Langkau ke kandungan utama

Mengejar bahagia

Assalamu'alaikum dan selamat malam

Aku fikir perjalanan liku ini akan berakhir pada masa terdekat. Rupanya ia selekoh panjang yang jalan lurusnya tidak kelihatan. Destinasi yang tidak kunjung tiba.

Aku cuba untuk tidak membicara dan mempersoal walaupun kadang-kadang emosiku terumbang-ambing. Kerana kata yang bakal terluah bukanlah sebetulnya lahir dari hati cuma pelepas lelah. Dan aku tidak suka bila orang berteka lelahku puncaknya di mana. Itu rahsia.

Ketika menulis catatan hidup sendiri, yang terlihat di mata seringkali kehidupan dan bahagia orang lain. Meskipun, kita sibuk membilang angka bahagia kita dan kemudian dijajah ke muka dunia, kita sebenarnya sedang tewas.

Kita kata kita bersyukur tetapi sejauh mana syukur tanpa mengukur dan membanding dengan hidupnya orang lain?

Laku bahagia itu bisa sedetik dan sekecil tanpa sempat kita klaim, "ah, aku bahagia!" Dimana dan kapan pun.

Dalam duka pasti terselit suka, cuma kerna kita sibuk mencari solusi, kita lalai kalau sebenarnya bahagia itu bisa dipetik bila-bila saja. Kerna bahagia yang kita cari kadang-kadang berbeza dengan yang kita perlu. We fail to recognize it. Our way does not match.

Aku selalu arif kalau rentakku tidak seirama dengan yang lain. Kerana itu aku selalu memilih untuk menjaga hati sendiri. Menjaga mata, mulut dan telinga. Untuk sementara ini, aku berhenti membaca. Pengaruhnya semakin menekan.

Pernah ku baca tentang seorang tua yang menghabiskan sisa hidupnya menanam beribu pokok. Aku fikir akulah orang tua itu sehinggakan kini aku berabis masa menanam pokok, meskipun sekadar pokok bunga.

Ku mengira besok akan kembali bersinar hidupku, berakhirnya penantian, tetapi yang selalu menjadi teka-teki, bagaimana agaknya pengakhiranku? Lamakah lagi atau sekejap saja lagi? Bahagiakah?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rindu karya Tere Liye

Assalamu'alaikum w.b.t. Seperti entri yang sebelumnya, kalo soal buku, aku tidak bertujuan menceritakan sinopsis. Ia lebih kepada elemen-elemen yang berkaitan dengan opini (bukan kritik) atau kadang bersifat personal, yang terkait dengan hidupku. hahahahaha. Apa-apa la. Melewati usia dua puluh-an aku tidak pernah beli novel berbahasa Melayu. Ini merupakan buku fiction pertama yang ku beli karya dari seberang. Saat ku lihat judul novel ini, Rindu, aku seperti terpanggil untuk mengetahui sinopsisnya. Ternyata latar yang diambil adalah Makassar! Itu merupakan sebab perdana aku beli buku ini. hahahahaha.  Selepas buku Hamka, Tenggelamnya kapal van der wijck, seingat aku tiada buku berlatarbelakangkan Makassar yang ku baca. Keterujaannya itu lain sekali. Dan semuanya terkait perihal "laut" & "kapal". Meski jurai keturunanku merupakan Bugis "daratan" yang tinggal di gunung, aku selalu menyanjung mereka yang tinggalnya di laut. Keberanian mere...

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

Book: Psychology from an Islamic Perspective A Guide to Teaching and Learning

Assalamualaikum dan selamat malam. Ini merupakan percubaan kelima untuk menulis pasca-membaca buku. Sejujurnya aku menghabiskan pembacaanku ini hampir memakan masa selama setahun.  Teman sebelah rumah yang kebetulan biliknya bersebelahan dengan ruang tidurku, menjadi saksi kegilaanku yang adakalanya di tengah lewat malam melontarkan butir perenggan demi perenggan. Aku berusaha, kawan! Aku menghargai tiap helaian yang ada di rak buku itu.  Oleh kerana aku tidak lagi berada di barisan akademik, pastilah aku tidak akan mengulas secara terperinci isi kandungannya. Buku ini diterbitkan oleh IIUM Press, editornya pula Noraini M. Noor.  Terdapat dua bahagian, Part One & Part Two. Suka untuk aku kongsikan, salah satu artikel yang terdapat dalam koleksi ini iaitu, The Islamization of Psychology oleh Malik Badri.  Di bawah subtopik, The "who" of the Islamisation of Western Psychology . Penulis ada menyatakan tentang ciri-ciri yang perlu bagi Pengislamisasi Psikologi. 1. ...