Langkau ke kandungan utama

Meraikan angka 28

Assalamualaikum dan selamat malam

Menulis merupakan agenda penutup hari, setiap pagi kuniatkan sebegitu. Tetapi selalu dicemburui dengan tugasan, membawa balik kerja adalah perkara yang ingin sekali saya singkirkan dalam senarai harian.

Selepas melewati ulang tahun kelahiran bulan lalu, tidak banyak kelainan.

1) Kucing yang imut

Sekarang saya tinggal sebilik dengan seekor meow yang kecik. Betina, umur tidak dapat dikira... mungkin belum matang 5 bulan. Namanya, Kecik. Kerana bila kami jalan berpapasan, saya perlu melihat kebawah- sebawah-bawahnya khuatir terpijak badannya yang kecil itu.

Terlalu banyak yang ingin saya kongsikan mengenai si Kecik. Bermula dengan hari dia pertama kali duduk menyelimuti diri di hujung pagar rumah dengan bulunya yang serba kembang dan serabut. Kata Chong, seperti ulat bulu. Ia bukanlah muqaddimah yang seindah begitu, ketika dia saya temukan hanya hasrat di hati untuk menjaga makan dan minum. Usai diberi keperluan saya pun menyimpannya di luar rumah. Ditakdirkan, suatu hari anjing-anjing tidak bertuan telah menyerangnya yang akhirnya mengakibatkan kedua belah kaki belakangnya perlu diheretnya. Kak Fitri yang merupakan jiran kami telah menyapu minyak batu di kawasan gigitan tadi. Saya pada ketika itu baru kehilangan bertimpa-timpa. Sehinggakan timbul rasa trauma untuk mencari teman bulus lagi. Dua hari berlalu dan dia masih menyelimuti dirinya di beranda rumah Medical Assistant kami. 

Ada meow di hadapan pintu. Saya pastilah merasa terkejut kerana setahu saya kucing tersebut tidak mampu untuk bergerak kemana-mana kesan dari luka yang besar itu. Dia muncul di muka pintu dengan suara dan badan yang imut. Saya pelawa dia masuk. Sekali lagi dia menyelimuti diri di pinggir katil. Sehari berlalu. Tiada dia jamah apa-apa hatta air setitik. Hari kedua dia masih diam di tempatnya. Hari ketiga dia dengan meow kecilnya, menjamah sedikit mengalas perut. Genap seminggu dia ekori saya dengan jalan yang jengket-jengket. Saya ajari dia makan di tepi pintu belakang, bahagian dapur rumah. Ketika saya pergi kerja, saya kurung dia di kandang kucing yang sedia ada. Dia membuang air nombor satu dan dua di situ. Maka, bermulalah episod saya membasuh kandang kucing tiap kali pulang dari kerja. Seminggu berlalu. 

Saya mulai membebaskan dia bermain di dalam bilik tanpa perlu dikandang ketika bepergian ke pejabat. Si Kecik sudah pandai masuk ke kandang untuk membuang. Mengambil masa juga mengajarnya untuk membuang di tandas. Sampai pernah saya katakan pada diri sendiri, bersedialah untuk membasuh kandang kucing pada tiap kali pulang dari tempat kerja. Suatu hari, dia pandai sendiri dan saya sedari perkara tersebut dari hari pertama dia datangi sendiri tandas untuk membuang. Setiap hari, ketika bangkit dari tidur, saya akan bergegas ke tandas untuk melihat sama ada dia sudah membuang atau belum, begitu juga ketika pulang kerja. Si Kecik sudah pandai berdikari menjaga dirinya di dalam rumah. Saya bebaskan dia untuk bermain di kawasan dalam rumah kecuali bilik Chong. Apabila saya pulang ke kampung bercuti, dia saya pinta untuk dibebaskan di dalam rumah, dan diberi makan makanan kering kucing dan air dengan pertolongan silih berganti kawan terutamanya Chong. Kadang kami berdua yakni Chong dan saya sedang bercuti, maka Don atau Jobert yang akan tolong beri makan. Hiduplah Kecik dengan dunia kecilnya di rumah ini. 


Pastilah saya merasa bangga, punya teman kucing sebijak Kecik. Tapi selalu saya luahkan ke mak bahawa saya khuatir dia bertindak 'mudah tunduk' kerana takut akan dibuang lagi oleh tuannya. Harapan saya cuma satu untuk Kecik, semoga dia dapat hidup seperti seekor kucing. Sebulan kemudian harapan menjadi kenyataan apabila si Kecik sudah mulai aktif dan bermasalah dihadapan saya. Panjat kaki, gigit tangan, usik-usik baju, tudung, dia seperti anak kucing yang lain. Penuh curiousity.  Walaubagaimana pun, saya selalu merasa apologi kepadanya, kerana kebebasan tidak dia punya. Anjing-anjing tidak bertuan masih berkeliaran di kawasan perumahan kami. Terlalu sedikit masa saya biarkan dia bebas di luar rumah. Pernah saya cuba untuk memberi dia ruang explore dunia luar, sayangnya dia merupaka seekor yang hyperaktif. Sebelum kakinya laju memanjat batang-batang pokok sena di tepi jalan perumahan itu, pantas saya tangkap badannya dan mengurung di dalam rumah.

Setiap kali kawasan perumahan menjadi riuh kerana didatangi pekerja atau pekerja sedang lalu-lalang ke pejabat ladang, Kecik sering ,memerhati dari tingkap rumah. Dua kaki hadapannya menginjak di tingkap ketiga dari bawah. Lama. Dia memerhati. Selain itu, rutin keduanya memerhati dari tingkap bilikku. Terutama pada waktu hujan.Saya pastilah merasa sayu. Mungkin ketika dia memerhati dia membayangkan bagaimana berlari-lari di celah rumput yang sedang menari-nari sepoi-sepoi bahasa ketika ditiup angin pagi. Kalau ada peluang dia akan menyelinap keluar dan acap kali itu juga saya akan segera mengurungnya di dalam rumah.

Ada hal yang selalu kita anggap perilaku kita buat dia itu demi kemaslahatannya. Tapi bole jadi perkara itu membuatkan dia terluka. Semoga Kecik membesar dengan memahami apa yang saya mahukan untuk dia.Dan semoga saya sedar akan hal yang sensitif dipihaknya pula.

Sampai di sini dulu entri kali ini. Selamat bercuti.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share