Langkau ke kandungan utama

menoleh ke belakang

Assalamualaikum w.b.t.


Buku ni tinggi sedikit bahasanya buat aku. Haha. Terkapai-kapai aku hendak cuba faham. Almaklum vocab kurang. Ia merupakan kumpulan cerpen yang berlatarbelakangkan Jepun pada zaman perang dunia kedua berserta bermulanya pengenalan kebaratan. Sudah pasti la aku tidak akan buat analisis berkenaan isi buku ni. Cuma refleksi diri,

Apa yang aku dapat daripada pembacaan kali ini adalah mengenal sejarah nenek moyang sendiri. Sejarah yang kita belajar dalam teks cuma fakta, cerita dan jalan hidup masyarakat yang melaluinya tidak sampai pada kita. Itu yang aku rasa. Kita tahu waktu perang dulu susah nak cari makan, hidup dalam pelarian dan macam-macam kesulitan lagi tapi kita tiada 'kisah' yang bisa buat kita imagin waktu tu dengan lebih dekat. Paling tidak pun, imaginasi kita lebih berfigura seperti yang dipaparkan dalam media, mungkin drama, filem dan sebahagiannya dokumentari.

Antara episod yang menarik perhatianku dalam buku ni adalah ketika munculnya westernization. Contoh paling dekat makanan dan pemakaian. Aku masih ingat, mak aku pernah cerita kalau waktu kecilnya dulu, gula-gula karek mereka diperbuat daripada gula merah (air nira). Itu makanan ringan mereka dulu-dulu. Sekarang segala macam produk makanan ringan yang ada. Kalau bab pakaian, daripada pembacaan ku di beberapa buah buku karya seberang, ternyata kaum bugis sering dikaitkan dengan sarung, golongan orang yang berkerudung. Sekarang? Gadis desa sudah tidak akrab dengan sarung.

Anyway, aku sedikit cemburu dengan penulis kerna mampu menulis beberapa kisah yang buat kita 'balik' ke zaman dulu. Banyak perkara yang kita boleh belajar daripada kisah dulu-dulu. Tiba-tiba aku rasa kelewatan, semasa bapa masih hidup, tidak pernah pula aku tanya kondisi hidup masyarakat zaman itu di sul sel. Cuma kata seperti 'gerilya', 'kahar muzakarr', 'bahar mataliu' amat sinonim di pendengaran tetapi tidak tahu hujung pangkal perbicaraan. Padahal sekarang baru tercari-cari sumber bacaan yang berkaitan, malah perlu mengirim buku dari kawan seberang. Kasihan kau Laila! Aku generasi yang meninggalkan tradisi mengenal sejarah melalui mulut ke mulut. Aku cuma percaya bulat pada buku teks yang pastinya mengenalkan aku pada kejagoan barat.

Mauki dengar cerita moyang ku yang masih tersisa sampai di pengetahuanku? Begini kawan, kononnya, datuk mak ku dulu tinggal di kawasan bukit yang disebut sebagai Saweng. Pada waktu itu, terkenal dengan pasukan gerilya yang hidup bersembunyi dan nomad. Kadang-kadang, mereka datangi rumah datukku untuk minta dimasakkan makanan. Aku mendapat tahu kalau dua belah moyang dan nenekku pernah memasak untuk gerilya. Aku tidak tahu sama ada mereka menyokong atau terpaksa. Itu saja yang ku tahu. Lain, dua-dua nenekku punya anak yang ramai tapi kebanyakkannya mati ketika masih bayi lagi. Pernah nenek Dentamalu (sebelah mak) beranak ketika masyarakat sul sel dalam pelarian mencari tempat bersembunyi, bayinya mati ditempat kejadian dan cuma dikubur begitu saja dan lari lagi mencari tempat perlindungan. Lagi, arwah datuk ku, ayah kepada bapaku rupanya mati dibunuh oleh siapa, aku juga tidak tahu siapa, kononnya disebabkan surat. Dia diminta untuk memberikan surat kepada siapa dan daripada siapa juga aku tidak tahu. Cuma yang ku tahu, beberapa hari selepas berita pembunuhannya cuma kepalanya saja yang ditemui. Tragis.Sebelum dia pergi (sebelum pembunuhan) dia sempat berpesan kalau-kalau dia mungkin tidak mungkin balik lagi (mungkin dia tahu surat yang tidak disampaikan itu bakal menjadi penyebab kepada pembunuhannya).

Aku sukakan sejarah. Bukan pasal keagungan atau zaman kegemilangan. Aku cuma mahu tahu keazaman dan semangat juang yang ada pada mereka. Kondisi masyarakat. Struggle untuk meneruskan hidup, itu yang aku mahu tahu. Untuk apa?  cara perjuangan orang terdahulu tidak dapat diaplikasikan dengan zaman sekarang tetapi 'semangat' perjuangan yang perlu kita warisi agar kita tidak menjadi warga dijajah sepanjang waktu. Itu yang kita kurang juga mungkin tidak ada. Kita terlalu jauh tertinggal di belakang, entah apa yang kita contribute kan kepada generasi akan datang setelah tidak belajar apa-apa daripada generasi sebelum kita.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent