Sabtu, 16 Julai 2011

Langkah Tercipta ...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...selamat pagi..
Alhamdulillah..masih lagi diberi kekuatan untuk teruskan kehidupan ini...
Kadang-kadang kita berharap akan sesuatu untuk digenggam, dan akhirnya ia menjadi nyata.Selama ini, kita sering menyangka,apa yang diharap itu suatu kemanisan.Terlupa sebentar,'nikmat' kejayaan itu merupakan Ujian buat kita. Sampai suatu ketika,kita akan berfikir harus ketawa atau menangis?
Persimpangan hidup banyak halangannya, impian atau harapan...kekecewaan...itu adalah resam 'kalung hati' .Mana-mana yang diperolehi, 'kalung hati' akan diragut UJIAN.Tika inilah,baru kita sedar,tiap UJIAN dariNya,merupakan 'tali' penghubung untuk kita terus berpaut padaNya.
Mungkin,kita sering menganggap perjalanan hidup ini sukar..tapi adakah jalan yang dilalui dengan 'kesenangan' akan bertemu 'kejayaan abadi'? Mustahil,bukan?
Ingatlah,ALLAH tidak akan menguji di luar kekuatan hambaNya.Wajarkah kita meragui 'kekuatan' doa seorang hamba kepada Penciptanya? Bukankah doa itu senjata orang mukmin?
Duhai hati,dikau tidak keseorangan.ALLAH sentiasa ada untuk mendengar rintihan hambaNya. Cukuplah ALLAH menjadi tempat pengaduanmu.Itu bermakna,dikau telah punya segala-galanya. InshaALLAH.Langkah ini harus diteruskan, kelak pasti bertemu hikmah UJIAN ini.
Ya,ALLAH...pimpinlah aku menuju 'kejayaan yang abadi'.Semoga segala mimpi menjadi nyata.
“...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

tags:::segalanya dariMu...

Jumaat, 15 Julai 2011

Alhamdulillah..result UPU da kuar...^^

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum..selamat malam...
Alhamdulillah da cek result UPU tadi,kenyataan yang tertera adalah seperti berikut..:
PROGRAM :YA02 - IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KEMANUSIAAN (KOMUNIKASI)(KEPUJIAN) 
IPTA :UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM)
muehehe...sebenarnya saya sangat-sangat gembira kerana UIAM ni merupakan U yang saya idam-idamkan semenjak dulu lagi.Ingat lagi,first saya minat Rusian State Medical University, then Universiti Al-Azhar...dan akhirnya saya sandarkan harapan pada UIAM.
Tapi,lumrah manusia,tak akan pernah puas dengan apa yang dimiliki.Saya sedar di luar sana,banyak insan yang kecewa kerana tidak dapat masuk U ni.Jadi,wajarkah saya 'menolak'? 
Sejujurnya,saya risaukan English...wahawuahawuaha..seriously, bab2 English ni mang alah. 
Owh ya,da alang-alang post,saya nak keluarkan impian dan harapan saya semasa mula-mula ambil STPM hari tu.Saya telah berjanji kepada adik saya,Mohd Hadi Amirulla(hai adik,harap baca la blog akak ni ya) bahawa saya akan memberitahu apakah impian itu.Nampaknya tak kesampaian...nak amik Law.Tapi tak apalah,dapat UIA pun jadilah.Jadi da tiada 'hutang' rahsia akak kan dik?
 JazakALLAH hu khair...kepada ibubapa tersayang,guru-guruku,rakan-rakanku,adik-adikku,senior2ku,yang mendoakan kesejahteraanku,rakan taulan ibubapaku...& para pembayar cukai...
tag:pasni kena speaking kat blog..:p

Khamis, 14 Julai 2011

Kisahku:::Tangan Mak,'Penawar yang Mujarab'

بسم الله الرحمن الريم
Assalamualaikum..selamat pagi..
Alhamdulillah,masih diberi peluang untuk menghirup udara di bumi ALLAH ini.
Hari ni,penyakit 'rutin' saya bertandang lagi.Hanya ada 3 sebab,antara 'terkurang' makan / 'terlebih' makan / 'tersalah' makan. Saya mula mendapat penyakit ni, dari kecil lagi.Terutama time-time Hari Raya. Tu sebab 'terlebih' makan.
Selepas itu,paling 'sakit' saya rasa tahun lalu.Time tu,stay kat Hostel,Hanya ALLAH saja yang tahu rasa sakit tu.Puncanya,minum milo kotak sehari sebelum berangkat ke Hostel yang telah expired. Saya main 'sapu' saja.Maklumlah,dapat cuti hujung minggu untuk balik ke rumah ni bukan selalu(saya balik petang jumaat).Semua benda yang ada kat rumah saya 'usik'.Rindu lah katakan nak makan makanan yang ada di rumah.Milo tu,belum berbuka lagi,mak saya beli mang khusus untuk saya.Oleh kerana saya sahaja seorang yang minum minuman kotak tu,so,banyak lagi lah bakinya.Lupa pulak nak cek tarikh luput....sebelum berangkat ke Hostel(petang ahad),sempat lagi 'membedal' minuman tu yg telah sampai expirednya.huhuhu....Sampai saja di Hostel,sakit perut mula menyerang...:'(
Selama seminggu saya diserang penyakit tu.Da pergi ke Hospital,tak pulih-pulih juga.Alhamdulillah hujung minggu tu,kami diberi cuti lagi pulang ke rumah.Akhirnya,dengan izin ALLAH,mak saya juga lah yang menjadi doktor kat rumah merawat saya.Banyak jenis ubat dia bagi,dimakan,disapu...huhuhu Itu sebab 'tersalah' makan.
Selepas STPM,di rumah , saya kena serang lagi.Tu gara-gara 'terkurang' makan.Asyik minum 'tea' uncang saja....Mak jugalah yang merawat saya.Selepas tu,tiada istilah 'tea' uncang dalam hidup saya. Sebab tu misi untuk 'turunkan' berat badan tak berhasil sampai sekarang.muehehehe
Tadi pagi,sekali lagi...huhuhu..dan mak saya seperti biasa terus bagi ubat urut yang memang saya tak tahan baunya tu.Nak sapu,saya kata "takpa lah,mak.ok da ni da sapu tadi 'pati halia'."Sebetulnya, mak saya tanya pun da cukup memadai untuk melegakan perut ni.
Saya merasa sangat beruntung kerana masih dikurniakan seorang mak yang dapat menjaga saya, mengambil berat perihal saya...yang setia...ALHAMDULILLAH...terima kasih ya ALLAH. Di luar sana,tiada insan yang dapat berkorban seperti mana pengorbanan mak &bapa untuk saya.
Walaupun adakalanya hati di ragut kesunyian kerana tiada 'adik-beradik' ,namun senyuman mak&bapalah jua lah yang menjadi pembakar semangat saya untuk mara ke hadapan. InshaALLAH, esok result UPU akan keluar.Saya berharap,dapat mengembirakan hati mereka.InshaALLAH.Amiin.
tag:::hargailah nikmat kesihatan yang ALLAH kurniakan.

Rabu, 13 Julai 2011

~:::*Usaplah Wajahmu*:::~

بسم الله الرحمن الحيم
Assalamualaikum..selamat malam..^^
Ramai yang mungkin tertanya-tanya mengapa perlu kita mengusap wajah sebaik salam terakhir selepas solat diberikan.Malah ada yang bertanya,adakah ia amalan Rasulullah S.A.W. Menjawab persoalan tersebut,sebuah hadith riwayat Sunan Abu Daud diceritakan dari al-Saib bin Yazid dari bapanya,Nabi s.a.w. ketika berdoa mengangkat kedua belah tangannya lalu mengusap wajahnya dengan kedua belah tangan.
Sementara itu,Imam Nawawi dalam kitab al-Azkar menjelaskan,dan aku meriwayatkan di dalam kitab Ibn al-Sinni dari Anas r.a. berkata ,"Adanya Rasulullah s.a.w. ketika selesai solatnya,baginda mengusap dahinya dengan tangannya yang kanan lalu berdoa,:"Aku bersaksi bahawasanya tidak ada Tuhan kecuali Dia Dzat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,Ya ALLAH hilangkanlah dariku kesusahan dan kesedihan."-(al-Azkar,69)
Wallahualam...

Mason,Mavin&Maden(Mayden) MOON

Assalamualaikum..selamat pagi..^^
muehehehe...kali ini ingin 'bercerita' mengenai adik beradik yang comel ni... ^3^
  
Mason Moon dikenali selepas membintangi filem 'Baby & I' ...COMEL sangat-sangat dia ni kan...^^

Bila 'cek' mana 'keistimewaan' Mason ni,ternyata matanya yang unik...actually saya ada fail yg penuh dengan gambar baby&kids yang 'cute2'...satu yang 'sedikit' meletakkan Mason di tempat yang 'istimewa' berbanding yang lain adalah matanya yang unik...
Dia juga dikenali sebagai 'Baby Nick Khun' kerana ada iras2 Nick Khun 2PM ...huhuhu...hari tu Danny sekarang Mason.Saya buat kesimpulan,muka Nick Khun ni 'Babyface' :p
Owh ya,adik Mason ni kacukan Canadian & Korean. Saya ada tengok pict family dia,nampaknya matanya  ada iras mata mak dia.Mak dia Korean ^^
Di sini saya turut sertakan wajah-wajah adik Mason...Mavin & Maden...
Mavin time kecik..^^

Besar sikit..^^
Maden... <3

Comel-comel kan semua???
Ok lah...setakat ni jak...^^
tag:::Sungguh  'indah' ciptaan ALLAH S.W.T.

Selasa, 12 Julai 2011

Danny (Daniel Hyunoo Lachapelle) ....

Assalamualaikum w.b.t...selamat petang..^^
Wah..da lama rasanya tak kongsi ilmu ukhrawi.Balik-balik cerita duniawi..Kali ni pun,post pasal duniawi.Aiyya,manyak malas ooo mau taip-taip lagi..hehehe InshaALLAH,nanti saya akan post juga.Ada bahan tapi mau taip tu yang payah...:p

Adik Danny ni...comel kan? aku macam nak cubit jak pipi dia.Tapi comel-comel dia,no 1 juga la adik-adik sedara ku..:p biarpun tak 'secomel' adk Danny ni,tapi mereka jua lah menang di hatiku..^^
Dia ni anak kacukan American-Korean..bapa Amerika,mak dia Korean.

Banyak-banyak style dia,aku paling suka part pakai kaca mata...huhuhu..i dont know why,mdh sangat tertarik dengan orang yang pakai spek ni..:P

Dia ni sangat-sangat dikenali kerana mirip dengan muka "Prince Thailand",Nichkhun .. dan dikenali sebagai " Baby Nich Khun."
 huhuhu...rasanya setakat ni ja...nak tau lebih lanjut,cari kat page fb nya..^^
kesimpulannya:Bersyukurlah dengan kurniaan yang ALLAH S.W.T. berikan.
tag:::alangkah indah andai rupa dan akhlak cantik ^^

Ahad, 10 Julai 2011

Kisahku:::First time...^^

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...selamat malam..
First time saya jatuh hati...:p Gurau jak ni.Sebenarnya tadi pagi,tengah bersihkan rumah terpandang 2 ekor anak kambing kat halaman rumah.Saya,macam kena kejutan elektrik,automatik lari-lari anak...turun tangga dengan terges-gesa(cuba membayangkan situasi ni) terus meluru ke arah anak kambing tersebut.
Saya fikir anak kambing tu mau larikan diri,tapi sebaliknya!Anak kambing yang lebih besar sikit dari yang satu ekor tu pun meluru ke arah saya.Macam penemuan jejak kasih pula jadinya.
Terus saya usap kepala kambing tu...:p Wahhh...tak sangka,hampir 20tahun saya kat bumi ALLAH ni,ni la first time usap kepala anak kambing.Selalu tengok dari jauh saja.
Tengok dekat anak kambing tu,baru saya sedari,comelnye....!!! Bulu mata dia sama bulu mata saya,lentik!
Hmmm..tapi tak lama tu anak-anak kambing tu  jejak kaki ke bawah rumah dan menjilat-jilat(menjilat?) kat guni-guni  baja bapa saya.Muehehe...jadi sesi kejar-mengejar la pula...:p
Letih juga,saya putar tempat yang sama entah berapa round kat guni-guni baja tu. Atas arahan mak saya, terpaksalah angkat kambing-kambing tu satu persatu ke seberang jalan. Nasib baik kampung ni tak banyak kereta lalu lalang.Jadi risau pula,kang kena langgar kambing comel tu.Lagi satu,nasib baik hanya ada 2 ekor anak kambing..;p(ni kambing jiran saya)
Kesimpulannya,sayangilah binatang...'mereka' pun makhluk ALLAH.Walaupun kadang-kadang menaikkan amarah kerana 'ada-ada' saja yang 'dibahamnya', tapi kan lebih elok kalau kita usir secara 'berhemah'.Lagi satu,kambing pun tahu senyum,apatah lagi kita ni manusia...so,sentiasalah senyum ya! (Tak tau lah pulak kalau korang tak pernah tengok kambing senyum----senyum kambing^^)
tags:::aku lahir tahun kambing

Sabtu, 9 Julai 2011

*Selamat Ulang Tahun Kelahiran*

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...selamat pagi..^^
Da beberapa hari saya tak mencoret sepatah dua kata kat blog ni...sebetulnya,belum ada apa-apa yang nak saya kongsikan.Hari ni berkesempatan untuk mengucapkan "Selamat Ulang Tahun Kelahiran/ Sanah Helwa/ Happy Birthday/ Seungil Chukka Hamnida" walaupun terlewat sehari kepada adik Mohd Hadi Amirulla Tahir.
Tahun ni,adik akan menduduki exam STPM,akak doakan adik dapat result yg baik.Dapat kesihatan yang baik&dapat jawab soalan dengan tenang...
pesan akak:::-kegagalan dan kejayaan yang sebenar bukan diukur di atas kertas...^^
 
lagu khas buat adk..winter child-suzy...^^

Rabu, 6 Julai 2011

Kisahku:::Anugerah pelajar STPM peringkat Daerah Kinabatangan

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t. dan selamat malam...^^
Petang tadi dapat tahu dari seorang rakan (Siti Asdiah Binti Masran,nama penuh aku taip..:p) bahawa nama aku tersenarai dalam penerima Anugerah seperti yang tercatat kat tajuk tu.Kami bertiga,seorang lagi,Hatifah Albert..^^
Actually,ni kali kedua aku dapat panggilan untuk majlis seumpama itu,sekali kat sekolah hari tu.Seperti biasa,aku tak pergi..:p
Makbapa yang ku sayangi,telah sedia maklum 'sikap' ku yang tidak 'suka' untuk menghadiri majlis2 seumpama itu.Entah kenapa,aku rasa macam da 'alah' dengan situasi tersebut.
Kisahnya bermula ketika aku berada di akhir tahun tingkatan5 dan ditambah lagi keadaan semasa majlis akhir tahun asrama semasa di tingkatan6.
Mungkin bagi orang lain,apa yang ku alami masa tu hanya satu hal biasa,tapi bagi aku, sampai bila-bila aku akan ingat. Aku takkan pernah lupa bagaimana aku menangis time akhir tahun tingkatan5 tu...aku takkan lupa rasa kecewa yang terpendam time majlis akhir tahun tingkatan6...TAKKAN!
Seingat aku...majlis yang paling aku 'ingati' time dapat Anugerah di tingkatan2 untuk subjek geografi. Best...meskipun hanya sederhana sambutannya,tu la keselesaan yang 'amat' aku rasa sampai sekarang!
Second,time Anugerah PMR..
Selepas itu,Anugerah SPM,Tokoh Asrama SPM,Anugerah STPM...then,ni kali peringkat Daerah pula,hanya tinggal pada nama...Mungkin aku akan naik pentas selepas ni hanya apabila graduate kelak.InsyaALLAH.
Aku amat berterima kasih pada rakyat Malaysia yang membayar cukai coz  dapat makan free kat asrama selama 4tahun lamanya...JazakALLAH hu khair! Then, tak lupa pada guru-guru yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu pada anak bangsa...
-aku lebih berharap agar dikenali oleh penduduk langit berbanding penduduk di bumi ini-

Isnin, 4 Julai 2011

Kisahku:::Bingkisan Rindu

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...selamat siang...
Teman,
Takkan pernah kau rasa hambatan rindu yang amat melainkan kau tidak boleh lagi mengulang kisah lalu.
Ada seorang teman pernah berkata,"kau akan merindukan seseorang itu apabila dia sudah tiada".Tapi ternyata,lagi sakit rasanya apabila kita masih punya 'insan' itu tapi tidak mampu untuk mencipta kenangan  lalu.
Mereka yang sudah pergi,ya...kita sudah sedia maklum bahawa mana mungkin boleh mencipta kenangan lagi.
Tapi bagaimana sekiranya 'insan' itu masih ada di depan mata?kasihan,kan?
Aku adalah insan yang kasihan itu,teman!Aku banyak bertemu dengan insan-insan seperti ini. Malah,teman akrab di bangku darjah juga masih ada di sini.
Aku juga kadang tertanya-tanya,kenapa keadaan dulu tidak bisa diulang bersama?Mahu mengukir senyum juga payah,apatah lagi menyapa.Mahu ulang zaman kecil-kecil dulu?Mustahil.
Benarlah,perasaan kanak-kanak itu bersih.Berkawan dengan siapa-siapa sahaja.Tanpa agenda. Waktu remaja itulah yang memusnahkan,apabila ikatan persahabatan bisa hancur hanya kerana matlamat yang merajai.
Teman,hanya satu pintaku!
Andai ada peluang kedua,aku mahu katakan...sesungguhnya aku rindu pada ketawa,senyum,tangis,riak marah, dan cerita suka,duka,lucumu dulu.
Alangkah indah apabila bisa kau ukirkan untuk sekali ini,teman...
p/s:dedikasi buat teman akrab di bangku darjah dulu,Rahmah...

Ahad, 3 Julai 2011

Lirik Lagu:::Dengan KuasaMu

بسم الله الرحمن الرحيم
Kali ini saya ingin mengepost,lagu oleh Nur One...yang bertajuk 'Dengan KuasaMu'.Lagu ni kalau saya tak silap merupakan juara carta Ikim f.m.Saya mohon dihalalkanlah ya post ini...inshaALLAH.JazakALLAH hu khairan.

Dengan KuasaMu
Jiwaku tergoncang
Terus melayang
Mengembara cinta

Dengan KuasaMu
Hati telah terpaut
Lalu terikat
Ditawan cinta

Bukan bibir ini berbicara
Namun jiwa ini berbahasa
Dalam lamunan ku yakinkan
Kaulah teman kebahagiaan

Tuhan temukan daku penawar
Terluka ditusuk duri cinta
Hanya dia..cuma dia
Yang kan mampu menyembuhnya

Dan terus aku
Terus berdoa
(Hanya dia membawa bahagia)

Dengan KuasaMu
Mataku memandang
Sepenuh sayang
Dia tercinta

Dengan KuasaMu
Pastiku diseru
Dan kan menyatu
Di ambang cinta


*** Copyright Control : HH

Kisahku:::Maafkanku

بسم الله الرحمن الرحيم
Palitan warna-warna itu;aku pelakarnya,
kataku,nanti kau lihat pasti tertawa.
Kini,ambillah kanvas putih ini,
maaf tak bisa membentuk rona lagi.
Ku gantikan yang lama;lusuh dek jejariku,
agar nanti tiada tangis merindu.
Perginya aku bersama hati dan perasaan,
ku tinggalkan kenangan...
maaf,teman...
langkahan kaki ini bukan ilusi,
semenjak aku mengenal ada realiti yang mulanya
hanya sekadar fantasi.
p/s:::Selamat tinggal kenangan,
        Selamat datang harapan & impian...

Jumaat, 1 Julai 2011

Kisahku:::Penantian UPU

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum dan selamat malam,teman....
Sudah lama rasanya diri ini tidak mencoretkan titian sehari-hari.Alhamdulillah,kesihatan saya sekeluarga dalam keadaan yang baik-baik belaka.
Pertama sekali saya ingin khabarkan,perasaan yang semakin berdebar-debar ini.Ya,result UPU kian menghampiri.Sudah berada di bulan Julai.Hati saya hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana keadaanya. Masih tidak berubah sifat  cepat nervous ni....Entahlah...ada dalam kalangan rakan-rakan yang mengatakan bahawa  tidak perlu risau kerana confirm saya dapat.'Resultmu gempak'. Tu kata mereka. Tapi bagi saya,bukan itu yang menjadi pokok persoalannya....result gempak menjadi jaminan untuk masuk U? Ada perkara lain yang berlegar-legar di fikiran saya saat ini...hmm...
Hanya satu harapan saya...semoga dapat masuk U...bidang dan tempat,tidak menjadi masalah.InshaALLAH.
Selepas ini,tiada drama Korean...tiada k-pop...tiada waktu untuk bersantai-santai...'honeymoon' bakal berlalu.Tiba masa untuk berjuang lagi.Mungkin ini persinggahan terakhir saya.Usia yang kian meningkat menyedarkan saya bahawa berapa banyak waktu terbuang bersama perkara yang mendatangkan khayalan yang tak berguna?
Jika ada jodoh,saya pasti akan berpeluang juga untuk melewati suasana musim luruh...hmmm... Jalan di hadapan masih jauh...entah berapa banyak kali akan melalui lembah yg curam,becak,dataran tinggi,liku, lautan luas....mudah-mudahan semuanya dapat saya lalui dengan hati yang cekal.InshaALLAH.
Kembali pada keadaan sedia kala,tika hati ingin bersuara, coretan  biru dan hitam mewarnai  kertas... tapi sejak akhir-akhir ini,hati seakan tidak mampu melontarkan butir kata..hanya dapat melakar bayang pada kanvas putih.Hanya ada satu warna...ton hitam...
p/s:aku seakan melihat ada senyum pada ton hitam itu...=)