Khamis, 30 Mei 2013

sabar menanti

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Sekian lama sabar menanti, akhirnya backpack yang diberi nama backpack 'park shin hye' ini sudah selamat sampai ke tangan saya. Alhamdulillah. Agak lama jugalah menunggu. Sebelum mid-term lagi.
simple..itu yg saya cari. nampak 'ketahanannya'.
Saya beli bukan sebab pengaruh drama 'heartstrings' ya, tapi masa mencari backpack tu, warna biru yang ada stail begini saja. Ada juga warna lain backpack Lee Hyun Woo dalam drama To the beautiful you. Agak simple. Tetapi, suka saya tegaskan, tiada pengaruh drama ya.

Kita beralih kepada cerita imtihan...saya ada tiga lagi kertas yang bakal berakhir pada 7 Jun nanti. InshaAllah. Dugaan peperiksaan yang paling berat sepanjang 5 semester. Duga saya. Orang selalu mencari peluang kemudahan, kesenangan atau apa saja, tetapi bagi yang memilikinya, itu adalah dugaan, Ujian.

Saya ada tengok sekali imbas, sambil-sambil download, cerita 2011 kalau saya tidak silap, A thousand days promise, mula-mula tidak seberapa menarik tetapi lama-lama saya ikut sedih. Baru beberapa hari lalu, saya bercerita dengan bonda mengenai seorang teman bapa yang sedang sakit. Sedih apabila mendengar khabar (ini khabar sahih ya) bahawa sakitnya tidak ditemani anak di sisi. Ada pun datangnya sekali sekala. Ada pun datangnya berbicara soal wang.

Antara belajar, kerjaya dan ibubapa, saya akan pilih ibubapa. Belajar, kerjaya... rezeki Allah yang tentukan. Tidak dapat kita, boleh wariskan kepada anak-anak,inshaAllah. 'Ibubapa boleh jaga sepuluh orang anak, tetapi sepuluh orang anak belum tentu mampu jaga ibubapa, atau ibu atau bapa sahaja'.

Lemahnya kita.

Bonda selalu ungkapkan kata-kata arwah nenda, 'semoga perginya tidak kerana alzheimer, nanti anak yang susah bertambah susah'.. Cerita yang sekadar drama tadi memberi gambaran kasar kondisi itu. Setabah itukah aku kelak berhadapan dengan situasi sedemikian?

Menjadi satu-satunya permata keluarga adakalanya mengundang kerisauan andai tawa dan senyumku tidak cukup untuk mereka. Sabar menanti detiknya kembali kepangkuan mereka. Membajai bunga-bunga kasih. 

Selasa, 28 Mei 2013

#rindu termiliki#

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

rindu yang sudah lama terkubur
bangkit diseru lagu

senyummu,
lakumu,
semuanya adamu,
aku jatuh.

rindu ini hebat 
aku bisa lupa apa yang ku ingat

bukan salahmu
dan bukan salah siapa pun
aku yang mudah jatuh
untuk sekian satu

hidup sehari seumpama seumur hidup
terpenjara dalam bayang palsumu
dapatkah lagi ku kembali
pada hidup yang ku usahakan berulang kali?
 
senyummu,
lakumu,
semuanya adamu,
aku sudah tidak mampu
semakin disimpan semakin menjauh

pada dirimu yang tidak tercapai
pada bulan yang ku curangi.
akhirnya, tiada satu ku miliki.

senyummu...lakumu...semuanya adamu...

rindu ini cukup sampai di sini.
kerana asing.

diriku tak kumiliki
rindu ini dimiliki
pemilikmu, pemilikku, Dia maha Pemilik.

  (lagu,figura dan semua tentangmu, cuma aku yang igau.mungkin)#KangJun#1994#

Rabu, 22 Mei 2013

#rock rock rock

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Drama pendek ini sudah lama disiarkan di KBS iaitu pada tahun 2010. Saya baru berkesempatan untuk mendownloadnya...dan belum habis lagi tengok keseluruhan cerita. Ketika tengok sekali imbas, saya terhenti di satu part...tercengang...pehhh....saya suka ini lagu!

Lagu ini oleh Boohwal bertajuk Resurrection. Music dan liriknya oleh Kim Taewon sendiri. Terharu dengar part 'nananana...' tu, isteri Kim Taewon yang nyanyi... T_T

Lagu yang kedua, bertajuk Rain and your story. Walaupun asalnya niat mahu tengok cerita ni sebab dilakonkan oleh No Min Woo, jadinya google lagu Boohwal. huhu Gua bukan peminat muzik rock, tapi lagu Boohwal ni gua suka..:P Cadangan lagu Boohwal lain, Heeya, Never Ending Story dan Sonagi.

Kondisi 'rock' sering menimbulkan rasa yang kurang 'enak', tengok cerita ni pun saya rasa terpaksa (mula-mula). Tetapi, sudah maklum setiap kondisi itu berbeza-beza, jadi 'kelainan' itu bukan penghalang untuk mengetahui atau mungkin memahami. Watak yang dibawakan oleh No Min Woo memang menjadi, bagi 'pemerhati' seperti saya yang sudah biasa melihat watak 'flower boy' yang dibawakannya, semacam tidak 'ingin' tengok cerita sebegini dilakonkannya.

Saya teringat suatu ketika dulu, semasa dalam dunia 'penanam anggur',setiap sabtu, pukul 5 petang saya akan menguasai tV untuk menonton rancangan Immortal Song di KBS. Pernah lagu-lagu Boohwal dibawakan dan antara versi yang menjadi 'ke'wah'an' saya adalah Hyorin. Jempol 5 saya bagi. :)

#nampak sangat minggu study ini adalah study drama# saya juga insan biasa#

Ahad, 19 Mei 2013

TEN2 ost season 2

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Saya tidak tahu TEN2 season 1 tetapi season 2 saya follow sirinya. ^^
Sedikit 'tercengang' masa mula2 tonton episode (season2) sbb tidak tengok s.1. *sekarang buat-buat tahu*

Siri ini masih dalam penyiaran. Jalan ceritanya okey, tapi vampire prosecutor masih di carta teratas. Kita tunggu sampai habis dulu la ya. Cuma, mahu kongsi lagu yang agak 'addictive' bagi saya. Ada dua, jom dengar yang pertama dulu, nyanyian Mad Soul Child, bertajuk Breath.
Sekadar tambahan, lagu Mad Soul Child, Dear dalam "The Man from Nowhere" pun agak 'addictive'.
Untuk lagu Breath's translation, boleh rujuk (SINI) manakala untuk hangul dan romanization pula rujuk (SINI).

Lagu yang kedua bertajuk Chase oleh Nan Ah Jin. Saya tidak jumpa english translation, cuma jumpa lyrics in romanization,,,pun boleh kan? Boleh rujuk (SINI)

okey la, mahu ULANGKAJI... 27may ada kerta Arab. Sangat berharap, seperti selalu. annyeong!

Sabtu, 18 Mei 2013

#tambang tiket

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah, minggu ni duit tuntutan kos pengangkutan sudah saya terima. Bagi pelajar JPA Sabah/ Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya, ada elaun pengangkutan ya (cakap macam sama diri sendiri). Benda ni saya tidak tahu secara rasmi, cuma pernah terbaca. Tambahan pula, semasa saya mendapat tawaran biasiswa hari tu,tiada taklimat.

Saya tidak punya banyak kenalan sabahan & sarawakian di Uia, maka pernah jugalah bertanya sama kenalan-kenalan dari universiti lain. Tetapi tidak ketemu jawapan. Sebenarnya, benda ni mudah sahaja nak selesaikan, pergi pejabat scholarship u dan tanya mereka. Tapi, biasalah, kita hendak buat kepastian dulu. Mahu confirmkan.

Sebaliknya, saya sedikit down hari tu (masa pergi tanya) sebab berdasarkan respon petugas di ofis scholarship, macam jarang sahaja yang tuntut. Tapinya saya isi sahaja borang tuntutan kemudian pos sendiri ke JPA berserta salinan kad pengenalan.

Berdasarkan risikan tidak rasmi saya, borang ni perlu diisi sekali sahaja, kemudian, tiap-tiap tahun pengajian duit akan masuk. Setahun rm1k untuk pelajar Sabahan ke semenanjung dan sebaliknya. Sepatutnya diisi dan dihantar sekali ketika menghantar borang perjanjian. Jadi, duit akan masuk sekali. Tetapi kalau belum isi jangan risau (sama kes macam saya), boleh la bertindak sekarang ya.

Sama ada duit masuk semester ini juga atau semester hadapan saya tidak pasti. Saya dapat sebulan selepas hantar borang tuntutan rasanya.

(kita mahu ubah, jangan lupa ubah diri sekali. Banyak cara kita boleh ubah. Kita harap manusia, manusia bukan mahu bantu. Allah sudah bantu, tapi adakalanya kita yang buta. )

(ramai yang ingin menjadi orang lain, padahal apa yang dimiliki oleh orang lain merupakan Ujian terbesar mereka. Mungkin, kita belum cukup amanah untuk memegangnya. Harap yang terbaik. Terima yang terbaik.)

Jumaat, 17 Mei 2013

#sifatku

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Saya beranggapan bahawa berupaya 'mengesan' 'kelemahan' sahabat saya memadai. Ternyata ia bukanlah suatu perkara yang mudah diatasi apabila kita terpaksa berhadapan dengannya. Adakalanya, kita terpaksa memilih untuk berjauhan, kadang-kadang sahaja jumpa atau limitkan perbualan. Sebabnya, seumpama bila-bila saja lava amarah meletus.

Sifat saya, sifat yang saya pupuk, bukan secara azali, menyembunyikan amarah. Saya beranggapan mereka yang berada di sisi saya sedia maklum akan hal ini. Rupanya, mereka tidak tahu.Dan silap saya tidak memberitahu.

Besar hajat di hati, ada la di antara sahabat yang tersinggah di post ini. :) Wahai sahabat ku sekalian, saya di sini ingin memberitahu, kalau saya kelihatan seperti marah, atau mungkin no response... agak-agak saya marah la tu. Jangan pula disimbah dengan soalan, 'awak marah ke?' 'Laila, ko marah ke?' 'sorry la weii'...

Soalan-soalan tersebut dan seangkatan dengannya,amat sensitif pada saya. Ada perkara yang mengundang amarah, tetapi semenjak beberapa tahun yang lalu, saya belajar untuk tidak mewujudkan 'marah' kepada rakan-rakan saya. Marah merupakan fitrah yang paling ingin saya elak. Benar-benar tidak elok kondisi saya kalau amarah itu wujud. kerana di akhirnya nanti,akan wujud penyesalan.

Lazimnya, apabila saya sedari virus amarah menyerang, secara automatik saya akan scan diri saya. Sebab itu, saya akan ambil masa berdiam diri. Namun begitu, kalau saat tersebut saya diserang dengan soalan-soalan tadi... ia agak mengganggu proses penghapusan virus. Boleh jadi berganda virus tersebut. Ada faham?

Saya sayang sahabat-sahabat saya. ^^

(terkadang, saya terlupa mengetahui sahaja tidak cukup, diri kena belajar sabar juga. bukan sering mengata. Hijjera, ubah!)

Khamis, 16 Mei 2013

#cerita persahabatn

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Perkara yang paling ditakuti pada pertemuan adalah perpisahan. Takut untuk bersendiri. Takut akan ditinggalkan. Apatah lagi oleh mereka yang dipercayai dan disayangi.

Lupa. Tiap yang hadir adalah pinjaman. Lupa. Kita sekadar peminjam.

Ketamakan diri adakalanya memakan diri sendiri. Kita sebut ia sebagai mempertahankan. Kita namakannya sebagai usaha: Pengorbanan. Cinta. Kasih.

Tapi, pernahkah kita terfikir bahawa, ketamakan diri ini menyiksakan? Buatnya, juga buat kita.

Dia,Pemilik dia. Dia, Pencipta dia. Cinta dan kasihnya lebih daripada cinta dan kasih yang kita tatangi. Sudah pastilah, Dia yang Maha Tahu yang Terbaik buat dia, kita, ciptaanNya.

Ujian adalah teguran, panggilan dan jawapan.  Mungkin, silapnya pada kita sendiri. Cinta dan kasih kita terlalu pada ciptaan berbanding pada Pencipta, Pemiliknya.

'Kalau mahu dapatkan sesuatu, mintalah daripada Penciptanya.'

Ujian adalah tarbiah diri untuk menjadi hamba yang CEMERLANG di hadapanNya. Dia tidak akan sekali menguji di luar kemampuan hambaNya.

Ujian adalah kehidupan. Ibarat air sungai yang mengalir, tertutup satu jalan, akan ada aliran lain yang terbentuk. Seandainya sudah sememangnya diri tidak mampu mengubahnya, mungkin jalan perpisahan itu yang terbaik. Perpisahan dalam erti berjauhan.

Jangan dinilaikan sesebuah perhubungan dengan masa dan jarak. Lama-kelamaan ia akan mengaburi hati, hilang arah, kasih yang bukan dalam erti yang sebenar.

Teman, kawan, rakan, sahabat, chingu... apa sahaja gelaran kalian, terima kasih kerana hadir dalam hidup ini. Sekejap atau lama bukan soalnya. Sebab kalian hadir mewarnai kanvas hidup, sama ada sedikit atau banyak, ia tetap berwarna.

Bertemu kerana Allah, tentu berpisahnya tidak gelisah. Allah adalah pemilik kekal. Kita cuma pinjam sementara. Jadi, manfaatkanlah pinjamanNya dengan sebaiknya. Kelak akhirnya tiada penyesalan. Apabila tiba saat untuk dilepaskan, redhakanlah. Semoga bertemu insan yang jauh lebih baik. Kerana kita adalah sahabat, maka sampai bila-bila bersahabat.

( akak rasa kasihan atas apa yang terjadi pada adk. tp akak lagi kasihan pada diri akak, tidak memahami dan menjiwai. terima kasih, kerana melalui kamu, akak belajar yang dinamakan #sahabat# mungkin kenangan lama, telah membawa jauh aku sampai ke tahap ini. kosong. tiada apa yang tinggal.)

Rabu, 15 Mei 2013

#Imtihan

Assalamu'alaikum w.b.t.

Setengah jam lagi saya ada imtihan qosir, second imtihan sebenarnya untuk arabic. Esok pula, assyafawi..

Mungkin, sahabat lain sedang menelaah,sedangkan saya di sini...menaip dan menyampaikan khabar imtihan. Tidak terlalu yakin, tetapi tidak mahu diselubungi stress. InshaAllah boleh jawab. :)

Anyway,hari ini mungkin hari last untuk menonton drama arab di kelas. Tanpa subtitles. Di bilik berhawa dingin yang amat. Hadapan pejabat Celpad.

Setiap semester, sudah 4 kelas arab yang saya ada, dan setiap kelas itu ada ceritanya sendiri. Meskipun di awal semester ini, saya selalu membandingkan dengan kelas yang sebelumnya, tetapi kelas ini ternyata memberi cerita lain. Suatu pengalaman yang mungkin tidak akan saya lalui di masa akan datang.

Saya sayang murabbi saya,saya sayang sahabat sekelas saya dan saya sayang ilmu yang saya pelajari.

Saya ini pelupa, mungkin saya akan lupa kita pernah sekelas, pernah berkongsi murabbi yang sama, pernah belajar benda yang sama, dan pernah ketawa bersama.

Pastinya, kita sama-sama berharap untuk tidak bertemu lagi di kelas yang sama untuk level 4 lagi, kerana kita akan LULUS dengan cemerlang untuk subjek ini. InshaAllah.

Tidak jumpa bermakna mungkin kita tidak cipta kenangan yang sama lagi, tidak mengapa, kita perlu menemui insan lain lagi untuk mencipta kenangan lain. Selamat berjaya!

Nanti jumpa di penghujung destinasi,JANNAH.InshaALLAH.

Selasa, 14 Mei 2013

#virus

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Drama di atas bertajuk the Virus yang baru sahaja tamat ditayangkan di OCN tv. Ada sepuluh episod sahaja. Jalan ceritanya biasa sahaja, tetapi ini termasuk dalam senarai kegemaranku.

Paling aku suka bahagian akhir drama ini. Dalam satu 'peti ais', ada beberapa tabung uji yang disusun berdasarkan tahun dan nama virus. Tahun 2013, negara Korea tempat tersebarnya virus. Nampak fiction, tetapi aku setuju Korea telah menyebarkan virus entertainment, hiburan, drama, kpop.. gyomi..:P

Hakikatnya, BUKAN 'Korea' yang kita tonton, musuh yang bukan calang-calang hebatnya. Mereka tidak pernah melupakan kita, cuma kita yang sering lupa akan kehadiran mereka. Mungkin, juga kita sedar, tetapi buat-buat buta.

(Roma, semakin jauh wilayahmu untuk ditakluk, pemuda/di ku sibuk bercakaran menyatakan siapa benar, siapa salah. Semua mahu duduk atas. Si A, tidak mahu dengar nasihat si B setelah menyedari si B mahukan tempatnya, si B mahu duduk di atas apabila nasihatnya sudah tidak didengari si A.)

Isnin, 13 Mei 2013

Sorotan pembacaan #2

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.

Minggu terakhir kuliah merupakan minggu yang mencabar, nasib baik kuota 'ponteng' sudah digunapakai semasa menyiapkan assignment. Anyway, tadi pagi kelas creative thinking, tajuk Ijtihad, entah kenapa rasa terlalu pantas masa berlalu. Teruja mendengar kalimah murabbi, sedih apabila mengenangkan cuma tinggal satu waktu saja lagi, rabu pagi akan datang.

Saya bukan malas, cuma mencuri masa yang ada untuk bercerita-cerita di sini, setelah seharian 'berperang' dengan cuaca panas, ilmu yang diulangkaji entah lekat atau sudah pergi menerawang. Sebenarnya sudah lama saya habis membaca buku ini, tulisan senior kuliyah saya, IRKHS. Walaupun tidak mengenali siapa beliau, saya teruja lihat buku ini, tentunya besar harapan saya saat itu.

Tengok tajuk pun sudah rasa 'seram', apa yang sulit? Lagi-lagi Presiden berpengaruh nombor satu dunia, AS. Mungkin bagi yang sudah pernah membaca buku-buku seumpama ini, banyak yang sudah sedia diketahui tertulis di sini. Tapi, bagi saya tidak kalau part POTUS, ya bagi part freemason, iluminati..and so on.

Saya tidak rajin untuk bercerita lebih lanjut mengenai buku ini, belilah, tambah ilmu semasa. :) Saja mahu kasi tunjuk bha ni. hehehe

Semangat nationality, memecah belahkan umat. Tinggallah kita terbahagi-bahagi. Inilah yang menguntungkan pihak Barat, khususnya AS, kerana 'tentangan' yang sedikit tidak meninggalkan kesan buat mereka. Malaysia? AS pejam mata saja. Tidak terusik. Sentuhan penulis  berkenaan harapan umat Islam terhadap Presiden Barack Obama, menyuntik hati saya. Ya, ada benarnya, kenapa perlu berharap pada Presiden AS? Nampak sangat ketakjuban kita pada mereka. Kitalah yang harus bangkit, saya ulangi KITA, UMAT ISLAM. Bukan sekadar Hizbut Tahrir, PAS...IKHWAN..atau apa saja nama gerakan yang ada. Perbezaan yang wujud bukan penghalang untuk kita terus maju, kita menuju destinasi yang sama. DIA.

Mengimbas kembali butir bicara Murabbi, ada benarnya kalau pintu Ijtihad dibuka semula. Besar harapan, semakin ramai ulama yang bukan sahaja mahir dalam hal-hal agama, malahan isu-isu semasa, politik, pendidikan, ekonomi, sains dan lain-lain. Sudah tiba masanya kita menghentikan pensekularan sistem. Dunia semakin ke hadapan tetapi bukan Islam yang perlu diubah melainkan kemodenan itu sendiri berdasarkan Islam.

(kerajaan yang diidamkan terdiri daripada pemimpin dan rakyat yang baik)

Sabtu, 11 Mei 2013

kenangan sem 2/2013

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Sebulan lagi, bakal mengakhiri semester yang keempat (kalau termasuk short semester, sudah 5 sem). Saya lazimi meng'upload' di akhir setiap semester beberapa figura bersama sahabat-sahabat seperjuangan sebagai tatapan bersama. Mereka saya kenali, buat pertama kalinya ada yang berkali-kali. Ukhwah ini terlalu muda untuk dinovelkan tetapi ruang yang sekejap itu membuahkan rantaian haruman,inshaAllah ke Jannah.

  
saat mulai membuka ruang 'sendiri-sendiri'

Cuma 2 foto di atas yang berada di pihak saya.  Aktiviti cuti pertengahan semester, alhamdulillah, akhirnya dengan 'keberanian' dan 'keyakinan' yang ada, saya berada di sini. Bukan mudah ya saya keluar daripada kepompong 'bersendirian'. Kem pertama saya di UIA, senior2 baik plus 'owsem' dan tidak dilupa, makanan yang disediakan. best! Hakikat yang tidak dapat dielak, terubat kerinduan pada dialek sabahan.hehehe.
2nd time untuk berkumpul-kumpul dengan mereka. :)
lecun! mandi sungai kan...
time ni kami kelaparan, ada tengok itu chips di depan? hehehe bagi yang mandi sungai, saya tidak terbayang kelaparan itu!
Masa nak kembali ke teratak UIA, kebetulan, berjambuan, tetapi kami sekadar PUTERI. Walaupun masa tu Malaysia demam pru13. kami mahu 'Ubah'!
di pagi hari pekerja.
ini yang kedua. saya mengintai-intai peluang kali ketiga bersama mereka. family seMISI.
sahabat di zaman persekolahan. Di mana-mana mereka saya akan 'cari'. Kerana mereka keluarga saya. :)
saya tidak pernah nyatakan secara langsung pada BELIAU, tetapi jauh di sudut hati ini, saya TERHARU, sahabat. Setiap semester, BELIAU akan berkunjung ke bumi UIA.
Bha, penat sudah. Nanti di update lagi ya. Sebab terlalu teruja mengimbas memori baru, rehat diketepikan dulu setelah di pagi hari menjelajah bumi UIA, ber'explore-race.

(#sekian lama tidak top-up, istimewa hari ini untuk Indoku, Bonda Hafidah Amir# Tenna podo malampe sungek n masempo daletta..pammasena fuangala Taala# TO ALL indo-indo seantero dunia#)
p/s: ternyata nak bagi surprise dgn panggilan, tidak menjadi. bonda kenal anaknya macam mana. kerana hari-hari bonda yg dulu tekan butang hijau. >_<