Sabtu, 23 Ogos 2014

#back

''다시 돌아와"
Ku cuma bisa mengucapkan kata ini berulang
Ego membatasi nanti semua mencanang
mulut kata pergi, hati kata jangan.

Biarlah waktu menentukan
Sama ada wujud kesempatan
Sedikit ruang wajar dimaafkan, atau mungkin sudah kelambatan.

Kerana kamu masih yang istimewa
Tapi aku ini tidak pintar menghitung
Solusiku semudah tambah, tolak, membilang
Tanpa aplikasi formula cos, sin, tan.

''다시 돌아와''

Kegilaan apa membuat aku menyeru kamu kembali
Kalau bukan kerana dirimu benar-benar istimewa.

Sakit itu, mana mungkin bisa ku rawat dengan apa pun
Sejuta kata maaf juga tiada cukup
Selain alasan untuk kita terus hidup.
Berada di jalan ini, aku perlu terusan memandang meski dari jauh.

Rabu, 13 Ogos 2014

17 Syawal

Assalamualaikum w.b.t
Buat sekian kalinya hatiku diketuk rasa serba salah. Selain ego, rasa takut melebihi segalanya. Siapa aku untuk menerima 'nya' sedangkan boleh jadi di luar sana ramai saudaraku yang lebih memerlukan.
Aku dilema. Diantara menerima keikhlasan dengan keberatan diri. Aku bukanlah mewah, tapi kemiskinan ini bukan alasan kukuh untuk ku.
Sesungguhnya, aku memahami niat mereka, rakan-rakan persekolahan yang mungkin tidak sepenuhnya ku kenali, ku dekati atau mungkin ku hargai. Mereka berhati mulia. Cuma hati ini masih berkeras, kuat mengatakan kalau di luar sana masih ada yang memerlukan. Siapa aku untuk menyenangi sumbangan?
Siapa pun kalian, tanpa ku ketahui siapa dan siapa lagi, ingin sekali ku ucapkan secara depan-depan, aku terlalu berat kawan. Wang, bisa dicari dimana-mana, aku mampu. InsyaAllah tiap semester terlalu cukup untuk ku belanjakan biasiswaku. Kalau saja diawalnya ku ketahui perkara ini, ingin sekali ku suarakan, tidak usah, tidak payah.
Malu aku kawan. Malu padaNya.
Ya, Tuhan. Cuma Engkau ketahui hati hambaMu.
....
...
..
.
Ya, Tuhan. Ujian apakah ini?
#petang tadi rakan-rakan ku, Dwi, Susi, Widai, Marwisah dan adik Shariani, datang berkunjung. Ku kira ia sekadar ziarah usai lebaran, rupanya turut menyampaikan sumbangan. Terlalu besar nilai sumbangan ini kawan. Iya benar-benar ujian teruntukku. Jazakumullah hu khairan khatirah. Cuma Allah yang bisa membalas jasa kalian. Siapa pun kalian... syukran jazilan. Dan inilah sebabnya kenapa ku diamkan pemergian bapaku. Tanpa ku beritahukan kalian. Aku berat pada hal-hal berupa begini. Dan aku arif kalau aku tidak sampai hati menolak.

Isnin, 11 Ogos 2014

15 Syawal

Assalamualaikum w.b.t


Aku mahu berbicara mengenai teman-teman ku semasa di tingkatan 4 dan 5. Why? Just because... actually, last two days ago, I saw my old book and accidentally I read the comments & noted. Suddenly the words 'nostalgic' comes. I am really miss you, guys!

The first person who came into my mind is Healdynie. Lawaknya, seberapa kerap kami berkomunikasi lewat maya, aku terrrlupa panggilan yang selalu ku sebut-sebut dulu. 'Dini' , 'Heal'. Kami mulanya tidak serapat mana pun, namun mendekati exam SPM, kami sering berkongsi cerita. I still remember the nights we spent together when we didn't have exam papers. At that time, aku nobatkan dia sebagai counsellor. Haha. shhh that's our secret, ya? Kenangan lain yang kami kongsikan adalah 'geng comel'. I didn't recall at all this part. Haha. Ndak mau mengaku la ni, kuat makan dari zaman sekolah lagi. Ya, ampunnn.. haha. Perkara yang boleh buat aku automatik ingat sama Dini ni kalau dengar lagu Nurani dendangan Kristal. Haha. Dini, sorry. I don't know if u still 'fobia' dengar ini lagu. Harap ndak la sudah ya. Masih terbayang kenakalan si Nana nyanyi ni lagu depanmu.

Next, Fetty. Aku lupa sudah nama penuhnya. Padahal dia ni duduk sama baris meja dengan aku. Almost 2 years la kan? Yang penting after cikgu Muz jadi guru kelas, kita duduk sama-sama. Kita tiga orang, aku, kau dan si Zai. Si Zai di tengah. At that time, mata ku memang sudah kabur-kabur, jadi tempat si Fetty la aku menyalin. Padahal meja kami paling depan. Depan meja guru. Fetty la jadi perantara aku dengan mak, ada apa-apa dia la ni dimesej atau ditelepon oleh si mamak. Sebab aku pelajar asrama dan sangat berdisiplin konon. Tiada membawa telefon,  paling ndak pun sana bergayut di public phone. Haha. Ndak la time ni jarang lgi sebab ada juga dorang kawan-kawan tempat ku meminta tolong. Masa tu, Fetty minat sama arwah cikgu Adam (al-Fatihah) lepas tu dia minat sir Hood, warden sekolah sebelah (smk bukit garam). Perkara yang mengingatkan aku sama dia, dia ndak makan sayur. Ndak tau la sekarang macam mana. Sebabnya dulu dia kurus sangat, sekarang sudah berisi, mana tahu  sama sudah macam seleraku...haha *ketawa jahat* oh iya, time hujung-hujung mau abis sekolah hari tu, selalu diushanya aku untuk jadi kakak iparnya. Haha. Aku tau tu, dia sengaja buli-buli, sebab masa tu aku MACAM muka takda feeling.  Puihh! Haha

Kini giliran si Fatma. Our school days la paling panjang bersama. From form 1 until upper six. 7 years la kan? Kami sama-sama pindah sekolah tanpa dirancang. Fatma plan mau pindah sekolah dengan Susi, then aku buat plan sama. Susi ndak jadi ikut. Diikutkan, Fatma la kawan rapatku. We know each others for a long time. But, I was the one who always want to go for another 'friendship'. I didn't know how to appreciate our relationship. I'm sorry.  I really mean it. 2 years, I always asked her to join her pergi balik asrama. Thank you very much.  May Allah bless u & ur family.  Amin.  Dulu, Fatma selalu sakit. I didn't know what exactly, but true she had it before. During our days in SMK Paris, we were many. Nak angkat senang sikit. Bila dia sakit lagi masa di ting 4, and only me without others, nangis beb. Haha. Mujur tak sakit tangan angkat, sebab cikgu Muz angkat sendiri. Ceh, ini legend. The first students cikgu Muz angkat di sekolah adalah Fatma. Bila da kenal Fatma, dia seorang yang senang didekati, so aku yang suka menyakat, ramai jak pelajar lelaki yang aku pasangkan untuk dia. Shhh ini juga rahsia. Terngiang lagi before final exam spm, kami kumpul ramai2 buat pengakuan. Fatma minat si Hafizul. Ehem ehem rasanya solo lagi tu...ooopppss Laila, Laila... mulut tempayan betul. Nasib la kalau ada yang baca ini entri. Hehe. Ingat lagi masa isi online UPU, aku ada tanya Fatma, 'macam mana la tu kalau aku dapat masuk UIA?' Ni disebabkan kekurangan pandai dan kemalasanku belajar b.I. sekali tengok, masin mulut ini. Sini di uia betul-betul terkena. Alhamdulillah. Actually,  Fatma yang plan mahu sambung uia, bidang psychology.  Aku zaman dorang UNIC di matrikulasi uia, aku memang pasang niat mahu masuk uia. Sekali ujung-ujung stpm, aku dapat tahu Fitri sambung Ukm, aku pun plan u sama. Haha. Well. Ni la kegilaanku. Perkara yang mengingatkan ku sama si Fat,,, aku rasa tiada. Sebab aku sentiasa ingat.. haha ayat. Mukanya iras Heliza Helmi. Ok,bye!

*sambung besok-besok lagi. Patut dikasi ringkas saja tapi aku memang ndak pandai summary ni. Goreng-goreng ayat memang makananku.
Salam.
#prayforGaza
#prayforallMuslims_aroundtheworld
#hayya_a'lal falah

Sabtu, 9 Ogos 2014

13 Syawal

Assalamualaikum w.b.t
Kali ini aku ingin bercerita mengenai tetanggaku. Tetangga yang kini sudah menetap di seberang. Mereka suami isteri sudah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata. Punya lot sebanyak dua, sangat mencukupi buat belanja mereka berdua. Meskipun begitu, kehidupan mereka ala kadar saja.
Mereka selalu beranggapan kalau hidup 'mewah' tidak perlu di tanah ini, sebaiknya membangun di tanah seberang. Kerana asal mereka di sana. Tempat mereka ingin kembali di sana. Ini cuma tempat 'mencari rezeki' katanya. Pernah sekali aku kunjungi terataknya di seberang sekitar tahun 2009, lengkap suami isteri kami datangi mereka. 'MaasyaAllah, ma ajmal!' Serius, nganga ini mulut melihatnya.
Meskipun begitu, setahun selepas aku lanjut pengajian, suaminya kembali ke rahmatullah. (Al-Fatihah) di rumah serba kekurangan ini dan jenazahnya dikebumikan di tanah ini. Selepas pemergian suaminya, si isteri menetap di tanah seberang. Meninggalkan tanah ini, 'sumber rezeki mereka'.
Analoginya, tanah ini umpama kehidupan di dunia, dan tanah seberang itu kehidupan di akhirat. Pengertiannya, tidak perlu mewah di kehidupan ini, sedangkan tempat kita kembali di tempat asal. Inikan cuma tempat mencari rezeki, tempat kita kumpul bekalan, persinggahan cuma. Kehidupan di dunia sementara padahal akhirat itulah yang abadi. Tiada siapa yang mahu kumpul banyak-banyak harta di perantauan kalau nantinya perlu pulun dan gulung untuk dibawa ke kampung halaman. Paling-paling pun, mereka jual mana-mana barang yang patut di jual. Katanya, duitnya nanti bole digantiin dengan barangan di kampung. Ya, boleh dianalogikan duit itu seumpama amal yang kita bawa ke sana. It doesn't matter about how many things we carry because the key is more important. The key we use to open our life there, in this story we called it money, in terms of ukhrawi we called it 'amal.
#gazaunderattack
#prayforGaza
#prayforallMuslims_aroundtheworld
#oneummah_khilafah

Ahad, 3 Ogos 2014

7 Syawal

Assalamualaikum w.b.t
"Please Look After Mom" hasil karya Kyung-Sook Shin, merupakan antara novel yang ku gemari. Genre family yang diutarakan membuatkan kita dekat pada babak dan kronologi sekaligus reflek pada diri sendiri.
Selepas membaca novel ini, the way we think about our mom could be changed. Their nature, pengorbanan yang tersembunyi, kata hati yang terpendam, dan rahsia mereka, semuanya yang sebelum ini tidak kita terfikirkan.
After I read this book, I will look into the small matter about mom which is before this I didn't really look at. Many times, I asked myself,  is it okay with mom? Are these really what she means? Or what is always mom's dream? She has it, isn't? The most important thing is that how well I know the woman that I called 'Mak'?
'Please look after mom' mengisahkan seorang wanita tua, So-nyo yang hilang ketika berada dalam kesesakan in a Seoul subway station. She's with her husband at that time. But her husband lost her. The way the novelist expand her story is unique which is every chapter she will introduce a new narrator. Even though sometimes I lost the character but it makes me to know more and read more to answer the puzzles,  'who's character belong is this'. Then, I come across what the novelist really want to tell us, which is every perspective about So-nyo as a mother to a bachelor daughter,  mother to a married daughter,  mother to an oldest son, as a wife, as a sister-in-law, and as a friend. Like I said before, after all we wonder, how well did we actually know the woman we called Mom?
If we go through the story, put ourself into this story, automatically we asked ourself, and how about dad? If we didn't know much about mom, what about dad? Bapa yang selalu tenang, jarang mennokok bilang orang bugis...(mennokok means bebel in bahasa) are we ever able to know him better? I can't. I didn't have the chances even once. When I remembered the past, the only things I can say to myself is 'all things were wrong'.
Berbalik mengenai penceritaan novel ini, sampai ke pengakhiran, rasa desperate itu terbawa-bawa. Mana tidaknya, So-nyo tidak ditemui. Walaupun bertahun-tahun keluarganya mencari. Penulis mengakhiri novel ini dengan watak anak perempuannya yang belum berkahwin berkunjung ke Rome dan mengunjungi Vatican city. I can't imagine more, but one thing that I could say that, she asked the holy Mother to look after her Mom. Hidup atau matinya, jauh atau dekatnya, dengan siapa pun dia since she and her family can't reach her mom for years. For sure they can't lose hope for their Mom. As a Muslim, i personally think, we do our effort, but all are belong to Allah. He knows everything. And we ask Him always. Saying, Oh Allah, please look after Mom.
Al-fatihah.
#savegaza
#my name is Laila Hijjera, I'm from Malaysia. And I #supportforGaza.

Sabtu, 2 Ogos 2014

6 Syawal

Assalamualaikum w.b.t
Sometimes we did something in order to make other(s) happy. Maybe that person doesn't really get our intention because for him/her, happiness means being together. The words ' it's over' that we said maybe sounds like we are asking for our own happiness but it doesn't.  We asked it because we can't guarantee whether we can give that happiness for him/her.
Aku juga sakit. Aku terpaksa memilih untuk begini. Aku cuma berharap agar kamu bisa mengejar bahagiamu. Bukan bermakna, 'it's over' itu 'kamu tidak layak bersamaku' atau 'aku tidak mahu hidup bersamamu'. 'It's over' yang ingin ku sampaikan, 'kejari bahagiamu. Aku khuatir kalau aku ini merupakan jalan terbaik mu'.
Bahagiaku? Aku bahagia sekadar begini. Bertambah bahagia kalau kamu bisa temui bahagia yang kamu inginkan. Sakit hatimu mungkin tidak dapat ku ukur, apologi saja tidak cukup. Aku yang bersalah.
Kamu layak untuk bahagia. Aku atau tanpa bersamamu, kamu layak sekali untuk bahagia. Aku teringin sekali lihat kamu bahagia. Sungguh... benar!
Malam-malam begini, aku ditanyai bayu,
Apa mungkin ada perkhabaran rindu?
Tiada gelengan, tidak angguk
Sekadar tersenyum. Cukup.
Sudah, lewati saja aku di sini
Sebelumnya bayu, kamu tahu?
Rindu itu bukan utusan seperti yang kau tanyakan,
Rindu itu apabila kamu menyapa aku, itu rindu.

Jumaat, 1 Ogos 2014

5 Syawal

Assalamualaikum w.b.t
Hari ni baru berkesempatan ziarah kubur arwah adik. Selalu arwah bapa yg baca يس. Sekarang aku pula. Ntah bila aku tiada siapa yang sudi bacakan pula.
One thing yang aku peroleh hari ni, kalau kita nak tengok seseorang tu betul-betul bahagia, it's doesn't matter without us as long as he/she is happy. As soon as possible. You get it? Please, be happy with your life.
Perjalananku masih panjang. Aku baru belajar merangkak. Dan Aku akui aku ego. Tapi itulah prinsipku. Aku mahu memijak satu demi satu anak tangga. Aku tidak perlukan eskalator.
Biarlah payah macam mana sekalipun, aku sanggup. Biarkan aku mengenal derita, perit dan sengsara. Kelak aku bisa menilai dan menghargai bahagia. Biarkan aku jatuh. Biarkan saja tangisku. Biarlah begini.
Semoga aku bisa menjadi seperti mereka. Punya agama dan ilmu. InsyaAllah. Allah humma Amiin.
(Bukan kita penentu bahagia derita, tapi selayaknya mengejar bahagia perlukan pengorbanan. Dan demi kebahagiaanmu aku namakan ini sebagai pengorbanan)
#saveGaza
#weneedkhilafah