Langkau ke kandungan utama

Catatan


Sewaktu kecil dulu, tiap subuh bapa selalu temankan ke sumur di belakang rumah untuk mandi. Jarak dari rumah ke sumur sejumlah dua bukit. Bermaksud pergi mandi aku harus menuruni bukit dan sesudah mandi aku harus mendakinya.

Aku tidak pernah perasan kalau di waktu itu dada langit dihiasi bintang. Kadang-kadang, ia umpama padang sepak bola. Bintang itu silih berganti marathon cahaya. Berbalas-balas. Sampailah satu hari, ketika kami menjenguk ke atas, baru kami tahu kalau selain dingin subuh dan kokokan ayam menjemput pagi, ada komuniti besar sedang berinteraksi.

Waktu itu, aku tidak pernah berkira korbannya bapa. Kerana yang aku tahu, sesudah dari sumur, azan dan takbirnya kedengaran. Tiada lagi tidur sesudah itu. Ketika aku berlari-lari ke sekolah, dia pula mengangkat kaki ke dunia tani, satu-satunya kerjayanya sepanjang hidup. Menjadi petani.

Di sepanjang masa yang berlalu pergi, terlalu banyak yang telah berubah. Meski statik apa pun yang diklaim, kita sebenarnya sudah bergerak di zon sendiri. Kita sudah berubah. Yang ada cumalah kewujudan kita di muka bumi yang kapan pun akan tamat tali hayatnya.

Aku fikir, semakin kita bergerak kehadapan, tiada yang mampu menghalang diri dari terus mengenang kenangan. Kenanglah kenangan yang terbaik sahaja. Kenangan ini adakalanya pastilah sukar untuk dicipta semula tetapi, usahalah untuk mengulangnya. Setidaknya, rasa bahagia yang dahulunya dikecapi bisa dirasa hangatnya.

Meski cuma 1%.

Kerana dunia hari ini tidak bakal memberi 1%  itu dengan segala hidup kau tumpahkan untuknya.

Sumur itu sudah lama kontang. Kata bapa, airnya yang dahulu bisa dikongsikan dengan jiran untuk keperluan sehari-hari sudah ditelan serabut akar sawit yang menghuni lantai bumi. Tiada lagi deretan keladi. Rata sudah lekuk parit kecil yang dulunya membawa arus air sumur. Kalau saja orang baru melimpasi kawasan sumur itu, dia pasti tidak terfikir kalau di situ dulu pernah terpancul air mata air.

Sumur yang dahulunya berbakti kepada makhluk Tuhan lainnya kini sepi. Kini, digali sedalam mana pun belum tentu bisa melimpahkan air. Setitis pun. Tanpa izinnya Tuhan yang Maha Esa.

Begitulah perumpaan bahagia yang ku rasa dahulu. Sumur itu sudah lama tamat hayatnya. Yang tinggal adalah kenangan. Kenangan yang akan bersemadi selama diingat. Tapi usahalah mengulang kenangan itu kerana hidup di waktu itu mengandung erti untuk hidup. Bahagia hari ini yang besoknya kita sendiri sulit memutuskan bahagia seperti apa dikejarkan.

Ingatlah dengan jelas rasa diwaktu itu. Bukan bermakna berputus asa pada hari ini tetapi pengingat kepada diri yang asal yang dahulunya masih bersih menatap dunia.

Apabila melangkah di subuh hari, rentaknya sudah tidak serancak dahulu. Bapa pun sudah pamit dulu. Sumur pun begitu. Tinggallah sendiri menghadap hari baru.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent