Sabtu, 31 Disember 2016

Penutup 2016

Assalamu'alaikum w.b.t dan selamat petang

Apabila disebut tahun baru, ia adalah hari memperingati pemergian bapa. Apabila disebut akhir tahun, bulan memperingati pemergian Ilmi.

Sudah 3 tahun, aku cuma berharap agar dapat melalui hari-hari dengan seadanya. Masih mampu untuk mengucap syukur dan tersenyum.

Apabila satu tahun berlalu dan membuka lembaran baru, aku selalu beranggapan bahawa aku sudah cukup matang, tetapi adakalanya aku merasakan ianya dinamik. Ada hal yang tidak dapat aku jalani dengan sebaik mungkin. Peristiwa baru dan termasuk juga berulang.

Ada waktu merasakan diri adalah yang teruk sekali. Tidak mengerti dengan diri sendiri. Padahal sudah sehabis mungkin mengingatkan diri dengan hal-hal kedewasaan.

Dan jika aku ditanya tahun 2016 ini, hari inilah hari yang paling dingin sekali. Perasaan seperti baru menginjak dewasa. Dan bukan sekadar mahu bersendiri, seperti mahu tidur yang lena.

Besok, hari mulai di tahun baru. Menginjak lah, anjaklah ke tempat yang lebih tinggi, diri.

Kecewa yang aku rasakan hari ini, mungkin berpunca dari keinginan untuk terus bersendiri. Kamu tahu, apabila zonmu diganggu atau ada makhluk yang berkehendakkan perubahanmu. Ah, jangan pernah menganggap dirimu istimewa walaupun mungkin kamu pernah diberi keistimewaan olehnya.

Sudahlah. Semakin banyak kata yang diluah, ia cuma bakal menghiris hati insan lain kerana yang diluah bertujuan membalas sakit yang dirasa. Itu yang aku rasa sekarang.

Sudahlah. Aku rasa inilah post yang paling jujur pernah aku tulis tanpa rasa berselindung dan serba salah. Manusia sungguh bisa mengerikan.

Isnin, 12 Disember 2016

Where we are

Assalamu'alaikum w.b.t dan selamat subuh.

Malam tadi aku berkesempatan untuk menghadirkan diri ke majlis kahwin. Aku sudah tidak lazim ke majlis kahwin. Dulu, suatu ketika dulu ia pernah menjadi tempat aku belajar mengenal society.

Di kerusi itu, aku lihat society yang sama. Mungkin budaya kita statik. Evolusinya adalah taboo. Atau mungkin generasi sedang menunggu tahta diserah. Dan bakal menuju arah yang sama barangkali? Where we are.

Semenjak kembali kepada society, aku kadang berdebar kalau-kalau aku bakal culture shock. First impressionku adalah positif.  But as time passes, is it our culture hardly aged?

Haha bukannya aku hendak semuanya berwajah baru tetapi sudah tiba masa untuk kita beranjak dari custom yang we even can't say  proudly to our next generation as something to be inherited. Treasure. Heritage.

Ada yang berkata kenapa harus kita serapkan ***si (any adaption, eg: pertembungan di antara dua / lebih budaya). Hujahnya kita punya budaya sendiri. Kalau bukan kita siapa lagi yang mahu raikannya? Bukankah kita diciptakan berbangsa-bangsa? Haha. Bukan. Maksudku di sini, sambil mengekalkan budaya asal, some parts need to be transformed. Kadang tu ada yang kena hapus sama sekali.

Ia sebenarnya sangat kasihan apabila melihat anak bangsa kita sendiri mempamerkan diri mereka di 'pentas' diiringi muzik sambil menari yang... dengan pakaian yang ndak-ndak. I mean, kalau ditanya kepada audience sendiri siapa saja yang akan berkata dengan sukanya, 'saya akan benarkan adik/kakak atau mana-mana ahli keluarga saya untuk berlaku sedemikian'. They just want to enjoy it.

Pengambilan band di majlis kahwin sesuatu yang lazim dan aku tidaklah pula mengkategorikannya sebagai sesuatu yang uncivilized, tetapi caranya dipersembahkan. Selalunya, di majlis kahwin, adab dan sopan dijaga,yang mama bapa will watching over their child at all aspects, sebelum ke majlis anak-anak selalu diingatkan dengan seberapa banyak kata JANGAN BUAT ini...ini..ini... itu... sama juga halnya dengan baju. Harus sopan. Padahal yang dituju, mempersiapkan persembahan band yang ahlinya menyanyi sambil menari tidak ingat dunia dengan pakaian yang menjolok.

Society kata band tu adalah penarik. Ya memang betul pun. Manusia kan suka berhibur. Tapi caranya kurang tepat. Penyanyi, penari..pakaian. Analoginya tuan majlis bayar pihak band agar band tersebut dapat tarik ramai tetamu yang hadir ke majlisnya. Kalau tidak ramai sebab bandnya tidak bagus. haha.

Jadi aku cuma suarakan seandainya kitalah yang ubah. Sebab aku tiada kakak abang yang kahwin, maka tiadalah pula peluang mau ubah. Tiada salah kita bersuara dalam keluarga. I mean sesuatu yang jelas kurang 'baik' untuk diteruskan kenapa tidak kita suarakan. Manusia tidak sempurna. Mak bapa kita pun ndak sempurna jadi mesti kadang ada salah lakunya, jadi sebagai anak kalau kita saksikan cubalah tegur. Sebagai contoh, mereka tidak terexposed dengan multicultural society, jadi apabila mereka joined that group (ada event) kadang mereka terlepas cakap, so kalau aku, kalau waktu tu sesuai, time tu juga aku tegur. Inappropriate. Kalau rasa kurang sesuai balik rumah baru kasi terang dengan mereka which part yang kurang baik. Tapi, memang kena selalu buat sebab kadang benda tu memang terlalu asing dengan mereka so berulang juga ingatkan mereka.

Huhu.

Selepas mak ceritakan perihal di kampungnya semasa salah seorang keluarga kami kahwin, dimana penonton meletakkan duit di tubuh penyanyi ( you-know-what-I-mean). Sadly, it happened in an event where usually we practiced or showed our custom. Di mana lagi mahu tengok baju adat? Time majlis kahwin. Makanan tradisi? Time ni juga dijamu. Segala pantang larang, adat-adat turun menurun juga diikuti masa ni. Tapi that one thing being dominant in which society easily adapted as one of our custom. Tapi biarpun budaya band dengan penyanyi yang kurang sesuai persembahannya itu dikatakan padaku sebagai salah satu warisan dari nenek moyang bangsa/kaum, aku akan kategorikannya sebagai 'black hole in society'.

Tapi mak selalu katakan bahawa semasa majlisnya dulu mereka jemput band penyanyi nasyid (peqasidah)- time tu famous dengan band qasidah. Maksudnya society punya pilihan untuk tidak display unappropriate band. Bukannya mahu sekat sumber rezeki orang tapi kalau bukan sebab demand society yang 'tinggi' band tidak compete untuk sesuatu yang demikian rupa by putting their artists on stage with unappropriate 'dress code' (more exposed is consider good) and loncat-loncat monkey. Instead,  mereka boleh fokus pada vokal contohnya.

Pastilah bukan semua begitu tapi majoriti. Ada juga majlis yang memilih band yang appropriate tapi belum diramaikan dan diamalkan dalam society. Tidak popular & unrecognize. Cuma pada yang peka saja ambil perhatian.

Sebagai penutup, semasa on the way balik, keluar dari khemah pengantin, there was a group of people (mak cik-makcik) and they complained about the young female singers. 'Kenapa bajunya begitu' 'kenapa dia menari begitu'. I was like, waiting for them to mention the band's organizer and the owner of majlis but no one did.

Maksudnya, kita sedar ada yang salah atau 'unappropriate thing (s)' berlaku dalam society tapi kita tidak telusuri sampai akarnya. Cuma sebut dan nanti jadi bahan gosip di kenduri orang lain. Cuba konon ramai-ramai persatuan makcik-makcik (sama la juga puang-puang hajahnya) kasi buat kempen 'kami ndak mahu band yang penyanyi berpakaian tidak sesuai'. Berani konon laki dorang pigi bantah? Nda tu.

Panjang juga ni. Actually aku pun ndak tau kalau main point ku sampai sebab aku cuba untuk guna subtle language & way (eh). Inilah bahasa sopan ku.  Suara hati dari seorang ahli yang ndak tau di mana mau contribute for her society. Dengan harapan ada yang tersinggah di sini. Sama-sama kita fight, changing for good reason. Bagi yang datang dari lain 'budaya' , ini pasti sungguh asing.

Ilmi

Assalamu'alaikum w.b.t. dan selamat subuh

Empat hari lepas, untuk sekian kalinya mengenang ulang tahun kelahiran Ilmi atau Emmi, arwah adikku yang telah pergi menemui Tuhan. (Al-Fatihah)

Sebenarnya aku tidak peka dengan tarikhnya, tapi semenjak tamat kuliah, aku semakin ingat tentangnya. Sewaktu dulu, tiap kali menyambut hari raya, aku akan duduk di beranda rumah atau duduk diam di bilikku, mencari masa dan ruang menyendiri agar berusaha untuk menangis. Berusaha. Memaksa. Sebab waktu itu aku berfikir, kalau aku tidak menangis pasti Emmi berasa disisihkan (betrayed). Mungkin dalam setahun boleh dihitung berapa kali aku teringat kenangan kami, tapi paling tidak pun setahun sekali aku pasti berusaha mengingat biar senang air mataku keluar. Serius, nih.
Haha.

Walaupun tiap kali menulis tentang Ilmi, aku pasti akan menangis dengan sendirinya. Suatu perasaan yang tak terungkapkan. Rindulah pasti.

Now, I am trying to remember any story of Ilmi. ................... ya ampun.....hmmm.... sudah ku cerita di post yang lepas-lepas.

Ahh. Semenjak kecil mak selalu membuat perbandingan antara kami berdua. Sebab tu waktu kecil dulu kadang-kadang aku berimaginasi kalau-kalau aku sebenarnya an adopted child to my parents. Haha. I still remember that kind of feeling: memberontak. Hakikatnya kami berdua memang bagaikan bumi dengan langit. Ilmi, dia seorang yang penyayang dan belas kasihan. Tiap kali dia melewati kaki lima kedai, dia tidak akan berganjak selagi mak tidak hulur duit ke orang yang meminta di situ. Aku pula, cuma berlalu pergi. Sebab masa tu aku cuma tahu tidak berganjak dari tempat benda yang aku hendak beli. Kurang perhatian terhadap sekeliling. That's me.

Kucing? Ilmi lah orang yang paling sayang kucing dalam keluarga kami. Aku dan mak baru berjinak dengan kucing selepas pemergian bapa. Maka sekarang sejumlah 16 ekor semuanya kami bersama.

ah, Ilmi, after all, I love you more than you love me.

Sudah lama kita tidak bersua, Emmi.

Ahad, 11 Disember 2016

Memori

Assalamu'alaikum w.b.t dan selamat petang.

Pertamanya, apologi dipohon kerana terlalu lama tidak meneruskan penulisan. (Eh). Hilang sebentar atau mungkin lebih tepatnya merehatkan diri. Reset. Ah, belum beres lagi tapi jalani saja waktu yang ada.

Setelah terlalu lama menyepi, aku pun hilang idea hendak berkisah apa. Ya, terimalah hakikat kalau aku ini bukan 'multi-kerja'. Apabila aku tumpu pada pembacaan, automatik tanganku kaku menulis, ayat pemula saja aku mogok. Tiba-tiba, kelmarin, ya suda lama aku tunggu timing yang 'aha' 'eureka'! Ikutkan masa tu juga aku taip, tapi pelan-pelan saja dulu.

Seperti yang tertera di atas, kita bakal bercerita pasal memori. Sebenarnya lama sudah aku mau tulis pasal topik ni tapi ndak tau mau olah macam mana. Di sini ada dua analogi, yang kemudiannya mencambahkan analogi ketiga.

Situasi, kehilangan orang yang tersayang. Apa yang terjadi dengan memori kalian?

Analogi pertama, kamu memilih untuk menjauh daripada segala elemen yang mengingatkan kamu kepada dia yang telah pergi. Alasanmu, 'kalau aku tinggal di rumah ini, aku jadi teringat-ingat sama dia masa hidupnya'. Tambahmu, 'Air mataku mengalir tanpa berhenti. Rindu. Sedih. Kenapa aku harus melalui semua ini?' Memori itu kau sisihkan. Melupakan adalah solusi.

Analogi kedua, kamu mahu simpan semua memori yang ada dengan dia. Biar tiap kali matamu memandang yang kamu pandang adalah dia. Senyumnya. Tawanya. Tangisnya. Marahnya. Sedihnya. Pokoknya, semuanya dia di matamu. 'Aku mahu simpan ini dan itu dan lain-lain lagi kerna itulah saja kenangan yang dia simpan untuk aku kenang-kenang'. Bilangmu lagi, 'kalau aku buang barang-barang tinggalannya dia, aku mungkin bakal melupakan. Masa berlalu bersama memori kami. Barang-barang ini adalah muzium memori kami.'

Analogi ketiga. Kombinasi antara keduanya. Mustahil untuk menjauh, kerana sejauh mana pun kamu pergi, kalau benar dia orang yang kamu sayang, melupakan merupakan hukuman buat kamu. Setahun atau mungkin bertahun-tahun kemudiannya, memori kalian tetap mengekorimu. Sampai satu saatnya apabila tempoh kehilangannya sudah mencapai usia matang, yang tinggal dibibirmu tentang memori hanyalah alasan. Kerna itu analogi kedua juga bakal berakhir apabila hari-hari yang kamu lalui semakin meninggalkan waktu kalian dulunya. Memori yang matang bakal pergi sendirinya. Sampai satu saat kamu tertanya-tanya 'eh barang A ini kenapa di sini. Ada apa ya?'.

Tiada jalan/cara yang lebih tepat. Terpulang pada pengendali. Kerna apabila kita berbicara tentang memori tiada siapa yang bisa menghukum betul/salahnya cara kita menyimpannya. Kita yang rasa. Kisah kita. Pernah dulu, aku tertanya-tanya sejauh mana memori itu tersimpan pada satu-satu benda.

Ku lanjutkan cerita, ketika hendak pulang ke Sabah selepas menamatkan pelajaran di uia, aku tersepit bagaimana hendak bawa balik semua barang. (Padahal tiap tahun pun aku ada bawa sikit-sikit balik pi rumah). Ketika itulah, barang yang aku teragak-agak hendak buang ka tidak semenjak dari tahun pertama lagi akhirnya terbuang juga. Asbabnya mudah, apakah barang yang benar-benar aku perlu?

Analoginya, bekalan untuk ke tempat asal, apa saja yang kau perlu ada?

Sememangnya, bukan mudah sebenarnya hendak lepaskan sesuatu yang menyimpan memori bagi kita. Tapi apabila kamu berhadapan dengan situasi yang memerlukan kamu untuk memilih satu antaranya, maka ambiklah peluang tersebut kerana attachment terhadap sesuatu benda  boleh jadi sebenarnya bukan atas alasan kenangan tetapi obsesi. Secara logiknya, dengan ada atau tiadanya sesuatu benda itu yakinlah memori kamu tetap ada cuma ada masa diingat ada masa terlupakan. Dan janganlah terlalu takut pada memori sehinggakan ingin dihapus dan dijauhi. Seperti yang aku katakan tadi memori tetap wujud. ingat atau lupa saja kuncinya. Ada yang mahu dilupakan tapi sentiasa mengekori, ada yang mahu diingat terus tetapi pudar ditelan masa.

Bagi aku mudah, kalau sesuatu tu aku ingin kenang selalu,aku bercerita tentangnya, menulis tentangnya... kalau aku mahu lupakan kenangan itu belajar menerima kenyataan ia takkan hapus, sampai satu ketika mengingat kenangan/memori tersebut tidak lagi merasakan sedih/duka. Tapi kalau ia tetap juga hadir dengan tangis, menangislah. Selepas itu, sekecil perkara juga kau akan bersyukur dan hargai detik itu.

Aku pernah mengumpamakan memori & kenangan itu ibarat bintang-bintang di langit. Dalam berjutaan ada yang paling bersinar. Dan ada yang mengambil masa yang lama untuk sampai kepadaku tanpa sempat ku pandang.

Sabtu, 18 Jun 2016

Catatan tamat kuliah

Assalamu'alaikum w.b.t

Setelah sekian lama menyepi, maka aku mungkin bakal aktif semula menulis. Sambil-sambil menikmati dan meraikan tamat kuliah. Alhamdulillah, meskipun keputusan tidak seperti yang diinginkan,tapi hey, keluar juga dari gedung uia.

Uia bukanlah seteruk yang dicanangkan. Cuma struggle nya tu lain macam. I mean, every institution has their own 'colour', as a student we know better than others. Tahniah.

Aku menghabiskan separuh usia dua puluhan ku di uia. Apa yang kalian bisa perkatakan? Duniaku terperangkap di sana. Even now. As human, we select which memory to be remembered. Aku pun tak tahu for what reason(s), aku hilang hampir semuanya. Padahal suatu masa aku akan keluar juga dari uia. Balik ke lubuk. Tapi canggung. Masih Laila Hijjera yang dulu, tapi masa dan tempat adakalanya benar mempengaruhi.

Aku pun ndak tahu samada patut kutip balik memori atau mencipta yang baru. Yang pasti semuanya berubah lah. Realiti. Other will not understand this feeling. Samada bakal menghakimi atau membantu, bukan aku yang tentukan. Go on.

Hey, I think this is not the right time. I'll stop here. I'll write u again when I have the feeling. To share. Bye.

(Ah, kalau sabtu di uia, membacalah?) 

Khamis, 24 Mac 2016

konklusi cuti mid-break

Assalamualaikum dan selamat tengah hari.

Cuti pertengahan semester bakal berakhir. Semuanya aku lalui dengan menonton drama diselang-seli dengan menghabiskan pembacaan trilogi Haruki Murakami, 1Q84. Sepatutnya ini peluangku untuk menyiapkan beberapa artikel. Tapi, begitulah.... aku memang tidak sebulu dengan dunia 'kewartawanan'. 

Sudah tiga hari cafe mahallah kami tidak berbuka. Maka aku yang super pemalas, memilih untuk menelan mi goreng daripada brand mi sedap. Ya, walaupun aku sudah lama tidak berkeinginan/bernafsu untuk menjamah mi segera dan seangkatannya. Sekadar memastikan enjin penghadamanku berfungsi meski aku melalui hari-hari cuti.

Cuti yang berbaki aku bercadang untuk menghabiskan siri karya sastera klasiknya Pak Sako (Putera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila & Budak Beca) dan juga karyanya  A. Samad Said, Langit Petang. Kerna aku berhasrat menutupi bulan Mac ini dengan pembacaan buku Anna Karenina, karyanya Leo Tolstoy.

Berharap agar artikel ini bakal siap. In sha Allah.


Rabu, 16 Mac 2016

undang-undang buatan manusia

Assalamu'alaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Beberapa hari lepas, aku mendengar seorang kawan bercerita tentang undang-undang buatan manusia. O aku pernah post pasal undang-undang buatan manusia di sini beberapa tahun yang lalu. Carilah kalau rajin. Tapi apa yang aku cuba hendak kongsikan kali ni tidak jauh beza dengan post terdahulu.

Kawanku berkata, dia pergi library tapi dia lupa bawa kad matrik, jadi tidak boleh lepas entry gate. Dia pun pergi ke kakak/abang penjaga dan menceritakan secara jujur situasinya (meminta maaf atas kelalaiannya) dan meminta jasa baik penjaga tersebut untuk mengizinkannya masuk. Dia dengan sukarela hendak meninggalkan apa-apa yang berharga (mungkin wallet/passport) di kaunter gate. Tapi, pintanya tidak dilayan. No is no. 

Jadi kawan tersebut pun keluar dari library. Di luar library pula dia berjumpa dengan seorang rakannya dan lantas meminjam kad matrik kawannya. The funny thing is, ketika melintasi gate library, si penjaga tadi bagi jak lepas kawan saya. Padahal baru beberapa minit dia perjelaskan situasinya dan bercakap jujur tapi tidak dilayan permintaannya.

Sometimes, in this world, being honest will not get you anything. You have to be lied. 

Kenapa perlu ikutkan sangat prosedur (perlu matrik kad) without looking who's who. Yang penting ada matrik kad, awak lepas. Persoalannya, apa sebenarnya fungsi security gate di library tu? Mestilah untuk tujuan mencatat sesiapa yang mendatangi library, so anything happen, orang-orang tersebut di cari. Kan? So, why not leave the correct evidence at the counter? Itukan lagi sahih sebenarnya? You even can check that student status through your computer either dia tu betul-betul active student in uia or not. 

Kita kena hapuskan tradisi sebegini. Undang-undang buatan manusia untuk maslahat umum tapi untuk kes-kes tertentu, why not use the correct way (could be traditional way) rather than teach people to lie?

heh.
lying is part of life? But, the whole we need is being honest. To Yourself.

Ahad, 13 Mac 2016

buku

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Sekarang ni pelajar komunikasi iium sibuk menyiapkan diari harian selama tiga puluh hari sebagai tugasan subjek Thinking Techniques for Communicators. Rabu depan kena hantar dan aku masih terkial-kial menaip pemikiran positif dan negatif, o ya juga melukis. Bagi pelajar Muslim Press, mereka sedang giat mencari media practitioners dan politicians untuk ditemu ramah. Hahaha. Aku dulu-dulu, siap temu ramah melalui telefon lagi. Tapi itu dulu la. Baru padan dengan gpa yang teruk masa tu. Untuk subjek News writing, aku lah yang tercorot dalam menyiapkan news. Ya ampun... Zhe Pheng tu lagi rajin dari aku. Ada sahaja news yang dia bawa tiap minggu. 

Semalam, aku beli buku Widji Thukul cetakannya Kedai Hitam Putih. Antara penyair/ pemuisi Indonesia, aku paling suka sajak-sajaknya Widji. Aku suka bahasanya Widji. Kali pertama aku discover puisi Widji berkenaan puisi yang dia tujukan untuk anaknya Wani. Dari situ aku sudah kata dalam hati, ini dia pemuisi yang aku cari.

Widji merupakan antara mangsa korban orde baru, iaitu diculik tanpa dikesan sampai sekarang, hanya kerana dia seorang pejuang hak asasi manusia. Dia dipercayai diculik oleh militer pada tahun 1988, dan didaftar sebagai orang hilang tahun 2000, maka kiralah berapa tahun sudah dia hilang tanpa berita.

Sebenarnya banyak puisi terkenal Widji, tapi aku paling suka yang cuma diberi tajuk Catatan (banyak lagi puisi lainnya yang diberi tajuk catatan). Puisinya berbunyi begini,

udara ac asing ditubuhku
mataku bingung melihat
deretan buku-buku sastra
dan buku-buku tebal intelektual
terkemuka
tetapi harganya
o aku ternganga

musik stereo mengitariku
penjaga stand cantik-cantik
sandal jepit dan ubin mengkilat
betapa jauh jarak kami

uang sepuluh ribu di sakuku
di sini hanya dapat 2 buku
untukku keluargaku
makan seminggu

gemerlap toko-toko di kota
dan kumuh kampungku
dua dunia yang tak pernah bertemu

Puisi ini kena sekali dengan situasiku. Terlalu banyak buku yang ingin dimiliki tetapi tidak punya ongkos. Kalau ada pun, beli cuma yang ala kadar walaupun yang diidamkan yang hardcover. Kos beli buku terlalu tinggi sampaikan kalau aku beli buku, kadang-kadang aku terfikirkan orang lain yang mungkin wang sejumlah itu diguna untuk ongkos makan. Seringkali aku mendengar pujian rakan-rakan yang menyatakan aku menggunakan wang ke jalan yang 'betul' alias tidak sia-sia. Tetapi tetap juga duit yang aku guna tadi itu kalau sampai ke tangan yang perlu, boleh buat ongkos makan seminggu dua barang. Jadi apa bezanya antara aku dengan mereka yang lain di luar sana yang mungkin guna duit itu untuk makan bajet hipster, branded produk, etc (bunyinya racist tapi itulah kalau aliran wang kita dipakai mengikut haknya-tentu tiada siapa yang homeless dan tidak makan berhari-hari).

Maksudnya, kalau buku-buku tadi ditukar menjadi wang, tentu saja bisa ongkos makan kalau tidak setahun pun bole la tampung selama anggaran enam bulan. Tapi tiada siapa yang mengambilnya (unless kalau ada wataknya the book thief, itupun dia 'curi' buku untuk dia baca) kerana nilai buku sudah tiada di mata masyarakat. Bayangkan kawan-kawan, kalau aku ke mana-mana toko, kalau hendak entri makan, aku tinggalkan saja buku-buku itu di meja makan, kamu kira ia bakal hilang? pastilah tidak. Masyarakat tidak meletakkan nilai pada buku. o kasian ya.

Tapi kontra ya, aku pernah terbayang sekiranya mencuri itu halal, satu-satunya yang aku bisa perbuat adalah mencuri buku. Iya itulah. 

Pernah hal ini diutarakan oleh beberapa pedagang (?) buku. Katanya, kos-kos buku di negara barat lebih murah berbanding kita di Malaysia. Lagi-lagi kalau kalian perasan bukunya penulis yang telah pergi. Tipu kalau aku bilang aku tidak cemburu pada mereka yang belajar di luar negara dan bisa beli buku yang murah-murah, contoh paling tidak jauh adalah di Indonesia. Bagi aku, Indonesia juga salah sebuah 'kilang buku' kerna bisa menghasilkan karya-karya sastra yang bagus-bagus ditambah dengan kos yang jauh lebih murah daripada di Malaysia. Lantas pedagang tadi mengutarakan, kalau semua pihak menurunkan harga buku (nilainya diturunkan) maka di mana letaknya nilai buku tadi? Padahal buku itu kita angkat sebagai sesuatu yang bernilai dan berharga. Aku setuju. Bagi seorang yang sukakan buku, semahal apa pun nilai buku itu maka akan diusahakan juga, kenapa ndak sampai menabung ya. Jangan kata hendak beli yang ciplak, kasihan pengkarya. Tapi kalau difikir balik, ilmu yang ada dibuku itu bisa menjadi beban kepada yang tidak mampu. Semakin diangkat nilai sebuah buku tersebut, semakin tinggi nilainya. Jadi apa beza antara buku-buku ini dengan produk-produk di luar sana ? Untuk konteks anak luar bandar atau anak di kaki lima, mereka tidak punya masa untuk mendatangi perpustakaan, ah hari-hari itu dipenuhi dengan mencari wang buat sebungkus nasi. 

Mungkin peluangnya agak tipis tapi kalau nilai buku dikurangkan, boleh jadi buku ini ibarat snek harian mereka, bisa dibeli dan dijamah bila-bila saja. (sampai ka analogiku?). Atau mungkin kita sendirilah yang datangi mereka dan menyebarkan virus ulat buku dalam kalangan mereka.

a sampai sini dulu. bye. *sambung diari

Rabu, 9 Mac 2016

Haji

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Aku baca beberapa post yang lepas-lepas, di mana penggunaan kata ganti diri pertama yang aku guna telah berevolusi dari ana ke saya ke aku. Bukan bermaksud aku semakin 'kurang sopan' tetapi itulah pembawaan masa, bahan bacaan pun sudah bertukar arah. Kadang-kadang aku pun perasan yang kalau post-post ku 'anginnnya' tak tentu hala. Adakalanya ia faktor pembacaan, kalau masa tu aku baca berunsurkan politik atau human interest, maka secara tidak langsung ia mempengaruhi gaya bahasa yang aku pakai. Kalau buku yang aku baca bernada kecewa, maka aku pun bernada kecewa, kalau marah ia, maka marahlah nadaku.

Tadi aku berkesempatan menemuramah seorang sahabat yang baru sahaja balik dari umrah, konon-kononnya untuk bahan news writing, tapi tengoklah kalau sempat dihabiskan cuti seminggu pertengahan semester nanti. Temu ramahku tak habis lagi, jadi kemudian hari akan ku kongsikan di sini. 

Cuma mengambil masa sedikit di sini, (padahal dinihari tadi sudah post sesuatu) berkongsikan perkara yang tiba-tiba berlegar di fikiranku. 

Sewaktu kecil dulu, aku sering mendengar cerita-cerita daripada teman-temannya indo'ku (emakku) mengenai perjalanan dan pengalaman mereka mengerjakan haji di tanah suci. Antara mereka berlima, empat yang lain sudah mengerjakan haji, maksudnya cuma indo'ku yang belum. Semenjak itu, aku sering tertanya-tanya apa mungkin perasaan indo'ku tatkala orang lain bercerita tentang pengalaman ke tanah suci itu. Tidak cemburukah dia? Dan penakutnya aku sampai sekarang tidak sanggup bertanyakan hal itu.

Dalam kalangan komunitiku, komuniti Bugis Sulawesi yang merantau ke Borneo, menunaikan haji merupakan suatu perkara penting. Perkara utama yang mereka kejarkan adalah mengerjakan haji. Mereka akan kerja keras dan berjimat-cermat dengan harapan duit yang terkumpul bisa bawa naik haji. Itu adalah perkara am dalam komuniti kami. Jadi dalam satu-satu keluarga, paling tidak pun si ibu pasti sudah bergelar haji (dalam komuniti bugis, lelaki perempuan dipanggil dengan panggilan Haji). Mereka kerja cuma buruh kasar, tinggal di estate-estate kelapa sawit. Biar makan ikan bilis dan sayur pakis (pucuk paku), tapi bisa naik haji. Kiranya gelaran Haji dalam kalangan komuniti kami suatu penghargaan dan dinilai tinggi. Gelaran tu memang wajib once seseorang telah menunaikan haji. 

Bina rumah batu jatuh nombor dua dan beli sawah atau tanah cengkih jatuh jadi nombor tiga penting bagi seorang perantau. Ah, sekarang orang sibuk teroka tanah di sempadan Sabah-Indonesia dan juga di kawasan Kalimantan untuk penanaman kelapa sawit. Kiranya beli tanah sawah & cengkih sudah jatuh nombor empat. 

Sampai satu detik, mengerjakan haji seolah bukan untuk menyahut seruan agama tetapi untuk memenuhi 'maruah'. Maka muncullah isu, pak Haji pakai kopiah tetapi berseluar pendek, atau Pak Haji "kedaceng-daceng" (minta puji), atau Pak Haji "pessaung" (penyabung ayam).... atau Makcik Haji (supposed to be mak Hajah) meccipok-cipok tapi compa ellong na susunna (haha aku rasa yang ni aku tak payah translate bulat-bulat- ringkasannya tidak tutup aurat), makcik Haji meccellak dencong na sibawa melliwa beddak na, (berhias berlebihan)... dan banyak ragam lagi. Tapi, sekarang budaya ini sudah semakin kurang memandangkan komuniti semakin peka agama. 

Makcik Haji sudah tidak berhias berlebihan terutama yang tinggal di kawasan perkampunganku. Memakai baju kurung atau jubah adalah suatu keutamaan dan tudung mesti tutup aurat bukan 'songkok-songkok haji' yang nampak leher. Kalau ada yang berpakaian tidak menutup aurat maka bisa diagak dari kalangan yang tinggal di estate-estate kelapa sawit atau dari Indonesia. eh, aku bukan hendak bersuara racist cuma mahu tunjukkan evolusi budaya komuniti Bugis di perkampunganku. 

Cuma semangat naik Haji sudah semakin pudar (dulu punya semangat, dalam satu kampung boleh jadi sampai sepuluh orang naik haji) sekarang cuma satu dua orang (mungkin juga kebanyakannya sudah pergi haji). Orang sudah sibuk dengan hal keduniaan, tambah ekar tanah dan biji kereta. Ah, bina rumah bertingkat. 

Aku sedang menanti gelombang naik haji atau mungkin juga pergi umrah dalam kalangan muda mudi di kampungku. Sebab mereka bukan tidak mampu, sangat berkemampuan. Mungkin, suatu saat nanti budaya ini akan meletus juga.Cuma itulah bezanya orang dulu dengan orang muda sekarang, dulu-dulu mereka berkerja keras dengan aim utama mereka untuk bisa naik haji. Perlu dicontohi ketekunan mereka.

Aku? Tolong doakan aku teman-teman. Besar hasrat di hati untuk menjadi tetamunya Allah walaupun mulanya bertujuan untuk menemani indo'.

Sampah

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Suatu pagi, aku keluar bilik dan di sebelah kanan koridor aku terlihat empat guni lut sinar setinggi dua meter yang berisikan botol plastik kosong. Itu semua hasil kutipan makcik cleaner blok kami. 

Sesuatu yang kita anggap tidak berguna (sampah) tetapi ia merupakan sumber penyambung kehidupan bagi orang lain. Sesetengah orang, bergantung sepenuhnya dengan mengutip botol-botol kosong sebagai pekerjaan harian. Tapi bagi kita, sampah adalah sampah, no value. Since we are not in their places. Harga per kilo botol plastik mungkin around empat puluh sen (last update tahun 2014, present punya harga aku nda tahu) so we ignore it, seems like no value. But, as I mentioned above, some people depend on this forty cents to continue their lives.

We never think of it. Mungkin sebab kondisi kita menyebabkan kita tidak memandang hal ini (padahal ia hanya pinjaman). Please keep in mind, in this world, there is a thing that we thought does not have value but it is a valueble to others. If we think ours are precious, so do others.

Hey, pekerjaan mengutip botol-botol dan tin-tin kosong adalah halal dan mulia berbanding orang yang kerjanya buang merata. Atau berbanding orang yang mengambil hak orang lain... It's okay to live poor honestly than to live rich with sins.

bye. dinihari ini.

Ahad, 6 Mac 2016

umpama bintang

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini, seorang dosen menyentuh perihal bintang yang kita lihat pada hari ini adalah masa lampau. Fakta ini bukan lagi baru, tapi aku baru "hayati" maknanya.

Sampai hari ini apabila teringat perkara tersebut, aku berasa sedih. Jarak antara bintang-bintang di atas dengan bumi ada yang memakan ratusan ribu tahun, bermakna cahaya yang mereka pancarkan beratus ribu tahun baru sampai di bumi, dan boleh jadi di actual time kita melihat cahaya mereka di bumi, ia sudah tidak wujud lagi di sana.

Memori itu umpama bintang-bintang di atas sana. Ada yang berlaku dua puluh tahun lalu, sepuluh tahun lalu, lima tahun lalu, kelmarin.... Tapi pada satu detik, ia akan berlalu (hapus) juga. Kita tidak mampu untuk mengingat satu persatu memori. Umurnya bertahan tidak diukur berdasarkan waktu, boleh jadi hal yang berlaku semalam sudah kita lupakan hari ini. 

Aku pun tak tahu kalau sebelum ini aku memandang bintang-bintangku seindah bintang di langit. Sejelek apapun memori lalu, bila kita pandang ia dari tempat kita berdiri sekarang, ia seumpama bintang yang cantik, bergemerlapan. Apabila bintang kita lihat dari bumi pada waktu malam, ia sungguh cantik. Kerana langit berwarna asalnya, hitam. Begitu kita, melihat masa lalu bukan berdasarkan siapa kita hari ini, tetapi siapa kita asalnya. Maka memori itu akan terlihat indah. Kerna kita tahu bahawa tiap yang kita lalui suatu ketika dahulu merupakan pelajaran buat kita, meskipun ada masanya kita jatuh dan jatuh lagi.




Sabtu, 5 Mac 2016

Kalbu

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Kali ni aku berkesempatan untuk membaca karyanya Soseki Natsumi yang sempat di habiskannya sebelum dia kembali kepada Tuhan. Karya lengkap terakhirnya, Kokoro atau kalau diertikan dalam bahasa Melayu menjadi Kalbu (lebih kurang begitulah maksudnya). Aku berpendapat bahawa sekiranya aku ditanyakan 'siapakah penulis novel yang kau sukai karyanya?' maka aku mungkin bakal mengucapkan namanya Soseki terlebih dahulu.

Aku bakal tidak menceritakan sinopsis cerita. Ralat. Cuma sedikit perkongsian mengenai persoalan-persoalan yang aku lalui ketika membaca karya ini. Tema novel ini adalah sepi. Kesepian seseorang. Terdapat tiga chapter di mana terdiri daripada Aku dan Sensei, Aku dan Orang Tuaku dan yang terakhir Sensei dan wasiatnya. Bab pertama menceritakan pertemuan watak 'aku' (si pencerita) yang merupakan pelajar universiti dengan seorang lelaki berumur yang dipanggilnya, Sensei (walaupun lelaki tersebut bukanlah guru kepada si 'Aku' dan juga bukanlah seorang guru). Bab kedua menceritakan kisah 'Aku' yang pulang ke kampung setelah menamatkan pelajarannya dan tinggal untuk beberapa waktu kerana ayahnya yang sakit tenat. Bab ketiga menceritakan kandungan surat Sensei yang diterima oleh 'Aku' semasa di akhir bab dua, di mana ketika itu 'Aku' menerima surat buat terakhir kalinya daripada Sensei.

Persoalan pertama yang aku ingin kemukakan di sini adalah bagaimana watak 'Aku' itu sendiri yang bisa 'mendekat' atau 'berminat' untuk mendekati watak Sensei. Padahal Sensei itu bukan siapa-siapa, tidak punya pekerjaan malah 'Aku' sendiri tidak tahu siapa sebenarnya Sensei itu. Tetapi minat yang dia tunjukkan untuk terus mendekat dengan Sensei membuat aku berfikir kalau-kalau dalam dunia ini memang wujudnya perhubungan di mana kita akan tertarik dengan seseorang itu bukan atas dasar apa-apa tetapi sesuatu yang di luar kemampuan kita untuk diterangkan. Ini dibuktikan dengan watak 'Aku' yang lebih mempercayai / respect akan Sensei daripada dia lakukan terhadap dosen-dosennya yang punya academic qualification malah ini termasuklah perhubungannya dengan ayahnya. Dia malah lebih mengagumi Sensei berbanding ayahnya (padahal dia baru kenal dengan Sensei itu). Sesuatu yang benar-benar menyentak pemikiranku...

Ini dikuatkan lagi dengan peribadi dan personaliti Sensei yang agak dingin dan kurang mempercayai orang disekelilingnya. Mungkin, 'aura' yang ada pada Sensei ini yang membuatkan 'Aku' terus tertarik untuk mendekati Sensei. 'Aku' ibarat logam material yang tertarik pada magnet, itulah si Sensei

Persoalan kedua, bagaimana perhubungan mereka tersebut boleh terus berlangsung dan penerimaan keluarga Sensei terhadap kehadiran 'Aku' di rumah mereka. Bagi aku, walaupun watak Sensei seolah orang yang menjauh dari masyarakat, tetapi dengan penerimaannya terhadap kehadiran 'Aku' membuktikan kalau sebenarnya Sensei bukan sepenuhnya menolak 'pergaulan' tetapi disebabkan sesutau menyebabkan dia memilih untuk sedemikian: membenci dunia. Apa yang aku boleh simpulkan daripada pergaulan mereka, budaya merupakan salah satu sebab kenapa boleh wujud perhubungan (seperti dingin tetapi tidak dapat dikategorikan dingin kerana penerimaan mereka terhadap kehadiran 'Aku') antara 'Aku' dan Sensei (juga isterinya). Perhubungan itu menunjukkan budaya Jepun yang tinggi, mereka boleh rapat (perhubungan rapat tu dapat digambarkan apabila 'Aku' sering makan malam di rumah Sensei dan berkunjung ke rumah Sensei) tetapi terdapat border di antara mereka. Ini mungkin disebabkan jarak usia antara mereka. 

Mungkin juga, sedingin apa pun Sensei itu, dia sebenarnya sedang melihat masa mudanya yang ada pada 'Aku'.

Seterusnya, selepas the forgotten country, ini merupakan buku kedua yang mengembalikan kenanganku ke masa sakitnya bapa. Banding dengan the forgotten country, buku ini nyata menceritakan lebih terperinci detik-detik itu. I didn't see it as the narrator's story, it's about me. Dan aku tidak menangis. Tetapi kini aku menangis. I don't remember the words but the wound hurts me.

Persoalan seterusnya wasiat Sensei yang terkandung dalam suratnya kepada 'Aku'. Wow. Panjang juga, the whole chapter three is Sensei's letter. Ketika 'Aku' menerima surat tersebut, Sensei sudah tiada di dunia ini lagi. Tindakan yang di ambil oleh 'Aku' dengan terus bersegera pergi (menuju ke rumah Sensei barangkali) menunjukkan kalau sememangnya wujud kecenderungannya melebihkan Sensei berbanding ayahnya. Tetapi itu tidak menggambarkan kalau dia tidak kasih akan ayahnya, atau mungkin kalau tidak kasih pun, dia masih berpegang kuat pada sifat kekeluargaan yang ada dalam mana-mana keluarga Jepun. Ini dibuktikan dalam tempoh ayahnya sakit, dia menunda untuk pergi mencari kerja dan juga dapat dilihat dengan usahanya memanggil abang dan adik perempuannya balik ke kampung melihat ayahnya yang sedang tenat.

Jadi, pada pendapatku, mungkin, 'Aku' bertindak sedemikian terhadap Sensei kerana mungkin 'kekosongan/kesepian' yang tertunjuk dalam peribadi Sensei seolah memberi jawapan kepada apa yang dirasakan (persoalan hidup) oleh pencerita, 'Aku'.

Berdasarkan pendahuluan penterjemah buku ini, Thaiyibah Sulaiman, dia menyatakan watak Sensei sebagai,
         "seorang intelek yang cintakan tradisi, kalbu Sensei merintih menghadapi cabaran zaman moden yang mengancam kedudukan nilai-nilai tradisi yang telah mereka warisi daripada nenek moyang mereka sejak zaman-berzaman. Sensei berasa amat kesunyian dalam mengharungi zaman moden yang dianggapnya sebagai penuh kebebasan, kemerdekaan dan manusia yang hanya mementingkan diri sendiri"


Sebenarnya, sampai sekarang aku masih kabur dengan penyataan ini. Maka aku tengah berfikir. (berfikir). Bagiku, apa yang dinyatakan di atas itu lebih jelas digambarkan ketika Sensei kehilangan kedua orang tuanya di mana dia telah dikhianati oleh bapa saudaranya sendiri. Disebabkan pengaruh moden, manusia sudah hilang nilai-nilai tradisi dan lebih mengejar harta dunia hingga sanggup memperdaya keluarga sendiri. Seperti mana yang pernah Sensei perkatakan kepada 'Aku', iaitu tiada seorang manusia pun terjamin selamat daripada pengaruh jahat sewaktu dalam keadaan tertekan. 

Dan kekecewaanya terhadap zaman moden ini mungkin dapat dikuatkan ketika dia memilih untuk membunuh diri, setelah kemangkatan Maharaja Meiji. 

Persoalan yang ketara cuba diketengahkan dalam novel ini adalah egois. Di dalam suratnya, selepas Sensei menceritakan perihal kematian kedua orang tuanya dan pengkhianatan bapa saudaranya terhadapnya, dia menceritakan tentang Okusan (ibu Ojosan), Ojosan (anak kepada Okusan yang kemudiannya menjadi isteri Sensei), dan juga tentang K, sahabat Sensei. Pada mulanya, ketika Sensei menetap di rumah tumpangan Okusan, aku merasakan bahawa rasa kecewanya itu sedikit sebanyak dapat terubat kerana dia mulai mempercayai keluarga tersebut. Bagiku kehadiran Ojosan menjadi pengubat kepada luka lamanya, dan didorong rasa itu dia 'mengkhianati' sahabatnya sendiri, K. K yang juga mengalami masalah tertentu, dan dia juga menyukai Ojosan. Lantas Sensei mengambil keputusan untuk mengahwini Ojosan dan berita ini telah disampaikan kepada K melalui Okusan. Ego Sensei terlalu tinggi dalam masa yang sama dia seorang yang pengecut untuk menyatakan sesuatu. Keadaan menjadi semakin rumit ketika K membunuh diri. 

Ego Sensei terserlah di mana dia memilih untuk menyimpan semua cerita tersebut daripada berkongsikannya dengan Isterinya, Ojosan. Ini lebih terserlah ketika dia menziarahi kubur K pada setiap bulan dengan tujuan memohon maaf kepada K. Terhadap ibu mertua dan isterinya, pernyataan maaf Sensei diterjemahkan dalam bentuk layanan baiknya terhadap mereka. 

"Sewaktu aku diperdayakan oleh bapa saudaraku dahulu, aku telah menganggap semua orang tidak boleh dipercayai. Aku belajar menilai orang lain dengan begitu teliti, tetapi tidak diriku sendiri. Aku rasa aku berjaya hidup dalam keadaan baik dan suci di kalangan masyarakat yang tidak jujur lagi keji. Bagaimanapun, kerana K, perasaan yakin pada diriku sendiri telah hancur musnah. Dengan perasaan terkejut, aku menyedari aku tiada bezanya daripada bapa saudaraku. Aku mula berasa meluat dengan diriku sendiri yang aku rasai dengan masyarakat umum. Aku tidak berdaya mengambil apa-apa tindakan". 

wah. Sudah panjang. Nampaknya aku tidak berpeluang untuk bercerita lebih panjang dari sudut latar masyarakat yang merupakan kesukaanku dalam membaca satu-satu karya.

Jumaat, 4 Mac 2016

Peka

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Sudah sebulan semester ini berlalu. Masih lagi terumbang-ambing. Kadang-kadang rasa macam mahu menangis, "it's getting hard". Kerana kita hidup di zaman ini, cabarannya adalah kita tidak dapat lari dari soal dunia. Fikir pasal dunia, tiada berpenghujung, "never getting enough". 

Semasa buat pilihan hendak ambik pengkhususan apa, jurnalism sudah tiada dalam plan ku. Walaupun aku enjoy menulis tetapi aku tidak berminat untuk ceburi jurnalism (bukan untuk bidang profesional), aku lebih memilih untuk bidang linguistik (malay) setidaknya aku sudah ada basic di tingkatan enam dahulu. Jadi aku join Organizational comm.

Tapi, Allah sebaik-baik perancang. Siapa sangka di akhir semester ini aku terpaksa ambik subjek news writing bagi menggantikan salah satu subjek alternatif ku? Elak macam mana pun, kalau sudah ditempatkan di situ, aku kena lalui juga.

Susah macam mana pun (since it's not my specialization, everything is new for me) aku letak ke belakang. Doesn't matter. Aku sudah menghabiskan hampir lima tahun di uia, ini bukan kali pertama berhadapan dengan subject susah. I need to enjoy it in my way. 

Ada beberapa point yang aku ingin highlightkan di sini. Aku rasa, aku ndak pernah sepeka ini dengan persekitaran ku. Inilah peluang untuk praktis sejauh mana aku prihatin akan orang lain. No more comfort zone. Dan setelah sekian lama berdiam, akhirnya aku mula keluar dari kepompong sendiri. It's not that bad. Mungkin, berdiam lebih baik, tapi kalau ada benda yang baik boleh dikongsikan, kenapa tidak bahagia itu kita sebarkan... cececece. 
 
Bye. Struggle untuk Al Risalah pula ni.

Rabu, 2 Mac 2016

kawan internasional

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera

Aku ada tiga cerita hendak dikongsikan. Tetapi, memandangkan aku mengambil masa yang lama untuk siapkan walaupun sekadar satu cerita, maka aku simpan dulu dua lagi cerita.

"I don't have any Malay friend," he said.
"How many years u have been in Malaysia?" the lecturer asked.
"Four years." 

"I don't have any problem to be friend with other International students but with the local. Maybe, I'm not the friendly type of person"

Satu tamparan di muka.  Universiti ini katanya internasional, ditambah kata 'Islam' tapi masih dingin dengan unity dan brotherhood. Mungkin wujud, tapi cuma suam-suam, secara keseluruhannya.

Bahasa adalah satu satu faktornya. Apabila kita berada di zon yang selesa,  berbahasa Inggeris pun boleh jadi satu alasan untuk tidak berinteraksi. Sesama lokal, bahasa Melayu menjadi suatu kemudahan berkomunikasi. Even, as a student who come from Bornea, we tend to use Semenanjung dialect in our conversation. Kalau jumpa sesama Sabahan jak baru terkeluar variasi dialek Sabahan. 

Aku selalu berhadapan dengan situasi di mana 'bad impression' selalu terkait dengan pelajar Internasional. Mungkin, budaya mereka sedikit berbeza dengan kita, jadi 'cara' yang disampaikan agak berbeza. Walaupun bagi aku, sesama lokal pun sedikit 'menakutkan', certain 'gaya' percakapan aku tak dapat nak adapt, so aku try untuk elak semampu yang mungkin daripada bergaul dengan golongan ini. In academic field, I can endure it but NOT to be close with.

Semasa berada di zaman celpad, aku ada lagi banyak kawan internasional daripada Melayu. Jadi bila masuk dalam kelas yang majoriti Melayu ketika di semester dua ketika itu, aku tak bergaul sangat dengan mereka. Bagi aku saat itu, berkawan dengan kawan internasional lagi mudah daripada yang lokal lebih-lebih terutama yang lelaki. Tapi, bila mula masuk kuliah, bergaul dengan kawan internasional jauh lebih payah daripada bergaul dengan kawan lokal (lelaki/perempuan). Mungkin, semasa di celpad, kami lebih terdedah dengan kawan-kawan internasional (kerana jumlah yang lebih ramai banding dengan lokal) maka tidak punya masalah untuk berkomunikasi. Ditambah pula dengan faktor sama-sama belajar bahasa ketika itu, jadi tiada istilah segan hendak berkomunikasi, tiada alasan language barrier. Aku masih ingat ketika di tahun pertama, aku berkawan dengan seorang teman dari Iran yang seusia dengan emakku, we mostly used non-verbal comm to communicate. Macam ayam dengan itik.

Aku juga punya seorang teman dari Somalia. Kami jadi kawan rapat sehinggalah dia pindah ke UAE. Kalau masa cuti seminggu, kami keluar cari makan dan beli cd drama sama-sama. Kalau balik dari cuti semester, aku bermalam satu malam dibiliknya sebelum pejabat mahallah buka. Kami boleh berkomunikasi berjam-jam... pasal K-drama. Dia lagi advance la sebab siap baca sinopsis drama. 

Kita mungkin anggap mereka begitu dan begitu, kerana kita nilai berdasarkan persepektif kita, padahal, apa yang kita buat boleh jdi sesuatu yang tidak 'appropriate' dalam budaya mereka. Jadi, kenapa tumpukan pada perbezaan kalau itu yang bisa menjauhkan kita? Atau suarakan perbezaan untuk elakkan salah faham. We have to understand one another. 

eheh. 

Rindu Zahra, Maha.

Selasa, 1 Mac 2016

nasib seekor monyet

Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera

Sejak kebelakangan ini, cuaca semakin panas, minum air masak banyak-banyak, kawan-kawan! Jangan lupa bawa payung dan pakai juga sunblock! Sebaiknya gunalah perkhidmatan bas yang disediakan (itu termasuk dalam yuran kalian). Tapi, aku sanggup naik 'tangga batu caves Nusaibah' yang sejumlah seratus lebih itu. Konon-kononnya untuk senaman kardiovaskular. Semenjak tahun 2011 ya, kiralah sudah berapa banyak tangga aku naiki. Seminggu, purata kelas ada empat (Isnin-Khamis), sehari dua kali limpas tangga, kadang-kadang empat kali kalau gap panjang... Kiralah...kiralah, mungkin kalau ditingkat-tingkatkan...sampai ke awan atas sana? *winking*

Semenjak kes bilik dimasuki monyet pada beberapa semester lalu, aku jadi fobia membuka tingkap bilik. Maka bermulalah episode bilik mengalami waktu malam melulu. Siang atau malam,tidak diketahui melainkan langsir yang hijau biru ini diselak, itu pun ketika berdandan di hadapan cermin. Berdandan, ya. haha. Cuma, ketika mengambil keputusan untuk melalui hari-hari akhir di uia (insyaAllah) dengan tenang dan nyaman (?), aku terbuka hati untuk membuka tingkap bilik seadanya. Belukar atau mungkin bisa disebut sebagai hutan kecil menjamu pancainderaku, it's have been a long time (teringat zaman kanak-kanak, hutan kecil di tanah bapa). Tiap kali dedaunan itu melambai-lambai, seolah kenangan lalu menggamit aku pulang, mengenang memori kami di awal waktu kehilangan Ilmi. Setiap kali menatap hutan kecil ini, aku lihat bayangan bapa. Aku menjadi saksi kalau tanah yang dulunya adalah hutan kecil bertukar wajah kebun kecil dipenuhi kelapa sawit.

Mata ini menatap dua hutan kecil yang berbeza, di ruang waktu dan geografi yang berbeza, tapi ia menangis kerana memori yang terwujud. 

Pada hujung minggu yang lalu, aku terlihat seekor monyet yang sederhana besarnya berdasarkan standard saiz spesisnya. Aku jaga tingkap bilikku, khuatir kalau-kalau ia bakal menerjah, tetapi ia cuma 'berlegar-legar' di celah pepohon itu. Terlalu asing pemandangan itu kerana monyet bukan golongan yang suka menyendiri, mereka bisa diklasifikasikan sebagai collectivism. Pernah, isu ini kami bangkitkan, 'kenapa sudah lama ndak nampak monyet melawat Sumayyah (merujuk kepada nama hostel kami)?' 'mungkin mereka sudah jumpa tempat yang lagi bagus dari Sumayyah'. Sehinggalah tadi, hatiku terdetik, disebabkan sudah lama tiada kumpulan monyet 'menyerang' hostel kami, bukan bermaksud mereka sudah hidup 'selesa'. Mungkin ya, mungkin tidak. Siapa sahaja yang tahu kebenarannya,kan? Boleh jadi mereka ditangkap beramai-ramai dan di hantar ke zoo negara atau mereka sudah berhijrah ke kawasan yang agak jauh dari Sumayyah atau mungkin juga mereka sudah tiada, pupus. 

Tapi kejadian seekor monyet yang aku terlihat beberapa hari yang lalu membuktikan kalau spesis ini masih wujud dan agak 'alien' kerana tidak seperti kebiasaannya yang berhuha-huha secara berjemaah. Kita sangka mereka sudah tiada, kita sangka mereka sudah bahagia, tetapi mereka ada diam di situ. Mungkin sudah bosan mereka untuk hadir di tengah-tengah kesibukan mahasiswa/wi yang belum tentu berbicara baik-baik dengan mereka. They don't have what we want. We ignore them.

Inilah analogi yang ingin ku sampaikan, ramai atau seorang tidak menggambarkan itu bukan masalah. Jangan kerana ia minoriti, we tend to ignore the problem. Aku pelik kenapa kita harus menunggu pada 'jumlah yang ramai' atau 'sesuatu yang unik/menarik' baru hendak peduli? Ini bukan kisah untuk disensasikan, ia perihal hak seorang manusia. 

Sekejam apakah kita sehinggakan seorang manusia yang tertindas memilih untuk berdiam kerana haknya tidak diakui? Dan ia berulang terjadi kepada seorang yang lain lagi. Seorang demi seorang lagi mengalami. Begitulah kisah golongan minoriti yang haknya tidak disuarakan melainkan ia bisa disensasikan. Umpama monyet itulah, kalau dia bisa menandingi kisah seekor Hachiko, berduyun-duyun manusia 'sok prihatin' datang dengan kamera, rekorder, mikrofon, buku dan pen. 

'ah, kau, apa saja kau catit? wang? status? nama?' 

Sabtu, 20 Februari 2016

ilustrado

Assalamu'alaikum w.b.t. dan Salam sejahtera

Sudah dua minggu aku berusaha untuk habiskan baca buku tulisan Miguel Syjuco bertajuk Ilustrado. Sampai sekarang belum ketemu titik akhir. Ini merupakan percubaan pertama membaca karya berlatarkan komuniti Filipina, aku fikir selama ni karya Orhan Pamuk lah yang aku payah betul mahu kasi hadam. Ah, sesusah aku mahu faham karya Orhan Pamuk, boleh juga kasi habis. Yang ini?

Faktor utama aku beli buku ni adalah kata 'ilustrado' itu sendiri yang suatu ketika dahulu merujuk kepada Filipino educated class semasa zaman penjajahan Sepanyol. Aku fikir ia tentang kisah golongan tersebut, Joze Rizal...etc, apabila Filipina merupakan antara negara Asia yang melalui Zaman intelektual. Itu expectation aku.

Mungkin, aku kena cari buku sejarah lepas ni.

Entah, sudah berapa lama aku tidak membeli dan membaca karya Malaysia. Bukan tidak berminat cuma tidak berkesempatan. Sama juga halnya dengan filem dan drama Melayu. Aku rasa, sudah tiba masanya orang kita menghasilkan karya yang berlatarkan masyarakat Malaysia. Maksud aku, something yang realiti. Mungkin, apa yang disogokkan kepada kita sebelum ini merupakan realiti yang berlaku di Malaysia, tetapi minoriti. Kalau hendak ikut selera audiens, mungkinlah, ada sahaja yang akan tonton sebab jalan cerita yang dipertontonkan bersifat imaginasi. Tetapi sampai bila? Aku rasa salah satu sebab filem Malaysia (dan juga bentuk rancangan tv yang wujud) tak boleh nak pelbagai genre sangat disebabkan limit untuk berkarya. Sebagai contoh, di pentas Indonesia, salah satu rancangan lawak tahunan mereka, pelawak bisa membawa genre tersendiri termasuklah yang bersifat humaniti. Mereka suarakan aim/goal mereka menerusi pentas-pentas media. Ada satu komika yang sebelum ini aku ikuti komedinya, dia suka 'berlawak' dengan memaparkan situasi yang berlaku di tempat kelahirannya, di mana wujud ketidakseimbangan kemajuan antara negerinya dengan negeri lain yang ada di Indonesia. kata Nepotism pun aku tahu dari pentasnya dia. 

Bagi aku, ada sahaja karya Malaysia yang bisa diangkat tetapi tidak sampai ke kaca tv. Mungkin juga ada, tetapi aku yang tidak ikuti.

Aku jarang follow satu-satu rancangan untuk satu tempoh yang lama. Setakat ini rancangan yang aku ikuti adalah 2 days 1 night, tv show dari Korea Selatan. Bagi aku ini salah satu contoh rancangan tv yang bersifat ori dan terbaik. Drama pula, aku memang cemburu tengok Korea Selatan yang bisa menghasilkan drama-drama historikal (meskipun adakalanya bersifat fiksi) tetapi mereka ada sesuatu yang dipanggil variasi genre. Filem aksi, sains, medic... mungkin ada sesetengah genre sudah diperkenalkan di Malaysia, tetapi masih wujud 'kecanggungan' atau nampak 'alien'. Kita kena perhalusi jalan cerita tersebut agar ia nampak keMalaysiaan. Bukan tidak boleh hendak tiru karya luar, tapi biarlah ia ditonjolkan dalam konteks masyarakat Malaysia. Kita bawa identiti sendiri. Mungkin, kita masih struggle untuk menetapkan / set identiti since we don't have definite goal/identiti as Malaysian? eh?

Persoalan lain muncul pula, apabila kurangnya bilangan kedai buku di Malaysia. Kedai buku seumpama Kinokuniya... sebab kurangnya populasi membaca dalam kalangan masyarakat. Cita-citaku suatu hari nanti nak buka kedai buku di daerah kelahiran. Kah. Mak aku kata susah nak survive kelak sebab kurangnya bilangan yang membaca, tapi kita cuba jak dulu. Kalau tiada yang mulakan, kitalah yang mulakan. 

Aku sangat berterima kasih kepada seorang dosen ni yang pernah menyebut mengenai animal farm, dia rekomen buku tersebut untuk dibaca, maka terbukalah hati hendak baca buku Inggeris. The alchemist, to kill a mockingbird, the book thief, the little prince.. antara buku yang baik untuk dibaca.

tajuk tiada kaitan dengan post. haha.

Selasa, 16 Februari 2016

Terima kasih, cikgu

Assalamu'alaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Semester ini, aku mengikuti kelas intro to usul fiqh yang mana dosennya adalah dosen yang pernah mengajarku dua tahun lepas bagi subjek intro to fiqh, dan asbab utama aku ikuti kelasnya kali ini kerana bagiku cara mengajarnya yang bagus. Tetapi, dapat tidak dapat, aku tidak ingat semuanya pelajaran sebelum ini ditambah lagi sikap pasif ku di dalam kelas menyebabkan aku 'merahsiakan' perkara ini.

Alkisahnya, dosen ini rupanya masih ingat kalau aku merupakan salah seorang daripada muridnya dahulu. Asif jiddan ya Ustaz.

Pernah seorang ustaz lain pada semester lepas menceritakan kepada kami di dalam kelas mengajarnya bahawa suatu ketika dahulu dia punyai seorang murid non-Muslim. Apabila peperiksaan tamat dan keputusan keluar, murid tersebut datang menemuinya semula. Berkata murid tersebut, "Terima kasih banyak Ustaz atas pengajarannya. Tetapi, saya merasakan bahawa saya tidak layak untuk mendapatkan A dalam mata pelajaran Ustaz". Lalu ustaz pun berkata bahawa grade tersebut selayaknya dengan usaha dan jawapan murid tersebut.

Terpana. Belum pernah aku mendatangi dosenku selepas mengambil peperiksaan. Untuk berterima kasih untuk semuanya.

Kerana dari sudut lain, aku sependapat dengan seorang dosen lain yang pernah berkongsikan pendapatnya mengenai isu 'mendatangi/menziarahi' dosen selepas peperiksaan. Dia berkata bahawa selagi kalian bergelar pelajar di universiti ini dan saya merupakan dosen kalian, jangan datangi saya sehingga kalian lepas (graduation). Ini kerana, saya juga seorang manusia. Hal-hal sedemikian bisa mengundang 'pilih kasih' dalam perkiraannya. Dan itulah yang aku pegang sejak di sekolah menengah dulu. Bukan saja-saja untuk tidak 'rapat' dengan guru, tetapi apabila wujud perhubungan rapat antara guru dan pelajar, akan wujud istilah pilih kasih. Aku pernah berada di situasi tersebut dan bagiku, 'pilihkasi' / 'diskriminasi' suatu yang tidak enak untuk diundang dalam komuniti lebih-lebih lagi pendidikan. 

Seorang dosen pernah berpesan, hampiri guru kalian, tunjukkan dirimu didepannya dan sebolehnya biar dia ingat nama kalian. Bila tiba saat pemarkahan, dia bisa ingat mana kamu dan itu bisa membantu kalian. Dan aku tidak sependapat.


Diam tidak bermakna kita lupa. Selalu menghargai dalam doa. Insan-insan yang mencurahkan ilmu. Terima kasih, cikgu.

Isnin, 15 Februari 2016

mengenang bapa dan Ilmi

Assalamu'alaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Sudah lama tidak berbicara tentang bapa dan Ilmi. 
Apabila melewati November, December...Januari... semakin lama aku mungkin bakal lupa kesekian kalinya telah ditinggalkan insan yang ku cintai.

Itulah yang paling ku takuti. Rindu. Tetapi semakin hari, memori akan pudar satu demi satu. Mungkin, ada yang berkata, biarlah, yang utama itu doakan kesejahteraan mereka di Sana. Atau ada yang mencemuh, kalau benar cinta, mana mungkin bisa lupa.

Ayuh, aku katakan padamu. Untuk sejujurnya, inilah yang bakal dilalui, menjalani hari-hari depan, dan meninggalkan hari-hari lepas. Rindu, iya rindu tetapi dengan menempuh hari-hari kini yang tidak sunyi dari cabaran dan cobaan, fikiranmu dengan tanpa sengaja melupakan, terlupakan. 

Dan jiwamu juga tidak dapat membatasi rasa rindu. Kerna kita bukan pemiliknya waktu. Cuma ada satu jawapan bakal terubatnya rindu, itulah tatkala dunia sudah berakhir. Itupun, kita bakal melalui proses yang panjang. Rindu sungguh!

Pastilah, jika ditanyakan, bila hidupmu terasa paling bahagia? Tatkala keluarga kecil kami cukup berempat. Maknanya sekadar 7 tahun perhitungan. Walau masih umuran kanak-kanak, dan kalau juga ditanyakan kisah detik 7 tahun itu, pastilah aku tidak tahu. Tetapi 'rasa' bahagia itu wujud tatkala menyebut, 'kami lengkap berempat'.

Meskipun begitu, hidup mesti diteruskan. Untuk bahagia, meneruskan harapan dan cita-cita kami berempat.  Sedih itu, sebahagian dari hidup yang mungkin bagi pihak lain terlalu sukar dimengerti dan aku merasakan bahawa sedih dan rindu adalah nikmat yang mengingatkan pada mereka-mereka yang aku cintai. dan aku temui harapan.

al-Fatihah.

Jumaat, 12 Februari 2016

semester akhir di tahun akhir

Assalamualaikum w.b.t.

Akhirnya sampai ke semester akhir. Ndak sedar. Kali pertama aku datang UIA pada September 2011. Sekarang sudah Februari 2016. Sebenarnya aku pun belum bersedia untuk keuar dari status pelajar degree. Bukan ndak mahu graduate tetapi seakan tanggungjawab tu semakin bertambah. No more istilah 'manja' dari komuniti. Malah, inilah masa untuk berkhidmat pula. Apa yang bisa aku sumbangkan?

Menjalani semester akhir ini terasa sunyi kerana rakan-rakan seperjuangan ramai yang sudah tamat pengajian. Apabila masuk dalam kelas dan majoriti junior~ baru terasa diri ini mahasitua. Tapi, ndak jugalah sampai tahap guling-guling ndak kasi abis semester baru-baru ni, kata orang, pelan-pelan ba. 

Aku punya alasan sendiri kenapa masih bermuka tebal, betua di kampus demi segulung ijazah. Aku masuk UIA sebagai direct intake status (sebab aku pemegang STPM), maka awal semester aku habiskan di CELPAD atau PRSS. Kami wajib ambik dan lulus EPT (level mengikut kos yang diambil). Maka bertahanlah aku selama setahun, iaitu dua semester. Majoriti local student boleh lepas pada semester 1 tetapi aku dan sebahagian yang lain menyambung ke semester 2. Alhamdulillah, kami exit.

Maka tahun pengajianku baru bermula setelah berada setahun di UIA. Jadi perhitunganku tidaklah juga salah, empat tahun atau bersamaan dengan 8 semester di kos kuliah. Cumanya, ada dalam kalangan kawan-kawan yang menghabiskan tempoh kuliah mereka dalam masa 7 semester itu tidak termasuk semester pendek. Aku tidak mengikuti langkah mereka, memilih menghabiskan pengajian genap 8 semester dan bercuti di semester pendek. hehe.

Tapi tidaklah juga teruk sangat tanpa kawan-kawan rapat, aku masih ada kawan untuk berkomunikasi, bergelak-gelak, lepak... kawan rapat masih ada lagi ba. Cuma sebelum ni terlalu menyempitkan pergaulan sampai cuma bergaul dalam kalangan yang terdekat sahaja. Sekarang ni, batch kami 111***-122*** akan berHAI-HAI sakan sebab bilangan yang semakin berkurang. Kalau sebelum ni terlihat dari jauh cuma angguk atau senyum, sekarang selagi terlihat semampu itulah juga kita berkata HAI. Lambai-lambai tangan. 

Tidak terbayang kalau sambung another year di sini untuk ke peringkat pengajian yang seterusnya. Pasti sunyi. 

Kalau kenang balik semester pertama, atau lebih tepat zaman PRSS, terlalu banyak ruang untuk santai-santai. Teringat teman yang telah kuliah masa tu, cemburu ndak abis-abis dengan kesantaian ku. Tapi hanya Tuhan yang tahu emosi kami yang PRSS, status belum lagi bergelar pelajar kuliah. Paling best masa masuk kelas Arab level 1, ustaz suka cerita pasal wali. Dia suka suruh hafal vocab, yang sekarang ni aku sudah lupa semuanya. Dari awal sem aku da jadi seorang yag pasif, orang semua cepat-cepat tasmi' dekat ustaz supaya dapat pulang awal, tapi aku memilih untuk menjadi antara orang yang terakhir. Sebab masa tu aku rasa aku tiada benda mahu kejar pun. Iyalah, masa PRSS paling banyak subjek yang boleh ambil pun subjek-subjek bahasa, manada kerja sangat pun.  Jadi aku bagi chance sama yang lain, yang semangat mahu balik awal.

Lepas tu datang ke kelas awal. Aku selalu berlumba dengan Masnah, siapa yang sampai dulu di kelas. Dia mahallah Safiyyah, aku mahallah Sumayyah. Kelas pula selalu tingkat 4. Time tu ndak berani lagi guna lif. Naik tangga sambil berlari. Ceh. hahaha. 

Setahun di PRSS, cukup untuk kami catatkan pensyarah mana kena elak bila masuk kuliah nanti. Pensyarah mana yang baik. haha. Naif sungguh masa ni. Sekali tengok awal-awal semester tu la jumpa pensyarah yang strict (sebelum ni pensyarah tu tidak termasuk dalam lists yang kena elak). Selepas itu barulah persepsi negatif tu terus menular kepada adik-adik junior. Tapikan, setelah beberapa tahun berada di kuliah, macam-macam jenis pensyarah dan style mereka, semuanya ada sebab. Mungkin berdasarkan pengalaman mereka, pengaruh masa mereka belajar... there is always a reason behind every action. Sakit memang sakit dalam tempoh ambik subjek dengan mereka, bila da pass subjek, aku dapat pengajaran, there is a reason. Jadi, elok ndak elok result, at least, aku try to grab something yang boleh membuatkan jiwaku ni 'hidup'. Result for my whole life. Bukan yang nantinya aku ambik masa convocation. Dan aku rasa that one yang perdana meskipun lahiriahnya aku pun nak yang terbaik cgpa. 

Setelah menghabiskan usia awal dua puluhan di kuliah, aku tidak pernah pandang rendah pada kawan-kawan yang tidak sambung belajar. Walaupun mungkin dalam kalangan mereka ada yang berfikir kami yang belajar begitu. Tidak, it's not about sambung belajar ke universiti, it's about how u carry out your life. As long as seseorang tu tidak menghabiskan hidupnya dengan perkara sia-sia so, kenapa nak kecoh who's studying, who's working? Maka sekarang ini viral isu, orang study tahap degree, kerja pakai smart-smart, gaji ala kadar. Banding dengan orang yang tak sambung study, cukup ambik lesen kereta/lori, baju selekeh, gaji beribu. Eh, again why bother with that kind stuff? Kalau kamu evaluate hidup seseorang dengan sekadar indikator properti dunia, apa yang akan jadi dengan 'ilmu'? Persoalannya, adakah kamu akan membiarkan generasi kamu untuk berkata tidak dengan ILMu?

Seperti mana orang yang tidak masuk u tetap berjaya, orang yang masuk u pun tidak bermaksud ia tergolong dalam kalangan yang berjaya. Dan ilmu itu bukan sekadar orang yang masuk u sahaja. Proses belajar itu berterusan. Even orang yang tidak masuk u pun belajar ilmu cumanya tidak secara formal. Masuk u adalah proses menuntut ilmu ke peringkat seterusnya secara formal dan kebiasaannya diserap ke perkhidmatan awam untuk berkhidmat kepada masyarakat. Atau ke mana-mana kompeni atau korporat untuk bekerja secara profesional kerana sudah melalui proses menuntut ilmu secara formal dan mendapat certificate yang sah. 

Jadi, berbalik kepada isu menuntut ilmu tadi, janganlah meremehkan pelajar yang menyambung pelajaran. Setiap orang ada jalan hidupnya dan pilihan masing-masing. Moga-moga dengan apa juga bidang yang kita ceburi dapat meringankan 'beban' sesama sendiri. Jadilah orang-orang yang berilmu, orang-orang yang beradab dan orang-orang yang berkasih-sayang tanpa mengira sama ada kamu  sambung belajar ke u atau tidak. 

sunnguh kasihan pada kita, manusia zaman ini, "memang pun golongan demikian dan demikian di zaman ni demikian dan demikian... si pulan begini dan begitu"
banyak berkata-kata, tindakannya tiada. Seolah-olah, hidupnyalah paling sempurna. Cuba cermin diri kita sebentar, siapa kita sebenarnya untuk merendahkan dan menilai hidup orang lain? You just an ordinary person. Stop judging others. If u put your feet into others' shoes, u may can't stand longer than they did. Because it's their life. Yours is yours.

kah! emo pula di akhir-akhir.

Rabu, 10 Februari 2016

The girl with seven names

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera
Pernah suatu ketika dulu, (semasa otak masih segar dengan idea-idea untuk menulis di sini) aku tertanya-tanya kenapa ada sebilangan orang, penulisannya semakin lama semakin sikit. Now, here I am. hahaha. Hendak kata hidup sibuk dengan urusan lain, nothing new. Same thing over and over. Pergi kelas. Buat assignment. Exam. Cuti.
Kita lanjutkan.Buku ni antara yang aku 'rekomen' untuk orang baca. Bagi aku, apa juga kisah hidup yang seseorang lalui tu adalah 'menarik' dan aku tak dapat nak persoalkan 'why' sebab itu cerita dia. Kisah hidupnya. Seperti post sebelum ni, ada beberapa buku yang aku tulis pengalaman ketika membacanya, dan even penggunaan nama pun aku 'sentuh' (haha bukan nak kritik ke apa, tapi aku cuma bagi view as a reader from my own perspective). Berbalik tentang buku ini, persepsi awalku ternyata meleset kerana seperti yang aku sedia maklum, most of the stories, a North Korean as a spy, atau mungkin dia lari sebab tak tahan dengan seksaan...etc. Tapi bertentangan dengan kisah Hyeonseo ni, ia bermula dengan rasa 'ingin tahunya' yang akhirnya mengakibatkan her whole family terikut nasib yang sama, keluar dari North korea. Dan part inilah yang menimbulkan 'kritik' daripada sebilangan pembaca, sikap Hyeonseo yang 'tak fikir sebelum bertindak'. Tapi bagi aku, itu bukan titik persoalan. Try put your feet into her shoes. Hometown penulis tersebut terletak di Hyesan iaitu salah satu kawasan perbatasan di antara North Korea dan China. Berdasarkan cerita penulis, kita dapat tahu bahawa terdapat aktiviti penyeludupan di perbatasan, kadang lepas kadang tertangkap. Dan seperti yang aku nyatakan tadi, kerana perasaan ingin tahu Hyeonseo dia pun 'menyeberang' ke tanah China untuk menziarahi pakciknya di Shenyang tanpa pengetahuan ibunya dan illegal way.

Kisahnya semakin rumit apabila ibunya terpaksa menipu pihak berwajib bahawa Hyeonseo berada di rumah salah seorang makciknya di Hamhung (daerah lain di N.Korea). Walaubagaimanapun, berita keberadaanya di China telah tersebar dalam komuniti menyebabkan dia terpaksa untuk tidak kembali ke Hyesan. Maka bermulalah episod hidupnya sebagai 'pendatang haram' di tanah asing. Antara momen yang dia lalui adalah belajar bahasa Mandarin, lari dari rumah pakciknya setelah dibuat perancangan untuk dikahwinkan, bekerja di restoran, diinvertigasi dan banyak lagi kejadian sehinggalah dia berhasrat untuk bermigrat ke Korea Selatan.


Melalui pembacaan ini, ia suatu pendekatan baru, di mana kalau sebelum ni kita terdedah dengan tugas pihak berkuasa untuk membanteras 'pendatang haram' dan 'kad pengenalan palsu', tetapi di sebalik babak-babak tersebut, sebilangan golongan ini, hanyalah seorang manusia yang lemah mencuba untuk mencari satu penghidupan baru. Bukan hendak berpihak kepada mereka, tetapi 'jenayah' yang mereka buat kalau hendak dibandingkan dengan 'jenayah' sang pemerintah, ia tidak seberapa. eh. Lari isu sudah.

Part yang paling menyentuh hati (bagi aku) adalah di awal-awal, bahagian Introduction:
"...my reality, however, is that I cannot go back. I may dream about freedom in North Korea, but nearly seventy years after its creation, it remains as closed and as cruel as ever. By the time it might ever be safe for me to return, I will probably be a stranger in my own land...try as I may fit into South Korean society, I do not feel that I ever fully accepted as a South Korean. More important, I don't think I myself will fully accept this as my identity. I went there too late, aged twenty-eight. The simple solution to my problem of identity is to say I am Korean, but there is no such nation. The single Korea does not exist".

Inilah perasaan Hyeonseo. Walau seteruk manapun kondisi negaranya, tempat lahir itulah negara tumpah darahnya. Sedikit tersentuh, as I try to put myself in her condition. Complicated. Actually, I found myself in her story. Identiti. 
Perjalanannya untuk sampai ke Korea Selatan dan seterusnya diikuti cerita keluarganya, mak dan adiknya, suatu kisah yang tak terbayangkan. You should read it by yourself. Then, you know what I am talking about. Ia melibatkan beberapa negara dan isu imigresen. Aku sendiri pun kadang kena belek peta yang diprovidekan di awal muka surat untuk faham kronologi perjalanannya.

Another point dapat dikutip dari buku ni adalah perihal politik. As a communication student, aku sudah maklum system media yang diguna pakai untuk negara N.Korea adalah communism (no independent media) dan sangat 'terkawal' (semuanya bersangkut-paut dengan Party). (kalau nak nilai pun even so called democratic country tak enjoy 'freedom of speech/media' apatah lagi in communism system). Cuma bezanya most of us can access to the information tapi mereka tidak. Sebab tu bagi aku mereka sangat patriotik, fondasi mereka semenjak kecil berkenaan Party sangat kuat. They belief that their country is 'the best on the planet'.


 Selain itu, terdapat kisah kelas dalam masyarakat dan budaya corrupt. Juga kisah perbezaan kondisi antara orang yang tinggal di luar Bandar dan Bandar. Antara Hamhung dan Pyongyang.

" As I travelled back to Hyesan, I thought the whole visit had seemed like a strange dream. I could not believe Pyongyang was in the same country where people were dying on the sidewalks in Hamhung, and vagrant children swarmed in the markets of Hyesan".

Baiklah. Setakat ini sahaja perkongsian untuk hari ini. Mohon apologi di atas campur aduk bahasa. Mohon anda faham situasi ini- at the end, neither English nor Malay which I could speak proudly. Meh? even my Buginese sound strange nowadays. aigo.

Khamis, 7 Januari 2016

nota pengakhiran semester

Assalamualaikum w.b.t.

Setelah sekian lama tidak mencoret satu dua kisah...

Terlalu banyak kisah yang tak terungkap di semester ini. Aku cuma berdiri di tepi memandang satu demi satu kisah. Rumit. Selayaknya.

Petang ini, tersentak aku lihat satu foto, di mana ia menimbulkan persoalan yang sampai ke hujung tiada jawapan yang pasti. Penyelesaian yang tidak kunjung tiba. Di mana silapnya, teman?

Hari ini, kita enggan memberikan sedikit 'belas' buat mereka dengan alasan mereka ini 'diberi betis, nak peha'. Lantang saja kita bilang, 'mereka sudah ditakdirkan sebagai kaum yang selamanya begitu'. Salahkah mereka dilahirkan dalam kelompok minoriti itu?

Dan kamu, si kelompok minoriti, sejauh mana kamu terusan berada di lingkungan yang sama? Padahal, kamu juga bermula sama dengan tempohnya seminoritinya kaum kami suatu ketika dulu. Tapi, kenapa kami tidak bersama kamu di persisir jalan, deretan kedai... apa kamu juga menyalahkan takdir nenek moyang mu yang mewariskan 'budaya' seperti itu?

Hei, kita tiada beza. Laut itu tempatnya nenek moyangku bertarung nyawa suatu ketika dulu. Hutan? Itulah permulaan hidup nenek moyangku yang mendesak mereka untuk berhijrah keluar dari negeri leluhurnya. Jadilah mereka perantau. Nenek moyangmu juga. Kita inilah generasi yang lahir di tanah asing bagi mereka, tapi tumpah darah bagi kita.

Pola hidup tidak selamanya statik, kawan. Mungkin, terlalu banyak budaya yang tidak terwariskan, kerana nenek moyang kami terpaksa membayarnya dengan impian moga generasi tidak lagi menjadi peminta di tanah ini. Tetapi itu tidak terjadi pada kelompok mu. Tapi sampai bila harus berada di kelompok itu?

Aku juga kasihan, kita mungkin bermula dengan garis pemula yang sama tetapi aku tidak bisa memimpin tanganmu. 'Era ini' terlalu sulit untuk disogok dengan 'brotherhood', silatuhrahim, 'senusantara'... semuanya bermula dengan materialistik. Hidup tidak cuma bergantung dengan ala kadar, kawan. Kita bicara tentang manusia yang kalau bisa hidupnya tak terjangkau dek akal manusia. Inilah yang berlaku sekarang, kawan. Kita mangsa pada manusia-manusia gila itu, yang menyebabkan kita tidak bole statik pada cara kita.

Persoalannya, apa mungkin kamu mahu terusan berada di situ-situ saja?

Ingatlah, jangan pernah bergantung pada sesama manusia, humanity sudah tiada. Manusia lain juga sedang bergelut untuk terus bernyawa di dunia ini. Lihat saja komunitiku, yang bermula dengan nol, tapi sudah lupa asal. Justeru, buktikanlah kalau kamu itu bukan hidup cuma bergantung pada 'takdir' bangsamu. Hiduplah selayaknya sebagai manusia yang punya cita-cita, kasihani generasimu.

kaki lima... itu bole jadi ruang belajar mereka, tetapi apa saja yang bisa dibelajar dari masyarakat yang lalu-lalangnya mengejar materialistik?
masalah sosial wujud apabila wujud ketidakseimbangan sistem dalam masyarakat. Beri mereka peluang, mereka juga layak untuk hidup di tanah ini.
 

seorang generasi migran, yang mengharapkan keharmonian.
seorang migran tidak patut melupakan asalnya.
tidak bongkak atas pencapaiannya.
tidak mencuba menjadi parasit yang merosakkan perumah.
hidup saling berbakti.