Jumaat, 17 Februari 2017

Kucing : dulu dan sekarang

Selamat malam.

Melanjutkan bicara mengenai kucing. Ibu kucing kami yang pertama sebelum berkembang biak sudah lama meninggalkan rumah. Dia pergi tanpa pamit. Dia itu pernah aku ceritakan lewat post pada tahun 2015, kucing yang tidak bernama. Sekarang tempatnya diisi 3 ekor anaknya yang ketiga-tiganya sudah punya anak.

Aku masih ingat saat pertama kali berjumpa mereka, dulu mereka berempat,  mulanya ku panggil Taro, Maru, Chorong dan Aga. Tapi mak mendominasi hidupnya kucing maka nama mereka bertukar ke Kojo', Bolong 1 , Bolong 2 da  Momok. Bolong 1 pergi seperti ibunya tanpa pamit. Maka tinggallah yang tiga lagi meneruskan legasi keluarga Endek (yang mulanya kucing tanpa nama).

Personafikasinya, Kojo' seorang yang pendiam, feminin dan sopan, kucing yang mula-mula sekali baik dengan aku. Bolong 1 pula tidak feminin tetapi manja dan maskulinnya tidak kenampakan cuma figuranya yang membuatnya kelihatan begitu. Bolong 2 sebenarnya yang paling feminin, pemalu dan introvert. Penakut. Yang terakhir sekali Momok, agresif, kuat makan, muka gangster... aku fikir dia mungkin solo sampai ke tua tapi sekarang dia sudah beranak 4 ekor.

Kenangan indah bersama mereka adalah mereka suka tidur berempat sehinggalah mereka menginjak usia dewasa. Setelah itu, tiada sudah episod mereka tidur bersama. Aku paling rindu waktu itu. Ada masanya mereka meriahkan rumah dengan sepakan botol yang berisi tiga biji batu. Ah, Bolong 1 paling pandai main sepak botol. Tukang minta makan mereka bergilir-gilir sebelum akhirnya disandang penuh oleh Momok kerna caranya yang ampuh, gigit mak. -_-

Selepas ibu mereka melahirkan 4 lagi adik mereka (Seppang, Jojo, Nambong & Nembong), suasana bertukar sedikit demi sedikit. Maka beralihlah perhatian kami ke adik mereka pula. Keadaan bertambah dingin selepas ibu mereka pergi meninggalkan rumah. Mereka yang dulunya berempat tinggal 3 ekor selepas Bolong 1 pergi. Kini, masing-masing punya anak, dan mereka beraksi selayaknya seekor ibu kucing.

Tiada lagi tidur bersama saudara, susu anak melulu. Bermain juga tidak, itupun anak-anaknya dimainkan oleh adik-adiknya (Seppang bersaudara).

Aku kadang meminta agar mereka bisa balik ke usia dulu bermain dan bermanja. Sekarang kita manja dia, dia ngiaw balik minta makan. Ah, selepas beranak nafsu makan mereka menjadi-jadi. *duit melayang-layang*

Cuma Momok yang masih bermanja denganku. Pagi & malam dia wajib masuk ke bilikku. Aku rasa selepas aku pergi seminggu di SM semasa graduasi dia mula cek aku hari-hari. Itupun mungkin perangai kami sama jadi kami masih berinteraksi sampai sekarang.

Maksud aku,lihatlah Kojo' dan Bolong, hidup mereka menjadi pudar sudah tidak seceria dan seaktif dulu. Kerjanya menyusu anak dan membawa pulang buruan (tikus).

Then, I realized that ... maybe it was the kittens who had made their mother's daily life so dull.

Sekali imbas, seperti dejavu... aku lihat bayang mak di situ. Refleksi.

Anak kucing : memburu

Assalamualaikum w.b.t

Seminggu lalu, pagi-pagi suara mak cemas, anak kucing yang ada 9 ekor itu cuma ada satu menikmati sarapan pagi.

Bilangan kucing mak semua ada 19. 3 ekor mama kucing, 3 ekor jantan dewasa, 9 ekor anak kucing dan 4 lagi bayi kucing.

8 daripada 9 ekor anak kucing lenyap. Ah, seekor mama kucing juga tidak hadir, menjadi suspek kejadian.

Ini merupakan baru kali pertama berlaku. Sebelum ini, kucing jantan yang dewasa juga pernah 'hilang' sekejap semasa kecilnya tetapi sejam dua jam selepas waktu sarapan pagi, mereka sudah kembali.

Memburu. Itu tekaan mama. Tetapi setelah jenuh menunggu, kelibat mereka tidak juga muncul-muncul. Maka,berbagai andaian yang muncul. Mula-mula kami fikir memburu faktor perdana,tetapi semakin masa berlalu, andaian (mungkin lebih tepat tuduhan) yang tidak masuk akal pula yang wujud. Maklum saja, keluarga kucing ini merupakan ahli kami. Sudah cukup rasanya kami kehilangan.

Memasuki angka 11 pagi, mama kucing yang tidak hadir tadi (kami panggil Bolong tapi nama rasminya Chorong) pulang melalui laluan kecil di bukit belakang rumah. Tidak jauh dari kelibatnya kelihatan seekor anak kucing berlari-lari kecil sambil mengiau. Ya, cuma seekor yang sampai. Maka, rumah pun hangat lagi. Di satu sudut, menyalahkan Bolong. Di satu sudut celah suara, setidaknya kami sudah dapat jawapan kukuh. Mereka benar-benar pergi memburu!

Usai Bolong makan, mak ditemani aku mula mencari anak kucing yang lain di kawasan kebun. Tiada. Kami luaskan lagi latitud dan logitud pencarian. Sunyi. Tiada kelihatan jejak dan bayang mereka. Kamu tahu,Bolong yang ikut sama sepertinya pertama kali melalui laluan kebun sawit di belakang rumah itu. Pelik. Tiba-tiba Bolong berlari laju di celah belukar sambil mengiau kuat, aku dan mak langsung berpandangan, satu saat dua saat... pause. Muka kami penuh harapan. Di saat itulah Bolong melabuhkan 'buntutnya' di bawah pohon kelapa sawit yang teduh.

Itu saja yang kau mahu tunjukkan Bolong? *muka tidak percaya*

"Harapan kita terlalu tinggi, nda pernah dilatih, baka pun kucing kampung, tapi kita mengharap lebih".

Maka pencarian siri satu itu berakhir begitu saja. Selepas solat zohor, aku meneruskan pencarian. Sendirian. Mulanya aku sepatutnya mengekori si Bolong tetapi entah bagaimana mak hilang kelibatnya. Jadi aku pun mendengar nasihat mak yang mana hipotesisnya semakin 'up'. Katanya, ke seberang kebun. Aku pun pergi. Di rumah kosong itu, aku temukan seekor mama kucing dan seekor anak kucing. Mama kucing tadi figuranya serupa salah satu daripada anak kucing yang hilang, hitam penuh. Serupa ku katakan.

'Keppu? Kenapa kau sudah besar Keppu?'

'Itu anakmu?'

Ya. Logiknya, mana mungkin anak kucing kami boleh sebesar itu dalam jangka satu malam dan punya anak. Nampaknya aku sudah 'hilang akal'. Mungkin terlalu desperate selepas kehilangan ahli.

Aku berlalu selepas beberapa kali terpijak kaki dan ekor mama kucing hitam itu. Maaf, aku baru dalam misi menurunkan berat. Lain kali aku datang bersama makanan.

Selepas singgah sebentar di bawah kolong rumah melaporkannya kepada mak,aku ke belakang kebun pula. Mungkin lima minit selepas pemergianku, mak menelefon.

'Ada sudah La anak kucing balik. Si Bolong dari ambik. Ni ada sudah makan'.

Aku balik. Rumah riuh lagi dengan suara anak kucing. Lengkap sudah ahli.

Aku pandang Bolong. Aku tahu agak sukar untuk kami berkomunikasi. Yang kita tahu cuma satu pesen bahasanya, 'miaw'. Tapi dia merujuk kepada pelbagai perkara yang berbeza. Mungkin,kami  fikir Bolong masih anak kucing seperti setahun yang lalu. Kami patut sudah meletakkan kepercayaan kepadanya. Dia sudah benar-benar dewasa walaupun akan tetap menjadi 'anak' di mata kami.

