Isnin, 17 November 2014

Trip ke Kampong Ulu Kenderong

Assalamualaikum w.b.t.

Pada 15 November kami berkesempatan ke Kampong Ulu Kenderong untuk conduct interview (kesinambungan research yang dibuat oleh Prof Wan Hashim-nanti aku cek balik fakta ni). Kami bermalam satu malam dan kembali ke uia pada petang (sampai uia pada waktu malam) iaitu bersamaan dengan 16 November. 

Ini merupakan trip pertama ku. Pertama kali masuk kampung di kawasan semenanjung, kecuali sekejap sewaktu ke kampung Aida hari tu. Tapi tiada peluang untuk duduk beramah mesra dengan penduduk. Secara kasarnya, kalau hendak dibandingkan dengan kampung keluarga ku menetap, kampung Paris namanya atau lebih spesifik lagi, Kampung Abedon Lama, kampung kami lain dari sudut geografi dan punca pendapatan penduduk. Kampungku dipenuhi dengan pohonan sawit. Kampong Ulu Kenderong, benar-benar kampung. Kalau kawasan rumah keluarga ku, satu rumah satu tanah, kalau jerit, belum tentu ada yang mendengar kecualilah kawasan rumah seperti rumah kami yang terletak di kawasan perbukitan. Aishh kalau jerit memang susah orang kampung mahu dengar. Rumah jarak-jarak. 

Ini merupakan pengalaman berharga kerana kami menemuramah sambil menjelajah kampung. Aku berpasangan dengan Nashrah, terima kasih sama dia aku tidak perlu menjadi penyoal. Entahlah aku sebenarnya tiada masalah hendak cakap slang semenanjung tapi kalau orang sudah tahu aku asal Sabah, automatik lidahku keras mahu berslang semenanjung. Ceh alasan. Aku dan Nashrah menemuramah 3 rumah. Semuanya okey la. Alahamdulillah. Nanti aku spesifikan lagi (bagi satu post bercerita tentang media: perbandingan pada tahun 1970-an dengan sekarang)

Masa ni, aku sedikit tidak fokus, memikirkan perjalanan mak yang kebetulannya berangkat ke Sabah. Kebetulan pada hari berkenaan (15 Nov) ada perkhabaran amaran Tsunami di lautan Manado. Kalau Tsunami dianggarkan maka boleh jadi kapal laut yang mak naiki bisa terjejas. Alhamdulillah sekembali ke uia, mak khabarkan dia sudah selamat tiba di Nunukan. 

Makanan dan penginapan memang terbaik la. Terima kasih banyak penduduk Kampong Ulu Kenderong! Dan kalau ada sedikit kejanggalan mungkin sebab aku tidak kenal ramai pun pelajar yang turut serta. Nampak sangat kami jarang berkomunikasi walaupun datang daripada kos yang sama. Pada hari yang sama kami dikhabarkan pemergian seorang rakan seperjuangan yang sama kos, dan sekembali dari dewan malam itu, kami bagi homestay pelajar comm teori mengadakan bacaan yaasin beramai-ramai. (Al-Fatihah)

Pada 16 nov, paginya kami masih conduct interview, cuma sedikit sahajalah sebab kekurangan rumah untuk dikunjungi (kebanyakan rumah dihuni oleh mereka yang bukanlah penduduk asal Kampong Ulu Kenderong). Selesai satu rumah, aku dan Nashrah cuba meluangkan masa dengan bergambar. Tapi, aku pun tahu kalau tangan ku tidak beraksi dengan baik hari itu. Selepas makan tengah hari kami bergerak balik dan singgah sebentar di Tasik Raban. 

Perjalanan yang panjang...

Duduk di tepi Alba membataskan interaksi dan aku juga sefahaman dengannya untuk berdiam. Perjalanan pulang itu membuat aku berfikir panjang, membuang terus sesuatu yang tidak perlu difikirkan terlalu lama. Kita bangkit dengan angan-angan baru~ 

Nah, foto-fotonya!

Bersama teman satu kumpulan. Asalnya bertujuh, tinggal berlima.
Tisu-tisu itu adalah seni. 
Antara yang selalu menarik perhatianku, pohonan tiada berdaun. Tersirat kisah sedih pohon yang menanti saat dijadikan kayu api. sudahhh Laila, merepek saja kerjanya.
Aku suka suasana sebegini. Damai. Biru langit. Dalam hati nyanyi-nyanyi lagu Edcoustic, sebiru hari ini.
Buat pertama kalinya tengok kebun getah. Kedua kali sebenarnya. 
aku cuma tumpu pada rumah kayu. Sebab aku suka rumah kayu!
Seriously, nostalgia!
Aku tidak kisah mana part yang lawa, yang penting aku sudah sampai sini. 
di balik rimbunan buluh. Pun boleh jadi background.

Penat berjalan, singgah sekejap di kedai beli aiskrim panda. hahaha. Comel memang comel, tapi aku memang suka makan benda yang aku suka. Ada orang sanggup simpan coklat bertahun, sayang hendak makan, aku tak tunggu masa, lagi aku sayang, lagi cepat aku makan. lol.
well, sekali-sekali main buaian.
Tasik Raban

Masa aku lihat Yuskahar duduk sini, entah kenapa aku rasa sayu di balik lensa kameraku. hmmm Ada satu perasaan yang tidak bisa kau ungkap. Bagi aku, dia ada cerita sendiri yang dia bawa dan aku bisa lihat di balik lensa. sudahhh mula sudahhh..
peace!
Feeling-feeling Titanic si Ayu. Nashrah pula barusan tidak tengok lensa. (Y)
hehe kasi selit sikit. 
Saya mohon izin atas mana-mana foto yang terpapar di atas. Tiap yang tertangkap di sudut lensa punya ceritanya. Saya merupakan bagian daripada foto ini, sejarah saya. Terima kasih kalian. 

Ahad, 9 November 2014

Training Camp MISI d Puncak Lui (7-9 Nov)

Assalamualaikum w.b.t.

Ini merupakan training camp yang ketiga aku join di bawah kelolaan kelab MISI . Untuk maklumat lanjut mengenai MISI, boleh rujuk sini. Banding dengan modul yang diketengahkan pada traning camp sebelum ini, kali ini nampak santai sikit cuma terkejar-kejar masa sebab beberapa hal lain seperti jadual ketibaan di Puncak Lui kelewatan.

Tempatnya cantik cuma memang agak kurang selesa jugalah sebabnya musim hujan. Meskipun tiadalah aktiviti luar sangat pada hari pertama di sana, tapi aku tetap rasa ia sedikit kurang selesa, well ini bukan perkara yg boleh dipersoalkan memandangkan ia jatuh dalam aspek metreologi.

Semua modul adalah amat berguna lebih-lebih lagi part video making. Pehh.. aku memang gilak sikit bab-bab begini, budak baru belajar. Tapi itulah part yang aku belum bisa kuasai sepenuhnya, main-main dengan software pun belum berkesempatan. Aku kena cari satu-satu masa yang betul-betul aku boleh tumpukan/ fokus. Oooh naaa... video semasa training camp tu pun aku belum sentuh lagi, mau edit-edit pun perlu masa. Sedikit kesuntukan masa semester ini. Mungkin apabila tugasan semakin berkurangan aku boleh sentuh video-video tersebut. (Setiap hujung minggu aku punya jadual hal yang perlu dipenuhkan)

Another modul yang aku suka, adalah 'be positive'. haha. Setiap seorang kena tulis 'apa-apa' untuk semua orang. Walaupun kita ndak kenal siapa yang tulis, sedikit sebanyak ada juga la penguat semangat. Aku kadang selak-selak itu kertas satu dua kali dalam sehari. Terima kasih semua. Saya hargai kata-kata kalian. Tapi, ada sedikit salah faham kali di sini, ramai yang fikir aku lembut. haha. entahla. Aku semenjak kecil lagi kureng feminin. Semasa arwah adik masih ada, aku jadi abang& kakak untuk dia, sebab dia ni lembut hati sangat. Selepas adik pergi, aku jadi anak lelaki & perempuan untuk mak dan bapa. Sekarang setelah aku dan mak tinggal berdua, aku jadi lupa feminin itu serupa apa, dunia tidak akan pernah berlembut hanya kerna kamu adalah wanita.

Modul culture night ndak kurang hebatnya. haha. Kakak Aisyah main peranan penting dalam kumpulan kami. Apapun, mesej yang cuba disampaikan oleh modul sampailah. Beda dengan culture night yang pernah aku join, kami lakonkan perkara khurafat yang diamalkan oleh masyarakat di Sabah. (masa tu kami perform budaya orang Bugis.) Gempak jugalah. "uik, murah saja baitu, satu ratus lima puluh ribu ringgit!" oooo kakak Aisyah.

Slot bro. Zaim pun ok! Walaupun aku belum tahu sepenuhnya, tapi at least dari camp ni la aku belajar ikatan (lupa sudah namanya) haha. Dan dapat jungle trekking lagi!
haha salah mark di situ, tertulis cahayahijrah.ilmi, malas sudah mahu ubah-ubah. Sebetulnya "cahayahijrahilahi.blogspot.com"
sekali lagi tertaip cahahijrahilmi. Terlalu rindu barangkali dengan si Ilmi. Malas suda mahu edit balik.

ba... ini saja la yang sempat di update. Penat mau upload, lama juga la menunggu. Ikhlas dari hati, saya sayang keluarga MISI. Ada umur yang panjang dapatlah kita bertraining sama-sama lagi. InsyaAllah. Setiap satu insan yang kita temui tanpa mengenal jarak masa dan waktu, ia sangat berharga. Saya daripada pihak komiti Prep& tech memohon apologi atas segala kurang dan silap yang ada. Maaf kalau ada wajah-wajah yang tidak tersnap semasa training, mohon bole jumpa saya untuk buat outdoor, kita snap foto banyak-banyak. haha.

BARISAN KOMITI yang baik-baik, senior-senior yang baik...kawan-kawan yang baik, adik-adik yang baik... semuanya baik-baik.... bye-bye!
p/s: aku lupa mau ambik gambar kenangan di sini. satu dua keping pun jadila. kannn... 

Sabtu, 1 November 2014

Ummatic week

Assalamualaikum w.b.t.

Tidak sampai sebulan, ummatic week bakal berlangsung di uia. Semenjak menuntut di sini, antara perkara yang amat ku tunggu saban tahun adalah ummatic week. Kali pertama pergi semasa berada di semester 2. Detik-detik awal perkenalan dengan kak Rin dan Aida.
dan secara kebetulan, tahun lepas punya event, meskipun tidak lagi pergi bersama kak Rin dan Aida, tapi aku pakai baju yang sama. Cuma tudung,kaca mata dan beg sudah tukar. Kali ni ditemani oleh Syira dan Nashrah.

haha. Aku cadang mahu buat perkara yang sama lagi. Tukar tudung, kaca mata dan beg! Eh jangan salah faham pula ya, bukan saja-saja tukar tapi memang sudah tukar kaca mata pun (setiap tahun akan tukar untuk update 'power' kanta). Beg tu, gambar awal-awal tiada sudah, tapi yang last year punya beg (klon park shin hye 's bag) masih diguna pakai sampai ke hari ini.

Kalau ndak silap ummatic week ni akan di adakan pada 24.November.2014. Detik yang ditunggu, berkongsi cerita dari bumi uia. krik krik krik.

Ba, undur diri dulu untuk entri malam ini. Jangan lupa niat puasa sunat besok, sahur, jangan ndak terbangun pula ya. Ok, mahu juga upload foto menu sahur versi Laila Hijjera. >_<