Sabtu, 20 Februari 2016

ilustrado

Assalamu'alaikum w.b.t. dan Salam sejahtera

Sudah dua minggu aku berusaha untuk habiskan baca buku tulisan Miguel Syjuco bertajuk Ilustrado. Sampai sekarang belum ketemu titik akhir. Ini merupakan percubaan pertama membaca karya berlatarkan komuniti Filipina, aku fikir selama ni karya Orhan Pamuk lah yang aku payah betul mahu kasi hadam. Ah, sesusah aku mahu faham karya Orhan Pamuk, boleh juga kasi habis. Yang ini?

Faktor utama aku beli buku ni adalah kata 'ilustrado' itu sendiri yang suatu ketika dahulu merujuk kepada Filipino educated class semasa zaman penjajahan Sepanyol. Aku fikir ia tentang kisah golongan tersebut, Joze Rizal...etc, apabila Filipina merupakan antara negara Asia yang melalui Zaman intelektual. Itu expectation aku.

Mungkin, aku kena cari buku sejarah lepas ni.

Entah, sudah berapa lama aku tidak membeli dan membaca karya Malaysia. Bukan tidak berminat cuma tidak berkesempatan. Sama juga halnya dengan filem dan drama Melayu. Aku rasa, sudah tiba masanya orang kita menghasilkan karya yang berlatarkan masyarakat Malaysia. Maksud aku, something yang realiti. Mungkin, apa yang disogokkan kepada kita sebelum ini merupakan realiti yang berlaku di Malaysia, tetapi minoriti. Kalau hendak ikut selera audiens, mungkinlah, ada sahaja yang akan tonton sebab jalan cerita yang dipertontonkan bersifat imaginasi. Tetapi sampai bila? Aku rasa salah satu sebab filem Malaysia (dan juga bentuk rancangan tv yang wujud) tak boleh nak pelbagai genre sangat disebabkan limit untuk berkarya. Sebagai contoh, di pentas Indonesia, salah satu rancangan lawak tahunan mereka, pelawak bisa membawa genre tersendiri termasuklah yang bersifat humaniti. Mereka suarakan aim/goal mereka menerusi pentas-pentas media. Ada satu komika yang sebelum ini aku ikuti komedinya, dia suka 'berlawak' dengan memaparkan situasi yang berlaku di tempat kelahirannya, di mana wujud ketidakseimbangan kemajuan antara negerinya dengan negeri lain yang ada di Indonesia. kata Nepotism pun aku tahu dari pentasnya dia. 

Bagi aku, ada sahaja karya Malaysia yang bisa diangkat tetapi tidak sampai ke kaca tv. Mungkin juga ada, tetapi aku yang tidak ikuti.

Aku jarang follow satu-satu rancangan untuk satu tempoh yang lama. Setakat ini rancangan yang aku ikuti adalah 2 days 1 night, tv show dari Korea Selatan. Bagi aku ini salah satu contoh rancangan tv yang bersifat ori dan terbaik. Drama pula, aku memang cemburu tengok Korea Selatan yang bisa menghasilkan drama-drama historikal (meskipun adakalanya bersifat fiksi) tetapi mereka ada sesuatu yang dipanggil variasi genre. Filem aksi, sains, medic... mungkin ada sesetengah genre sudah diperkenalkan di Malaysia, tetapi masih wujud 'kecanggungan' atau nampak 'alien'. Kita kena perhalusi jalan cerita tersebut agar ia nampak keMalaysiaan. Bukan tidak boleh hendak tiru karya luar, tapi biarlah ia ditonjolkan dalam konteks masyarakat Malaysia. Kita bawa identiti sendiri. Mungkin, kita masih struggle untuk menetapkan / set identiti since we don't have definite goal/identiti as Malaysian? eh?

Persoalan lain muncul pula, apabila kurangnya bilangan kedai buku di Malaysia. Kedai buku seumpama Kinokuniya... sebab kurangnya populasi membaca dalam kalangan masyarakat. Cita-citaku suatu hari nanti nak buka kedai buku di daerah kelahiran. Kah. Mak aku kata susah nak survive kelak sebab kurangnya bilangan yang membaca, tapi kita cuba jak dulu. Kalau tiada yang mulakan, kitalah yang mulakan. 

Aku sangat berterima kasih kepada seorang dosen ni yang pernah menyebut mengenai animal farm, dia rekomen buku tersebut untuk dibaca, maka terbukalah hati hendak baca buku Inggeris. The alchemist, to kill a mockingbird, the book thief, the little prince.. antara buku yang baik untuk dibaca.

tajuk tiada kaitan dengan post. haha.

Selasa, 16 Februari 2016

Terima kasih, cikgu

Assalamu'alaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Semester ini, aku mengikuti kelas intro to usul fiqh yang mana dosennya adalah dosen yang pernah mengajarku dua tahun lepas bagi subjek intro to fiqh, dan asbab utama aku ikuti kelasnya kali ini kerana bagiku cara mengajarnya yang bagus. Tetapi, dapat tidak dapat, aku tidak ingat semuanya pelajaran sebelum ini ditambah lagi sikap pasif ku di dalam kelas menyebabkan aku 'merahsiakan' perkara ini.

Alkisahnya, dosen ini rupanya masih ingat kalau aku merupakan salah seorang daripada muridnya dahulu. Asif jiddan ya Ustaz.

Pernah seorang ustaz lain pada semester lepas menceritakan kepada kami di dalam kelas mengajarnya bahawa suatu ketika dahulu dia punyai seorang murid non-Muslim. Apabila peperiksaan tamat dan keputusan keluar, murid tersebut datang menemuinya semula. Berkata murid tersebut, "Terima kasih banyak Ustaz atas pengajarannya. Tetapi, saya merasakan bahawa saya tidak layak untuk mendapatkan A dalam mata pelajaran Ustaz". Lalu ustaz pun berkata bahawa grade tersebut selayaknya dengan usaha dan jawapan murid tersebut.

Terpana. Belum pernah aku mendatangi dosenku selepas mengambil peperiksaan. Untuk berterima kasih untuk semuanya.

Kerana dari sudut lain, aku sependapat dengan seorang dosen lain yang pernah berkongsikan pendapatnya mengenai isu 'mendatangi/menziarahi' dosen selepas peperiksaan. Dia berkata bahawa selagi kalian bergelar pelajar di universiti ini dan saya merupakan dosen kalian, jangan datangi saya sehingga kalian lepas (graduation). Ini kerana, saya juga seorang manusia. Hal-hal sedemikian bisa mengundang 'pilih kasih' dalam perkiraannya. Dan itulah yang aku pegang sejak di sekolah menengah dulu. Bukan saja-saja untuk tidak 'rapat' dengan guru, tetapi apabila wujud perhubungan rapat antara guru dan pelajar, akan wujud istilah pilih kasih. Aku pernah berada di situasi tersebut dan bagiku, 'pilihkasi' / 'diskriminasi' suatu yang tidak enak untuk diundang dalam komuniti lebih-lebih lagi pendidikan. 

Seorang dosen pernah berpesan, hampiri guru kalian, tunjukkan dirimu didepannya dan sebolehnya biar dia ingat nama kalian. Bila tiba saat pemarkahan, dia bisa ingat mana kamu dan itu bisa membantu kalian. Dan aku tidak sependapat.


Diam tidak bermakna kita lupa. Selalu menghargai dalam doa. Insan-insan yang mencurahkan ilmu. Terima kasih, cikgu.

Isnin, 15 Februari 2016

mengenang bapa dan Ilmi

Assalamu'alaikum w.b.t. dan salam sejahtera

Sudah lama tidak berbicara tentang bapa dan Ilmi. 
Apabila melewati November, December...Januari... semakin lama aku mungkin bakal lupa kesekian kalinya telah ditinggalkan insan yang ku cintai.

Itulah yang paling ku takuti. Rindu. Tetapi semakin hari, memori akan pudar satu demi satu. Mungkin, ada yang berkata, biarlah, yang utama itu doakan kesejahteraan mereka di Sana. Atau ada yang mencemuh, kalau benar cinta, mana mungkin bisa lupa.

Ayuh, aku katakan padamu. Untuk sejujurnya, inilah yang bakal dilalui, menjalani hari-hari depan, dan meninggalkan hari-hari lepas. Rindu, iya rindu tetapi dengan menempuh hari-hari kini yang tidak sunyi dari cabaran dan cobaan, fikiranmu dengan tanpa sengaja melupakan, terlupakan. 

Dan jiwamu juga tidak dapat membatasi rasa rindu. Kerna kita bukan pemiliknya waktu. Cuma ada satu jawapan bakal terubatnya rindu, itulah tatkala dunia sudah berakhir. Itupun, kita bakal melalui proses yang panjang. Rindu sungguh!

Pastilah, jika ditanyakan, bila hidupmu terasa paling bahagia? Tatkala keluarga kecil kami cukup berempat. Maknanya sekadar 7 tahun perhitungan. Walau masih umuran kanak-kanak, dan kalau juga ditanyakan kisah detik 7 tahun itu, pastilah aku tidak tahu. Tetapi 'rasa' bahagia itu wujud tatkala menyebut, 'kami lengkap berempat'.

Meskipun begitu, hidup mesti diteruskan. Untuk bahagia, meneruskan harapan dan cita-cita kami berempat.  Sedih itu, sebahagian dari hidup yang mungkin bagi pihak lain terlalu sukar dimengerti dan aku merasakan bahawa sedih dan rindu adalah nikmat yang mengingatkan pada mereka-mereka yang aku cintai. dan aku temui harapan.

al-Fatihah.

Jumaat, 12 Februari 2016

semester akhir di tahun akhir

Assalamualaikum w.b.t.

Akhirnya sampai ke semester akhir. Ndak sedar. Kali pertama aku datang UIA pada September 2011. Sekarang sudah Februari 2016. Sebenarnya aku pun belum bersedia untuk keuar dari status pelajar degree. Bukan ndak mahu graduate tetapi seakan tanggungjawab tu semakin bertambah. No more istilah 'manja' dari komuniti. Malah, inilah masa untuk berkhidmat pula. Apa yang bisa aku sumbangkan?

Menjalani semester akhir ini terasa sunyi kerana rakan-rakan seperjuangan ramai yang sudah tamat pengajian. Apabila masuk dalam kelas dan majoriti junior~ baru terasa diri ini mahasitua. Tapi, ndak jugalah sampai tahap guling-guling ndak kasi abis semester baru-baru ni, kata orang, pelan-pelan ba. 

Aku punya alasan sendiri kenapa masih bermuka tebal, betua di kampus demi segulung ijazah. Aku masuk UIA sebagai direct intake status (sebab aku pemegang STPM), maka awal semester aku habiskan di CELPAD atau PRSS. Kami wajib ambik dan lulus EPT (level mengikut kos yang diambil). Maka bertahanlah aku selama setahun, iaitu dua semester. Majoriti local student boleh lepas pada semester 1 tetapi aku dan sebahagian yang lain menyambung ke semester 2. Alhamdulillah, kami exit.

Maka tahun pengajianku baru bermula setelah berada setahun di UIA. Jadi perhitunganku tidaklah juga salah, empat tahun atau bersamaan dengan 8 semester di kos kuliah. Cumanya, ada dalam kalangan kawan-kawan yang menghabiskan tempoh kuliah mereka dalam masa 7 semester itu tidak termasuk semester pendek. Aku tidak mengikuti langkah mereka, memilih menghabiskan pengajian genap 8 semester dan bercuti di semester pendek. hehe.

Tapi tidaklah juga teruk sangat tanpa kawan-kawan rapat, aku masih ada kawan untuk berkomunikasi, bergelak-gelak, lepak... kawan rapat masih ada lagi ba. Cuma sebelum ni terlalu menyempitkan pergaulan sampai cuma bergaul dalam kalangan yang terdekat sahaja. Sekarang ni, batch kami 111***-122*** akan berHAI-HAI sakan sebab bilangan yang semakin berkurang. Kalau sebelum ni terlihat dari jauh cuma angguk atau senyum, sekarang selagi terlihat semampu itulah juga kita berkata HAI. Lambai-lambai tangan. 

Tidak terbayang kalau sambung another year di sini untuk ke peringkat pengajian yang seterusnya. Pasti sunyi. 

Kalau kenang balik semester pertama, atau lebih tepat zaman PRSS, terlalu banyak ruang untuk santai-santai. Teringat teman yang telah kuliah masa tu, cemburu ndak abis-abis dengan kesantaian ku. Tapi hanya Tuhan yang tahu emosi kami yang PRSS, status belum lagi bergelar pelajar kuliah. Paling best masa masuk kelas Arab level 1, ustaz suka cerita pasal wali. Dia suka suruh hafal vocab, yang sekarang ni aku sudah lupa semuanya. Dari awal sem aku da jadi seorang yag pasif, orang semua cepat-cepat tasmi' dekat ustaz supaya dapat pulang awal, tapi aku memilih untuk menjadi antara orang yang terakhir. Sebab masa tu aku rasa aku tiada benda mahu kejar pun. Iyalah, masa PRSS paling banyak subjek yang boleh ambil pun subjek-subjek bahasa, manada kerja sangat pun.  Jadi aku bagi chance sama yang lain, yang semangat mahu balik awal.

Lepas tu datang ke kelas awal. Aku selalu berlumba dengan Masnah, siapa yang sampai dulu di kelas. Dia mahallah Safiyyah, aku mahallah Sumayyah. Kelas pula selalu tingkat 4. Time tu ndak berani lagi guna lif. Naik tangga sambil berlari. Ceh. hahaha. 

Setahun di PRSS, cukup untuk kami catatkan pensyarah mana kena elak bila masuk kuliah nanti. Pensyarah mana yang baik. haha. Naif sungguh masa ni. Sekali tengok awal-awal semester tu la jumpa pensyarah yang strict (sebelum ni pensyarah tu tidak termasuk dalam lists yang kena elak). Selepas itu barulah persepsi negatif tu terus menular kepada adik-adik junior. Tapikan, setelah beberapa tahun berada di kuliah, macam-macam jenis pensyarah dan style mereka, semuanya ada sebab. Mungkin berdasarkan pengalaman mereka, pengaruh masa mereka belajar... there is always a reason behind every action. Sakit memang sakit dalam tempoh ambik subjek dengan mereka, bila da pass subjek, aku dapat pengajaran, there is a reason. Jadi, elok ndak elok result, at least, aku try to grab something yang boleh membuatkan jiwaku ni 'hidup'. Result for my whole life. Bukan yang nantinya aku ambik masa convocation. Dan aku rasa that one yang perdana meskipun lahiriahnya aku pun nak yang terbaik cgpa. 

Setelah menghabiskan usia awal dua puluhan di kuliah, aku tidak pernah pandang rendah pada kawan-kawan yang tidak sambung belajar. Walaupun mungkin dalam kalangan mereka ada yang berfikir kami yang belajar begitu. Tidak, it's not about sambung belajar ke universiti, it's about how u carry out your life. As long as seseorang tu tidak menghabiskan hidupnya dengan perkara sia-sia so, kenapa nak kecoh who's studying, who's working? Maka sekarang ini viral isu, orang study tahap degree, kerja pakai smart-smart, gaji ala kadar. Banding dengan orang yang tak sambung study, cukup ambik lesen kereta/lori, baju selekeh, gaji beribu. Eh, again why bother with that kind stuff? Kalau kamu evaluate hidup seseorang dengan sekadar indikator properti dunia, apa yang akan jadi dengan 'ilmu'? Persoalannya, adakah kamu akan membiarkan generasi kamu untuk berkata tidak dengan ILMu?

