Jumaat, 28 Oktober 2011

ingatan teman sekolah ...

Assalamualaikum w.b.t. 
Tadi,saya memutarkan semula lagu-lagu nasyid yang penuh dengan kenangan pada awal usia remaja. Saya menjadi tertekan mengenangkan janji-janji yang dilafazkan suatu ketika dulu.Harus berbuat apa? Sebuah kerinduan yang mungkin tidak ada penghujungnya.Teman yang dulunya pemberi inspirasi sudah pergi meneruskan perjuangan,seperti aku.Memilih jalan hidup masing-masing.
Aku hadir semula pada laman 'persahabatan' ini,tidak menuntut apa-apa janji kerana aku tahu,aku lah yang banyak berjanji.

Sungguh sukar andai terpaksa kembali ke masa lalu tapi setidak-tidaknya berilah sedikit ruang untuk aku sandarkan sedikit bahu ini,aku penat bersendirian memikul 'amanah'.Salahkah andai aku ingin kembali menghapus garis-garis ego dahulu?
Aku telah cukup tua untuk terus menanti peluang kedua maka,terimalah kalimah 'maaf' ini.

~aku,kau dan SEE U D IPT~


Khamis, 27 Oktober 2011

Warna warni Kehidupan ..=)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t...salam ceria pagi..^_^
Sudah lama tidak mengukir kata-kata lewat laman ini.Secara peribadi,saya merindukan kehidupan dulu, yang penuh gelak tawa dan keikhlasan dalam senyuman.Seperti ini.

Telah puas aku mencari 'sisa-sisa' keikhlasan itu,tetapi ternyata hanya sia-sia belaka.Sungguh,penat untuk terusan 'senyum plastik'.InsyaALLAH,akan berusaha untuk memperbetulkan nawaitu.
Banyak perkara yang menguji keimanan di sini.Sedaya upaya untuk mempertahankannya,walau adakalanya,ingin saja terjatuh,tetapi syukur,Alhamdulillah,masih ada yang sudi memimpin.
Amanah yang dipertanggungjawabkan sering berlegar-legar di kotak pemikirn.Mampukah aku?
Perhubungan yang 'kurang baik' dengan 'adik-adik' yang dulunya 'pemberi' ispirasi juga kini hambar. Mungkin aku silap perhitungan.Telah tiba masa untuk hidup 'bersendiri'.Semoga mereka berjaya mencapai apa yang diimpikan.
Pertemuan dengan rakan dari luar negara,berbeza tradisi,agama, dan budaya..aku kadang ragu apa mungkin dia akan terusan menjalin persahabatan andai tahu latar belakangku yang mungkin bertentangan dengannya?Tapi aku cuba untuk yakinkan diri,dia pastinya bukan orang yang sanggup untuk memusuhiku dikemudian hari.InsyaALLAH.Jika keraguan itu benar,aku pasti akan menyusun langkah pergi selepas ini.Mana mungkin aku gadaikan Agama Agung ini untuk seorang teman?Biarpun diberi seisi dunia ini,aku takkan menoleh walau sedetik pun.InsyaALLAH.
Beberapa hari lagi,aku akan menduduki ujian kecil.Aku juga ingin tahu sejauh mana pencapaian ku setakat ini.Semoga baik-baik saja.^_^
Kerinduan pada insan-insan kesayangan merupakan satu 'penyakit' yang sukar untuk diubati. Sabarlah wahai hati...masanya akan tiba juga untuk kau kembali kepangkuan mereka.=)
akhirul kalam,aku memohon maaf andai ada di antara insan yang ku maksudkan dalam post ini turut sama menjadi pembaca.Aku tidak mampu untuk luahkannya pada 'kalian'.Teristimewa buat 'adik-adik' yang menghilang keceriaannya padaku.Teman luar negaraku,aku sengaja menggunakan bait-bait penuh agar mudah kau terjemahkan ke bahasamu,Vietnamese.
Salam pamitan penuh santun,wasalam.

Sabtu, 15 Oktober 2011

Ujian bukan bebanan...=)

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum w.b.t. semua..selamat berhujung minggu...
Saya memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi ilmu pada waktu ini.Hanya berkemampuan untuk berkongsi jalan hidup yang saya lalui,kini.Mudah-mudahan anda tidak merasa bosan untuk menjadi pembaca entri blog saya.^^
Minggu lalu,hari yang saya lalui ibarat berjalan di padang pasir.Musafir yang kehabisan bekalan makanan dan air.Tetapi,alhamdulillah,ALLAH kurniakan saya teman-teman yang sudi menjadi tempat untuk saya bertahan.First ,pastilah my bestfriend,Fatmawati,hmm dia merupakan pelajar tahun pertama di UMS.Tatkala saya memerlukan seseorang untuk menjadi penenang kepada kegusaran, ketakutan,kegelisahan,dialah tempat yang tepat.Then,Hafiz,hahaha.saya pun taktau napa saya pilih dia untuk nyatakan 'kesakitan' yang  dialami,tapi apa yang nyata,sesudah itu saya rasa lega.Tapi apapun, dalam kalangan rakan-rakan dia sorang jak yang tahu saya sakit 'kuat' time tu.To Hafiz,peace...^_^
Terkadang,kita tidak mampu untuk lalui satu-satu Ujian itu sendirian.Kadang,kita tidak sanggup untuk menambah kerisauan insan-insan yang kita sayang.Pada waktu itulah kita perlukan  mereka yang sudi untuk mendengar luahan itu.Bukan luahan.Bukan keluhan.Bukan keresahan.Tapi sebagai pembaca nota-nota terakhir kita.
Adik Syazwani,alhamdulillah,setakat ni,saya tak pernah lewat bangun subuh...even time tu saya minum ubat batuk pada waktu tengah-tengah malam.Jazakillah hu khair adik.=) 
Kini,kesembuhan itu semakin ku rasakan.InsyaALLAH.Baik yang kelihatan mahupun yang tersembunyi.:P Bukan ubat yang menyembuhkan tetapi ALLAH la yang menyembuhkan saya daripada Ujian ini.Alhamdulillah.Semoga sakit yang saya alami baru-baru ini dapat menghapus dosa-dosa kecil saya baik yang lalu dan kini.
Hujung minggu ini,saya melaluinya dengan penuh kesyukuran.Mendengar lagu yang terdapat di dalam  CD Nasyid Semesta Volume2 (actually baru beli secara on9 daripada Akhi Che An) 

hehehe..Alhamdulillah perjalanan pos smooth.Seharian bersama Zahra Sis,membuatkan hari sabtu saya terisi dengan aktiviti yang berfaedah.Dapat gula-gula herba (baik untuk kerongkong yang sensitif,cough) daripada Jerman dan makan kacang walnut,almond,kismis dan kuaci yang original tanpa bahan pengawet. daripada Iran..:P (bab-bab makan memang aku juara)
Actually,saya memang seorang yang senang dekat dengan 'orang-orang' dewasa,kerana da terbiasa bergaul ngan kawan-kawan my mother.Lagipun,umur sis Zahra,i thought tak jauh beza umur ngan mak saya. (Mak saya muda lagi...^^) 
Pasti anda penat membaca entri saya yang sememangnya sentiasa panjang berjela-jela ini...mari dengarkan lagu favourite saya,FT Island-i confess....setiap kali dengar lagu ni,saya jadi ingat kat suma orang-orang yang saya sayang,especially my parent,&my parent's friends...harapan mereka  takkan saya hampakan.sarangheyo... <3 


Ahad, 9 Oktober 2011

santai petang..=)

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t...salam mawaddah...=)
Seriously,tak tau nak cakap pasal apa kali ni.hehehe.ehem.huhuhu.
Sebenarnya da ada tajuk,tapi malas mau kupas tajuk berat-berat di petang yang indah ini.^_^
oooo...ya,kepada rakan-rakan yang berada di perantauan,da telefon mak ngan ayah di kg? huhuhu. Inilah yang saya ingin kongsikan.Ada rasa tak macam apa yang saya rasakan?Contohnya,ketika sedihkah,gembirakah,kecewakah...selepas luahkan(paling tak pun dapat berbual-bual sekejap ngan mak & ayah) perasaan menjadi lega...sangat-sangat lega.^_^
err..da kawan kata tu  anak mak ngan ayah.@anak manja...:P
haha..walau apapun persepsi orang,kita adalah diri kita sendiri.Mungkin luaran kita nampak tabah,tapi dalam hati siapa yang tahu?Tiap insan memiliki kelebihan dan kelemahan tersendiri. Esok,dengar-dengar adalah paper terakhir bagi adik-adik PMR di daerah saya.Good luck adik-adik..hehehe..
Secara peribadi,saya tak dapat nak elakkan diri saya daripada terus berangan-angan kembali ke daerah tercinta dan menabur bakti pada anak bangsa tercinta.
haha..rasanya sampai setakat ni jak la saya meluangkan masa hujng minggu kali ni ..esok bermula lagi jadual kelas yang padat.pasti rindu untuk cakap-cakap kat blog tercinta ini.=)
Menutup tirai blog saya minggu ini,selamat menikmati lagu 'teman facebook' daripada feelhoney..^_^


Khamis, 6 Oktober 2011

we'll never 'lost'

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t...salam zulkaedah..=)
Setelah sekian lamanya sepi  daripada dunia blogging,hati saya menjadi rindu untuk berbicara sepatah dua kata di laman ini.Actually,saya tidak punya tajuk khusus untuk di ketengahkan.;)
hmm..
Terkadang kita telah berusaha untuk melakukan sesuatu untuk seseorang(lebih-lebih lagi insan yang kita sayang) tetapi tetap jua tidak 'dapat-dapat' yang kita nak capai.Terkadang sukar nak terangkan kat seseorang hal sebenar meskipun sekecil zarah....takut andai dia tak dapat memahami?takut andai dia semakin risau?
Even, kepada orang yang PALING kita perlukan dalam hidup ini....terkadang rasa berputus asa? Buntu?
 Saya mencari 'alasan' kukuh bagi menjawab kepada keseluruhan persoalan di atas.Akhirnya saya menemui perkataan AMANAH.
AMANAH:::sebagai hambaNya,seorang anak,pelajar...sebagai seorang rakan,persaudaraan..sebagai pemimpin? dan banyak lagi...
Sudah terlaksanakah AMANAH yang dipertanggungjawabkan?SEJUJUR,SEIKHLAS,manakah kita?
2JAM yang diperuntukkan kepada kita...JANGAN sampai menjadi 'petualang' kepada kejayaan yang ABADI.
Hati saya terdetik apabila seorang ustaz berkata...umat Islam hari ini 'lost' merupakan satu teguran daripada ALLAH S.W.T. Lantas saya memikirkan tidak lain perihal diri saya sendiri...segala 'kesusahan' (pada hemat saya pertama kalinya) merupakan teguran daripada ALLAH  berikutan terlalu lalai.Bagaimana untuk memastikan diri kita tidak 'lost'?
Salah satunya,bagi kaum perempuan,apabila habis sahaja azan,maka solatlah...dan sebelum itu, berwudhulah sebelum masuk waktu,dalam istilah lain,menunggu waktu solat..if u do it,u will never 'lost'...InsyaALLAH.=)
Sedikit perkongsian...semoga menjadi panduan saya dan anda di luar sana.
peringatan istimewa  buat ayahbondaku tercinta...anakmu merindui kalian..barakkallah hu fik.