Langkau ke kandungan utama

temui jawapan...

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum w.b.t.

Sudah sekian lamanya tidak singgah berkata-kata di sini. Rindu. Teramat rindu. Saya cuba beralih 'muka', tapi nampaknya kurang berjaya kerana cuma dijamu hitam putih. Ternyata qalbu ini masih punya rona komuniti, meskipun sering bersendiri. Tiada 'ole-ole' yang luar biasa daripada saya meskipun lama menghilang, sebetulnya sibuk memperbaiki,memperlengkapkan, menambah dan segala macam adjektif berimbuhan positif lagi....dan beginilah tiada pengakhiran kerana proses menuntut ilmu itu sentiasa,selalu.


Kata orang, tak kenal maka tak cinta, maka saya telah mencuba sedaya upaya memaksa diri untuk mengenalinya…(tetiba ayat ni keluar) terus terang tiada yang mencurigakan saat taaruf. Tidak tahu di mana silapnya, setiap kali ingin melangkah untuk lebih mengenalinya, kekuatan saya hilang. Kini yang tinggal cuma persoalan yang kian bercambah. Ketika proses pembelajaran di dalam kelas, asyik terbayang je kerana butir kata murabbi ada keserasian dengan cirinya. Aigoo..Hijjera kata apa ni?  Inilah saya, masih takut untuk mengeluarkan kata sendiri.. berkias-kias lagi..aiseehh..

3tahun yang lalu, saya telah menziarahi keluarga saya yang berada di Negara garuda. Buat yang ketiga kalinya. Ibu saya berasal dari Desa Ajampulu Kecamatan Cina Kabupaten Bone,terletak di Sulawesi Selatan. Pada ketika itu, saya masih ‘berjiwa’ kecil dan sememangnya saya berasal daripada keluarga yang ‘biasa-biasa’.  Saya membesar dengan persekitaran yang dikelilingi masyarakat sebangsa. Sehinggalah satu detik,saya memutuskan untuk keluar daripada kelompok itu dan berkomuniti dengan yang lain. Maka bermulalah episod memahami ketidaksamaan dan kesalahfahaman: pemikiran ,budaya, pegangan dan bermacam aspek lagi. Berbalik cerita mengenai perjalanan saya ke Sulawesi, semasa berada di balai pelepasan Imigresen Tawau, terdapat barisan panjang yang terdiri daripada rakyat Indonesia yang ingin berangkat ke negara mereka tidak kiralah sama ada balik ‘terus’mahupun balik ‘sekejap’. Ramai bilangannya, memang lama jugalah kalau ikut sama berbaris lagi-lagi kalau kita sampai lambat. Saya ketika itu memegang passport antarabangsa Malaysia, warna merah dari jauh sudah boleh tengok, telah disapa oleh seorang pegawai yang bertugas untuk masuk ke dalam balai pelepasan tanpa perlu berbaris seperti yang lain. Mungkin memang begitulah sistemnya, tapi saya kurang setuju. Walaupun  ketika itu saya bertepuk tangan dalam hati. Rasa bangga kerana mendapat layanan ‘baik’ banding yang lain. 

Realitinya, mana-mana  negara  pun memberi layanan yang istimewa kepada rakyatnya terlebih dahulukan? Saya lanjutkan lagi, apabila terjadi situasi seperti ini, maka akan wujud istilah ‘balas dendam’ dalam komuniti. Saya tidak dapat sertakan bukti yang kukuh kerana Alhamdulillah setakat ni belum pernah lagi dianak tirikan semasa berada di Indonesia. Tetapi dalam konteks komuniti masih wujud perasaan tidak puas hati di antara kedua-dua Negara.  Tidak salah kalau saya katakan sampai sekarang. Bukan hendak membuka gelanggang ‘kebencian’ dan melaga-lagakan sesiapa,  cuma saya hendak membawa anda berfikir faktor yang membawa kepada semangat perbezaan di antara kita semua. Bukan cuma melibatkan dua Negara ini, SEANTERO DUNIA. 

Inilah kesan sistem sekular yang telah meruntuhkan zaman kegemilangan Islam. Diwujudkan rasa perbezaan di antara masyarakat Islam dengan rasa kenegaraan.  Wujud perkataan aku Malaysia, kau Indonesia, aku Korea, kau Filipina,aku Amerika,kau Afghanistan padahal asalnya Cuma ada satu,Islam. Peliknya, kita menyedari semua hal ini tetapi kenapa masih belum bergabung? Bukannya tidak ada yang bertindak, sudah ada ‘gerakan seluruh dunia’ yang berjuang atas satu kalimah suci. Padahal kita sibuk dengan sedaya upaya untuk mendapat tempat di sistem ciptaan manusia,sekular.  Nah, di dalam negara sudah cukup banyak ‘perpecahan’. Kalau dikali lagi dengan perpecahan di luar negara?  Inilah yang diidam-idamkan musuh Islam, Islam yang wujud dalam kumpulan-kumpulan kecil. Semakin mudahlah kerja-kerja mereka untuk menjahanamkan kita. Analoginya, apabila kita bergerak dalam bilangan kumpulan yang kecil, mahu tidak mahu kita pasti akan tunduk di bawah sistem yang mereka cipta. Kita bermimpi untuk mencipta sejarah di gelanggang lawan di mana peraturan dan termanya di bawah kelolaan mereka. Apabila keajaiban berlaku apa mungkin kita bisa menghalalkan jalan yang kita pilih sebelum ini?

Ringkasnya, tiada istilah sekular dalam Islam.
 
Apa yang amat  menyedihkan, diri ini hanya tahu berbicara.  Ramai saudara saudariku yang bertindak malah ada yang mengajak ku secara lembut mahupun tegas. Aku masih di sini. Aku masih dibayangi ‘bodoh sombongku’.  Kemenangan Islam suatu yang pasti dengan usahaku atau tanpa apa pun. Maka, bersama kesedaran dan kemampuan yang terbatas,inilah sahaja yang mampuku laksanakan.

“Kemudian akan kembali Khilafah di atas manhaj kenabian...” (Hadis Riwayat Ahmad)

Baru sahaja menyiapkan tugasan yang bertajuk sekular...aku yang berasa malu pada kejahilanku semalam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

~::*Salam ALLAH buat Saidatina Khadijah*::~

بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum w.b.t...dan selamat petang..^^ Di sini  saya ingin berkongsikan kisah di saat-saat akhir tatkala sampai masa Saidatina Khadijah,isteri pertama Rasulullah s.a.w. mengadap Allah.Tiada lain yang diungkapkan oleh Saidatina Khadijah melainkan ucapan yang berbunyi,"Wahai Rasul utusan Allah,tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah.Andai selepas kematianku,tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini." Tenyata,kata-kata akhir itu begitu menusuk ke jiwa Rasulullah dan betapa sayunya perasaan Rasulullah ketika itu.Hal tersebut turut dikongsi bersama malaikat Jibril yang juga mendengar ungkapan kata-kata tersebut.Jibril lalu naik ke langit bertemu Allah lalu bertanya,"Adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu?" Allah lalu menjawab,"Bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikann

Gypsophila Garden Bride

Assalamu'alaikum dan selamat malam Kelmarin pagi, kuntum pertama gypsophila garden brideku telah mekar. Fizikal Gypsophila a.k.a baby's breath yang aku tanam jenis garden bride. Bunganya kecik tetapi warnanya sedikit merah jambu muda. Batangnya sedikit halus berbanding bunga yang color putih. Usia Aku tanam benihnya pada empat May. Benih pertama bertunas selepas tiga hari disemai. Jadi secara kasarnya, sudah dua bulan lebih. Cara tanam Mulanya aku semai di pasu diperbuat daripada botol mineral. Oleh kerana bijinya boleh dikira halus (sama macam petunia) ia tidak perlu ditimbus dalam-dalam. Tapi tidak boleh juga sekadar diletak begitu saja di atas tanah. Dikhuatiri semasa disiram ia akan melompat keluar dari pasu. Dalam 10-12 biji yang aku tanam, cuma tiga yang bertunas. Selebihnya aku rasa 'terlempar' semasa aku siram. 😅 (time tu belum beli spray lagi) Penjagaan Setelah bertunas, hal yang perlu dititikberatkan adalah batangnya. Terkena air pun i

Petunia berbunga

Assalamu'alaikum dan selamat pagi Hari ini, bunga petunia dari pokok pertama sudah kembang. Aku cuba belek buku catatanku yang sempat aku coret-coret dua minggu pertama aku berkebun. Antara nota aku tulis adalah, petunia suka matahari, paling senang mahu tumbuh, paling cepat 3 hari. Elakkan tanah becak. Petunia ada banyak jenis, tapi yang aku tanam ni baka 'Multiflora Natural Dwarf Multis Mix'. Secara ringkasnya dia jenis renek dan paket ini biji benihnya campur-campur jadi bunganya nanti akan diketahui warnanya apabila sudah kembang. Mulanya aku teruja menanam petunia sebab bunganya yang meriah. Tetapi makin lama aku makin tawar sebab sewaktu ia kecil dulu ia sungguh ketot. Aku balik-balik mengira bilalah ia mahu membesar. Sampaikan aku beralih kasih ke aster. Ya, balik-balik aster aku update sebab aster rajin berdaun dan besar-besar pula saiznya. Seminggu lalu, aku belum perasan lagi pokok petunia ni berbatang. Aku perasan apabila sudah ada 3 kuntum bunga mahu terbent