Khamis, 16 Februari 2017

Bahagia

Assalamualaikum w.b.t

Ada sebuah keluarga tinggal di kampung kami. Jumlah ahlinya ramai. Anak yang sulung sepatutnya menginjak sekolah rendah, mungkin darjah 2 tetapi dia menghabiskan masanya di lot kebun sawit.

Semasa aku aktif bersukan (aku paling suka joging) trekku adalah jalan kecil sawit kami di tepi sungai. Terasing. Jauh dari pandangan orang lalu lalang. Pada suatu pagi, anak itu melalui jalan yang sama, jalan pintas untuk ke lot sawit tempat bapanya bekerja.

Aku berfikir, 'alangkah baiknya kalau adik ini dapat ke sekolah belajar membaca dan mengira'. Aku merasakan betapa malang nasibnya, anak lain seusianya selayaknya duduk di bangku sekolah dan mulai melakar impian.

Impian? Ya,apa impian anak ini? Mewarisi pekerjaan bapanya? Aku dulu sejauh bulan aku impikan.

Tidak lama kemudian, figura anak ini sudah lekat di rumah. Datangnya ke kebun sawit sekejap saja. Bapanya sudah tidak dibantu. Tinggal dia di rumah, menonton rancangan tv. Aku semakin berasa kasihan, dia benar-benar sudah menghabiskan usianya tanpa berimpian jauh.

Tapi kamu tahu, aku dulu seorang anak kecil yang cintakan sekolah, melakar impian yang tinggi, sampai benar-benar tercapai ia. Nah, aku sekarang menghabiskan masa di rumah. Kalau ada rancangan tv yang aku minat aku nonton, aku baca buku yang aku suka, dan sejam dua jam di petang hari aku ajar tutor dengan seorang murid.

Masa depan anak tadi masih kabur sedangkan aku berada di masa depanku yang dulu. Mungkin kerna wujudnya orang sepertiku, anak tadi sudah takut untuk berimpian.

Aku yakin di saat ini dan akan datang, waktu ini merupakan bahagianya anak tadi. Tapi aku? Bahagiakah aku?

Memori : family picture

Assalamualaikum w.b.t

Beberapa hari yang lepas, aku meluangkan masa di webtoon dan terjumpa manhwa yang aku kira antara yang terbaik pernah ku baca.

Lukisan yang simple. Cerita yang rutin.

Ia mengingatkanku akan memori. Ketika Ilmi masih bersama kami sehinggalah ketika pemergian bapa, itulah memoriku tentang keluarga.

Keluarga kecil kami tidak lazim dengan foto, album... yang ada di album cumalah foto keluarga besar sebelah mak semasa kami melawat datuk dan nenek pada tahun 2005. Kemudian beberapa keping foto raya yang isinya cuma gambar sedang makan. Atau beberapa gambar semasa sekolah, dan Fitri Haris (dulu aku peminat tegarnya- and now I wonder what is I trying to do by keeping his picture?)

At the end, I realised that we don't have a single shoot of family picture. We thought we may stay together for a long time.

Pernah aku merancang membuat family picture semasa di hari graduasi ku. Tetapi ternyata perkara yang bukan habit terlalu sukar untuk dilaksanakan maka ia menjadi rencana yang tergendala. Pending. Bukan aku tidak pernah merancangnya di hari raya, tetapi ia menjadi wishlist yang saban tahun aku catat.

Oh, aku merencana membawa potrait foto bapa dan Ilmi di hari graduasiku. I just don't want people stare at their potraits. I drop the plan.

Aku pernah tulis masa kami lengkap berempat cuma sekejap tetapi itulah memori yang indah bagiku. Separuh atau mungkin lebih separuh sudah pudar atau hilang memori itu tetapi menangis mengingatnya. Without realising it is happiness, loneliness or sadness.

Aku fikir semua kita pun begitu. Zaman kanak-kanak merupakan zaman yang paling kita rindu. Short but last long nostalgic.

Haha. I'm not that depress.

(Akan giat menulis lagi untuk period ini, inshaAllah)