Selasa, 18 Julai 2017

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam
Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar.

Fizikal
Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih.

Usia
Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih.

Cara tanam
Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi)

Penjagaan
Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun ia meliuk letuk. Walaupun ia bunga musim panas, kalau cuaca agak tinggi sebaiknya beri cahaya matahari pada waktu pagi sahaja. Airnya pula tidak boleh kurang dan tidak perlu lebih. Sebaiknya pasu digantung.

Salah faham
Ada yang mengatakan gypsophila boleh hidup di negara seperti Malaysia cuma di kawasan tanah tinggi seperti di Genting Highland dan Kundasang, Sabah kerana meskipun cuaca panas tetapi suhu sedikit rendah berbanding kawasan lain. Tapi sebenarnya dia boleh saja tumbuh dalam cuaca Malaysia di mana kawasan sekalipun cuma seperti yang sudah ku nyatakan di perenggan di atas dengan mengawasi konsumi cahaya matahari dan airnya.

Foto
Aku akan update lagi dari semasa ke semasa pertumbuhan gypsophila ini. Terdapat variasi tempat aku mengambil foto sebab aku letak ia merata. Nanti sudah dewasa, aku cadang mahu gantung.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan