Sabtu, 25 April 2015

tanpa tajuk : episod rindu pada bapak & Ilmi

Assalamualaikum w.b.t.

pengecutkah aku
tersungkur jatuh pada kenangan lalu
tanpa mampu untuk bangkit maju
 
puas sudah menangis
menderitai
pada kehilangan dan pergi
pertemuan yang tiada kembali
 
 
pendustakah aku
menerima kisah termaktub
padahal tiap ujian aku melutut
menangis sendiri, bicara padaMu
kalau aku sebenarnya tidak mampu
 
kata mak,
'kerna kita insan yang kuat...'
 
padahal
aku menangis ini.
 
justeru kita insan kerdil
yang pasti menangis
pada luka kecil.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan