Jumaat, 31 Oktober 2014

mengenang Ilmi

Assalamualaikum w.b.t.

Mendekati bulan November. Beberapa hari saja lagi genaplah 16 tahun adik Ilmi pergi menemui Tuhan. Meskipun satu demi satu memori pudar daripada ingatan, aku sedaya yang mungkin menyimpan yang tersisa. 

Yang tinggal cuma tangisan. Ubat melepas rindu. Maka menangislah aku.

Mohd Badrul Ilmi, atau mesra kami panggil dengan Emmi. Aku dulu sering cemburu akan kelembutan yang dimilikinya, hati yang lembut. Cemburu kerana dialah insan yang lebih rapat dengan mak berbanding aku. Atau mungkin juga cemburu akan adanya dirinya, kerana dia adalah saudara kandung yang bisa ku sayang dan cnta sepenuh hati. 

Kenangan kami?

Kalau mak dan bapa tiada di rumah, pergi bekerja, aku dan Emmi akan sepahkan rumah. Akulah yang akan mulakan semuanya. Apabila mak dan bapa balik dari kerja, kami berdua akan didenda. Menangis dan meminta ampun. Mak dan bapa tahu kalau aku la yang menjadi dalang, dan Emmi pun tahu kalau dia ikut tingkah ku, dia akan turut didenda Tapi dia tetap tiru aku. Kerana kami didenda berdua.

Pernah juga kami berdua ikut mak dan bapa ke tempat kerja. Sampai jak masa untuk makan, kami la yang paling teruja. Selepas habis bekalan bapa kami makan, terus mahu balik rumah. 

Kami bukan selalu buat nakal, pernah dulu kalau tanaman bapa berhasil, kami berdualah yang akan agihkan dari satu rumah ke satu rumah. Kadang-kadang, plastik (kompek) sayur lebih besar daripada fizikal kami. Berat pun kami sanggup angkat. Kerana kami berdua. 

Kata mak, aku kecik-kecik dulu pantang nampak dokumen-dokumen penting. Mana pun mak simpan, aku akan cari juga. Sebenarnya masa tu, aku teruja nak baca 'item-item' yang tercatat dalam dokumen tersebut. Kata mak, daripada surat klinik semasa mengandungkan kami sehinggalah sura-surat rasmi bapa aku geledah. Adik pula, kata mak, pantang nampak gunting. Akulah mangsanya. Kalau kami tinggal berdua, penat selongkar rumah, aku tidur (kecik-kecik da ada habit tidur). Emmi pula nda tidur, ngam-ngam dapat gunting, dia senyap-senyap hampiri aku yang tidur. Rambutku la yang jadi bahannya. Haha. Sebab tu masa sekolah dulu, rambutku ndak pernah panjang. Thanks to Emmi la kan, ndak payah susah-susah mak mahu ikatkan kalau mahu pigi sekolah. 

Perwatakan kami berdua berbeza. Meskipun aku kakak, aku rasa perilakuku macam budak lelaki, dan dia pula macam budak perempuan. Mungkin sebab masanya banyak dihabiskan bersama mak. Untung masa kecik-kecik dulu, aku dijaga dengan ramai orang. Sebab tu aku agak aktif jugalah. Tapi bila sampai giliran Emmi,mak yang selalu jaga. Ingat lagi, kalau ada kenduri di kampung, Emmi tidak akan makan meskipun dipelawa. Well, kalau mak yang asuh memang begitu. Kena jaga adab di rumah orang, ndak bole minta-minta mahu makan apa. Sampaikan tiba waktu makan pun Emmi tetap ndak mahu jamah. Dia lebih senang makan di rumah. Padahal kalau balik kadang dia mengadu juga kata lauk di tempat kenduri tu sedap, tapi oleh kerana sudah dibagitahu awal-awal jangan minta-minta makanan, maka sampai ndak jamah satu nasi pun. Ni perwatakan Emmi, kalau dilarang, melebih-lebih batasannya dia buat. 

Lagi satu waktu keciknya, dia kalau ikut bapa jemaah di masjid, duduk diam di sebelah bapa. Main-main macam kanak-kanak lain? ndak da. Salah satu sebab dia banyak habiskan masa di rumah, jadi ndak biasa bergaul dengan kanak-kanak lain, berlari-lari, bermain-main. Kedua, sebab sebelum pergi masjid mak sudah pesan jangan berlari-lari, bermain-main. Na kan, sudah ku nyatakan tadi, si Emmi ni kalau dilarang, sampai melebih-lebih tu batasannya. Kadang kawan-kawan bapa tegur perangainya macam orang-orang yang sudah berumur. Habis solat jemaah, dia akan salam semua jemaah lain. Tanpa disuruh satu-satu.  (ndak terbayang kalau Emmi membesar sama-sama aku) 

Lagi satu, kecik-kecik lagi dia  sudah minta simpan anak perempuan salah seorang pak cik kami. Nama adik tu, Syakila. Dia suka betul sama Syakila. Sampai dia  bagitahu sendiri pak cik kami kata nanti besar jangan kasi kahwin Syakila dengan orang lain. Dia yang nak. Dia jadi askar dulu baru kumpul duit untuk nikah sama Syakila. OOOOOOO my adikkk. Aku masa mula-mula tahu dulu, malu jugalah. Ya ampun. 

Rasa bertanggungjawabnya tinggi betul, sampaikan kalau bapa tiada di rumah, masa tu mak sakit, dialah yang akan berjaga. Urut kaki mak. Aku, kalau malam memang tidur sahajaah kerja, habit tu. 

Cuma satu perkara yang aku perasan tentang Emmi ni, dia nda suka pergi sekolah. Mungkin dia sudah terbiasa tinggal dengan mak di rumah. Cita-citanya dari awal nda da lain, mahu jadi askrar atau polis. Kalau tengah berjalan di bandar, dia kagum betul kalau terserempak dengan polis. Bagi dia, polis ni kacak. Askar tu kacak.

 Sampai saat dia hembuskan nafasnya yang terakhir pun, dia sering memihak kepadaku. Seorang adik yang sangat sayangkan kakaknya meskipun kakaknya ni nakal yang amat. Meskipun sedang bertarung dengan sakitnya, dia tetap betah bercakap macam selalu. Sampaikan jiran kami pun tidak tahu kalau Emmi sakit tenat sebab dia masih berbicara seperti biasa. 

Sebuah kenangan indah yang selamanya bersemi di sini (tunjuk Qalbu). Sekejap pun aku sangat bersyukur, rasa disayangi,dihormati dan ditemani meskipun sekejap adalah anugerah sekali dalam seumur hidup. Cinta sejati.

Ilmi, ingin sekali ku katakan, kalau marahku tiada padam, tinggalkan aku sendirian menGhadap dunia yang tiada belas. Tinggalkan aku sendirian memikul tanggungjawab keluarga.Tinggalkan aku mengejar impian kita. Tinggalkan semuanya untuk aku sendirian. 

'Paling tidak pun, datanglah menjengah dalam mimpiku
aku terlalu rindu.'

al-Fatihah

Isnin, 27 Oktober 2014

#3Muharram1436

Assalamualaikum w.b.t.

Baru-baru ini, aku dan Humairak hendak ke Kompleks Mutiara untuk membeli aksesori kamera yang kami perlukan untuk kelas fotografi. Humairak sewa kereta salah seorang kenalannya. Kalau masuk bab kereta, aku teras-terang kata aku memang kurang arif, kalau diukur dengan angka, 3/10? hmmm.

Hendak dijadikan cerita, jarak perjalanan kami pergi dan balik kira-kira 32 km. Masalah yang timbul, berapa banyak minyak yang perlu kami isi? Aku blur. Aku pinta Humairak tanya petugas di kaunter. Ok, aku rasa kurang arif yang amattt. Humairak segan. Betul jugakan, siapa ndak segan kalau dalam situasi seperti itu. Mana ada orang pernah buat, lainlah kalau di restoran, pelanggan minta disyorkan mana makanan yang sedap, kalau di butik, minta dipilihkan mana yang sesuai dengan penampilan, kalau di kedai buku, minta senarai buku bestseller. 

Dengan muka tidak malu, aku pun melangkah turun dari kereta. "Encik, hendak tanya, kalau 1 liter berapa km bole pergi ya?" (aku tidak tahu kenapa soalan ini yang terpancul)
"1 liter?"
Aku angguk. Kata orang, malu bertanya sesat jalan. Aku peduli apa kan dia hendak fikir apa. krik krik krik. 
"Itu, saya tidak tahu. Tapi, berapa jauh cik mahu pigi?"
"32km"
"Rm 20 pun cukup."
Aku hulur helaian Rm50 meskipun aku masih punya wang kecil dalam dompet. Aku sudah tidak mampu berfikir apa-apa lagi. 

"Terima kasih".

Kawan, tanpa mengetahui jarak perjalanan kita itu sejauh apa sungguh menyiksakan. Maksudku di sini, tidak mengetahui berapa banyak minyak yang perlu di isi sungguh menyiksakan. Takut kalau-kalau yang diisi tidak mencukupi. (meskipun mana stesen pun ada yang terdekat di sepanjang jalan). 

Pulang pada petang itu aku berfikir, kalau jalan kita kembali pada Tuhan tidak cukup bekalan, tinggallah kita terdampar di tepian? Patut bekalan untuk sampai ke destinasi itu tidak dinyatakan seberapa banyak jumlahnya yang tepat, bisa saja kita isikan dengan rm20, asal sampai katanya. 

p/s: penamat hidup di dunia tiada tahu bila berakhir. Yang ku tahu, hari demi hari, berkurang satu demi satu jarak kita dengannya. Semakin menghampiri. Semua pun tahu adanya tempat abadi, tapi kita tidak tahu apa mungkin bekalan kita untuk sampai ke sana mencukupi. 

Sabtu, 25 Oktober 2014

Jalan-jalan ke Taman Layang-layang Metropolitan

Assalamualaikum w.b.t.

Memiliki roommates yang sekepala memang satu perkara yang indah, daebak, awesome! Hari ni, kami bertiga tiada pun perancangan hendak ke mana-mana, namun akhirnya memutuskan untuk keluar. 

"Tiba-tiba terasa nak makan KFC"
"Saya mahu Cheese wedges"
"Jom lah!"


Usai makan, terpancul pula "Taman Layang-layang Metropolitan". Kawan, kami belum pernah sampai ke situ lagi. Maka, kami dengan semangat yang jitu melayari internet dan mendapati ia tidaklah terlalu jauh dari kawasan Selayang. 
haha aku pun ndak tau kenapa, macam ndak seberapa berhasil tembakan lensaku petang tadi. Mungkin kebaruan, almaklum pertama kali datang. Atau mungkin juga keterbatasanku bergerak. Berjubah aku kawan. Eh bukan orang berjubah ndak boleh tangkap foto, cumanya aku ni kalau memakai jubah, control-control ayu lagi. krik krik krik.

Tapi kan ndak lama kami sampai tu hujan. Sampai la kami balik hujan tiada henti. Berlari dalam hujan.

Tips:
Datang sini sebaiknya guna kenderaan sendiri. Kami cuma naik teksi. haha. Segan mahu cerita masa balik tu.... selepas melintas jejantas kami duduk tunggu di tangga sebab hujan. Lepas tu tiada teksi yang mahu singgah tepi high way. Berjalan kami ke simpang di hadapan, alhamdulillah ada juga teksi berhenti itu pun sebab kasihan sama nasib kami. krik krik krik. Babak ni kan kalau boleh dilayarkan, warna hitam putih warnanya. Bayangkan perasaan kami ya. Alhamdulillah, selamat juga kami sampai mahallah Sumayyah.

Datang sini ada banyak aktiviti kena buat. Pertama, main layang-layang. Belilah layang-layang yang banyak dijual di tepi-tepi padang tu. Around Rm 5 harganya. 

Kedua, kayuh basikal. Satu jam, harga sewanya sebanyak Rm 10. Ketiga, main roller blade. Yang ini aku ndak nampak mana tempat sewa, atau mungkin bawa dari rumah kali ya.

Keempat, jogging. haha. 

Kelima, main buih-buih belon

Keenam, jangan lupa bergambar. Krik.krik.krik.

Pasal makanan, kalau rajin bawalah, bawa tikar sekali. Boleh konon-konon berkelah.  Tapi, jangan risau, banyak makanan dan minuman di jual di sini.

Aku kalau dapat peluang, mahu juga datang sini lagi. Ada dua benda aku mahu buat, main layang-layang dan kayuh basikal. InsyaAllah. Ndak lupa juga, mahu tangkap gambar dengan jayanya. hahaha.

Special thanks: Teman bilik yang solehah, Pipij dan Chu ah. 
Soundtrack: Gerimis mengundang

krik.krik.krik.

Rabu, 15 Oktober 2014

#sejarahku & media

Assalamualaikum w.b.t

Secara terus-terang, aku ndak tahu mahu taip tajuk apa kawan. Sebenarnya ini terkait matapelajaran #comm theory yang sedang ku ambil semester ini. Begini ceritanya, minggu lepas, kami diminta oleh pensyarah kami untuk present pasal media sekitar tahun 1970's. Katanya cuba tanyakan kepada orang tua kalian atau sesiapa sahaja yang melalui zaman itu.

Kelu, kawan.

Bondaku, tahun kelahirannya 1974, itupun sekadar di muka passport. Menurutnya, ketika dia menjejakkan kaki ke tanah Sabah usianya 15 tahun pada tahun 1991. Bermakna, tahun kelahirannya yang sebenar berangka 1976. Kelu, kawan.

Bapa... penyesalan apalagi yang bisa kuluahkan? Aku bisa gila, kawan apabila sedaya mengingat butir kata bapa perihal media ketika di usia mudanya. Yang cuma terlayar di fikiran ku sekarang tatkala bapa bercerita mengenai artis kegemarannya Allahyarham Datuk Sharifah Aini, aku tersengih-sengih sambil menggeleng. Itu saja yang tinggal. Padahal aku yakin sekali kalau dia bercerita lebih daripada itu. Semakin hari aku takut, kawan. Apabila satu demi satu kenangan itu berlalu pergi. Kalau samar-samar bisa sakit begini, lenyap sama sekali, apa mungkin hilang rasa? Harapan hari-hari, biar kenangan itu bisa membuat aku terusan menangis, tidak mengapa. Tidak apa. (al-Fatiha)

***
Pada akhir tahun 1998, kami sekeluarga, bertiga, berpindah ke kampung yang kini menjadi tempat tinggal tetap kami. Sebelumnya menetap di tanah rancangan dan bapa bekerja sebagai buruh kasar. Mengambil upah hasil mengait sawit (menyawit?). Selepas pemergian arwah adik, Mohd Badrul Ilmi (Ilmi@Emmi) kami meninggalkan tempat itu. Ketika itu (sebelum berpindah) kami cuma memiliki tv hitam putih. (terdiam) Aku pun sudah lupa kartun apa yang aku gilakan. Malah, aku tiada ingatan saat bersama adik. (hentak-hentak kepala di dinding)- al-Fatiha

Kita beralih cerita. Di kampung itu, rumah ku sejauh 3 batu dari persimpangan kampung. Ingat lagi kalau hendak ke sekolah, hari-hari kami berjalan kaki ke rumah pakcik Arsad (sekarang sudah bergelar Haji Arsad). Rumahnya merupakan rumah kedua selepas simpang ke kampung kami. Di situlah kami berkumpul sambil menunggu puang Mansur datang untuk menghantar kami ke sekolah. Ketika menunggu tu la, kami mengambil kesempatan menonton. Unless, kami tiada menonton apa pun kalau di rumah. Tiada bekalan elektrik! Ingat lagi kalau sedang menonton tu (selalu pasang cd) sesiapa yang hendak berdiri, lalu..apa sekalipun bentuk pergerakan kena berhati-hati. Rumah kayu, kawan. Nanti cd tu akan stuck. Haha.

Berganjak ke tahun selepasnya, bulan ramadhan paling kami nantikan. Masa tu aku sekolah pagi. Tidak perlu berjalan kaki jauh sebab rumah Puang Mansur dekat saja dengan rumahku. Kami jadikan rumah makcik Baba sebagai markas kami menonton. Kenapa bulan ramadhan? Sebabnya bulan ramadhan sahaja kami ada alasan untuk pergi ke rumah makcik Baba. Kononnya untuk beli ais. Ya ampunn.. time ramadhan saja la kami bole rasa ais ni. Ais batu. Sebab tu, zaman sekolah dulu-dulu laku jak kalau ada orang yang jua aiskrim yang panjang tu, ada 10 sen ada 20 sen. Dan kami memang tiada berani keluar rumah kalau tidak minta izin dulu. Tu pun tunggu alasan yang munasabah.

Selepas tu, aku berada di sekolah menengah. Tiga tahun duduk dengan mak bapa, aku tiada habit untuk menonton televisyen. Waktu itu, kampungku mengalami kondisi "pilih kasi" oleh JKK yang berkhidmat. Rumah penduduk yang berada d tengah kampung (termasuk teratak kami) tidak dibekalkan elektrik. Alasannya, kami ini terdiri daripada suku Bugis yang degil. Tiada mahu berkorban wang ringgit, dalam kata lain kami harus mengeluarkan sejumlah wang untuk mendapatkan bekalan elektrik. Padahal, bekalan itu tiada berbayar. Nama pun peruntukan kerajaan. 

Aku ingat lagi, bapa selalu mengikuti perkembangan semasa dengan mendengar berita di corong radio. Tiada pernah melepaskan peluang mendengar berita meskipun berita lewat malam. Namun ada satu musim itu, kami terpaksa meredah pekat malam ke rumah kenalan orang tuaku. Itulah malam-malam pertandingan tilawah peringkat antarabangsa. Ada sebahagiannya pula merakam tilawah tersebut. Selain itu, kami turut meredah pekat malam untuk menonton Sembilu, Gerak khas dan bapaku dengan kesukaannya, berita perdana.

Pernah juga kami melalui detik di mana menggunakan kuasa generator untuk mendapatkan bekalan elektrik. Malah jauh ke belakang sedikit, kami menggunakan bateri kereta yang dicas. Kalau sebut pasal radio, aku tidak ingat berapa buah sudah kami beli. Sama juga dengan bilangan  torch light entah berapa banyak sudah kami beli.

Kalau kenang balik zaman itu, baju yang ku pakai ke sekolah kadang tidak bergosok, lebih-lebih lagi masa sekolah rendah. Boleh dihitung dengan jari berapa kali aku gosok dalam setahun. Memasuki sekolah menengah, aku selalu pinjam seterika arang daripada rumah jiran (rumah mama Jumi) kemudiannya kami pun membeli sendiri seterika arang daripada makcik Idu pula. Sebut pasal belajar, aku ditemani lampu pelita sehingga berada di tingkatan 3. Kemudiannya aku mengambil keputusan untuk berpindah ke sekolah yang berasrama agar memudahkan aku untuk mengulang kaji. Kononnya. Padahal, berada di bawah pengawasan oarang tua lagi bagus sebenarnya. Dedikasi dan tanggungjawab itu ku pikul dengan rasa yang lebih lagi.

Itu sejarahku. Entah la, aku rasa bagus juga aku tidak attach dengan tv sejak kecil dulu. Aku puas bermain dan meneroka alam. Malah, ia tidak membuatkan pun aku yang sekarang ni jadi jakun teknologi. Kalau aku ada anak nanti, aku akan buat mereka (mereka?-maksudnya lebih dari satu la kan?) tidak attach dengan tv sejak kecil. Biarlah tiada tv pun ok. Macam yang dibuat oleh Song Il Gook terhadap anaknya. Ala contoh dekat, macam mak bapa ku buat terhadapku. ;)

p/s: aku respect cara Song Il Gook ni didik anaknya. Triplets ya. 

I do not own copyright for the pictures.
>_< saja mahu paparkan gambar mereka. ehem. Tinggi angan-angan. ok, Bye. *blushing*

Selasa, 14 Oktober 2014

Kuburan Kelip-kelip

Assalamualaikum w.b.t.

Kali ini aku ingin bercerita mengenai anime yang bertajuk Kuburan kelip-kelip (Indonesian version "kuburan kunang-kunang")- aku buat terjemahan sendiri jadi kelip-kelip. Atau lebih dikenali dengan nama Grave of the Fireflies a.k.a. Hotoru no haka. 
Bagi aku anime ni membawa mesej anti-perang yang jelas. Realiti hidup yang dihadapi oleh mereka yang hidup sekitar waktu perang dunia kedua. Lukisan mahupun grafik yang dipaparkan bukanlah jenis anime yang "pretty / cute" yang melulu kita temui di majoriti anime. Paling penting, di sini tiada yang dinamakan "happy ending". Tiada.
Cerita ini mengisahkan dua beradik Seita (si abang) dan Setsuko (si adik perempuan) yang tinggal di salah sebuah daerah di Jepun yang struggle untuk survive selepas tempat tinggal mereka dibom oleh tentera bersekutu Amerika. Ibu mereka meninggal di tempat perlindungan sebelum sempat dibawa ke hospital. Babak yang aku tidak tahan saat Seita harus menyembunyikan kondisi sebenar ibu mereka daripada pengetahuan adiknya, Setsuko. Masih jelas babak di mana hari pertama mereka tiba di rumah kerabat mereka, Seita terpaksa menyembunyikan kotak abu ibunya di luar sementara menanti malam untuk memasukkannya ke dalam rumah kerana risau d lihat bibik tersebut.

Oleh kerana mereka tiada tempat untuk berteduh, maka mereka terpaksa menumpang di rumah kerabat mereka (seorang bibik) namun tidak lama kemudian terpaksa berpindah. Hidup di zaman perang, sesiapa sahaja bisa bertindak zalim. Isu mencari nafkah dan ketiadaan makanan menjadi pokok persoalan, dan Seita tidak mampu mengusahakan keduanya. Hanya kimono ibunya yang ada dan itupun setelah dijual, imbalannya tidak setimpal. Akhirnya, selepas dari rumah tersebut, mereka menjadikan gua (shelter) sebagai tempat tinggal baru mereka.
Kesinambungan cerita ini dengan fireflies terjalin berikutan babak selepas mereka balik dari mandi mereka melewati satu kawasan yang terdapat banyak kelip-kelip. Hendak dijadikan cerita, ketika malam (selepas berpindah ke gua), mereka menangkap kelip-kelip dan meletakkannya dalam kelambu untuk menerangi malam mereka. 
Keesokan harinya, terlayar babak di mana Setsuko menggali lubang untuk menanam serangga kelip-kelip yang telah mati. 
"What are you doing? 
"Making a grave. Mama's in a grave too."
Aku kasihan pada watak Seita,perasaannya saat dengar adiknya cakap macam tu. Dia seboleh-boleh hendak rahsiakan daripada pengetahuan adiknya. Dan aku suka watak Setsuko yang cepat matang daripada usianya. Rupa-rupanya bibik yang beritahu Setsuko perihal kematian ibunya dan sebab tu aku kata Setsuko ni matang meskipun sudah tahu perkara sebenar dia tidak mempersoalkannya kepada abangnya, atau lebih jauh sikit menyalahkan abangnya kerana merahsiakan hal sebenar.
"Why must fireflies die so young?"
Inilah kali pertama Seita mengalirkan air mata di hadapan adiknya. Aku puji sifat sabar yang Seita miliki. Saat mulai mendapat tahu khabar ibunya yang sakit teruk kemudian saat pemergian ibunya serta saat harus menjaga perihal adiknya.

Terdapat juga babak yang membuat aku terdiam seketika di mana ketika mereka ke pantai. Di situ, Setsuko telah ternampak orang yang berbaring tanpa bergerak sedikit pun (kemungkinan mati akibat perang) dan Seita malah melarang adiknya untuk mendekati jasad tersebut. Ya la kan, mereka ini kategori kanak-kanak, mana pula hendak fikir untuk tanam mayat tu atau mengkhabarkan kepada pihak yang bertanggungjawab (nanti lewah pula). Keduanya, mungkin Seita masih trauma kehilangan ibunya akibat perang dan waktu itu, dia masih merahsiakannya daripada pengetahuan Setsuko.

Kali kedua Seita mengalirkan air mata adalah ketika dia dilepaskan daripada balai polis ekoran kedapatan mencuri gula dan ubi. Ketika itu, Seita tiada pilihan lain memandangkan darurat lebih-lebih lagi apabila mengetahui adiknya terkena diare. Aku rasa dia menangis kerana memikirkan apa lagi yang bisa diusahakan untuk  adiknya padahal dia sudah ketandusan cara. Babak ini berlanjutan pada setiap kali penduduk lari ke tempat perlindungan (apabila amaran dipasang petanda armada Amerika bakal menyerang) Seita pula mempertaruhkan nyawanya untuk memasuki rumah yang ditinggalkan penghuninya untuk mendapatkan makanan dan barang keperluan. 

Namun, sejauh mana kuat pun semangat Seita untuk terus hidup, dia tetap punya kelemahan. Ini terbukti melalui babak di mana dia ke bank untuk keluarkan duit simpanan ibunya dan mendengar perkhabaran bahawa Jepun mengalah kepada pihak Amerika. Ini bermakna ayahnya yang merupakan sebahagian daripada pasukan Navy juga telah tiada. Kini, mereka menjadi yatim piatu. Tiada langsung tempat untuk bergantung.

 Pada pendapat aku, cerita ini tiada kelewahan salah satu sebabnya seperti yang ku ceritakan tadi, apabila mengetahui kemungkinan ayahnya juga sudah tiada, Seita menjadi lemah semangat. Kedua, tiada siapa pun ihsan kepada mereka berdua walaupun mereka tiada tempat bergantung, relevanlah sebab inikan waktu darurat. Ketiga, walaupun Seita sudah memiliki wang namun masih juga tidak memadai kerana even wang ada, tapi barang pula sukar untuk dibeli. Dia malah tidak dapat menyelamatkan nyawa adiknya.

Kali ketiga Seita menangis ketika dia pulang dari keluarkan duit. Babak di mana Setsuko sudah tidak bermaya lagi. 
"Oni-sang, have one" [Holds out rocks]
"Setsuko, what?"
"Rice balls. I made them for you. Here, have one."
*Seita menangis
Itulah antara moment akhir Setsuko dan abangnya. Seita menguburkan Setsuko berdekatan dengan kubur kelip-kelip yang Setsuko gali. 
Anime ini usia rilisnya lebih tua berbanding aku, tahun diterbitakan pada 1988. Adaptasi novel semi-autobiografi karya Akiyuki Nosaka yang diambil bersempena  kisah nyata selepas kematian adik perempuannya akibat kelaparan di zaman perang pada akhir tahun 1945.

Kalau anime Watch my neighbor Totoro melibatkan perhubungan antara dua beradik perempuan berserta kedua ibubapanya, anime Wolf Children pula melibatkan dua beradik, kakak dan adik lelakinya berserta ibu tunggalnya, maka anime Grave of the Fireflies ini pula mengisahkan dua beradik, abang dan adik perempuannya yang kehilangan kedua ibu bapanya. Mengerti, tidak kesedihannya tu macam mana???? 

Isnin, 13 Oktober 2014

Buku : Colourless Tsukuru Tazaki & His Years of Pilgrimage

Assalamualaikum w.b.t.

Terus-terang aku bingung bagaimana mahu ulas ini novel usai membacanya. Malah mahu terjemah judulnya ke dalam bahasa Melayu juga kurang arif, mujur ada sedutannya di sini, kertaskoyak. Jadi, kalau kalian mahu preview novel ini, ada baiknya rujuk di situ,ya. (bunyi-bunyi rendah diri dan hampir berputus-asa)
Tapi, biar aku cuba kongsi apa yang aku dapat daripada novel tersebut. Versi aku sendiri. Pertama sekali, aku suka cover buku ini. Itu antara faktor aku belinya dengan harga promosi, Rm 66.32 melalui khidmat mph online. 

Lihat garisan warna di atas yang terdiri darpada- Merah, biru, putih & hitam? Itu perlambangan kepada temannya Tsukuru Tazaki. Lima sahabat termasuk Tsukuru, empat lainnya masing-masing punya bawaan makna 'warna' dalam nama masing-masing.
Kei Akamatsu- Mister Red
Yoshio Oumi- Mister Blue
Yuzuki Shirane- Miss White
Eri Kurono- Miss Black

Cuma Tsukuru yang colourless. Tsukuru mendukung makna "membina" sesuai dengan simbol rail station di atas yang merupakan kesukaannya juga kerjayanya kelak. Persoalan terusan memburu akalku ekoran episod dia ditinggalkan/dikeluarkan daripada mereka 5 bersahabat. Aku tertanya-tanya, "WHY?"

"The reason why death had such a hold on Tsukuru Tazaki was clear.One day his four closest friends, the friends he's known for a long time, announced  that they did not want to see him, or talk with him, ever again."

Mujur watak Sara (teman wanita Tsukuru) menyelamatkan situasi Tsukuru apabila dia menyarankan agar Tsukuru menemui teman-temannya.

"Personally, I'm curios about them. I want to find out more about these people who are still weighing you down."

Kenyataannya, amat sulit. Jeng...jeng...jeng.. baca sendiri la ya untuk tahu sebabnya. Dan aku dapat rasakan Tsukuru tidak merasa sesakit dahulu sewaktu kawannya left out dia daripada kumpulan mereka. Mana-mana pun memang sakit tapi setidaknya apabila dinyatakan sebab musababnya, automatik rasa sakit itu berkurang.

"You can hide memories, but you can't erase the history that produced them"

Ada beberapa part di dalam novel ni yang mendatangkan persoalan sampai ke penamat, contoh, watak Haida, ke mana dia menghilang? Tapi yang buat nampak pentingnya watak Haida ni mengenai cerita yang dia bawa pasal ayahnya dan seorang pemain piano yang bernama Midorikawa. Dan sekali lagi, penulis bijak menggunakan taktik melibatkan simbol, Haida itu sendiri bermaksud "Grey" dan Midorikawa bermaksud "Green River".

Another part yang jadi persoalan kepada ku adalah watak Yuzuki atau Shiro. Walaupun ada part dimana Eri atau Kuro terangkan situasi Yuzuki ketika itu, tapi aku masih tidak dapat tangkap the real reason bagi Yuzuki bertindak sedemikian, maksud aku kenapa dia reka cerita bahawa Tsukuru yang *rape dia? The real reason. Ini terlalu payah untuk dijelaskan kerana Shiro telah meninggal. Dan di sini aku flashback dekat part dialog antara bapa Haida dan Midorikawa. Part yang apabila seseorang telah pergi, tiada siapa yang tahu kebenarannya kerana yang telah pergi itu tidak dapat balik ke dunia untuk jelaskan hal sebenar.

"Somethings in life are too complicated to explain in any language"

Aku tak dapat nak sangkal kalau episod Tsukuru ke Finland tu antara momen yang indah. Saat dia dapat bersemuka dan berbicara dengan Eri juga suami Eri. Bagi aku watak Eri ni pun beri impak yang besar dalam novel ni. Bagaimana dia ambil keputusan untuk mengeluarkan Tsukuru dari kumpulan mereka., menunjukkan betapa yakinnya dia bahawa Tsukuru boleh bangkit daripada "episod gelap" itu. Dan aku boleh simpulkan kalau antara mereka berlima, walaupun Tsukuru selalu beranggapan bahawa dia yang paling tidak special, the colourless one, at the end dialah sebenarnya yang capai apa yang dia nak. Dia minat station dari kecik dan dia follow minat itu. Even dia melalui beberapa episod yang menyakitkan itu, kena tinggal oleh kawan. But, the realiti is, Tsukuru tidaklah kena tinggal sepenuhnya, dia yang first ke Tokyo dan kawan-kawannya yang lain sambung belajar di hometown mereka, Nagoya. Dan yang utama, kawan-kawannya tak pernah lupakannya dan percaya pada Tsukuru.

Aku berfikir, bagaimana kalau Tsukuru tidak bertindak seperti yang Sara sarankan? Mungkin, dia akan selamanya terperangkap dalam sejarah silamnya. Dan mungkin hubungannya dengan Sara tiada harapan. Tapi di hujung novel ni pun tidak dinyatakan jawapan Sara terhadap proposal Tsukuru. Aku 80% beranggapan bahawa Sara akan menerima Tsukuru. Okey, aku rasa aku sudah hilang dari landasan.

Sampai bertemu di episod akan datang. Btw, alunan piano tu, boleh rujuk pada link blog di atas. "Le mal du pays" tu bermaksud "homesickness" atau "melancholy". Dan aku suka kesinambungan yang Haruki tonjolkan, di mana alunan piano ni kesukaan Haida dalam masa yang sama Shiro selalu mainkan.

Baiklah, kali ni betul-betul kholassss....Assalamualaikum.

(p/s: aku lemah bab-bab explore buku ni... nanti kalau baca kali ke-2 aku review balik ya. InsyaAllah.)

Ahad, 12 Oktober 2014

Bercuti ke Janda Baik-bahagian 2

Assalamualaikum w.b.t.

Kali ni saya paparkan teruslah ya fotonya. Kurang sihat. Penerangan sikit-sikit saja. Enjoy!
Pagi Jumaat sebelum berangkat ke rumah Aida. Niqab Aida senget!
Tepi chalet kami.
Ni chalet Camelia. Sebelah tu Raflesia kalau saya ndak silap. Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja. Satu malam sewanya rm100. Dua malam, kami dapat rm180. Not bad la. Sebab dari bilik tu boleh dengar arus sungai. Terlupa terus perihal kerja sekolah.
Dalam perjalanan tu kami singgah sekejap di Cherengin hills. Ni view dari tempat letak kereta. Mungkin kalau ada masa luang dan bajet cukup, boleh bermalam sini pulak.
Pagi tu kami bersarap dengan nasi lemak masakan mak cik Nora. Alhamdulillah, sedap!

Ambik gambar dari dalam kereta pun jadi.
Sebelum ke kereta cable, kami singgah sini dulu, free saja masuk.
The only picture of me yang saya mahu share.
Kakak Rin & Aida.
Mawar merah
Mawar merah jambu?
Mawar peach?
Bunga kekwa. Aku hampir panggil ini bunga matahari. atau adakah bunga kekwa dan bunga matahari adalah sama? Nampak kejahilanku pasal nama-nama bunga ni.
Kekwa merah          


lavender. Dalam banyak-banyak bunga, aku paling suka lavender. 
Cendawan
Kami bayar rm12 untuk dua hala. Saya memang fobia tempat tinggi tapi tiada masalah kalau naik kapal terbang. Cuma imaginasi yang terlampau negatif membuatkan saya tidak senang duduk dalam cable car ini. Ini bukan hasil tangkapan saya. Sama ada Aida atau kak Rin.
Pagi sabtu sebelum berangkat balik ke uia. Aida bersama mamanya, makcik Nora.
Kakak Rin, Makcik Nora & Aida
Baiklah. Sekadar sampai sini saja episod bercuti ke Janda Baik pada midbreak semester yang sekali cuti raya haji tu. Keluarga Aida memang sporting dan baik (mak cik Nora, pak cik Rahman, adik Syifa, adik Dolah & tidak dilupakan Aida sendiri). Sangat baik. InsyaAllah ada umur panjang saya datang melawat lagi. Hasil tangkapan yang dapat saya kongsikan terhad dalam jumlah ini saja. Ndak sure pula kalau ada yang terselit lagi nanti. Doakan kesejahteraan saya ya, kawan. Mental dan fizikal. Terima kasih

Sabtu, 11 Oktober 2014

Bercuti ke Janda Baik

Assalamualaikum w.b.t.

Buat pertama kalinya, aku mengembara ke luar dari dunia selain uia. Kawan, aku sendiri kurang mengerti apa pendorong untuk ku memutuskan 'bercuti' meski cuma dalam jangka masa yang singkat. Ketika kakak Rin mencadangkan ide ini, aku terus berkata IYA. 

Pagi Khamis itu, kami bergerak keluar dari uia pada waktu pagi, sekitar 10 pagi. Menaiki bas metro #91 menuju perhentian bas HKL. Setibanya kami di situ jam menunjuk angka 11:30, kaki memanjat tangga jejantas menyeberang mencari terminal bas Pekeliling. Setelah bertanya dari satu kauter ke kauter yang lain, maka kami akhirnya dikhabarkan bahawa cuma bas central Pahang yang bakal berangkat paling awal, awalnya itu adalah pada pukul 2 petang. 

Teman kami, Aida namanya bakal menjemput kami di perhentian bas Bukit Tinggi. Kerana ini perjalanan pertama kalinya kami ke Janda Baik, kami pun mengikut satu-satu kata Aida, Kakak Rin beritahu paman bas, "kami mahu turun di Bukit Tinggi, yang ada Tokong tu." Maka, ketika hendak turun dari bas, kata paman, "itu tokongnya,dik." Kami cuma tersenyum kerana bukan Tokong itu destinasi kami. Tidak lama kemudian, Aida datang bersama ibunya, mak cik Nora. 

Setelah menghantar ibunya Aida ke sekolah kerana ada mesyuarat PIBG, Aida menghantar adiknya pula untuk ke kelas tuisyen. Dalam perjalanan menuju ke rumah Aida, kami singgah sebentar di Hutan Lipur Konifer.


 



Sedikit foto yang sempat saya rakamkan ketika itu. Selepas itu, kami tiba di rumah keluarga Aida dan hidangan sudah tersedia. 
Terima kasih mak cik Nora!

Selepas menunaikan solat asar, kami menyertai Aida yang menghantar adiknya, Dolah ke tempat mengaji. Dalam percaya tidak percaya, dapat juga kami (saya dan kakak Rin) melihat teratak Prof Abdullah Hassan. Kami difahamkan bahawa Pondok hadapan rumah Prof itu dijadikan tempat anak-anak kampung mengaji al-Quran. 

Dua beradik ini merupakan antara anak kampung yang mengaji di sini. Aida kata, dua beradik ini setiap petang akan berjalan kaki, sedangkan sebahagian yang lain datang hantar jemput oleh keluarga mereka. Kucing Prof itu sangat manja! Adik-adik, terima kasih, the best ever foto yang berkesempatan saya tangkap. Deep meaning, friends! 
Kakak Rin bersama kucing Prof. Di sini, begitu banyak kucing. Aku tidak habis hitung. Baiklah, setakat ni sampai sini dulu la ya. Nanti kita sambung lagi untuk sebahagian momen lagi. Foto di bawah ini hasil tangan kak Rin ketika senja bertandang dan kami bersiap-siap untuk solat maghrib di Chalet Pulau Santap. 
Wasalam.