Ahad, 27 April 2014

#ketika bengang

Assalamualaikum w.b.t.
Aku tidak mengerti,
Anganmu selalu ingin dimengerti.
Hidup sendiri,
Tidak bisa kau jalani?
Sampai bila memburu cinta
Sedangkan hidup ini penuh cinta
Jangan klasifikasi cinta
Nanti buatmu tiada cinta.
Apabila difikiran cuma dia
Dalam khalayak bisa kesepian.
Kamu,
Ternyata guru salah ajarkan begitu,
Mengejar bahagia dalam hidup
Padahal derita tidak pernah tiada
Ajarilah kami
Kalau hidup ini, punya dua,
Positif juga negatif
Sabarlah bersendiri,
Sampai masa berdua, syukuri.

Jumaat, 18 April 2014

Kesempatan

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari yang lalu, mak mengadu kepadaku. Katanya, "Ela, tadi mak ngaji. Allah,,, satu ayat tu, payahnya mak hendak abiskan."

Aku, kelu sekejap. Minggu lalu aku menangis teresak-esak dekat mak. Entah. Aku sebenarnya bukan jenis yang kuat mengadu masalah, tetapi semenjak pemergian bapa, kalau ada waktu yang memang aku tak tahan rindukan dia, aku telefon mak, nangis. Selepas tu, baru rasa ringan sikit, ya, mak saja la setakat ni tempat aku ngadu. Bukan tiada kawan,tapi mak la kawan terbaik yang aku ada.

Dahulu, sindrom aku kalau serabut dengan tugasan  sekolah, telefon bapa minta dibacakan yaasin. Tak hairan kalau aku nangis-nangis minta dibacakan Yaasin. Dan memang itupun rutin arwah bapa semenjak aku sekolah menengah lagi. Sekarang, setelah pemergian bapa...semua amalan itu turun kepada mak.

Ya, itulah yang mak adukan. Katanya, sekarang dia cuma dapat bacakan Yaasin sahaja. Al-Quran tu dia baca sikit-sikit. Apa yang meruntun hatiku saat dia berkata,
"Susahnya ngaji sendirian,  dulu ada juga bapa yang tegur tajwid, sebutan..."

Bapa mengahwini mak ketika mak berusia 15 tahun. Kehidupan kanak-kanak mak tidak seperti kehidupan yang ku lalui. Dilahirkan di kawasan perkampungan desa Ajangpulu, kacamatan Cina, kabupaten Bone, Sulsel... masyarakat ketika itu belum menekankan pendidikan.  Kata mak, pulang dari sekolah, rutinnya menjaga bendang. Tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran. Hal-hal agama, tidak dititikberatkan seperti mana yang bapa ajarkan kepadaku. Mengaji, solat dan hal-hal agama mak dapat daripada bapa selepas mereka berkahwin.

Bapa pun zaman kanak-kanaknya sama seperti mak, semuanya serba kekurangan. Malah dia telah kehilangan ayah seusia kecil lagi.  Jadi, nenek iaitu mak bapa berkahwin lain. Bapa mengambil keputusan berhijrah ke Sabah pada ketika itu. Sama seperti mak, bapa tidak punya basic pendidikan agama. Solat, mengaji dan hal-hal lain dipelajarinya ketika dalam perantauan. Katanya, dia banyak kali bertukar guru baru khatam mengaji. Dan alhamdulillah,  berkat pengajian tidak formalnya itulah yang mendidik kami sekeluarga.

"Tapi ndak apa la, Allah masih beri mak peluang untuk buka al-Quran lagi. Itu pun sudah cukup. Salah mak tidak selalu semak bacaan semasa bapa masih hidup" aku dapat dengar suara tawa mak di hujung bicaranya.

(Tangis)

(Kelu)

"Ela ada cuti 3 bulan nanti, boleh kita ngaji sama ya, mak." Sahutku. Hampir tidak kedengaran.

Ni'mat apa lagi yang kami hendak siakan setelah apa yang ditinggalkan buat kami oleh bapa? Alhamdulillah. Kami pernah memiliki peluang itu. Kesempatan itu.

Rabu, 16 April 2014

Bukan cinta dan rindu

Perlu kau tahu
Meski tiada rindu
Tapi hati selalu,
Selalu saja bersyukur
Kerana tahu kamu ada di situ.
Bicara kita membisu
Senyum kita membeku
Rasa dan cerita seumpama dulu
Terbiar senyap tanpa usul
Wajar, kasih kita belum menyatu.
Hari demi hari, waktu
Mendekati sisa hidup
Pinta hati agar dia adalah kamu
Meski bukan, kamu tetap tunggu
Nyata aku bisa pilu jika dia benar bukan kamu.
Ini bukan cinta dan rindu
Bukan sungguh.
Tapi kalau benar ada cinta dan rindu,
Maaf lafaznya tidak butuh
Zahir begini waktu.
Perlu kau tahu
Susunilah istimewa tiap satu
Pilihanku tetap kosong di situ
Kerana seperti kamu itu cuma satu.
(Terima kasih kematangan, tanpa paksaan, kepercayaan, kesetiaan, dan pemahaman- tanpa cinta dan rindu, aku bisa zahirkannya kalau kamu bisa bertahan menunggu, meski aku tidak tahu di mana penghujungnya)

Isnin, 14 April 2014

CMC LINE 2014 #Part 3

Assalamualaikum w.b.t
Semasa kawan-kawan lain mengambil subjek computer mediated comm (CMC), aku tertanya-tanya, why we need to get LIKE on fb? Kenapa nak guna social network as platform indikator markah?
After that, I know... semutu manapun produk kita kalau tak promote pun tak jadi. Sebaliknya, seburuk mana pun produk kita, kalau rajin promote, tiada masalah. Okey, I need to explain one by one, nanti kawan-kawan boleh salah faham. Padahal aku tiada niat nak offend sesiapa. Sungguh!
Apabila produk kita itu bermutu, alhamdulillah, aku tidak segan hendak promote. Di semua celah aku hendak masuk. Keyakinan. Kalau produk ok, promote ok, maka tiada masalah dengan jumlah LIKE yang hendak diraih. Malah kalau orang hendak promote,  aku dengan lapang dada kata "silakan.terima kasih." Atau aku sendiri yang pinta mereka berbuat demikian.
Dua tugasan kami bukanlah yang terbaik. Ada part yang lebih ada part yang kurang. Bukan hendak kata tak bermutu, cuma kurang sikit daripada tugasan yang pertama. Tapi, aku sedar, kenapa hendak mengalah awal-awal? Istilahnya kalau dalam dunia marketing, kita ada yang dinamakan 'pelanggan setia'. Ya, kebanyakannya terdiri daripada ahli keluarga,  senior, junior, guru guru,  kawan sekampung... mereka sentiasa ada menyokong kita. Jangan ego sangat sehingga menidakkan fungsi mereka.
"Tak bermutu pun ada orang like?" Aku pun terkejut sebenarnya apabila masih banyak kawan-kawan yang setia menyokong perjuangan kami. Hahaha. Poyo gilak budak Laila ni. Well, kalau kalian berada di tempat aku, baru kalian tahu perasaan dihargai dan disokong itu. Or maybe, kalian pun punyai itu tapi tidak sekepoh aku. Kepoh.
Main point aku kali ini, social network lagi cepat kita nak dapatkan audiens. Kalau kita sebut audiens, apa yang kita mahukan sebenarnya daripada mereka? Feedback. Sebelum aku berbicara panjang lebar, aku mohon apologi kalau opiniku ini tersangat poyo. Aku cuma mencuba memahami situasi sebagai pelajar komunikasi.
Pernah aku hadiri satu forum mengenai filem islamik. Dari situ, aku sedar setinggi apa pun tujuan kita, jangan dilupakan sebahagian audiens. Bagaimana? Survey dahulu audiens kita siapa, latar belakang mereka. Akhirnya aku temui tempat paling sesuai untuk survey, social network. Bukan semua dapat memahami idea kita. Bukan. 
Sebagai pelajar komunikasi, mungkin ada antara kami ini yang terlibat dalam dunia broadcasting. InshaAllah. Di antara patuh syariat dan keuntungan, pastinya kami dilema antara keduanya. Dan ini merupakan medan praktikal, langkah awal kami menceburkan diri dalam dunia penyiaran. Besar hajat di hati, we can produce something yang bermutu, mutunya mesej yang ingin kami sampaikan.
Tadi aku ada sebut feedback. Masalah yang aku hadapi, alhamdulillah, ramai yang sentiasa dibelakang menyokong tetapi mereka ini terlalu baik. Baik sangat. Tiada feedback yang negatif, padahal aku sudah bersiap sedia mendengar komen itu. Apabila kita ada penyokong, selalunya mereka akan berkata, "semoga berjaya", " good luck". Tapi aku tahu, produk kami tidak seberapa baik kerana tiada satu pun berkata, "well done!" "Best gilak audio ni" kalau hendak dibandingkan dengan video sebelum ini.
Mungkin juga, cara kami approach, terlalu direct ke satu arah sahaja. Tolong LIKE. Anyway, kami sedar sendiri part mana kami kurang. Kalau di masa hadapan kelak kami diberi peluang yang sama, eh peluang yang sama bukan bermaksud kami ulang subjek CMC, naudzu billah, kami akan pastikan kami persembahkan hasil yang lebih baik lagi daripada yang ada sekarang. InshaAllah.
-there's no such thing about filem islamik, but we have what we call as filem patuh syariat. Aku sampai sekarang masih mengagumi filem karya Iran. Aku tekankan di sini filem karya Iran. Tiada kaitan dengan yang lainnya.

Ahad, 13 April 2014

CMC LINE 2014 #Part 2

Assalamualaikum w.b.t
Sudah sekian lama tidak bercerita mengenai video kami. Kali ini ingin saya kongsikan opini saya mengenai JALAN CERITA video kami.
Opini ini merupakan opini saya selaku audiens. Bukan selaku salah seorang ahli dalam kumpulan LINE. Apa yang kalian dapat atau lihat daripada video kami?
Ada yang kata, 'saya cuma memahami video kalian, tapi saya tidak fahami satu pun apa yang cuba kalian sampaikan.' 'Jangan bangun lewat, nanti lambat pergi kerja'. 'Kalau mau tidur, basuh kaki dulu, nanti mimpi bukan-bukan'. Sebelum tu, saya tiada niat mahu perli sesiapa. Well, kami perlukan feedback daripada audiens.
Oh ya, kronologi atau konsep video itu hasil rakan sekumpulan saya di mana kami ahli yang lain persetujui memandangkan ideanya pada firasat kami sesuai untuk projek kami. Jadi, maksud tersirat video itu, tidak solid pada kami. Setiap orang punya pendapat sendiri dan kalian selaku audiens punya hak itu.
Jadi, kira-kira begini ya maksud saya, kalau ada maksud tersirat video tersebut, itu ada dalam diri masing-masing. Apa yang kumpulan kami cuba sampaikan, umumnya mengaitkan kehidupan pemuda tersebut (lagunya kan its my life). Video ini berkisarkan life pemuda tersebut yang dilakonkan oleh paktam.
Ini opini saya, ulang semula,  selaku AUDIENS. video tersebut menceritakan seorang pemuda yang kerjanya cuma petani (watak paktam). Pemuda tu, namanya Tam, boleh dengar daripada dialog maknya, (watak Laila) yang bangunkan Tam sebab pak Abu da datang. Pak Abu (watak Muaadzam) dalam video kita boleh tengok dia da tua, bagi cangkul kat Tam, so boleh agak dia ni majikan Tam. Penat bekerja, Tam berehat, ada scene diam minum air dan baca akhbar. Ada scene dia menang kereta, bawa kereta, kejar watak ala-ala Najwa latif, watak ni penyanyi sebab dia ada gitar, famous tak famous tak sure (watak Noreen) , diganggu di tengah jalan ketika mengejar ala2 Najwa tu, sampai ke hujungnya dia dapat jumpa kononnya ala2 Najwa tu. Apabila orang tu pandang belakang, ternyata wajah lelaki yang bermekapkan perempuan, sama baju dengan ala2 Najwa tadi, okey, lepas tu kita baru tahu rupa2nya Pak Abu yang kejutkan dia. Eh....ada faham tak ni? Simple saja ni.
So itu adalah jalan cerita secara kasarnya. Sekarang saya mahu kongsikan maksud tersirat yang boleh saya dapat daripada video ini. Tam merupakan pemuda kampung, seperti orang lain, punya cita-cita,  punya impian. Scene dia menang kereta, mungkin merujuk kepada harta, manakala scene dia kejar wanita tu merujuk kepada keinginan berkasih. Itu basic la. Setiap orang ada cita-cita itu,kan.  Scene mimpi merujuk kepada impian atau lebih tepat lagi kita sebut sebagai angan-angan.  Seterusnya, scene dikejutkan itu, merujuk kepada kembali ke alam nyata. Meaning to say, pointnya di sini, siapa pun dia, seharusnya jalani hidup itu sebaik yang mungkin. Ya, it's his life, hidup yang Allah kurniakan.
Simple kan?

Ahad, 6 April 2014

Pujukan emak

Assalamualaikum w.b.t.

Mak adalah kurniaan terindah dalam hidup insan. Besar begini pun, masalah yang datang dirujuk kepada mak. Menangis teresak, selamanya meminta dipujuk hati yang resah dan gelisah. Umpama meminta restu dan doa, semoga kita temui jalan penyelesaian. Mak, hatinya lembut,  hati mana tidak remuk, mendengar anak menangis jauh dari jagaan. Tapi, tetap juga ditahan tangisnya, agar teguhnya nanti dicontohi anak.

Anak, syukurilah, masih punya mak tempat meluah dan merujuk. Selama mencari kawan, cuma mak tempat paling selamat mengadu.

Jumaat, 4 April 2014

CMC LINE 2014 #Part 1

Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi.
Sejak akhir-akhir ini, sibuk sedikit dengan promosi video, tugasan kami bagi subjek Computer Mediated Communication (CMC).
Kali ini, ingin saya ketengahkan serba sedikit perihal video kami. Ya, perihal students Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang tidak menggambarkan ciri-ciri Islamik dalam kronologi video mereka. Apa yang masyarakat expect daripada pelajar universiti Islam seperti kami, lebih-lebih lagi dengan tambahan "antarabangsa", di belakang?
We need that expectation. Iya ka?
Bukan senang hendak pegang title pelajar UIAM. Mungkin, ada yang expect kami berjubah, tudung labuh, kopiah..etc even dalam video klip. Iya ka?
Di sini jawapan saya, dan ini hanya individual opini saya. Video ini merupakan tugasan turun-temurun kami bagi subjek Computer Mediated Communication. Kami perlukannya sebagai markah assignment kami berdasarkan jumlah LIKE yang kami dapat. Zaman senior-senior kami tidak pula saya arif bagaimana format tugasan dan  pemarkahan mereka. Tapi zaman kami, berdasarkan jumlah LIKE yang kami DAPAT. Jumlah LIKE means terpulang pada kami bagaimana corak persembahan kami. Satu kata yang dapat saya ambil sebagai indikator kami dalam penghasilan video ini, Enjoy!
Tetapi, kelmarin, ada seorang akak bertanya kepada saya, dan BUKAN jawapan tersebut ya yang ingin saya terangkan di sini. Ini cumalah MUQADDIMAH kepada jawapan tersebut. ;)
Seperti yang saya terangkan tadi, apabila masyarakat tahu kami pelajar Universiti Islam,  maka semuanya hendaklah Islamik. Persoalan saya, di mana Islamik itu hendak di ukur? Pakaian? Video? Muzik? Atau Semuanya?
Sebagai pelajar komunikasi, kami amatlah sedar, kami ini milik Ummah. Cewaah, so kami kena persembahkan video yang general atau umum barulah nampak keseimbangan di situ. Kami tidak mahu masyarakat masih berfikiran sempit bahawa kalau berkaitan Islam itu harus jubah,kopiah,tudung labuh (itu yang sebaiknya), tapi kita harus lihat indikator asasnya.
Okey, mungkin pakaian kami melepasi judge masyarakat, bagaimana pula dengan kronologi video? Well, persoalan saya, apa yang kalian lihat daripada video tersebut? "Tak ada ciri-ciri Islamik langsung".
Ya, kalau jalan cerita Islamik yang kalian cari, memang kami tidak punya itu. Tetapi, sedarilah, kami perlu persembahkan kepada umum, bukan cuma golongan yang 'Islamik' sahaja. Seperti saya nyatakan, indikator penghasilan video kami adalah melepasi asas bagi satu-satu perkara contohnya pakaian. So, kalau dikaitkan dengan kronologi video, tiadalah pula rasanya yang melampaui batas, melanggar syariat...dan sebagainya. Kalau ada tolong beritahu ya. Tegur. Nasihat.
Lagu? Lagu yang kami pilih berdasarkan undian majoriti. Bonjovi-it's my life itulah yang menang. No komen.
Pernah, seorang senior graduated dari Uia ini, di mana karyanya turut saya tidak berkenan. Tiada ciri-ciri 'Islamik' langsung. Sekarang, melangkah setapak dalam bidang komunikasi, baru saya faham kenapa karyanya bersifat sebegitu. Kita harus tahu siapa audiens kita, jangan 'ekstrem' sangat sampaikan ada golongan yang 'terpinggir'.
Mendidik masyarakat ini panjang perjalanannya, dan perlu secara ansur-ansur. Bukan semua mendapat didikan yang lengkap. Usah kerana terlalu mengejar kesempurnaan, yang kurang dipinggirkan. Selagi produksi kita patuh syariat, teruslah berkarya.
Okey, aku tahu bahasa ku tinggi sangat. Bye!

Sungai

Assalamualaikum w.b.t

Kelmarin, sekian lama tidak jejak ke hujung kebun sawit bapa, aku lalui tebing sungai itu. Ternyata sungai juga berevolusi.

Dahulu, saat pertama kali bapa terokai buminya, sungai ini terlalu deras untuk kami menumpang mandi. Kalau bukan kerana alirnya deras, diam tenangnya juga bisa mengundang prasangka. Setiap kali kaki ku menyentuh sejuknya, aku pantas membaca ayat mentera yang dahulunya, kanak-kanak sezamanku lazimi. '...nek, cucu tumpang lalu...'

Hahaha

Kuno?

Kamu tahu, kawan...ternyata generasi terdahulu tinggi adabnya, dan adatnya. 'Jangan buang sampah merata-rata, nanti penunggu sini marah.' 'Jangan meludah sebarang, nanti terkena penunggu yang lalu'.

Meskipun, semua perkara terkait 'penunggu', tapi itulah lambang 'hormat' mereka. Ada rasa hargai alam. Kini kita tiada rasa itu. Kerana alam bagi kita, sekadar alat untuk capai cita-cita.

Ya, pernah sungai itu derita angkara tangan-tangan manusia yang rakus. Airnya bertukar wajah kehitaman, busuk dan penuh sampah... hilang tampannya!

Kutanya bapa, apa mungkin kumpulan manusia itu tidak takut amukan penunggu? Bapa menggeleng, katanya, zaman 'sekarang duit dan kuasa', zaman penunggu sudah tiada.

Ya, sungai yang dulunya dicemari kini kembali suci. Jernih airnya seakan memanggil ku merasai sejuknya. Tapi, aku cuma berani memandang dari jauh, bersyukur dalam diam. Fitrah sungai itu sama seperti kita. Aku umpamakan. Analoginya, fitrahnya, bersih, kotornya bisa dineutralkan oleh tanah. Alirnya bisa melupakan segala pencemaran itu. Cuma, angkara faktor luar, sucinya dikhianati.

Bezanya,  kita manusia suka mengungkit kisah yang lalu. Andai bisa ditiru sifat sungai, alirnya adalah manfaat. Melepaskan pergi kisah lalu. Tersekat alirnya, temui arah baru. Tiada yang singgah dan menakung air. Sampai ke hujung yang termampu ia pergi. Kita patut begitu...