Jumaat, 30 Jun 2017

Tiada tajuk

Kipas angin dan pekat malam
Dunia sedang berehat
Jiwa berselimut sepi
unggas pun menyahut hari

Selasa, 20 Jun 2017

Rumah ibu

Chirp chirp chirp

Chirp chirp chirp

Aku mencangkul tanah basah di tepi pokok sawit tumbang itu. Kristal kecil di atas dedaun layu coklat bersinar memancar dilatari mentari pagi. Mungkinkah air hujan menembusi sampai ke permukaan?

Di satu sudut kawasan itu tampak lapang. Nampaknya rumput dan lalang segan mahu tumbuh. Seperti ada hidupan lain menguasai. Lapang dan basah.

Usai mencangkul, kepulanganku dihantar oleh dua ekor anak ayam.

Chirp

Aku melangkah tanpa peduli.

Ketika petang menjemput, suara mak kedengaran teruja. Aku sangkakan apa, rupanya dia khabarkan tentang anak ayam yang kehilangan ibunya sebulan lalu.

Aku bilang, "sudah berpuluh ibu ayam mati meninggalkan anaknya piatu, mak".

"Yang meninggalkan anaknya demi ayam jantan juga tidak terbilang". Tambahku lagi.

"Tapi ini lain, nak... suatu hari, halaman rumah kita riuh dengan ciap anak ayam. Seperti kehilangan induknya. Ternyata, semakin didekati seekor ibu ayam terkujur mati disaksikan dua ekor anaknya. Anak ayam itu benar kehilangan induknya", kata mak.

"Kasihan", itu saja bisa kuucap.

"Mereka menyara hidup sendiri. Pagi-pagi keluar mencari makan. Apabila petang, anak ayam dua ekor itu pulang ke 'rumahnya', tempat di mana mereka menyaksikan pemergian ibunya. Tidak pernah sekalipun mereka lupa untuk kembali. Kini, sudah sebulan."

"Di mana 'rumah' mereka, mak?"

"Di situ", tunjuk mak ke satu arah.

Aku pandang. Sepi. Sayu. 'Rumah' mereka adalah kawasan lapang tadi. Di situ tempat tinggalnya dua ekor anak ayam. Bagi mereka itu rumah mereka, meski sejuk malam dan basah hujan tidak pernah kasihan. Bukan kerana tiada tempat untuk berteduh tetapi rumah itu 'dibina' oleh ibu mereka. Ibu sudah tiada tetapi pagi mereka dikejut semangat ibu dan malam mereka dipeluk hangat ibu.

Chirp. Chirp. Chirp.

(Gambar berikut merupakan gambar anak ayam lain yang mana tidak berIbu. Sayangnya mereka belum tahu erti berdikari. Akan kukisahkan tentang mereka di entri akan datang)

Isnin, 19 Jun 2017

Playlists #yondermusic

Assalamu'alaikum dan selamat malam

Baru-baru ini, aplikasi yonder musikku buat hal lagi. Jadi seperti kebiasaannya, aku cuba 'reset' hp tetapi tetap juga masalah tidak selesai. Solusi terakhirku, sign out yonder muzik.

Semenjak kena update, kalau disign out, semua playlists akan terhapus. Aku fikir selepas latest update problem ni sudah diatasi, rupanya tidak. Cuma, bezanya, selepas aplikasi diupdate(selepas perubahan wajah, yonder sudah update sekali-sekarang sudah ada mode malam) playlists masih ada cuma bila kita sign out tu ia akan terhapus.

Aku memang hendak bersihkan senarai yang aku ada tapi tidaklah pula padam semua sekali. Oleh sebab aku sudah banyak kali hadapi masalah ni, aku pun dengan diam muat turun balik lagu yang aku hendak dengan harapan pihak yonder team boleh selesaikan masalah ni. Bila jenguk google play, banyak lagi report dan tidak puas hati daripada pelanggan lain. Btw, aplikasi ni tidaklah teruk sangat, tidak jugalah baik sangat. Sederhana?

Banyak permintaan pelanggan lain, aku cuma berharap agar senarai lagu ditambah dalam pustaka mereka. Tidak jugalah sampai mahu minta lirik bagai. Mudah hendak muat turun lagu pun sudah cukup bagus.

Jadi, aku ambik masa 3 hari jugalah untuk mengembalikan wajah playlistsku seperti asalnya. Hendak cari balik tu payah. Ada lagu yang aku terjumpa dulu secara tidak sengaja. Jadi sekarang, tambah kerja sikit, aku screenshoot supaya nanti mudah aku mahu jejak. 😂😂😂 Gigih.

Cuma playlists sekarang masih asing lagi. Entahlah, mostly lagunya sama juga dengan yang sebelum ni tapi nampak macam lain pula. Aku pun belum isi lagi kolum 'playlist' tu. Tak tahu hendak klasifikasikan 'mereka' ikut apa.

Untuk mencapai agenda tajuk di atas, di sini aku senaraikan beberapa lagu yang baru masuk pustakaku. Ada lagu baru ada lagu lama. Ada penyanyinya yang aku tahu ada yang aku tidak tahu. Muzik pula pelbagai genre.

Pertama, kumpulan Asian Chairshot,album Rain Shower. Aku suka lagu #In the rain shower. Tapi belum check lirik lagi. (Oh ni la dia guna ada lirik eh...tapi kalau lagu in Korean means dorang kenalah provide substitle pula.😂)


Kedua, Crush lagunya yang berjudul #Sometimes. Lagu lamanya tapi aku baru muat turun.

Ketiga, #Alone nyanyian oleh Dalchong.

Keempat, album Beatful Life oleh DJ Juice. Aku taip Huckleberry P sekali terjumpa ini. Aku masih mencari mana satu 'citarasa'ku dalam album ni. Pernah dulu aku cari album ni tapi ndak jumpa time tu aku taip Dj Juice. Mungkin belum diupdate lagi masa tu. Btw, aku bahagia sebab ada featuring HANHAE di #Higher.

Kelima, Do Hyun Yoon. Ada beberapa album, aku sempat jenguk empat album. Di album Difference, aku rasa lagu-lagunya bukan 'citarasaku' kecuali #The Road, faktor utamanya instrument yang dia pakai di lagu-lagunya. Mungkin itu kot dia maksudkan dengan Difference. Di album Harmony, aku sempat muat turun dua lagu, #Wish it were you dan #Remember. Album yang paling aku suka adalah Singing Yoon Do Hyun. Aku suka #How I Look These Days sebab vokalnya aku rasa menyerlah dalam lagu tu dan adakalanya aku berharap lagu tu dia nyanyi sendiri tanpa ada featuring dengan K.Will & Tablo (walaupun aku suka nyanyian mereka). Tapi aku decide kemudian #Autumn Outside the Post Office tu yang dapat fokus pada vokalnya. Last lagu #Trip. Aku mahu update genre muziknya yang terkini dan aku rasa before aku terokai album solonya, genre ni lah yang aku bayangkan dia bawa (dan bayangkan aku dengar album Difference first).

Keenam, Double K. Aku ndak familiar dengan dia tapi aku try dengar album That Boi yang ada dua lagu #That Boi dan #Wait for Me (the latest from him, probably). Aku menunggu lagu akan datangnya.

Ketujuh, Herz Analog. Walaupun vokalnya bukan tasteku, aku muat turun juga beberapa lagunya #Pieces of Me, #I'm also with you dan yang terbaru #Galapagos.

Kelapan, illinit. Ada banyak album tapi aku cuma muat turun satu lagu, #Everything.

Kesembilan, Jung Eui Jae. Secara jujurnya lagunya #Another Coincidence sudah lama menghuni pustakaku. Cuma aku mahu juga sebut di sini. Ndak tahu mana sudah dia since nda da lagu terbarunya selain satu ni jak lagunya dan aku sentiasa tunggu perkembangannya.

Kesepuluh, penyanyi lama Kim Jung Min, ada dua album saja yang sempat aku jumpa. Sudah lama sebenarnya aku cari tapi nda jumpa-jumpa. Lagu kegemaranku sentiasa (semenjak terjebak dengan K-Pop 7 tahun lalu kemudian beralih perhatian- terlalu banyak kumpulan debut dan faktor usia 😂) adalah #슬픈 언약식 & #마지막 약속. Berapa ramai pun penyanyi/idol yang cover, original artis tetap paling best.

Kesebelas, aku sudah ada beberapa koleksi lagu dari Kim Kyung Ho tapi aku baru terjumpa albumnya Kim Kyung Ho 9th  Album. Belum decide lagi lagu mana yang aku suka, aku muat turun saja satu album.

Kedua belas, KittiB. Let be honest, aku muat turun album 5 Centimeters per Second sebab aku teringat anime 5 Centimeters per Second. 😂 Mungkin selepas siap menulis ni aku akan buka laptop dan melayan anime tu.

Ketiga belas, another penyanyi lama, Lee Sun Hee. Aku masih dalam proses mencari lagu mana yang boleh aku simpan dalam pustakaku.

Keempat belas, another penyanyi yang tidak kuketahui identitinya, Lee Won Joong. Aku muat turun lagunya #You Love Someone sebab aku tengok ia lagu baru, 2017. Mungkin akan cek dari semasa ke semasa perkembangannya.

Kelima belas, another lagu lama, dari Loveholic, meskipun sekarang sudah vokalis perempuannya yang aku suka dengar suaranya sudah keluar dari kumpulan (sekarang nama kumpulan mereka Loveholics- aku pun ndak sure perkembangan terbaru mereka). Aku download lagu dalam album Dramatic & Cinematic. Macam tajuk albumnya, lagu-lagunya merupakan soundtracks dalam drama dan movie. Aku suka #Sad Movie, #Sylvia, #The Flowerpot, #Mirage, #Want You Hear, #Doll's Dream dan #If Only.

Keenam belas, another penyanyi yang aku ndak tahu, Lydia Lee. Aku suka suaranya dan masih menunggu lagu akan datangnya. Try dengar #Blue. Eh... dia ni Korean ka? Baru perasan lagunya dalam English. *🙈.

Ketujuh belas, another penyanyi yang lagunya sudah lama menghuni pustaka, The Nuts dengan lagunya #I Can't Forget Abouy You. Aku tertunggu-tunggu lagu barunya (atau sudah ada tapi nda diupdate oleh yonder team)

Kelapan belas, oleh sebab review pasal mereka okay, aku try cek O.O.O. Ada dua album aku muat turun HOME dan CLOSET. Hampir kepada tasteku tapi bukan, aku kena tengok liriknya dan aku rasa lepas tu aku pun akan menyenaraikannya termasuk dalam tasteku.

Kesembilan belas, STi. Another penyanyi yang tidak diketahui identitinya. Aku nda dapat senaraikan spesifik lagu yang aku rekomen, sebab aku muat turun semua yang ada di yonder. Aku suka suara dan muziknya sampai aku rasa dia nyanyi apa pun aku akan dengar.

20, Yoo Hae In dengan lagunya Acacia.

21, 스틸 피엠/ Still Pm yang juga merupakan penyanyi nda kuketahui identitinya. Aku akan tunggu perkembangannya sama ada berbaloi untuk menyenarai dalam pustaka. #True dan #Tanie, selamat mendengar.

22, 이시은. Aku harap dia dapat lagu yang dapat angkat namanya. Vokalnya dalam #Like the Wind membuktikan yang dia boleh pergi jauh. Cuma kena tunggu 'the right song' untuk kasi brand namanya.

Fuh, habis pun menyenarai. Hah, akukan suka mengaitkan dengan hendak bagi 5 bintang kepada yonder tapi asyik ndak jadi saja. (Play hard to get, ka apa) haha. Apabila aku jumpa dua album Kim Jung Min tu, sikitlah tergerak hendak 'update' bintang. Hahaha. Just say, there is a reason why I need to stick with yonder walaupun sumpah seranah yang berlambak dari pengguna lain di google play tu. 🙊

Selamat mendengar. Aku patut mention di atas awal-awal, semuanya lagu in Korean cuma bukan K-Pop la. Macam selalu aku nyatakan, another world than k-Pop, kalau korang hendak try, welcome! Dan kenapa payah sangat senarainya, (ada latest ada lama punya lagu) aku start menyenarai ni sebab dalam yonder tu punya payah hendak cari (lagu korea). Kadang ada yang memang dia tidak update dan ada juga yang wujud tetapi tidak dijumpai. Jadi aku berkongsi yang aku jumpai dan manatahu kalian pun berminat.

Sekian.
(Mohon maaf campur-campur bahasa. Dalam usaha untuk update sepenuhnya dalam Melayu. Buruk sungguh merojakkan bahasa.)

Selasa, 13 Jun 2017

Langit

Assalamu'alaikum dan selamat malam

Petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Aku dan tujuh lagi saudaraku sedang asyik bermain di belakang rumah. Hujan rintik pemula tidak terasa ketika menyentuh bulu-bulu nipis kami. Hanya ketika ia tumpah deras, baru kami sedar matahari sudah lenyap dibalik dada langit berserta cahayanya.

Itulah kali pertama aku memandang langit. Aku dengar, kata mereka langit itu biru. Kulihat jelas langit itu warnanya seperti warnaku. Jadi, aku berbulu biru.

Mereka kata, memandang langit bisa mendamaikan hati. Aku pandang lama langit sampai pedih mataku kerana air mencurah-curah tumpah. Aku dengar saudaraku yang lain bersahut-sahutan. Aku sahut, berkata "wahai langit! Ini aku memandangmu dengan gembira".

Aku dengar lagi, sahutan mereka. Tapi aku tetap pandang langit.

Tiba-tiba, bunyi deras mengalir di tepiku. Airnya seperti warna tanah. Aku pinggir sedikit memberi ruang. Ketika hujan deras, tanah ini juga mengalir deras. Kadang-kadang ada batu, cebisan kayu-kayu dan tanah juga pergi mengalir dan aku tidak tahu ke mana mereka tuju.

Aku tidak suka apabila buluku dibasahi air kerana yang kelihatan adalah sekujur tubuh kecil. Dan aku berasa dingin. Kalau aku sedingin begini, pasti langit lebih dingin lagi kerana datangnya dingin ini dari atas sana.

"Ah, aku sudah tidak mampu mengangkat kepala."

Hujan telah lama reda. Air juga berhenti mengalir. Aku membungkus diri. Tiada langit di layar mataku. Pandanganku kelam.

Aku dengar namaku dipanggil. 'Ah, mungkin bukan aku'. Aku dan saudaraku yang 7 lagi belum punya nama. Tapi suara-suara itu adalah suara tuanku. Selalunya, suara itu bermaksud masa makan. Ya, mungkin malam sudah tiba kerana pandanganku gelap saja. Sudah malam...

Aku sahut sekali sekala di dalam hati. Dingin menggunci mulut dan peti suaraku dari menyahut. Aku cuma mahu tutup mata. Dingin.

Tangan itu menyentuh hangat badan dinginku. Aku dikumpulkan bersama saudaraku. Satu persatu, ibu satu, ibu dua, saudaraku, menjilat badanku yang basah. Aku cuma mahu tutup mata. Dingin kini terasa hangat.

Apabila aku buka mata, hari sudah terang. Perut lapar segeraku isi. Seru tuan segera kusahut. Dan usai aku pun melompat turun. Aku sudah tidak mahu duduk diam di bakul putih ini. Aku sudah tidak mahu bermain di bawah kayu ini. Aku mahu bermain dipayungi langit.

Ya, langit itu apa khabar agaknya? Mungkin ia sudah tidak dingin selepas diselimuti mentari. Aku berlari. Aku sebutnya berlari meski lariku tidak sepantas jalan malasnya saudaraku.

Aku lantas pandang ke atas.

Aku tenung lama.

Tenung lagi.

Teriknya matahari tetapi langit itu damai.

Ini rupanya disebut biru. Bukan seperti warna buluku. Biru ini benar mendamaikan hati, aku berasa apabila hariku sudah tiba, aku akan pergi dengan bahagia kerana aku sudah pandang langit.

Hari itu aku menjadi pemuja langit. Langit yang biru.

Semenjak itu juga, seleraku semakin bertambah-tambah. Setelah memandang langit hatiku menjadi senang.

Kata tuanku, aku bernasib baik kerana tidak dibawa arus pada hari tersebut. Aku sahut katanya, kalau aku dibawa arus, pasti aku akan fikir buluku ini berwarna biru dan akan jahil sampai mati langit biru itu wajahnya seperti apa. Betul-betul nasib baik, fikirku.
.
.
.
Wahai langit, aku ini pemujamu. Pertama kali aku pandang kau ketika wajahmu menumpahkan hujan. Dan ketika aku pandang wajah sebenarmu, aku temui kedamaian. Mungkin, inilah masanya untuk aku berehat. Kau tetaplah di situ. Berapa ramai yang pergi pandangan terakhir mereka adalah wajahmu? Aku juga seperti mereka. Kau pilihlah wajah manakah kau mahu aku tatap buat terakhir kalinya.

Aku pergi.

(Nota pendek kenangan bersama anak kucing kami yang kurang upaya. Seekor anak yang rajin menyahut dan tidak kenal kelainan. Dia sentiasa disayangi sampai dia pergi.)

Isnin, 12 Jun 2017

Bunga liar

Assalamu'alaikum dan selamat malam

Sebenarnya... aku perhatian sama rumput/tumbuhan liar/belukar selepas tapak semaian bunga 'musim panas'ku ditumbuhi sejenisnya. Ada dua jenis aku kenal, bunga liar yang dijolok dengan panggilan *bunga Israel (ini kerana pokok bunga tersebut sangat berkuasa dan tumbuh dimana-mana-bunganya putih dicalit sedikit warna ungu) dan pokok semalu.

Di awal ramadan dahulu, aku selongkar kebun sayur bapa yang sudah lama terbiar. Lumayan juga rumput yang aku cabut. Ada pelbagai saiz. Ada yang berdaun subur dan ada juga terbantut tumbesarannya dek kerana kurang mendapat cahaya matahari.

Kemudian, aku pandang baris pasu tapak semaian bunga 'musim panas' ku. Menjaganya penuh kasih sayang, meski kadang-kadang tumbuhnya belum tentu berhasil.

Aku berfikir, cantiknya bunga dipandang bukan kerana ia bunga. Tetapi kerana ada mata dan hati yang sentiasa menanti kewujudannya. Ada hidung yang merindukan baunya. Ada sepasang sayap yang sentiasa hinggap di kelopaknya. Ada sengat yang ngidam manisnya.

Padahal, lihat saja halaman rumah ini, permaidani bercorak tumbuhan liar subur menghijau. Ada yang berbunga putih, merah muda, ungu... tetapi tiada siapa pernah berhenti dan berkata, 'lihatlah bunga ini! Cantiknya!'. Semua yang lalu berlalu dan menoleh pun kemudiannya mengancam, 'besok kau aku tebas! Semaknya!'

Pun begitu, setelah dihapus ia tumbuh lagi. Meski tidak dianggap berguna tapi akarnyalah yang mencengkam tanah. Hijaunyalah menjamu mata tatkala terik mentari menewaskan tumbuhan jagaan. Ia tidak berguna kepada manusia tetapi manusia menggunakan alam. Dan ia peneman alam, merawat alam dan memujuk alam.

Untuk hidup disanjung seperti indah bunga, tumbuhnya hidup kita pun terumbang-ambing. Malah bunga cantik saja dibiar tatkala madu dan indahnya pudar. Menjadi tumbuhan liar meski jarang namanya dipuji-puji tapi tanah paling tahu budi dan setianya. Hujan dan matahari adalah sebahagian daripada hidupnya.

Lihatlah bunga liar itu! Bunganya mekar ditengah tumbuhan liar yang cuma mengenal kata kompetisi dan survive. Hidup seperti bunga liar, apapun, di mana pun, kapan pun, dengan siapa... ia tetap mengeluarkan kelopaknya. Sekeliling tidak menggentarkannya, kerana ia adalah dirinya, bunga liar.

For you = to me

Melewati hari untuk sekian kalinya, pasti ia suatu yang penat bukan?

Hari-hari susah, penuh liku, ujian seperti tiada kesudahan.

Matahari tidak kunjung tiba di sini, bagaimana dengan harimu? Mungkinkah saat ini kau sedang menikmati hangatnya sinar mentari? Langit birumu diliputi awan putih? Atau gumpal abu-abu sudah memenuhi?

Di sini, air hujan tidak pernah henti mencurah. Kalaupun berhenti sekejap, langit dan awan bersatu, menutupi sinar mentari dan cahaya bulan juga tidak mampu tembus.

Bintang-bintang yang selalu ada, kerlipnya saja tidak mampu menyinar hari di sini. Ia cuma kelihatan kelam dan sepi.

Tatkala mentari dan bulan mengganti hari, kapan mungkin hangatnya jujur sampai ke hati? Dinginnya saja yang selalu ia bawa ke mari.

Apabila bayu menyapa, ia bilang "musim bakal beralih". Dari jauh kicau burung dan wangi bunga sudah sedia datang tapi akankah ia benar jujur ke hati?

Marilah sirami lagi bumi yang sudah becak. Banjir saja belum tentu membersih pergi kotor dan duka. Ia mungkin berisi lumpur dan tatkala ia sudah puas muntah, lumpur palit lantai bumi sana sini.

Hari apa ini? Oh, satu lagi hari susah dilewati dan esok masih berbaris hari susah menanti.

Apabila mentari kunjung tiba, sepinya bayu juga menduga hati. Kerna langit biru terlalu biru. Ke mana kau awan putih? Sepertinya bumi rindukan air. Minta ia disirami menutupi rekah tanahnya umpama retak hatinya.

Today, it is hard right?

Matahari, awan, langit, bayu, bulan, bintang, dan hujan, peluk hari dalam hangat dinginmu. Moga pelukanmu sampai ke hati kami. Semoga....agar... ibarat daun gugur yang tidak membenci angin.

Ahad, 11 Jun 2017

Kucing hitam dan pepatung

Assalamu'alaikum dan selamat tengah malam.

Walaupun terlambat sedikit, marilah kita meneruskan entri yang tertunda.

Ada beberapa cerita menerawang, ada yang kugapai tapi kosong. Ada yang semakin menjauh. Tinggallah aku menonong, mengenang diri yang tidak punya apa untuk ditulis lagi.

Di malam hari, seekor pepatung terbang sesat menyerang lampu mentol di ruangan dapur. Si Hitam tajam matanya ke pepatung selayaknya sang pemangsa! Aku pula memandang si Hitam dengan kata-kata, "de...de...de...de...." yang bermaksud *tidak dalam bahasa Bugis.

Aku pun menangkap pepatung itu sebelum ia menjadi pupetnya si Hitam. Aku masuki ia ke dalam balang. Penutup merah balang itu aku buka sedikit memberi ruang kepada oksigen dan karbon dioksida untuk transaksi.

Aku letak ia, balang berisi pepatung muda itu di lantai kayu rumah. Aku tunjuki ke Hitam. Mulalah, kakinya galak menyentuh permukaan plastik balang. Ekornya tidak diam petanda mode permainan sudah bermula. Ayuh, kau usik lagi pepatung itu!

Aku tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan pepatung. Aku juga tidak bermaksud memberi harapan kepada kucing kami.

Cuma, balang berkepala merah itu menjadi pentas malam ini untuk aku berkongsi idea.

Setelah lima minit permainan dimulakan, tiada apa yang berubah. Seekor kucing yang tiada henti menyerang seekor pepatung di dalam sebuah balang. Seekor pepatung yang acah-acah terbang. Padahal, semuanya akan berakhir dengan satu solusi. Penutup balang itu tidak bertutup. Pepatung bisa terbang atau kucing kami bisa menerkam terus.

Maka, terbang bebaslah kau pepatung. Ayuh, ke sini kau Hitam.

Pengajaran hari ini, benda yang kau idam-idam itu memang sudah jelas di depan mata tetapi jarak saja tidak menjanjikan keberhasilan. Kau cuba dengan upayamu seperti selalunya kau terkam sang rama-rama, burung kecil, belalang dan tikus. Tetapi kali ini ternyata sukar untuk menambah koleksi. Rupanya kau lupa untuk menjengah ke atas, solusinya ada pada penutup balang itu. Kerana terlalu asyik mengawasi pepatung kau lupa ada jalan lain untuk melengkapi impianmu. Ibarat di tengah highway, bukan papan tanda destinasi, tetapi lanjutan perjalanan yang membawamu untuk sampai. 

Pepatung, lima minit itu merupakan antara hidup dan mati. Kau pilih untuk reaksi meski pukulan sayapmu tidak setinggi ketika di laman rumah. Tap tap tap. Mungkin saat itu kau pinta agar dinding balang sebaiknya bukan lut sinar. Tetapi tahu kau, setiap yang bernyawa tatkala didekati gelap, itu lebih menggerunkan? Pekat yang membawa pergi harapan dan adakalnya kau lupa untuk bersyukur dan meminta maaf. Kepada diri sendiri dan mereka yang kau sakiti. Bertentang mata dengan pemangsamu bukan bermakna kau akan segera bersiap mati, tetapi berharap untuk keluar supaya dapat kau meminta maaf dan berterima kasih. Hidup selagi bernyawa.

Mungkin cerita akan lebih tragis apabila penutup balang tertutup rapat. Pepatung mati lemas di dalamnya, disaksikan oleh si Hitam. Pepatung dan kucing itu, pengakhirannya bukan tentang mangsa dan pemangsa tetapi nilai hidup yang didukung selama ini. Kesempatan yang akan bertemu titik noktah. Bilakah...

Jumaat, 9 Jun 2017

Playlists #yondermusic

Selamat sejahtera

Sudah memasuki bulan Jun, tapi aku belum beridea hendak tulis apa. Mungkin besok aku bakal bercerita demi mencapai azam menulis biar ada dicoret-coret meski tidak kerap. Konsistenlah!

Seperti biasa, kalau sudah tajuknya seperti di atas, maka lagulah yang mahu dikongsi. (Apa mungkin salah satu arah yang bakal aku tuju adalah menyenarai lagu di blog? ) Seperti blogger lainnya yang bermula dengan penulisan kecilan terus menjadi editor muzik indie, contohnya. Tapi kalau aku terlibat nanti, mungkin saja secara kecilan ya, penyenarai lagu dari yonder. Hahahahahha. Ketawa ketawa ketawa.

Jadi, kali ini ada beberapa lists yang akan aku kongsi setelah jenuh jari tap tap di ruang carian yonder itu, ada la sikit-sikit hasilnya.

#Bling bling & #B-day nyanyian iKON. Sebenarnya selepas meng'update hari tu, aku terjumpa sudah lagunya ni tapi malas hendak update di post tu jadi aku tangguh ke hari ini. Jadi, Sechskies ni bila mahu update, ya? *cough cough*

Album "Blah Blah" oleh Taru. Sebenarnya ada lagi album lain tapi aku suka tengok cover album yang ni (hahaha kalau payah sangat hendak pilih lagu mana best,tengok la covernya, kata aku kepada diri yang malas). Walaupun liriknya boleh dikatakan itu-itu juga diulang dalam satu lagu, tapi aku boleh saja ulang-ulang banyak kali, try dengar #A Spring Song , #Blah blah dan #Jay bird. (Akan diupdate nanti apabila sudah didengar semua lagunya)

Kemudian, nyanyian daripada kumpulan yang sudah bubar, BoM yang sempat ada dua album #Burning Rose dan #Without you. Aku masih mahu dengar suara mereka ni. Selain Song Mino (betul tak ejaan) yang lain aku tidak tahu masih dalam industri atau tidak, padahal vokal boleh tahan.

Another group yang sudah bubar, Donawhale. Juga sempat ada dua album #Donawhale dan #Dive to Blue. Belum sempat dengar semuanya tapi yang popular #Echo. Rekomen lain #A spring day. Aku juga sempat download #꽃이피다 (gigih tu aku taip, tak tau pula nak translate apa maknanya). Dan aku suka yang #꽃이피다 tu la.

#I feel good lagu Taylor ft Lil boi. Sebenarnya hendak try dengar album terkini Taylor tu tapi ndak menyempat.

Lagu oleh Tako&Jhyung. Ada banyak album dalam library yonder tapi aku sempat dengar #Stay well (with Lim Dong Hyun). Masih terngiang-ngiang 'jaljinae~~~' (abaikan ejaan).

Kemudian aku sempat download Rubber Soul, aku ternampak #Love is berserta covernya yang seakan-akan cover Sechskies (sebenarnya similariti tu pada jalan saja) di naver. Entah kenapa, aku rasa salah seorang mereka ada yang suaranya macam Park Bom. Atau mungkin sudah lama ndak dengar suara Bom sampai aku klaim saja.

Ala.... sudah sampai part ni. Kali ni, aku teringin hendak bagi 5 bintang dekat yonder tatkala discover Kwon Tree di sini. Sebak ya masa dengar #Through the night sky👍👍👍👍👍. Try dengar #Childhood dan #It's not my fault.

Masa aku jumpa HYUKOH punya album terbaru sudah update, sikit saja aku tergerak hendak bagi 5 bintang sebab aku yakin yonder akan update juga lagu ni cuma aku yang ndak rajin cari. Aku fikir dia update dekat library artis yang sama rupanya dia buat list baru. Bagi aku #Tomboy sudah memadai untuk aku berpuas hati dengan keseluruhan albumnya.

Akhir sekali, 9 and the numbers. Walaupun aku sudah pasang di hati, Galaxy Express #Always tiada tandingan tapi berbaloi juga untuk tambah lists di pustaka lagu. Aku belum decide lagu mana yang aku wakilkan untuk 9 and the numbers ni, tapi aku rasa #A long goodbye paling hampir dengan citarasaku. Aku juga berterima kasih kepada kumpulan ini kerana #Ellice Islands (Song for Tuvalu).

Haha. Bila baca balik yang ditulis, buta tuli aku komen lagu-lagu ni. No lirik, no muzik, elektro ka bass ka, vokal ka, rock ka, retro ka.... asal telingaku senang, maka aku akan kata ini best, ini citarasaku. 😂😂😂😉

Sebab ada sesetengah mencari muzik yang lain daripada yang ada, jadi aku merajinkan diri untuk kongsi. Boleh naik stress juga cari. Tap tap tap. Itu belum lagi cari pakai hangul.

Akhirnya, terindu sama Galaxy Express, The Black Skirts dan Band Jace. Mari belek pustaka lagu lagi.

: opppsss... juzuk mana sudah sandar? Awal lagi hendak berlabuh kawan-kawan. Laila saidah.