Langkau ke kandungan utama

Menjangkau usia 28 tahun

Sedang berborak dengan rakan sekerja, aku meluahkan tentang hasratku untuk berpindah kerja.

Kenapa?

Supaya lebih dekat dengan keluarga.

Seperti selalu, jawapanku dibidas dengan fakta tempohku belajar yang berjauhan dengan keluarga.

Secara jujurnya, sepanjang tempoh belajar itulah aku kuat mengatakan pada diri bahawa aku akan pulang ke pangkuan keluarga.

Ijazah itu bonus. Bukan pula saja-saja, kerana lima tahun duduk di dalam dewan kuliah benar-benar memberi impak besar tentang persepsi, view, dan cara berfikir. Sekiranya aku tidak melanjutkan pelajaran ke degree, aku belum pasti dapat membentuk identiti yang aku pegang sekarang.

Rentetannya aku berada di sini. Perladangan. Kerani.

Bukan apa-apa. Cuma selalu terlihat janggal. Tetapi aku sengaja memilih lorong ini. Supaya aku bebas memilih identitiku.

Bukan masyarakat yang tentukan jalan yang aku pilih. Biar aku pilih sendiri. Meskipun kadang hati kecilku terjentik, saat ibu orang lain dapat bermegah-megah dengan jawatan anaknya, ibuku cuma bisa menelan kata "anakku tetap istimewa".

Itulah yang sering berlegar di minda. Mungkin aku bebas untuk memilih kerjaya apa yang ku mau, tapi tidak untuk pasangan hidup. Konyol? Zaman Siti Zubaidah sudah berlalu. Tapi sejauh manapun akalku menimbang, aku tidak akan pernah menyakiti ibuku untuk satu itu.

Hak tetap hak,.tapi bukan bahagia bila restu seorang ibu tiada.

Kadang aku tertanya juga kalau mak tidak akan melepaskan aku, tapi jauh di sudut hati, akulah sebenarnya yang tidak akan lepas dari mak.

Aku anak tunggal. Tidak banyak tempat untuk aku meluah. Dahulu, ketika aku perluka  kawan bermain, mak kena beraksi seperti seorang kawan, berlari, main gelek-gelek, perli-perli... sampai aku remaja..dewasa. Saat belajar, mak tempat aku luahkan segala beban. Tapi bila sudah kerja, seakan ada tembok ego. Kononnya sudah dewasa. Tapi, semakin lama aku semakin sedar kalau sememangnya aku hanya ada satu teman sejati, iaitu mak.

Aku ingat lagi pesan-pesan teman terdekat, cuba buka pintu hati. Aku sudah cuba. Tapi, jawapannya terlalu menghampakan. Tatkala aku perlukan seorang teman untuk berbicara, yang selalu ada adalah mak.

Sudah penat hendak mencuba.

That's the point. Ada orang kehilangan tempat bermanja, orang tuanya sudah pergi terlebih dahulu. Ada yang orang tuanya dua-dua.masih hidup tapi asing. Dan aku meski cuma ada mak, sudah cukup tempat berpaut.

Hahahahahha.

Entah apa-apa jak tulisan kali ini. Akhir kata, let's be happy mak.

Ulasan

  1. Assalamualaikum, saya ada baca entry sis ke perkampungan orang asli Gombak. Kalau nak berurusan di sana untuk research, boleh contact siapa ya?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i...

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann...

Lirik Lagu:::Permata yang dicari

Assalamualaikum w.b.t.  Salam Maal Hijrah.Azam baru? Rasanya terdapat dalam kalangan anda,mungkin berkongsi azam dengan saya. Permata yang dicari ,saya tersenyum sendiri mendengar lagu ini.Baitnya penuh dengan makna.Rasanya tak perlu dihuraikan,sesiapa sahaja yang mendengarnya pasti dapat 'menangkap' maksud yang disampaikan.Bukan sahaja melodi yang sesuai,malah lagu ini juga mempunyai pakej tersendiri,iaitu bait-bait 'doa' . Hadirnya tanpa kusedari Menggamit kasih cinta bersemi Hadir cinta insan padaku ini Anugerah kurniaan Ilahi Lembut tutur bicaranya Menarik hatiku untuk mendekatinya Kesopanannya memikat di hati Mendamaikan jiwaku yang resah ini Ya Allah Jika dia benar untukku Dekatkanlah hatinya dengan hatiku Jika dia bukan milikku Damaikanlah hatiku Dengan ketentuan-Mu Dialah permata yang dicari Selama ini baru kutemui Tapi ku tak pasti rencana Ilahi Apakah dia kan kumiliki Tidak sekali dinodai nafsu Akan kubatasi dengan syariat-Mu Jika dirin...