Langkau ke kandungan utama

Hari demi hari

Assalamualaikum dan selamat malam.

Tulisan  pertama untuk tahun 2018. Alhamdulillah sudah memulai buku baru. Kerja baru, suasana baru dan kawan baru.

Aku selalu berfikir bahawa bila ada sesuatu yang perlu dibuat, maka hidupku akan hilang fokus. Fokus untuk mengakhiri hidup di dunia.

Tapi ternyata tiada apa yang berubah. Kadang-kadang aku sendiri keliru kalau sebenarnya aku sudah mati hati dengan hidup di dunia ini. Cuma mengisi peluang nyawa yang diberi sama Tuhan.

Aku berharap agar aku terus bertahan melalui hari demi hari, belajar dan memerhati makhluk dan kehidupan lain. Aku kagum dengan cerita dan jalan hidup yang dipilih oleh orang lain, bagaimana mereka bisa terus-terusan bercita-cita di dunia ini.

Cita-citaku ringkas. Di mana pun aku berada, siapa pun aku, semoga aku kembali dengan hati penuh rindu padaNya. Hari-hari akan bertambah rindu untuk kembali kepada penciptaKu. Dunia hanya sementara. Sakitnya sementara. Deritanya sementara. Duka yang dirasa hari ini sikit demi sikit akan lenyap juga dengan sendirinya, atau mungkin akan dipaksa pergi. At the end, semua hidup hanya ujian.

Biarlah. Bila aku hidup hari ini, ada benda aku bisa pelajari. Melihat keterujaan seseorang melalui hari-harinya, melihat destinasi yang dia kejar, melihat kecewanya tentang kegagalan dan takutnya pada jiwa dunia. Aku berharap jiwaku bisa terjentik. Ada insan yang masih berharap agar diberi peluang untuk hidup lebih seminit lagi.

Aku selalu mengingatkan diri, berterima kasihlah pada masalah dunia, kerna melaluinya kau akan belajar untuk menukar hari demi hari. Bersyukur dengan peluang hidup yang diberiNya.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Semakin kita diuji, semoga makin dekat kita pada Tuhan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent