Rabu, 27 Mac 2013

cerita untuk hari ini



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu’alaikum w.b.t.
Pagi ini saya diributkan dengan karenah laman muka buku, atas sebab kelalaian sendiri. Huhuhu. Saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang sempat menerima dan membaca mesej peribadi daripada saya (actually, link mediafire)..walaupun hakikatnya ia bukanlah daripada saya secara langsung. Agak ‘annoying’ apabila ditanya ‘apa’ padahal kita langsung tidak tahu hendak berkata ‘apa’. 

Perkara pertama yang menerjah kotak pemikiran saya adalah blog. Adakah blog saya juga akan menerima ‘nasib’ yang sama? Pantas jari tertumpu ke laman blog dan ‘sign out’.  Impaknya sangat besar kalau saya kehilangannya. Berbanding dengan laman muka buku, blog tersimpan khazanah kata-kata saya, lahir secara spontan maka tiada istilah ‘sediakan teks’. Adapun, teks yang terpaksa saya tunda dulu untuk dipaparkan. Meskipun, sebenarnya peluang untuk ‘berkata-kata’ lebih mudah didengari melalui laman muka buku, tetapi saya masih setia pada blog.Sebab saya agak pemalu untuk menonjolkan diri dan kata-kata di situ, di blog, saya jadi insan lain. Kata seorang sahabat, di laman cahayahijrailahi.blogspot ini, saya ‘Laila Hijjera’ versi ‘mulut murai’. 

Alhamdulillah, rasanya sudah selesai, terima kasih kepada yang membantu. Terutamanya, akhi Wahyu. Petang  tadi sempat berbicara dan tazkirah sedikit. Jazakallah hu khairan. 

‘Keributan’ pagi ini adalah wasilah. Suatu peringatan. Kita selalu dan amat arif untuk mengetahui akan sesuatu ‘bahaya’,’musuh’ ‘anasir’. ..seangkatan dengannya. Adakalanya sedaya upaya untuk mengelak daripaada bertembung dengannya. Tetapi sedarkah kita? Musuh itu licik. Analoginya, dari dahulu, sampai sekarang kita sibuk menyenaraikan perihal ‘sekular’, ‘freemason’, ‘iluminati’. Kadang-kadang kita sudah berfikir ‘jauh’ daripada mereka, tanpa sedar jarak kita dengannya sangat dekat.  Masih teringat, ketika saya ‘lari’ daripada ‘dunia hiburan barat’ dan ‘singgah’ di ‘dunia hiburan k-pop’. Tidak payah tunggu lama, ‘keanehan’ yang saya lihat di barat sudah bertapak di situ. Barulah saya sedar, ini bukan masanya untuk menyenaraikan dan melarikan diri, ‘aktiviti’ mereka itu tidak terbatas. Persiapkan pertahananmu. Agamamu.

(semakin lama, semakin hilang idea untuk menulis. Menanti  inspirasi kunjung tiba, ooo rindu ini tak dapat dibendung lagi, benarlah, penantian ini mengajar erti sabar, sehari,seminggu mungkin sebulan, hujungnya pasti manis.)
cuti ni layan drama 'Ghost' , ingatkan terbawa2 ke dunia realiti~ hacked~

Selasa, 26 Mac 2013

untuk kamu

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Cuti pertengahan semester sudah bermula. Seperti biasa, sendiri menjalani kehidupan sehari-hari di teratak Sumayyah. Ada rindu menggamit kenangan bersama Maha tahun lalu. Kini, tinggallah saya keseorangan, rindu amat untuk menatap senyumnya. Ya Allah, tabahkan hati ini, biar ku usung rindu ini kerana di situ ada manisnya ukhwah. (al-Fatiha) Maha sudah selamat sampai tiba di negaranya dua minggu lalu dan sudah memulai pengajiannya minggu lalu. Masih terbayang kunjungannya yang kerap, mengisi kesunyian dan keseoranganku.

Kelmarin, sepetang 'berbicara' lewat maya dengan sahabat saya, Fatmawati Hj Nordin. Dalam berbicara itu, saya terasa kehilangan. Iya benarlah, kita tidak akan rasa pentingnya seseorang itu sehinggalah kita kehilangannya. Sungguh! Peluang yang ada cuma muncul sekali. Peluang itu selalu disiakan dengan pelbagai alasan. Berharap, apa mungkin akan ada peluang kedua? Entah lah susah mahu cakap, sebab kalau adapun peluang kedua, besar kemungkinan, akan ada alasan yang lain-lain lagi. Akhirnya peluang kedua itu disiakan sekali lagi. Jadi, apa mungkin masih menyimpan cita untuk meminta peluang kedua? Saya sedang dalam proses belajar untuk tidak mementingkan diri sendiri. Untuk kamu.

Ini agak peribadi, tapi saya takut tidak punya peluang untuk menjelaskan semuanya kepadanya, kepada kamu. Semuanya berlaku dalam waktu yang pantas. Saya tidak pernah terfikir hadir dan tiadanya kamu merupakan sebahagian daripada hidup saya. Itu kamu. Bukan saya. Terserlahlah ketamakan diri. Itu saya, insan yang cuma tahu menerima warkah tanpa berbudi untuk membalasnya. Itu saya, cuma tahu menggenggam sekuntum bunga ros tanpa mahu ditusuk duri. Itu saya, hanya tahu mendengar bait lagu tanpa mengarangnya. Itu saya, datang dan perginya kamu tanpa perlu diundang dan dipamit. Itu saya, sekadar menabur janji tertunainya tidak. Itu semua SAYA.

Ambisi , cuma itu yang masih saya pegang. Selainnya sudah saya korbankan. Kata yang tersimpan buat kamu, MAAFKAN SAYA dan TERIMA KASIH.

(rindu masa 'usia muda' dulu, kita ada sakura,sasuke dan naruto)

Ahad, 24 Mac 2013

Keluar lorong

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Alhamdulillah, hari ini, tercapai lagi satu matlamat saya yang agak lama juga untuk terlaksana. Sahabat-sahabat yang selalu menyokong dan mendorong diri ini, I love u chingu(s).

Saya pernah berjanji pada diri untuk improve dan berhijrah dari semasa ke semasa. Dalam konteks bersosial. Walaupun, mungkin masih kurang keberhasilannya, namun itu bukan petanda bahawa saya telah gagal, setidaknya saya sudah BERANI mencuba. Terus-terang, ia agak mengharukan untuk keluar daripada lorong-lorong bersendiri. Sudah agak lama saya menyepi daripada dunia 'luar' dan bermasyarakat berikutan sesuatu yang agak sukar untuk diungkapkan. Saya bukan 'pemalu' dan 'pendiam' pada zaman 'muda' dulu-dulu.

Saya tidak berupaya datang dengan ole-ole kali ini, sisa penat masih belum hilang lagi. Akan datang pasti, bakal saya rungkaikan dengan cara saya sendiri bagaimana mahu sampaikan 'ilmu' yang saya perolehi  melalui kem ini. (tiba-tiba cakap kem..lupa mahu bagitahu ni, saya maksudkan d perenggan 1 tu dapat pergi kem ya. *senyum-senyum*)

Cuma dapat cakap satu perkara, menyertai kem ini, seolah-olah sedang menyelak-nyelak helaian memori semalam. Ada rindu yang singgah. Ada cerita-cerita nakal yang mengusik. Lantas untuk kembali ke waktu itu tidak dapat di tahan-tahan. Mata yang kantuk pun tidak diturut. Kali ini saya tulis besar-besar, JANGAN ULANGI KESALAHAN YANG SAMA LAILA HIJJERA. TERLALU TUA SUDAH UNTUK TERUS BERADA DI TAHAP INI. CUBALAH MELANGKAH PERLAHAN-LAHAN, 1,2 LANGKAH TIDAK MENGAPA, ASAL JANGAN STAY DI LEVEL YANG SAMA.  tulis di dalam hati saya. Hati yang suka bersendiri.

Saya tidak tahu pendirian saya akan datang, tapi saya berharap sesuatu yang positif lahir. Mungkin agak POSITIF. Mahu mewarnakan dinding-dinding lorong ini. Lorong yang sudah diselaputi debu 'kehilangan' yang kelam. Biar tidak cantik asal berwarna kerana saya perlu peka untuk terus sedar bahawa wujud kehidupan lain SELAIN saya. Doakan ya!

(sebab saya tidak mampu untuk menjadi seperti mereka, bukan alasan untuk menjauhi tapi mendekati)

Isnin, 4 Mac 2013

Muhammad al-Fatih

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Sekali lagi, saya menunda penulisan sambungan proses thinking, dan post mengenai Salahuddin al-Ayubi, serta sedikit perkongsian yang saya perolehi ketika mengikuti recording tv al-Hijrah episod Isra' & Mikraj bersama Imam Suhaib. Tidak lupa,sebagai peringatan kepada diri ini, buku perempuan nan bercinta belum habis dibaca. Kita lanjutkan, semasa berada di alam kampus terdapat beberapa perkara menjadi momen terindah saya, salah satunya, memiliki buku Muhammad al-Fatih 1453. Sebelumnya, saya mencari karya pak Abdul Latip Talib kemudiannya saya miliki bok hasil karya Ustadz Felix Siauw.

 Maka, tentu saja hari ini bertambah-tambah momen terindah saya tatkala menyaksikan sendiri dengan mata telinga saya, Ustadz menyampaikan ucapnya. Alhamdulillah. Matlamat saya tahun lalu sudah tercapai.

Secara terus-terang, saya tidak mampu datang dengan idea yang kreatif untuk menyampaikan sedikit ilmu yang ingin saya kongsikan kepada kalian. (saya sampaikan mengikut kronologi yg Ustadz Felix guna tadi pagi) Sebelumnya, mari kita mencari makna Bisyarah,iaitu khabar gembira mengenai masa depan yang disampaikan oleh Allah dan Rasulullah s.a.w. yang tidak terjangkau dek mata dan akal manusia. Sebagai contoh, mengenai adanya syurga. Bagi muslimin, janji Allah dan bisyarah Rasulullah s.a.w. seumpama sepohon pokok tempat berteduh di tengah terik, bagaikan harapan di tengah-tengah keputusasaan. Makanya, sesukar manapun ujian yang dilalui di dunia ini, hujungnya sudah kita ketahui bahawa ada syurga yang menanti.

Memetik petikan dalam buku Beyond the Inspiration, "salah satu bisyarah yang dapat menginspirasi setiap muslim adalah bisyarah Rasulullah s.a.w. yang disampaikan oleh Abdullah bin Amru kepada para sahabat":
"Abdullah bin Amru bin al-Ash berkata, "ketika kami duduk di sekeliling Rasulullah s.a.w. untuk menulis, tiba-tiba baginda ditanya tentang kota manakah yang akan ditaklukkan terlebih dahulu, Konstantinopel atau Rom? Rasulullah s.a.w. menjawab, "Kota Heraklius ditaklukkan terlebih dahulu
(maksudnya Konstantinopel)." Hadith Riwayat Ahmad.


"Kalian pasti akan membebaskan Konstantinopel, sehebat-hebat amir (panglima perang) adalah amirnya dan sekuat-kuatnya pasukan adalah pasukannya." Hadith Riwayat Ahmad.

Ketika itu, terdapat dua kota terkuat di dunia iaitu Kota Rom yang merupakan ibukota Imperium Romawi Barat (Rom) dan Kota Konstantinopel yang merupakan ibukota Imperium Romawi Timur (Byzantium). Bisyarah Rasulullah merupakan petunjuk dan khabar gembira bagi kaum Muslimin bahawa kedua-dua kota tersebut pasti akan ditakluk dan dibebaskan oleh kaum muslimin.

Keyakinan seperti apakah yang dimiliki oleh para sahabat ketika itu? saat Islam belum kukuh, jangankan di mata dunia, malahan di Tanah Arab pun tidak, tambahan lagi para sahabat sendiri belum pernah melihat kedua kota tersebut seperti apa. Mereka malah tidak bertanya, "dapat atau tidak" tetapi mengemukakan "yang mana dulu". Nah, lihat keyakinan para sahabat, sejauh mana tertinggalnya keyakinan kita? Ada yang berkata, "ya, lebih bagus kalau sistem khilafah boleh bangkit semula, tapi ia sangat impossible. Ia di luar imaginasi saya." Seriously, saya pernah dengar kata-kata ini di depan saya sendiri, dan orang itu seorang yang 'berpengetahuan luas dalam dunia politik', belajar sampai UK lagi. Terus yang timbul dalam hati saya apa? 'apa aku salah pilih guru ni?'

Kasihan, kita orang Islam tidak meyakini sedangkan orang Barat sudah mengatur pelbagai stratergi melemahkan ummat Islam dari sebesar-besar hal sampai sekecil-kecilnya sejak berabad lamanya. Bukankah itu sudah cukup menunjukkan betapa mereka khuatir kalau kita bangkit dan tertegaknya sistem khilafah semula? Seperti mana gerunnya mereka kepada seorang sultan yang telah berjaya menembusi tembok kota Konstantinopel, Sultan Muhammad al-Fatih. Setelah lewat 825 tahun penantian, akhirnya terbukti salah satu daripada bisyarah Rasulullah s.a.w. tersebut.

Cubaan untuk menakluk kota konstantinopel sudah mulai semenjak zaman para sahabat lagi. Para sahabat berlumba-lumba mengejar status panglima dan pasukan terbaik yang disebutkan dalam hadith tersebut. Namun tiada yang berjaya sehinggalah ia tertunai di tangan seorang sultan yang baru berusia 23 tahun ketika itu. Pada 29 Mei 1453, azan asar yang pertama di kumandangkan setelah bertahan, berperang dan bergelut selama 54 hari di tembok kota konstantinopel. Allahuakhbar!

Pun begitu, tertakluknya Kota Konstantinopel bagi kaum Muslim bukanlah pada 29 Mei 1453, bagi orang yang beriman, kota Konstantinopel ditakluk sejak Rasulullah mengatakan bahawa "Kalian pasti akan membebaskan Konstantinopel...".

Melihatkan situasi sekarang, sememangnya sukar kita katakan bahawa sistem khilafah akan tertegak semula jika kita cuma guna mata dan akal. Guna mata, yang dilihat ummat Islam melulu miskin, korupsi, perang, pokoknya yang jelek-jelek. Guna akal logika pening, dari mana datang kejayaan kalau begini kondisinya. Makanya, apa yang perlu kita pegang sekarang adalah bisyarahnya Rasulullah s.a.w.. Bisyarah Rasulullah itu tidak pakai mata dan akal, tapi pakai keimanan, sejauh mana kita yakin pada kata-kata baginda. Kita perlu follow para sahabat dan kaum muslim terdahulu di mana, they believe in something that can't be seen by eyes. Justeru, bisyarah pertama sudah terlaksana, ada satu lagi yang tinggal, iaitu penaklukkan kota Rom.

Life is choice. Mahu jadi liberal ka, atau mahu jadi seorang yang tunggu hasil, atau mahu jadi orang yang buat banyak alasan (kategori ini paling ramai) atau mahu jadi seorang yang tegakkan Islam. Di luar sana, sudah ramai saudara seIslam yang sudah menanamkan azam untuk menakluk kota Rom, malahan meninggalkan waris kepada anak-anak mereka kerana tampaknya kebangkitan itu bukan dalam waktu terdekat. Merenung diri sendiri, apa yang sudah saya persiapkan? Imam Syafie, Sultan Muhammad al-Fatih dan banyak lagi tokoh tersohor dalam sejarah Islam, semuanya bermula dengan didikan awal dari rumah. Semuanya hafaz al-Quran seusia kecil lagi. Lantas, saya teringat kata-kata ini, "Kemenangan Islam adalah janji Allah,dengan atau tanpa kita. Jika kita tidak mengambil peranan perjuangannya, pasti ada yang lain. Bukan Islam yang memerlukan kita, tapi kitalah yang membutuhkan Islam. Hidup adalah pilihan.Mahu ambil peranan atau tidak. Maka teruslah melangkah, meski semua manusia berhenti."

(terima kasih yang tak terhingga kepada seorang teman yang tidak putus-putus bercerita mengenai Sultan Muhammad al-Fatih, melaluinya aku kenal sistem Khilafah. Melaluinya juga, aku temui insan yang luar biasa kerana azam dan ambisinya tinggi sehinggakan aku melihat jalan-jalan kehadapan bukan suatu yang mustahil. Jazakallah hu khairan)

_Mega Quranic Inspiration Training,ustadz Felix, 03.03.2013_tarikh jatuhnya sistem khalifah ketika pemerintahan Kamal Ataturk.