Langkau ke kandungan utama

Sweet Bean Paste

Assalamualaikum dan selamat petang

Seperti kelaziman sebelum-sebelum ini, aku tidak akan menulis sinopsis buku yang aku baca. Aku lebih suka bercerita mengenai pengalaman dan persoalan yang terkait.

Buku pertama pada tahun 2019, karya Durian Sukegawa. Secara personal, aku suka tulisan penulis Japanese kerana mereka selalu menyentuh emosi.

Ceritanya tidaklah rumit, tapi aku mengambil masa agak lama untuk menulis tentangnya. Dicuit. Ya, sedikit sebanyak, hatiku dicuit oleh watak Sentaro. Ada persamaan di antara kami. Dia juga bercita-cita untuk menjadi seorang penulis tetapi sehingga kini belum menghasilkan apa-apa tulisan. Dia bekerja sebagai seorang penjual dorayaki, tapi tidak meletakkan "jiwa" dalam kerjanya. Sebenarnya, aku tidaklah tidak menjiwai kerja yang aku lakukan sekarang, mungkin sedikit lost, masih terbawa oleh imaginasi semalam. Kerana jalan yang aku pilih melawan arah navigasi. Semakin ke hadapan, semakin keliru. Sebenarnya aku sudah bergerak sedikit demi sedikit, melangkah di jalan yang baru tapi kelihatan seperti semakin "hilang" kerana masih merujuk navigasi semalam. Impian semalam.

Baru-baru ini, aku menghadiri training d hq, dan ketika melalui lebuhraya, lebih tepatnya laluan dari/ke KLIA2 langsung mengingatkan aku kepada zaman degree dahulu. Entah sebenarnya untuk ke berapa kali, laluan-laluan semalam selalu saja membawa ingatan ke memori lalu. Walau hakikatnya fizikal di masa kini, tetapi jika dipandang secara teliti, aku menjadi seorang pengembara yang fizikalnya hadir sendiri. Jiwanya suda melayang entah ke mana. Masih mengagung kepada diri yang semalam.

Di sinilah bermulanya titik persoalan bercambah, di mana menerusi watak Tokue yang menyatakan "We were born in order to see and listen to the world." Aku bukanlah terlahir dalam kalangan masyarakat Jepun, tapi aku adalah seorang yang memegang prinsip; berkhidmat untuk masyarakat. Maksudku, apa sekalipun destinasi yang aku pilih di dunia ini, semuanya menjadi sia-sia bilamana apa yang aku usahakan tidak bermanfaat untuk masyarakat sekeliling. To be honest, itulah yang aku pegang sampai sekarang yang menyebabkan aku berasa "not worth" to the society. Kerja yang aku pilih bukanlah sesuatu yang boleh disimpulkan sebagai "amalan" kepada masyarakat. Aku nilaikannya "serve the company".

Bermulalah episod mengulang kenangan, di mana menyalahkan diri sendiri tidak memilih jalan yang directly to the way of society. Am I a loser? Tetapi aku tidak merosakkan masyarakat. Mungkin agak temberang hendak mengatakan kalau aku sudah menjadi "role model" yang baik kepada penduduk kampung walaupun sekarang aku mungkin mengisi perbualan mereka bahawa seorang yang cukup sifat untuk dikira berjaya tetapi tidak membawa apa-apa materialistik. Where am I?

Depresi.

Kata-kata Tokue kembali berlegar diingatan. Mungkin sekarang ini kita dalam situasi berusaha keras tetapi belum nampak hasilnya, "... in the midst of darkness and a struggle we had no hope of winning", tapi berpeganglah pada satu prinsip bahawa kita adalah bersifat kemanusiaan. Tidak sempurna. Kita punya kebebasan untuk memilih jalan hidup, tetapi berjaya/gagal bukan kerja kita. Berazam untuk menjadi yang terbaik itu wajib, kerana manusia secara lahiriahnya mempunyai "level of needs" d mana setiap dari kita pasti memiliki self satisfied. Jangan pernah menidakkannya.

Membuka minda kepada alam sekeliling. Kita selalu bertanya kenapa suara kita tidak didengari, seolah tiada satu nyawa pun yang bersimpati, yang sudi mendengar luahan, rasa penat kita. Tanpa sedar kita lupa, sebelum suara kita didengari, adakah kita sudah menjadi seorang pendengar? Hidup ini penuh dengan keseimbangan, sebagaimana cahaya dilengkapi dengan bayang-bayang, pertemuan diakhiri dengan perpisahan, setiap yang diluah perlukan pendengarnya dan yang mendengar juga punya kata-kata yang ingin didengari.

Buka hati. Suatu yang agak rumit. Tapi berdasarkan pengalamanku selama 28 tahun menjadi anak tunggal, aku boleh dikira seorang yang berdikari tetapi adakalanya kita perlukan bantuan. Mungkin dalam bentuk fizikal, maupun motivasi. Aku selalu "mengembara" sendiri, tetapi aku juga selalu menginginkan komunikasi. Say "hi" to stranger just because you feel you need it. Recharge. Sebab there is humanity dalam setiap diri kita.

Bukan mudah. Kepada siapa? Ask Allah is for sure. Kalau sudah tidak pasti mau luah ke mana, makanya aku pilih laluan ini. Menulis. Sesiapa yang inginkan comfort tetapi tidak tahu hendak ke mana, I am here, talking to myself, but at the same time, hope you are there.

(Baru sedar terlalu panjang bercerita)

Aku ringkaskan, dalam novel ini, Tokue adalah seorang penderita kusta yang sudah pulih sepenuhnya. Namun begitu, masyarakat masih memiliki prejudis terhadap penderita Hansen. Kita sering diingatkan untuk melihat kepada dosa yang dilakukan bukan pelakunya. Tetapi tiada siapa yang memilih untuk "sakit". Kerana kita tidak berada di tempat orang tersebut. Dan tanpa kita sedar, kerana itu Allah tidak pilih kita untuk berada di tempat mereka. We are too weak compared to them.

Aku sebolehnya tidak mengaitkan Hansen dengan hukuman Tuhan, kerana penyakit tidak bersifat "religi", semua akan ditimpa sakit selagi kita adalah makhluk. Tetapi aku analogikan Hansen ini dengan "dosa". Berapa banyak di antara kita yang arif tentang dosa-dosa lalu. Setiap hari minta diampunkan dosa lalu, tapi masih belum identified, dosa apa sebenarnya yang kita maksudkan. Kerana setiap solusi bermula dengan faktor. Ada orang yang nampak dosanya. Masyarakat pandang negatif, dicop pendosa. Kadang-kadang, masyarakat terlalu angkuh, mencop diri sebagai hakim padahal tiada siapa berhak menghakimi dosa orang lain hatta dosanya sendiri. Kita lupa, kita juga adalah pendosa. Waktu yang masih diberi oleh Allah bukan kerana kita "just" / kebetulan / rezeki punya umur panjang. We may not yet realized yet how much sins we have committed. Rasa isolasi yang dirasakan oleh penderita Hansen, apa mungkin kita pernah merasa begitu, disebabkan dosa yang kita lakukan? Lihatlah penderita Hansen, zaman sudah berubah, penyakit tersebut telah ditemui penawarnya, tetapi tatkala mereka punya kebebasan untuk bermasyarkat, seolah ia sudah terlambat.

Setiap dari kita adalah pendosa. Bila kita dibagi peluang untuk menyedari dosa kita, rasa menyesal wajib ada. Setiap detik yang tertinggal begitu saja kerana kelalaian. Tapi ia bukanlah alasan untuk bermurung. Jangan bazirkan lagi detik yang tersisa. Ya... easy to say, setidaknya, doalah yang baik-baik semoga kita beroleh kebaikan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share