Rabu, 30 November 2011

Birthday:::Peringatan Buatku...

Assalamualaikum w.b.t.
ALHAMDULILLAH..semalam genaplah 20 tahun aku mengemudi bumi yang fana ini. Terasa seperti hendak berpatah balik apabila mengenangkan 'kisah-kisah' lalu.Memperbetulkan segala kesilapan,kekurangan dan kealpaanku.Dan terasa takut untuk mara ke hadapan.Bertambah setahun umur terasa bagai sekelip mata sahaja.Sedangkan hari-hari pun usia kian bertambah. Tiap yang mengucapkan selamat,aku seperti hendak 'pengsan'. Pertambahan usia bererti berkurang lagi tali kita berpaut,semakin hampir pada kematian.ALLAH...

Bagaimana hendak aku bergembira pada kelalaian,kealpaan,kesilapan,kesalahan dan banyak macam lagi kemaksiatan yang sering menyelubungi diri.Sedangkan mati itu satu yang pasti. *crying*

Terima kasih,mak dan bapa...
Mak dan bapa,insan yang sanggup berkorban apa sahaja untukku.Paling berjasa dalam hidupku. Bagiku,hari kelahiran ini,bukan untuk meraikan kelahiranku tetapi untuk menghargai,berterima kasih pada mak dan bapa yang telah membesarkanku selama ini.ALHAMDULILLAH,ALLAH kurniakan insan 'juara segala ibubapa' padaku.Mak,pak...I LOVE U..NOMU-NOMU SARANGHAE...

Thank you sisters and brothers... 
First time having birthday with sisters and brothers.As a only child in my family,i did not know the feel when have sisters & brothers' wish.I'm happy but at the same time so sad because finally we will be separated.
ALHAMDULILLAH,ALLAH sent me sisters and brothers like u all,my classmates and roomates...may ALLAH bless u all. ;)


*TOUCHING...can not write more*
 

lASTLY,,,since i like korean...SEUNGIL CHUKKA HAMNIDA to LAILA HIJJERA. ^_^


KEEP ISTIQAMAH...
 thank u for all wish from fb's friend...

Isnin, 28 November 2011

Selamat jalan 'Jahiliah' , selamat datang 'Hijrah'

Assalamualaikum w.b.t.
Salam maal hijrah..^^
Berbicara mengenai tahun baru ini,semoga tahun ini (dan akan datang) lebih baik dari sebelum-sebelumnya. InsyaALLAH.amin. Buat pengetahuan korang (err..ada ke yg baca blog aku ni? ) sebelum-sebelum ni aku tak pernah pun sambut 'tahun baru' seperti keadaan tadi. hehehe. 
Teringat zaman-zaman sekolah dulu, tiap-tiap tahun baru (masihi) sibuk dengan nak beli peralatan sekolah baru.Almaklum,nak buka sesi persekolahan awal tahun. Selalu macam tu la.
Tetapi,hohoho setelah berada di bumi 'garden of knowledge & vertue ' ini, merubah kebiasaan dulu-dulu menjadi yang lebih baik (pada firasatku la). Seriously,sepanjang aku hidup hampir 20 tahun 
(muda lagi kot)  ni la first time rasa semangat sangat-sangat tahun baru.Maybe sedar, banyak perkara yang perlu diperbetulkan,ditambah,dibuang dan banyak macam lagi rencana. Alhamdulillah. 
Keep istiqamah Laila!Keep istiqamah Hijjera!

Hijrah itu  PENGORBANAN

Akhirulkalam,selamat JALAN 'Jahiliah',selamat DATANG 'Hijrah',
Pergilah kegelapan,datanglah CAHAYA.

tag:first time gi Masjid Jamek! Dibina pada 1908... InsyaALLAH,bukan yang terakhir kalinya.

Sabtu, 26 November 2011

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t. 
Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya.Permata yang dicari,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' .

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya

Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah

Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari

Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah

Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Sekalung penghargaan:
~Lagu : Fahmi (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing)
~Lirik : Nurul Uyun Abdul Aziz (o.p. DeHearty Publishing / s.p. NAR Publishing) 
~http://liriknasyid.com
~Munsyid : De Hearty
~faizmz_3(at)yahoo.com

Terima Kasih,mak...

Assalamualaikum w.b.t. ^_^
Akhirnya,tiba juga hari yang ku nantikan.Weekend!
Ikutkan perancangan hari ni,nak pergi beli barang kat Masjid Jamek. Tetapi tidak seperti yang dirancangkan.InsyaALLAH.Akan datang.
Terima kasih,mak...
Pagi-pagi lagi,mak da telefon,bertanya sama ada aku jadi pergi ke tak(outing).
Semalam aku da minta izin kat mak.Dia bagi.Tapi aku tahu,jauh di sudut hatinya, mak sebenarnya tak nak bagi izin.
Mak kata,dia tak tidur semalaman sebab memikirkan aku hari ni.
Ya,itulah dia naluri seorang ibu. Memikirkan hal anak-anak. Anak-anak jak yang kadang-kadang (mungkin ada juga yang selalu) melupakan perihal mak.
Aku rasa bersalah sangat-sangat.Kenapalah 'gatal' sangat mulut aku semalam nak minta izin keluar.
Tapi,aku rasa bersalah juga kat kawan aku,Suharti sebab da janji kat dia nak gi sama-sama.
Tapi sebelum tu nak gi tengok Futsal kat tempatnya dulu(KLMU).
Mungkin,,(hanya sekadar andaian selepas muhasabah diri pagi tadi)
Mak bagi izin kerana first niat aku kuar setakat nak beli barang-barang keperluan.
Tetapi,setelah berbincang-bincang dengan rakan(melalui SMS)
niat da melencong sikit,nak tengok futsal la pula.hehehe
Akhirnya,plan hari ni gagal.
Alhamdulillah.Banyak cara ALLAH tegur kita.
Aku nak kupaskan sedikit isu yang selalu menghambat diriku.
Apabila kawan-kawan ajak  aku  kuar (outing) aku selalu bagi alasan taknak sebab takut kat mak aku.ATAU dalam bahasa yang mudah, mak aku tak bagi.Kadang aku tak nak sebab taknk bagi mak aku susah hati.
Apapun alasan,pasti kengkawan kata,itu berdasarkan niat kita.Ya.Aku setuju dengan kata-kata mereka. Tetapi mencegah lebih baik daripada mengubati,right? atau sediakan payung sebelum hujan. atau pun beringat sebelum,nasi menjadi bubur.
Senang cerita,bukan taknak keluar,tetapi,sejauh mana kita mampu untuk mempertahankan iman yang cuma senipis kulit bawang ni?Even kita kat kampus(aku kat UIA) ni pun lalai-lalai lagi, apatah lagi kalau berada di tengah-tengah kawasan maksiat.(teringat kata seorang ustaz,KL merupakan tempat kegemaran syaitan) huhuhu
Berbalik pada persoalan tadi,aku da pernah kuar,tu pun sebab nak buat kajian kat UM.Dapatlah jalan-jalan kejap,seriously,kalau itulah yang semua orang rasa macam apa yang ku rasa,takda lah best sangat outing ni.Atau aku sebenarnya takda perasaanm Nak menikmati 'keindahan' outing ni?
Cuma,aku bersyukur juga coz time outing tu,sekali lagi aku dapat pengajaran,sesibuk mana pun kita,Solat jangan lupa.Jazakillah hu khair pada Ropi'ah yang mengingatkan aku hari tu. 
(time tu terfikir nak cepat sampai kat Mahallah je..hehehe)
Mungkin,persepsi setiap orang berbeza. Aku bukanlah orang yang baik, tetapi kita pun tahu mana nak menilai diri kita,sedar di mana tahap kita (walaupun adakalanya tak tepat).
Sebenarnya,susah nak cari kelemahan kita banding kelebihan kita.Sebab itulah kadang tersalah langkah.Kadang terlupa mana yang sebaiknya.
Hargai kebebasan yang kita miliki kerana bukan semua orang dapat menikmatinya. Mungkin,hari ni kita dapat kebebasan itu,tapi tidak pada masa akan datang.
Jadi pilihlah,yang bersifat sementara atau kekal.

Dari Ibnu Umar r.a bahawa Nabi S.A.W. bersabda:"Wanita (isteri) adalah pemimpin atas penghuni rumah suaminya dan anaknya, dan dia bertanggungjawab terhadap mereka"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Besarnya tanggungjawab seorang yang bergelar isteri dan ibu.Sebagai anak,ayuh,ringankan beban ibu. Mudahkan jalan ibu kita untuk menjadi ibu mithali.Kawallah fitrah kita dengan syariat.


Jumaat, 25 November 2011

Perjuangan dalam perjalanan...


Assalamualaikum w.b.t.
Teman,bagaimana perjalanan hidupmu hari ini?
Aku?Bagaimana hendak ku ungkapkan andai aku sendiri kurang mengerti sejauh mana aku telah hilang arah. Hendak berpatah balik mencari jalan yang benar.Doakan aku ya teman!

Terkadang aku sendiri kurang mengerti,apa sebenarnya yang terbuku di sudut hatiku. Apa yang tertanam di kotak fikiranku.
Penderitaan.Ya,aku menderita teman.Cuba untuk mencari penawar kepada pasang surut imanku. Ku kira berada di tengah-tengah ‘masyarakat’ islamik ini mampu untuk mengajarku mengenal erti kehidupan sebenar.Hakikatnya ia berputar balik pada ‘soal hati’.Hendak follow atau hendak mengabaikan.

Teman,
Pernahkah hatimu dipalu penyesalan?Seperti aku ini.Setelah puas menangis,sekejap saja,sedetik begitu,aku lalai lagi.oooh,sungguh sukar menetapkan yang ‘baik’ untuk bersarang di kamar hati.
Ya ALLAH,
Berikan aku secebis keinsafan.Bukan kerana SYURGA atau NERAKA,tetapi keranaMu.
Ya ALLAH,
Permudahkan hatiku untuk mendekatiMU.
Aku yakin langkah yang ku atur ini,merupakan langkah yang bakal membuahkan hasil ABADI.
#tetapkanlah hati-hati kami ini menuju mu Ya ALLAH#

Rabu, 23 November 2011

Terlerai sudah kegusaran..^_^

Assalamualaikum w.b.t. ^_^
Alhamdulillah,akhirnya tanggungjawab saya untuk membentangkan kajian sudah terlaksana. Terasa 'ringannya' bahu ini.hehehe.Masa ditumpukan untuk assigment pula.
Tapi ada lagi yang lebih 'dahsyat' yang bakal berlaku minggu ni.Mid Term English.huhu.So,start malam ni,kena banyakkan ulangkaji English.Bukan kaji FB. LOL.
ooo ya,tadi,kumpulan Abang Fazarul dan abang Faiz (maafkan saya sekiranya salah taip nama) memang best.Maksud saya,kajian mereka memang best.Sebenarnya kajian kitorang pun best juga tetapi kekurangan bahan kot.Lagipun takda Sorotan kajian yang berkaitan.huhu.Berbalik pada cerita pembentangan,rasanya da guna bahasa Melayu sepenuhnya da tadi.hehehe.Jangan jeles,kita orang Sabah memang guna bahasa baku bah.No problem la untuk menyebut perkataan Melayu baku.Alhamdulillah.
Ok,kita tinggalkan cerita mengenai pembentangan tu,beralih pada cerita yang da 'muak' da aku dengar/tengok/sebut. hehehe. Apakah? Rahsia.:P
Apa yang dapat aku simpulkan,kalau da jumpa yang berkenan di hati,baik terus kahwin.lol.but seriously, tak payahlah kita nak 'buat cerita' atau jadi bahan 'cerita' dan paling utama carilah jalan yang halal untuk semua keadaan.whatever.
Sebab tu,aku tak 'reti' nak cari U.J.A.N.A. H.A.T.I. sekarang coz InsyaALLAH,kalau da jumpa baik terus kahwin.Tapi tu semua hanya perancangan,ALLAH yang tentukan.
Nak selitkan juga,efek 'couple-couple' ni,membuatkan insan lain yang sepi-sepi,teringin juga ada 'kawan'.LOL.Tapi bukan aku lah.Jadilah insan yang menjadi contoh baik kepada insan lain. Walaupun kita ni bukanlah baik sangat,tetapi sedaya upaya untuk mencari & mencapai kebaikan.Apalagi yang hendak kita kejarkan di dunia ini melainkan kebaikan yang ABADI?
Sebagai penutup post kali ini,suka untuk saya turut sertakan,hakikatnya,bahasa Melayu itu satu,walaupun pelbagai versi("Sabahan,Sarawakian,Kelantan,Ganu,Nogori dan banyak lagi versi")anda tetap bercakap Melayu.

Selasa, 22 November 2011

Warkah Terakhir

Cerpen: Warkah Terakhir 
Oleh: Srikandi Musfida 
Assalamualaikum w.b.t.
Fikri,
Kiranya warkah ini sebuah suratan yang menyingkap rahsia hati, ku mohon janganlah disesali kerana ini adalah 1 realiti yang akhirnya terkubur menjadi fantasi.Sering aku berdoa PADANYA semoga aku dapat setia menanti sehingga kau dapat kembali di sisiku. Tapi aku insan yang lemah, kita hambaNYA....redha atas QADA’ & QADAR NYA. Olh itu, pintaku, terimalah yg tercipta utk dri kita & lupakkan lh1 yg blm psti mnjd milik kita.Aku sesungguhnya msh mghrap jiwa ini kan terus menyayangimu tapi aku tersepit. Amat payah menyisihkan rasa yang semakin hari semakin menebal. Walau adakalanya aku merasa hidupku umpama mentari, tapi aku amat bersyukur kerana dapat menyinari hidup insan-insan ku sayang. Fikri, terasa amat sukar untuk ku luahkan  bicara hati ku yang sering melagukan alunan kerinduan terhadapmu.aku tlh sedaya utk melupai bayang senyum& lembut tuturmu tp semua bgaikan 1 yg tpnting dalam kamus hidupku. Dmana hndak ku menagih secangkir ksih tika kasih hndak di tuju 1 yg mustahil? Tika kau menemui peneman hidupmu aku sedar sudah tidak ada ruang utk  aku. Aku jg sedar aku tdk mampu utk mberi 1 sinar kebahagiaan kerana salur hidup ku hnya utk sedetik ini shj.  Selama aku bjuang melawan sakit yg tak ttanggung ini aku amat mharapkan dkau bisa brada d sisi. Sebaliknya aku sesal sendiri, saat ini jua kau bina sebuah masjid yang nantinya kan mlahirkan  para solihin.aku redha,Fikri..............
Mgkn ini warkah terakhir yg tk akan dapat mengubah apa2...tp biarlh ia berakhir sampai dsini.yg pntg aku sdh luahkan 1 perasaan yg tk sepatutnya ku smpan terhadapmu. Sejak awal perkenalan kita aku tlh ttarik utk mengenalimu. Tp sengaja ku simpan....aku jg tlh bsedia seandainya tdk dpt hdp bersamamu. Aku sering menyabarkan dri bhwa cnta tk semestinya memiliki...Bukan niatku utk menodai suci persahabatan ini,aku hny insan biasa yg jg punyai fitrah mencintai & dicintai. Aku mohon, jangan prnah terdetik kekesalan mu krna tidak menyedari rasa yg tersimpan kukuh d dasar hati ini.jagailh hatinya, milik mu yg hak & selamat berlabuh di dermaga kasih NYA kelak. Aku hnya dpt bertahan sampai saat ini, meninggalkn semua memori kita dulu.
**************************************************************************
“Soleha, kenalkan permaisuri ana, Hidayah Abdullah”.tersentak aku tatkala mendengarkn tutur kata yg tenang diluahkn olh Fikri. 
“ooo..Assalamualaikum.ana Solehatunnajwa.teman sepermainanFikri” dalam kepahitan aku meluahkan kata2 itu. Kulihat wajah yg penuh nur itu..damai hatiku yg tdnya berkecamuk. 
“Ana sering mendengar ttg anti melalui abiFikri.sprt yg dperkatakan, anti sememangnya seorg muslimah sejati.anti merupakan tauladan yg harus ana contohi” Aku terkedu seketika lantas memandang wajah Fikri dengan seribu macam persoalan.
“ana menasihatkn hidayah agar mencontohi peribadi anti.Ya.............ana tlh lama kenal sama anti,ana amat mhrpkan suri ana jg spt anti.”
ada getaran dalam tutur kata itu. Sungguh! Hanya tuhan yg tahu...mengapa aku msh tdk dpt menerima kenyataan ini?gumam hati kecilFikri. 
“Soleha, kami harus beredar sebelum fajar terbenam. Insya-ALLAH, kalau ada kelapangan kami akan mengunjungi anti lg.” 
Fikri berfikir harus menamatkan pertemuan ini dengan kadar segera.Dia rasa sakit sendiri..bagaimana dia hendak melenyapkan perasaan halus yang sejak dulu tersulam rapi di sudut hatinya?Malahan, dia sudah tekad untuk bangkit dari anganan yg tdk mgkin mjd realiti.
“assalamualaikum.” 
“waalaikumsalam warahmatullah” 
Mataku hanya bisa mengiring langkah kaki mereka hingga hilang bayang mereka di balik pintu.Tanpa ku sedari, air mata kekecewaan tumpah akhirnya yang selama ini ku pertahankan.  ‘Ya, ALLAH! Ku yakin pada Qada’ & Qadar MU.  
                                ****************************************************** 
Semenjak kembali ke tanah air,hati Fikri tidak pernah tenteram memikirkan perihalSoleha, Hidayah dan dirinya. ‘Adakah aku telah memilih jalan yg slh?’ 
‘Tp tidak mgkin..aku tlh mendpt jawapan driMU.Aku redha terhadap apa yg tlh aku di takdirkan.Ku harap hidayah adalah yg terbaik untuk diriku.tidak mgkin aku mengharapkan Soleha yg bukan milikku.ya tuhanku, pelihara daku dari kemurkaanMU’
“Assalamualaikum.ya abi,ana  gusar melihat keresahan abi ini.apa yg bisa ana bantu?” “waalaikumsalam.ana tidak menyangka keresahan ini menyebabkan permaisuri abi gusar.ana hanya memerlukan sedikit masa lagi permaisuri.”dalam senyuman Fikri menuturkan kata2 itu.
dia amat berharap hidayah memahami keadaanya saat itu. Hidayah tahu suaminya itu sedang berperang dengan perasaannya sendiri.sebagai seorang wanita yg ingin mendapatkan keredhaan suaminya,dia harus tabah menanti dan terusan menyokong. Sebenarnya, dia punyai rancangan tersendiri untuk menyatukan 2 insan yg menderita itu.hanya itu yang mampu dia lakukan.tapi seakan rancangan itu akan menemui kegagalan.dia amat kasihkan FIKRI dan mengagumi ketelusanSOLEHA. Terimbas kembali pertemuannya dengan wanita itu 2 hari lepas. 
“Ya SOLEHA,mengapa anti belum berkahwin?ana melihat ana seorang yang cukup sempurna untuk menjadi suri hidup di sisi seorang ADAM.” 
Hidayah mencuba untuk mengenakan perangkap yang berupa soalan. Sesungguhnya dia berasa amat hairan mengapa percintaan di antara FIKRIdan SOLEHAtidak menuju ke jinjang pelamin.dia berasa bersalah seandainya kehadirannya menyebabkan terputusnya  hubungan mereka.malah , dia berasa amat kagum bagaimana mereka dapat menahan perasaan itu  pada zahirnya walaupun masih dapat terlihat pada batinnya. 
“anti usah merasa tergugat. FIKRItelah menyunting anti sebagai surinya.”  
Ringkas balas katanya mengundang kebuntuan  hidayah. Dia   sendiri keliru apakah dia cemburu melihat jalinan halus kasih antara FIKRIdanSOLEHA.dia menatap dada langit yang di penuhi bintang2 yang berkerlipan seperti mencari jawapan.
“andai ini merunsingkan anti, ana akan menerangkannya.ana mengenali FIKRIsemenjak di bangku sekolah lg. Tidak dinafikan ana sememangnya kasihkan dia. Tapi ana sedar,permulaan percintaan itu satu langkah menuju ke alam rumah tangga. Tidak mungkin ana menjalinkan percintaan pada insan yang belum pasti menjadi milik ana.”
“tapi FIKRImenyayangi anti.”
“martabat seorang isteri yang lebih utama”
“ana hanya sekadar permaisuri hatinya.sedangkan anti merupakan uminya.” 
“hidayah jangan biarkan syaitan membisikkan keraguan dalam hati anti.umi hanya sekadar di bibir. Yang hak itu di sini.” Sambil itu tanganku menyentuh dada.
“anti seharusnya meyakini mahligai yang terbina merupakan 1 amanah yg wajib anti pertahankan.selamat berjuang ya anti hidayah.andainya ujian menimpa,ana doakan anti menjadi seorang yang tabah seumpama hajar, sesetia zulaikha dan seagung cinta khaadijah.”
“maaf ana tidak dapat menolong mu kelak.”
