Langkau ke kandungan utama

Salina

Assalamu'alaikum w.b.t.

Inilah kali pertama saya menulis blog berwasilahkan komputer di ITD.
                                                                   *******
Salina. Tajuk novel karya Sasterawan Negara, A.Samad Said itu ku usung ke hulu  ke hilir. Tengok tajuknya, aku mengagak ia berkisahkan kehidupan seorang insan yang berpendidikan. Betul. Setelah ku baca ceritanya jauh meleset daripada jangkaan awalku. Tapi bukan itu yang membuat aku menulis di saat ini, bukan. Cuma nama Salina itu. Nama yang suatu ketika dulu pernah ku kenali.

Salina. Anak orang asli,tempat tinggalnya di salah sebuah daerah di Selangor. Tidak seperti anak-anak Malaysia lainnya, layanan yang diterimanya berbeza. Ya, itu yang ku lihat. Setiap pagi, kami akan berbaris bertiga-tiga dalam kompeni (kompeni Charlie) menuju ke kelas masing-masing. Kami bukan sahaja sekompeni malah  sebilik. Ada 13 semuanya dalam bilik itu. Chalie 1. Setiap pagi itu jugalah dia menjadi bahan ketawa dan ejekan. Berikutan tingginya merupakan di antara yang terendah dalam kalangan kami, maka tempatnya selalu di hadapan. Aku juga tidak pasti kenapa jalannya tidak betul, mungkin faktor kasut high heel (yang tak seberapa high heel itu), bayangkan saja kasut kelas pelatih PLKN. Dia tidak biasa barangkali dengan 'ketinggian' begitu. Ah, aku sendiri tidak betah memakainya. Atau mungkin juga dia sudah terbiasa menyentuh bumi secara semula jadi. Tapi itu bukan salahnya. Itu tradisinya juga tradisi kita dulu-dulu.

Tapi apabila ada yang membuat aksinya itu sebagai bahan ketawa, maka aku tidak dapat lari daripada turut tersengih. Sengihan nakal. Sekejap cuma kerana aku faham situasinya. Lama-kelamaan aku cuba bereaksi neutral. Fatihah, teman sekompeni dan sekelasku itulah yang  tidak puas hati mula-mula sekali. Di dalam kelas, kami diberi peluang untuk meluahkan apa juga yang terpendam, rindukan keluarga, tidak suka PLKN, pokoknya apa saja. Fatihah duduk di tengah kelas bersama tangisannya, dia kasihan pada nasib Salina. Ramai yang jatuh kasihan. Aku pun sama. Tapi dalam diam, aku turut malu kerana aib Charlie sudah tersebar. Memang benar nilaian sebuah kompeni itu tidak beerti seandainya tidak menjaga keahliannya, tetapi ada cara yang lebih profersional.

Tak kenal maka tak cinta. Begitulah perumpamaan pertemuan kami dengan Salina. Lama-kelamaan, kami jatuh sayang sama dia. Walaupun masih ada usik-usik nakal, tapi kami sudah anggap dia sebahagian daripada keluarga Charlie, Charlie 1 terutamanya. Ada kisah yang lebih 'merapatkan' aku dengan Salina. Semasa kami melakukan aktiviti di Tasik yang terdapat dalam Kem Jugra itu, aku jadi lemas. Aku tidak tahu berenang. Salina lah yang memimpin ku ke aras yang boleh jejak kaki dengan senyumnya. Bukan senyum mengejek, senyum anak orang asli yang sukakan air sungai. Katanya sudah lama dia tidak mandi air sungai walaupun sebetulnya ketika itu kami di dalam tasik buatan.

Begitulah kisahku dan Salina. Dia merupakan anak orang asli pertama yang menjadi temanku. Semasa kami tamat latihan, dia ada mengirim mesej. Antara yang masih setia pada ikatan persahabatn. Jujur kukatakan, ada malu yang tersimpan dalam diri kerana kejahilan dulu, tapi itulah  yang dikatakan kita belajar daripada kesilapan. Aku ini, kalau boleh, mahu berjumpa dua mata dengannya.

Kuharap, Salina bukan Salina yang ku baca dalam novel. Besar hajatku mahu memimpinnya.
************tamat******************

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share