tiap permasalahan pasti ada jalannya. DIA lebih tahu yang terbaik buat kita. Semoga tidak ku terleka walau sesaat, mengucap kalimah 'alhamdulillah', saya cintakan kalian kerana ALLAH.

ketika diri 'kebekuan' senyuman itu memberi makna.
Aida, semoga istiqamah dan menjadi contoh buatku dan yang lain.
 di setiap ketika dan di mana pun, cik nang; terima kasih.

a lot of story
mengimbas detik pertama kali bertemu di bumi UIA
untuk mulakan langkah baru, ternyata bukan suatu yang mustahil.
saat yang lain di hadapan,saat yang lain fokus, saat yang lain tidak sabar menanti kelas tamat, kita di sini mencipta memori,mungkin yang terakhir kalinya di bawah satu bumbung, berguru yang sama.

sejak mulai dan mungkin sampai akhir, kita akan terus mengambil gmbar bertiga pada akhir sem.
'kenakalan' itu mematangkan kita. InsyaALLAH.

cuma separuh tidak semua, kalau ada peluang  kita bergambar bersama.
esok, exam tilawah 2... Jumaat, intro comm...last day untuk hantar dokumen JPA, semoga dipermudahkan urusan.. salam Imtihan! bittaufiq wannajah..!

cr:aishah,noreen,cik nang @ lotus huda, maryam, kak Rin, aida,fiza.

Isnin, 10 Disember 2012

kata buat saudariku


بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.
Sebelum berbicara lebih lanjut, saya memohon apologi seandainya apa yang bakal saya perkatakan nanti bakal memperkecilkan dan memperlekehkan pendirian ‘saudari sendiri’. Saya juga manusia biasa yang punya fikiran dan pendapat sendiri namun bezanya saya tidak punya keberanian untuk bersuara di hadapan insan yang sepatutnya.

Mungkin saya tidak selayaknya bersuara sebegini kerana saya belum lagi melangkah ke alam yang telah ditempuh oleh saudari saya. Malah saya sendiri tidak tahu penghujung zaman bujang saya, dengan siapa,di mana dan bagaimana. Semuanya ketentuanNya. Tetapi, ada istilah pendirian yang  dipegang oleh diri masing-masing. Saya faham, memang terlalu sukar untuk menerima sesuatu di luar kehendak kita. Terlalu. Saya sendiri tidak dapat bayangkan bagaimana seandainya saya yang berada di tempatnya. Pastilah saya juga memberontak. Kalau saya sendiri yang tidak punya calon, menolak, apatah lagi dia yang sudah punya. Saya faham semua itu. 

Cuma, saya tidak faham dan tidak sebulu dengan saudari saya ini berdasarkan ‘haluan’ yang dianggapnya sebagai penyelesai masalah. Saudariku sayang, kalau tak nak, buatlah cara taknak yang waras. Bukan dengan melayan amarah. Fikir secara logiklah, kalau seseorang dewasa tu tak hendak apa yang dia nak, dia pasti guna cara rasional, tak perlu cakap profersionallah, cukup dengan penolakan secara waras. Saudariku, tahu tak golongan mana yang buat cara ‘kasar’ dan kurang adab macam tu? Huhuhu Takkan tak tahu…yes! Kanak-kanak, atau adik-adik yang belum cukup umur. Apa yang cuba saya katakan kat sini ialah, kanak-kanak kalau dia tak hendak sesuatu buat perangai bagai, senang je nak pujukkan?belikan dia barang yang dia nak, kejap lagi sejuklah. So, that’s why lah u should not nak salahkan orang ni sebagai ‘bodoh’ atau ‘binatang’ bagai. Sebab cara yang you guna tu, keanak-anakkan, bagi kitorang yang tertuju sikap kamu tu, menafsir bahawa kami boleh lagi didik kamu ke arah yang selayaknya,sepatutnya. 

Analogi lebih cerah lagi, u kata taknak dengan bahasa kasar di sebalik telefon tu buat apa… tahap keseriusan kata-kata kamu tidak dapat diukur dengan bilangan ‘kata-kata’  tu. Kata orang face-to-face la, baru nampak kamu benar-benar serius.

Saya tak tahu kalau kamu memang tak pernah terdetik untuk melakukan apa yang saya suarakan ini, tapi benda dah jadi, nak tolak lagi ke? Sepatutnya kamu dah pasang niat, baik sebelum atau selepas ‘kehadiran’ dia dalam hidup kamu , bahawa terlafaz sahaja kalimah akad, maka terimalah siapa dia seadanya. Saya rasa,kamu pun tahu kan apa yang ‘sepatutnya’ kamu lakukan saat ini? Tolonglah, fikir sejenak hikmah di sebalik semua yang terjadi ni. Lupakan dan gugurkan ego tu walau sekejap pun. 

Kamu rasa, kamu sorang saja  yang berhadapan dengan situasi ni? Kat luar sana, lagi dahsyat kisahnya banding dengan kamu. Nak banding ‘penderitaan’ perasaan yang kamu alami tu, beribu-ribu, berjuta-juta hati yang lebih remuk lagi. Syukurlah, kamu bertemu dengan seorang yang tidak memaksa, membuta tuli dan sanggup bersabar lagi dengan karenah kamu. Cuba bayangkan kalau dia tak kisahkan perasaan kamu? kamu rasa, dapat ka kamu hidup dengan ‘kata-kata’ kamu tu lagi? 

Ok, cakap banyak pun tak guna, saya ni pengecut, pandai cakap kat blog je…huhuhu… kamu baca ke tak,nasiblah. Nak tunggu saya cakap kat kamu memang taklah. Kita ni nama je bersaudari, tak rapat mana pun, kalau tak dah lama saya cakap semua ni kat kamu. Macam manapun saya fikir untuk tidak ‘masuk campur’ dalam hal kamu berdua ni, masih ada tersimpan rasa sayang. Dua-dua pun saudara saya. Mungkin, saya tidak nampak ‘kebahagiaan’ yang kamu cari, maklumlah saya tak kenal kamu sangat pun. Cuma saya pesan, jangan buat perangai yang sama lagi. Jadilah rasional. Saya dan keluarga lain-lain, tak minta pun secara professional, cukup dengan kata-kata kamu yang waras
.
Keadaan akan selamanya begini kalau kamu masih berada di jalan yang sama. Cuba tengok ke hadapan, ada dua cabang. Pilihlah. Mana-mana pilihan yang kamu suka. Saya khuatir kalau kamu tak putuskan jalan mana yang kamu mahu hari ni, kamu tidak akan ke mana-mana. Di situ-situ saja. Perlu kamu ketahui, sejak awal sampai ke hari ini dan akan datang, saudara kita itu sudah putuskan untuk memilih ‘bertahan’ dengan keegoaan kamu. Jangan pandang sebelah mata pendirian orang lain. Mungkin dia tidak baik sebelum ni tapi tidak bermakna dia jahil selamanya. Allah akan memberi kepada mereka yang benar-benar berhasrat.

Semoga kamu temui jalan yang sepatutnya kamu pilih. Kadang apa yang kita sangka buruk itu adalah yang terbaik untuk kita, jangan terlalu ego untuk terima kekurangan orang lain. Boleh jadi yang kita kejarkan itu Cuma indah sekejap saja. Siapa tahukan?

Tag: setiap insan punya persepsi sendiri, mungkin ada persamaan antara kita di situ. Tapi cara kita tanganinya tak sama. Hasilnya tak sama. (mohon maaf andai ada kesalahfahaman dalam kata saya ini)