Langkau ke kandungan utama

Please Look After Mom

Assalamualaikum dan Selamat malam

Saya telah mengubah tema blog kepada design yang disediakan oleh pihak Blogger, tidak sampai seminit, blog bertukar wajah. 

Wah, sungguh tidak cantik! 


Kalau ada yang pernah berkunjung ke mari, pastilah yang sebelum ini design tema berdasarkan buah akal saya sendiri, lama juga edit-edit supaya mengikut cita rasa yang diingini. Tetapi semuanya lenyap dalam angka yang kecil. Terlalu kecil jika hendak dibandingkan dengan usaha saya yang berhari-hari itu. Tujuan saya menukarnya, saya tertekan sebenarnya... tiada guna hendak menangis. 

******
Sempena meraikan blog yang super down to earth ini, saya bakal makin rajin menulis. Ya la, blog sudah biasa, malah jarang lagi diisi dengan bahasa, apalagi hendak dipersembah? 

Please Look After Mom
Itulah kata yang paling kerap saya dengar pada tahun ini. Kata yang selalu membawa ingatan kepada yang telah pergi, bapa dan adik. Setiap kali kata tersebut dilontarkan, saya seolah mendongak ke atas (saya pun nda tau kenapa perlu mendongak) dan berkata kepada mereka berdua,

"Lihatlah, amanah ini teruntukku. Saksikanlah, kalian, akan tanggunggjawab ini"



1.Pendam
Terlalu banyak hal yang kita persoalkan tetapi ada waktunya kita malah memilih untuk pendam. Sakit yang sering menimpa menjadikan kita manusia super kebal. tidak lut. Tapi di situlah Allah menunjukkan kebesaranNya dengan diperlihatkan keterbatasan kemampuan seorang manusia. Sama halnya dengan mak, sakit yang dirasanya disangkanya sakit perut biasa, walhal sakit itu gara-gara usus buntu. 

Suatu malam saya bertanya,
"Tidak pernahkah rasa sakit kuat seperti yang diceritakan orang, mak?"
 Dia menggeleng.

Lain malam dia tiba-tiba berkata,
"Aku sudah biasa sakit tidak diperhatikan. Mamak ku dulu mana peduli aku sakit atau sihat. Jadi biar sakit macam mana pun aku tahan saja"

Tiada kata yang dapat saya balaskan.

Oleh kerana itu, saya amat mengalakkan kawan-kawan yang punya masalah untuk bersuara. Sakit, kata sakit. Apabila lapar kata lapar. Masyarakat terlalu memandang sinis pada orang yang "meluah masalah" atau kita boleh kategorikan sebagai "berkongsi rasa". Istilah "minta perhatian" memang wajar kerana orang sebegini sememangnya perlukan perhatian. Tidak banyak pun yang diminta, kadang kata seperti "Kau ok ka?" Pun sudah memadai.

Dalam kita tidak sedar, ada ramai saudara kita yang memilih untuk memendam. Isolasi. Kan bagus kalau kita ini merupakan salah satu sumber mereka untuk berinteraksi?

2. Belajar
Hal yang paling ketara saya lalui adalah proses belajar dari kehidupan. Apapun ilmu, jangkauan yang kita anggarkan, tiada yang bisa menandingi pelajaran langsung dari hidup. Benda bernyawa. Bukan sekadar baca di laman muka buku, salin, tampal dan kongsi. Hidup tidak semudah itu. Be practical.

Semasa mak sakit, seorang eksekutif saya telah kehilangan ibunya. Saya mahu taip.... padam...taip... those feelings... saya pun benci mahu admit kalau saya bilang, :saya tahu tu perasaan kehilangan macam mana, tiada kata satu pun dapat membantu saat begini... tapi siapa saya mahu mengaku-ngaku faham situasi orang lain? Those feelings, adalah  rasa yang teruntuk untuk orang yang melaluinya sendiri saja yang tahu, if you ever read this entry,

"Saya ada banyak entri pasal arwah bapa saya selepas beliau meninggal. Masa tu saya masih belajar.Sekarang saya telah bekerja dan sangat jarang menulis tentangnya. Pada waktu yang masih baru lagi ni, tulislah, catat, rakam, rekod...apa sahaja yang bisa menyemadikan kenangan dengan ibu awak. Kita manusia biasa. Semakin hari, macam-macam dugaan yang akan datang. Kadang dalam bahagia pun kita terlupa sudah yang kita missing someone. Apabila rasa down, awak akan terbawa sendiri kepada mengenang ibu awak...sebelum ni saya fikir saya rindu bapa, rupanya kenangan itulah yang menjadi sumber kekuatan untuk lalui hari-hari mendatang dan mencabar. Appreciate those memories". 

Sekian saja post untuk malam ini.
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Lirik Lagu:::Say Alhamdulillah

Lirik Lagu “Say Alhamdulillah” oleh Irwan Hisham.Merupakan lagu baru... mohon dihalalkan post saya ini.JazakALLAH hu khairan... Setiap manusia akan di uji   Sabarlah menghadapi Dugaan yang datang dan juga pergi   tanda kasih suci Perjalanan ini penuh duri Sabarlah menghadapi Seringkali   jatuh jangan   henti Tabah mengharungi Bila kau resah remember ALLAH Bila kau sedih   remember ALLAH Bila kau diuji   say Alhamdulillah Mogakan diredhai...(3x) Song Title: Say Alhamdulillah(Original)(Malay version) Singer : Irwan Hisham (B V by Varianz & Endy Ashari) Song/lyric:Irwan Hisham Music Arranger:Jamizal Fan Page: Irwan Hisham (at Facebook) Sekali lagi saya mohon dihalalkn..^^ ni link youtube  http://www.youtube.com/watch?v=I_oQxkxdjtI&feature=share