Baru shj hidayah ingin bertanya dengan lbh lanjut, doktor yang bertugas datang meminta keluar memandangkan laila ingin menerima rawatan.                                            *************************** 
Assalamualaikum.umi ku sudah tidur? Deringan nada mesej mengejutkan lamunanku.arghh! keluhku sendiri. 
Waalaikumsalam.belum. 
Memikirkan ttg masa depan? 
Mgkin....... 
Tidak pasti? 
Ya semuanya ketentuanNYA 
Kapan hati kan berhenti berdenyut?
Apbla menemui pencipta? 
Umi,mengapa hndak berahsia?anta terlalu2 ingin mengetahuinya... 
1 hr kn terjwb jua Semenjak bila umiku pndai berahsia ni?
Sejak di bahu mu tergalas beban. 
FIKRI akur pd kebekuan sikapSOLEHA.akhirnya mlm itu dia tidur bertemankan mimpi2 indah yang pernah di lakarnya suatu ketika dahulu bersamaSOLEHA.dia sudah tekad utk menemui SOLEHAkeesokan hri di Hospital Besar Lahad Datu.
“mana permaisuri hatimu?” tenang  shj kata itu diluah. Aku jd keliru dengan kebisuanFIKRI.
“ya walid, di mana permaisuri hatimu? Umi mu ini teringin sangat menemuinya.” 
“umiku, hidayah mengirim salam dan memohon maaf kerana tidak menjenguk mu hari ini.”dengan wajah mendungnya, FIKRImenatap sayu pada wajah lesu di hadapannya itu. 
“waalaikumsalam.” Aku tersenyum melihat wajah kelat FIKRIseolah olah bila2masa shj akn menumpahkan air mata. 
“ya  Walid,mengapa sedemikian rupamu?ana  risau sekiranya ana penyebabnya?”
“tidak umi....ana sebegini kerana diri ana sendiri.” 
“jangan asyik menyalahi diri  Walid.”
“Walid tahu, umi akn meninggalkan walid. Bagaimana kelak hidup ana?apa kah pemergian ana terlalu lama? Sehingga umi tidak lagi tahan menunggu...”akhirnya air matanya jatuh jua menyembah bumi.
“pemergian ana  menyahut seruan ILAHI dan semua makhluk jg akn merasainya. Tp bezanya hanya waktu dan tempatnnya.” 
“semasa ana memutuskan untuk mengahwini hidayah, ana yakin itu sudah suratan  ana.ana menghormati pendirian anti...dan ini 1 pengorbanan buat ana.walau tanpa kasih dan cinta...” 
“Walidku..dia isteri yg kini msti anta hormati hak nya.dia adlah milik anta skrg.itu amanah yg mnjd tanggungjawab anta untuk mendidik dan membimbingnya.”
“apa yg menyebabkan anti menolak dunia?”
“Walid, ana tidak menolak dunia tp ana menolak keindahannya kerana ana yakin pada keindahan akhirat”
“Walaupun utk saat akhir ini?” 
“ya tentu shj.kecuali la ana diberi peluang utk menjadi permaisuri seseorang”. 
“walau ucapan itu untuk seketika ini dan sebagai penawar hati ana?” 
“ya tentu shj walid.ucpan cinta itu bg ana terlalu suci hnggakan tdk blh diluah melainkan kpd yg halal.”
“ana sering memohon,sentiasa bersama anti.meskipun tidak dapat bersatu di dunia, tp akhirat itu negeri abadi.ana mengharapkan kebahagian yg kekal buat selamanya.”
“jodoh, pertemuan dan ajal itu ketentuanNYA”                                 **************************************
Pg  jumaat itu menjadi saksi tugu cinta agung mereka. SOLEHApergi selepas bertarung dengan penyakit barah otak yg di hadapinya.sementara  FIKRI juga pergi setelah pergi dengan tenang di sejadah subuh itu.  
                                     ******************************** 
Hidayah melipat kemas warkah itu.warkah yg sepatutnya disampaikn kpd FIKRI setelh diamanahkn  olh SOLEHA. Hidayah redha dengan pemergian FIKRI dan SOLEHA. Hidup ini harus di teruskan. Yang pergi biarkan berlalu, yang hidup harus bersiap sedia menempuh ujian yg menimpa. WALLAHUALAM.


Dari sudut pandangan saya,Cerpen ini masih bersifat lemah seperti penggunaan kata ganti diri  'penulis' adakalanya mengundang kekeliruan sama ada Soleha / pun Fikri sebagai pencerita. Tambahan lagi terdapat beberapa kesalahan bahasa,ejaan,penggunaan singkatan dan banyak lagi.InsyaALLAH,pada masa luang,saya akan memperbetulkan apa yang termampu dek pengetahuan saya.Apapun,teruskan penulisan anda,Srikandi Musfida.Saya menemui cerpen ini 3tahun lalu,tetapi hari ini baru terdetik untuk memaparkannya di ruang blog.Keep it up.Chayo-chayo.!!!

Isnin, 21 November 2011

Takdir

Assalamualaikum w.b.t. (^_^)
Petang yang indah.Sebelum tu,nak ucap jazakillah hu khair kepada kawan yang mengambil berat (bukan tu memujukkah sebab tak dapat bantu buat kajian?) kerana sudi menghantar pesanan ringkas,lebih kurang macam ni la ayatnya,'Salam..hari ni ko present kan?Gd luck!' -setengah teks lagi lost* hehehe
Time tu masih dalam kelas English,aku jadi semangat tau,ini merupakan big presentku yang pertama. Tapi,tiada siapa menduga...aku kecewa.

T.A.K.D.I.R
Kita hanya mampu merancang,prensentation yang ku mimpikan semalam berkecai tengah hari tadi.Presentation dibatalkan.Ya.Aku kecewa.Sehingga kelas Bahasa Melayu Lanjutan tamat,aku masih seperti tidak percaya.Mungkin aku terlalu bersedia.Alhamdulillah.Aku terbaca blog seorang teman,tajuk yang sama seperti yang tertera di atas.TAKDIR.Aku percaya,pasti ada hikmahnya. ALLAH mahu aku lebih bersiap sedia dan belajar lebih lagi.InsyaALLAH.

Kita beralih kepada topik baru.Jam aku rosak.Sememangnya,jam merupakan antara benda yang paling aku 'sayangi'.Lebih-lebih lagi jam itu,pemberian daripada ibu tercinta.Aku teringat sebelum aku memiliki jam tersebut,aku bergantung pada jam seseorang.Aku hanya akan berperilaku (meminjam jam tangan) hanya pada seorang.Iaitu,orang ITU.hehehe.

Orang ITU tengah exam.Exam STPM.Good Luck!!!

Akhirul kalam,ALLAH Maha Mengetahui yang Terbaik buat kita.

Epilog Semalam

Assalamualaikum w.b.t.
Hari baru bakal bermula.Tunggu sedetik masa lagi.
Terus terang mata aku da mengantuk tapi tangan 'gatal' sangat nak menaip.Bolehkah mataku berehat dan jari ini terus 'berkerja'? Begitulah aku tanpa dia.Tapi dia seakan tidak mengerti situasi ku ini.Tidakkah terdetik sedikit rasa kasihan dihatinya buatku?
Dulu,dia merupakan insan yang amat memahami.Tiap duka dan sukaku dapat diukur.Punca dan akibat.
Tetapi kini,sifat 'prihatin' itu bertukar 360 darjah.Kenapa?
Andai dia kembali pada ku sekarang,mana mungkin aku berkata tidak.Pasti segala perilakunya yang menyeksakan ini kumaafkan.Tapi,bilakah saat itu akan tiba?
Pernah suatu ketika dulu,aku memikirkan saat-saat seperti ini.Andainya dia pergi tanpa meninggalkan pesan.Lantas aku pun memutuskan untuk angkat kaki lebih dulu.Tetapi,bagaimana harus ku lupakan insan yang banyak ku kongsikan cerita hati?Mana mungkin aku mampu hadapi kenyataan itu.Aku cukup yakin,sampai ke akhirnya kelak,kami akan terus bergandingan.
Tapi,nyata matahari takkan terus bersinar.Hujan melanda perhubungan ini.Kini,dia tidak lagi ingin muncul dalam kamus hari-hariku,.Malah cuba untuk berdolak dalik.Kenapa tidak nyatakan saja apa yang terbuku di hatimu?
'aku tidak ingin menemanimu lagi'
'aku telah punya jalan hidup sendiri'
'tolong lepaskan saya daripada ingatan awak'
Bukankah itu perkataan yang semua pun orang guna untuk memutuskan sesuatu perhubungan?
Awak,tolonglah jangan seksa perasaan saya lagi.
Saya sudah penat untuk berpura-pura  tabah,sabar dan semuanya.
***********************************************************************************
awak,sebelum pergi jauh dari saya,tunggulah sehingga cerpen untuk awak ni siap.Jangan buat saya berhutang sampai kita ketemu DIA.

Ahad, 20 November 2011

menjengah sebentar ke UM..

Assalamualaikum w.b.t.
Pagi-pagi lagi bersiap untuk ke Universiti Malaysia(UM).Permulaan hari yang indah,cuaca yang sesuai untuk membuat kajian. Kali ini perjalanan jauh 'sedikit' ke Terminal LRT Universiti.
Terus-terang,aku rasa takut-takut tau time sampai kat Library UM.Ye la,kita ni 'pendatang' kat tempat orang.Tapi,Alhamdulillah,reaksi yang ramah daripada orang pertama yang kami temui sangat-sangat menyenangkan.Syukran...^^
ooo.Ye.kawan-kawan aku pun best sangat-sangat.Terima kasih weii..korang tolong edarkan borang servey aku(dengan segala sukacitanya,mereka terdiri daripada Noreen,Fiza & Ropi'ah).
Perihal borang sudah selesai,masa untuk berangkat pulang ke laman U tercinta..(UIAM).Nasib baik aku terdetik nak calling-calling my friend yang study kat UM tu,ingatkan pegi seminar.Dia tak pegi sebab lambat bangun.huhu..namanya,Siti Asdiah Masran.hehe
Alhamdulillah.Sebelum ni,aku tak kenal apa itu makna/erti rindu.Namun semenjak berjauhan daripada rakan-rakan seperjuangan dulu,aku menjadi perindu yang tegar.(aku hanya tahu rindu pada mak,bapa,atuk..dan keluarga kat Sulawesi)
Sedikit sebanyak,aku bersemangat semula untuk belajar.hehe.thanx teman.Singgah sebentar di KLCC. Nothing interesting la.Mungkin faktor duit dan barang-barang kat sana pun takda yang 'cantik' kt mataku.(tipuu..aku nak sangat beli teddy bear tu,tapi daripada beli benda alah tu,baik aku beli top up.boleh telefon mak..kan)
Lastly,alhamdulillah power point da siap.Isnin nak present.Doakan ye teman-teman.owh ya,nak ucap ahlan wasahlan, welcome,selamat datang & annyeong kat teman-teman angka ke-20+ .Kepada yang baru follow,syukran..^^

Khamis, 17 November 2011

sedikit coretan...

Assalamualaikum w.b.t.
Sudah lama tidak menjengah ke laman 'blog' tercinta ini.Macam-macam cerita hendak di'kisahkan' tetapi keterbatasan waktu.
Bagaimana agaknya sambutan raya Adha anda baru-baru ini? Saya?
Bagi saya,ini merupakan pengalaman pertama beraya tanpa keluarga.*touching*
Sedih sangat-sangat...saya anak tunggal dalam keluarga.Perkara yang membuatkan saya sedih bukan kerana tak dapat nak makan masakan mak,tak dapat duit raya atau beraya ke rumah saudara,jiran atau yang ter......whatever..tetapi memikirkan mak dan  bapa yang 'kesunyian' tanpa anak mereka ini.
Tapi,saya yakin,mereka pasti kuat menghadapinya..^_^
Banyak lagi perjalanan hidup saya selama seminggu hendak diceritakan tetapi saya ringkaskan saja di sini.InsyaALLAH,ada masa nanti,jemari saya aktif semula melakar kisah-kisah itu.
Kembali ke alam UIAM...disambut dengan kertas mid-term..huhu nak khabaq mai juga,Bahasa Melayu Lanjutan saya dapat 13.5/15 then Arabic,45/50.
Alhamdulillah.Di dalam kelas,saya bukanlah pelajar yang aktif,tetapi sekurang-kurangnya,saya 'aktifkan' tangan dan minda saya di kertas soalan sebagai tanda saya sebenarnya amat-amat 'menghargai' dan 'berterima kasih' pada Umi & Ustaz.
Jumaat akan datang,saya akan 'berperang' lagi untuk exam English.Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar.InsyaALLAH.