Isnin, 11 Ogos 2014

15 Syawal

Assalamualaikum w.b.t


Aku mahu berbicara mengenai teman-teman ku semasa di tingkatan 4 dan 5. Why? Just because... actually, last two days ago, I saw my old book and accidentally I read the comments & noted. Suddenly the words 'nostalgic' comes. I am really miss you, guys!

The first person who came into my mind is Healdynie. Lawaknya, seberapa kerap kami berkomunikasi lewat maya, aku terrrlupa panggilan yang selalu ku sebut-sebut dulu. 'Dini' , 'Heal'. Kami mulanya tidak serapat mana pun, namun mendekati exam SPM, kami sering berkongsi cerita. I still remember the nights we spent together when we didn't have exam papers. At that time, aku nobatkan dia sebagai counsellor. Haha. shhh that's our secret, ya? Kenangan lain yang kami kongsikan adalah 'geng comel'. I didn't recall at all this part. Haha. Ndak mau mengaku la ni, kuat makan dari zaman sekolah lagi. Ya, ampunnn.. haha. Perkara yang boleh buat aku automatik ingat sama Dini ni kalau dengar lagu Nurani dendangan Kristal. Haha. Dini, sorry. I don't know if u still 'fobia' dengar ini lagu. Harap ndak la sudah ya. Masih terbayang kenakalan si Nana nyanyi ni lagu depanmu.

Next, Fetty. Aku lupa sudah nama penuhnya. Padahal dia ni duduk sama baris meja dengan aku. Almost 2 years la kan? Yang penting after cikgu Muz jadi guru kelas, kita duduk sama-sama. Kita tiga orang, aku, kau dan si Zai. Si Zai di tengah. At that time, mata ku memang sudah kabur-kabur, jadi tempat si Fetty la aku menyalin. Padahal meja kami paling depan. Depan meja guru. Fetty la jadi perantara aku dengan mak, ada apa-apa dia la ni dimesej atau ditelepon oleh si mamak. Sebab aku pelajar asrama dan sangat berdisiplin konon. Tiada membawa telefon,  paling ndak pun sana bergayut di public phone. Haha. Ndak la time ni jarang lgi sebab ada juga dorang kawan-kawan tempat ku meminta tolong. Masa tu, Fetty minat sama arwah cikgu Adam (al-Fatihah) lepas tu dia minat sir Hood, warden sekolah sebelah (smk bukit garam). Perkara yang mengingatkan aku sama dia, dia ndak makan sayur. Ndak tau la sekarang macam mana. Sebabnya dulu dia kurus sangat, sekarang sudah berisi, mana tahu  sama sudah macam seleraku...haha *ketawa jahat* oh iya, time hujung-hujung mau abis sekolah hari tu, selalu diushanya aku untuk jadi kakak iparnya. Haha. Aku tau tu, dia sengaja buli-buli, sebab masa tu aku MACAM muka takda feeling.  Puihh! Haha

Kini giliran si Fatma. Our school days la paling panjang bersama. From form 1 until upper six. 7 years la kan? Kami sama-sama pindah sekolah tanpa dirancang. Fatma plan mau pindah sekolah dengan Susi, then aku buat plan sama. Susi ndak jadi ikut. Diikutkan, Fatma la kawan rapatku. We know each others for a long time. But, I was the one who always want to go for another 'friendship'. I didn't know how to appreciate our relationship. I'm sorry.  I really mean it. 2 years, I always asked her to join her pergi balik asrama. Thank you very much.  May Allah bless u & ur family.  Amin.  Dulu, Fatma selalu sakit. I didn't know what exactly, but true she had it before. During our days in SMK Paris, we were many. Nak angkat senang sikit. Bila dia sakit lagi masa di ting 4, and only me without others, nangis beb. Haha. Mujur tak sakit tangan angkat, sebab cikgu Muz angkat sendiri. Ceh, ini legend. The first students cikgu Muz angkat di sekolah adalah Fatma. Bila da kenal Fatma, dia seorang yang senang didekati, so aku yang suka menyakat, ramai jak pelajar lelaki yang aku pasangkan untuk dia. Shhh ini juga rahsia. Terngiang lagi before final exam spm, kami kumpul ramai2 buat pengakuan. Fatma minat si Hafizul. Ehem ehem rasanya solo lagi tu...ooopppss Laila, Laila... mulut tempayan betul. Nasib la kalau ada yang baca ini entri. Hehe. Ingat lagi masa isi online UPU, aku ada tanya Fatma, 'macam mana la tu kalau aku dapat masuk UIA?' Ni disebabkan kekurangan pandai dan kemalasanku belajar b.I. sekali tengok, masin mulut ini. Sini di uia betul-betul terkena. Alhamdulillah. Actually,  Fatma yang plan mahu sambung uia, bidang psychology.  Aku zaman dorang UNIC di matrikulasi uia, aku memang pasang niat mahu masuk uia. Sekali ujung-ujung stpm, aku dapat tahu Fitri sambung Ukm, aku pun plan u sama. Haha. Well. Ni la kegilaanku. Perkara yang mengingatkan ku sama si Fat,,, aku rasa tiada. Sebab aku sentiasa ingat.. haha ayat. Mukanya iras Heliza Helmi. Ok,bye!

*sambung besok-besok lagi. Patut dikasi ringkas saja tapi aku memang ndak pandai summary ni. Goreng-goreng ayat memang makananku.
Salam.
#prayforGaza
#prayforallMuslims_aroundtheworld
#hayya_a'lal falah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan