Rabu, 24 April 2013

kerana doa #2



بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu’alaikum w.b.t.
Saat wasilah moden ini masuk ‘hospital’, saya sedang berperang dengan ujian pertengahan semester. Kerana kebiasaan diri dengannya, maka tiadanya terasa. Seolah-olah tidak lengkap tanpanya. Di dalam kelas, sibuk memikirkan ‘tobib’ mana yang harus ditemukan. Boleh dikatakan kepada semua teman diadukan, sambil-sambil promo kalau-kalau ada kenalan yang bisa  ‘merawatnya’.

Bukan memilih, tetapi mengasihi. Khuatir kepercayaan tinggal Cuma separuh. Apa maknanya, kalau tidak mampu memberikan amanah itu kepada mereka, walhal kerjanya nanti bagus. Paling-paling saya juga nantinya yang kesal. Kerana itu, saya tidak terus menyerahkan kepada mereka. 

Kuserahkan dengan harapan bukan paksaan. Tidak bisa jadinya penghargaan. Bukan semua mampu hulurkan apatah lagi merawatkan. 

Allah tidak akan menguji diluar kemampuan hambaNya. Selalu orang berkata, tidak ramai teman nanti susah dapatkan pertolongan. Walhal, teman itu Cuma wasilah, pengantara. Allah yang menentukan siapa,di mana dan bagaimana. Boleh jadi, teman, boleh jadi orang asing. Boleh jadi kedua-duanya.  Dengan atau tanpa teman, bantuan pasti akan tiba, berdoalah pada Dia. 

Teman, laptop ini kutemukan tobibnya melalui seorang teman. Teman punya teman. Sudah membantu, siap berdakwah. Ternyata dunia masihpunya penghuni yang budiman. Bantuannya tidak terkait wang ringgit.  Kerana dia tahu ada yang lebih perlu. Ada yang lebih berhak dikasihi melebihkan diri sendiri. 

Sisa rawatannya masih berbekas di sini. Bukan secara zahir, lakunya ditiru. Singkirkan fikiran-fikiran meminta imbalan atas kebaikan. Membanyakkan memberi dan menolak menerima sebelum berusaha. Bangun pagi-pagi, yang difikirkan siapa yang bakal dibantu, dan ditolong hari ini? Atau mungkin, siapa yang mahu didoakan hari ini? Atau mungkin, siapa aibnya bisa ditutup hari ini?

Jangan pernah mengharap pertolongan daripada Allah seandainya diri sendiri tidak terdorong untuk membantu yang lain. Kalaupun kita tidak mampu untuk menolong, sekurang-kurangnya mudahkanlah urusan orang lain. Kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita. InshaAllah. 

Ramai yang tidak meringankan urusan saudaranya, kerana inginkan dunia terlalu kuat. Semakin cenderung diri pada dunia jadilah kita insan yang tangannya berada di bawah banding di atas.

(belajarlah untuk mengenal mana orang dan mana mesin ATM- ATAU- sebaiknya manusia jangan bercita-cita menjadi mesin ATM)

Sabtu, 20 April 2013

HaBiTs

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Semalam, 19 April 2013, untuk yang ke....berapa kalinya, duduk dan menguji tahap 'keterangan' mata tentunya di kedai optik. ;) Hendak dijadikan kisah, ketika menyebut dan mengulang huruf-huruf yang tertera di layar putih itu, akal saya dengan mudahnya merekod data-data tersebut. Pertama, uji mata kanan. Selepas itu sebelah kiri pula. Terus-terang, ketika membaca huruf-huruf itu, saya sebut satu2 berdasarkan apa yang telah saya sebut sebelumnya. Tidak menyalahkan tuan kedai kerana menggunakan huruf yang sama, cuma akal yang jarang cepat pick-up ini, tiba-tiba berfungsi dengan baik semalam. Juga tidak menyalahkan akal ini.

"Analoginya begini, saya pernah lihat A buat begini dan begitu. Namun selang beberapa hari kemudian, apabila saya bertemu dengan dia lagi, sudah pasti saya tidak boleh menghakimi dia berikutan perlakuannya beberapa hari yang lalu. Lebih-lebih lagi jika saya TIDAK nampak terang-terangan untuk kedua kalinya. "Faham kira-kira maksud saya?

haha keliru? Motif saya cuma satu. Habits. Dengan sengaja atau tidak, tiap produk tidak kira dalam bentuk  aksi mahupun kata-kata,ia ternyata hasil habits kita. Begitulah. Ia bergantung kepada tahap repitisi dan praktis kita. Bak kata Ustadz Felix, mamanya repitisi bapanya praktis maka terhasillah anaknya, iaitu habits (mahu terbalikkan mana-mana pun bole:siapa mama siapa bapanya).

Setelah membaca bok yang bertajuk 'how to master your habits' karya Ustadz Felix, perkara yang amat mengujakan saya adalah, habits tidak perlukan motivasi. Maksud saya di sini, bukannya motivasi tidak penting tapi dia bukan elemen yang sepenting repitisi dan praktis. Dengan atau tanpanya, habits boleh terhasil.

Mahu bukti? Mudah. Gampang. Apa juga habits yang kurang baik ada pada kita ternyata tidak perlukan motivasi, tapi still ia merupakan habits kan? Sebagai contoh tidur lewat. Mana mungkin seseorang bermotivasi untuk tidur lewat. Tapi kenapa kalau mahu tidur awal itu susah? KERANA SUDAH TERBIASA tidur lewat.

Mahu tahu lanjut, bacalah buku 'how to master your habits' ini. Lumayan. Kesimpulannya, pupuklah habits yang baik dalam diri kita kerna inshaALLAH hasilnya kelak pasti baik, bermutu. Hati-hati, ruang habits yang tidak terisi bakal dipenuhi dengan habits yang kurang baik, kerana yang tidak baik itu mudah saja dikerjakan. Untuk berjaya di masa hadapan, pupuklah habitsmu dari sekarang. Kerana boleh jadi ia memerlukan berjuta kali pengulangan dan latihan. Lohhh, jadi yang analogi tadi itu untuk apa? analogi itu iktibar sampingan berdasarkan pengalaman saya semalam. Saya timbang-timbang banyak kali, apa patut saya sebut saja huruf itu berdasarkan 'daya ingatan' saya atau tidak payah disebut kerana saya tidak lihat rupa huruf itu. Begitulah, apapun yang kita dengar, kalau benda itu bisa memudaratkan, jangan disebarkan sampai ia benar-benar berlaku di depan mata kita.Tapi kalau benda yang baik, tidak payah tunggu bukti depan mata, cukup khabar daripada Allah dan rasulnya sudah memadai. Meskipun seramai mana orang berkata TIDAK kalau ALLAH dan rasulnya berkata IYA, maka itu sudah memadai. ITS ENOUGH.

Jadinya, apa mudaratnya kalau kamu sebutkan saja hurufnya? Kan kamu sudah tahu...

Memanglah, tapi yang perlu pakai kaca mata itu mata saya (namanya pun kaca MATA) bukannya aqal saya. Begitu...!

Jumaat, 19 April 2013

kerana doa

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

Saya selalu berdoa, semoga dihilangkan 'kesusahan' untuk belajar. Tiap kali saya gagal untuk mengatur jadual sendiri, memotivasikan diri,di akhirnya akan bertimbun penyesalan. Tidak sepatutnya saya lalai lagi. Sekali lagi, doa itu saya ulang-ulang.

Beberapa detik kemudiannya, saya diuji dengan 'blue screen' di layar laptop. Ramai teman kehairanan, diketahui inikan baru lagi. Setahun saja belum genap usianya dimiliki. Wasilah moden ini merupakan teman rapat saya di bilik. Kaca mata saja yang selalu menemani ke kampus kalah dengannya. Saya lebih memilihnya berbanding pembantu penglihatan saya itu. Akrabnya kami.

Ketika itulah, saya sibukkan diri dengan nota-nota warna-warni, lekat kata-kata motivasi, ralit membaca buku dan kembali kepada hobi lama, mendengar radio. Selama hampir 2 minggu, saya di'tarbiah'. Muncul kata-kata perangsang, sekiranya laptop sudah kembali ke pangkuan saya, akan begini dan begini saya lakukan, begitu dan begitu...

Dikisahkan, saya pernah tegar dengan muzik k-pop. Tapi agensi SM Town saya banned. Semua cerita korean drama saya layan, sama ada copy daripada kawan, mahupun saya beli cd atau download sendiri. Kemudiannya drama-drama itu saya paste di dvd. Nampak klasiknya. Padahal, saya tidak pandai jaga HD. Selama 2 minggu itu, tidak sekalipun saya mendengar lagu-lagu k-pop yang ada d mp3 saya. Malangnya, lagu nasyid tidak tersalin,cuma di fail pc. Sebab itulah saya buka radio, sudah semestinya Ikim f.m. Saya tidak tahu kalian, tapi saya ada rasa kemuakan pada muzik tersebut (merujuk kepada k-pop). Meskipun ada masanya, saya layan lagu-lagu k-pop antaranya dendangan B.A.P, dan rasa satu aura semngat yang menyuntik diri, tapi di qalbu saya ada rasa kekurangan, kekosongan. Akhirnya, saya temui jawapannya, nasihat dan kata-kata yang 'baik' itu auranya lagi hebat. Bermakna. Berisi.

Berbicara mengenai drama, saya bukanlah seorang yang agak 'tegas', maka untuk menghilangkan minat terhadap drama-drama tersebut agaklah mustahil  Cuma, saya sudah belajar untuk menghadkan keminatan tersebut. Saya memang suka cerita-cerita historikal, itulah yang tersisa sekarang. Oh ya satu lagi yang tinggal, drama investigation. :)

Ini bukanlah kali pertama saya mempunyai perasaan untuk menjauhi dunia 'hiburan', sudah lama sebenarnya. Sejak mulai saya kenalinya. Cuma, saya tidak terus memadam semuanya sekaligus yang ada dalam pc saya kerana saya  punya pengalaman di mana, saya padam lagu-lagu k-pop tersebut, akhirnya saya download balik semua.

Hendak dijadikan iktibar, setelah laptop ini kembali di tangan saya, dengan senang hati, saya padam fail-fail video yang terdiri daripada 2pm dan beast. Dulunya, saya usung failnya, laptop lama yang saya tinggalkan di rumah, saya transfer fail video tersebut ke laptop baru. Saya padam gambar oppa2 yang ada. Saya padam video tv show yang ada. Selebihnya saya sudah lupa. Alhamdulillah, sehingga kini saya masih istiqamah dengan apa yang saya lakukan.

Berbalik kisah laptop yang masuk 'hospital', saya baru tersedar, ini merupakan jawapan kepada doa-doa saya. Saya pinta supaya dihilangkan kesusahan ketika belajar merujuk kepada laptop yang sering saya guna untuk benda-benda lagha. Meskipun, bukan itu yang saya maksudkan, tapi Allah itu Maha Tahu. Saya yang tidak mengerti 'kesusahan' sendiri. Saya alpa, hanya Allah yang boleh beri kebaikan dan mudarat kepada kita.

Mungkin, 2 minggu itu terlalu sekejap untuk saya ditarbiah, muncul persoalan, Allahu Robbi, kenapa tidak sampai kukuh qalbuku ini? Kerisauan saya memuncak setelah tanda-tanda untuk alpa sering menggamit. Malah, Ujian semakin perit rasanya. Allah Perancang Terbaik, kasihNya tidak bertepi pada hambaNya. Jawapannya mudah, untuk dekati Allah itu bukan sehari dua, tetapi sepanjang hidup. Faham kira-kira maksud saya?

Ya, begitulah teman, sebenarnya ada lagi yang ingin ku sampaikan berikutan perihal laptop ku ini rosak. Selebihnya kita sambung di halaman berikutnya.

(perit dan luka hatiku saat aku harus berpaling daripada khabar-khabar k-pop. Biarlah untuk ketika ini demi mujahid dan mujahidahku)

Khamis, 18 April 2013

sharing moment

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

2 April lalu, saya berkesempatan untuk mengikuti program di bawah anjuran pihak kaunseling dan kuliah IRKHS. Ia merupakan satu 'penghormatan' bagi saya kerana amatlah sukar untuk mendapat 'tawaran' program yang tertujukan hanya untuk segelintir pelajar. Tambahan, saya 'sukar' untuk menghadiri 'program' seumpama ini. Pasang niat memang mudah. ;)

Panelnya terdiri daripada 'senior-senior' IRKHS di mana dua antara mereka merupakan pelajar komunikasi dan seorang pula, BARR ( aku tak reti nak eja kos BARR, tu, ntah betul ka tak) kalau saya tidak salah. Secara terus-terang, saya lihat masa depan yang mereka lakar suatu ketika dulu (merujuk kepada akak-abang comm tersebut). Saya di mana? Saya tidak memiliki minat dan kemahiran seperti yang mereka ada. Saya khuatir andai qalbu saya akan bergolak sebaik sahaja keluar daripada dewan mini-auditarium ini. Saya risau. Saya kaget.

Meskipun, sedikit sebanyak saya cuba 'membaca' perjalanan mereka yang separuhnya, tidak terancang, tetapi saya sedar, andainya saya masih seperti ini, sejauh mana lagi kaki saya bisa melangkah? Melakar itu mudah, tulis dan lekat di board biru bilik. Bangun hari-hari, tatapinya.

Saya belajar untuk menanam 'habits' cintai apa yang sedang saya jalani sekarang. Bukan tidak mampu, inshaAllah mampu, cuma banyak likunya. Apa yang tersisa, cintai ilmu yang datang. Cuma di situ saya sandarkan harapan. Kelak, apapun yang penting halal pekerjaannya dan mampu memberi khidmat kepada masyarakat.

Kalau begitu ceritanya, apa hasil saya bawa pulang daripada program tu? Pertamanya, berharap, akan ada lagi peluang untuk saya berada di dewan tersebut, seperti hari itu. Duduk dan mendengar kata-kata mereka yang sudah melewati usia yang sedang saya lalui sekarang. Moga terinspirasi. InshaAllah. Keduanya, akhirnya, 'A' itu bisa tertransfer menjadi begini, A hanya untuk Allah. :)
Anda faham kira-kira maksud saya? Saya amat beharap, tiada lagi beban 'scholarship' menghantui, gara-gara mahu kekalkan dan tingkatkan pointer. Payahnya assignment, sukarnya presentation, saya definisikan sebagai Ujian buat saya. Hasilnya tidak terhad untuk markah cgpa saya kelak, tapi se'cemerlang' mana saya dihadapanNya. Itu tafsiran saya yang dulunya saya jahil tentang itu.

(kata kakak berkerudung merah hati itu, kalau mahu dapatkan A, kita kena mesti ada banyak F. (Foundation (aspek agama), Family, Friends, Fun...) dan kata abang pembaca berita tu pula, kalau kita sama seperti mereka yang lain di luar sana, di mana kelainan kita? istimewanya kita? Istimewakah kita?  )

p/s: kalau begini kondisinya, azam mahu naikkan lagi pointer, bisa duduk di kerusi yang sama kali lagi ya.. :)

Rabu, 17 April 2013

bok dan responsibleku

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum w.b.t.

(teks ini saya tulis beberapa minggu yang lalu, apabila teman 'rapatku' masuk 'hospital'.)

Minggu ini minggu sepi daripada 'usikan' laptop. Wasilah moden itu adakalanya mengganggu lena tidur. Ada dan tiadanya. 'Habits' yang tidak terisi kali,ya?

'Habits' menulis tidak terhenti tanpanya, pantas tangan menjadi wasilah tradisi. Mengimbau zaman tulis-tulis dalam kertas kajang, pena warna-warni. Sebut pasal 'habits' duka qalbu terubat apabila bok-bok 'how to master your habits' (4buah) dan bok 'udah putusin aja!' karya Ustadz Felix Siauw termiliki. Alhamdulillah.

"Beli banyak-banyak mahu jual, ya?"
saya-"tidak.mungkin."

Salah satu bok 'habits' akan saya terbangkan ke Sabah. InshaAllah. Mohon doanya ya teman-teman. Benar, semasa memutuskan untuk membeli bok-bok tersebut, saya belum temui 'alamatnya' malah bagi bok-bok yang lain, saya masih berkira-kira kepada siapa bakal diberikan.

Bok sebegini tidak perlu fikir banyak kali, beli banyak diberikan pada taulan tidak akan rugi. Dijamin. InshaAllah. :)

Dilanjutkan ya ceritanya, bok yang sedang saya cari alamat penerimanya adalah hasil responsible yang tersisa suatu ketika dulu. Umur awal belasan, ketika itu saya baru belajar mengenal dunia 'novel'. Masih segar figura saya terlepas amanah dalam masa yang amat singkat. Hari kokum, sabtu, di pasar tamu. Berdekatan sekolah. Gara-gara kekhilafan saya itu, diri jadi segan bercanda dan bergaul dengan pemiliknya, yang merupakan senior saya.

Apabila sebut pasal 'hilang' bok ini, saya pernah mengalami kondisi yang sama. Bok itu bukanlah bok semutu 'habits' ini,novel cinta2 laa tapi kehilangannya masa itu mengundang kesedihan hati. Sungguh. Bagi 'penchenta' bok, kehilangan sebuah bok tidak pernah disenaraikan dalam kamus koleksinya. Apatah lagi kalau ber'bok-bok. Walaupun zahirnya, kita selalu berkata, 'tidak apa. jodoh tak panjang untuk bersama buku tu. Bukan rezeki.'

Saya berharap agar niat 'murni' ini tidak terhalangi. Lambat cepatnya tidak kira asalkan tertunai. Sesungguhnya, rasa bersalah tidak pernah padam, walau sesaat, kerana ia adalah masa silam saya.

Dahulu, tidak berkesempatan untuk melafaz kata-kata ini, saya cuma ucap maaf kemudiannya diam.
Innalillahi wa inna ilaihi rojiun atas kehilangan bok itu, dan alhamdulillah kerana melaluinya saya belajar untuk menjadi 'amanah'.

bok dalam bahasa bugis bermakna buku. :)
tag: saya tidak pernah lupa siapa diri saya yang dulu. :)

Khamis, 11 April 2013

cinta zaman remaja

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Alhamdulillah, kerana kasihNya saya mampu untuk sampai ke sini. Kerana kasihNya saya masih menulis.

Tidak ku kenal apa itu cinta
seseorang menghulurkan berus warna
arahannya tidak jelas.
tapi, warna-warna syurga di tangannya,
aku rasa ini permulaan ke gerbang Jannah.

Tapi apa dayaku?
baru bertatih mengenal cahaya bulan.

Semacam tiada lagi kanvas untuk kami berdua
penolakanku mungkin disaluti penyesalan
tapi ini bukan penamatnya.

Selagi hatiku tidak buta dek kanvas dunia
pasti...suatu masa ada tangan menghulur
untuk melakar rona Jannah,
seperti semalam. InshaAllah.

Puisi yang lahir daripada qalbu saya, setahun yang lalu. Saya kira puisi ini sekadar saja-saja. Nyatanya pada waktu itu, saya sedar saat seperti ini akan tiba. Dalam satu peluang ada perkara yang harus dikorbankan,sama ada menerima atau menolak. Kedua-duanya.

Beberapa minggu yang lain, selalu saja muncul andaian-andaian yang terkadang mengundang 'ketidaksedapan hati'. Saya malah mengadukan hal yang sebelumnya cuma teradukan pada seorang sahabat yang sudah lama kenal. Katanya, "Kamu chenta dia dalam diam."
Tambahnya lagi, "Kamu tidak sedar tu."

AllahuRobbi. Semasa mendengar komentar sahabat, saya berkali-kali menyalahkan diri. Kalau benar begitu kondisinya, 'aku tidak betul.' Malah-malah hampir mencopkan diri 'berdosa' gara-gara kata 'chenta' itu.

Padahal, cinta itu fitrah. Lantas, fikiran-fikiran negatif tadi yang muncul saya tukar, 'Alhamdulillah, aku normal.' hehehe

Sekarang, bukanlah saatnya untuk 'mencemburui' qalbu teman yang satu itu, malah sebaiknya dilanjutkan saja doa yang terlafaz dulu. 
"Semoga kamu menemui insan yang jauh lebih baik daripada saya."

hahaha. Malu ni. Kerana doa yang terdahulukan maka cemburu itu atas dasar memenuhi fitrah. Fitrah seseorang yang terlepas peluang sekali dalam seumur hidup. Cemburu yang wajar kerana dia saya kenal sebagai seorang Mujahid. Jadi, wajar.

Saat saya menulis ini, saya belum tahu situasi sebenar. Tapi,mana-mana pun letaknya 'situasi sebenar' itu, doa sajalah senjata saya.
"yang terbaik buat kamu, sahabat."

(rindu zaman remaja belasan,al-Fatiha)

tag: Noreen a.k.a Ayu, terima kasih akhirnya aku bisa praktikkan tidak semua 'idea' itu 'negatif'. Nah, ternyata 'idea'mu 'positif', kawan. :)