Langkau ke kandungan utama

Ujian bukan bebanan...=)

بسم الله الرحمن الرحيم 
Assalamualaikum w.b.t. semua..selamat berhujung minggu...
Saya memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi ilmu pada waktu ini.Hanya berkemampuan untuk berkongsi jalan hidup yang saya lalui,kini.Mudah-mudahan anda tidak merasa bosan untuk menjadi pembaca entri blog saya.^^
Minggu lalu,hari yang saya lalui ibarat berjalan di padang pasir.Musafir yang kehabisan bekalan makanan dan air.Tetapi,alhamdulillah,ALLAH kurniakan saya teman-teman yang sudi menjadi tempat untuk saya bertahan.First ,pastilah my bestfriend,Fatmawati,hmm dia merupakan pelajar tahun pertama di UMS.Tatkala saya memerlukan seseorang untuk menjadi penenang kepada kegusaran, ketakutan,kegelisahan,dialah tempat yang tepat.Then,Hafiz,hahaha.saya pun taktau napa saya pilih dia untuk nyatakan 'kesakitan' yang  dialami,tapi apa yang nyata,sesudah itu saya rasa lega.Tapi apapun, dalam kalangan rakan-rakan dia sorang jak yang tahu saya sakit 'kuat' time tu.To Hafiz,peace...^_^
Terkadang,kita tidak mampu untuk lalui satu-satu Ujian itu sendirian.Kadang,kita tidak sanggup untuk menambah kerisauan insan-insan yang kita sayang.Pada waktu itulah kita perlukan  mereka yang sudi untuk mendengar luahan itu.Bukan luahan.Bukan keluhan.Bukan keresahan.Tapi sebagai pembaca nota-nota terakhir kita.
Adik Syazwani,alhamdulillah,setakat ni,saya tak pernah lewat bangun subuh...even time tu saya minum ubat batuk pada waktu tengah-tengah malam.Jazakillah hu khair adik.=) 
Kini,kesembuhan itu semakin ku rasakan.InsyaALLAH.Baik yang kelihatan mahupun yang tersembunyi.:P Bukan ubat yang menyembuhkan tetapi ALLAH la yang menyembuhkan saya daripada Ujian ini.Alhamdulillah.Semoga sakit yang saya alami baru-baru ini dapat menghapus dosa-dosa kecil saya baik yang lalu dan kini.
Hujung minggu ini,saya melaluinya dengan penuh kesyukuran.Mendengar lagu yang terdapat di dalam  CD Nasyid Semesta Volume2 (actually baru beli secara on9 daripada Akhi Che An) 

hehehe..Alhamdulillah perjalanan pos smooth.Seharian bersama Zahra Sis,membuatkan hari sabtu saya terisi dengan aktiviti yang berfaedah.Dapat gula-gula herba (baik untuk kerongkong yang sensitif,cough) daripada Jerman dan makan kacang walnut,almond,kismis dan kuaci yang original tanpa bahan pengawet. daripada Iran..:P (bab-bab makan memang aku juara)
Actually,saya memang seorang yang senang dekat dengan 'orang-orang' dewasa,kerana da terbiasa bergaul ngan kawan-kawan my mother.Lagipun,umur sis Zahra,i thought tak jauh beza umur ngan mak saya. (Mak saya muda lagi...^^) 
Pasti anda penat membaca entri saya yang sememangnya sentiasa panjang berjela-jela ini...mari dengarkan lagu favourite saya,FT Island-i confess....setiap kali dengar lagu ni,saya jadi ingat kat suma orang-orang yang saya sayang,especially my parent,&my parent's friends...harapan mereka  takkan saya hampakan.sarangheyo... <3 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent