Langkau ke kandungan utama

Sendiri

Assalamualaikum dan selamat malam.

Aku baru tengok video berjudul "Kodokushi" di chanel ML Studio.

Selama ni, aku selalu laa.. menyapa diri, "alahai sunyinya hidup" hahahaha ... kadang tu sampai tahap nak nangis. Terus throwback kenangan zaman kuliah.. yang kononnya terlalu sibuk sampai tak sempat nak fikir, "eh sunyinya". Kadang kena curi masa hendak menyendiri.

Paling rindu dengan Cua. Hahahhahahahahahahaha. Balik-balik sebut Cua. Ye la Cua je yang mampu tahan dengar kisah aku yang merapu pasal buku, pasal negara, pasal ideologi... hahahahaha selepas bapa aku la.

Kalau dengan mak, aku baru buka mukadimah jak, dia dah menguap. Tak bole nak paksa. Tinggallah Laila dan sendu. Sedih benar bunyinya.

Selepas Cua, aku jumpa Oyen, tapi Oyen sudah tiada. Aduh sedih. Tahap depresi da tapi aku tahu kondisi aku macam mana, so... chill selagi mampu.

Kadang tertanya juga, kenapa semua yang aku sayang-sayang ni ada yang pergi selamanya, ada yang tinggal jauh... lepas tu insaf, tiada milik kita. Lain orang, lain bentuk nikmatnya.. aku, bagi aku, ini ujian yang aku terima. Nikmat yang waktu adanya mungkin aku sambil lewa. Menyesal. Atau mungkin aku sudah buat sehabis baik, tapi masih tetap berharap mendapat lebih lagi. Kenalah tahu bersyukur.

Sabar la.

Susah hendak pujuk diri ni. Kalau da tahap tak tahan tu, aku ws nombor Cua. Tanya pelik-pelik. Tapi bila Cua da serius tanya, ok ke ni.. aku macam baru kena siram sebaldi air, terus segar bugar... buat don't know dengan soalàn Cua. Hahahaahahaha.

Ok nak mula dengan ideologi sendiri la ni... kaitan dengan kodokushi tu.. lonely death, tak terbayang aku jalan hidup yang mereka lalui. Sesunyi-sunyi aku, sunyi lagi mereka.

Berdasarkan pembacaan dan ilmu yang sedikit ini, aku rasa, isolation yang di declare oleh warga Jepun ni sedikit sebanyak bermula dengan ego mereka. Sifat tidak hendak memberi beban kepada orang lain. Hendak usaha sendiri. Tapi tahapnya sampai tidak bersosial dengan masyarakat. Mereka berpendapat masyarakat yang produktif sahaja bole diklaim sebagai warga. Bilamana kamu tidak memberi apa-apa kontrobusi kepada society, maka isolasi adalah dendanya. Like a loser.

Sebab tu, semakin lanjut usia, semakin jauh mereka hidup dengan dunia sendiri. Aku yang dari kecil pun suda biasa sendiri-sendiri, ada masanya kita perlukan teman untuk berkomunikasi.

Buat masa ni, jalan terbaik ku, hubungi mak hari-hari, mesej Cua dan bercakap sendiri macam sekarang.

In sha Allah, waras lagi.

Kita kena sedar, kita ada keistimewaan tersendiri. Mungkin kalau hendak banding dengan orang lain, apalah sangat yang kita ada, tapi di sebalik rendah percaya diri,sebenarnya kita punya paling tidak pun satu kelebihan. Allah ciptakan manusia ni cukup-cukup, tiada yang kurang, tiada yang lebih. Cuma ia berbalik kepada kita bagaimana hendak mensyukuri, discover dan pergunakan kelebihan yang ada. Most of the time, kita terlalu memandang demand orang lain. Padahal yang merasa dan membawa hidup adalah diri kita sendiri. Bila jatuh, kita yang rasa sakit dan terluka. Orang nampak saja tahu. Jadi kenapa perlu ikut ukuran orang, kalau nanti sakit dan peritnya kita sendiri tanggung juga.

Mungkin kita belum nampak di mana gunanya kita. Sebab kita berusaha untuk sesuatu yang bukanlah pada tempatnya. Sedangkan kucing, bila dia sakit perut, lapar ka.. dahaga ka... dia tahu hendak meminta, kerana fitrah dia dicipta begitu, samalah kita macam manusia ni. Mungkin kita terlalu memandang pada satu tempat saja, padahal satu sudut lagi ada suara-suara yang meminta pertolongan kita. Mungkin tidak besar pertolongan kita diperlukan tapi itulah fungsi kita... untuk saling memanfaatkan. Ketika kita sedang berusah impress orang lain dengan menonjolkan kelebihan yang kita punya, walhal ada orang lain lagi yang benar-benar perlukan huluran kita tanpa perlu melihat apa sahaja yang kita ada.

Dia hargai kita kerana kita adalah diri kita.

Hahaha.

Bunyi macam terlalu personal kan... tak la, aku ok je. Kalau aku depresi, aku tak tulis sini. Ni pun sebab nak keluarkan air mata. Senak duduk dalam mata dia tak keluar. Hahahahahaha. Macam sorang makcik ni pernah cakap dekat aku,

"Ada masanya kita saja-saja potong bawang.  Bukan sebab nak bubuh dalam masakan, tapi saja-saja potong supaya dapat keluarkan air mata."

Masa tu aku sengih jak, apa makcik ni merepek kan... tapi ingat balik kata-katanya... ada seribu macam maksud yang tersirat. Bahawa, dalam kalangan kita ni ramai jak yang tersinggung dengan hidup, dengan rasa sendiri dalam ramainya.. dengan rasa losernya... tapi kita pendam. Bila main pendam... tu yang saja-saja cari bahan ransang untuk menangis... potong bawanglah, kemas rumah supaya mata masuk habuklah...

Nangis je la.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share