Langkau ke kandungan utama

3 khabar

Baru kelmarin aku dikhabarkan 3 kematian. Sudah acapkali menerima khabar sebegini tetapi hari ini aku agak lemah sedikit.

Buat sekian kalinya, aku menangis teresak-esak, menelefon mak. Dan mak, buat sekian kalinya memujuk.

Agak sulit menceritakan satu-satu tapi situasi ini memberi aku gambaran hidup di dunia. Satu hari kamu adalah penyokong kuat kepada kesusahan orang lain, tapi hari lainnya belum tentu ada sesiapa yang bakal memujukmu. Di hari kamu benar-benar memerlukan kata semangat.

Hari ini, kamu menghadiri majlis kematian kerabatmu. Esoknya si pulan pula. Dan seterusnya. Ada waktunya saat muda, kamu sama-sama berjuang mencari sesuap nasi dan akhirnya, tempat kamu berkumpul-kumpul semula saat menerima khabar kematian. Bila ada keramaian kahwin, kamu berkata, masih ada keluangan lain tapi bila tiba penghormatan terakhir, kamu pun besegera hadir. Kadang kita terlalu suka menyangka bahawa akan ada waktu bahagia lain muncul bilamana titiknya sebuah perpisahan selalu diisi dengan mati.

Hal sekecil pun belum tentu dapat kamu penuhi walhal kamu sudah mencukupi. Sewaktu kecil sampai ke besar, aku selalu bilang, bila punya wang sendiri akan ku hulur sejumlah sekian kepada pakcik ini... dan makcik ini. Tapi belum sempat berbuat demikian....kerana aku terlalu bersangka baik pada waktu... kerana aku mahu mereka tahu aku sudah berjaya.... peluang yang ada berlalu begitu saja. Dan mak berkata, ada yang mereka perlukan lebih dr itu. Doa-doaku.

Aku bertanya pada diri semula. Apa matlamat hidupku. Apa kata perpisahan yang ingin aku ucapkan. Atau apa yang aku perjuangkan agar kelak, matiku bukan mati sekadar mati, tapi ada diperjuang sampai ke nafas terakhir. Atau memori yang mahu aku tinggalkan buat orang yang aku sayang. Kepada mak. Apakah sudah cukup ku buktikan, bahawa aku cukup cintakannya? Bahawa hidup tanpanya adalah bukan hidup.

Mati bukan tentang yang pergi. Ia adalah satu usikan halus pada yang hidup. Adalah amaran sepi. Waktumu akan tiba. Bersiaplah.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann...

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...