Langkau ke kandungan utama

apologi

Assalamualaikum & salam sayang (hahaha)

     Lama juga menyepi dari laman ni. Ada beberapa komen yang tidak berbalas, ya ampunn.. saya mohon apologi di atas kelalaian saya ini. Semenjak beberapa bulan lepas, saya tumpukan pada hal-hal lain. Mungkin 'bahana' subjek semester lepas menyebabkan saya perlu melarikan diri SEKEJAP dari dunia tulis-tulis ni. *kedua tangan pegang kepala*

     Ada beberapa buku yang sudah saya hadam, tapi tidak berkesempatan untuk dikongsikan intinya. Bahkan buku Gie itupun saya tidak berupaya untuk menyambung sesi terdahulu. Haha. Kerja separuh-separuh, jangan ditiru!

     Perkhabaran yang baik, ah dilema nih, mendapat invitasi (wujud ka istilah tu?) untuk melanjutkan pengajian master di kuliah ICT di IIUM ini juga, tapi masih punya sisa dua semester (termasuk semester ini). Masih panjang waktunya untuk memilih, boleh jadi juga waktu yang cukup untuk menetapkan pendirian. hahaha. Saat ada teman yang istikharah untuk peneman hidup, saya pula masih lagi dengan persoalan yang sama seperti 6 tahun lepas, dimana ni mahu nyambung sekolah?

      Minggu lepas merupakan sambutan eidul adha dan buat sekian kalinya, saya berada di iium. Tapi yang lainnya, ada teman-teman sekali. Selama 4 tahun ni, inilah kali pertama solat sunat eidul adha diadakan pukul 8 pagi. Apalagi, berlari-lari jemaah yang rilek macam saya ni dibuatnya. Haha. Salah sendiri sebenarnya sebab ndak update jam berapa solatnya dimulai (selalunya 8:30 pagi). Tapi, bahaya juga tu, sebab yang solat sunat di masjid iium ni bukan pelajar, staff dan pensyarah saja, tapi penduduk yang berdekatan juga. Sebarang update selalunya sampai dalam pengetahuan warga iium saja. Jadi, ada jugalah kelompok yang tidak dapat solat sunat berjemaah baru-baru ni. Terlepas. 

     Permulaan semester ni agak mendebarkan sebenarnya. Refleksi pada diri. Kerna terlalu biasa duduk di zon selesa, susah sikit pun hati gelisah. Di mana ketenangan dan kesabaran yang dulu? Bersyukur? Semakin berjalan di laluan ini, saat kita bertungkus-lumus memajukan diri, ternyata adakalanya moral diri tidak selaras. Evolusinya bisa menjadikan kita raksasa yang hilang identiti sebagai seorang manusia kerdil. Tapi, perjalanan ini tiada perhentiannya, kena juga teruskan kerna masa terus berdetik. Jadi apa yang mampu diperbuat adalah memperbaiki kesilapan dipertengahan jalan, meskipun tampak terhuyung-hayang, biarlah. Kita ini musafir, berhenti berjalan bila sudah sampai di destinasi yang dituju.

Ba. Sini saja dulu, ya. Jemput tengok foto momen yang sempat di bidik baru-baru ni.
 cukup la tiga keping~ Gambar saya mana? hmmm... next chapter, maybe?  Jaljaaaaa~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent