Jumaat, 23 September 2011

Kisahku dan See You d IPT =)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum ..salam Jumaat..=)
Sebelum 'mengupas' dengan lebih lanjut lagi mengenai tajuk di atas..saya ingin memohon maaf seandainya pembawaan 'blog' saya selama ini yang lebih 'memihak' kepada rutin harian .Sebenarnya,saya masih berada di tahap awal penulisan.Sebagai satu permulaan saya  merasakan 'pencetusan idea' seperti ini lebih mudah untuk diterokai.
                                                     SEE YOU D IPT

Pada awal September lalu,saya telah mendaftarkan diri di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (Gombak) sebagai pelajar Sem 2011/2012 dalam bidang Sains Kemanusiaan (Komunikasi).Tetapi untuk tempoh Sem ini saya mengikuti Pre-sessional Student (PRSS).Err..nak tau apa itu PRSS silalah klik 'GOOGLE'. ^__^
Berbalik pada tajuk asal,saya sebenarnya tidak pernah terbayang bahawa akan melanjutkan pelajaran ke 'Garden of Knowledge and Vertue' ini.Apa yang masih segar di minda saya,7tahun lalu,saya sering menggunakan istilah 'SEE YOU D IPT' .Sehinggakan ada dalam kalangan rakan-rakan & adik-adik asrama (2-3tahun kemudian) yang mengenali saya melalui 'perkataan' tersebut.
Siapa sangka,suatu yang selalu disebut-sebut,menjadi  realiti.Saya akui,pada awal tahun 2009,saya berasa sedikit 'down' kerana gagal melanjutkan pelajaran ke UIAM ini.=) Kini,barulah saya sedar bahawa,'doa' saya selama ini termakbul jua.
                                             TIAP PERKATAAN ITU SATU DOA
Saya sedikit 'kecewa' melihat situasi 'adik-adik'/ remaja kini yang lebih suka menggunakan 'perkataan' yang tidak membawa maksud apa-apa atau paling tidak pun,menggunakan 'perkataan' yang tidak baik maknanya.Sedarilah,apa yang sering diucapkan merupakan satu 'doa' yang bakal termakbul.Cuma waktunya sahaja tidak diketahui,samada cepat atau lambat.Jadikan 'peluang' yang ada ini sebagai salah satu alternatif kita untuk berjaya di dunia dan akhirat kelak. Doakan senjata orang mukmin? InsyaALLAH. Kerana itulah,saya suka untuk mengingatkan adik-adik di luar sana untuk menggunakan 'perkataan' yang 'elok-elok' untuk dijadikan sebagai 'pengingat' tanggungjawab/amanah kita sebagai seorang hamba,anak,pelajar, dan khalifah  ALLAH di muka bumi ini.Justeru itu,perkataan apa lagi yang baik untuk dijadikan 'panduan' itu? Maka kembalilah pada al-Quran dan Hadith.Semua persoalan ada jawapannya.=)
                                            CARILAH YANG KITA PERLUKAN
Sebagai seorang remaja,banyak 'permintaan' hati yang ingin diterokai.Saya suka untuk mengingatkan diri saya bahawa,apa yang penting sebenarnya,mencari yang perlu buat diri kita.Bukan yang bersifat sementara,tetapi yang abadi.Fikirlah,apakah perkara ini dapat menjamin,menjawab dan menolong saya di hadapanNya kelak? Sekiranya sesuatu perkara itu tidak memberi apa-apa manfaat,(manfaat yang abadi) maka tinggalkanlah.Selalu kita dengar,jangan menyesal di kemudian hari,right?
Kesimpulannya,manfaatkan peluang yang ada.Kata-kata yang berunsur assabiyah,masih wujud pada hari ini.....hapuskanlah,gantikanlah dengan yang lebih  baik..=) Perkataan-perkataan inilah yang menyebabkan Umat Islam sukar untuk bersatu.Sampai bila? (perkataan-perkataan yang berunsur assabiyah selalu saya lihat dan dengar kat kawasan saya.Masalahnya,masih di awal persekolahan sudah 'bijak' menyemai assabiyah)
tag:::bukan bermakna saya hendak 'promosikan' lagu see you d ipt/seangkatannya pula..rasanya anda juga tahu menilai..mana yang baik mana yang buruk...
                                              

Khamis, 22 September 2011

Inni uhibbuki fillah..=)

بسم الله الرحم الرحيم
Assalamualaikum w.b.t...selamat berjaga mata... @__@
Saya teringat gurauan  Prof yang ngajar saya Bahasa Melayu Lanjutan,Puan Feridah Mahadi@lebih saya kenali sebagai Umi...berkata,'salam2 semut'.
Mengambil ikhtibar daripada 'society' semut apabila bertembung pasti saling 'bersapaan'.Alangkah indah andai budaya itu digunapakai dalam kehidupan seharian kita,terutama muslim.Menyentuh perihal sapaan dalam kalangan masyarakat modenisasi ini,hendak mengukir senyuman juga payah.Kadang saya,pun terasa malu  andai senyuman tak bersambut. =='
Selain daripada senaman otot,senyuman juga menggambarkan kesediaan seseorang untuk berinteraksi dengan orang lain.Dalam kata lain,keterbukaan kita dalam mencari teman.Mungkin ada sesetengah menyangkal pendapat saya ini,tetapi itulah realiti.Lazimnya manusia akan mudah tertarik untuk mencipta ruang persahabatan apabila mendapat sedikit 'imbuhan' daripada si pemilik.
Bagi saya,persahabatan itu tidak dapat dinilai dengan apa sekalipun kerana nilainya amat besar.Bentuklah UMMAH dalam keadaan yang harmonis.Tanpa sebarang pengharapan.
Ikatan dapat dirasai jalur-jalur keindahannya melalui sulaman yang penuh keikhlasan.Tanpa mengenal seseorang itu A,bukan B.Dia kadang-kadang C.bla...bla...bla...
INNI UHIBBUKI FILLAH.
Saya amat bersyukur kerana dipertemukan dengan rakan-rakan yang pelbagai.Rakan-rakan dari Maahad..rakan-rakan dari Johor,rakan Perlis,Indonesian...mostly rakan-rakan Kelantan.Sebelum saya menjengah ke UIAM,ramai orang berbicara mengenai kesukaran untuk membentuk komunikasi dengan rakan-rakan dari Semenanjung Malaysia.Tetapi,benarlah kata pepatah,'tak kenal maka tak cinta'. Alhamdulillah,mungkin kerana persekitaran yang islamik ini,lebih memudahkan komunikasi kami sesama muslim.
Kawan-kawan foreigner...Zahra,Hala...walaupun english saya broken,tetapi terdapat satu kepuasan apabila dapat beinteraksi bersama mereka.
Meskipun kadang melalui waktu-waktu sendirian,tetapi melalui waktu-waktu sepi itulah saya dapat menghargai kehadiran teman-teman di sisi.
tag:::kawan2 dari Perak pun best-best...special name mention,Wani & Atul. (Wani kawan sebelah belajar Arab tadi.Rasa macam da lama kenal..mungkin sebab selalu dengar nama Wani kot...last,adik Wani kat Melaka pun masuk bakul sendiri :P) Atul,pelajar KAED.Setakat ni kitorang 1 room.Pelajar yang aktif.=)
_may ALLAH bless u all to being my friends_

Rabu, 21 September 2011

diary anak Sabahan

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan salam rahmat...(ketika ini hujan renyai-renyai) =)
Pesanan saya,kepada yang tidak punya waktu luang ,jangan baca entry ini.Hanya sekadar diari.(perlu ke aku bagitau? ) ^____^
Kini, menjengah ke pertengahan minggu ketika berada di Universiti 'Garden of knowledge & garden'. Sungguh,hati terusik,merindukan kampung halaman. Terkadang,mahu saja berundur dari garisan permulaan tetapi,siapa mampu untuk menganggarkan penghujung garisan itu?
Apabila difikir semula,hanya ada 2 pilihan samada hendak berjalan atau berlari.Berjalan,lambat tetapi selamat.Berlari,perlukan konsentrasi,maka ketemulah penghujung.
Aku sendiri sebenarnya,amat risau akan kedudukan diri,sebanyak mana mampu untuk berjalan,masih mampukah jika berlari?
huhu...rutin harian..kelas English,BM lanjutan...& Arabic..apapun,kat kelas English:::banyak ketawa coz semua foreigner 'comel2' (baik2 belaka).Bm,subjek form6 weiii...Arabic...so far so good la.
hmm..sis & brother jg baik2..terutama yg foreigner..saya selesa berada di UIAM ini.Kawan2 dorm jg baik. Rasa rindu kt kawan2 Sabahan  sedikit terubat.
Our prof..sangat2 baik..(aku rasa ayat aku dr tadi lebih kurang sama ja) sebenarnya time break,tunggu waktu asar...pasni ada kelas Arabic..:P owh ya,i would like to say that,i like very2 much my prof mdm Emilia.Something interesting with her! Saya merasakan 'semangat' nak belajar BI time form6 tu kembali ceria...=)
Nak cerita apa lagi eh? Sebenarnya banyk hal nak cerita..tapi,tak punya waktu yang luang.Akan datang.InsyaALLAH.
TAG::aku selalu dengar komen,muka aku sama ngan kawan2 dorang...realy?

Ahad, 18 September 2011

Sendiri...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...selamat berhujung minggu..=)
Semenjak 2 hari lalu,saya melalui hari-hari dengan sendirian.Kini,beberapa jam dari sekarang,suasana akan bertukar menjadi 'riuh'.Semoga rakan-rakan sekamar/se'dorm'  selamat tiba ke UIAM ini semula.=) amiin.
Ruang waktu sendirian,mengingatkan / memberi  keinsafan buat diri saya.Suatu masa nanti pasti sendiri juga. Akhir kepada penghidupan di dunia ini (alam barzakh) pastinya lebih 'menyeramkan' berbanding sepinya hidup tanpa teman berbicara.Saya menimbang-nimbang semula,berapa waktu saya yang terluang selama ini untuk berfikir sejenak tentang kehidupan selepas di alam fana ini?
Astaghfirullah al-adzim..:'(
Bagaimanakah persediaan saya untuk menjawab semua soalan Malaikat Mungkar & Nakir kelak? Terjawabkah saya?Tiada siapa yang akan membantu melainkan amal kebajikan sendiri. owh..saya terlalu memandang mudah kehidupan di dunia ini sehingga lagha pada 'perhiasannya'. Waktu mungkin banyak terluang pada 'download' k-pop song..==' Bila lagi nak 'download' iman?
Waktu mungkin banyak terluang pada 'chatting' di alam maya (fb la tu) berbanding 'chatting' ngan diri sendiri (muhasabah).Galaknya saya menatang dosa sendiri kat sini..Semoga ia bermanfaat buat kalian agar jangan terlalu leka kepada dunia.Ada seorang rakan pernah berkata (rakan seislam,actually terbaca kat satu page fb) kalau semua benda nak diluah kat fb/alam maya,berapa banyakkah lagi yang tinggal buatNya? Apa yang saya faham melaui ayat ini,berikanlah,sandarkanlah,rayulah,rintihlah pada
Pencipta yang Maha Agung.kerana DIA Maha Mendengar tiap katamu tanpa satupun diabaikanNya.
Semoga sedikit 'perkongsian' ini dapat membuka mata hati kita untuk mencari arah sebenar, jalan menuju kejayaan yang abadi.
tag:::carilah apa jua di dunia ini  yang bisa membantumu di akhirat kelak..=)

Sabtu, 17 September 2011

Rinduku padamu tiada penhujungnya....=)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...selamat menjamu selera...^___^
Harini genaplah 2minggu saya berada di perantauan demi menuntut ilmu. Hati mana yang tidak rindukan kampung halaman? Lebih-lebih lagi kepada insan yang dicintai,mak dan ayah.Walaupun,tiap2 hari tak pernah lupa untuk menghubungi mereka,tetapi,hati tetap saja merindukan raut wajah yang memberi seribu macam 'kekuatan' buat diri ini.
Mak,
Tiap2 pagi bangun daripada tidur,Ela pasti terdengar sayup-sayup suara mak.""Ela pi mandi.Nanti masuk panas,macam mana mau sembuh  selesema." "Ela,pi sarapan lepas tu cuci piring,sapu rumah.Jangan nonton kartun/korea kalau belum siap kerja,ya?"
Pak,
Tiap2 subuh,dinding bilik aku jadi sasaran ketukan.Tentu sesekali bapa akan terlanjur ketuk kan? Tu da kira rutin bapa suda.
*crying out loud*
Mak,pak...actually,hari ni kawan-kawan keluar ke Bukit Bintang.Tapi anak mak&bapa ni tak ikut.Duduk dalam bilik,kemas bilik,cuci pakaian,nangis depan lap top sambil menaip...:"( huhuhu manja sangat  anak tunggal mak&bapa ni kan?
Mak,Ela pakai baju yang kita sama-sama beli hari tu kat Milimewa.Pakai kat dalam bilik jak..mak kan tau,Ela suka pakai baju-baju baru..:P
hmm..tak tau nak taip apa da...*tauching* Semalam dengar lagu ni.Lagu khas buat mak&bapa..
tag:dulu time kat ostel,da kawan nangis ...owh,im gonna miss u my beloved fren,Fatmawati Nordin

ya,ALLAH!meskipun aku tidak berada di sisi mereka (mak&bapa) namun,aku tahu,ENGKAU selalu ada buat mereka.=)

Jumaat, 16 September 2011

RahmatNya tak bertepi..=)

 بسم الله  الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t..salam Hari Malaysia..
Situasi:::Menuju ke dorm setelah selesai makan di cafe bersama seorang teman Indonesia,Puteri. Tanpa diduga,kunci patah..harus berbuat apa? Seriously,seharian aku berlegar-legar di koridor blok A.First,kaki melangkah ke Office..comfirm la tutup,kan Hari Malaysia!
Then,call president Mahallah Maryam>Principle>Asst Manager>ke pondok Mak Guard>ke rumah Principle....finally,kami mendapati tingkap kat satu bilik tu tak berkunci..masalahnya sekarang,macam mana nak panjat kat atas tingkap tu?Suddenly,pertolongan ALLAH S.W.T. sampai...ALHAMDULILLAH. Sungguh!Ini tidak pernah terbayangkan di benak ku!Seorang senior yang kecil molek,menawarkan diri untuk membantu kami.Namanya sis Sofea.Tahun 4.
Apa yang dapat aku simpulkan,pertolongan ALLAH itu pasti akan tiba pada hambaNya.Sungguh!aku tidak menyangka doa-doa,rayuan hati dan rintihan sanubari kami mendapat balasan secepat itu.
Situasi tadi telah memberi banyak hikmah buatku.Bayangkan,seorang yang punya 'kuasa' juga tidak mampu untuk membantu kami.Sebaliknya,ALLAH hadirkan insan yang tidak punya apa kuasa melainkan rasa 'kasihan' dan fizikalnya yang memungkinnya untuk menolong kami.
Apa yang pasti,usah bertangguh lagi untuk terus berharap denganNya.Cepat atau lambat dikabulkan  bukan pokok persoalannya.Tapi tanyalah hatimu,dirimu..apa sudah cukup usahamu?Apabila difikirkan semula,aku tidak pernah seyakin,seberani dan setegas hari ini untuk berhadapan dengan semua situasi.Sepanjang hidup,aku tak pernah lagi pergi jumpa principle disebabkan nak mengadu masalah.Tetapi di alam universiti ni la aku berhadapan dengan situasi tersebut.
Alhamdulillah.Peristiwa tadi memberikan aku beberapa ikhtibar dan pengalaman bermakna.Usah sandarkan segala permasalahan kepada sesama insan.Tetapi sandarkanlah pada ALLAH S.W.T. InsyaALLAH bantuan akan tiba dengan sesuatu yang tidak terduga.
Ketika kesunyian,tadi teman aku,puteri ke kampus kerana ada pertemuan dengan senior dari Indonesia.Aku duduk sendirian merenung nasib diri.Tetapi hatiku tidak sesunyi manapun,ada seekor kucing yang asyik mengekoriku.=) Hubunganku dengan cousin juga bertambah baik.Aunty juga mengambil berat.Sungguh,selama ini,aku sering memikirkan bagaimana agaknya mahu merapatkan jurang antara aku dengan mereka.Tetapi situasi tadi memberikan aku banyak ruang untuk saling berkomunikasi(mengadu kat dorang melalui hp.sikit2 lagi ak mnta amik p Shah Alam).ALHAMDULILLAH.
Sedarilah..di awal kesusahan pasti akan ada kesenangan yang menyusul.Seumpama penciptaan pasu seramik yang mahal.Permulaanya bukanlah sesuatu yang mudah.Ia melalui banyak proses.Setelah dilenyek,diputar,diukir...barulah menjadi pasu yang bernilai.Begitulah kehidupan.Setelah melalui kesusahan barulah kita tahu menilai kemanisan kejayaan .Tanpa kesusahan,mana mungkin kita bisa mengagak darjah kemanisan kerana jalan yang dilalui tiada liku.Tanpa jurang dan lurah,perjalanan pengembara menjadi perjalanan yang sunyi dan sepi.Lantas di manakah dia ingin catatkan kesusahan dan getirnya?Pengembaraankah andai hidup dilalui hanya ada taman-taman bunga?
Sekalung budi:my dormate yang bercuti Asy,Noree,Fiza,Hajar..my beloved cousin,kak Malni,my aunty...teman yang ku ingin tumpang bilik,Pnaz.Mak Guard yg sempoi,Mdm yg dedikasi meskipun bercuti..dan tak lupa buat sis Sofea yg berhati suci..=) jazakumullah khair.
tag:1/2 hari ni ak rest daripada menatap lap top..:P

Khamis, 15 September 2011

MiAnhae...chingu(s)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..selamat beristirehat..^__^
Actually i wanna start to use english language in every my post..however...muehehe @__@ seriously,im shy becoz my english so broken,right?huhuhu..what should i do? *tambling*
huhu..hmmm..no matter what u'll say,i must move on.I mean after answered EPT exam,i thought that my vocabulary was less.The reason,not using  words frequently.Actually,when?where?At home,i like to use 'bugis' language to my parents even they are not. huh..errr..i think this much effort for my EPT..lol..
But,i like to mention that my foreigner classmates so 'great'! They will speak in English even sometimes make mistakes & wrong pronunciation.I? Laughing!!! Everyday,in EPT class i thought that i have much laugh.so,i would like to apologize here to all my foreigner classmates becoz always laughing in class!
hmm..i dunno if this a important thing,but,i love all my classmate..i like to make them as my family.Moreover,some of them (i supposed that  same aged with my parents) make me to remember my parents always.huh..im so lucky,right?
Once again,mianhae..(mianhae-in korean-same meaning with im sorry) chingu(s)...
tag:one day i will invite them to follow my blog..=)

Kelas Arabic

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..senyum pagi..^____^
Sehari dua ini,saya 'terlalu' sibuk dengan jadual kelas yang baru bermula. Walaupun tak dapat ke kuliyyah tetapi saya sangat-sangat bersyukur kerana telah diberi kesempatan untuk 'menambah' lagi ilmu pengetahuan bahasa saya..^_^
Walaupun terpaksa mengambil 3kelas dalam tempoh PRSS ini,tetapi tiada apa yang perlu dirisaukan,meskipun terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam masalah. Pergi kelas berseorangan, dalam kelas penuh dengan student kuliyyah,ketawa tak henti-henti time klas english(its also a problem?), nak cari waktu untuk makan,kadang tak makan kalo takda kawan..dan jadual kelas yang berurutan dari pagi hingga ke petang..=='
hmm..kali ini saya ingin berkongsikan beberapa perkataan yang saya pelajari kelmarin dalam kelas Arabic. Saya baru belajar basic..jadi....faham-faham la...post kali ini ditujukan buat sesapa yang nak belajar Arabic..^_^ takda caj..LOL

ولد=boy
بيت=daughter
طالب=student
طالبة=student(female)
رجل=man
امراة=young (woman)
شاب=young(man)
فتاة=young(woman)
تلميذ=people
تلميذة=people(female)
استاذ=teacher
استاذة=teacher(female)
مدرس=teacher
مدرسة=teacher(female)
معلم=teacher
معلمة=teacher(female)
عامل=worker
عاملة=worker(female)
قلم=pen
كراسة=exercise book
بيت=house
نافذة=window
منزل=home
شرطي=policeman
مسجد=mosque
مئزنة=tower
جامع=great mosque
جامعة=university
orait...done!! >////<   alhamdulillah..owh ya,utk huruf (hamzah kat atas alif) tu saya tak dapat nak cari kat keyboard ni..huhu,so sya gantikan ngan huruf alif sahaja..:P
Semoga usaha yang sedikit ini mendapat keberkatanNya.
tags::kalo ak da abis belajar arab,nak amik hanguk pula..^^ yeah..korean mari!!!
       ::ustaz yang ngajar pun best..^^

Ahad, 11 September 2011

the end of taaruf week...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..selamat malam..=)
Firstly im wanna to inform u(reader[s]) that im not going to tell u about our activities along the Ta'aruf Week...this only my conclusion..in another way...hope u enjoy it..(bajet english..almaklum nk masuk klas language pas ni...:P)
Setiap hari,melalui lorong yang sama,aliran air,desiran angin...bau restoran yang membuka selera...mata saya tak jemu daripada memandang kelopak-kelopak bunga teratai. Meskipun keadaan sungai tu tak la tahap A..however,something special at there.Saya boleh simpulkan 4 situasi.
1)Bunga teratai yang kembang + sungai yg bersih
2)Bunga teratai yang layu + sungai yang bersih
3)Bunga teratai yang kembang + sungai yang kotor
4)Bunga teratai yang layu + sungai yang kotor
-Ada orang yang boleh menanamkan sifat-sifat mahmudah dalam dirinya meskipun dikelilingi suasana yang penuh cabaran,ujian dan dugaan..kerana dia tahu bahawa SITUASI bukanlah TUAN kepada nasibnya melainkan ALLAH sebagai TUHAN yang Esa_-Ada orang yang punyai sifat-sifat mazmumah meskipun dikelilingi suasana yang mendorong dia ke jalan yang BENAR..kerana dia tidak mensyukuri apa yang dia miliki melainkan hanya tahu menyiakannya.Hanya mahu menerima tanpa memberi...
Namun lebih malang lagi,kalau punyai sifat-sifat mazmumah + tidak mahu mencari penyuluh hidup...
tetapi,
alangkah indahnya andai kesempatan yang diberikanNya dimanfaatkan untuk hiasan peribadi.
Seumpama bunga teratai yang tumbuh subur dan cantik ... begitulah perumpamaan bagi kita pada zaman modenisasi ini,Sungai yang 'kurang' bersih itulah situasi kita.Kerana itu,jangan pernah merasa lemah apabila berhadapan dengan apa jua situasi.Kita terkadang terlepas pandang,banyak orang yang boleh lepasi ujian kesusahan tetapi SEDIKIT bilangannya yang lepasi ujian kesenangan.
Seorang teman saya pernah berkata,"a rose is always rose whether its in a pot or in the dustbin." Lalu saya pun membuat kesimpulan yang sama,teratai adalah teratai,samada di air yang bersih atau di air yang keruh...
tag:::mak aku pesan,kat UIA jangan sibuk nak bercinta...

Jumaat, 2 September 2011

Andai ku diberi pilihan kedua...

Assalamualaikum ...
Esok,saya bakal berangkat ke Sem Malaysia...Rasa berat sangat nak tinggalkan negeri tercinta ni. Ini bukan pengalaman pertama tetapi bagi tempoh yang panjang,iya..
Demi menuntut ilmu,saya gagahkan juga diri untuk tabah menghadapinya.Mungkin bagi insan lain,ini sudah menjadi perkara biasa..tetapi bagi diri saya yang lemah ni,tentulah rasa tak 'best'.
Selama hampir 20tahun,saya tak pernah berjauhan dengan keluarga untuk tempoh yang lama.Sekadar hampir tiga bulan semasa PLKN.Saya yang merupakan anak tunggal dalam keluarga,walaupun bukan tergolong dalam keluarga 'berada' tetapi,saya masih mampu untuk meminta apa saja yang dihajati. InsyaALLAH,pasti kedua ibubapa saya tunaikan. Apa jua masalah,saya pasti akan merujuk kepada mereka.Hatta perihal pelajaran,meskipun mereka tak dapat selesaikannya,namun,cukup mendengar nasihat, marah...teguran..&pandangan..mereka itu sudah memadai.
Walaupun stay asrama time form 4,5,lower & upper 6,tetapi still saya masih punya kesempatan untuk menatap wajah dan mencium tangan mereka.
*crying*
Saya pernah terfikir untuk tinggal kat rumah saja..dalam erti kata lain,tidak ingin menyambung belajar semula.Tetapi saya kena akui juga,itu bukan sebahagian daripada impian saya.Mestilah semenjak di bangku sekolah lagi saya berangan-angan nak lanjutkan pelajaran ke menara gading.Mana nak fikir stay rumah,menganggur..=='
Saya cuma nak tinggal dengan mak & bapa saya...saya tak pernah bayangkan yang satu hari akan tiba di mana saya akan pergi jauh untuk menuntut ilmu.Hati saya terdetik,andai saya diberi peluang kedua, saya tak akan klik mana2 u melainkan u yang ada kat Sabah ni jak.
*crying out loud*
Saya tahu,mak dan bapa juga sedih.Saya hanya satu-satunya permata yang mereka miliki. Hati saya diragut pilu,memikirkan kehidupan sepi yang bakal mereka tempuhi.huhuhu...
Namun begitu,bila memikirkan kaum kerabat,jiran2,taulan...saya pasti kehidupan mereka akan sedikit 'berwarna'.
Saya lebih rasa gerun bila memikirkan EPT,APT,TPT...terus terang semua tu saya lemah...teringat kat satu kata,kalau nak menuntut ilmu,kena rendahkan diri..kerana air hujan takkan tertadah pada kawasan puncak yang tajam.Meskipun terpaksa bermula dengan kosong,saya tidak akan mengalah...
huhuhu..tak tau nak cakap...tak sabar nak tunggu 4 tahun kemudian..:P
SABAH,KINABATANGAN,LAHAD DATU...tunggu kedatangan saya kembali..InsyaALLAH.