Selasa, 29 Ogos 2017

Mengejar bahagia

Assalamu'alaikum dan selamat malam

Aku fikir perjalanan liku ini akan berakhir pada masa terdekat. Rupanya ia selekoh panjang yang jalan lurusnya tidak kelihatan. Destinasi yang tidak kunjung tiba.

Aku cuba untuk tidak membicara dan mempersoal walaupun kadang-kadang emosiku terumbang-ambing. Kerana kata yang bakal terluah bukanlah sebetulnya lahir dari hati cuma pelepas lelah. Dan aku tidak suka bila orang berteka lelahku puncaknya di mana. Itu rahsia.

Ketika menulis catatan hidup sendiri, yang terlihat di mata seringkali kehidupan dan bahagia orang lain. Meskipun, kita sibuk membilang angka bahagia kita dan kemudian dijajah ke muka dunia, kita sebenarnya sedang tewas.

Kita kata kita bersyukur tetapi sejauh mana syukur tanpa mengukur dan membanding dengan hidupnya orang lain?

Laku bahagia itu bisa sedetik dan sekecil tanpa sempat kita klaim, "ah, aku bahagia!" Dimana dan kapan pun.

Dalam duka pasti terselit suka, cuma kerna kita sibuk mencari solusi, kita lalai kalau sebenarnya bahagia itu bisa dipetik bila-bila saja. Kerna bahagia yang kita cari kadang-kadang berbeza dengan yang kita perlu. We fail to recognize it. Our way does not match.

Aku selalu arif kalau rentakku tidak seirama dengan yang lain. Kerana itu aku selalu memilih untuk menjaga hati sendiri. Menjaga mata, mulut dan telinga. Untuk sementara ini, aku berhenti membaca. Pengaruhnya semakin menekan.

Pernah ku baca tentang seorang tua yang menghabiskan sisa hidupnya menanam beribu pokok. Aku fikir akulah orang tua itu sehinggakan kini aku berabis masa menanam pokok, meskipun sekadar pokok bunga.

Ku mengira besok akan kembali bersinar hidupku, berakhirnya penantian, tetapi yang selalu menjadi teka-teki, bagaimana agaknya pengakhiranku? Lamakah lagi atau sekejap saja lagi? Bahagiakah?

Jumaat, 25 Ogos 2017

Catatan dan menanam

Assalamu'alaikum dan selamat malam

Sudah lama ndak menulis di sini. Sedikit sibuk dengan projek tanaman bunga.

Mulanya aku berfikir bahawa aku menanam kerana keluangan masa. Sebetulnya memang begitu cuma lama-lama aku rasa ia merupakan 'naluri'ku. Aku membesar dengan melihat bapa menanam pelbagai jenis sayuran. Ketika dia tiada, aku rasa lain bila tanah yang dulu berisi menjadi kontang.

Meskipun ruang sayur bapa belum boleh dibilang berpenghuni, tapi nampak jugalah dijaga. Tidak terbiar.

Aku bukannya tidak mencuba, tetapi seringkali menemui kata gagal dan belum punya cukup motivasi untuk istiqamah menanam sayur. Aku belum menjiwai dan communication antara aku dan sayuran belum terjalin.

Berbanding dengan menanam bunga, sikit demi sikit aku sudah rasa rentaknya. Walaupun belum bisa dikatakan expert, tapi interaksi antara aku dan tanaman bunga itu sudah terikat. Ada linknya.

Hahaha.

Bunyi macam desperate kan aku menanam. Kerana aku bukan sekadar menanam, aku sedang melalui fasa belajar mengenai kehidupan melalui menanam. Klise.

I mean, everything will become my lesson material. Anything.

Aku nda tau sampai bila aku boleh bertahan untuk menanam, tapi so far, aku bertindak mengikut naluri. Seolah ada dorongan yang membuat aku merajinkan kerja tangan (buat pasu botol, cari kompos, cangkul tanah...) dan aku bukannya selalu rajin tapi kerana ada biji benih yang sedang menunggu untuk ditanam, aku pun buat. Dan bila membesar sikit, aku pernah malas sekali hendak memindahkan anak pokok, tapi bila dari hari ke hari fizikalnya tidak anjak,maka aku pun buat juga.

Azam tahun ini? Menanam 10 jenis bunga yang berlainan. Dan aku cuba untuk tidak mengabaikan tanaman yang tidak mencapai level yang mahukan kerana jangka hayat singkat, cerewet, malas tumbuh, contohnya.

Minggu lepas, rimbun gypsophila jenis garden bride ku mati. Sedih. Aku ada satu pasu lagi jenis yang sama dan aku cuba untuk kasi maintain dan masih dalam eksperimen bab penjagaannya. Ada tiga kemungkinan, terlebih/terkurang air/matahari, terkena baja atau aku lalai untuk buat dead heading (meskipun aku sendiri tidak pasti sama ada tumbuhan ini perlu dead heading atau tidak).

Keduanya, 2 pokok aster ku, satu warna pink, satu lagi warna purple sedang layu. Tapi tadi petang sudah kelihatan segar sedikit. Assumption yang sama, terkurang air.... dan aku tidak buat dead heading. Mudah-mudahan besok ia bagi feedback positif. Allahumma aameeen.

Dalam masa terdekat, aku akan cuba menulis beberapa *post seperti selalunya; menyambung cerita pendek, update senarai yonder muzik dan berkaitan hari2 yang aku lalui.

Sebagai penutup, there is an analogy: ketika pokok bunga berbunga, kita punya dua pilihan sama ada hendak memetik bunganya atau dibiar di pokok. Kalau dipetik, pokok bunga akan nampak janggal sebab pokok bunga tu dipanggil pokok bunga sebab bunganya tapi kalau bunganya tiada? Ia tetap dipanggil dengan nama pokok bunga tapi apa kata mata memandang? Kita pun hendak bunganya dipuji. Well, bunga yang dipotong boleh diletak dipasu bunga (cutting/freah flowers) dan dijadikan perhiasan meja tapi bukankah prioriti bunga potong lebih memihak kepada bunga plastik? Tapi kalau tidak dipetik, jangka hayat bunga akan menjadi singkat.

Konklusinya, untuk terus mengeluarkan bunga, pokok bunga perlu melalui fasa dead heading. Selepas ia hilang separuh hidupnya, ia terima sejumlah cabang baru. Begitulah berterusan, sampai masanya mati, ia akan mati.

Khamis, 17 Ogos 2017

Catatan

Batang kecil dan hijau. Daun dua lembar. Itulah permulaan hidup tumbuhan.

Di pasu kecil itu, ada beberapa batang anak pokok bunga usaha membesar. Pagi dan petang tubuhnya disiram. Siangnya dihangat mentari, malam pula diselimuti embun.

Waktu ini, mereka tumbuh dengan wajah dan ekspresi yang sama. Semangat menjelajah alam. Semangat tumbuh besar dan bersama.

Bila angin dan hujan menduga, basah dan dingin diterima. Kadang-kadang ada yang tumpas. Satu demi satu jumlah batang di pasu tadi kurang.

Pun begitu, selagi hidup dikandung badan, liku pun dilalui. Sampai beberapa waktu usia dewasa menyapa.

Kalau dulu daun dua lembar sekarang daun sudah rimbun. Bunga dan buah pun ada. Dulu batang hijau dan lembut, sekali dicubit patah la ia. Sekarang, coklat yang keras, selepas menghitung hari berhadapan dunia dan seisinya.

Kawan yang sama-sama sempat bolos ujian hidup, juga serupa. Punya tanggungjawab dan cerita sendiri. Meski pohon sudah tumbuh cantik dan gah, ekspresi sudah berubah wajah: hidup yang dilapisi lelah, kecewa dan sesal.

Kata yang tertulis,

Menimbang kenangan waktu kecil dan dewasa.

Sabtu, 12 Ogos 2017

Aster telah pun berbunga!

Assalamualaikum dan selamat pagi

Beberapa hari ni busy dengan bunga. Tapi tidak juga busy betul cuma sentuh-sentuh manja sebab bunga boleh jak just diletak di bawah matahari dan jaga siramannya pagi dan petang. Tapi, it's better to give a touch.

Akhirnya batch pertama tanaman bungaku dari benih (terdiri daripada: aster, impatiens, gypsophila & petunia) sudah pun berbunga semuanya. Yeay! Alhamdulillah!

Aster kini makin ligat menghasilkan bunga walaupun pokoknya agak.... kecil? Pokok pertama berbunga pink. Pokok kedua belum lagi kembang bunganya tapi sudah nampak kuntumnya berwarna ungu. Mostly, tiap jnis cuma berwarna dua warna ini. (Petunia: pink & ungu gelap, gypsophila:pink, aster: pink & ungu, impatiens: pink gelap & pink pudar). Aku beli yang mix jadi warnanya sepatutnya random.

Aku sudah mulai batch kedua dengan jenis cosmos, dahlia, zinnia dan marigold. Semuanya terkenal dengan tahan panas dan mudah tumbuh. Jadi batch kali ni kita santai2 saja. 😉

Oh, berkenaan aster, dia mudah saja dijaga. Just make sure yang benih tu ok, dia mudah tumbuh dan membesar. Air biasa2 saja dan pasal cahaya matahari dia tiada masalah meskipun terik macam mana pun.

Berikut foto yang sudah ku compilekan untuk insta hari tu. Better la kan daripada diupload satu-satu.

Sabtu, 5 Ogos 2017

Terlalu banyak perkara yang dikejar,
Riuh dan asing.

Berapa jauh harus melangkah dan pulang
Atau berdiri diam?

Hidup sedang berbicara tentang jiwa
Cerita kita yang sudah sekian lama ditinggal. Tertinggal tanpa sedar.

Berlari jauh dan berhenti.
Berjalan pulang sambil menangis.
Ya Rabb, hati siapa yang aku bawa ini?