Isnin, 28 Julai 2014

3 Syawal

Assalamualaikum w.b,t
Eid Mubarak. Semoga dapat lagi ketemu Ramadhan tahun depan, InsyaAllah. Amiin. Maafkan segala salah silap. Terlanjur kata dan laku. Halalkan ilmu, makan dan minum. Barakallah hu fikum.
Usiaku menghampiri 23 tahun, officially. Dan aku semakin sedar, kalau aku menghampiri zon itu. Soalan berkenaan habis belajar dan kahwin merupakan soalan yang memang sepatutnya diajukan di usia begini. Memandangkan anak orang lain, ada yang tamat belajar, mungkin ada yang sambung belajar, ada yang da kahwin, beranak pinak... tapi aku, mungkin juga kalian di luar sana, masih utuh di 'status yang sama', undergraduate, bujang, solo memanjang. Syukurlah! Asal tidak hilang arah.
Kawan-kawan aku ramai yang sambung belajar di UMS, maka, tahun ni mereka da habis belajar. Aku ada 2 tahun lagi. Alhamdulillah. Aku masih boleh belajar banyak benda lagi. Sebenarnya aku tidak kisah berapa tahun pun lagi, as long as biasiswa boleh jalan, dan aku tidak ulang mana-mana subjek. Memang begini lambat prosesnya, kami pelajar UIA selalunya ambil masa 4 tahun belajar, kalau masuk CELPAD, maybe, 4 tahun setengah, mungkin juga 5 tahun macam aku. Dan apabila ku fikir balik, sebenarnya pelajar uia ni terdiri daripada kalangan yang kuat semangat belaka. Aku tambah tabik kepada pelajar yang guna PTPTN. May Allah bless us, brothers and sisters.
Alhamdulillah. Semester lalu aku sudah habiskan arabic. Tapi aku sedih sebab belajar arabic ni banyak benefitnya, tak cukup rasanya apa yang sudah dipelajari. Mau dikatakan kerek ni kalau pelajar human science lain dengarrrrr. Bila ngaji, baca hadith, perasaan gembira tu, tak dapat digambarkan. Aku rasa, aku patut sambung belajar arabic, patut ambil kelas tambahan. Aku rindu kelas Fardhu Ain, Halaqah, Leadership dan Parenting. Padahal kelas-kelas ni la aku belek jam banyak kali.  Sekarang tinggal 1 kelas, skill photography 2. Another thing is kelas Tilawah. As Syira mentioned before, kelas Tilawah yang kami ambil ni, belum cukup sebenarnya. Maybe, kami patut cari guru ngaji. Aku tak tahu kalau semester panjang, cuma masa first year dulu masa ambik semester pendek, kakak Maha dan beberapa rakannya belajar ngaji dengan sorang lecturer tu. Dan pernah juga Ustaz Che Omar mentioned kalau di rumahnya dibuka sesi belajar ngaji. Ya, kami patut cari guru ngaji.
Perancangan semester depan, aku nak belajar silat. Kalau tidak dapat dalam UIA, sebab silat seni bakti ni belum official lagi, kami kena tubuhkan kelab, tiba-tiba jadi perintis weyy..hahaha. belajar di luar pun boleh, asal ada yang boleh tolong ambik dan hantar kami di uia. InsyaAllah.  Dan aku juga dalam usaha membuat permohonan untuk ambik minor in IRK, Islamic revealed and knowledge (macam tu eh) doakan ya!
Ceh. Berjela aku cerita pasal belajar ni. See? Banyak benda kot kena belajar ni. Da belajar kat kelas pun nak ambik lagi kelas di luar pula. Haha. Tembirang ko sana Laila. Jangan setakat hangat taik ayam saja.
Kahwin? Actually tiada la yang tanya bila mahu kahwin, sebab mak cik-mak cik, pak cik-pak cik, beliau-beliau di sini tahu aku masih belajar. Dan jarang sekali orang kahwin time belajar di kampungku ni. Kalaulah mereka tengok di uia ramai saja yang beranak pinak baru graduate...hahahaha. *ketawa jahat.
Tapinya, ada yang sound-sound sudah, tanya-tanya bila habis belajar. Bila ku cakap 2 tahun, pehhh mengeluh panjang. 'Kenapa lama betul?'. Hahaha. Ada sorang mak cik hajah ni, berpangkat nenek la kot, beriya dia nak kahwinkan aku. Aku bukannya tak suka, at least ada juga orang nak uruskan hal kahwin ku sebab bapa suda tiadaa. Dia da ada calon la kot, tak bukan dia pilih, pilihan ku sendiri la kot, tapi dia tolong uruskan. Haha see? Aku ni reti je pilih, beliau-beliau pun setuju. Haha. *malu sebenarnya cerita bab-bab begini* tapinya, aku da tukar plan hidup beberapa bulan yang lalu. Kahwin usia 25 tahun? Aku da anjakkan ke usia 27. Kalau umur panjang. InsyaAllah.  Banyak benda aku kena buat. Itu plan ku la kan. Kalau ikutkan plan Chu Ah, dia nak kahwin usia 30 tahun, haha. Mau menangis mak kalau aku pun plan benda yang sama.
So... selama mana kita berada di universiti, jangan pernah rasa putus asa, kita ni dalam jihad, menuntut ilmu. Setiap yang kita korbankan masa, usia, berjauhan dengan keluarga, tenaga, semuanya ada imbalannya. Di uia ni kita belajar ilmu dunia & akhirat. Bersyukurlah. Sudah ramai senior yang berkata, (selalunya yang master) kalau mereka itu mencemburui usia kita. Belajarlah sebanyak yang mungkin, kau punya usia itu. Kerana apabila usiamu meningkat sedikit demi sedikit, maka tumpuan untuk fokus pada pembelajaran itu tidak bisa semaksimum sekarang. Banyak tanggungjawab menanti di depan. Dan aku setuju dengan kata-kata itu.
*rindu uia. Cuti hari jumaat. Suasananya, warganya, makanannya? #shawarma!

Selasa, 22 Julai 2014

Cuti#ramadhan kedua puluh empat

Assalamualaikum w.b.t
Beberapa minggu lalu, teratak bonda dilanda kemarau. Cuma teratak bonda. Teman-teman bonda tidak mengalami masalah ini. Lantas bonda bercanda, 'kita benar-benar seumpama di bumi Afrika.'
Semenjak berpindah ke kampung ini, kami tidak pernah gusar tentang kemarau. Malahan, penduduk bisa menumpang pili di kolam yang kami gali, ada yang menumpang mencuci kereta dan ada pula yang membawa gelengan. Kalau pun keadaan kemarau yang amat, kami punya sungai di belakang rumah. Tapi kali ini, satu pun tidak berfungsi, kolam mahupun sungai. Keduanya sudah termendap dek hakisan tanah dari perkebunan sawit. Ah, ada satu port sungai masih utuh tapi bimbang kalau2 sawa yang menginap di situ.
Satu hari, bonda dan aku membasuh kain di sungai yang bukan terletak di kebun arwah bapa. Aku kira ia tidak disebut sebagai sungai. Tapi itulah tempat yang 'sebaiknya' malah selamat untuk kami.
Berada dalam kondisi seperti itu membuat aku tahu menghargai meski setitik air. Mandian aku catu. Padahal sebelum ini tidak terfikir istilah berjimat. Bayangkan, kami cuma bergantung 3 tangki air. Aku juga tidak tahu bagaimana seminggu tanpa hujan bisa baki setangki air. Ujian, kawan.
Selalunya, setiap Jumaat adalah 'hari hujan'. Tapi tidak Jumaat itu. Kami semakin gusar. Sehinggakan, mendengar guruh saja atau melihat secalit kilat bisa membungakan hati, harapan yang menggunung. Saat begitulah baru terfikirkan segalanya. Berapa lama sudah menggunakan air tanpa berfikir? Tidak patut menggunakan air secara berlebihan. astaghfirullah hal adzim.
Mengimbas kisah seorang anak saudara (anak sepupu) yang bertandang ke rumah. Waktu itu teratak bonda dilimpahi air kolam, air mata air. Jernih dan sejuknya tak terkata. Anak saudaraku itu dalam lingkungan 3 tahun. Dia berkata 'tidak bole bazir air.' Kata ibunya, di rumah mereka, air pun dibeli. Aku angguk, faham. 'Gunalah air sebanyak mana yang mahu, air tu tiada habisnya'.  Ceh. Itu dulu. Sekarang, sekali hujan, baru berisi pili, itupun kalau tidak dipenuhi lumpur. Seperti yang ku katakan tadi, dek hakisan tanah.
Melalui saat genting begini, seperkara yang ku sedari. Kita tidak pernah peduli akan sesuatu jika ia bukan milik kita. Lihat saja masalah kemarau seminggu ini, memandangkan kami bergantung 3 tangki air sahaja,  maka kami perlu berjimat. Sama halnya dengan kisah anak saudaraku tadi, disebabkan air perlu dibeli, maka dihitung dan dijaga penggunaannya. Tapi, bagaimana agaknya kalau di tempat awam? Di mahallah/asrama/hostel? Pedulikah kita? Tidak. Kerana pokok persoalannya, bukan kita yang bertanggungjawab ke atasnya.  Maka, boleh jadi kita berjimat di rumah, tetapi tidak di luar. Konklusinya, sebagaimana kita menjaga hak kita sebegitulah hendaknya laku kita terhadap 'hak awam'.
Akhirnya, penantian kami berakhir Sabtu itu. Aku tetap mengamalkan catuan air. Bukan didorong dasar kuantiti tetapi aku pandang dari sudut etik. Membazir tu kerjaan syaiton! Kapan pun, di mana pun, apa pun.
#prayforGaza
#prayforSyria
#prayforRohingya
#prayforPattani

Cuti#ramadhan kedua puluh tiga

Assalamualaikum w.b.t
Today is a tough day. It is. I mean it.
Setiap satu perkara terjadi, kita perlukan : Alasan. Sebab. Reason. Kerana setiap satu itu terjadi bukan sekadar kejadian fizik, tetapi alami. Kita perlukan pengertian.
"Just because..." itu wujud cuma melibatkan personal matter. Interpersonal communication.
Tetapi, kondisi awam kita (impersonal communication) juga sudah menular istilah "just because..." padahal masyarakat perlu tahu asbab dan kasus bagi satu-satu perkara. Sebelum ini, selalu saja saya dengar kalau beliau-beliau yang mengurus, 'kena buat begitu kalau sekian, sekian...' kalau ditanya kenapa, jawapannya, 'ntah lah', 'begitu memang prosedurnya bilang.'
Then, apabila saya perhati dalam-dalam mungkin sebab itulah masyarakat kampung khususnya senang betul ditunjuk-tunjuk oleh sesetengah pihak. Mereka terima seadanya apa yang diberitahu. Kalau A dikasi tahu, A la yang dibuatnya. Padahal, saya yakin benar kalau setiap prosedur itu ada asbabnya. Senang kata undang-undang/prosedur itu sendiri wujud kerana bersebab.
Sebagai masyarakat marhaen, kita juga punya hak untuk tahu, knowledge atau mungkin sekadar informasi. Mungkin bagi mereka, yang penting urusan selesai tetapi tetap juga, kita patut tahu. Saya tahu, lagi-lagi menjelang syawal, pelbagai urusan perlu diselesaikan dalam satu-satu masa, tetapi kalau sekadar mengejar kuantiti, so it's ok kalau kualiti kerja dipinggirkan? It's a part of your responsibilities to inform your customers about the procedure. Why.
Faktor lain apabila orang yang in charge tidak arif tentang hal yang mereka ambil alih. Bukan tidak tahu buat kerja, tetapi tidak ada ilmu mengenainya. Lebih-lebih lagi apabila hal tersebut berkaitan Islam. Kalau pekerja non-Muslim, kita tahulah kalau dia tak tahu tapi ni even Muslim pun ramai tak reti dan ambil peduli melainkan yang benar-benar berkecimpung dalam satu-satu bidang tersebut. Saya ingat lagi, sedari bangku sekolah saya selalu dengar, 'belajar bidang lain, bekerja bidang lain'. inilah salah satu kesan 'tidak usah pilih kerja'. Well, itupun senang diatasi kalau ada rasa perlu tahu. Kalau pun bukan ilmu, jadilah informasi.
Saya pun berfikir, inilah sebabnya kenapa orang yang selayaknya patut ambil alih. Alah, yang penting urusan siap, senyap sudah lah~kata mereka.
Saya cuma kurang senang diperlakukan seperti bebek. Bebek kan tu selalu berkumpulan mengekor bebek yang 'besar'.
#savegaza
#prayforgaza

Ahad, 20 Julai 2014

Cuti#ramadhan kedua puluh dua

Assalamualaikum w.b.t
Sebenarnya aku hendak bercerita mengenai novel "please look after Mom" tetapi aku temui sesuatu yang lebih, jauh lebih 'bermakna'...'penting' daripada itu. Yet, I dunno how to start this post.
Semuanya bermula ketika aku discover page 'Islam in Japan' (something like that, I forgot the exactly page's name, the one that I saw last night). Aku terkejut kerana di sana banyak masjid! Aku betul-betul terkejut. Meaning to say, it is not so hard la for a Japanese to know about Islam in their country. Perhatianku tidak pernah lari dan memang tidak sah lah kalau aku tidak taip, 'Islam in Korea' kan.
Aku temui page yang dikelolakan oleh AbdullahKorean. Sama ada di fb mahupun di twitter, taip saja Abdullahkorean pasti ketemu dengan laman tersebut. Aku kemudiannya discover blog yang dikelolakannya, abdurraouf.blogspot.com.
Terpana. Kaku. Tetapi tidak mata dan mindaku yang ralat membaca postingnya.
Perasaan yang sama ku rasai ketika aku 'mengenali' ustadz Felix tetapi ini lebih menyedihkan. Allah hu Akhbar! Buat sekian kalinya aku berasa malu pada kejahilan. Bukan satu dua kali, ramai sudah saudara seIslam yang bukan dilahirkan dalam keluarga Islam yang temui hidayah atas dorongan diri mencari kebenaran, Islam.
Dan mereka jauh lebih baik daripada aku. Ilmu. Islam. Iman. Bukan menujukkan kelemahan tapi inilah kejahilan yang bertakhta dalam diri dibiar sebar. Betapa banyak peluang yang aku siakan. Selama hampir 23 tahun hidup, lahir dalam keluarga Islam, membesar dalam masyarakat majoriti Islam, mendapat pendidikan Islam, tetapi apa yang ku peroleh? Apa yang ku beri?
Namanya, Park Dong-Shin.  Lahir di Busan pada tahun 1986. Aku kira usianya juga sekitar usia ustaz Felix. Mengucap shahadatain pada 30 December 2009 selepas sebulan mencari kebenaran, Islam. 22 April 2010, dia mulakan website untuk dakwah menyebar Islam khususnya buat korean kerana dia pernah merasai kesukaran mencari maklumat dalam hangul. Dia ini lahir dalam masyarakat yang tidak kenal apa itu Islam. Busan bukan tengah-tengah Seoul. Bukan Malaysia, bukan Indonesia yang majoriti masyarakatnya adalah Islam. Dia datang kepada Islam dengan null informasi mengenai Islam. Demi menuntut Ilmu, dia ke negara Timur Tengah.
Aku boleh katakan bahawa dia lagi arif Arabic. Malah bacaan ayat al-Qurannya lagi betul. (Aku teringat suatu ketika dahulu pernah melihat videonya membaca ayat al-Quran, hafazan. Caption di situ mengatakan, 'kalian mengagumi idol k-pop, padahal pemuda Korea ini mengagumi al-Quran).Ya, baru aku ingat tentang itu. Aku yakin benar kalau pemuda itu adalah Park Dong-Shin. Kalau salah, mohon dikhabarkan. Dia atau bukan, yang menjadi titik persoalannya, di mana aku? Kita?
Mendapat peluang belajar di taman budi dan ilmu ini (uia) membuat aku jadi benar-benar orang yang tidak tahu untung. Sudah punya peluang, dibiar pergi begitu saja. Ternyata kebenaran mengenai pembelajaran bahasa Arab yang sampai 5 level itu, apa? Untuk sijil graduate?  Shame on you,  Laila.
Seperkara lagi, mulanya aku tidak tahu, kenapa perlu dia menulis dalam arabic, sesetengah postingnya full Arabic, rupanya dia buat dua translation, satu lagi English. Yang aku baca English. Bukankah guna hangul dan roman sudah memadai? Rupanya, skopnya besar. Ramai yang mengenalinya bermula dengan tarikan k-pop. Mungkin seperti aku lah. Hendak lebih tahu mengenai korea, then come across about a man yang convert to Islam. 'Daebak!' Itu yang aku sebut pertama kali baca tentangnya.
You know...ramai orang Arab merupakan peminat kpop dan kdrama. Dia, Park Dong-Shin, berdakwah untuk golongan yang seperti ini, seperti aku. Khususnya, 'sister in Islam' yang digunakannya dalam beberapa posts (kerana ramai fan terdiri daripada wanita). Aku kira, dakwahnya lebih efektif memandangkan dia datang daripada kelompok itu (korean). Ini adalah satu teguran yang membawa kita ke alam realiti, kenyataan supaya keluar daripada fantasi, produk kpop dan kdrama.
(Aku yang sentiasa dalam penghijrahan. Seumpama nama yang diberikan. Teruslah berhijrah. Semoga Istiqamah. InsyaAllah.)
#prayforGaza
#prayforSabah
#prayforMh370
#prayforMh71

Khamis, 17 Julai 2014

Cuti#ramadhan kesembilan belas

Assalamualaikum w.b.t
Agak lama juga menghilang. Aku ada di sini. Kadang-kadang menaip dan padam. Taip,memadam. Cancel. Discard...~
Sejujurnya, aku ingin sekali berbicara mengenai buku lain yang telah ku baca pada beberapa minggu yang lalu. Tepatnya, sewaktu ku berbicara mengenai "Botchan" aku sudah hadam "please look after Mom". Lebih tepat lagi, sewaktu ku menaip "Botchan" aku sedang menyelak-nyelak helaian "and the mountain echoed".
Sedikit meluang waktu di sini.
Sering kali, kita memberikan alasan bahawa kita tidak mahu ambil kesempatan atas sesuatu perkara kerana ada yang lebih layak mendapatkannya. Tetapi sejauh mana kebenarannya? Sekadar menyedapkan hati kali.
Lebih parah lagi, kita akan berkata kalau pihak lain itu tidak punya timbang rasa kerana mengambil hak orang lain. Padahal, apabila kita selak satu persatu aktiviti kita, ternyata kita pun tidak lepas daripada mengambil hak orang lain. Dan apa yang kita katakan pada diri? Alasan. 'Rezeki...'
Cuma bezanya, pihak mereka adalah pemimpin. Aku cuma orang biasa. Tapi, apalah makna kalau akhirnya yang menjadi mangsa, orang yang selayaknya mendapatkannya.
Sudah ku nyatakan dalam beberapa lembaran lama, sesuatu keni'matan boleh jadi musibah buat diri kalau disalah ertikan, disalah gunakan. Kenikmatan dunia bagi kita bukannya kerusi keselesaan, tetapi ujian. Di mana pun kita duduk, tidak pernah kita lepas daripada ujian. Kerusi selesa kita terletak di sana negeri abadi.

Jumaat, 4 Julai 2014

Cuti#ramadhan keempat, kelima & keenam

Assalamualaikum w.b,t.
Selepas dua hari yang serba tak kena, angin yang serba mesra mendamaikan hari ini. Desiran angin tatkala pelepah sawit bergeser sesamanya, aku rasa itu melodi indah. Lantas aku membelek album berusia 9/10 tahun yang lalu.
Di tempat yang sama, aku menelaah pelajaran. (Tersenyum) Tiada siapa yang bisa fahami hari kita, dan aku kira cuma aku yang jalaninya seperti ini. Alam adalah ruangku belajar. Aku bermimpi untuk ke menara gading, tempat yang ku berada kini.
Alhamdulillah.
Aku berada di sini lagi. Berkunjung di tempat yang sama. Ku tanya hati, apa impianmu 9/10 tahun akan datang? Atau mungkin 3-5 tahun akan datang? Mana tahu, ada umur yang panjang, saat itu bisa ku sahkan semula matlamat hidupku di sini, di tengah kebun sawit. Seperti sekarang.
Dahulu, di bukit ini, jelas kelihatan kebun-kebun sawit yang lainnya. Malah, aku bisa lihat aktiviti penduduk yang lain. 'Oh, si A bermain basikal sekarang', 'eh, lori buah tu...' 'di rumah mak c sedang masak air (Asap dari kayu api di udara).'
Tetapi sekarang, cuma bunyi jentolak di kebun pak cik B yang ku dengar, dan aku bisa bilang kalau di situ ada aktiviti kuari. Tiada lagi figura melainkan hijau sawit. Tanpa bunyi, aku tidak tahu apa yang berlaku. Dan serupa kondisiku. Aku masih kabur dengan masa akan datang.
Bukit dan makhluknya di sini masih ramah seperti dulu. Cuma kerana pohonan sawit semakin besar, terhalangi mata melihat yang dulunya jelas. Begitu hidup ku. Semakin hari, semakin besar ujian yang menanti.
Seringkali aku tertanya-tanya kalau kekaburan yang ku alami angkara hidup yang dulu dipenuhi dengan jangka itu cuma. Mungkin aku terlalu fokus pada waktu itu sehinggakan masa yang selebihnya bergantung padanya.
Kalau ku lihat ke belakang semula, ternyata tanpa berjaya ke tahap ini, hidup ku bisa berhenti harap begitu saja. Mujur, stpm menjadi platform kedua ku untuk jejak kaki paling tidak, salah satu menara gading impianku.
Well. Usah terperangkap dalam ruang ini lagi. Aku punya masa depan yang harus difikirkan. Bukan 9~10 tahun akan datang, dalam masa terdekat sekali pun.

Selasa, 1 Julai 2014

Botchan

Assalamualaikum w.b.t


Kali ini aku ingin kongsikan sedikit pengalaman membaca buku "Botchan" hasil karya Soseki Natsume. Terus-terang ini merupakan buku pertama genre Asian Studies aku baca dan ia dalam bentuk berbahasa Inggeris. Terumbang-ambing arah bacaanku. Perlu ku notakan, ulang baca kalau punya luang. InsyaAllah.
Aku tidak arif bentuk budaya Jepun seluruhnya. Cuma sedikit pengetahuan melalui pembacaan anime yang telah lama ku tinggalkan  semenjak di sekolah menengah. Lebih tepatnya, selepas mengikuti PLKN, aku tidak lagi membelanjakan wang saku bulanan untuk membeli kreko, majalah mahupun komik seangkatannya. Malahan, beberapa istilahnya yang digunakan, aku kosong. Padahal, aku jangka ia perkataan yang mudah, perkataan popular Japanese seumpama popularnya nasi goreng kampung dalam bahasa Melayu dan popularnya terasi dalam bahasa Indonesia.
"Botchan", sekali ku baca secara kasarnya, aku kagum dengan watak heronya. Kalau insan dahagakan inspirasi sepertiku baca novel ni, aku rasa pokok persoalan pertama yang wujud, kejayaan seorang pelajar yang so-so. Seketika, aku rasa aku adalah hero itu, (kerana kurang genius)-namun akhirnya berjaya-harapannya begitu. "Botchan" diklasifikasikan dalam kalangan anak yang kurang kasih-sayang. Bukan kerana tiada kasih-sayang terwujud dalam kedua orang tuanya tetapi kerana perangai nakalnya. Aku kira semua remaja punya ledakan berontak dalam diri cuma antara ego dan tunjuk saja yang membezakan. Mujur watak Kiyo, pembantu rumah keluarga Botchan menyelamatkan hala tujunya. Meskipun, pada awalnya Kiyo tidak memberi apa-apa hasil positif dalam watak Botchan, namun setelah melalui alam dewasa, aku kira watak Kiyo banyak membentuk pemikiran Botchan.
Klimaks novel ini bermula tika Botchan ditugaskan mengajar matematik di kawasan pedalaman, Shikoku Island jauh daripada Tokyo, tempat asalnya. Apa yang dapat aku simpulkan daripada episod ini, pelajar nakal saban waktunya wujud. Haha. Pokok persoalan yang lebih mendalam, semasa penulis mengkisahkan cerita ini, sudah wujud aliran pemikiran yang kita panggil sebagai individualism dalam masyarakat Jepun ketika itu. Botchan adalah individualist. Sikapnya menunjukkan sebegitu. Namun, saat itu sikap Botchan dipandang sebagai asing, stubborn... oleh individu di sekelilingnya. Seperti yang kita sedia maklum, Jepun contoh terbaik collectivism. Namun Botchan menceritakan hal sebaliknya. Aku kira point utama penulis adalah mewujudkan elemen dan genre baru dalam masyarakat, lebih tepatnya ini merupakan pengenalan kepada modern classic di Jepun masa itu.
Dalam novel ini, lebih banyak menonjolkan masyarakat guru memandangkan Botchan adalah seorang guru, dan aku tidak dapat mengenal satu-satu watak secara total. Yang menariknya, watak Botchan dalam novel ini seorang yang suka memberi gelaran kepada satu-satu watak. Aku kira itu strategi penulis untuk mengelak pembaca keliru dengan watak guru yang ramai dalam penulisannya. Tapi tetap juga, aku pembaca yang keliru. Pokok persoalan yang ku kira terakhir dariku setakat ini untuk novel ini adalah masyarakat talam dua muka. Ia dapat dilihat dalam sebahagian watak guru yang sering kali mengundang berang Botchan. Ku kira, Botchan seorang yang jujur, dia tidak boleh langsung berkompromi dengan sikap hipokrit. Kerana itu, dia selalu berdiri atas opini dan prinsip sendiri. Angkara hipokrit mereka, Botchan akhirnya meletak jawatan sebagai guru dan meninggalkan pulau tersebut. Tidak memikirkan pekerjaan yang sukar saat itu, Botchan sememangnya tekad untuk meninggalkan pekerjaannya sebagai guru setelah beberapa episod tidak adil berlaku dalam organisasi tempatnya mengajar. Yang menariknya, Botchan bukan dalam kalangan yang ditindas saat itu, rakan gurunya yang lain, tetapi Botchan yang  menegakkan keadilan untuk mereka. Meskipun gagal mengubah apa-apa.
Di akhir cerita, Botchan dapat bekerja sebagai assistant technician dan mengambil Kiyo tinggal bersamanya semula sehingga ke akhir hayat wanita tua itu. The end. :)
(Aku ambil masa hampir sebulan menghabiskan buku yang cuma setebal 192. Poor Laila)