Seperti mana orang yang tidak masuk u tetap berjaya, orang yang masuk u pun tidak bermaksud ia tergolong dalam kalangan yang berjaya. Dan ilmu itu bukan sekadar orang yang masuk u sahaja. Proses belajar itu berterusan. Even orang yang tidak masuk u pun belajar ilmu cumanya tidak secara formal. Masuk u adalah proses menuntut ilmu ke peringkat seterusnya secara formal dan kebiasaannya diserap ke perkhidmatan awam untuk berkhidmat kepada masyarakat. Atau ke mana-mana kompeni atau korporat untuk bekerja secara profesional kerana sudah melalui proses menuntut ilmu secara formal dan mendapat certificate yang sah. 

Jadi, berbalik kepada isu menuntut ilmu tadi, janganlah meremehkan pelajar yang menyambung pelajaran. Setiap orang ada jalan hidupnya dan pilihan masing-masing. Moga-moga dengan apa juga bidang yang kita ceburi dapat meringankan 'beban' sesama sendiri. Jadilah orang-orang yang berilmu, orang-orang yang beradab dan orang-orang yang berkasih-sayang tanpa mengira sama ada kamu  sambung belajar ke u atau tidak. 

sunnguh kasihan pada kita, manusia zaman ini, "memang pun golongan demikian dan demikian di zaman ni demikian dan demikian... si pulan begini dan begitu"
banyak berkata-kata, tindakannya tiada. Seolah-olah, hidupnyalah paling sempurna. Cuba cermin diri kita sebentar, siapa kita sebenarnya untuk merendahkan dan menilai hidup orang lain? You just an ordinary person. Stop judging others. If u put your feet into others' shoes, u may can't stand longer than they did. Because it's their life. Yours is yours.

kah! emo pula di akhir-akhir.

Rabu, 10 Februari 2016

The girl with seven names

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera
Pernah suatu ketika dulu, (semasa otak masih segar dengan idea-idea untuk menulis di sini) aku tertanya-tanya kenapa ada sebilangan orang, penulisannya semakin lama semakin sikit. Now, here I am. hahaha. Hendak kata hidup sibuk dengan urusan lain, nothing new. Same thing over and over. Pergi kelas. Buat assignment. Exam. Cuti.
Kita lanjutkan.Buku ni antara yang aku 'rekomen' untuk orang baca. Bagi aku, apa juga kisah hidup yang seseorang lalui tu adalah 'menarik' dan aku tak dapat nak persoalkan 'why' sebab itu cerita dia. Kisah hidupnya. Seperti post sebelum ni, ada beberapa buku yang aku tulis pengalaman ketika membacanya, dan even penggunaan nama pun aku 'sentuh' (haha bukan nak kritik ke apa, tapi aku cuma bagi view as a reader from my own perspective). Berbalik tentang buku ini, persepsi awalku ternyata meleset kerana seperti yang aku sedia maklum, most of the stories, a North Korean as a spy, atau mungkin dia lari sebab tak tahan dengan seksaan...etc. Tapi bertentangan dengan kisah Hyeonseo ni, ia bermula dengan rasa 'ingin tahunya' yang akhirnya mengakibatkan her whole family terikut nasib yang sama, keluar dari North korea. Dan part inilah yang menimbulkan 'kritik' daripada sebilangan pembaca, sikap Hyeonseo yang 'tak fikir sebelum bertindak'. Tapi bagi aku, itu bukan titik persoalan. Try put your feet into her shoes. Hometown penulis tersebut terletak di Hyesan iaitu salah satu kawasan perbatasan di antara North Korea dan China. Berdasarkan cerita penulis, kita dapat tahu bahawa terdapat aktiviti penyeludupan di perbatasan, kadang lepas kadang tertangkap. Dan seperti yang aku nyatakan tadi, kerana perasaan ingin tahu Hyeonseo dia pun 'menyeberang' ke tanah China untuk menziarahi pakciknya di Shenyang tanpa pengetahuan ibunya dan illegal way.

Kisahnya semakin rumit apabila ibunya terpaksa menipu pihak berwajib bahawa Hyeonseo berada di rumah salah seorang makciknya di Hamhung (daerah lain di N.Korea). Walaubagaimanapun, berita keberadaanya di China telah tersebar dalam komuniti menyebabkan dia terpaksa untuk tidak kembali ke Hyesan. Maka bermulalah episod hidupnya sebagai 'pendatang haram' di tanah asing. Antara momen yang dia lalui adalah belajar bahasa Mandarin, lari dari rumah pakciknya setelah dibuat perancangan untuk dikahwinkan, bekerja di restoran, diinvertigasi dan banyak lagi kejadian sehinggalah dia berhasrat untuk bermigrat ke Korea Selatan.


Melalui pembacaan ini, ia suatu pendekatan baru, di mana kalau sebelum ni kita terdedah dengan tugas pihak berkuasa untuk membanteras 'pendatang haram' dan 'kad pengenalan palsu', tetapi di sebalik babak-babak tersebut, sebilangan golongan ini, hanyalah seorang manusia yang lemah mencuba untuk mencari satu penghidupan baru. Bukan hendak berpihak kepada mereka, tetapi 'jenayah' yang mereka buat kalau hendak dibandingkan dengan 'jenayah' sang pemerintah, ia tidak seberapa. eh. Lari isu sudah.

Part yang paling menyentuh hati (bagi aku) adalah di awal-awal, bahagian Introduction:
"...my reality, however, is that I cannot go back. I may dream about freedom in North Korea, but nearly seventy years after its creation, it remains as closed and as cruel as ever. By the time it might ever be safe for me to return, I will probably be a stranger in my own land...try as I may fit into South Korean society, I do not feel that I ever fully accepted as a South Korean. More important, I don't think I myself will fully accept this as my identity. I went there too late, aged twenty-eight. The simple solution to my problem of identity is to say I am Korean, but there is no such nation. The single Korea does not exist".

Inilah perasaan Hyeonseo. Walau seteruk manapun kondisi negaranya, tempat lahir itulah negara tumpah darahnya. Sedikit tersentuh, as I try to put myself in her condition. Complicated. Actually, I found myself in her story. Identiti. 
Perjalanannya untuk sampai ke Korea Selatan dan seterusnya diikuti cerita keluarganya, mak dan adiknya, suatu kisah yang tak terbayangkan. You should read it by yourself. Then, you know what I am talking about. Ia melibatkan beberapa negara dan isu imigresen. Aku sendiri pun kadang kena belek peta yang diprovidekan di awal muka surat untuk faham kronologi perjalanannya.

Another point dapat dikutip dari buku ni adalah perihal politik. As a communication student, aku sudah maklum system media yang diguna pakai untuk negara N.Korea adalah communism (no independent media) dan sangat 'terkawal' (semuanya bersangkut-paut dengan Party). (kalau nak nilai pun even so called democratic country tak enjoy 'freedom of speech/media' apatah lagi in communism system). Cuma bezanya most of us can access to the information tapi mereka tidak. Sebab tu bagi aku mereka sangat patriotik, fondasi mereka semenjak kecil berkenaan Party sangat kuat. They belief that their country is 'the best on the planet'.


 Selain itu, terdapat kisah kelas dalam masyarakat dan budaya corrupt. Juga kisah perbezaan kondisi antara orang yang tinggal di luar Bandar dan Bandar. Antara Hamhung dan Pyongyang.

" As I travelled back to Hyesan, I thought the whole visit had seemed like a strange dream. I could not believe Pyongyang was in the same country where people were dying on the sidewalks in Hamhung, and vagrant children swarmed in the markets of Hyesan".

Baiklah. Setakat ini sahaja perkongsian untuk hari ini. Mohon apologi di atas campur aduk bahasa. Mohon anda faham situasi ini- at the end, neither English nor Malay which I could speak proudly. Meh? even my Buginese sound strange nowadays. aigo.