Langkau ke kandungan utama

Umpama Meriwayat Hadith

Assalamualaikum dan selamat petang

Agak lama tidak berbicara di sini. Sesunguhnya banyak hal yang ingin aku suarakan langsung saja ditelan masa. Maka, tinggallah blog ini, sendu.

Tajuk agak lewah dan itulah prinsip yang aku pegang. Semasa berada di semester akhir, ada satu subjek alternatif (bagi specialized Organizational Communication) yang tidak ditawarkan. Atas budi bicara Head of Department kami ketika itu, solusinya aku diminta untuk mengambil satu subjek dari specialized Journalism yang sama level sebagai ganti. 

To be honest, aku suka kerja-kerja menulis (sebagai bukti kewujudan blog ini). Walaubagaimanapun, niat itu aku pendam apabila aku pada awal penglibatan di dunia undergraduate, memegang prinsip tidak mengagungkan English (okey, aku terima saja apa-apa tohmahan kalian dengan hati terbuka). Semuanya berakhir apabila aku sudah mula jatuh hati dengan UIAM maka belajar sikit-sikit English boleh la, asal tidak terlibat sangat mendalam seperti memilih Kewartawanan sebagai specialized sebab memang sah-sah hari-hari bergelumang dengan English

Dipendekkan cerita, aku terjebak dengan membaca (aku jadi gila buku di tahun kedua kalau tidak silap) dan dunia buku telah memperkenalkan aku kepada tulisan-tulisan literasi Barat. Ini termasuklah karya terjemahan daripada penulis Korea dan Jepun. Begitulah hidup, boleh jadi benci bertukar sayang. Cia cia cia.

Berbalik kepada perenggan kedua di atas, aku ada tulis entri berkenaan pengalaman ambil subjek News Writing ni, masa tu hati aku membuak-buak dek kerana pensyarah berkenaan menolak tajuk usulanku. Topik yang aku pilih bukan pilihan pembaca. Masa tu aku perjuangkan berita-berita yang dikatakan tidak menarik perhatian publik, tapi bagi aku humanis. Masa tu kepalaku mau pecah fikir di mana yang namanya humanis di dunia ni. hahahaha Lewah sungguh lewah!

Entri itu aku tulis pasal monyet. Ya, kalau dia tak jadi seperti si Anjing Hachiko, jangan harap berita pasalnya akan keluar di media/ berita. Aku ada point tersendiri masa tu.

Akhirnya untuk tugasan-tugasan menulis setiap minggu, aku gantikan dengan penulisan berita event yang berlaku di UIAM ketika itu. Adalah beberapa kerat walaupun tiada satupun tembus ke IIUMToday. hahahaha. 

Entri kali ni, aku tersentuh/terjentik satu berita yang melibatkan tempat aku bekerja sekarang. Entahlah, sebab aku sudah lama tidak baca berita, mungkin sekarang trend journalist sama macam zaman aku belajar dulu, to attract readers by pointing out humanism aspect.

Aku pun suka penulisan berita yang begini. Aku sangat-sangat sokong, sekurang-kurangnya menarik sifat dan rasa humanis dalam jiwa setiap yang membaca. Kita sudah penat dengan hal kesibukan dunia, bisnes, iluminati, power, hiburan... jadi untuk rehat sebentar daripada kesibukan itu, berita-berita humanis membawa kita pulang kepada jiwa manusiawi. Peh, humanisnya aku.

Tetapi...tetapi lagi, entah berapa banyak kali guna tetapi dalam entri kali ni (tidak bole guna lebih daripada tiga kali perkataan yang sama) ada lapan kali sudah aku guna. Sekejap ya, mau padam separuh tu. Kalau kalian tidak menjumpai perkataan TETAPI kecuali di perenggan ini, bermakna aku sudah memerah otak menukarnya.

Apabila berjaya meletakkan diri dalam tengah-tengah masyarakat (belum sepenuhnya berfungsi sesungguhnya) pandangan aku sedikit demi sedikit mula merubah. Humanis yang aku perjuangkan selama ini seolah tin kosong yang diketuk. Begitulah yang aku rasakan tatkala membaca artikel tadi pagi, ingin sekali aku ajukan wartawan yang menulis berita itu, pernah berada di lapangan ini dan hidup sebagai rakyat marhaen? Pernahkah betul-betul melihat operasi sesebuah tempat itu dengan mata kepala sendiri? Menjadi salah seorang penggerak yang berkeringat di bawah sinar matahari? Bukan kerana meletakkan satu dua kata di layar media sosial tetapi kerana untuk meneruskan hidup. Apabila kamu mendabik memperjuangkan humanis, di sini kami yang bergelumang dengan humanis. Kami adalah subjeknya. Mungkin kami tiada perjuangan yang menayang di mata publik tapi kami lebih humanis dari yang kamu bayangkan.

Umpama meriwayat Hadith, itulah etika seorang wartawan sehendaknya. Kalau setakat mendengar fakta ditambah dengan ayat  humanis, jangan terlalu sombong kawan. Duduk dulu sama rendah dengan kami dan lihat sendiri apa kerja-kerja kami.

Saat inilah aku teringat pensyarah yang sama pernah menugaskan kami untuk menulis tentang kebaikan Datin Seri Rosmah Mansur. Bingung campur bengang juga. Lantas pensyarah itu menasihatkan, sejahat manapun seseorang itu, akan ada sedikit kebaikan dalam dirinya. Mungkin tidak sekarang tetapi masa lalunya yang semakin dilupakan kerana siapa dirinya masa kini.  Kerana dia juga adalah manusia biasa seperti kita.

Mengakhiri penulisan kali ini, ingin sekali aku katakan, bahawa apa yang kami lakukan di sektor ini, jauh di sudut pendalaman ini, kami punyai kelebihan jiwa humanis kerana bila kamu kata kamu pejuang di balik tabir kata, kami di sini adalah barisan hadapan. Ini adalah sehari-hari kami. Ya, kamu saudari, kalau tidak jumpa di mahkamah manusia, kita jumpa di akhirat kelak, susah juga tu sebab ramai rasa offended dengan penulisan kamu. Jadi seorang wartawan yang baik tapi tidak lewah, boleh kan? 

NOTA KAKI: AKU GUNA BANYAK KATA HUMANIS SUAPAYA ORANG TAU AKU INI ORANGNYA HUMANIS.

Sengaja aku tidak letak copyright.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share